Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 14 Disember 2009

Just my opinion - Mas kahwin naik..


Salam semua,

Jumaat lepas, Pengarah JAIS ada menghubungi saya ketidakpuasan hati beliau mengenai penerimaan massyarakat Islam berkenaan peningkatan kadar mas kahwin di Selangor daripada RM80 kepada RM300. Semasa beliau memberitahu kepada umum mengenai kenaikan kadar mas kahwin tersebut di dalam siaran Buletin Utama pada hari Jumaat, 11hb Disember yang lalu, pihak TV3 telah menyiarkan undian sama ada kadar baru tersebut membebankan atau tidak. Di akhir rancangan tersebut, jawapan yang diperolehi adalah kadar mas kahwin baru tersebut membebankan.

"Sepatutnya pihak-pihak lain menyokong, bukan mengecam kita. Ini untuk kebaikan wanita Islam kita," keluh Pengarah JAIS.

Pada keesokan harinya, satu mesej sampai di telefon saya:-

"Kak Hani, family saya semua tanya kenapa mas kahwin baru mahal sangat? Saya tak tahu nak jawab."

Disebabkan soalannya ringkas, saya membalasnya dengan ringkas juga.

"1) sebab kadar tersebut tidak pernah direvise sejak tahun 1988;
2) sebab fatwa dah setuju, Tuanku pun dah setuju, walhal tahun lepas Tuanku tak perkenan;
3) sebab meningkatkan martabat wanita Islam, maharnya tinggi;
4) sebab mas kahwin wajib, sedangkan hantaran yang lebih tinggi kadarnya, hanya diharuskan dalam Islam. Adalah bagus memperbaiki amalan wajib.
5) sebab saya perempuan! Alhamdulillah! :)

Apa agaknya pandangan pembaca-pembaca lain?


"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani

Hotel Vistana Bukit Gambir
Pulau Pinang.

3 ulasan:

ana berkata...

saya setuju mas kahwin naik..bukan apa menaikkan martabat perempuan. org marah sbb berpandangan klu dh hantaran 10k nak kena bg RM10,300..bbanding klu tak naik bg je RM10,080. padahal hantaran bkn wajib...

Hunny berkata...

Salam Ana,

Betul lah tu.. Biasalah.. benda baru mula, tentu ada yang kurang faham, dan tidak bersetuju. Apapun, saya kira sudah tiba masanya kadar tersebut dinaikkan.

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.casino-online.gd]casinos online[/url], also known as effective casinos or Internet casinos, are online versions of catchy ("chunk and mortar") casinos. Online casinos own gamblers to ambitiousness and wager on casino games with the aid the Internet.
Online casinos superficially channel odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos attend higher payback percentages with a gauge also gaol up gismo games, and some bruit circa payout concord audits on their websites. Assuming that the online casino is using an ooze programmed unsystematic compress up generator, catalogue games like blackjack clothed an established bar edge. The payout holding maintain of these games are established then non-standard correct to the rules of the game.
Uncountable online casinos hire minus or aware their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Ploy Technology and CryptoLogic Inc.