Assalam semua,
Wah! Sangat cepat Ramadhan berlalu. Dah hari keenam. Aku rasa, Ramadhan kali ni paling best, sebab hari-hari aku sangat sibuk hingga tiada masa nak mengumpat!! Hahahahahha..!! (Sorry kalau sapa-sapa terasa ek??:P) Ampun!!!
Mana taknya..Kalau hari-hari bekerja, aku akan bangun sahur jam 5 (*atau lebih awal sebab nak memasak or panaskan makanan), mandi dan solat Subuh, tadarus Al-Quran, masuk pejabat sebelum jam 8 pagi, balik selepas jam 5 petang (biasanya 6 petang), masak makanan berbuka puasa dengan Rini dan Anom.. Then, ada beberapa minit lagi nak berbuka, duduk lepak-lepak jap, or else, mandi, then terus berbuka. Lepas berbuka, solat Maghrib, then tadarus lagi, then jam 8.40 aku siap-siap nak ke masjid untuk solat Isyak dan tarawih berjemaah. Balik rumah, aku boleh ambil kerja-kerja yang aku bawak dari pejabat, lepak depan TV sambil buat kerja. Pukul 12 barulah aku tidur. Penuh kan?
(*Macam tak percaya aku boleh bangun awal untuk masak nasi goreng untuk sahur..:P)
Cuma, aku rasa lebih seronok sebab maybe aku masak sendiri masakan untuk berbuka time aku di Kajang. Serasa hilang stress aku bekerja seharian kat pejabat. Tak pernah aku buat kerja tu sebelum ni. Memang buang tebiat.. Hahahhha.. Tak caya tanya
Nora.. hehehehhe.. Padanlah
Ana suka memasak, sebab feel selepas memasak memang best..:) Walaupun melekat bau bawang, minyak, cili kat baju. Paling rasa feel memasak tu, bila nampak asap dapur berkepul-kepul kat ruang tamu umah macam citer I Dream of Jeannie. Tapi tak ada jin yang keluar. Aku dan Rini yang kena keluar sebab terbatuk-batuk sedut asap tu. Hahahahha... Tak bley blah!
Anyway, ada 24 hari lagi untuk kita puasa. Cepat sangat Ramadhan ni. Aku suka sangat Ramadhan. Sebab apa yang orang berpuasa buat, semua Allah gandakan pahalanya. Bayangkan bermula dari kita bangkit bersahur, sehingga kita tidur, dan semua amalan kita digandakan pahalanya, kemudian diterima sepenuhnya oleh Allah kerana tiada kecacatan disebabkan sifat-sifat mazmumah (buruk) yang kita buat. Tentu cepat penuh tabung amalan kita bukan? Sifat mazmumah paling biasa kita buat, mengumpat. Itu memang paling senang dan paling best dibuat secara berjemaah, especially di pejabat. So, elakkan lah. Rugi beb! Penat tahan tak makan, tak minum, tak korek hidung, tapi pensyariatan sebenar Ramadhan sebenarnya adalah supaya kita menjadi insan yang bertaqwa seperti maksud ayat:-
ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُواْ Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ
Artinya:
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaiman telah diwajibkan kepada umat sebelummu agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah : 183)
Bagaimana puasa menjadikan kita bertaqwa? Memang tak mudah untuk mencapai darjat mukmin bertaqwa, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. Antaranya adalah dengan menahan diri dari semua perkara yang membatalkan puasa dan juga sifat-sifat mazmumah, terutamanya qaul azzur (kata-kata keji). Lebih baik kita baca al-quran banyak-banyak, daripada kita mengumpat banyak-banyak yang kesannya mengalirkan pahala kita pada orang yang diumpat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Satu lagi, kenapa aku suka Ramadhan. Sebab, dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan ada bonus yang ditawarkan. Iaitu malam lailatulqadar. Bonus 1000 bulan. Tak ada walau satu syarikat konglomerat yang terkaya dalam dunia pernah offer bonus macam ni. Hanya Allah sahaja yang berani offer, bukan untuk kemewahan dunia, tetapi kemewahan akhirat. Itu yang sepatutnya kita rebut, bukan bonus sebulan dua yang kita peroleh dalam dunia.
So, jomlah kita sama-sama rebut bonus dan ganjaran yang Allah janjikan dalam bulan ini. Bukan berebut bercakap pasal keburukan orang lain, supaya kita mendapat rahmat, maghfirah dan kebebasan dari api neraka. Itulah kejayaan sebenar yang dicari, bebas dari neraka jahannam dan beroleh keampunan dan rahmat dari Allah.
Panjang sangat tazkirah aku hari ni.. hehehe.. Pesanan untuk diri sendiri dan kaum kerabat serta teman-teman. Cintai Ramadhan untuk kita lebih mencintai Allah. Isikan dengan ibadah dan keikhlasan yang berterusan. Ada 24 hari lagi untuk kita limpahkan tabung amalan kita dengan ganjaran yang Allahh janjikan. Mudah-mudahan kita berjaya. Amin..
"I love Ramadhan"
Nurhani
Shah Alam