Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 13 Ogos 2011

Bacalah : Hikmah Pemeriksaan JAIS di Dream Centre, DUMC


 Assalam,

Nak share informasi yang sebenarnya berkenaan dengan pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota penguatkuasa agama JAIS yang membuat pemeriksaan terhadap aduan orang Islam menghadiri Majlis Thanksgiving. Boleh baca di sini dan juga di sini. 

Setelah aku membaca dua link di atas, sangat besar hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada kita umat Islam, yang masih belum menyedari gerakan Kristianisasi yang mengancam akidah umat Islam di Malaysia. Bukti-bukti yang diperoleh terutamanya melalui keterangan yang diambil dan direkod jelas menunjukkan gerakan Kristianisasi yang tersusun di Malaysia, dan betapa gerakan mereka turut disokong oleh pemimpin-pemimpin politik yang lebih takut dengan kejatuhan di dunia dari menjawab persoalan Allah di akhirat.

So? Apa kita tunggu lagi. Menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama menghalang gerakan ini dari berterusan memurtadkan saudara seIslam kita melalui dakwah dan pesanan yang berterusan kepada saudara-saudara kita supaya tidak memandang material keduniaan sehingga menggadaikan akidah masing-masing. Dengan nyawa dan darah, kita wajib pertahan Islam. Maukah kita anak-anak kita kelak diberi bible yang telah diubah sebagai panduan hidup sedangkan Al-Quran itu mukjizat Allah yang teragong?



"Islam Agamaku & Agama Negara"
Nurhani
Shah Alam
13 Ramadhan 1432H

1 ulasan:

DrSam berkata...

Salam Ramadhan al-mubarak. Itu merupakan salah satu cabaran besar kepada kita sebagai umat Islam. Peristiwa sebegini juga menguji betapa kuatnya keimanan sesorang itu terhadap Islam, terutama di alaf materialistik dan duniawi berleluasa.

Masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab menangani isu ini. Institusi kekeluargaan perlu kuah dan anak-anak perlu dididik dengan baik bagi mempersiapkan diri dengan cabaran musuh Islam yang semakin terdesak itu.