Salam,
Korang pernah tak ada pengalaman terperangkap dalam lif? Atau kalau tak pernah, korang pernah tak rasa bila korang naik atau turun lif sorang-sorang, korang rasa macam 'fragile' sangat? Ye lah.. Mana lah tau tetiba lif tu rosak, terpaksa la korang dok dalam gelap or mintak tolong. Kalau nasib baik bawak handphone ok lah. Boleh gak call sapa-sapa mintak tolong. Itupun kalau ada line. Kalau tak ada line, memang la nasib tak baik. Sadis jugak. Harapan terakhir, bolehlah buka lampu dalam hand phone tu. Sekurang-kurangnya dapat menerangi kegelapan dalam lif. Tapi, itupun kalau ada bateri. Kalau tak ada, haruuu!!! Huhuhu... Sadis!
Sebenarnya, aku selalu terfikir macam tu bila aku naik lif sorang-sorang. Betul-betul rasa 'fragile'. Tetiba kat tingkat atas ada perompak or perogol masuk (na'uzubillah!) dan acu pistol kat aku, apa agaknya action yang akan aku ambil. Sama ada aku sepak terajang, bukak kuda-kuda taekwondo yang pernah aku belajar masa kat UIA Matrik, and kasik flying kick kat depa? (Itupun kalau larat angkat sebelah kaki yang memang berat! Silap haribulan aku yang tergolek!! Haha!!)
Paling ngeri kalau terserempak dengan 'benda- benda' misteri dan pelik-pelik. Lagilah seram!!
Sudahnya, bila aku sorang-sorang dalam lif, aku akan baca ayat Quran dan surah yang aku hafal. Biasanya surah Al-Fatihah. Time tu rasa aku betul-betul berserah diri pada Allah kalau ada apa-apa berlaku kat aku semasa dalam lif. Rasa sangat fragile dan sangat lemah. Sangat tak upaya, walhal cuma beberapa saat jer aku berada kat dalam tu.
Then, aku teringat sesuatu. Maybe macam ni lah keadaan kita dalam kubur. Sorang-sorang, gelap, sunyi, sepi. Kalau banyak amalan baik yang kita buat, dapatlah kubur kita diterangi dengan cahaya. Kalau tidak, memang gelap gelita dan bertemankan binatan-binatang berbisa. Time tu, amalan baik dan doa anak yang soleh ajer yang menentukan keadaan 'tempat tinggal' kita waktu itu. Duit, pangkat, kekayaan semuanya tak membantu. Cuma ilmu, amalan baik dan sedekah jariah yang berkekalan dan doa anak yang soleh.
So, moh la kita sama-sama tambah amalan. Mudahan-mudahan kita semua dapat pengakhiran yang baik dengan menambah amalan baik semasa di dunia buat bekalan di alam kubur dan di alam akhirat. Amin..
(Entry ini dibuat selepas aku menghantar kawan aku ke keretanya pada lebih kurang jam 12.30 malam untuk pulang ke rumah. Then, aku terpaksa naik lif sorang-sorang ke atas. No handphone with me. Only my pyjamas and tudung. Alhamdulillah, aku selamat.:) Tq Allah..:) )
"Allah Maha Kuasa"
Nurhani
Shah Alam