Assalam,
Sekian lama aku tak menulis. Tetiba bila nak menulis, setting google untuk blogger dah baru pulak. Potong stim sket la feel aku nak menulis. Maybe jugak bila dah start mengajar semula di UiTM, masa nak berblogging dah kurang, sebab waktu malam banyak aku isi dengan mencari-cari bahan untuk mengajar. Kalau tak cari bahan pun, malam jer la waktu aku nak bermalas-malas sambil update ilmu pengetahuan dengan membaca berita, tengok khabar dan perkembangan kawan-kawan dalam FB, telefon mak dan lain-lain aktiviti malas.
Sekejap sangat waktu berlalu sekarang dah musim haji. Terkini, seorang rakan blogger, Pak Ngah, sedang menunaikan haji. Terharu bila Pak Ngah sms aku dari bumi Madinah mengkhabarkan mengenai salamku pada Nabi SAW yang dikasihi telah disampaikan. Mudah-mudahan urusan haji Pak Ngah dan Mak Ngah dipermudahkan Allah. Aminnn..:)
Teringat perbualan aku dengan seorang kawan mengenai haji.
Aku : Emak saya soh saya gi haji, tapi saya belum sedia lah. Saya nak gi umrah dulu.
Kawan : Dah pernah gi umrah belum?
Aku : Dah.. Tahun 2007. Tapi rasa nak gi lagi..
Kawan : Then, kenapa kena tunggu nak sedia. Saya senang ajer. Yang mana wajib, itulah yang kita kena dulukan. Bukan kena tunggu sedia ke belum.
Aku : (Terasa tertampar di muka dan jiwa kerana yang bercakap itu orang biasa-biasa ajerr.. Bukan ustaz ustazah pun!!)
Then, dengan serta-merta, aku terus insaf dan tanamkan azam, untuk buat ibadah haji. Insyaallah. Ada rezeki, aku sampai sana.
Rasa nak jerit kat Pak Ngah.. "Pak Ngah! Doakan saya ke sana buat haji tahun depan!" Aminn..:)
Tudung biru, sahabat saya, Hasdillah, yang turut berpeluang menunaikan haji pada tahun ini. Semoga Allah permudahkan urusan hajinya. Aminn.. |
"Rukun Islam 5 Perkara"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor.
1 ulasan:
dia belajar fiqhul awlawiyat... teliti pula safar mar'ah..
Catat Ulasan