Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 27 Ogos 2012

Aku dan Siakap Stim Limau..

Assalam semua,

Today aku baru start puasa 6. My boss dah raya pun, since dia dah start puasa sejak raya kedua. Tahniah la kat dia.. Kami masing-masing dok struggle lagi, dia dah merdeka.

Semalam sebelum balik KUIS, aku sempat bershopping barang basah kat Tesco. Aku beli ikan siakap dan udang. Maaflah kalau aku macam menyokong pasaraya Tesco, sedangkan pasar Tanjung Karang or Pasir Penambang yang dimiliki oleh bumiputra dekat jer dengan umah aku. 

Bukan apa. Musim perayaan ni, harga barang mentah naik mendadak. Aku compare harga udang sekilo kat pasar RM22-25, sedangkan kat Tesco depa jual RM15.90 sekilo. Udang kat Tesco dah la harga berpatutan,dah tu saiz besar-besar gedabak. Puas hati jugak lah nak meratah. Siakap pun lagi murah beli kat Tesco dari beli kat pasar. Kat pasar harga double. Cuma maybe aku tak dapat la yang fresh giler. 

Bukan tu jer.. Harga sayuran pun naik mendadak. Kangkung dengan meranti yang biasa kitorang beli pun mak aku kata mahal beb!

Anyway, today aku masak siakap stim limau bercili. Aku belasah ajer. Tak pernah masak pun.. Aku cari jer menu yang agak-agak relevan dalam internet, dan aku cuba. Alhamdulillah.. menjadik! Sedap jugak! Ahahaha.. Perasan!! Sebab tak ada limau, aku guna lemon. Janji ada rasa masam.

Bila aku memasak time puasa, aku tak rasa pun masakan tu. Aku bubuh jer segala rempah ratus, ramuan, garam dan gula secukup rasa, bila dah masak aku matikan api, tapi aku tak keluarkan lauk pun dari periuk. Aku agak-agak jer rasanya. Bila dah azan, aku minum air kosong dan kurma, then aku gi dapur balik dan rasa makanan tu. Masa tu la nak tambah garam or gula. Aku tak suka bubuh Pak Aji sebab nanti aku sakit kepala. Emak pun tak pernah masak bubuh Pak Aji.

Siakap stim limau.. Sedap weh!

Dunno why, but I do feel good everytime after my cooking session. Hati rasa tenang dan lapang. Maybe sebab tu, lately ni, aku suka memasak. Sedap tak sedap, isu number dua. Sebab masak sendiri, dan makan sendiri. Tak dapat masakkan untuk orang lain pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya, aku stress out dengan memasak. Dan improve my cooking skills. Kalau company gulung tikar pun, and tak ada company nak ambik aku kerja, sekurang-kurang aku boleh memasak.:) Haha! Terlalu poyo kot statement tu untuk aku yang baru belajar masak.

Masa raya pun, everyday aku memasak. Kesian tengok emak dah tak larat. This year, kami adik-beradik yang masak. Emak cuma jadi pengarah ajer.. Ada la jugak dia tolongg sikit-sikit. Itupun kaki dia dah sakit-sakit. Berkat bimbingan dan tunjuk ajar emak, aku berjaya masak sup tulang, sweet sour, masak lemak labu,  masak sambal hati ayam, sambal taun kulit, sambal tumis ikan bilis, etc. 

Belum habis hari ni, dah fikir menu untuk esok! Dah teruk dah ketagihan ni! :P

Udang untuk menu iftar esok..

Psstt.. Serius aku macam tak percaya bila aku baca balik statement yang aku tulis di atas. Secara jujurnya, aku rasa, aku dah berubah.. Aku dah insaf.. Akhirnya, aku suka main masak-masak..:P

"Eid Mubarak 1433H"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Sabtu, 25 Ogos 2012

Eid Mubarak 1433H

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh tak menulis. Walau semangat dan idea untuk menulis ada.. Alhamdulillah.. Ilham yang Allah beri, sentiasa ada.. Tetapi masih tidak menulis.. Entah mengapa, aku tidak lagi memberi keutamaan kepada penulisan dalam blogku.. Mungkin kerana aku cuma perlu masa untuk diri sendiri. Atau mungkin kerana aku banyak berkorban masa untuk perkara lain.. untuk orang lain.. Mungkin juga tiada yang membakar semangatku untuk menulis.. Mungkin juga terlalu banyak aku bazirkan masa untuk air mata? Entah.. Aku sendiri kurang pasti.. 

Yang pastinya, masa terus berlalu.. Meninggalkan kenangan indah dan pahit untuk dikenang. Mungkin ada silap dan salah yang aku buat, tanpa aku sedari. Truly easy to forgive, but sometimes, it is not easy to forget. 

Dan yang pastinya, MATI. Di mana kita akan kembali bertemu Allah Rabbul A'lamin. Pemilik di langit dan di bumi. Pencipta segala makhluk termasuk AKU.. Yang pastinya aku dan teman-teman lain perlu bersedia.. hari itu bakal tiba.. Semua akan menempuhinya.. Semoga pengakhiran kita baik-baik saja..

Aku sendiri tidak tahu bila aku akan MATI. Sementara Allah masih beri aku nikmat kehidupan, menghirup dan menghela nafas di bumi ini, sebelum aku dikambus ke tanah sedalam 7 hasta, dengan rendah hati, aku mohon ampun dan maaf, atas segala salah dan silap yang aku buat, sepanjang perkenalan aku dengan teman-teman lain di alam nyata dan alam maya. Aku cuma insan biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Dari lubuk hatiku yang paling dalam, aku mohon, kalian maafkan aku...

Salam Eid Mubarak 1433H. Kullu a'min wa antum bikhair. Taqabbalallau minna wa minkum. Minna wa minkum taqabbal yaa kareem. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

"Eidul Fitri 1433H"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor