Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 30 Oktober 2012

Mengapa aku suka hari Selasa...

Assalam semua, 

Wah! Lama betul tak menulis! Bersawang dah blog aku nih...:P Masa ada. Inspirasi menulis tak ada. Nak kena boost energy level dulu baru ada rasa nak menulis. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak feel nak menulis, walaupun tajuknya agak merapu.

Korang nak tau kenapa aku suka hari Selasa? Pelik kan? Sebab biasanya orang suka hari Jumaat, sebab esoknya Sabtu cuti, tak yah kerja. Atau Isnin Khamis, sebab boleh posa sunat. Tapi aku suka Selasa..

Nak tahu kenapa??

Sebab, hari Selasa kat Bandar Sri Putra ada pasar malam kat depan KUIS. Aku boleh gi pasar untuk beli sayur kegemaran; bendi, brokoli, timun, dan rempah ratus; cili kampung, lengkuas, bawang, halia, serai, daun kesum. Lauk pauk aku jarang beli, sebab aku stock up dari kampung aku jerr.. lebih murah dan segar. Biasanya, aku bawak ikan senangin, jenahak dan kembung. Ayam pun aku beli ayam kampung. Kurang lemak, dan rasanya lebih sedap berbanding ayam daging yang sangat berlemak.

Balik dari pasar, aku akan terus berhempas-pulas kat dapur. Memasak! Potong-potong, tumbuk-tumbuk, campak-campak.. Memang best! 

Pastu, malamnya pulak, ada rancangan Masterchef Malaysia dan siaran Menu Alam. Memang syiokkk!!! Layan!!:D

Oh ya. Hari ni, sebenarnya, aku plan nak masak asam pedas ikan tenggiri. Tapi akhirnya jadi ikan tenggiri masak tomyam, sebab aku masukkan pes tomyam. Hebat kan? Haha! Memang kreatif dan inovatif sungguh chef ni...:)

"Love Cooking!"

Nurhani
BSP Kajang