Assalam,
Sajer nak gempak. Konon-konon tengok bola Malaysia menentang Thailand. Akhirnya tak tonton pun. Buka TV, tapi jeling-jeling ajer tanpa jiwa, sebab busy menyiapkan kertas cadangan untuk mesyuarat minggu depan. Esok last day nak submit sebab folder pun kena hantar esok.
Seharian buat kertas cadangan pun tak siap juga. Tapi masih sempat luangkan masa untuk lunch di Secret Recipe dengan sahabat lama yang juga seorang peguam, En Radzi bersama isteri dan anaknya Maisarah yang datang untuk temuduga di Sekolah Bina Insan yang berada di dalam kawasan KUIS.
Soalan En Radzi kepada saya," Temuduga tadi, anak saya dapat ke tak? Saya tak minta sekolah lain ni. Harap sangat dapat sekolah ni."
Saya tergelak dengan soalan yang dikemukakan, sebab saya memang tidak terlibat dengan temuduga sebelah pagi, jadi saya tidak pasti keputusannya. Apapun, ianya adalah harapan seorang ayah untuk anaknya mendapatkan didikan di sekolah yang terbaik.
Sempat juga saya jadi panel temuduga untuk ibu bapa yang berhajat masukkan anak-anak mereka ke Sekolah Bina Insan di sebelah petang .
Seorang ibu dari Terengganu bersemangat untuk hadir menghantar anaknya untuk masuk ke Sekolah Bina Insan, walaupun ibu itu tahu, anaknya tidak begitu berminat. Merayu-rayu si ibu minta permohonannya dipertimbangkan. Keputusan anaknya begitu baik. 4A 1B.
"Saya nak anak saya masuk sekolah agama juga. " Begitu besar harapan si ibu, tak sampai hati untuk kami tolak.
Mendengar sendiri rayuan ibu bapa supaya anaknya diterima, benar-benar menyentuh hati saya dan menyebabkan saya teringat kepada emak dan arwah abah. Betapa seorang ibu dan bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Teringat masa sekolah rendah abah hantar ke sekolah sebab sakit kaki jalan jauh ke sekolah. Hari-hari emak masakkan bekal. (Ini bukti emak sayang sangat kat saya!:))
Time sekolah menengah pulak, saya buat perangai. Mohon untuk tukar dari sekolah JAIS ke sekolah SBP. Bila dah dapat tukar, (dua minggu) saya tak tahan duduk sekolah tu. Sebab budak-budaknya sosial sangat, bertepuk-tampar tak hengat. (Macam good good jer gua kan??) Jadi saya bagitau Abah nak tukar ke sekolah JAIS balik. Memanglah kena penalti dengan JAIS, sebab menyusahkan orang! Jadi stranded lebih kurang sebulan tak sekolah, sebab tunggu kelulusan JAIS balik. Abah lah yang susah-payah usahakan untuk saya masuk balik sekolah JAIS. Jumpa dengan Guru Besar sekolah (sekarang Mufti Selangor) dan Pengarah JAIS waktu tu, merayu nak masuk balik. Guna syafaat Abah lah masa tu. (Cerita ni, bukti Abah sayang sangat kat saya. Dia tebalkan muka jer mengadap orang-orang JAIS untuk pastikan saya dapat sekolah yang terbaik. Sedey pulak bila teringat kebaikan abah.)
Sekarang ni, barulah saya tahu betapa orang Islam di Selangor demand nak hantar anak ke sekolah JAIS kerana mahu anak mereka pandai agama. Di Selangor, dari 32,000 permohonan, hanya 3,000 sahaja yang diterima. Maknanya, yang terbaik sahaja yang diterima. Terima kasih JAIS sebab terima saya semula. Susah rupanya nak masuk sekolah JAIS.
Dan bila saya dah habis sekolah dan masuk universiti, saya akhirnya berkhidmat di MAIS setelah 2 tahun beramal di firma guaman di KL. Alhamdulillah, bekerja di MAIS menemukan saya dengan bekas-bekas guru saya di sekolah-sekolah JAIS. Dapat bekerjasama dengan mereka dan dapat membantu JAIS, organisasi Islam yang pernah membantu saya dulu. Besarnya hikmah yang Allah beri di sebalik kejadian. Terima kasih duhai Allah. I love you more and more.
K lah. Dah mengantuk. Paper masih gak belum siap. Kena bangun malam nampaknya. In shaa Allah. Sentiasa doakan yang terbaik untuk ibu bapa kita. Tanpa mereka siapalah kita. Semoga Allah rahmati kita semua. Ameen. Wassalam.
Hani
BSP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan