Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 6 Oktober 2010

Renung Sejenak - "Honda tak sama dengan Proton.."


Satu petang di hadapan perkarangan Bangunan PKPS (BIMB) Shah Alam...


Puan X : Sekarang nak buat macam mana ni? (sambil tuding-tuding jari telunjuknya kat bumper depan kereta Honda Odysey miliknya). Kenapalah u ni tak hati-hati....tak nampak ke kereta saya kat tepi tu???

Od : Sorilah Puan. Saya betul-betul tak nampak. Maaf sangat-sangat.. (muka pucat lesi tak berdarah, sambil tanya aku nak buat macam mana sekarang).

Aku : Macam ni lah. Kalau nak settle dengan insurans, kita buat report jerr.. tapi kalau nak settle sini, diskas lahh. (dengan suara macam confident, walaupun hampir hilang nyawa sebentar tadi..)

Puan X : Ini kena ketuk ni, nak kena ganti semua bumper ni.. Honda tak sama dengan Proton!! Mahal nak servis. Kena ganti semua.. (kata beliau dengan muka ketat).

Aku : Sorilah . Dia memang tak perasan Puan. Saya dah cakap dengan dia, ada kereta, tapi tak sempat elak dah. Apa lagi.. Selamat lah!! Benda nak jadi. (Tapi aku rasa tak payah ketuk sebab aku rasa, scratch jerrr..tak bengkok pun bumper dia..)

Puan X : Saya ni dah la sibuk. Macam-macam nak fikir. Jadi macam ni pulak. (Masih suara tinggi).. Beliau terus kol seseorang, aku agak hubby beliau, maybe mintak pandangan kot.

Mamat X : Ini hantar kedai, dalam RM250, cat semua, satu bumper. (Tetiba mamat ni datang, ntah dari mana. Allah hantar kot! :P)

Aku : Owh! Yer ker?? Itulah.. saya rasa pun tak payah ketuk.. (Syukur.. takut jugak kalau lebih RM250.. Masak Od mau bayar!! Iyerlah.. sebab kenyataan "Honda tak sama dengan Proton, menyebabkan aku bimbang harga servicenya..)

Mamat X : Ha ah. Dulu saya pun kena jugak macam ni. Lebih kurang tu jerr.. tak kemik pun, so tak yah la ketuk..

Puan X : Apa? tak payah ketuk? Tak nampak ni. Ni teruk ni... tak payah ketuk awak kata? Aduh... macam mana bawak kereta?? Saya dah 30 tahun bawak kereta, memang saya bawak hati-hati.. (Masih mau membebel.. ) Saya bukan apa. Saya ni sibuk. Tak ada masa nak layan benda-benda ni. So, sekarang ni macam mana? (Tetiba aje Puan X muncul. Masih marah-marah dengan kening hampir bercantum, sebab tetiba ada mamat X nak sibuk-sibuk).

Mamat X : Ini sikit jer ni. Tak perlu ganti bumper.. cat jerr..Nak senang, settle jer lah.. Bawak gi bengkel, baiki, claim pada dia (katanya memberi cadangan sambil memandang Od).

Puan X : Heh! Saya sibuk. Tak ada masa. Takperlah.. Macam ni.. Bayar jer lah kat saya RM200 dulu. Kalau lebih saya pulangkan balik. Kalau kurang, tak apalah, saya tambah. Insyaallah, saya jujur. Ada duit tak?

Aku angguk pada Od isyarat setuju. Ok la tuh!!

Od : Ada. Ada. tapi saya kena kuarkan dulu... (suara masih gelabah..)

Puan X : Takper. Saya tunggu.

Mamat X berlalu, sebab dah selesai. Sempat dia pesan pada Od, kalau Puan X claim RM800 or more, report jer polis.. sebab mahal sangat. Aku sambung sembang dengan Puan X.

Puan X : Saya ni, betul-betul sibuk. Saya kerja di UiTM.

Aku : Owh.. dekat jer... kami di MAIS.

Puan X : Itulah. Ingat nak balik cepat nak solat di rumah. Ini pun belum solat lagi.. (jam dah kol 6.30 petang kott!!)

Aku : ..... (Dalam hati, aku bersyukur, sebab aku dah solat.. kalau mati pun, dah solat..:)

Bagi aku, sibuk macam mana pun, solat kena diutamakan. Ini kerana, solat adalah ibadat pertama yang Allah akan nilai dan hisab di Padang Mahsyar kelak. Kalau elok dan diterima solatnya, insyaallah, ibadat yang lain diterima. Sebab itulah Abah selalu pesan, solat di awal waktu dan berjemaah. Zaman sekarang, alhamdulillah, ramai yang bersolat, tapi solatnya ditunaikan di hujung-hujung waktu. Dah la tu, buat sorang-sorang.. Agaknya, kalau Allah boleh tunjukkan kita score board (papan markah) solat kita satu waktu, berapa agaknya kita dapat.. Tak berjemaah, lewat, bacaan tunggang langgang, sujud, rukuk tak sempurna, tak ada toma'ninah..

Bayangkan kalau kita nak amik peksa, kena jawab 27 soalan, masa sejam, kita datang lambat, masa tinggal 20 minit, kita tak mampu jawab semua, maybe cuma dapat jawab 15 soalan, belum tentu semua jawapan betul. Dah la jawab dalam keadaan terkejar-kejar, tulisan dah tentu kalah tulisan doktor... Markah kita? Dah tentu tak sebaik calon yang datang awal, bersedia, dan jawab dalam keadaan tenang.

Samalah macam solat jugak. Tepuk dada, tanya diri sendiri, muhasabah diri sendiri.. Adakah kita telah menunaikan ibadat solat kita dengan sempurna?? Adakah kita tunaikan di awal waktu? Adakah kita buat berjemaah?

Dulu, ada sorang member aku nih. Pada pandangan aku, dia seorang terpelajar dan mempunyai latar belakang agama yang baik. Tapi sayang, sebab dia sangat sibuk dan terkejar-kejar dengan urusan dunia (hopefully dengan niat mengumpul bekalan untuk akhirat) solatnya aku lihat, dibuat terkejar-kejar. Tak ada toma'ninah, memang express!! Sapa yang berjemaah dengan beliau agaknya stress sebab tak terkejar.. (Harap Allah beri hidayah pada dia untuk memperbaiki solatnya)..

Aku tulis ni, bukan nak kata solat aku bagus, sempurna, atau terhangat di pasaran.. Tidak! Tapi aku serius nak jaga dan perbaiki. Nak solat fardhu di awal waktu dan berjemaah. Dulu, aku solat Asar kat rumah, sebab rumah dekat sangat dengan ofis.1.1 km ajerr.. Tapi sejak kejadian semalam, aku berazam nak solat Asar dulu di pejabat, sebab aku tak tau apa akan jadi pada aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Kalau kena eksiden lagi teruk dari semalam, tak solat pulak.. Nauzubillah.. Allah saja yang tahu...

Aku rasa nak cakap dengan Puan X... Patutlah benda ni jadi.. Mau bagi peringatan pada dia, aku dan semua...:) Lain kali, utamakanlah solat. Nasib baik eksiden kecik ajerr.. Tak mengorbankan nyawa.. Sempat nak solat lagi.. Kalau tak sempat solat, dah sampai liang lahad, sapa mau bertanggungjawab?? Lu pikirlah sendiri!!

So, saya ingin mengingatkan kepada diri saya sendiri dan pengunjung blog ini, please.. utamakan solat. Tunaikanlah dengan penuh rasa cinta pada Allah..

Seperti sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis:-

"Solat itu tiang agama. Barang siapa yang mendirikannya, maka dia mendirikan agama, barang siapa meninggalkannya, maka dia meruntuhkan agama".

* Entry ini ditujukan khas buat Od dengan pesanan, sila jual Proton anda dan belilah Honda...:P)

"Renung Sejenak"


Nurhani


Shah Alam.

Isnin, 4 Oktober 2010

Diari - Open House

Salam semua,

Musim raya ni memang banyak open house. Walaupun dah nak habis raya, masih ada lagi orang buat open house. Jumaat lepas sempat, aku pergi IKIM punya open house. Banyak la artis-artis nasyid aku jumpa. Sempat bersembang dengan Ustaz Asri Ubaidullah, dari kumpulan Rabbani. Bila aku tanya, dah dapat pengganti Ustaz Asri, dia kata, tak ada kot. Bunyinya macam tak nak cari pengganti. Mungkin tak dapat lupakan lagi Allahyarham.. Hmmm.. Kan bagus kalau semua lelaki macam ni? Kalau isteri meninggal tak cari lain. Hehehe.. Sori.. Tetiba tercross pulak ke cerita lain.

Jumaat malam, dua rumah buat makan-makan. Kat rumah first (rumah Leha) sedap betul kuah kacangnya. Terbaek!! Kat rumah kedua (rumah Wa), aku makan sikit ajer, sebab dah kenyang makan kat umah Leha. Sikit pun, separuh pinggan jugak nasi goreng kerabu aku makan. Ehehehe... Sikit kah?

Sabtu lepas, dua rumah aku gi. Rumah first, rumah Mid. Beliau jamu kami dengan bihun sup dsn soto. Sedap dan hot!! Sebab sambal kicapnya memang extra hot. Pedas setahun!! Tapi sedap. Rumah kedua pulak (rumah Rohaida) ada nasi berlauk. macam-macam lauk ada. Daging salai, sambal udang petai, ayam goreng KFC, sayur campur, ulam... perghhh.. Makan lagi. Seb bek la si Zahin, anak si Aziah yang menumpang kami, tetiba meragam sakit kat leher, so agak cepat la kami balik. Kalau tak?? Takut aku nak membayangkan akibatnya.. Mau beround-round..

Apapun, terima kasih kepada yang menjemput dan menjamu kami makan. Mudah-mudahan Allah limpahkan rahmatNya dan membalas kebaikan dan keikhlasan hati kalian dengan rezeki yang berlipat kali ganda.

"Mencari Redha Ilahi"
Nurhani

Shah ALam


Suasana jamuan hari raya IKIM.

Muaz dan isteri pun ada. Kumpulan Hijjaz pun ada.

Aku dan Fiza bergambar kenangan dengan Zarita, DJ IKIM yang juga rakan ku semasa di UIAM.

Bersama orang nombor 2 IKIM, Prof Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Pengarah IKIM.

Antara artis nasyid yang hadir.

Makan-makan di rumah Leha.

Sori gambar tak clear. Kamera rosak.

Lagi..

Langsir baru aku...

Chanteq tak?? :D

Jumaat, 1 Oktober 2010

Diari- Kursus Pengucapan Awam

Salam semua,

Pada 29hb September dan 30hb September 2010, saya dan beberapa orang pegawai MAIS terpilih untuk menyertai kursus pengucapan awam yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, MAIS.

Di dalam kursus tersebut, kami diberi penerangan mengenai asas penulisan teks ucapan, cara-cara komunikasi yang berkesan, serta pengurusan stress. Ada peserta bertanya mengapa slot 'pengurusan stress' perlu dimasukkan. Penceramah yang hadir iaitu En Letuchumanan menjelaskan bahawa kebiasaannya manusia akan mudah mengalami stress dan gugup apabila diminta untuk memberi ucapan di hadapan orang ramai.

Kenyataan beliau memang tepat, kerana sewaktu sesi latih amal yang dijalankan pada hari kedua, walaupun majoriti peserta yang hadir nampak yakin (confident) dan mampu berucap dengan baik, masih ada beberapa orang pegawai MAIS yang saya gelar "4G' iaitu gugup, gabra, gelabah dan gemuruh. (Hihihiii.. Sapa-sapa yang terasa, ampunnn!!!! Jangan marah ek.. :) Tapi tak apalah. Sekurang-kurang nya mereka berani mencuba, dan dapat menghiburkan hati yang lain dengan telatah masing-masing bila berada di hadapan. Bergoyang sana, bergoyang sini, menggaru sana-sini.. (Hahahaha.. Memang chomell!!!)

Terdapat juga slot Imej dan Ketrampilan Diri, yang membantu kami mengenalpasti imej dan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa berucap. Yang pastinya, tidak terlalu 'bling bling".. (Itu yang tak besh tu...:P)

Anyway, syabas pada Ustaz Hasal kerana dinobatkan sebagai Perucap Terbaik Keseluruhan, kerana berjaya mempengaruhi semua yang berada di dalam dewan kursus untuk mendengar ucapan beliau bertajuk "5 Perkara Aneh" yang disampaikan dengan penuh berkesan. Terima kasih pada haji Rahim yang menggamatkan dewan gelak ketawa kami sewaktu mendengar ucapan beliau bertajuk "Mat Rempit". Mana taknya, semua gaya Mat Rempit dia buat.. Wheeling, Waking, Scorpio, Superman.. hehehehe.. lawak lawak..:D

Paling best masa penceramah jemputan Puan Zaliha Sulaiman dari InTengah membentangkan penilaian beliau. orang lain punya ada, tapi saya nak abadikan komen beliau di dalam blog ini terhadap ucapan saya bertajuk "Sedih". Kata Puan Zaliha:-

"Hani dapat kembangkan idea, ada body language, pandai berjenaka, eye contact seimbang, ada hadis dan ayat Quran, dan dapat menarik minat audience."

Ok la tuh!! Saya turut tersenarai sebagai salah seorang peserta yang beliau tertarik dengan ucapan yang diberi. Kira Top 5 lah! (Perasan!!)

Anyway, kursus ni, memang baik dan bermanfaat lebih-lebih lagi kepada pegawai MAIS dan kakitangan kerajaan lain yang sentiasa berhubung dengan orang awam dan perlu memberi penjelasan mengenai institusi mereka atau bidang tugas mereka kepada orang awam. Saya berharap semoga Unit Latihan MAIS akan mewajibkan kursus ini kepada semua kakitangan MAIS supaya setiap pegawai dapat memperbaiki cara berkomunikasi dan mempertajam skill berucap masing-masing.

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"
Nurhani

Shah Alam


Sebahagian pegawai wanita yang hadir.

Sebahagian pegawai lelaki yang hadir.

Penerangan mengenai Bahagian Audit Dalam MAIS. oleh Shahida.

Haji Rahim dengan ucapan gamat beliau " Mat Rempit".

Terhibur dengan telatah rakan-rakan yang menggelikan hati.

Ustazah Saloni, menceritakan mengenai pengalaman beliau sebagai orang asli yang mendapat hidayah untuk masuk Islam. Kisahnya menyebabkan saya betul-betul bersyukur, kerana lahir Islam.
Encik Hafiz, pustakawan MAIS berkongsi ilmu mengenai "Pemuliharaan Bahan".

Shikin dengan "Pembuangan Bayi".:D

Zuraidah dengan "Masa".

Saiful dengan "Cara Elakkan Dari Keberhutangan".

Ustazah Mazlina dengan "Tips Mengekalkan Keharmonian Rumahtangga". Best!! Penceramah pun suka.

Ustazah Baizura dengan "Pengurusan Jenazah". Walaupun ucapan beliau ringkas, tetapi mendapat pujian dari Puan Zaliha, kerana berkeyakinan, lantang dan jelas.

Husna... Errr.. lupa la tajuknya..:P

Ustazah hafizah dengan "Taubat". Insaf bila dengar. Insyaallah saya cuba amalkan.

Syakirah dengan "Kebebasan Beragama".

Ustaz Jamal dengan ucapan bertajuk "Dakwah".

Bersama Puan Zaliha Sulaiman, penceramah hari kedua.

Alalalala..:D

Ustaz Yaacob Alwi dengan "3 Agama".

Dari kiri : Hafiz (Pemuliharaan Bahan), Hasal (5 Perkara Aneh), Nasoha (Sipon), Amrul (Stress).

Happy..

Rabu, 29 September 2010

Diari - Beraya di Kelantan Dan Terengganu (Part III)

My 20 cent..:P
Salam semua,

27hb September 2010, jam 9 pagi kami sudah memulakan perjalanan ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu. Semasa saya sampai di bilik mesyuarat, saya terpandang Ustaz Mohd Ropi, seorang sahabat yang saya kenali sewaktu saya melawat pelajar Selangor di Mesir pada tahun 2007. Saya ada juga berjumpa beliau dua tiga kali selepas pulang dari Mesir.

"Eh! Ustaz!" sapa saya.

"Uh! Awok lagi,"katanya dalam loghat Terengganu. Saya berbual sebentar bersama Ustaz Ropi sebelum diajak masuk ke Bilik Gerakan untuk sesi perbincangan dan suai kenal. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu, Dato' Hj Ismail. Saya mengenali Dato' Ismail semasa beliau membuat lawatan ke Baitul Ehsan sekitar tahun 2008. Saya ada menulis mengenai lawatan mereka di dalam entry saya sebelum ini. Banyak isu yang dikongsikan bersama di antara ahli rombongan. Isu poligami, isu kahwin luar kawasan, isu penguatkuasaan hukuman, dll.

Saat saya ingin bertanya soalan, tiba-tiba Dato' Ismail menyampuk,

"Eh! Dia ni.. Ada?? Tak perasan saya," katanya, seolah-olah terperanjat melihat kehadiran saya.

"Memang saya ada Dato'. Dato aje yang tak perasan. Sampai hati Dato'," saya melawak. Yang lain tergelak-gelak.

"Betullah saya tak perasan. Minta maaflah. Ini Penasihat Undang-Undang MAIS," katanya mengenalkan saya pada pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tanpa diminta.

"Ermm.. ke, sebab saya kecik sangat Dato?" saya bertanya lagi. Masing-masing tergelak kerana memang maklum saiz badan saya yang tak berapa kecik nak dibandingkan dengan yang lain.

"Tak perasan saya," ulangnya lagi.

"Itulah. Takkan saya nak tersengih-sengih pulak," saya membalas disambut dengan gelak ketawa yang lain.

Gelak, gelak juga, serius, tetap serius juga. Selain dari perkongsian perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa, bon jamin, waran tangkap, dll perkara yang melibatkan pendakwaan dan penguatkuasaan kes-kes jenayah syariah, lawatan ini menemukan saya semula dengan 2 orang kenalan lama, Ustaz Ropi dan YAA Dato' Ismail. Ustaz Ropi dulu berkhidmat sebagai pegawai di Rumah Pelajar Mesir, Pahang. Kemudian sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik sebagai Pegawai Penyelidik kepada YAA Ketua Hakim Terengganu sehingga sekarang. Dato' Ismail pula memang terkenal sebagai salah seorang Ketua Hakim yang berani bersuara dan memberikan pandangan. Beliau banyak memuji kemajuan institusi Islam di Selangor berbanding di Terengganu.

Mudah-mudahan pertemuan antara dua jabatan berlainan negeri ini tidak berakhir di sini. Banyak persoalan yang masih belum terurai, dan tanggungjawab yang belum dilaksanakan. Pencarian ilmu dan pengalaman ini tak mungkin terhenti di sini. Walaupun jajahan takluk dan bidang kuasa berbeza, namun objektifnya tetap satu. Untuk Islam dan umat Islam.

"Berjalan, Melihat Mentafsir"

Nurhani

Shah Alam

Bangunan yang menempatkan JKS Negeri Terengganu.

Tuan Shukor Abd Hamid, Ketua Pendakwa Syarie Selangor, selaku ketua rombongan.

YAA Dato' Ismail, Ketua Hakim Syarie Terengganu.

Sebahagian ahli rombongan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Sebahagian yang lain.

Berhenti rehat sebelum sesi soal-jawab bermula.

Wakil JKS Terengganu. Dari kiri : Ustaz Mohd Ropi, Hakim Syarie (tak ingat nama) dan Hakim Syarie (tak ingat nama).

Tekun mendengar pengalaman YAA yang telahpun bertahun-tahun terlibat di dalam bidang syariah.

Menandatangani guest book yang disediakan.

Selasa, 28 September 2010

Diari - Beraya di Kelantan Dan Terengganu (Part II)

Salam semua,

Tanggal 26hb September 2010, selepas pulang dari JHEAIK, kami memulakan perjalanan ke Terengganu.

"Betul-betul kita ni beraya, sebab dok atas jalan raya ajer," seloroh saya pada ahli rombongan.

Sebelum bertolak ke Kuala Terengganu, kami singgah sebentar di Pasar Siti Khadijah untuk membeli buah tangan untuk dibawa pulang.

"Jam 2 petang, kita jumpa balik di sini," kata ketua rombongan. Saya melihat jam di handphone saya. "12.30pm". Maknanya kami ada lebih kurang satu jam setengah untuk membeli barang-barang idaman hati.

Keadaan yang panas di dalam pasar menyebabkan saya tidak berada lama di Pasar Siti Khadijah. Saya hanya membeli sehelai tudung kiriman Shikin, sahabat saya, dan beberapa keping fridge magnet untuk menambah koleksi fridge magnet yang saya kumpul. Disebabkan masih awal, saya singgah solat di surau berhampiran sebelum menapak ke tempat bas berhenti.

"Itu aje ke beli?" tanya pemandu bas yang saya panggil "wak". "Kalau orang rumah aku ikut, banyak dia borong," sambungnya.

"Ha ah Wak. Ini pun kawan kirim," jawab saya sambil menaiki tangga bas. Rupa-rupanya saya seorang sahaja yang telah tiba di dalam bas. Saya terus duduk dan melihat jam di hp saya. Lagi 2 minit pukul 2. Nampak gayanya, lewat juga kami akan bergerak ke Terengganu.

Lebih kurang jam 2.30 pm, kami memulakan perjalanan ke Terengganu. Kami sempat singgah di Besut, kerana seorang rakan saya, Zukri, seorang peguambela dan peguamcara yang memiliki firma guamannya sendiri bermurah hati membelanja kami makan satar, otak-otak dan minum petang. Kami tiba di Kuala Terengganu lebih kurang jam 6.30 petang dan terus check in di Felda Residence, Kuala Terengganu. Lokasi hotel ini yang terletak betul-betul di tepi laut merupakan satu kelebihan hotel ini. Saya mengkagumi pemandangan indah laut yang terbentang luas di hadapan saya, dengan bot-bot dan cahaya lampu di sekitarnya. Subhanallah! Cantik!!

Rancangan untuk bersiar-siar di sekitar hotel dan berjalan-jalan di tepi pantai pada malam itu terpaksa saya lupakan kerana terlalu letih. Perjalanan seharian ini memang meletihkan, namun saya tetap seronok. Semoga saya dan semua yang menyertai program ini bukan sekadar merasa letih dan penat, namun mendapat manfaat daripadanya.

"Berjalan, Melihat dan Mentafsir"

Nurhani

Shah ALam


Bas yang membawa kami.

Bangunan yang menempatkan JHEAIK.

Sampai di JHEAIK.


Mesyuarat bersama JHEAIK. Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JHEAIK.

First time makan nasi dagang. Sedap!!

Melawat ke Bahagian Pendakwaan JHEAIK.

Berbincang dan bertukar-tukar maklumat bersama Ketua Pendakwa Syarie Kelantan (berbaju hitam) dan Pendakwa Syarie Selangor.

Bergambar kenangan bersama JHEAIK.

Thanx to Zukri dan keluarga kerana sudi belanja 1 bas.

Pemandangan indah pantai Terengganu.

Felda Residence, tempat kami menginap.