Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 23 Mei 2011

Renung Sejenak : Al-Fatihah untuk mangsa tragedi tanah runtuh di Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat

Assalam,

Aku sedih.. Sedih sangat.. Pilu.. Sayu.. Mengenangkan tragedi yang berlaku kepada anak-anak yatim Madrasah At-Taqwa. Tapi aku akur. Allah Maha Kuasa. Allah lebih sayangkan mereka. Al-Fatihah untuk semua mangsa dan keluarga masing-masing. Semoga semua anggota keluarga yang terlibat menerima musibah yang menimpa dengan hati yang terbuka.

Sebagai manusia, begitulah pengakhiran kita. Dengan kematian. Cuma caranya saja yang mungkin berbeza. Kejadian ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup. Ajal menjemput kita tanpa sebarang notis. Bersediakan kita menghadapinya?


Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Gambar sebelum kejadian. Di bawah khemah yang dibina. Sumber: Facebook saudara Amin Idris.







 

Sedih dan pilu menyelubungi.
Sumber : Berita Harian.

Isnin, 16 Mei 2011

Renung Sejenak : Takut itu bagus..

Assalam semua,

Kerja-kerja di KUIS semakin bertambah. Bermula dengan arahan untuk menyemak cadangan pindaan KUIS,  10 keping fail yang aku pesan dari Bursary dah pun habis digunakan untuk membuka fail bagi tugas-tugas baru. Sejak 3hb aku memulakan tugas di sini, 'rezeki' aku memang melimpah-ruah. Setiap hari akan ada panggilan mesyuarat dan memo meminta semakan dibuat terhadap perjanjian yang pelbagai. Phew! Rasa nak bernafas pun tak sempat. Walaupun semuanya kerja-kerja rutin, namun aku rasa aku sangat mengejar masa. Cepat sangat dah 2 minggu. Risau dan takut melanda jiwa. Risau dengan kepantasan masa. Takut tak dapat buat yang terbaik.

Betullah. When u work alone, cabarannya berbeza dengan kerja berjemaah. Semua kena buat sendiri. Tanggung sendiri. Tension sendiri. Bila buat secara berjemaah, tugasan dan beban kerja dikongsi bersama. Kurang rasa tension bekerja, malahan hasilnya lebih baik hasil perkongsian pendapat dan idea yang disatukan.

Anyway, bila aku suarakan ketakutan aku pada my boss, nasihatnya pada aku,

"Takut itu bagus. Bila kita ada rasa takut, kita ada tanggungjawab nak buat dan selesaikan amanah dengan baik. Kalau tidak takut, itu yang saya bimbang. Kerana tak ada rasa takut bila tugasan tak siap."

My workstation @ KUIS.
Alhamdulillah. Syukur dapat boss yang rajin bagi nasihat. Terus bersemangat nak buat kerja dan laksanakan tanggungjawab. Aku akan cuba buat yang terbaik. Itu janji aku, dan prinsip aku. Walaupun aku sangat rindu dengan suasana kerja berjemaah di BUU @ MAIS, aku akan cuba buat yang terbaik. :D

"I am not alone, Allah is with me"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Sabtu, 7 Mei 2011

Renung Sejenak : Cempedak Nan Sebatang...

,

Assalam,

Entah mengapa, murah sungguh rezeki pokok cempedak kami yang sebatang di halaman rumah kami. Ranum sangat buahnya. Memang menyebabkan sesiapa yang lalu tidak akan terlepas untuk memandangnya. Bergayutan di keliling dahan dan batang pokok yang hanya sebesar sepemeluk.

Masa aku balik hujung minggu lepas, alhamdulillah, ada rezeki aku dan lain-lain adik-beradik yang pulang sempena cuti Hari Buruh. Banyak buahnya yang masak. Memang sedap sangat rasanya. Sempurna!

Tadi, ada seorang pakcik datang meninjau-ninjau pokok cempedak kami. Mungkin teruja untuk melihat buahnya yang lebat, atau disebabkan baunya yang harum. Emak dan abah biasanya akan berikan dengan percuma sesiapa yang berhajat atau berkeinginan.

"Ambik ajer kalau nak. Tapi ambik sendiri, sebab aku tak larat nak kait," Begitu biasanya Mak dan Abah akan berkata, jika ada yang bertanya.

Tapi tadi, tiba-tiba aku rasa macam tak ikhlas nak kasi, bila ada yang meninjau-ninjau dan bertanya pasal pokok cempedak kami. Takut habis, kami semua tak dapat.

"Mak ni, asyik bagi orang jer.. Untuk kitorang ada ke tak?" kataku. Mak cuma tersenyum. "Tak apalah. Semalam dia dah ambil, sedap agaknya, hari ni dia datang lagi," kata emak. 

Usai solat Asar tadi, hati aku rasa bersalah sangat. Sebab ada sifat KIKIR dan BAKHIL dalam diri. Sebab buah cempedak aku jadi hamba SYAITAN. Ada rasa sombong dalam diri. Kedekut, sombong, sedangkan rezeki tu Allah yang beri. Kalau Allah tak izinkan pokok cempedak tu berbuah, kami semua tak dapat rasa walau sedikit pun. Astaghfirullahalazim... 

Aku cepat-cepat cari emak. 

"Emak. Bagi jer lah buah cempedak tu kat pakcik tadi. Kesian dia. Itu kan dah rezeki dia." kata aku pada emak.

"Tadi dia bukan nak ambik buah cempedak tu. Dia dah ambik semalam, 8 biji. Tapi dia tertinggal sebiji kat bawah pokok tu. Dia hantar bagi kat emak." kata emak.

Aku betul-betul malu... Ya Allah! Moga kau beri kebaikan kepada pakcik tu dan ampunkan aku..

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Jumaat, 6 Mei 2011

Diari : Point of departure..

Assalam semua,

Lamanya tak menulis!! Miss all my blogger members.. Rasa macam jauhhhh jer dengann korang. Maaf sebab tak sempat nak ziarah blog masing-masing. Sebab, aku tinggalkan streamyx kesayangan aku kat Shah Alam. So, tak dapat nak memblog selalu.

Masuk hari ni, dah 4 hari aku di KUIS. Alhamdulillah, so far, aku rasa seronok jugak kerja kat sini, walaupun terpaksa berjauhan dengan staff-staff dan teman-teman lain di MAIS.

Di KUIS, aku wat kerja sorang-sorang jer, sebab staff tak ada lagi. Legal office ni baru jer dibuka, dan akulah the only staff kat office ni. Means, aku lah KE (Ketua Eksekutif) akulah PA (personal assistant), akulah LA (Legal Adviser). KEPALA! :D Sumer nyer, aku buat ikut kepala sendiri, tapi tak la sampai langgar perintah. Definitely must be guided and in accordance with the spirit and vision of KUIS. Walaupun buat seorang diri, namun dah ada beberapa tasks yang minta aku beri priority. Well, walaupun buat seorang diri, namun aku pelik. Why aku rasa tenang jerr ek?..Macam boleh buat semua jerr.. Eheheheheh.. Maybe sebab kerja-kerja tu, aku dah biasa buat kot, berdasarkan pengalaman aku selama 7 tahun di MAIS plus 2 years in legal firm. Alhamdulillah...:)

Berbeza dengan di MAIS, memang tak leh buat sorang-sorang kerja-kerja tu. Must work in team. Tak mampu nak buat semua sorang-sorang. Workload banyak beb! Belum campur meeting lagi. Semua kena bagi maklumbalas pulak tu... Nasib baik staff aku kat BUU rajin-rajin belaka dan komited. Thanks to them. Aku tak ada ni pun, diorang kena back up aku.. Thanks again. Nanti BOSS belanja..:P

K lah. Mau balik kuarters untuk projek 'membuta'. Rehat lama hari ni. Syukur atas nikmat Allah. Walaupun dah bertukar ke KUIS, still dapat buat kerja yang aku suka. LAW!! Kerja best, tempat kerja best, rumah dekat office, exersice hari-hari naik tangga turun tangga, and yang paaaaaaaaaaaaaaaaling best is.......








jeng jeng jeng!!
























































tak perlu punch kad!! :D

"Sajer"
Nurhani
Bandar Sri Putra