Assalam,
Semalam, seawal jam 9 pagi, aku sudah sampai di Sg Ramal Dalam, menziarahi dua orang sahabat baik yang kematian anak lelaki tunggal mereka. Wajah almarhum aku tatap. Penuh ketenangan. Suci. Murni. Sebak dan terharu membayangkan gelora di hati sahabatku, si ibu yang belum pun bercerai susu dengan anaknya. Aku dikhabarkan almarhum baru sahaja menginjak usia 50 hari. Baru tiga minggu lepas aku dan temanku Shikin menziarahi almarhum buat pertama kali dan manghadiahkan almarhum sepasang baju yang comel. Semalam, aku menziarahinya buat kali pertama dan terakhir. Terdetik di hatiku, entah kan sempat almarhum memakai baju yang kami hadiahkan.
Teringat kiriman sms yang aku terima dari sahabatku lebih kurang jam 2.30 pagi,
"Tq An.. sedang rasa apa yang kau rasa..."
Sebak aku membaca sms berkenaan. Jiwaku diruntun pilu. Saat-saat kehilangan Abah mengimbau di fikiranku. Jujurnya, bukan mudah untuk menerima kenyataan kita hilang orang tersayang, tetapi kita perlu pasrah dan redha dengan ketentuan Allah. Hakikatnya, kita dan orang-orang yang kita sayang di sekeliling kita hanya dipinjamkan Allah buat seketika. Cuma ,kita tidak tahu berapa lama tempoh peminjaman yang Allah izinkan.
"Bersangka baik dengan Allah dan hadapi ujian ini, sebagaimana orang yang beriman diuji,"
Begitu pesanan ayah kepada sahabatku, seorang ilmuwan ulung, yang jasadnya di rumah sakit, tetapi jiwanya, qalbunya, iktiqadnya, hanya pada Allah.
Terfikir pada diri sendiri. Aku di KUIS, dipinjamkan cuma 3 tahun. Itu yang tertera dalam persefahaman yang dimeterai di antara dua institusi. Ini cuma perancangan manusia. Perancangan Allah, tak siapa tahu. Aku sendiri tak tahu, berapa lama Allah pinjamkan aku ke dunia ini. Fikir. Zikir. Fikir. Zikir.
Bersangka baik dengan Allah dan bersyukur. Banyak nikmat yang Allah beri dan tak terhitung dengan wang ringgit, namun kita masih lupa Allah. Syukur Allah masih panjangkan usia supaya kita berubah. Bersangka baik dengan Allah. Banyak dosa kita buat tetapi Allah masih beri peluang dan ruang masa untuk kita perbaiki diri. Syukur, Allah tak terbalikkan kita sepertimana kaum sebelum ini. Alhamdulillah. Syukur. Bersangka baik dengan Allah. Allah kurniakan nikmat paling agung iaitu hidup dan mati dalam keadaan kita beriman pada Allah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur. Sujud.
Alfatihah untuk almarhum Muhammad Fadhil Amin. Syurga untukmu sudah pasti. Kami yang hidup ini masih banyak perlu diisi tabung amalan kami untuk bertemu Al-Khaliq. Takziah buat sahabatku Fadhlina dan Fadhli. Semoga rahmat Allah bersama kalian sekeluarga.
Alfatihah untuk almarhum Muhammad Fadhil Amin. Syurga untukmu sudah pasti. Kami yang hidup ini masih banyak perlu diisi tabung amalan kami untuk bertemu Al-Khaliq. Takziah buat sahabatku Fadhlina dan Fadhli. Semoga rahmat Allah bersama kalian sekeluarga.
"Mati Itu Pasti"
Nurhani
Bandar Sri Putra
Kajang
5 ulasan:
takziah utk kak fadh...terkejut dgr berita ni.
kita memang sepatutnya bersangka baik dengan tuhan sebab tuhan lebih tau apa yang Dia perbuat..
hmm aku terkejut sgt dgr berita ni..sudah agak lama tak bertemu mata dgn fadh dan kalian semua..
terima kasih o-an atas coretan yg cukup menyentuh hati namun menyuntik semangat utk terus bersangka baik dengan Allah..
ya Allah.. semoga kita semua sentiasa diberikan ketabahan di alam ini. tulisan yg meruntun jiwa keibuanku...
Mati itu pasti, andai sampai waktu, tidak sesaat menunggu , tidak juga sesaat laju......Innalillahi Wainnailahi Rojiun.
Catat Ulasan