Sangat teruja nak update blog, tetapi masa tak mengizinkan. Apatah lagi nak ziarah blog orang lain. Nak jugak tukar design dan setting blog i, macam Ana, but still, tak sempat. Bulan Ramadhan ni, memang rasa macam cepat sangat berlalu. Kerja semakin banyak. Mesyuarat pun tak habis-habis. Perbincangan formal dan tak formal, termasuk yang tak ada appointment, dan tak masuk dalam schedule aku, namun terpaksa aku ladeni, kerana tanggungjawab, walaupun semuanya sedikit sebanyak mengambil masa aku yang sangat berharga.
But still, in this Ramadhan, dalam keletihan menahan lapar, dahaga dan mengantuk, aku berjaya selesaikan dua kes aduan (report tengah type), siapkan satu pindaan undang-undang (type sendiri beb!), jadi urusetia untuk Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang yang bersidang 2 kali (akulah urusetia, akulah chairman), jadi urusetia untuk Jawatankuasa Rayuan Tatatertib (1 kali), siapkan kertas kerja untuk buat program semakan prosiding tatatertib (type sendiri jugak beb!), semak dan finalize 3 agreement (supply buku and IT), meeting and discussions ntah berapa banyak entah (malas kira)..
Anyway, the most precious one is, in this blessed Ramadhan, I cook for my iftar..:) Bangga weh pada diri sendiri, kerana aku tak pernah buat macam ni pada tahun-tahun sebelumnya. Siap boleh jamu orang lagi..hahaha.. Sedap tak sedap, belakang kira, yang penting niat nak beri makanan pada orang yang berpuasa, kalau boleh setiap hari, insyaallah..:) Bayangkan, aku belum pernah sekali pun pergi pasar Ramadhan tahun ni...:)
Oh ya.! Ramadhan tahun ini, aku masih meneruskan hobi bersolat terawih di masjid. Tahun ini, masjid Al-Azhar KUIS menjadi tempat persinggahan utama aku dengan Rin dan Anom. Best jugak masjid ni, sebab imam-imamnya mempunyai suara yang merdu dan ramai di antaranya yang hafiz Quran. Masjid ini sentiasa penuh dengan students KUIS dan orang luar yang datang berjemaah di sini. Kalau balik Shah Alam, biasalah. Masjid Negeri la tempat aku tuju dengan Nora.
Sorry, tajuk tak ada kena-mengena. Sajer nak cari publisiti murah. Tapi aku sokong tindakan JAIS 100%. Kena ada pencegahan dakyah Kristianisasi sebelum ianya jadi lebih teruk sehingga membunuh jiwa-jiwa umat Islam. Bila tak dicegah, orang kafir akan rasa mereka bebas berdakwah kepada orang Islam, sedangkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan jelas menghadkan dan menghalang aktiviti dakwah agama bukan Islam kepada orang Islam. JAIS memang best! Semoga Allah permudahkan urusan mereka kerana mereka membantu agama Allah, bukan seperti sesetengah orang yang sanggup menjual agama Allah kerana takutkan musuh dan kehilangan dunia. Allah Akbar!
"Innallah ma'ana"
Nurhani
Bandar Sri Putra
12 Ramadhan 1432H
2 ulasan:
emmm... saya masih tak paham kenapa MB selangor minta maaf kat pihak gereja... :(
Eja Maria,
Dia mungkin tak faham konsep Islam sebagai agama negara. patutnya puak2 Kristian tu yang kena mintak maaf kat orang Islam.
Catat Ulasan