Assalam,
Raya kali ini aku sengaja berkunjung ke rumah teman-teman rapat Abah. Namun disebabkan kesibukan melayan tetamu yang berkunjung ke rumah, aku hanya sempat menziarahi Wak Nasib, Siak masjid di kampungku dan Cikgu Yahya, rakan tabligh Abah dan juga bekas Nazir masjid kampungku.
"Abah saya tak ada pesan apa-apa ke Wak?" aku memberanikan diri bertanya kepada Wak Nasib.
"Tak ada pun. Tapi lepas dia imamkan solat Asar tu, Wak ada rasa pelik sikit, sebab dia salam Wak lama sangat, dan senyumnya panjang," Wak Nasib membuka cerita.
"Waknye ada cerita kat wak lepas balik sembahyang Asar. Dia kata, Cikgu Jamal tu, senyumnya lain macam hari ni," isteri Wak Nasib menambah.
"Lain-lain tak ada Wak?" tanya aku lagi, cuba mencungkil rahsia yang terpendam.
"Tak ada apa. Sebab lepas tu, dia bagi taklim, dia balik, sebab ada GAS (grup tabligh yang datang dari rumah ke rumah) dengan grup tabligh dia. Itulah last Wak jumpa dia," kata Wak Nasib. Suaranya kedengaran pilu.
"Terkejut Wak, sebab Wak tak tau Abahnya dah meninggal malam tu. Wak tau pun bila Awi (pakcik kami) bagitau Wak, masa Wak nak pergi sembahyang Subuh kat masjid. Dia kata, "Imamnya dah tinggal satu. Sorang dah tak ada." Wak terkejut, pastu Wak kata," Siapa? Imamnya dua-dua sihat kok". Pastu Awi kata, Cikgu Jamal dah tak ada. Terkejut Wak. Patutlah ramai sedara-sedaranya kat masjid." cerita Wak Nasib dalam nada sayu.
"Wak ni paling rapat dengan Abahnya kat masjid, tapi Wak tak tau dia dah meninggal malam tu. Terkilan jugak Wak. Kalau Wak tau, malam tu Wak mesti dah ziarah dia. Masa kat masjid tu, Wak tak boleh bangun lepas qamat, sebab terkejut sangat," terangnya lagi.
Aku pandang Ucu, Oin, Ajak dan Mel. Ada air yang tertahan di kelopak mata masing-masing. Aku jadi sayu. Sesungguhnya, bukan kami saja yang menangisi pemergian Abah. Teman-teman rapat Abah seperti Wak Nasib turut merasainya. Suaranya tertahan-tahan menceritakan kisah terakhir beliau bersama Abah.
Itulah Abah. Istimewa sungguh Abah di hati kami dan mereka.
Malam raya ke-3, aku, kakak dan Mel berkunjung ke rumah Cikgu Yahya. Cikgu Yahya merupakan bekas guru besar di sekolah rendah di kampungku semasa aku bersekolah di sana. Dia juga merupakan rakan sejemaah Abah dalam tabligh.
"Abah ada cerita apa-apa cikgu?" tanyaku agak malu-malu. Maklumlah, bekas guru aku lah katakan, mestilah segan.
"Tak ada apa pun. Lepas imamkan solat Asar, abahnya bagi taklim (tazkirah ilmu). Lepas tu ada mesyuarat. Lepas mesyuarat dia pergi gas. Lepas tu, tak tau la apa berlaku, sebab dah tak sama dia." kata Cikgu Yahya.
"Patut dia pergi gas dengan anak acik, Nuar, tapi dia tak datang. Nuar masa balik dari gas dalam pukul 9.30 cakap dengan wak. "Emak emak. Nuar rasa Cikgu Jamal dah meninggal," sambung Wak Tija, isteri kepada Cikgu Yahya.
Itulah Abah. Istimewa sungguh Abah di hati kami dan mereka.
Malam raya ke-3, aku, kakak dan Mel berkunjung ke rumah Cikgu Yahya. Cikgu Yahya merupakan bekas guru besar di sekolah rendah di kampungku semasa aku bersekolah di sana. Dia juga merupakan rakan sejemaah Abah dalam tabligh.
"Abah ada cerita apa-apa cikgu?" tanyaku agak malu-malu. Maklumlah, bekas guru aku lah katakan, mestilah segan.
"Tak ada apa pun. Lepas imamkan solat Asar, abahnya bagi taklim (tazkirah ilmu). Lepas tu ada mesyuarat. Lepas mesyuarat dia pergi gas. Lepas tu, tak tau la apa berlaku, sebab dah tak sama dia." kata Cikgu Yahya.
"Patut dia pergi gas dengan anak acik, Nuar, tapi dia tak datang. Nuar masa balik dari gas dalam pukul 9.30 cakap dengan wak. "Emak emak. Nuar rasa Cikgu Jamal dah meninggal," sambung Wak Tija, isteri kepada Cikgu Yahya.
"Ye ke Wak?" tanyaku hampir tak percaya, sebab Abah meninggal dalam pukul 11 malam, tapi Nuar dah dapat rasa Abah meninggal lebih awal.
"Yer.. Wak cerita ni pun meremang bulu roma Wak. Wak kata kat Nuar, "Eh kau ni. Ntah-ntah orang tu sihat ajer, apa pasal pulak ko kata dia meninggal? Nuar jawab, sebab kat masjid tadi, Cikgu Jamal asyik pegang kepalanya ajer. Bila Nuar tanya, dia kata dia pening. Tau-tau, malam tu, Wak Jayus ketuk pintu cakap dengan Nuar, Cikgu Jamal dah meninggal." sambung Wak Tijah.
Allah Akbar !Sungguh besar kuasa Allah. Allah beri sixth sense pada Nuar untuk merasai lebih awal detik kematian Abah, yang mana aku sendiri tidak dapat merasainya.
"Kat umah ada La dengan Peical dengan emak. Kitorang pun tak sure masa tu Abah dah tak ada, sebab Abah tak nampak dalam keadaan nazak pun. Tak nampak pun dia lepaskan nafas terakhir. Tiba-tiba ajer." kata Mel.
"Itulah cara orang yang baik-baik mati. Mudah ajer. Tak susahkan orang. Tak susahkan anak isteri. Tak ada sakit-sakit. Mudah sangat. Tak sakit apa.Kadang-kadang manusia ni tak tentu. Nak jaga orang tua pun berkira." kata Cikgu Yahya.
"Kalau kami kena jaga Abah pun, tak kisah Cikgu. Abah besarkan kitorang sampai jadi besar sangat kot!"kata Mel.
"Saya tak kata kamu. Kamu mungkin ok. Kita ni manusia. Mula-mula mungkin ok nak kena jaga orang tua yang sakit. Tapi kita pun ada keluarga sendiri. Mulanya mungkin ikhlas, tapi lama-lama jadi berkira, kenapa asyik kita ajer jaga. Kenapa orang lain tak jaga? Lama-lama, dalam hati terdetik jugak. Manusia. Macam tulah."kata Cikgu Yahya lagi.
"Abahnya lepas imamkan solat Asar, buat taklim, pastu mesyuarat, sempat dia form jemaah untuk gas petang tu, tapi dia tak datang. Inilah namanya berdakwah sampai akhir hayat," tambah Cikgu Yahya, menyebabkan aku betul-betul terharu. Bangga. Bangga jadi anak Abah, yang hanya orang biasa-biasa, tetapi bersungguh-sungguh melakukan dakwah menurut kemampuanya. Hingga akhir hayatnya pun, Abah masih mau berdakwah.
Raya terakhir bersama Abah, 2010. |
Selamat Hari Raya Abah. Ampuni dosa anakmu ini. Halalkan makan minum dan segala ilmu yang Abah beri. Aku mungkin tak bisa jadi sebaikmu, namun aku berikrar untuk menurut jejak langkahmu Abah. Berdakwah hingga ke akhir hayat. Aminn. Moga roh Abah tenang di sana. Aminn..
"Rindu Abah"
Nurhani
Bandar Sri Putra
4 ulasan:
Salam.
Memang Islam menyuruh anak-anak menyambung silaturrahim dengan sahabat-sahabat ibu bapa kita setelah mereka telah pergi meninggalkan kita buat selamanya di dunia ini, amalan ini suatu keutamaan juga.
Baguslah Hani dapat berbuat demikian.
Assalamualaikum...
Moga ayahanda hani tenang di sana..
salam raya
maaf zahir batn
teruskan berdakwah
Assalam kak,
Alhamdulillah kak dan adik beradik merasai nikmat dibimbing oleh ayah yang soleh inshaAllah. Moga ruhnya tenang disana.
Muhammad shah alam
Catat Ulasan