Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 26 Februari 2012

Diari : SAYURRRR!!

Assalam semua,

Aku baru selesai masak lunch untuk mak. Menu hari ni, sup ceker ayam dan ikan goreng jerr.. (Ada orang cakap dengan aku, ceker ayam banyak kolagen katanya. Elok untuk awet muda..:P) Sayur tak ada, sebab semalam aku dah jadi sayurrr.. :) Aku tengok jam awal lagi, jadi nak buat senaman tangan. Menulis!

Semalam, first time aku dan 8 orang sahabat dari MAIS masuk tournament bowling open game yang dianjurkan oleh MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) di MITC Melaka. MAIS hantar 3 team. Open game means, tak ada had kepada mana-mana jabatan atau pertubuhan untuk main. Anyone can play. Memang pengalaman lah. Pengalaman jadi sayurrr!! Sebab memang team lain hebat-hebat sangat!! Pasukan Cahaya Padang sebelah kiri kitorang, dengan Team Kaswani sebelah kanan kitorang, berlumba-lumba strike dengan spare. Satu game diorang score til 200++!! First game lagi aku rasa kitorang dah jadi sayur dalam sandwich dah! 

Tapi, aku suka dengan member-member MAIS aku. Sebab, walaupun kitorang dah confirm kalah, kami masih cuba yang terbaik. Sebab, kitorang nak buat yang terbaik untuk kutipan markah persendirian. Walaupun aku masih tak dapat mengulangi kejayaan score 208 satu game, tapi masih bersyukur dengan mata yang dipungut kerana melebihi mata persendiriran yang aku perolehi semasa perlawanan di Mont Terez dua minggu lepas.

Selepas berhempas pulas bermain 4 game (4 game ok!) kami akhirnya terpaksa akur dengan keputusan akhir :-Team MAIS 1 : No 15, Team MAIS 2, No 18 dan Team MAIS 3 (team aku la ni), No. 20!!! Hahaha!! Terbaik!! 

Anyway, walaupun kalah, we enjoy the game. Itu paling penting. :)

Usai solat Zohor, kami singgah ke karnival Jom Heboh yang berlangsung bersebelahan dengan MITC untuk mencari tempat makan tengahari. Untuk mengelakkan kesukaran parking, kami decide untuk berjalan kaki sahaja ke tapak karnival yang terletak kira-kira 300 meter dari MITC. 

Disebabkan perut kami dah berkeroncong, aku dan beberapa rakan lain memutuskan untuk makan dahulu di sebuah gerai di tapak karnival. Menu yang aku minta adalah nasi ayam tempayan dan air mata kucing. Nak rasa menu baru. Makanan, alhamdulillah, walaupun tak berapa kena dengan selera aku, tapi sebab lapar sangat, habis juga. Lagipun, aku bukan jenis tak habiskan makanan. Kerana bagi aku setiap makanan yang Allah rezekikan, even sebutir nasi pun, ada kebaikannya pada kita.

Cuma yang tak berapa best, aku rasa harga makanan tu, MAHAL SANGAT! Biasanya, untuk makanan dengan kuantiti sebanyak tu, kat Shah Alam or kat Bangi sekalipun, harganya cuma RM4.50. Air cuma seringgit. Tapi kat gerai tu, depa jual dua kali ganda harganya! So, makanan aku RM9 dan air RM2. Total RM11!!! Mahal kan? Agaknya owner dia nak cepat gi haji... Anyway, moral of the story, berhati-hati memilih gerai makan di karnival seumpama itu. Tanya harga dulu. Peniaga suka menaikkan harga makanan tanpa rasa bersalah! 

Yang positifnya di karnival tu, aku beli dua helai seluar track dengan harga RM15!! Murah sangat kot!!:) Buah pun murah, yogurt pun murah..:) Makanan jer mahal. Lain-lain, korang tengok la gambar!:)
Team MAIS 2 : No 18.
Team MAIS 1 : No. 15. Dapat RM50. Ok la tuh!

All of us..:)
Mata kumpulan kami..
With my team : Fieza and Badrol (baju kuning). Misbah (baju merah) dalam Team MAIS 2.
Sila skroll ke bawah ke untuk menilai keSAYURan kami..:P
We are not the champion, but we still happy..:)

"My Hobby"
Nurhani
Kg Raja

Ahad, 19 Februari 2012

Renung Sejenak : Hidup Ini Singkat..

Assalam semua,

Rindu untuk menulis. Namun apakan daya, 24 jam yang Allah beri sehari semalam serasa terlalu singkat? Biasanya, aku bangun seawal jam 6 atau 5.30 pagi (sekiranya bersahur) kemudian solat Subuh. Kalau terlebih rajin, jam 6.30 pagi aku dah mengayuh basikal (dalam rumah) sambil menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don. Kemudian sambung dengan rancangan Reflections sambil buat senaman ringan dengan dumbell untuk tangan, kaki dan perut. Kemudian aku siap-siap buat sarapan simple untuk orang bujang (biasanya oats dan protein  campur susu). Kalau ada roti, aku bancuh kopi or nescafe dan makan dengan dua keping roti. Thensolat Dhuha 2 rakaat. Pastu barulah aku siap-siap untuk ke pejabat.

8.30 hingga 5.30. Di pejabat dengan urusan pejabat. Selesai urusan, aku balik rumah dan solat Asar, atau pun aku solat Asar dulu baru balik rumah. (Rumah 1km jer dari pejabat kot!) Then, kalau tak hujan, aku bersiap untuk sesi riadah (briskwalking dan jogging) kat tasik KUIS yang indah. Part ni memang aku suka sangat. Sebab panorama tasik KUIS ni memang MasyaAllah! Cantik sangat!!

Selesai aktiviti riadah biasanya time tu dah nak Maghrib or dah masuk Maghrib. Nak sejukkan badan sebelum mandi dan solat Maghrib pun ambik masa juga kan? After Maghrib tu lah betul-betul nak rehatkan badan. Biasa aku tengok berita. Then kalau rajin, bukak lappy untuk buat kerja, check emails, dan surfing. Then tengok lah citer apa-apa kat TV sambil gosok baju. Kalau terlebih rajin, dua tiga hari punya baju aku gosok. Kalau malas tahap gaban, aku gosok tudung jer. Baju, aku pakai yang tak payah gosok.:)

Biasanya mata aku boleh bertahan tengok TV til 11 malam or kadang-kadang lebih jam 12. Depends pada cerita dan stamina yang masih berbaki. Dah tua-tua ni, kurang rasa nak menonton kecuali cerita yang betul-betul best. Aku prefer surfing dari tengok TV. Sekarang ni favourite program aku 30 Minit Ustaz Don. Aku rasa program ni betul-betul interaktif. Cara Ustaz Don jelaskan sesuatu perkara memang menarik minat aku. Betul-betul clear. Paling aku suka bila dia ajar tajwid dan bacaan surah-surah Al-Quran. 30 minit rasa tak cukup. 

Pastu, kalau dah jam 11 malam, biasanya aku dah cari tilam dan bantal. Ngantuk dahhh.. That's why, aku really impress dengan sesiapa yang masih boleh membaca buku yang informatif (bukan komik or bacaan ringan ok?) melewati waktu jam 12 tengah malam atau tidur cuma 2 jam sahaja sehari? Pada aku, mereka benar-benar menggunakan waktu yang ada semaksima mungkin. Just imagine, kita biasanya tidur 5-6 jam sehari. Berbanding mereka yang tidur cuma 2 jam sehari, perbezaan waktu selama 4 jam, banyak yang boleh dibuat, rite?

Pagi tadi aku buat sarapan untuk emak. Emak suka sarapan nasi. Nasi putih semalam ada baki. Aku tumiskan ikan kembung belacan untuk emak. Pastu, aku mula buat aktiviti fizikal yang lain. Kemas rumah, cuci dapur, basuh dan jemur kain, layan FB sekejap. Then kol 11.30 aku dah start masak untuk lunch. Sup tulang dan cendawan tumis cili.  Sekarang dah jam 4.03 minit petang. Rasa sekejap saja, 1 hari dah habis. 24 jam Allah beri rasa singkat sangat. Cepat sangat.

Bila fikirkan waktu hidup yang singkat, aku insaf sendiri. Aku rasa banyak masa hidup di dunia yang aku tak gunakan dengan sebaiknya. Bukankah seharusnya masa hidup diguna untuk kumpul bekalan akhirat? Ibadah dan khidmat ummah. Berkhidmat juga satu ibadah untuk tambah tabung amalan. Untuk dapatkan redha Allah.

Hidup ini singkat. Seorang sahabat memberitahuku, dia akan gunakan pengalamannya bertalaqqi dengan syeikh-syeikh hebat di Makkah dan Madinah sebagai salah satu hujah semasa bertemu Allah. Terfikir aku. Hujah apa aku nak gunakan supaya Allah redha aku dan Nabi beri syafaatnya pada aku?

Kemudian aku teringat emak. Sejak Abah tak ada, aku seboleh-bolehnya cuba beri keutamaan pada emak. Khidmat untuk emak. Cuba seboleh mungkin nak bahagiakan emak. Tak sampai hati nak lukakan hati emak. Semoga emak redhai aku sebagai anaknya. Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa. Abah dah tak ada untuk aku bermanja. Hanya tinggal emak yang tak pernah berubah kasih-sayangnya pada aku sejak 3 dekad yang lalu.

Aku semakin rajin ke dapur walhal aku tak suka memasak? Aku lebih suka mengemas dari memasak. Sejak emak tak berapa sihat, kaki pun asyik sakit, aku mula memasak untuk emak. Dulu emak yang masak untuk aku dan adik-beradik yang lain. Sekarang turn aku untuk masak beri pada emak. Take over tugas memasak. Hopefully aku boleh gunakan ini sebagai hujah di akhirat bila jumpa Allah? Aku pun tak tahu...

Hidup ini singkat. Beramal selagi sempat. Kumpul dan tambah 'hujah' kita selagi berupaya. Berbuat baik pada ibu bapa. Kita tidak tahu bila Allah akan ambil nyawa kita. Berkhidmat sebanyak mungkin. Semoga Allah balas kita dengan ganjaran syurga di akhirat. Aminnn.. (Pesanan ini untuk aku dan kalian juga.)

Hikmah semasa mum warded @ KPJ Shah Alam.
Being a single, I berpeluang untuk bersama mum and jaga mum. TQ Allah.:)

Didik mereka supaya sayangi orang tua dan jaga orang tua bila sakit. (Bed pool @ KPJ  Selangor)

Saya, Hannah dan Faisal di KPJ.
Kanak-kanak umpama kain putih. Ayah ibunya yang mencorakkan mereka.  Kanak-kanak akan lihat dan contohi layanan ibu bapa mereka kepada datuk dan nenek mereka. 

Ajar kanak-kanak untuk sayangi binatang dan makhluk lain juga. Bukan sekadar emak, ayah, keluarga sahaja.

Beautiful and majestic Masjid Al-Azhar KUIS.
Ingat, utamakan kasih sayang kita pada Allah dan Islam. InsyaAllah, Allah  akan sayang pada kita. :)
"Mati Itu Pasti"
Nurhani
Kg Raja

Khamis, 9 Februari 2012

Diari : Wanita Paling Berpengaruh...

Assalam,

Last month, ada seorang sahabat baik ku diminta untuk memberi ceramah berkenaan orang yang berpengaruh. Pada aku, dalam beberapa keadaan, contohnya politik, pengaruh memang perlu untuk mempengaruhi orang lain dan mendapatkan undian. Seorang artis yang berpengaruh dengan artis yang baru meningkat naik, berbeza jualan album masing-masing. Artis yang berpengaruh dikejar-kejar penerbit album dan syarikat rakaman. Artis baru pula perlu bergelut untuk mendapatkan lagu-lagu karya penulis lirik dan pencipta lagu yang hebat dan berpengaruh supaya album mereka laku.

Tapi aku tak perlu jadi berpengaruh pun, namun aku berjaya mempengaruhi orang untuk ikut cara aku. Tak perlu jual album atau raih undi, mereka tetap ikut aku. Yang bawah umur dan yang dewasa. Tak percaya? :P Sila view di bawah..:)


Mempengaruhi anak-anak buah untuk bermesra dengan alam..:)

Mempengaruhi mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat..:)
Mempengaruhi mereka supaya melakukan senaman tangan melalui aktiviti melontar bola bowling..:)
Mempengaruhi mereka bahawa, walaupun beriadah, sentiasa kekalkan gaya..:) Haha!
Mempengaruhi mereka supaya enjoy exersice!! :D
Mempengaruhi mereka supaya meregangkan badan sebelum senaman..:P
Mempengaruhi mereka supaya SENYUM dan sentiasa positif!! :D
Mempengaruhi mereka supaya rajin membaca..:)
Tapi, serius! Yang ini aku tak pengaruhi, tapi Ammar memang masuk sendiri dalam  buffet ni!! Ampun!! 

"Salah ke?"
Hunny
Shah Alam
Selangor