Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 19 Februari 2012

Renung Sejenak : Hidup Ini Singkat..

Assalam semua,

Rindu untuk menulis. Namun apakan daya, 24 jam yang Allah beri sehari semalam serasa terlalu singkat? Biasanya, aku bangun seawal jam 6 atau 5.30 pagi (sekiranya bersahur) kemudian solat Subuh. Kalau terlebih rajin, jam 6.30 pagi aku dah mengayuh basikal (dalam rumah) sambil menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don. Kemudian sambung dengan rancangan Reflections sambil buat senaman ringan dengan dumbell untuk tangan, kaki dan perut. Kemudian aku siap-siap buat sarapan simple untuk orang bujang (biasanya oats dan protein  campur susu). Kalau ada roti, aku bancuh kopi or nescafe dan makan dengan dua keping roti. Thensolat Dhuha 2 rakaat. Pastu barulah aku siap-siap untuk ke pejabat.

8.30 hingga 5.30. Di pejabat dengan urusan pejabat. Selesai urusan, aku balik rumah dan solat Asar, atau pun aku solat Asar dulu baru balik rumah. (Rumah 1km jer dari pejabat kot!) Then, kalau tak hujan, aku bersiap untuk sesi riadah (briskwalking dan jogging) kat tasik KUIS yang indah. Part ni memang aku suka sangat. Sebab panorama tasik KUIS ni memang MasyaAllah! Cantik sangat!!

Selesai aktiviti riadah biasanya time tu dah nak Maghrib or dah masuk Maghrib. Nak sejukkan badan sebelum mandi dan solat Maghrib pun ambik masa juga kan? After Maghrib tu lah betul-betul nak rehatkan badan. Biasa aku tengok berita. Then kalau rajin, bukak lappy untuk buat kerja, check emails, dan surfing. Then tengok lah citer apa-apa kat TV sambil gosok baju. Kalau terlebih rajin, dua tiga hari punya baju aku gosok. Kalau malas tahap gaban, aku gosok tudung jer. Baju, aku pakai yang tak payah gosok.:)

Biasanya mata aku boleh bertahan tengok TV til 11 malam or kadang-kadang lebih jam 12. Depends pada cerita dan stamina yang masih berbaki. Dah tua-tua ni, kurang rasa nak menonton kecuali cerita yang betul-betul best. Aku prefer surfing dari tengok TV. Sekarang ni favourite program aku 30 Minit Ustaz Don. Aku rasa program ni betul-betul interaktif. Cara Ustaz Don jelaskan sesuatu perkara memang menarik minat aku. Betul-betul clear. Paling aku suka bila dia ajar tajwid dan bacaan surah-surah Al-Quran. 30 minit rasa tak cukup. 

Pastu, kalau dah jam 11 malam, biasanya aku dah cari tilam dan bantal. Ngantuk dahhh.. That's why, aku really impress dengan sesiapa yang masih boleh membaca buku yang informatif (bukan komik or bacaan ringan ok?) melewati waktu jam 12 tengah malam atau tidur cuma 2 jam sahaja sehari? Pada aku, mereka benar-benar menggunakan waktu yang ada semaksima mungkin. Just imagine, kita biasanya tidur 5-6 jam sehari. Berbanding mereka yang tidur cuma 2 jam sehari, perbezaan waktu selama 4 jam, banyak yang boleh dibuat, rite?

Pagi tadi aku buat sarapan untuk emak. Emak suka sarapan nasi. Nasi putih semalam ada baki. Aku tumiskan ikan kembung belacan untuk emak. Pastu, aku mula buat aktiviti fizikal yang lain. Kemas rumah, cuci dapur, basuh dan jemur kain, layan FB sekejap. Then kol 11.30 aku dah start masak untuk lunch. Sup tulang dan cendawan tumis cili.  Sekarang dah jam 4.03 minit petang. Rasa sekejap saja, 1 hari dah habis. 24 jam Allah beri rasa singkat sangat. Cepat sangat.

Bila fikirkan waktu hidup yang singkat, aku insaf sendiri. Aku rasa banyak masa hidup di dunia yang aku tak gunakan dengan sebaiknya. Bukankah seharusnya masa hidup diguna untuk kumpul bekalan akhirat? Ibadah dan khidmat ummah. Berkhidmat juga satu ibadah untuk tambah tabung amalan. Untuk dapatkan redha Allah.

Hidup ini singkat. Seorang sahabat memberitahuku, dia akan gunakan pengalamannya bertalaqqi dengan syeikh-syeikh hebat di Makkah dan Madinah sebagai salah satu hujah semasa bertemu Allah. Terfikir aku. Hujah apa aku nak gunakan supaya Allah redha aku dan Nabi beri syafaatnya pada aku?

Kemudian aku teringat emak. Sejak Abah tak ada, aku seboleh-bolehnya cuba beri keutamaan pada emak. Khidmat untuk emak. Cuba seboleh mungkin nak bahagiakan emak. Tak sampai hati nak lukakan hati emak. Semoga emak redhai aku sebagai anaknya. Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa. Abah dah tak ada untuk aku bermanja. Hanya tinggal emak yang tak pernah berubah kasih-sayangnya pada aku sejak 3 dekad yang lalu.

Aku semakin rajin ke dapur walhal aku tak suka memasak? Aku lebih suka mengemas dari memasak. Sejak emak tak berapa sihat, kaki pun asyik sakit, aku mula memasak untuk emak. Dulu emak yang masak untuk aku dan adik-beradik yang lain. Sekarang turn aku untuk masak beri pada emak. Take over tugas memasak. Hopefully aku boleh gunakan ini sebagai hujah di akhirat bila jumpa Allah? Aku pun tak tahu...

Hidup ini singkat. Beramal selagi sempat. Kumpul dan tambah 'hujah' kita selagi berupaya. Berbuat baik pada ibu bapa. Kita tidak tahu bila Allah akan ambil nyawa kita. Berkhidmat sebanyak mungkin. Semoga Allah balas kita dengan ganjaran syurga di akhirat. Aminnn.. (Pesanan ini untuk aku dan kalian juga.)

Hikmah semasa mum warded @ KPJ Shah Alam.
Being a single, I berpeluang untuk bersama mum and jaga mum. TQ Allah.:)

Didik mereka supaya sayangi orang tua dan jaga orang tua bila sakit. (Bed pool @ KPJ  Selangor)

Saya, Hannah dan Faisal di KPJ.
Kanak-kanak umpama kain putih. Ayah ibunya yang mencorakkan mereka.  Kanak-kanak akan lihat dan contohi layanan ibu bapa mereka kepada datuk dan nenek mereka. 

Ajar kanak-kanak untuk sayangi binatang dan makhluk lain juga. Bukan sekadar emak, ayah, keluarga sahaja.

Beautiful and majestic Masjid Al-Azhar KUIS.
Ingat, utamakan kasih sayang kita pada Allah dan Islam. InsyaAllah, Allah  akan sayang pada kita. :)
"Mati Itu Pasti"
Nurhani
Kg Raja

2 ulasan:

..nOWa.. berkata...

huhuu..berasa tercabar dengan kemampuan sahabat yang cuma tidur 2jam sehari tidak seperti saya yang sentiasa berkira2 masa tidur, konon biar cukup 6 jam sehari. semoga allah beri kekuatan untuk beramal sebanyak mungkin terutama kepada mak. Amin

PAk JUSTAN DI BATANG berkata...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL