Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 6 Disember 2012

Hak-Hak Isteri Selepas Perceraian..


Assalamualaikum semua,

Saya baru sahaja selesai menonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang dibuat di KUIS. Niat awal nak buat kerja pejabat di rumah untuk mesyuarat esok petang. Last-last stuck kat depan TV1, sambil gosok baju. Huhu.. Itulah kehebatan saya.. Sentiasa tak fokus!

Semalam saya dijemput untuk memberi ceramah di program RISEAP (Regional Islamic Da'awah Council of Southeast Asia and the Pacific kepada peserta-peserta dari Malaysia, Singapura, Cambodia, Thailand dan Brunei. Alhamdulillah, berjalan lancar, walaupun sebelum mula tu ada satu panggilan dari seseorang yang tak disangka-sangka. Mujur juga saya berjaya mengawal perasaan saya dan tidak terkesan dengan panggilan itu. Yang tak tahan, tajuknya, Hak- Hak Isteri Selepas Perceraian. Kahwin pun belum, kena bagi talk on divorce.. Hehehe.. 

Actually, saya cuma nak membantu seorang sahabat baik saya yang kelam-kabut mencari speaker untuk program ini. Asalnya program dijadualkan pada 18hb, tetapi diawalkan. Kesian kat member tu yang menggelabah gaban nak cari penceramah, so, saya sedia membantu. Huhu.

Alhamdulillah, selesai sesi selama 2 jam (lenguh mak ai berdiri!), saya menerima komen-komen berikut daripada peserta-peserta dan sekretariat program:-

1) terbaek! (alhamdulillah..:))
2) lawak (tajuk tu serius kot!!)
3) kelakar (again??)
4) kamu ni memang pandai bercakap ker? (haha!soalan dari peserta Singapura memang buat saya rasa nak guling-guling!)
5) walaupun bidan terjun, tapi kalau dah bidangnya, memang boleh buat (komen dari penganjur)
6) nasib baik akak tak datang time saya present, jauh sangat bezanya! (komen penceramah pertama)
7) bagus2. harap ketemu lagi (peserta dari Indonesia)
7) dah nak balik ke? ( wwaaaa!! Sampai tak kasik balik!)

Syukur alhamdulillah. Paling penting, saya berdoa semoga perkongsian saya difahami oleh semua yang hadir.  Anyway, inilah perangai saya. In shaa Allah, jika diberi amanah, saya akan buat yang terbaik, dengan izinNya jua. Semoga Allah terima amal saya yang sedikit ini.

Di bawah gambar kenangan dengan sahabat-sahabat baru di program. Semoga kita bertemu kembali dan berpisah atas asas dakwah dan agama Allah. Ameen.



Nurhani
Bandar Sri Putra

7 ulasan:

Nai @ TPJ berkata...

Bravo... Congrats! Proud of ya. And bye the way, nice hijab! ^_^ U looked great too..

Hunny berkata...

Assalam Kakak,

Alhamdulillah. Pujian hanya untuk Allah. Saya insan yang lemah memang tak layak dipuji.

Tuan Snake berkata...

Tahniah hunny. Kawan lama.

Nur qissara muslim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

salam..cik hunny..sy ingin mohon fasakh.bagaimana cik hunny bantu saya?saya amat tertekan.3 thn nikah tak dididaftarkn.Suami enggan dan bertanggungjawab.Harap cik sudi bgi pendapat.
mohon cik email sy di qissarabetty@gmail.com
terima kasih..
nur

Nur qissara muslim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

salam..cik hunny..sy ingin mohon fasakh.bagaimana cik hunny bantu saya?saya amat tertekan.3 thn nikah tak dididaftarkn.Suami enggan dan tak bertanggungjawab.Harap cik sudi bgi pendapat.
mohon cik email sy di qissarabetty@gmail.com
terima kasih..
nur