Salam semua,
Hari ini saya berkesempatan bersama-sama menjayakan program Hari Keluarga Majlis Agama Islam Selangor di Rebutia Learning Centre, Jalan Gombak berhampiran dengan UIAM. Lebih kurang 100 orang peserta (kakitangan MAIS dan keluarga masing-masing) turut serta dalam program tersebut. Masa inilah peluang untuk berkenalan lebih rapat dengan kakitangan lain, anak-anak, isteri, suami masing-masing. Macam-macam ragam peserta, terutamanya kanak-kanak. Urusetia program tekun mengendalikan acara-acara sukaneka. Walaupun keletihan, tetapi masing-masing seronok nampaknya. Lokasi yang dipilih juga bersesuaian dan nyaman kerana terdapat banyak pokok-pokok rimbun di sekeliling kawasan tersebut. Sungai yang terletak bersebelahan dengan kawasan sukaneka, walaupun mengalir deras disebabkan hujan yang selalu turun, menambahkan rasa nyaman. Rasa tenang dan bahagia, sampai nak tertidur pun ada.. Hehehehe.. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi.
Yang saya nak ceritakan bukannya mengenai hari keluarga. Yang saya nak kongsikan sebenarnya peri pentingnya institusi keluarga dan kasih sayang keluarga demi membentuk manusia yang sihat dari sudut jasmani, rohani dan aqli. Lumrahnya, keluarga yang pecah belah melahirkan individu yang keliru pemikirannya, kosong jiwanya dan mengakibatkan kesan tidak baik pada jasmaninya.
Sepanjang kerjaya saya, saya berpeluang menemui banyak golongan manusia, yang muda, yang tua, yang kaya, yang miskin, yang intelek, yang kurang intelek, sebahagian yang lahir daripada keluarga yang porak-peranda (bermasalah) dan sebahagian lagi dibesarkan dalam keluarga yang sihat. Sudah tentulah berbeza karakter, pemikiran dan peribadi masing-masing. Kebiasaannya, mereka yang beroleh 'sakinah' (ketenangan) di dalam hidup dan dilahirkan di dalam keluarga yang sihat, pergaulan mereka lebih mesra dan terbuka pemikirannya (open minded) serta berfikiran positif. Ini memudahkan mereka untuk dipimpin kepada perkara yang baik dan seterusnya memimpin. Ini berbeza dengan golongan yang kurang 'sihat', yang lebih cenderung untuk berfikiran negatif dengan karakter yang pasif dan kurang disenangi.
Berita-berita terkini saban waktu bercerita mengenai seribu satu jenis gejala keruntuhan akhlak dalam rumahtangga. Penzinaan, hubungan sejenis, pengkid, mak nyah, sumbang mahram, ayah rogol anak, anak dara lari dari rumah mengikut lelaki yang tidak dikenali, kawin tanpa kebenaran wali, dah jadi macam isu biasa. Ini mungkin disebabkan tiada 'sakinah' di dalam keluarga, justeru anggota keluarga mencari sumber kebahagiaan di luar rumah. Ayah dan ibu sibuk bekerja, anak-anak tak dihirau dan tidak ditegur, masa untuk bersama tidak ada, keluarga terumbang-ambing kerana tak ada yang membimbing. Virus-virus ini merupakan racun yang akhirnya memberi kesan yang tidak sihat kepada keluarga yang sihat, dan boleh mengakibatkan kemusnahan institusi keluarga jika tidak dicegah.

Setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab ayah sebagai ketua keluarga untuk memberi nasihat dan bimbingan, tanggungjawab ibu menguruskan rumahtangga, kewajipan anak-anak mentaati ibu bapa. Sekiranya semua tanggungjawab terlaksana dengan baik, ianya bertindak sebagai anti virus pada virus-virus yang menyerang.
Saya teringat sepotong ayat Al-Quran Yang Mulia, yang bermaksud, "Dan janganlah engkau membawa dirimu (dan keluargamu) kepada kehancuran". Justeru, mudah-mudahan kita semua dapat sama-sama merawat dan mencegah racun-racun perosak di dalam keluarga kita untuk mendapatkan sakinah (ketenangan) mawaddah( kasih sayang) dan rahmat (keberkatan) dalam hidup kita. Insyaallah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan