Salam semua.
Ini penulisan pertama saya di blog ini. Semasa saya menulis, saya lihat kakak saya dan dua anak perempuannya sedang asyik menonton televisyen. Adik lelaki saya dan abang ipar masih menunaikan solat Isyak di surau sebelah. Suasana aman dan tenteram. Tidak ada ketakutan. Tidak ada kekacauan. Terfikir saya sejenak, Situasi ini tidak mungkin berlaku di Mumbai, yang penuh ketegangan dan kekacauan. Keganasan tercetus di banyak kawasan di Mumbai. Mayat-mayat bergelimpangan. Darah merata-rata. Yang menjadi sasaran orang-orang berbangsa Eropah. Yang menjadi mangsa orang yang tidak bersalah.. Polis bertebaran di seluruh Mumbai untuk menyelamatkan tebusan-tebusan yang masih ditawan. Beratus-ratus orang mati dan cedera. Ibu bapa kehilangan waris-waris penyambung generasi. Anak-anak jadi yatim piatu.
Sama juga halnya di Bangkok. Dua lapangan terbang utama di Bangkok dijadikan medan tunjuk perasaan oleh golongan anti kerajaan yang menuntut supaya Perdana Menteri Thailand meletak jawatan. Perdana Menteri mengumumkan keadaan darurat dan perintah berjaga-jaga. Tiada keamanan di kawasan-kawasan tersebut. Beribu-ribu orang terkandas di Bangkok dan tidak dapat keluar dari negara tersebut kerana perkhidmatan penerbangan dihentikan. Terdapat khabar angin kemungkinan berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera di sana.
Tentunya penduduk di Mumbai dan Bangkok berada dalam keadaan takut dan mengharap. Takut berlakunya kejadian yang lebih teruk, ditembak mati oleh militan, tercedera, terputus bekalan makanan dan perhubungan dengan dunia luar. Dalam masa yang sama, tentunya mereka mengharap supaya keadaan dapat dikawal dan kembali aman. Pada waktu ini, tiada apa yang lebih penting, melainkan keselamatan nyawa masing-masing. Harta berjuta pun tidak ada nilainya pada masa ini. Bayangkan seandainya kita yang mengalami situasi ini? Na'uzubillah..
Sebagai orang yang beriman, pada setiap masa kita perlu berasa takut dan mengharap. Bukan kepada manusia, tetapi kepada Allah s.w.t. Kita takut tidak dapat redhaNya, takut tidak dapat syurgaNya, takut dengan azabNya, takut tidak sempat bertaubat, takut untuk meninggalkan dunia dengan bekalan yang sedikit. Kita juga mengharap kepada keampunanNya, mengharap kepada keredhaanNya dan mengharap supaya amal ibadah kita diterima olehNya. Itulah yang dinamakan taqwa, iaitu takut kepada Allah, seperti maksud ayat Al-Quran ; sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.
Teringat saya kata-kata Rasulullah s.a.w kepada Sayyidina Abu Bakar semasa perjalanan beliau ke Madinah; "La takhaf, wa la tahzan, innaallaha ma'ana" (jangan kau takut, jangan kau bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita").
Justeru, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat untuk sama-sama menyemai perasaan takut dan mengharap kita kepada Allah swt. Insyaallah.