Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 7 April 2011

Diari : Konvensyen Pemacuan Transformasi Perundangan Islam Malaysia

Assalam semua,

Alhamdulillah.. Selesai konvensyen 2 hari bermula semalam. Penat dowh toksah cakap. Berhari-hari aku tido lewat siapkan paper Dato' Pengerusi. Semalam paling lewat. Pukul 4 pagi aku tidur. Giler jugak, tapi apa nak buat. Akibatnya, aku lewat sampai ofis. Janji pukul 7.30. Kol 7.40 baru aku sampai. Dah la kenderaan pulak tak ada. Argghh!! Last-last, aku tumpang jer kereta kawan aku yang drive ke sana.

Pembuat kertas kerja, merangkap urusetia, merangkap jurulapor program... 3 in 1. Letih dowh!

Balik sampai rumah, aku cuma nampak bantal dan tilam aku jerrr..Bayangkan. Aku cuma tidur 2 jam malam tadi. Malam sebelum-sebelumnya aku tidur jam 2 pagi, bangun jam 6 pagi, kecuali Sabtu dan Ahad. Memang kena qada'.:P

Sempat aku menghantar sms kepada urusetia program dengan Jabatan Pendakwaan Selangor di Concorde Shah Alam malam ni, memaklumkan ketakhadiran aku.

Esok, jam 7.45 pagi dah kena ada di pejabat untuk bergerak ke Sabak Bernam. Delegasi Jabatan Kehakiman Terengganu yang diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarienya nak melawat Baitul Ehsan. Sekali lagi, terpaksa membatalkan slot syariah dan perundangan dengan IKIM dengan DJ Mastura.

 Owh! Time's up!! Sekarang ni, aku cuma nak tido... Tapi, sebelum tido, korang layan lah gambar-gambar kenangan sepanjang program 2 hari. Sebab aku bz bertugas sebagai urusetia, ini aje yang sempat aku ambik..
DYMM Sultan dengan diiringi oleh YB Dato' SUK Selangor, KP IKIM, Dato' Faiza, dan ahli lembaga pengarah IKIM.
DYMM Sultan Selangor berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Konvokesyen.
Dari kiri: Prof Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dato' Faiza Tamby, ALPA IKIM, aku, Ustaz Fahimi (Peguam Syarie MAIS) dan Puan Rohana, PRO MAIS. Dato' Faiza adalah hakim yang menerima dan mengendors kemasukan aku sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya KL pada tahun 2002.
Dari kiri: YBhg Dato' Sarip (ahli MAIS), Tuan Hj Izam (CEO LZS), me, YBhg Dato Aidit (ahli MAIS dan Founder of Academy Aidit) dan Puan Norzaihan (Akauntan MAIS)
Dari kiri :Rohaida, Prof Zaleha Kamaruddin, me, Dato' Hj Sarip dan Rohana.
"Pengalaman, Ilmu Tak Ternilai"
Nurhani
Shah Alam

1 ulasan:

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Seronoknya...tak jemput pun ..he..he...

So bila nak start PhD ni?