Assalam,
Hari ni, seharian aku berjalan dengan Nora. Lunch di Belanga @ Empire Subang. Aku sangat teringin untuk makan nasi tumpangnya yang terbaekk!! Namun harapan tinggal harapan, sebab sampai di sana, aku diberitahu oleh pelayannya, nasi tumpang dah habis. Sedey dowh!! Akhirnya aku terpaksa memesan nasi kerabu dan Nora memesan laksam. Rasanya sedap jugak, namun tak sesedap nasi tumpang faveret aku..:)
Nasi Tumpang.. Sedap dowh!! Try la..:) |
Selepas solat Zohor di Empire (suraunya sangat selesa, indah dan kemas. Sila ambil maklum yerr.:P), kami bergegas ke Mid Valley untuk ke Post Graduate Education Fair 2011 yang akan berakhir hari ni. Disebabkan susah sangat nak memparkir di Mid Valley, akhirnya kami parked di The Gardens walaupun agak jauh jugak kami terpaksa berjalan ke Mid Valley. Lama juga kami berjalan di setiap booth di pameran berkenaan. Banyak juga input yang kami perolehi untuk menyambung pengajian di dalam negara.
Java Chips favourite ku.. Seyes heaven!! |
Sebelum balik, aku sempat membeli Javachips @ Starbucks untuk dikongsi bersama dengan Nora. Sedapnyerr tak terkata..:P. Malamnya, adik aku datang untuk makan di Restoren Ceria berhampiran rumah aku. Walaupun aku tak order apa-apa, tapi cubit sana sket, cubit sini sket, akhirnya aku sangat kenyang. :D. Masuk ajer ke rumah, Nora bagitau, jiran aku aka offiice mate aku, bagi ice cream Baskin Robbins sempena birthday suaminya.. Aduhai! Memang rezeki sangat... Walaupun kenyang, tapi, aiskrim memang tak boleh tolak!!
Sedap dowh cake ice cream nih!! Thanx Aziah! |
Alhamdulillah syukur sangat, sebab diberi peluang untuk menikmati makanan sedap-sedap hari ni. Namun, walaupun makanan yang aku makan hari ni, sedap-sedap belaka, namun, aku masih 100% merasakan, masakan air tangan emak aku masih yang terbaek... Tiba-tiba, tengah-tengah malam, aku teringin nak makan nasi lemak dan sambal tumis yang emak masak.. Sedapnyerr!! Huwaaaa!!!
Nasi lemak kopi o' yang emak saya buat.. Terbaekkk!! Tak tipu!! |
Hidangan untuk seisi keluarga.. |
Nurhani
Shah Alam
2 ulasan:
memang mengancam menu2 nie...bila nak open table 44 nie?
Ahahhaaa.. Surat confirmation pun tak dapat, macam ne mau open table maaaa..:P
Catat Ulasan