Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 7 Mei 2011

Renung Sejenak : Cempedak Nan Sebatang...

,

Assalam,

Entah mengapa, murah sungguh rezeki pokok cempedak kami yang sebatang di halaman rumah kami. Ranum sangat buahnya. Memang menyebabkan sesiapa yang lalu tidak akan terlepas untuk memandangnya. Bergayutan di keliling dahan dan batang pokok yang hanya sebesar sepemeluk.

Masa aku balik hujung minggu lepas, alhamdulillah, ada rezeki aku dan lain-lain adik-beradik yang pulang sempena cuti Hari Buruh. Banyak buahnya yang masak. Memang sedap sangat rasanya. Sempurna!

Tadi, ada seorang pakcik datang meninjau-ninjau pokok cempedak kami. Mungkin teruja untuk melihat buahnya yang lebat, atau disebabkan baunya yang harum. Emak dan abah biasanya akan berikan dengan percuma sesiapa yang berhajat atau berkeinginan.

"Ambik ajer kalau nak. Tapi ambik sendiri, sebab aku tak larat nak kait," Begitu biasanya Mak dan Abah akan berkata, jika ada yang bertanya.

Tapi tadi, tiba-tiba aku rasa macam tak ikhlas nak kasi, bila ada yang meninjau-ninjau dan bertanya pasal pokok cempedak kami. Takut habis, kami semua tak dapat.

"Mak ni, asyik bagi orang jer.. Untuk kitorang ada ke tak?" kataku. Mak cuma tersenyum. "Tak apalah. Semalam dia dah ambil, sedap agaknya, hari ni dia datang lagi," kata emak. 

Usai solat Asar tadi, hati aku rasa bersalah sangat. Sebab ada sifat KIKIR dan BAKHIL dalam diri. Sebab buah cempedak aku jadi hamba SYAITAN. Ada rasa sombong dalam diri. Kedekut, sombong, sedangkan rezeki tu Allah yang beri. Kalau Allah tak izinkan pokok cempedak tu berbuah, kami semua tak dapat rasa walau sedikit pun. Astaghfirullahalazim... 

Aku cepat-cepat cari emak. 

"Emak. Bagi jer lah buah cempedak tu kat pakcik tadi. Kesian dia. Itu kan dah rezeki dia." kata aku pada emak.

"Tadi dia bukan nak ambik buah cempedak tu. Dia dah ambik semalam, 8 biji. Tapi dia tertinggal sebiji kat bawah pokok tu. Dia hantar bagi kat emak." kata emak.

Aku betul-betul malu... Ya Allah! Moga kau beri kebaikan kepada pakcik tu dan ampunkan aku..

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Mintak sikit.

incik berkata...

lamanye tak makan cucur cempedak goreng!!!rindu rumah..isk..isk...