Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 27 Ogos 2012

Aku dan Siakap Stim Limau..

Assalam semua,

Today aku baru start puasa 6. My boss dah raya pun, since dia dah start puasa sejak raya kedua. Tahniah la kat dia.. Kami masing-masing dok struggle lagi, dia dah merdeka.

Semalam sebelum balik KUIS, aku sempat bershopping barang basah kat Tesco. Aku beli ikan siakap dan udang. Maaflah kalau aku macam menyokong pasaraya Tesco, sedangkan pasar Tanjung Karang or Pasir Penambang yang dimiliki oleh bumiputra dekat jer dengan umah aku. 

Bukan apa. Musim perayaan ni, harga barang mentah naik mendadak. Aku compare harga udang sekilo kat pasar RM22-25, sedangkan kat Tesco depa jual RM15.90 sekilo. Udang kat Tesco dah la harga berpatutan,dah tu saiz besar-besar gedabak. Puas hati jugak lah nak meratah. Siakap pun lagi murah beli kat Tesco dari beli kat pasar. Kat pasar harga double. Cuma maybe aku tak dapat la yang fresh giler. 

Bukan tu jer.. Harga sayuran pun naik mendadak. Kangkung dengan meranti yang biasa kitorang beli pun mak aku kata mahal beb!

Anyway, today aku masak siakap stim limau bercili. Aku belasah ajer. Tak pernah masak pun.. Aku cari jer menu yang agak-agak relevan dalam internet, dan aku cuba. Alhamdulillah.. menjadik! Sedap jugak! Ahahaha.. Perasan!! Sebab tak ada limau, aku guna lemon. Janji ada rasa masam.

Bila aku memasak time puasa, aku tak rasa pun masakan tu. Aku bubuh jer segala rempah ratus, ramuan, garam dan gula secukup rasa, bila dah masak aku matikan api, tapi aku tak keluarkan lauk pun dari periuk. Aku agak-agak jer rasanya. Bila dah azan, aku minum air kosong dan kurma, then aku gi dapur balik dan rasa makanan tu. Masa tu la nak tambah garam or gula. Aku tak suka bubuh Pak Aji sebab nanti aku sakit kepala. Emak pun tak pernah masak bubuh Pak Aji.

Siakap stim limau.. Sedap weh!

Dunno why, but I do feel good everytime after my cooking session. Hati rasa tenang dan lapang. Maybe sebab tu, lately ni, aku suka memasak. Sedap tak sedap, isu number dua. Sebab masak sendiri, dan makan sendiri. Tak dapat masakkan untuk orang lain pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya, aku stress out dengan memasak. Dan improve my cooking skills. Kalau company gulung tikar pun, and tak ada company nak ambik aku kerja, sekurang-kurang aku boleh memasak.:) Haha! Terlalu poyo kot statement tu untuk aku yang baru belajar masak.

Masa raya pun, everyday aku memasak. Kesian tengok emak dah tak larat. This year, kami adik-beradik yang masak. Emak cuma jadi pengarah ajer.. Ada la jugak dia tolongg sikit-sikit. Itupun kaki dia dah sakit-sakit. Berkat bimbingan dan tunjuk ajar emak, aku berjaya masak sup tulang, sweet sour, masak lemak labu,  masak sambal hati ayam, sambal taun kulit, sambal tumis ikan bilis, etc. 

Belum habis hari ni, dah fikir menu untuk esok! Dah teruk dah ketagihan ni! :P

Udang untuk menu iftar esok..

Psstt.. Serius aku macam tak percaya bila aku baca balik statement yang aku tulis di atas. Secara jujurnya, aku rasa, aku dah berubah.. Aku dah insaf.. Akhirnya, aku suka main masak-masak..:P

"Eid Mubarak 1433H"
Nurhani
Bandar Sri Putra

8 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Masak sendiri bisa menyenangkan hati..

Selamat berpuasa..

..nOWa.. berkata...

Yeayyyyy!! Balik sini kena masak!

Hunny berkata...

Encik Razak,

Betul! Setuju sangat, sebab kita tau apa yang kita masak dan masukkan dalam masakan kita. Makan kat luar tak tau apa yang tukang masak dia taruh..

Hunny berkata...

Nowa,

Boleh ajerr.. no prob.. sediakan bahan2 nyer ok? Ikan siakap, halia, serai, daun limau, tomato, cili padi, bawang putih n merah, garam dan gula..:)

Tanpa Nama berkata...

you love this? XPYWUkAh [URL=http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/]gucci handbags outlet[/URL] for less AVAasELd [URL=http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/ ] http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/ [/URL]

Tanpa Nama berkata...

view tEbRAuub [URL=http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/]gucci online shop[/URL] and get big save gwsbxaIB [URL=http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/ ] http://www.cheapguccireplica.tumblr.com/ [/URL]

Tanpa Nama berkata...

cheap MbLeRNYZ [URL=http://www.replica-gucci.webs.com/]gucci outlet online[/URL] for less TKsYPZOw [URL=http://www.replica-gucci.webs.com/ ] http://www.replica-gucci.webs.com/ [/URL]

Tanpa Nama berkata...

I am sure you will love JNeeHlYW [URL=http://www.aaareplicahandbags.weebly.com/]top replica handbags[/URL] to your friends LXUWIkBg [URL=http://www.aaareplicahandbags.weebly.com/ ] http://www.aaareplicahandbags.weebly.com/ [/URL]