Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 21 November 2012

Percuma!! Yuran Program Sarjana Muda Al-Quran Wal Qiraat..

Assalamualaikum.

Saya sudah mengantuk, tetapi masih nak tulis entri ini kerana kepentingannya. Dalam hati mengutuk Marsha yang berpakaian tak senonoh di rancangan Propaganza Astro Oasis. Semakin hebat artis, semakin singkat pakaiannya. Nauzubillah min zalik.

Oleh itu, dengan hasrat melahirkan generasi Islam yang berilmu dan memahami Al-Quran, mukjizat tinggalan Nabi kita, saya menyeru kepada pembaca blog ini atau anak-anak atau sesiapa saja yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda Al-Quran wal Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Yuran adalah percuma kerana ditanggung oleh KUIS sendiri. Boleh lihat syarat-syarat penajaan di sini. Untuk syarat-syarat kelayakan bagi program Sarjana Muda, sila view di sini. Untuk kelayakan Diploma, sila view di sini.

Meh ramai-ramai mohon di KUIS. Rugi tak mohon! Kalau saya boleh mohon, alangkah bagusnya!

Pemandangan KUIS dari arah tasik

"Ilmu Pelita Hidup"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Jumaat, 16 November 2012

How time flies...


Assalam,

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun baru Hijrah 1434 kepada pengunjung-pengunjung blog ini. How time flies.. Cepat betul masa berlalu. Dah masuk tahun baru..

Alhamdulillah, sebahagian azam tahun lepas dah tercapai. Most important, to be healthier..:) Berkat dorongan coach tak rasmi, (trilion thanks to you!!), I am still maintaining my healthy lifestyle, even without you or your guidance anymore. In sya Allah, i will keep myself fit and healthy, i will enjoy my routine exersice, selagi nyawa dikandung badan.:) Thanks thanks thanks! Tak tahu macam mana nak balas. Hanya mendoakan yang terbaik untuk kamu. Syukran wa jazakaAllah khairan kathira. Semoga Allah membalas dengan ganjaran sebaiknya..:)

So, tahun ni, saya cuma nak jadi lebih baik dari tahun lepas. I want to be better person. In sya Allah. Nak manfaatkan masa yang berbaki. Untuk diri sendiri, keluarga dan ummah. In sya Allah, untuk diri sendiri, nak start hafal Quran sikit-sikit. Start dengan surah al-Mulk. Dah tua-tua ni, slow sket la nak menghafal. 30 ayat jer pun terhegeh-hegeh.. 3-4 hari pun tak settle lagi.. Huhu..

Untuk keluarga dan ummah, nak banyakkan  khidmat pada dua golongan ini. Walaupun mungkin sumbangan saya tu tak sebesar mana, semoga Allah permudahkan niat saya ni. Ameen.


Salam Maal Hijrah 1434. Saya doakan, semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun yang lalu. Saya turut mendoakan kesejahteraan dan barokah Allah untuk semua pengunjung blog ini, dan semoga semuanya dipermudahkan Allah untuk capai azam masing-masing. Maafkan salah silap saya yang lalu. Mohon doakan saya yang baik-baik juga. Syukran..:) 


"the beginning"
NSJ
Shah Alam   

Selasa, 13 November 2012

Just for the single..:)


Assalam,

Just nak share what I got from FB. Untuk dikongsi bersama teman-teman yang masih single..:)

MENCINTAI SESEORANG ITU ADALAH HAK KITA, namun memiliki seseorang yang kita cintai TANPA ikatan sah dan halal itu BUKAN HAK KITA..

LEPASKAN IA PERGI~

Jangan pernah TAKUT untuk melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki.Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik.
"JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA".




"Truly me"
NSJ
Kuala Selangor


Pesanan Untuk Kaum Adam...

Assalam semua,

Tiba-tiba rahsia itu pecah, tanpa saya cuba untuk menyelidiknya. Mungkin Allah yang aturkan semuanya. Ianya memberi idea untuk saya tuliskan entri ini. Sekadar memberi peringatan dan pesanan kepada kaum Adam. 

To all gentlemen out there. Please.. Don't simply:-

1) beri harapan pada seseorang wanita, kerana tanpa sedar, kau akan menyakiti hatinya bila harapan itu tak kesampaian. 

2) berbohong kepada seseorang wanita, kerana kau akan memecahkan hatinya apabila kebenaran itu diketahui,

3) sentuh hati seseorang wanita, sebelum kau pasti 100% bahawa kau akan memilikinya, kerana jika tidak, wanita itu akan mempercayai, bahawa kau hanya mempermainkannya,

4) berahsia mengenai perkahwinan kedua, ketiga atau keempat dengan isterimu, kerana jiwanya akan hancur tatkala mendapat tahu bahawa, dia orang yang terakhir mengetahuinya, sedangkan sebagai isteri dan teman hidupmu bertahun-tahun, yang telah memberimu kebahagiaan dan cahayamata, bukankah dia orang pertama yang patut tahu? Poligami itu Sunnah, namun, melayani isteri dengan baik, itu Sunnah yang lebih utama. Memaksa isteri menerima sesuatu yang dia tak sukai, adakah bertepatan dengan Sunnah?

5) berjanji nak menjaga seseorang wanita, sedangkan kamu tak mampu tunaikannya...

6) tak mohon maaf bila dah buat salah..

Mungkin dah terlewat untuk saya beri peringatan ini, kerana saat saya menulis entri ini, saya sudah tidak mau sandarkan apa-apa harapan kepada sesiapa. Hanya menggantung harapan dan doa pada Allah. Cukuplah dengan parut luka lama dan baru yang tinggal. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk saya. Akhirnya, saya mengerti. Bukan kebahagiaan dunia yang dicari, tapi kesenangan di akhirat yang menanti. Doa dan terus doa. Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 

Kepada si dia, selamat berbahagia. Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu. Mungkin sudah tersurat jodohmu dengannya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. BarakaAllahulakuma. Saya redha dengan ketentuan Allah. in sha Allah, saya tidak simpan secalit dendam dengan dia walau luka lama berdarah kembali. Saya telah tutup cerita lama dan memulakan cerita yang baru.

Setulus hati saya, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Dan, saya meyakini, dia mendapat lebih baik dari apa yang dia impikan. :) Mohon doakan yang baik untuk saya juga.

"Nukilan rasa"

NSJ
Kg Raja
Kuala Selangor

Jumaat, 9 November 2012

When I feel good..

Assalam semua,

Today, i feel very energetic and fresh! Aku dah bangun seawal 4.30 pagi. Maybe sebab aku tidur awal giler semalam. Selepas Subuh, aku capai penyapu dan sapu rumah. Dari bilik ke ruang tamu, terus ke dapur. Then aku gi goreng telur dan campurkan dengan sambal baki semalam. Aku panaskan sup daging yang aku masak semalam dan sayur kacang panjang tumis dengan tauhu. Sempat sms kat staff aku, "hari ini kita baca surah Al-Kahfi sama-sama." 

Aku pesan diorang bawak nasi (sebab aku tak makan nasi). Aku masak punyalah banyak, sampai staff aku tanya, "Apasal banyak sangat ni Cik Hani?" Aku jawab," Saya nak habiskan lauk-pauk kat rumah. Next week kan banyak cuti. Maybe I tak balik sini,". 

Aku rasa macam best jerr.. Macam bersemangat! :D

Pastu, bila dah masuk office, aku terfikir sesuatu.. Aku isi borang, aku jumpa boss dan aku kata," Dato', saya nak cuti minggu depan hari Rabu boleh?" Hahaha! Hampeh kan??

"Sajer-sajer"
Nurhani
Bandar Sri Putra