Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 13 November 2012

Pesanan Untuk Kaum Adam...

Assalam semua,

Tiba-tiba rahsia itu pecah, tanpa saya cuba untuk menyelidiknya. Mungkin Allah yang aturkan semuanya. Ianya memberi idea untuk saya tuliskan entri ini. Sekadar memberi peringatan dan pesanan kepada kaum Adam. 

To all gentlemen out there. Please.. Don't simply:-

1) beri harapan pada seseorang wanita, kerana tanpa sedar, kau akan menyakiti hatinya bila harapan itu tak kesampaian. 

2) berbohong kepada seseorang wanita, kerana kau akan memecahkan hatinya apabila kebenaran itu diketahui,

3) sentuh hati seseorang wanita, sebelum kau pasti 100% bahawa kau akan memilikinya, kerana jika tidak, wanita itu akan mempercayai, bahawa kau hanya mempermainkannya,

4) berahsia mengenai perkahwinan kedua, ketiga atau keempat dengan isterimu, kerana jiwanya akan hancur tatkala mendapat tahu bahawa, dia orang yang terakhir mengetahuinya, sedangkan sebagai isteri dan teman hidupmu bertahun-tahun, yang telah memberimu kebahagiaan dan cahayamata, bukankah dia orang pertama yang patut tahu? Poligami itu Sunnah, namun, melayani isteri dengan baik, itu Sunnah yang lebih utama. Memaksa isteri menerima sesuatu yang dia tak sukai, adakah bertepatan dengan Sunnah?

5) berjanji nak menjaga seseorang wanita, sedangkan kamu tak mampu tunaikannya...

6) tak mohon maaf bila dah buat salah..

Mungkin dah terlewat untuk saya beri peringatan ini, kerana saat saya menulis entri ini, saya sudah tidak mau sandarkan apa-apa harapan kepada sesiapa. Hanya menggantung harapan dan doa pada Allah. Cukuplah dengan parut luka lama dan baru yang tinggal. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk saya. Akhirnya, saya mengerti. Bukan kebahagiaan dunia yang dicari, tapi kesenangan di akhirat yang menanti. Doa dan terus doa. Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 

Kepada si dia, selamat berbahagia. Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu. Mungkin sudah tersurat jodohmu dengannya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. BarakaAllahulakuma. Saya redha dengan ketentuan Allah. in sha Allah, saya tidak simpan secalit dendam dengan dia walau luka lama berdarah kembali. Saya telah tutup cerita lama dan memulakan cerita yang baru.

Setulus hati saya, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Dan, saya meyakini, dia mendapat lebih baik dari apa yang dia impikan. :) Mohon doakan yang baik untuk saya juga.

"Nukilan rasa"

NSJ
Kg Raja
Kuala Selangor

Tiada ulasan: