Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 21 Julai 2009

Diari - Israk Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya Muhammad pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Isra' : Ayat 1

Salam semua,

Hari ini bersamaan 27 Rejab adalah salah satu daripada hari-hari kebesaran Islam, yang wajar diingati dan diraikan, kerana perjalanan Nabi Muhammad SAW, daripada Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin lebih kurang 1400 tahun yang lalu, sememangnya meninggalkan kesan yang begitu besar kepada kita umat akhir zaman. Saya memang menunggu-nunggu tibanya hari ini.

Namun, disebabkan terlalu asyik dengan kerja dan kesibukan dunia, saya terlupa bahawa hari yang saya tunggu2 itu jatuh pada hari ini. Saya cuma teringat bila seorang kakitangan memaklumkan bahawa beliau berpuasa. Mujurlah sahabat saya, Ustaz Amin mengajak ke ceramah Israk Mikraj selepas waktu pejabat di sebuah masjid di Kelana Jaya, dapatlah juga meraikan hari besar umat Islam ini.

Banyak pengisian yang saya perolehi melalui ceramah selama 1 jam yang disampaikan oleh Ustaz Amin sendiri. Ayat 1 Surah Al-Isra' berjaya dikupas dengan baik oleh beliau. Antaranya, surah Al-Isra' ini dimulakan dengan ayat tauhid, iaitu subhanallazi, dan diakhiri juga dengan ayat tauhid, iaitu yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui".

Ustaz Amin turut menyimpulkan, iktibar daripada Israk Mikraj adalah penghayatan rukun-rukun Iman yang enam, iaitu:-
1) Beriman kepada Allah (kerana dalam perjalanan ini Rasulullah SAW bertemu dengan Allah)
2)Beriman kepada Rasul (kerana Nabi Muhammad menemui rasul2 terdahulu semasa diisrakkan)
3) Beriman kepada malaikat (jumpa malaikat tak tahu berapa jumlahnya kerana terlalu ramai)
4) Beriman kepada kitab (jumpa rasul yang menerima kitab2 terdahulu)
5) Beriman kepada Qadha' dan Qadar (kerana beliau ditunjukkan dengan kesan/balasan untuk orang-orang beriman dan ingkar dengan suruhan Allah); dan
6) Beriman dengan Hari Qiamat (kerana Nabi ditunjukkan dengan syurga dan neraka)

Terdapat beberapa kesimpulan lain secara keseluruhan, bagaimanapun, Allah sengaja menjadikan peristiwa Isra' dan Mikraj ini supaya untuk mengukuhkan iman kita kepada Allah kerana mempercayai peristiwa ghaib ini. Banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat, tetapi buku catatan saya tertinggal di dalam kereta. Apapun, saya yakin Ustaz Amin akan menceritakan mengenai Israk dan Mikraj ini dengan lebih lanjut di dalam blog beliau. Semoga kita semua semakin dikukuhkan iman dan Islam kerana Allah.

Mengharap redha Ilahi,

Nurhani
Seksyen 24
Shah Alam.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohamed

Alhamdulillah walaupun kak terlupa dgn salah satu hari kebesaran Israk Mikraj, paling kurang ada yg mengingatkan dan dapat pula meraikan. Salah satu petua , setiap hari hari kebesaran Islam di catitkan siap2 dlm diari. Alhamdulillah sy turut hadir sambutan Israk Mikraj di Masjid Negeri, Turut diadakan Qiyamulail. Kalau ada kelapangan esok ada ceramah oleh Dr. Ashraf Dato Hashim di surau sec 9 al-Itijadiah dan surau Seri Mahligai yg akan disampaikan oleh Ustaz Ghazali Ibrahim. Selamat Meraikannya.

Hunny berkata...

salam ustaz mohamed,

manusia mudah lupa. Alhamdulillah ada yang mengingatkan.Insyaallah, kalau lapang, saya attend program hari ni.

Razak berkata...

Salam saudari Hani,

Sifat lupa ada dalam diri kita, tak boleh nak elakkan. Itu menandakan kita manusia ini lemah.

Ulama berselisih pendapat dalam menentukan tarikh sebenarnya peristiwa itu berlaku, namun yang pentingnya di sini kita ambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa penting itu

Hunny berkata...

Salam saudara Razak,

Memang manusia itu sifatnya lemah. Mudah2an kita semua menyedari dan mengambil iktibar dari peristiwa Israk Mikraj.

KUNTONG berkata...

Alamak...tajuk entri hampir-hampir sama lah.Cuma u punya lebih detail, kerana penulisnya pun seorang pengamal undang-undang dan sekolah tinggi. Saya hanya sekolah bawah pokok buluh aja. (anak buluh betung).

Hunny berkata...

Salam wak Kuntong,

Sekolah tinggi atau rendah tak penting. yang penting ilmu yang diperolehi dimanfaatkan. Sekolah bawah pokok buluh, tentu pelajarnya hebat, sebab pemilihan pelajar tentu sangat terhad kerana keluasan sekolahnya yang terletak di bawah pokok buluh. Hebat tu!:)