Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 24 Julai 2009

Diari - Ntah hapa-hapa

Salam,

Seminggu ini sememangnya penuh dengan penyelesaian isu-isu perundangan di MAIS. Semalam seharian di Port Dickson memenuhi undangan Bahagian Kewangan MAIS untuk menyemak semula Tatacara Kewangan MAIS dan Amalan perbendaharaan yang digunapakai. Banyak yang perlu dipinda dan diperbaiki, untuk memudahkan gerakkerja MAIS. Hari ini seharian di pejabat menyiapkan tugasan harian. Bermula malam ini hingga esok malam, saya dijemput untuk membeikan taklimat dan penerangan kepada Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Masjid yang baru dilantik Jun tahun ini hingga Mei 2011 mengenai kaedah-Kaedah Pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid. Semakin lama bekerja, semakin banyak ilmu yang perlu ditambah, semakin banyak isu yang perlu diselesaikan dan cabaran yang dihadapi. Apapun, mudah-mudahan kita diberi ilmu dan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab yang diberi. Amin.

"Mengharap redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Pak Ngah sangat setuju MAIS memberi taklimat kepada Pegawai Masjid.
Pegawai Masjid perlu dibekalkan dengan peraturan atau prosedur tugasan supaya kerjabuat mereka tidak ikut kebiasaan tetapi mengikut peraturan, dengan cara ini dapat dielakkan daripada penyelewengan.
Sekurang-kurangnya diberi sasaran kerja tahunan atau taqwim aktiviti dan kaedah pengurusan kewangan.
Hasil kutipan derma mingguan elok dibentangkan jumlah pendapat dan perbelanjaan sekurang-kurang sebulan sekali melalui papan kenyataan khas di salah satu ruang di masjid supaya diketahui umum.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah

terasa betul2 keletihan selepas balik dari kursus 2 hari satu malam untuk Pegawai2 Masjid. Banyak persoalan yang dikemukakan terutamanya apabila pegawai Masjid dan AJK yang dilantik betul2 'fresh' first time jadi AJK. banyak yang perlu dikongsikan dengan mereka. Apapun, kursus kali ni memang best kerana semua 51 orang Nazir dan AJK memberikan komitmen yang baik.Mengenai pendapatan dan perbelanjaan, dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan setiap Kariah.

KUNTONG berkata...

Semoga Hani terus bekerja keras demi agama Islam yang tercinta ini. Mudah2an Hani akan snntiasa sihat walafiat AAminn.

Hunny berkata...

Salam Wak Kuntong

Moga2 usaha kami dirahmati. Terima kasih atas doa semua pihak.