Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 18 Julai 2009

Diari - Mengharap Keredhaan Allah

Salam semua,

Kadang-kadang, saya bertanya pada diri sendiri, "Kenapa aku yang perlu buat semua ini?" Soalan ini sering terlintas di benak saya, terutamanya saat-saat saya diberikan tugasan yang mencabar dan melampaui keupayaan diri sendiri. Sepanjang minggu ini, soalan itu kerap muncul, lebih2 lagi bila saya kerap diduga dengan ujian perasaan dan persahabatan. Ada sahabat yang mempertikaikan kapasiti saya untuk membantu kerja-kerja beliau. Sebaliknya, ada juga yang betul-betul memerlukan saya dalam tugasan mereka. Ada juga sahabat yang meminta pertolongan saya sekadar untuk mendengar luahan perasaan mereka. Ada juga yang rasa gembira bila bekerja bersama dengan saya, ada juga yang tidak gembira. Pada saya, itu semua asam garam kehidupan. Kadang-kadang kita diperlukan, kadang-kadang kita tidak diperlukan. Kadang-kadang kita diharap untuk sama-sama membantu, kadang-kadang tiada siapa yang mengharap pada kita. Apapun, pada saya, dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi, saya yakin dan redha, bahawa saya tidak boleh menaruh dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada manusia, untuk menyelesaikan sesuatu atau semua perkara. Saya yakin dan percaya bahawa, kalau niat kita baik dan untuk membantu agamaNya, yang penting adalah kita berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan semuanya kepada Allah untuk ditentukan. Hanya Allah yang akan menentukan apa yang terbaik bagi kita, kerana kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi Allah yang layak menentukan hasil usaha kita.

Pada hari Selasa 14/7/2009, saya dimaklumkan bahawa beberapa orang pembeli pangsapuri di Seksyen 16 akan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan SUK pada hari Rabu kerana kelewatan penyerahan kunci rumah kepada pembeli. Saya menyatakan kepada pegawai yang terlibat supaya bertenang, kerana kita telah usahakan sehabis baik untuk menangani isu tersebut. Malamnya, saya serahkan pada Allah untuk membantu MAIS. Alhamdulillah, saya dikhabarkan, tunjuk perasaan tidak dapat dijalankan pada hari tersebut, kerana dihalang oleh pengawal keselamatan SUK.

Pada hari Rabu 15/7/2009, saya bersama dua orang pegawai MAIS dan Ustaz Amin menemui Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Shah Alam untuk mendapatkan katil terpakai untuk digunakan bagi penempatan baru pesakit HIV Muslim di Rawang. Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati Tuan Haji Mohd Johar bin Ismail untuk memberikan katil-katil hospital yang terpakai tetapi masih elok untuk digunakan.

Pada hari Khamis 16/7/2009, saya memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai misi 'menyelamat' saudara semuslim di gereja di Rawang. Mesyuarat tersebut pada awalnya hampir-hampir tidak dapat diadakan kerana kuasa saya memanggil mesyuarat tersebut dipertikaikan. Tetapi semuanya kuasa Allah. Dia yang menggerakkan hati Setiausaha MAIS yang juga Pengarah JAIS untuk meneruskan mesyuarat dan mempengerusikannya walhal mesyuarat tersebut awalnya saya minta dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha MAIS. Alhamdulillah, Allah jua yang menentukan supaya mesyuarat diakhiri dengan keputusan menubuhkan dua penempatan alternatif kepada pesakit2 HIV di sebuah kawasan di Subang dan Kuang, Selangor. Kedua-dua buah penempatan tersebut akan diuruskan oleh dua badan NGO Islam, iaitu Yayasan Al-Ijabah dan Yayasan Budi, dengan pembiayaan di pihak MAIS.

Pada hari Jumaat 17/7/2009, saya dilantik sebagai Ketua Urusetia Persembahan untuk Malam Amal Waqaf 2009 yang diadakan pada malam ini. MB akan turun untuk merasmikan program. Selepas solat Jumaat, saya menghadiri rehearsal bersama syarikat event management yang dilantik untuk membuat gimmick dan menyediakan artis untuk menjayakan program malam ini. Malam ini betul2 membuatkan saya dan sahabat2 MAIS yang lain sedar, bahawa sememangnya kita tidak boleh menyandarkan harapan dan keyakinan atas kepandaian dan kekuatan manusia semata2, kerana sesungguhnya Allah jua Yang Maha Kuasa. Gimmick yang dirancang oleh perunding yang berupa sebuah globe yang terbelah dan mengeluarkan Mesin ATM, sebagai simbol untuk berwakaf melalui ATM, tidak menjadi! Malunya kami, Allah saja yang tahu, sebab MB dah tekan dengan dua-dua tangan beliau, tapi nothing happened!! Sedangkan sepanjang petang kami dah cuba globe tu tiga kali, menjadi semuanya, tetiba time betul2, mesinnya meragam.. ada masalah teknikal katanya. ArrrgggHH!! Tapi memang kami semua malu betul, sebab MB dah poyo dah, memula tekan sebelah tangan, tapi tak jadi apa, tekan dua2 belah tangan, tak jadi jugak!! Sudahnya, malam tu jugak, kami bagi tazkirah percuma pada perunding, sebab tak sediakan alternatif langsung kalau globe tu tak berfungsi. Saya memang mengamuk, sebabnya, bacaan selawat yang dijanjikan tak ada, artis datang lambat, gimmick tak menjadi. Paling tensen bila kami diberitahun oleh salah seorang urusetia yang berjumpa dengan pengerusi MAIS, Dato' Azib ada berkata,"Program malam ni sedihnya"katanya. What a bad remark..

Petang tadi, lebih kurang jam 3 petang, saya menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Tilawah Saudara Baru di Kompleks Yayasan Restu. Sempat saya bersembang dengan Pengarah Program, Ustaz Helmi. "Ustaz tau tak malam tadi gimmick kami tak menjadi?" tanya saya. "Tau, malam tadi time yang sama saya dok tengah menggulung wayar kat sini," katanya. "Oh! Patutlah kami ada masalah wiring kat sana, rupanya sebab ustaz dah ambik wayar tu,"gurau saya. "Kes-kes macam ni, kadang2 puncanya dari hati,"Ustaz Helmi menyambung. "Saya teringat kata Dato' Khusrin (Pengarah JAIS), memang nampak kita dah buat dan usaha, tapi hati kita niat lain. Tu yang Allah nak tunjuk, jangan terlalu berserah dan harap pada manusia" katanya lagi. Terus terang saya setuju 100 peratus dengan kata-kata beliau dan menyesali tindakan malam tadi kerana percaya 100% kepada kebolehan dan keupayaan perunding, tanpa menyerahkan dan bertawakkal kepada Allah. "Astaghfirullah," hati saya berbisik. "Patutlah malam tadi tak menjadi, rupanya kami semua yakin sangat dengan perunding,"kata saya."Lagipun diorang perunding) macam ada riak sikit la, sebab diorang cakap program MAIS ini sap sap soi (lebih kurang 'senang' la maksudnya), coz diorang dah biasa buat program besar-besar,"kata saya. "Patut lah," ulas Ustaz Helmi, pendek. "Ada masalah dengan hati la tu," katanya lagi.

Jauh di sudut hati saya, saya amat-amat terkesan dengan perbualan singkat bersama Ustaz Helmi tadi. Teringat juga pesanan sahabat saya Ustaz Amin yang mengingatkan bahawa kita membantu orang lain kerana Allah, bukan kerana nama, atau kerana harta, atau kerana manusia. Sama juga, apabila kita melaksanakan tugas dan amanah, semuanya dibuat demi mendapat keredhaanNya juga, bukan untuk nama atau kemasyhuran. Sebagai Muslim, wajarlah semua perkara yang kita buat, kita buat dengan bersungguh-sungguh dan terbaik, dan wajiblah kita bertawakkal untuk mendapatkan redhaNya. Selepas itu, apa jua keputusan yang kita dapat, hendaklah kita meredhainya, kerana sesungguhnya kita telah usahakan yang terbaik, dan Allah telah menentukan yang terbaik. Mudah-mudahan apa yang kita semua usahakan diredhai oleh Allah. Amin.

Mengharap Redha Ilahi,

Nurhani
Kg Raja Musa
Kuala Selangor
18 Julai 2009

8 ulasan:

KUNTONG berkata...

Sdri NurHani:
Memang benar apa yang diperkatakan oleh Ustd Helmi, segala yang kita buat sepatutnya kerana mencari keredhaan Allah.Itulah ya, kita manusia ni kekadang terlupa tentang perkara yang penting itu.
Semoga Sdri Nurhani sentiasa mencari keredhaan Allah di dalam apa jua bentuk kehidupan yang dilalui. Amin.

Hunny berkata...

Salam Wak Kuntong,

Betullah.. manusia mudah lupa. Sebab tu kena selalu diingatkan. Berpesan2 dengan kesabaran dan kebenaran. Insyaallah, mudah2an saya sentiasa ingat.:)

Rantong berkata...

Salam ziarah. Blog dan posting yang bermaklumat.

_______________________
View Profile: Rantong™

Hunny berkata...

Saudara Rantong,

Terima kasih sudi ziarah.Moga saya dapat menziarahi blog anda juga satu hari nanti:)

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Sebenarnya apa yang berlaku itu sesuatu yang mungkin dan boleh diterima dengan hati yang terbuka bagi mereka yang berfikiran positif dan mempunyai pengetahuan di dalam bidang tersebut,

Jika pihak perunding itu bersedia untuk menghadapi kemungkin tersebut, mungkin masalah itu dapat dipulihkan dgn segera.

Bagi mereka yang sentiasa mencari kelemahan lain pula penerimaannya.

Apapun kejadian itu ada hikmahnya sekurang-kurangnya menambahkan pengalaman dan mematangkan lagi, insya Allah pada masa akan datang perancangannya akan lebih berhati-hati bermula dari permulaan sehingga penyudah perancangan, beberapa andaian akan mengingatkan kita, atau pelan A dan pelan B disediakan.

Mungkin pandangan Pak Ngah tidak tepat sebab melihatnya dari jauh dan melalui tanggapan sahaja, bukan berada di lokasi.

Kita sebenarnya banyak belajar daripada kesilapan....berikhtiar dan bertawakkal

hamidah berkata...

Innalillah...ujian Allah..sabo jela ye..

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Kami dah dapatkan penjelasan dari perunding. Mereka mengaku dengan kesilapan mereka. Dah pun diselesaikan secara berunding selepas program selesai. Apapun, memang kami akan lebih berhati2 selepas ni. Kena ada plan A dan B, macam cadangan pak Ngah.

Hunny berkata...

Salam Hamidah,

Betullah. Assobru minal iman, wal imanu filjannah.