Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 27 Julai 2009

Diari - Mimpi..

Salam semua,

Setelah dua hari di Institut Latihan Dakwah Selangor, pada malam hari kedua, saya bertolak pulang ke kampung. Sahabat saya menghantar saya sampai ke pekan Tanjung Karang. Saya menghubungi emak untuk meminta sesiapa di rumah mengambil saya di sana. Abang sulung saya bermurah hati untuk mengambil saya di Tanjung Karang. Perjalanan ke rumah saya mengambil masa lebih kurang 20 minit dari pekan Tanjung Karang. Jam 11 malam kami tiba di rumah. Disebabkan sudah lewat malam, saya tidak berkesempatan untuk bersembang-sembang dengan emak atau ayah.

Pagi Ahad, saya menghantar adik saya ke pekan Ijok, Kuala Selangor. Beliau yang belajar di UTM pulang sekejap menumpang sahabatnya yang turut belajar di universiti yang sama. Lebih kurang jam 11 pagi, kami sampai di stesen Petronas Ijok. Tak lama kemudian, sahabat adik saya sampai.

Semasa perjalanan pulang ke rumah, emak menceritakan bahawa beliau bermimpi mengenai saya. "Macam mana mak boleh mimpi pasal orang (saya) ni?" tanya saya sambil tergelak2. "Orang (saya) pun tak mimpi, mak pulak yang mimpi,"tambah saya. Kata emak," Entah. Aku pun tak tau. Cuma yang aku ingat, ada orang bagi ko anak. Anak lelaki. Cantik budaknya. Putih, panjang, lawa. Dalam mimpi tu, aku boleh teringat ko belum kawin, sampai aku cakap," Elok juga ada orang bagi ko anak ni, An. Boleh jaga ko nanti."sambungnya lagi. "Hiiii... ," saya masih tergelak-gelak lagi. Emak menyambung," Aku terbangun pastu aku cerita kat abah, "Bah, Bah. Apa la An tu nak dapat. Rezeki apa agaknya yer.. Aku kok (bahasa Jawa) mimpi dia dibagi anak," kata emak."Aku kata, kalau dapat rezeki yer, Alhamdulillah..,"katanya lagi. "Hmm. Emak. Kalau anak tu maksudnya rezeki ke?"tanya saya. "Lah. Anak kan bawak rezeki, maknanya rezeki lah," jawab emak. "Takdelah. kalau orang (saya), anak tu mungkin jugak maknanya tanggungjawab," kata saya. "selalunya anak kan rezeki," emak tak nak mengalah. "Ye lah, kalau betul yer, alhamdulillah," jawab saya. "Kalau tak pun, agaknya memang nak dapat anak la kot, maknanya ayahnya hensem la! Heheh," gurau saya.

Tadi sebelum pulang, saya menceritakan mimpi emak kepada kakak ipar saya. "Eh! Kak Jun pun pernah la mimpi dibagi anak, tapi Kak Jun tak larat jaga. Lagipun kakak kak Jun kan belum ada anak, jadi Kak Jun pun bagila dia,"kata kakak ipar saya. "Itu maknanya, nak dapat rezeki, tapi ko bagi orang," tetiba je mak menyampuk. "Tapi orang (saya) mimpi dua kali mimpi yang sama," kata kakak ipar saya. "Yerlah, tak kisah la berapa kali pun, tapi seolah2 nya macam tu la. Ko dapat rezeki, tapi dibagi orang lain," emak menyambung.

Apapun, saya pun bukan pentafsir mimpi, jauh sekali ada sixth sense (deria keenam). Kalau benarlah saya ditakdirkan untuk beroleh rezeki yang besar dan indah, saya terima, kalau Allah berpandangan itu yang terbaik bagi saya. Kalau tak ada pun saya terima, kalau Allah merasakan itu yang terbaik untuk saya. Sapa2 yang pernah bermimpi/ boleh mentafsir mimpi emak saya, bolehlah kongsikan di sini.

"Mengharap redha ilahi"

Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam
1am

8 ulasan:

Razak berkata...

Salam Hani...

Saya tak pandai utk menafsirkan mimpi, biar apa pun berserah kepada Allah SWT atas segala ketentuanNya

Hunny berkata...

Salam Razak,

Itulah yang sebaiknya, dan yang dituntut oleh Islam.

~najihahfaizahazaman~ berkata...

salam ziarah ukhti..

dok tanjong karang ye?

p/s: maaf, tapi setau sayalaa kan, kalau mimpi budak2..atau bayi etc, tu diganggu oleh makhluk halus yg digelar jin. tapi xlah bahaya, selagi kita menstabilkannye dgn amalan2 Islam..;)
org yg kuat tggalkan solat tu, biasanya didampingi jin, tapi Allahu`alam..
skdr pengetahuan terbatas,,sbb saya dgr dr pusat rawatan islam di sg buloh.
ade laman web die.. x ingat..:(

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Ibu mempunyai simpati dan empatinya sangat tinggi dan mendalam terhadap anaknya.Kiranya tidurnya itu dengan tertib yang diajarkan oleh Islam, berkemungkinan mimpinya membawa mesej yang baik, kalau tidak hanya mainan tidur sahaja.
Kiranya di waktu siang beliau memikirkan hal tersebut, situasi tersebut membawa kepada senang berlaku mimpi.
Tidak dinafikan terdapat juga mimpi yang benar, dalam satu peristiwa kalau tidak salah ingatan Pak Ngah Zainuddin Zinki seorang pemimpin Islam yang warak telah bermimpi kubur Rasulullah.SAW. dikhianati, apabila disiasat memang benar seorang Yahudi menyamar sebagai seorang yang beriman dan bersolat jamaah bersama masyarakat Islam sedang membuat terowong dari tempat tinggalnya menghala ke makam Nabi, akhirnya Yahudi itu ditangkap. ( kalau kenyataan ini silap atau salah tolong betulkan ).
Dalam hal ini rasanya ibu Hani nak Hani bertindak sesuatu yang baik utk masa depan Hani, mungkin sesuatu yang hampir dengan mimpi beliau itu.
Pak Ngah rasa Hani wajar lebih akrab dengan anak-anak penakan kerana mereka darah daging sendiri, tangan Hani perlulah sering berada di atas tangan mereka kerana tangan di atas itu lebih mulia daripada tangan yang di bawah. juga dengan harapan ianya membawa berkat. Inipun agaknya seperti mengaplikasikan pelan A dan pelan B.
Hai panjang pulak komen ni, apa boleh buat ceritanya juga panjang he he he.
wa ilal liqak

Hunny berkata...

Salam Najihah,

Saya duduk di Kuala Selangor, depan sket dari kampung kelip2.. Dekat jer dengan tg karang dalam 20 minutes jer.. Insyaallah, mudah2an tak ada apa2 kesan buruk dengan mimpi tu..

Hunny berkata...

Salam pak Ngah,

Lumrah manusia, ibu memang akan mendoakan yang terbaik untuk anak2nya.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

salm..k.hani.
semoga berolh rezeki yg baik

Hunny berkata...

Salam Ayong

Amin.. mudah2an kita semua beroleh rezeki yang baik dan diredhai Allah.