Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 15 September 2009

Diari - Akademi Ramadhan 2009

Salam semua,

Nampaknya Ramadhan ini memanglah bulan yang penuh dengan rezeki dan keberkatan, kerana dengan rahmatNya, Allah sentiasa mengurniakan tugasan yang tak habis-habis untuk saya dan kakitangan di Bahagian Undang-Undang. Memang seronok membuat tugasan di bulan Ramadhan ini, kerana sedar tak sedar, dah nak berbuka.

Setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan ini, saya akan pulang ke kampung halaman, kerana nak berbuka bersama keluarga. Ramadhan kali ini, memang tak pernah berbuka seorang diri. Selalunya saya akan berbuka di rumah kakak di Seksyen 19 Shah Alam. Kalau tidak pun, bersama anak-anak yatim atau rakan-rakan sepejabat. Alhamdulillah. Terasa seronok betul Ramadhan kali ni. Tak sangka dah tinggal 5 hari aje lagi nak berpuasa. Terasa cepat sangat masa berlalu.

Ramadhan kali ini juga buat pertama kalinya dalam sejarah hidup (sejak diwajibkan berpuasa ke atas saya), pagi tadi, 15hb September 2009, saya tak bangun sahur. Sebab memang tak sedar langsung alarm handphone saya berbunyi. Kemungkinan terlalu letih kerana semalam saya bertolak pulang dari kampung pada jam 6.22 pagi, kemudian terus bergelumang dengan tugasan di pejabat dan melayani pelanggan yang datang. Tambahan pula, para boss saya meminta satu tugasan dihantar pada hari ini untuk diserahkan kepada Setiausaha Sulit DYM Sultan Selangor untuk mendapatkan perkenan Tuanku. Jam 3.45 petang baru siap dua tugasan, baki dua lagi tugasan, saya menghubungi boss saya untuk menghantar melalui email. Alhamdulillah, permintaan saya disambut baik dan jam 5.45 petang, saya selesai dengan tugasan ketiga dan keempat.

Selepas solat Asar, saya bergegas ke Sunway Damansara untuk memenuhi jemputan berbuka puasa yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Beberapa orang kakitangan MAIS turut hadir. Selepas berbuka, saya bergegas ke Rumah HIV di Petaling Jaya untuk solat Isyak dan terawih. Sempat la jugak join, walaupun agak lewat sampainya.

Balik ke rumah, lebih kurang jam 10.45 malam, saya bersembang dengan house mate saya, Nora, yang baru kematian ayah. Sepanjang malam mendengar cerita beliau mengenai ayahnya, pengalamannya menjaga ayahnya sepanjang ayahnya sakit, menyebabkan airmata saya berlinang. Jauh di sudut hati, walaupun masih banyak lagi kekurangan, saya rasa bersyukur kerana masih mempunyai ayah dan hati saya rasa bertambah kasih dan sayang pada ayah saya. Saya rasa lebih kurang jam 12.30 malam baru saya melelapkan mata.

Saat-saat terakhir menjelang Syawal ini, rasa sedih nak lepaskan Ramadhan. Banyak yang saya lalui Ramadhan ini. Ujian tugasan, kepimpinan, perasaan, persahabatan, kepercayaan, semuanya bercampur-aduk, semuanya diuji dalam Akademi Ramadhan ini. Apapun, alhamdulillah, saya redha, dan berpandangan, semua ujian itu perlu saya lalui sebagai persediaan untuk menghadapi
ujian sebenar.

Mudah-mudahan saya lulus dalam Akademi Ramadhan ini. Sekurang-kurangnya saya jadi manusia lebih baik. Amin..


"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam

5 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Lama Pak Ngah tunggu entri baru kini baru muncul, memang betul-betul Hani sebok.

Tapi tidak mengapa kerana Allah memilih anda sebagai salah seorang yang dapat menyempurnakan fardu kifayah.Iaitu suatu tugas yang sangat berat dan banyak.

Isya Allah di hujung penat itu nanti akan ada kemanisan dan kegembiraannya.

Unknown berkata...

Salam Ramadhan Hani.

Begitu sibuk jadual Hani dalam sehari, tak letih macamana kan. Tak bangun sahur mungkin akan menambah letihlah hari ni tapi yang penting dah niat puasa kan.

Takziah kepada Nora w/pun kakchik tak kenal dia. Semoga dia tabah meneruskan hidup.

Sempena Aidil Fitri yang dah tak berapa hari lagi, kakchik mohon maaf banyak-banyak dari Hani terutama kerana jarang jenguk Hani. Kalau bulan ni Hani banyak kegembiraan, kakchik pula banyak ujian tapi semuanya sudah berlalu dan terasa pilu untuk berpisah dengan Ramadhan.

Selamat hari raya Hani.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Lama pak Ngah tunggu entri baru saya. Maaf la Pak Ngah.. betul2 la berkat Ramadhan, banyak tugasan saya dapat.. nak cuti pun rasa bersalah jer.. takut ada kerja yang belum sempurna.. Ramadhan ni jer, sebenarnya, dua hari jer saya balik pukul 5.30.. selebihnya nak dekat buka baru balik.. apapun, alhamdulillah.. moga2 Ramadhan ini menjadikan saya lebih sabar..

Hunny berkata...

Salam Kak Chik,

Saya pun lama tak jengok blog akak.. saya pun mohon maaf banyak2 sebab jarang jengah blog kak chik. apapun, yang penting, teruskan memblog dan berpesan2 perkara yang baik..Selamat hari raya Kak Chik, maaf zahir batin :)

Tanpa Nama berkata...

Taqabbalallaha thaataana wathaataki,kullu am antum bikhairin,
Sememangnya orang2 yang beriman dan bertaqwa merasai Ramadahan begitu cepat berlalu sehingga tidak sempat dan tidak puas beribadat.Dan ingatlah segala tugas dan pengorbanan yang anda lakukan dijanjikan Allah dengan pahala yang berlipat ganda menanti asalkan kita ikhlas.
Amat beruntunglah orang2 yang dapat memenuhi tuntutan Ramadhan dengan berbagai tawaran Allah ,rahmah,maghfirah,itqun minannar,pahala sunat seperti wajib,wajib diganda dengan lebih 70 kali ganda,lailatul qadar,pintu neraka ditutup,pintu syurga dibuka,syaitan dipenjara.
Bahagialah orang2 yang dapat memenuhi tuntutan Ramadhan dengan bertakbir,melahirkan keagungan dan kebesaran Allah dengan penuh gembira sebagai tanda kesyukuran kerana dapat menyempurnakan kewajipan terhadap Allah apabila menjelang 1 Syawal.Orang2 beriman berasa sedih dan gembira,sedih kerana tawaran sudah tiada gembira kerana berjaya melaksanakan perintah Allah.
Disebaliknya terdapat satu golongan lagi amat gembira menyambut 1 Syawal kerana tak payah berpuasa dan terlepas bebas.Mereka merancang berbagai acara dan pesta meriah bagi memeriah sambutan tanpa fikir batas syarak.Simboliknya pesta meraikan pembebasan syaitan daripada penjara Allah yang dapat digambarkan dengan syaitan berwajah senyum lebar melihat pesta sambutan diberikan kepadanya pada hari pembebasannya.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut, Amin. (arba)