Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 31 Oktober 2009

Rabu, 28 Oktober 2009

Diari - BZ to buzzzzzzzz to zzzzz....


Salam,

Terjemahan kepada entry hari ni adalah, apabila kita bz sangat, kita jadi letih sangat, jadi rasa nak burst kat orang lain sebab tak cukup zzzzzzz, cuma tak boleh nak zzzzz lagi sebab keje belum selesai.. jadi, harap maklum.


"Argggghhh!!"

Hunny Bee Stuck in the Office

Shah Alam

Ahad, 25 Oktober 2009

Diari- Syukur...


Salam semua,

Rasa syukur sangat atas satu perkara.. Tak terucap dengan kata-kata, tak terukir dengan kata-kata.. Hanya ucapan Alhamdulillah yang terucap dari bibir saya kerana satu perkara yang saya citakan akhirnya berjaya dicapai.. Terima kasih Allah. Semoga urusan-urusan lain turut dipermudahkan.. Amin...


"Syukur"

Nurhani

Seksyen 19

Shah Alam

Jumaat, 23 Oktober 2009

Rileks sekejap - Cinta sambal belacan

Salam semua,

Pagi ini, semasa memandu ke pejabat, saya memasang radio. Memang menjadi kebiasaan saya, saya akan mendengar lagu-lagu rancak untuk memberikan rasa bersemangat ke pejabat. Kebetulan semasa memilih lagu, ada satu lagu rancak yang cukup menarik hati saya apabila mendengar liriknya. Disebabkan tak pernah dengar, jadi saya tak berapa ingat liriknya. Cuma yang saya betul2 ingat, bila penyanyinya menyatakan,

"cinta itu macam sambal belacan, pedas dimakan, tetapi tetap mau dimakan, jangan jadikan cinta seperti pisang goreng, sedap dimakan semasa panas,bila dah sejuk sudah tak mau".

Hehehehe.. kelakar, tapi betul jugak.. Tak pasti apa tajuk lagu tu, tapi menurut DJ bertugas, lagu itu dinyanyikan oleh kumpulan Alleycats dalam album mereka "Kucing". Bila dengar, memang rasa terhibur sekejap.

"Layakkah aku mencintaiNya"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam

Sabtu, 17 Oktober 2009

Diari- Satu Hari di Hari Raya..

Salam semua,

Sepanjang hari ini keletihan memenuhi undangan di sana-sini. Sejak awal pagi, MAIS menerima kunjungan daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia(PGSM) yang diketuai oleh Presidennya, Tuan Mohammad Isa bin Ralip bersama 10 orang ECXO PGSM. Kunjungan mereka disambut di pihak MAIS dengan diketuai oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai kanan MAIS dan JAIS, termasuk saya sendiri, kerana kebanyakkan isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan perundangan dan cabaran semasa terhadap perundangan syariah. Ini termasuk isu sebatan Kartika, penghinaan terhadap agama Islam, sentimen dan prejudis terhadap perundangan syariah, isu akidah, isu perwakilan, dan banyak lagi. Alhamdulillah, hasil daripada perbincangan dan soal-jawab, kedua pihak bersetuju untuk berpadu tenaga dan buah fikiran untuk bekerjasama mempertahankan agama Islam dan undang-undang syariah daripada dicabar melalui program-program yang dirancang.

Kebetulan salah seorang EXCOnya Puan Fadhlina, adalah sahabat baik saya yang menyambut hari lahirnya pada hari ini, jadi saya membelikan kek SURPRISE untuknya. Terharu Fadhlina apabila melihat saya membawa kek harijadi untuknya.

Selepas program selesai, saya dan beberapa pegawai MAIS ke Petaling Jaya untuk memenuhi undangan sambutan Aidilfitri di anak syarikat MAIS, Kumpulan MAIS Corporation. Disebabkan kami sampai pun hampir pukul 1, kami solat Zuhur di sana sebelum bertolak ke seksyen 7 untuk menghadiri sambutan Aidilfitri di rumah EXCO Kerajaan, YB Penasihat Undang-Undang Negeri. Lebih kurang jam 2.30pm, kami tiba di sana. Disebabkan saya banyak berurusan dengan YB Penasihat Undang-Undang Negeri dalam isu-isu perundangan, saya rasa kurang wajar kalau saya tak hadir. Elok-elok saja kami sampai, YB Ronnie Liu dan YB Xavier baru keluar dari Dewan Program.

"Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya," kata YB Ronnie Liew kepada saya dengan wajah manis berseri-seri.

"Selamat Hari Raya,"balas saya sambil tersenyum.

"Wah! Hani sekarang. Dah ada gaya YB," sapa Datin Paduka Zauyah, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor semasa saya bersalaman dengan beliau.

"Alamak Datin! Saja la nak kenakan saya, raya-raya ni," balas saya tergelak-gelak.

"Ye lah. Saya tengok, masuk-masuk jer, salam semua orang, gaya YB tu dah ada," kata beliau sambil tertawa.

Ketawa saya mendengar jawapannya. Hmmm.. YB bersalam pun ada gaya tersendiri rupanya ye? Tak tau plak saya. Hanya YB -YB jer yang tau.. Hehehehe..

Disebabkan dah kenyang, saya hanya minum ABC. Buat syarat jer tu. Sempat juga bersembang sebentar dengan YB PUUN dan mengambil foto kenangan dan bertolak pulang. Lebih kurang jam 3.30, saya bergegas ke UIA untuk memulangkan jubah konvokesyen saya, kerana tak mau didenda RM10 sehari jika lewat dipulangkan.

Dalam perjalanan, saya dihubungi oleh seorang pegawai di Bahagian Pembangunan Insan MAIS (yang menguruskan muallaf). Beliau memberitahu bahawa terdapat satu kes pertikaian terhadap jenazah seorang muallaf berbangsa Cina yang baru meninggal dunia di Hospital Serdang dan meminta nasihat daripada saya untuk menyelesaikan isu tersebut. Saya meminta pegawai yang terlibat cuba untuk tidak panik dan cuba menyelesaikan isu tersebut secara sulh (perdamaian) terlebih dahulu.

"Kalau tak selesai, baru kita masuk Mahkamah," pesan saya tegas.

Dari semasa ke semasa, telefon saya berdering-dering, even sampai ke UIA pun masih berdering-dering lagi. Saya memberikan nasihat dan pandangan yang diperlukan. Saya turut menghubungi Dato' Mufti dan Pengarah JAIS untuk mendapatkan pandangan berhubung beberapa isu. Sementara menyelesaikan isu tersebut melalui telefon, saya dan seorang sahabat mencari bilik jubah untuk membuat 'clearance' di UIA. Tetapi alangkah tak bestnya bila kami dapat tahu bahawa bilik jubah tersebut ditutup pada jam 4pm. Kami sampai di UIA pun dah pukul 4.15 petang.

"Kalaulah aku tahu, tentu aku tak datang hari ni," getus saya dalam hati.

"Tak apa la kak. Dia nak bagi akak jalan-jalan kat UIA hari ni. Lain kali tak tau bila nak datang, sebab dah grad," gurau Liza.

Niat saya nak terus balik ke kampung selepas selesai urusan di UIA. Namun, terpaksa saya batalkan dahulu niat itu sebab tak settle lagi isu jubah dan 'clearance' tersebut.

"Esok pagi la Liza, kita datang sini balik. Malas la nak tangguh-tangguh. Tak apalah, Kak Hani balik esok aje. Lagipun ada kenduri kat Kelang, takkan tak pergi pulak," kata saya pada teman saya, Liza.

Saya singgah di rumah seorang sahabat lama di Taman Ibu Kota untuk merasai keenakan cheese cake yang dibuatnya sendiri sekaligus bersolat Asar. Bersembang punya pasal, tak sedar dah nak dekat Maghrib. Saya dan sahabat solat maghrib dulu sebelum bertolak pulang. Teringat pesanan teman sepejabat, Puan Norraini minta hadir di jamuan raya sahabat saya Ustaz Mat di seksyen 9.

"Hani. Nanti ko datang bawak Liza sekali, gi umah Ustaz Mat. Kesian pulak dia. Saya nak balik Melaka malam ni, tak sempat. Datang tau, nanti dia merajuk plak," katanya pada saya.

"Saya dah beraya umah dia hari tu kak. Kena ke datang lagi?"tanya saya, macam tak puas hati.

"Alah. Pegi je lah. Beriya-iya dia telefon saya tadi. Kalau sempat, boleh jugak saya datang, tapi tak sempat. Saya nak balik Melaka malam ni. Pergi ye,"pesannya.

Akhirnya, kerana tak nak mengecewakan sesiapa, saya terus ke rumah sahabat saya Ustaz Mat. Semasa kami sampai lebih kurang jam 8.30 malam, tetamu masih ramai.

"Masuklah kak," kata ustaz Mat yang ceria menyambut kehadiran kami. Kebetulan ada beberapa orang sahabat beliau yang dah lama saya tak berjumpa, banyaklah ceritanya. Sahabat saya Liza pun nampak rancak berbual dengan isteri Azizul, Zulfa.

Hanya setelah jam melewati pukul 10.30 malam, saya rasa letih dan mengantuk. Saya mengajak Liza tidur di rumah saya untuk mempercepatkan gerak kerja esok. Kesimpulannya, memang susah nak memenuhi semua permintaan manusia, tetapi buatlah sebaik mungkin, dan ikhlaskan hati, semoga Allah permudahkan urusan kita. Kalau tak dapat penuhi, tetapi kita dah berusaha sebaik mungkin, tentu ada hikmahnya. Selebihnya kita tawakkal dan serah saja pada Allah. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.


"Penatnya beraya"

Nurhani
Seksyen 3

Shah Alam

Perbincangan dipengerusikan oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS.


Serius nampaknya Dato' Pengerusi semasa menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak MAIS.


Barisan Pegawai Kanan MAIS dan JAIS.


Barisan EXCO PGSM yang hadir.


Apa agaknya yang dibincangkan oleh Puan Afshah dan Cik Yusma tu yer?


Saya, PRO MAIS dan PSU Bahagian MAL MAIS antara yang hadir.


Bertukar-tukar cenderamata kenangan.



Bergambar kenangan bersama barisan EXCO PGSM dan Pegawai Kanan MAIS dan JAIS.


Wajah-wajah ceria dan penuh semangat EXCO PGSM bersama pegawai MAIS.


SURPRISE !!!
Bersama Yusmawati, teman lama semasa di UIA, yang sekarang peguam syarie KL. Syabas Yus! Welcome to Syariah, way of life!

Bersama kakitangan MAIS yang hadir dan kakitangan di anak syarikat MAIS, KMC semasa jamuan raya mereka.

Berbaju hijau, Tuan Hj Ab Azis Ab Lah, Pemangku Pengurus Besar KMC, tak puas hati bila kami nak balik cepat sangat.. Heheheh..

Suasana di sekitar majlis jamuan raya di kediaman YB Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.


Bergambar kenangan bersama YB Datin Paduka Zauyah Bee Binti T Lotkhan, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.

Anuar, member lama kat UIA turut hadir di jamuan raya YB PUUN. Member UIA ketiga yang saya jumpa hari ni.

Liza dan Su, baru pertama kali jumpa tapi sembang macam dah kenal lama.


Bergambar kenangan dengan Ustaz Mat, Dell, Azizul Zulfa dan anak, Shahril & Su.

Khamis, 15 Oktober 2009

Renung Sejenak - Apa pandangan kamu?

Salam semua,

Satu emel yang saya terima dari seorang sahabat amat menarik untuk dikongsikan di sini. Saya rasa ramai yang telah tahu mengenai gempa bumi yang melanda Padang baru-baru ini. Apablia dikaji, rupa-rupanya saat waktu berlaku gempa tersebut sama dengan kedudukan beberapa surah di dalam Al-Quran yang menceritakan mengenai gempa. Bagaimanapun, artikel yang diforward oleh rakan saya itu lebih detail lagi. Untuk perkongsian, saya attachkan di sini. Mungkin ada rakan-rakan yang sudi memberi pandangan setelah membacanya.


From: Nashimah Yahya
Subject: Fwd: FW: Plz read
To:
Date: Sunday, 11 October, 2009, 1:13 PM

Wallahu'alam...


Entah kenapa hati ini terfikir kembali hadis rasullulah tentang tanda kiamat besar. Hati ini seakan terdetik untuk terus mengkaji dan meneliti keadaan semasa selepas membaca satu komen dari pembaca blog saya. Berikut adalah komen beliau di post ini.

Anonymous said...

SUBHANALLAH!!!subhanallahh..waktu2 gempa di indonesia :
di Tasik 15:04 ,
di Padang(gempa pertama) 17:16 ,
diPadang(gempa kedua) 17:58 ,
gempa di Jampi(ke esokkannya dr padang) 08:52...
cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..Ya Allah,Maha Besar...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri....

1.dan Kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya. Al-hijr 15:4

2.dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). Al-Isra 17:16

3.dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz). Al-Isra 17:58

4.(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya. Al-anfal 8:52

Komen ini telah menarik minat saya untuk menyelidiki kembali tentang gempa bumi ini. Setelah saya memeriksa kembali waktu gempa bumi seperti yang dinyatakan oleh beliau, saya mendapati ada dua waktu yang pasti betul, iaitu gempa bumi pertama di Padang, iaitu pada pukul 17.16 dan gempa bumi di Jambi pada pukul 08.52. Adakah ini petanda dari Allah? Atau kebetulan?

17.16
Diambil dari
sini!
Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat kira-kira
5.16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.

Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.
Al-Israa ayat 16. (17:16)


08.52

Dipetik dari sini!
Jambi (ANTARA News) - Gempa bumi tektonik berkekuatan 7,0 Skala Richter (SR) yang menggoncang Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Kamis pukul
08.52 WIB di 46 Km tenggara Sungaipenuh, di kedalaman 10 Km, merusak lebih dari seribu rumah warga di sejumlah desa di daerah itu.


(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.

Al-Anfaal ayat 52. (8:52)



Waktu-waktu lain saya tidak dapat pastikan kebenarannya. Mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang mahu saya kongsikan di sini sebenarnya adalah
3 tanda kiamat besar yang telah terjadi pada tahun ini sahaja secara berterusan!


Seperti sabda Rasullulah,

“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.Hadis Riwayat Muslim

Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Hal ini saya tidak perasan sebelum ini, tetapi pada malam ini tiba-tiba terdetik tentang perkara ini. Entah kenapa tiba-tiba hati saya terdetik untuk menyelidiki tentang hadis ini secara lebih mendalam lagi.

Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, ketiga-tiga gempa bumi itu telah berlaku dalam tahun ini sahaja!


Pertama, gempa di timur.
Perkara ini baru sahaja berlaku di Padang, Indonesia. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini.
Sedikit gambar-gambar mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.



Gempa bumi di barat.

Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Ital pada 6 April 2009i. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher. Untuk maklumat lanjut dan bukti, sila klik sini!







Gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab

Dipetik dari Kosmo!

RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.
Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.
Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.
Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.
Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP
Adakah tanda-tanda yang ditunjukkan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya. Tujuan saya menulis artikel ini hanyalah untuk peringatan kepada saudara seislam saya. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)


"Peringatan bagi yang Lalai"

Nurhani

Shah Alam

Selangor

Rabu, 14 Oktober 2009

Diari - Tak tau nak tulis apa...

Salam semua,

Hari ni, sejak jam 8.30 pagi saya sudah berada di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk kes MAIS. Lebih kurang jam 11.40, kes-kes sebutan selesai. Saya, Pendaftar Muallaf Negeri Selangor dan Pegawai Wakaf MAIS bergegas untuk menghadiri program di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS untuk program sambutan Aidilfitri di sana. Sepanjang perjalanan pergi, saya tidur sebab keletihan dan terlalu lapar sebab tak sempat bersarapan.

Sampai di sana, saya diminta pula menjadi juri untuk pertandingan gerai tercantik. Walaupun majlisnya ringkas, tetapi meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu dari kawasan berdekatan dan penghuni-penghuni pusat perlindungan tersebut.

"Umur berapa tahun dik?"tanya saya saja beramah mesra bersama beberapa orang penghuni di situ.

"Saya 19, dia 15, dia ni 19," jawabnya.

"Habis, ambik periksa kat mana?" tanya saya lagi.

"Saya dah tak sekolah, kalau yang ambik peksa, nanti diorang uruskan. Ambik periksa kat sini, ada orang datang" jawabnya.

"Yang adik ni, dah lama duduk sini?" tanya saya pada seorang lagi.

"Dah lama, saya dah ada anak pun. Ini saya tengah mengandung 7 bulan," jawabnya. Saya memerhatikan matanya yang berwarna coklat cair. Cantik! Bisik hati saya.

"Oh! Habis tu, anak sapa jaga?" tanya saya berminat nak tahu, kerana ini bermakna, paling kurang, beliau sudah dua kali melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Emak dengan ayah jaga, sebab saya pun tak tahu bila boleh keluar," katanya.

Tuhan! Dalam usia semuda ini, adik-adik ini sudah terjebak dengan maksiat dan keterlanjuran. Persetubuhan tanpa nikah sudah menjadi kebiasaan. Jenayah syariah kerana khalwat sudah menjadi asam garam mereka. Kerana itu mereka ditempatkan di sini. Untuk diberi pemulihan akhlak dan untuk dilindungi. Mereka diberi alternatif daripada dihukum penjara, yang akan memudharatkan adik-adik ini.

Wajah-wajah suci itu ku tatap.. Serasa seperti mahu ku tanya, tetapi berat mulutku nak mengucapkannya.. Adik-adikku.. Mengapa tergamak kau lakukan maksiat itu? Ke mana pergi aqal fikiranmu? Mana rasa malumu? Mana rasa takutmu? Mana ibu bapamu? Pernahkah mereka tanya ke mana kamu pergi, dengan siapa kamu berkawan, di mana kamu pada waktu2 yang sepatutnya kamu berada di rumah?



Oh Tuhan! Bagaimana nasib anak-anak generasi akan datang? Takut untuk ku bayangkan..Adik-adik ini sudah cukup membuktikan, kebejatan akhlak generasi masa kini.. Mudah-mudahan bimbingan dan pengajaran di Baitul Ehsan dapat menyedarkanmu, dan mematangkanmu dalam membuat pertimbangan.Di pusat ini, kami berusaha membantumu sekadar termampu, selebihnya terpulang pada dirimu dik! Bertaubatlah dik!Mudah-mudahan Allah terima taubatmu!



Pesanan pada diriku dan semua umat Islam! Ayuh sama-sama membantu, sebarkan ilmu dan dakwah sehabis mampu pada generasi kita. Manalah kita tahu, kemungkinan berkat satu pesanan yang kita beri, walau sebaris ayat, membantu menghalang adik-adik kita ini daripada ternoda di usia yang sangat muda. Teruskan berpesan-pesan untuk kebaikan. Semoga Allah memudahkan urusan kita membuat kebajikan. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani

Shah Alam
Selangor

Selasa, 13 Oktober 2009

Peguam Menulis- Prosiding pendakwaan kes percubaan melakukan persetubuhan luar nikah

Salam semua,

Hari ini saya menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai wakil MAIS untuk mendapatkan tarikh sebutan baru daripada Mahkamah untuk melantik peguam.

Selepas sebutan di hadapan Hakim Dewan 2 selesai, saya ke Dewan 3 kerana ada satu lagi kes MAIS di hadapan Mahkamah tersebut. Sewaktu saya tiba di sana, jelas kedengaran di telinga saya kata-kata yang diucapkan oleh seorang peguam syarie yang sedang berhujah di sebelah kiri Hakim di hadapan Mahkamah.

"Untuk makluman Yang Arif, semasa OKT ditangkap, beberapa bahan bukti telah diperolehi oleh pihak Penguatkuasa. Ini termasuk seluar dalam wanita, baju dalam wanita dan seluar dalam lelaki. Mohon untuk ditandakan sebagai IP Yang Arif," kata Peguam Syarie tersebut sambil mengemukakan ekhsibit-ekhsibit tersebut ke hadapan Hakim.

"Eh!Peliknya Dewan ni..Masuk-masuk terus citer pasal seluar dalam wanita," kata hati saya sambil mengerling ke ruang hadapan Hakim.

"Oh! Pendakwa Syarie JAIS rupanya," bisik saya dalam hati yang pada awalnya menyangkakan bahawa yang sedang berhujah adalah seorang Peguam Syarie.

"Berdasarkan kepada bukti-bukti dan keterangan tertuduh serta pengakuan bersalah tertuduh, pihak kami percaya tertuduh sewajarnya dikenakan hukuman di bawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah iaitu sama ada denda tidak melebihi lima ribu ringgit, penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam kali sebatan,"hujah Pendakwa Syarie JAIS.

"Kamu dah dengar tadi apa yang dinyatakan oleh Pendakwa?" tanya Tuan Hakim kepada pihak tertuduh.

"Dengar Yang Arif," jawab seorang pemuda yang terus berdiri bila ditanya Tuan Hakim.

"Kamu nak teruskan dengan bicara atau nak merayu?" tanya Hakim lagi.

"Saya nak teruskan dengan rayuan,"jawab pemuda tersebut.

"Betul ni? Banyak saksi dalam Dewan ni. Kamu nak teruskan ker nak merayu. Kalau tidak, hukuman sebat boleh dikuatkuasakan," kata Hakim lagi.

"Saya nak teruskan dengan rayuan,"kata pemuda itu tersekat-sekat.

"Ok. Silakan. Apa rayuan kamu?" tanya Hakim.

Di sebelah kanan Hakim, saya melihat seorang lelaki dan pasangannya. Walaupun tidak dapat melihat wajah mereka, saya yakin mereka masih muda remaja. Yang lelaki fizikalnya lebih rendah dan lebih kecil daripada pasangannya. Pasangannya senyap dan sentiasa menundukkan muka. Malu agaknya kerana bila dah dibicarakan, benda yang rahsia semua keluar.

"Nampak jer kecik, tapi hebat jugak," gurau sahabat saya yang merupakan seorang Peguam Syarie.

"Hek eleh kau. Sabar jerlah.." jawab saya sambil mengawal ketawa kerana berada dalam Mahkamah.

Seterusnya, Hakim meminta pasangan tersebut untuk membacakan rayuan beliau. Antara lain pemuda tersebut menyatakan bahawa beliau telah insaf dan sebagai bukti, beliau telah pun mengahwini pasangannya. Beliau turut menyatakan bahawa beliau dan pasangannya tidak mampu membayar jumlah denda yang dikenakan kerana telah pun diberhentikan kerja kerana kes tersebut, dan kini beliau menampung kehidupan harian dengan membantu sahabat beliau berniaga burger dengan pendapatan RM25 sehari.

Dalam hati saya membayangkan hati dan perasaan tertuduh yang kesnya dibicarakan di hadapan orang ramai, terutamanya wanita. Betullah kalau Allah nak sesorang itu dimuliakan, Dia akan beri. Kalau Allah nak seseorang itu dihina, Dia akan beri. Malunya tak terkira. Perkara yang rahsia pun tak rahsia lagi. Semua dibongkar di muka pengadilan. Orang Melayu dan Nusantara yang diasuh dengan perasaan malu dan sopan santun yang tinggi, perasaan malu memang paling sukar nak dikikis. Hukuman penjara, denda dan sebatan mungkin sudah jadi nombor dua. Malu dengan masyarakat jadi nombor satu.

Kemungkinan, andainya semasa pemuda dan pemudi tersebut membuat maksiat, kalau ada perasaan malu pada Allah, maksiat itu tak akan terjadi. Kerana sifat malu kepada Allah telah terkikis, makanya mereka tidak malu membuat maksiat tersebut. Kerana tiada sifat malu pada Allah, tetapi malu pada masyarakat, mereka sanggup ke tempat-tempat yang tersorok untuk melampiaskan nafsu serakah masing-masing kerana tidak mahu masyarakat mengetahui perbuatan maksiat mereka. Tetapi mereka tidak malu dengan Allah.

Kerana itulah, antara lain, hikmah kepada hukuman sebatan yang digariskan oleh Syariah, yang bersifat untuk mendidik, bukan menghukum. Kerana apabila hilang malu di hati manusia, makanya maksiat bermaharajalela. Hukuman sebatan syariah sewajarnya dilaksanakan supaya perasaan malu oleh pesalah menerbitkan penyesalan abadi, dan sebagai pengajaran dan peringatan kepada yang melihat hukuman sebatan dibuat.

Wahai orang-orang beriman! Ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang kita lakukan dan niatkan, walau sebesar zarah pun! Jauhilah laranganNya dan patuhilah suruhanNya, semoga kita mendapat redhaNya! Sekadar peringatan buat semua yang lupa dan mereka yang lalai...

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
Selangor

Ahad, 11 Oktober 2009

Diari - LLM Graduation 2009

Salam semua,

Alhamdulillah.. Majlis Konvokesyen UIAM yang ke 25 semalam berlangsung dengan meriah dan sempurna. Saya ditemani emak dan adik lelaki saya Kamil. Sepatutnya abah ikut sama, tapi dia demam, jadi dia berehat saja di rumah kakak di Shah Alam. Jumpa balik kawan-kawan pengajian LLM (Administration of Islamic Law) yang dah lama tak jumpa, rasa seronok sangat. Teringat kenangan masa belajar.

Anyway, tahniah buat semua! Alhamdulillah :)

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Nurhani
Seksyen 19
Shah Alam


Berkongsi detik manis dengan Abah yang tak dapat pegi sebab demam.

Semasa beratur nak masuk ke dewan dengan kawan-kawan lain. Mortar board pun tak sempat pakai lagi.

Smile!!!

Bersama classmate paling senior, Tuan Haji Bahari dan isterinya. Rezeki emak, pasangan ini dapat VIP seat, dok depan stage. Tuan Bahari minta emak temankan isterinya. Dapatlah emakku duduk depan.. Terima kasih Tuan!

Wah! Mesra nampak? Itulah keistimewaan emakku, Rahmah, yang penuh dengan kasih sayang, cepat mesra walaupun baru berkenalan. :)


Bunga hadiah adikku. Chomey kan? Thanx Amil!


Papan tanda ni sangat sesuai kalau letak kat taman-taman rekreasi dan pusat membeli belah.


Sabtu, 10 Oktober 2009

Diari- Ceria di Rumah Terbuka

Salam semua,

Entri kali ini saya ingin kongsikan gambar-gambar semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JAIS, MAIS, LZS dan Jabatan Mufti Selangor pada 9hb Oktober 2009.


Suasana sebelum majlis bermula.


Suasana semasa majlis. Pengarah JAIS, Dato Khusrin sibuk melayan tetamu yang hadir. Rasa macam pernah nampak kaler baju Dato' tu... Ada matching dengan sapa-sapa ker?


Tetamu yang hadir memeriahkan majlis.

Pegawai MAIS dan JAIS menyambut tetamu yang hadir, segak berbaju Melayu dan bersamping.


Yang Berhormat Dato' Dr Hasan Ali turut hadir dan merasmikan Bulan Silaturrahmi Negeri Selangor 2009.


Si cantik manis ini mengedarkan sticker kereta bertulis "Kekalkan Persaudaraan Islam" untuk mempromosikan Bulan Silaturrahmi Negeri Selangor.


DJ bertugas yang rajin berceloteh memeriahkan lagi majlis. Rasa macam hari sukan pulak. Heheh..

Pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Shah Alam yang turut hadir.


Apa agaknya yang menggembirakan mereka? Dari kiri, Tuan Haji Yusof (KPJ), Tuan Mohd Johar (KPJ), Ustaz Mohamad Abdullah (ALC)


Gadis-gadis penghias gerai MAIS. Senyum sokmo!


Dikelilingi anak-anak yatim Ijabah yang turut hadir memeriahkan majlis. Bertudung coklat ustazah Asma, penjaga anak-anak ini. Terima kasih adik-adikku sayang, sebab bersusah payah nak datang juga, walaupun pada mulanya saya dimaklumkan bas mereka rosak.


Cute faces of Ijabah's orphan.


Antara gerai yang banyak terdapat di sekeliling tapak jamuan.


Hujan yang turun menambah kemeriahan majlis kerana masing-masing bergaya dengan payung. Puan Saedah bersama payungnya berjenama Avon.



Wajah-wajah manis dan ceria semasa menyaksikan pertandingan teh tarik. Teringin nak masuk, tetapi kerana melayan tetamu, terpaksalah dilupakan saja hasrat hati.

Tetamu beratur mengambil juadah di gerai MAIS.


Gambar kenangan. Dari kiri: Puan Norraini, saya, Yg Bhg Datin Paduka Pof Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Pengarah IKIM dan Puan Rohana, PRO MAIS.


Sampai ke petang Dato' Khusrin melayan tetamu.


Walaupun penat melayan tetamu, tapi puas hati, sebab ramai yang datang. dapat jumpa kawan-kawan dan saudara seislam bagi mengeratkan ukhuwah sesama kita. Terima kasih pada semua yang hadir. Yang tak dapat hadir, insyaallah tahun depan ada lagi.

"Syoknya raya"

Hunny
Seksyen 3
Shah Alam