Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 2 Oktober 2009

Diari - Gegar & Gempa

Semalam 1 Oktober 2009 berlaku satu gempa bumi di Sumatera Barat pada 7.6 skala Richter. – Angka korban akibat gempa bumi di Sumatera Barat masih belum dapat dipastikan dengan tepat namun dikhabarkan kini ia mencecah lebih 770 orang. Bagaimanapun berdasarkan jumlah bangunan yang runtuh, korban dijangka mencecah ribuan. Korban gempa Padang dijangka melebihi gempa di Yogyakarta yang berlaku pada tahun 2006 yang mengorbankan 6,000 orang dengan gempa hanya berkekuatan 6.3 skala richter.

Saya turut terasa gegaran gempa tersebut semasa saya duduk di pejabat di tingkat 10 lebih kurang jam 6.30 petang waktu Malaysia. Tiba-tiba ajer kerusi yang saya duduki bergoyang. Dah la orang lain di kawasan pejabat saya semua dah balik. Tetapi saya buat tak tau jer.. Yerlah.. Manalah tau.. Ingatkan ada makhluk lain yang goyangkan.

Lima minit kemudian, dua orang pegawai dari wing sebelah kanan tiba-tiba muncul dan terus bertanya;

"Hani. Ko ada rasa tak tadi?"soalnya pada saya.

"Rasa apa ?"tanya saya tak faham.

"Kan bangunan ni bergegar tadi. Bergoyang-goyang rasa bilik aku," kata pegawai tersebut.

"Ha ah. Kat bilik komputer pun sama gak. Bergegar." kata seorang lagi pegawai yang mengendalikan bilik ICT MAIS.

"Laaa.. Ye ker.. Memang tadi rasa kerusi ni bergoyang. Pelik jugak aku, kenapa kerusi ni bergoyang. Kerusi ni baru, takkan dah goyang pulak," kata saya. (Almaklumlah. Poyo sangat melayari internet tak sedar bangunan bergegar. Hahaha!)

Tak lama kemudian seorang lagi pegawai yang juga jurutera MAIS lalu di hadapan bilik saya. Beliau sempat mengingatkan kami supaya pulang segera kerana bangunan yang kami duduki tidak mempunyai sistem anti gempa. Apa lagi. Masing-masing pun bergegas nak balik lepas dengar pesanan beliau.

Kelmarin, saya menghadiri jamuan makan di rumah pakcik saya di TTDI Jaya. Sempat saya menceritakan kepada beliau mengenai kesan gegaran gempa bumi tersebut dan sikap saya yang tak sedar bangunan 10 tingkat yang menempatkan pejabat kami bergegar.

"I think u are the stabilizer.. sebab tu bangunan tu tak runtuh"katanya, jelas dan terang.

"Is that a compliment or otherwise?" tanya saya. Sanak-saudara lain yang berada di meja kami tergelak-gelak mendengar perbualan kami.

"Macam bangunan 101 Taiwan, kat atas sekali ada bola besi besar sangat, sebagai pemberat. Kalau ada gegaran, bola tulah yang akan stabilize kan bangunan tu.." ulasnya.

"Hmmm... kesimpulannya, nak cakap saya ni pemberat la yer cik." kata saya. Hampeh tol!

Anyway, for the first time in my life, I am lucky being an overweight person, kerana fungsi tambahan sebagai stabilizer dapat membantu menyelamatkan manusia lain!! Is'nt that cooll? Hahahaha..

Untuk mangsa-mangsa gempa di Padang Sumatera Barat, ucapan takziah atas petaka yang menimpa. Semoga dapat bersabar menerima dugaan. Untuk mangsa-mangsa beragama Islam yang telah meninggal dunia disebabkan gempa, semoga roh kalian dicucuri rahmat. Al Fatihah untuk semua.

Kepada sahabat-sahabat yang masih hidup, mari bersama-sama menambah tabung amalan kita di dunia. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada kita. Mungkin bukan gempa, tetapi ujian yang lebih besar. Allah telah pun menunjukkan sedikit kesan ujiannya kepada saya. Yang pentingnya, bila saat itu tiba, kita semua telah bersedia dengan tabung amalan untuk dipersembahkan kepada Yang Esa. Mudah-mudahan kita semua dilimpahkan rahmat dan dilindungiNya. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Shah Alam

6 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Pak Ngah pun terasa gegaran tersebut dalam beberapa saat, sedang berbaring terasa rumah bergoyang dan terus teringat tsunami di Samoa, lantas Pak Ngah pun tulis satu entri bertajuk " Kiamat kecil berlaku satu demi satu"

Dengan harapan entri itu akan memberi peringatan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

Ya. Mati itu pasti dan kiamat juga pasti akan berlaku. Amaran kecil semakin menjadi besar, tsunami jarang-jarang berlaku tetapi sekarang kelihatan semakin jinak, mati beramai-ramai sudah menjadi perkara biasa dan bermacam-macam lagi tanda-tanda atau dalili-dalil akan berlakunya kiamat, bagi mereka yang beriman menilai demikian manakala mereka yang tidak beriman menyatakan itu adalah hukum alam dan tabiatnya memang begitu.

Apapun diharap kejadian tersebut akan memberi amaran dan pengajaran kepada kita supaya lebih mengingati Allah dan berusaha lebih gigih lagi untuk mendapatkan keredaan-Nya.

Rantong berkata...

i ada rasa sikit. Tapi x panik. Siren kecemasan tak bunyi, so i tak lari kuar lah.
______________________
View Profile: Rantong™

abu razeen berkata...

hani stabilizer hmmm! bagus tu

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Sama-samalah kita menstablekan diri kita sendiri, sebelum menjadi stabilizer untuk orang lain. Hehehe:)

Hunny berkata...

Salam Rantong,

Sama lah kita. Pasal tak panik, tak penat kita nak lari kuar, masih maintain duduk kat kerusi. Hehehe:)Tapi kalau jadi gempa betul, kita la yang KO dulu.. Nauzubillah..

Hunny berkata...

Salam Abu Razeen,

Heeee :)