Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 10 Oktober 2010

Diari : 1 - 1

Salam semua,

Malam tadi, aku ke rumah Pamanku di Kg Delek Klang untuk dua tujuan. Pertama, menziarahi beliau dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahayamata beliau yang keenam. Alhamdulillah..:) Murah rezeki Paman..:)

"Orang dapur," jawab makcik saya sambil tersenyum dan mengangkat kening apabila aku tanyakan jantina anak mereka.

Tujuan kedua aku adalah menerima serahan kunci kereta Paman yang kami adik beradik kongsi beli untuk abah ku. Walaupun kereta 2nd hand, tapi kondisi dan prestasi kereta 2.0 VTEC itu memang terbaek!!. Maybe sebab Paman aku memang jaga kereta tu macam anak sendiri.. Aku sendiri teruja dan seronok memandunya. Alhamdulillah.. tercapai jugak hasrat nak belikan abah kereta tu. Lama dah beliau usha-usha, ngorat-ngorat, tekel-tekel, akhirnya dapat jugak.. hehee.. Thanx Paman!

Tapi, masa saya dan kakak nak gerak pergi bawak kereta tu, Paman macam sedih jerr nak lepaskan.. Mana taknya.. Banyak nostalgia beliau dengan kereta tu.. Aku masih ingat, Paman tengok keta tu, dengan penuh kasih sayang, masa aku reverse, dan melambai beliau dan keluarga, dari tingkap kereta.. Sedey pulak aku.. huhuhu..

Pagi tadi, dua mesej aku terima di telefon bimbitku. Satu dari sahabatku Pn Norraini dan satu lagi dari mantan Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, Tuan Hj Ahmad Shahir, mengenai pemergian anak lelaki Puan Hajah Adibah, Ketua Jabatan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor. Aku yang pada awalnya bercadang untuk menemani kakak saya ke Boot Sale di stadium Shah Alam, terus membatalkan hasrat itu.

Aku bersiap-siap dan terus ke rumah Kak Adib (panggilan mesra di kalangan teman-teman beliau dan kakitangan LZS) di seksyen 7 Shah Alam. Aku tak tau rumah dia kat mana, tapi aku redah ajer.. Bagi aku, jika kita berniat baik, insyaallah Allah beri petunjuk. Aku tergerak menghubungi En Mat Shahir yang meng guide aku ke rumah Kak Adib. Saat aku tiba di kawasan perumahan seksyen 7, aku nampak banyak kereta berhenti.

"Agaknya, ini kot rumahnya," kata hati aku.

Tengah aku tercari-cari, aku terserempak dengan seorang makcik. Aku memberi salam dan bertanya rumah Kak Dib.

"Inilah rumahnya, tapi jenazah dah bawa ke Surau At-Taqwa, nak sembahyang di sana," kata makcik itu.

Aku terus bergerak ke kereta. Tak sempat masuk kereta, aku ternampak Kak Adib. Aku terus menuju ke arah beliau. Subhanallah! Wajah beliau sungguh tenang. Tak setitik pun air matanya keluar. Aku betul-betul kagum dengan semangat wanita ini. Sangat tabah menghadapi pemergian anaknya. Semoga Allah terus merahmatinya dan memberikannya ketenangan jiwa padanya.

"Terima kasih datang yer Hani," katanya saat aku memeluknya.

"Takziah Kak, sabar yerr," itu aje aku mampu ucap, sebab aku tahu, kadang-kadang, sentuhan itu lebih baik dari kata-kata.

Alhamdulillah, aku sempat solat jenazah bersama dengan tetamu lain. Mujur aku dah siap-siap ambil wudhu' dari rumah, sebab nak parking di kawasan surau agak susah, kereta banyak. Jauh jugak aku berjalan. Eksesais..:) Sampai di surau, Tuan Imam bagi peluang pada ahli keluarga untuk mencium jenazah. Aku terus naik ke ruang solat wanita di tingkat atas surau. Sempat aku melihat jenazah Allahyarham Ahmad Yasin Al-Amin dari atas. Subhanallah... Sungguh tenang wajah Allahyarham.. Sungguh tenang, hingga mengocak jiwaku dan gugur air mata aku. Bukan kerana aku sedih, tetapi gementar membayangkan saat-saat kematianku.. Adakah aku akan setenang itu saat kembali padaNya?? Adakah bekalan amalanku cukup? Adakah amalan ku diterima? Di mana pengakhiranku? Syurga atau Neraka? Rabbighfirli.. Ampuni aku Ya Rabb..

Di dalam kereta, aku masih berfikir. Walau hebat macam mana pun kereta yang kita bawa dan miliki, kereta yang sama akan hantar kita ke tempat persemadian abadi. Walau pantas macam mana pun kereta yang kita naiki dan pandu, kereta yang sama akan hantar kita ke alam baru. Pembawanya, manusia yang masih hidup jasad dan rohnya, isinya, manusia yang telah mati jasadnya, dan rohnya memasuki alam barzakh. Saat itu, kalau tabung amal kita tak cukup, penyesalan sudah tak berguna.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kehidupan dan kematian. Itulah simbolik lambang 1-1 untuk entry saya kali ini. Ianya adalah proses yang pasti dirasai oleh setiap yang bernyawa.

Perkara ini juga ada disebut dalam Al-Quran:-

Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya, serta mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur. Dan mereka (yang kafir) berkata," Adakah apabila kami telah hilang lenyap di dalam tanah, kami akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru?" Bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): " Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)." Dan sungguh mengerikan azab yang bakal menimpa, sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu)," Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin."

As-Sajdah : 9 - 12

Aku tak tau bila masa 'mati' aku. Aku tak tau lama mana lagi Allah beri peluang untuk aku bernafas dan melangkah di muka bumi ini. Aku berdoa, bekalan aku cukup saat waktu itu tiba . Dan aku termasuk dalam golongan yang Allah redhai. Amin.

Kelahiran biasanya disambut dengan kegembiraan, tetapi kematian dan kehilangan, diiringi dengan perasaan sedih.

Welcome to the new world baby..:) Dunia di mana kamu akan diuji. Kita tak kekal di sini sayang..:) Penuhi masamu dengan amal ibadah, semoga saat kamu dihantar ke dunia lain, kamu sudah benar-benar bersedia..

Sempat snap gambar sebelum solat jenazah Allahyarham Ahmad Yasin.

Semoga rohnya mendapat rahmat. Al-fatihah.

Macam mana hebat dan pantas pun kenderaan yang kita naiki, kita tak dapat bawanya ke alam barzakh.. Ilmu yang diamal, doa anak yang soleh dan sedekah yang berkekalan, hanya itu yang boleh dibawa.

Kenderaan yang popular di kalangan manusia yang telah hilang nyawa. Kenderaan ini yang sanggup menumpangkan kita untuk sampai ke alam kubur, perhentian kita seterusnya.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Tiada ulasan: