Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 22 Mac 2011

Renung Sejenak : Maaf, saya bukan emosi..

Assalam semua,

Dua hari berkampung di D Palma Hotel Ampang bersama pegawai-pegawai MAIS serta beberapa orang AJK Sumber Manusia MAIS untuk meneliti dan memperbaiki skim perkhidmatan di MAIS. 2 hari yang singkat namun aku sentiasa diasak dengan keputusan berhijrah ke KUIS.

"Keputusan yang dibuat dengan tergopoh-gapah dan emotional, biasanya tak bagus," pesan seseorang kepada aku.

Owh! Maaf. Aku bukan emosi. Cuma ianya tawaran yang sangat baik dan sukar dilepaskan. Tapi tak mengapa. Aku terima. Bagi aku, sekali lagi, ianya persepsi. Jangan lupa, doakan kejayaan aku yer? :D
By the way, elok jugak kalau aku kongsikan tips bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf. Aku dapat dalam emel hari ni.

1) Tak perlu hendak menang pada setiap masa.
2) Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.
3) Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.
4) Berdoa supaya disabarkan hati.
5) Bersangka baik.
6) Memikirkan kebaikan yang dibuat oleh sahabat kita
7) Sentiasa muhasabah diri

Sayyidina Umar r.a berpesan," Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan. Saat kamu membaca Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja. Saat anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat anda membacanya, syaitan resah gelisah. Saat anda memahaminya, ia kejang. Saat anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian, ia diserang stroke. Terus baca dan amalkan agar syaitan stroke total, sakit jantung, bahkan mati! ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan bilang," usah sebarkan.:)"

Jom sama-sama maafkan kesilapan orang lain..:)

 "My 20 Cents"
Nurhani
Shah Alam

3 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Memaafkan adalah sifat sejati orang beriman...

Leenoh berkata...

Manusia tidak mengetahui perkara yang ghaib dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Sebab itulah kita disuruh berikhtiar supaya telahan dan sangkaan kita itu betul dan tepat dengan bersolat sunat istikharah, jika ianya telah dilakukan gerak hati selepas itu sesuai diikut dan direalisasikan...wallahu aklam.

kelisa_samudera berkata...

singgah sini. menarik kupasan ni. saya pun nak cuba untuk menjadi orang yang pemaaf.