Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 24 April 2011

Diari : Pelik Tetapi Benar (Banda Aceh - Part 1)

Assalam semua,

Alhamdulillah, masuk hari ini, sudah 2 hari aku dan 5 orang kakitangan MAIS dan JAIS berada di Banda Aceh untuk menghadiri Seminar Inovasi Pengurusan Masjid Antarabangsa. Kami bertolak dari KLIA pada hari Jumaat 22hb April pada jam 12.15 pagi dan tiba di Banda Udara Internasional Iskandar Muda, Banda Aceh lebih kurang jam 1.30 petang waktu Malaysia. Waktu di sini adalah lebih kurang satu jam lewat dari di Malaysia.

Memandangkan waktu masih awal lagi, aku dan Puan Zaihan memutuskan untuk mengalas perut kami terlebih dahulu. Sedang poyo kami menikmati burger di restoran McD, aku mendengar nama aku, Puan Zaihan dan ahli pasukan kami diumumkan oleh krew Air Asia. Rupa-rupanya kami dah terlewat untuk menaiki kapal terbang. Kurang 15 minit kapal terbang akan berlepas. 3 kali nama kami semua diumumkan. 1st time nama aku diumumkan di sekitar KLIA. Wah!Wah!Wah! Memang glamer yerr..:P

Berpeluh-peluh kami berjalan pantas untuk sampai di kapal terbang. Hilang bau perfume masing-masing. Tinggal bau asyemm..  Panas pun iya jugak. Maklumlah, bila menaiki penerbangan Air Asia,  sememangnya menjimatkan kos penumpang, namun, banyak kemudahan yang dipotong.

Entah mengapa, walaupun sudah beberapa kali menaiki kapal terbang, namun, penerbangan kali ini aku serasa macam 'gayat' semacam. Feeling lain macam jerr. Maybe sebab teman di sebelah aku, Puan Zaihan mengatakan bahawa beliau gayat. Terus aku membayangkan yang bukan-bukan. Dah la kapal terbangnya goyang dan gegar semacam.. Panik jugak aku. Namun alhamdulillah, akhirnya selamat juga kami sampai di Lapangan Terbang Banda Aceh.

Disebabkan program makan malam kami bersama Gabenor Aceh yang sepatutnya dibuat pada malam Sabtu,dibatalkan, pada sebelah petangnya, kami sepasukan turun ke Pusat Kota, Banda Aceh. Seronok melihat aktiviti perniagaan yang dimonopoli oleh umat Islam.

Me and Normi @ Banda Udara Sultan Iskandar Muda.
  
Wehh!! Ngantuk sangat dahhh... Lain kali je aku sambung. :P

"Diari"
Nurhani
Hermes Palace @ Banda Aceh 

3 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Waduhh...berada di negara jiran rupanya. Selamat berurusan di sana

tukang karut berkata...

waa...sronok bangat kamu ya.kim slm ku pada cewek2 d sna.
mmg cik loyar glamer...so mintak sainnnn!!!!
booking pen free dr oversea yek!!!huhuhuh

DrSam berkata...

Assalamualaikum Hani. Selamat berseminar dan membuka minda. Semoga selamat pergi dan selamat pulang.