Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2012

Diari : Miss him..

A picture that speaks better than words..


The smile on your face lets me know that you need me,
And the truth in your eyes saying you never leave me,
The touch of your hand say you'll catch me whenever I fall,
You say it best, when you say nothing at all..

(Miss you Abah.. Semoga Abah tenang di sana..)

Nurhani
Kg Raja

Isnin, 7 November 2011

Diari : Too many stories, but the time is just too short..

Assalam semua,

Phew! Lega dapat berehat selepas berhempas pulas dengan pinggan mangkuk kat dapur tadi. Dua hari ni aku, kakak dan adik-adik mengemas dapur yang macam tongkang pecah selepas kenduri doa selamat 3 in 1; firstly, sempena perkahwinan adik-adik aku, Kamil dan Nazim, secondly, kenduri doa selamat untuk arwah Abah, nenek-nenek dan atuk-atuk yang telah pergi meninggalkan kami (semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat Allah sentiasa), dan thirdly is cukur jambul untuk Nur Adriana Sofia (anak keempat Abang Long, merangkap cucu emakku yang ke 12).

Miss the time when I was able to update my blog almost every day in my life. Now it is not easy. Kena bahagikan masa dengan keluarga lebih dari masa untuk diri sendiri. Weekdays di KUIS already full with meetings and appointments. Sabtu di UiTM. Kalau lapang, after that kadang-kadang aku spend masa dengan kawan-kawan. The rest dengan family. Sebab tu lah aku suka balik kampung hari Sabtu. Itu jer lah masa aku ada dengan family. Malam jer lah pun aku ada masa dengan diri sendiri, dan kekasih aku, Al-Khaliq. 

Alhamdulillah hari ni cuti sebab Raya Haji jatuh pada hari Ahad (semalam). So, ada la extra masa dengan family, especially mummy tercinta. Jap gi nak jengok kubur Abah tercinta. Makin hari bila aku terkenang, aku rasa sangat bertuah dapat beribubapakan Abah dan Emak. Semoga Allah ampunkan dosa Emak dan Abah dan menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi aku sewaktu aku kecil. Pengorbanan mereka tak terbalas dengan wang ringgit atau material dari anak-anak. Bukan itu yang mereka mahukan. Perhatian dan kasih sayang anak-anak yang mereka dambakan. Selalulah doakan, hubungi, dan ziarah mereka, sementara masih berpeluang, selagi hayat dikandung badan. Sentiasa berbuat baik dengan mereka dan jangan sesekali derhaka dengan mereka.

Selamat Hari Raya Qurban. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan semata-mata kerana mengharap keredhaan Allah, dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah. Ibadah korban yang kita lakukan pada hari ini sewajarnya mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail as kerana taqwanya kepada Allah. Itulah darjat pengorbanan tertinggi. Berkorban apa yang disayangi dan dikasihi ke jalan Allah dan untuk agama Allah. Berkorban masa, tenaga, harta, jiwa, raga, keluarga, isteri, anak-anak, semuanya untuk Allah. Itu yang Abah buat. Itu juga yang akan aku cuba ikuti. Insyaallah. Amin.

Miss Abah every time the day of the Eid comes..

Miss Ta'alim  moment with Abah..
"Eid Mubarak"
Nurhani
Kg Raja

Rabu, 7 September 2011

Renung Sejenak : Berdakwah Sampai Akhir Hayat..


Assalam,

Raya kali ini aku sengaja berkunjung ke rumah teman-teman rapat Abah. Namun disebabkan kesibukan melayan tetamu yang berkunjung ke rumah, aku hanya sempat menziarahi Wak Nasib, Siak masjid di kampungku dan Cikgu Yahya, rakan tabligh Abah dan juga bekas Nazir masjid kampungku.

"Abah saya tak ada pesan apa-apa ke Wak?" aku memberanikan diri bertanya kepada Wak Nasib.

"Tak ada pun. Tapi lepas dia imamkan solat Asar tu, Wak ada rasa pelik sikit, sebab dia salam Wak lama sangat, dan senyumnya panjang," Wak Nasib membuka cerita.

"Waknye ada cerita kat wak lepas balik sembahyang Asar. Dia kata, Cikgu Jamal tu, senyumnya lain macam hari ni," isteri Wak Nasib menambah.

"Lain-lain tak ada Wak?" tanya aku lagi, cuba mencungkil rahsia yang terpendam.

"Tak ada apa. Sebab lepas tu, dia bagi taklim, dia balik, sebab ada GAS (grup tabligh yang datang dari rumah ke rumah) dengan grup tabligh dia. Itulah last Wak jumpa dia," kata Wak Nasib. Suaranya kedengaran pilu.

"Terkejut Wak, sebab Wak tak tau Abahnya dah meninggal malam tu. Wak tau pun bila Awi (pakcik kami) bagitau Wak, masa Wak nak pergi sembahyang Subuh kat masjid. Dia kata, "Imamnya dah tinggal satu. Sorang dah tak ada." Wak terkejut, pastu Wak kata," Siapa? Imamnya dua-dua sihat kok". Pastu Awi kata, Cikgu Jamal dah tak ada. Terkejut Wak. Patutlah ramai sedara-sedaranya kat masjid." cerita Wak Nasib dalam nada sayu.

"Wak ni paling rapat dengan Abahnya kat masjid, tapi Wak tak tau dia dah meninggal malam tu. Terkilan jugak Wak. Kalau Wak tau, malam tu Wak mesti dah ziarah dia. Masa kat masjid tu, Wak tak boleh bangun lepas qamat, sebab terkejut sangat," terangnya lagi. 

Aku pandang Ucu, Oin, Ajak dan Mel. Ada air yang tertahan di kelopak mata masing-masing. Aku jadi sayu. Sesungguhnya, bukan kami saja yang menangisi pemergian Abah. Teman-teman rapat Abah seperti Wak Nasib turut merasainya. Suaranya tertahan-tahan menceritakan kisah terakhir beliau bersama Abah.

Itulah Abah. Istimewa sungguh Abah di hati kami dan mereka.

Malam raya ke-3, aku, kakak dan Mel berkunjung ke rumah Cikgu Yahya. Cikgu Yahya merupakan bekas guru besar di sekolah rendah di kampungku semasa aku bersekolah di sana. Dia juga merupakan rakan sejemaah Abah dalam tabligh.

"Abah ada cerita apa-apa cikgu?" tanyaku agak malu-malu. Maklumlah, bekas guru aku lah katakan, mestilah segan.

"Tak ada apa pun. Lepas imamkan solat Asar, abahnya bagi taklim (tazkirah ilmu). Lepas tu ada mesyuarat. Lepas mesyuarat dia pergi gas. Lepas tu, tak tau la apa berlaku, sebab dah tak sama dia." kata Cikgu Yahya.


"Patut dia pergi gas dengan anak acik, Nuar, tapi dia tak datang. Nuar masa balik dari gas dalam pukul 9.30 cakap dengan wak. "Emak emak. Nuar rasa Cikgu Jamal dah meninggal," sambung Wak Tija, isteri kepada Cikgu Yahya.

"Ye ke Wak?" tanyaku hampir tak percaya, sebab Abah meninggal dalam pukul 11 malam, tapi Nuar dah dapat rasa Abah meninggal lebih awal.

"Yer.. Wak cerita ni pun meremang bulu roma Wak. Wak kata kat Nuar, "Eh kau ni. Ntah-ntah orang tu sihat ajer, apa pasal pulak ko kata dia meninggal? Nuar jawab, sebab kat masjid tadi, Cikgu Jamal asyik pegang kepalanya ajer. Bila Nuar tanya, dia kata dia pening. Tau-tau, malam tu, Wak Jayus ketuk pintu cakap dengan Nuar, Cikgu Jamal dah meninggal." sambung Wak Tijah.

Allah Akbar !Sungguh besar kuasa Allah. Allah beri sixth sense pada Nuar untuk merasai lebih awal detik kematian Abah, yang mana aku sendiri tidak dapat merasainya.

"Kat umah ada La dengan Peical dengan emak. Kitorang pun tak sure masa tu Abah dah tak ada, sebab Abah tak nampak dalam keadaan nazak pun. Tak nampak pun dia lepaskan nafas terakhir. Tiba-tiba ajer." kata Mel.

"Itulah cara orang yang baik-baik mati. Mudah ajer. Tak susahkan orang. Tak susahkan anak isteri. Tak ada sakit-sakit. Mudah sangat. Tak sakit apa.Kadang-kadang manusia ni tak tentu. Nak jaga orang tua pun berkira." kata Cikgu Yahya.

"Kalau kami kena jaga Abah pun, tak kisah Cikgu. Abah besarkan kitorang sampai jadi besar sangat kot!"kata Mel.

"Saya tak kata kamu. Kamu mungkin ok. Kita ni manusia. Mula-mula mungkin ok nak kena jaga orang tua yang sakit. Tapi kita pun ada keluarga sendiri. Mulanya mungkin ikhlas, tapi lama-lama jadi berkira, kenapa asyik kita ajer jaga. Kenapa orang lain tak jaga? Lama-lama, dalam hati terdetik jugak. Manusia. Macam tulah."kata Cikgu Yahya lagi.

"Abahnya lepas imamkan solat Asar, buat taklim, pastu mesyuarat, sempat dia form jemaah untuk gas petang tu, tapi dia tak datang. Inilah namanya berdakwah sampai akhir hayat," tambah Cikgu Yahya, menyebabkan aku betul-betul terharu. Bangga. Bangga jadi anak Abah, yang hanya orang biasa-biasa, tetapi bersungguh-sungguh melakukan dakwah menurut kemampuanya. Hingga akhir hayatnya pun, Abah masih mau berdakwah.

Raya terakhir bersama Abah, 2010.
Ya Allah! Kau ampunilah dosa ayahku ya Allah. Jauhkannya dari siksa kubur ya Allah dan jauhkannya dari azab nerakaMu ya Allah. Sesungguhnya kami menyaksikan Abah berjuang dan berdakwah untuk agamamu ya Allah, hingga akhir hayatnya ya Allah.  Allahummaghfirlahu war hamhu, wa a'fihi wa' fu a'nhu.. Aminnn..

Selamat Hari Raya Abah. Ampuni dosa anakmu ini. Halalkan makan minum dan segala ilmu yang Abah beri.   Aku mungkin tak bisa jadi sebaikmu, namun aku berikrar untuk menurut jejak langkahmu Abah. Berdakwah hingga ke akhir hayat. Aminn. Moga roh Abah tenang di sana. Aminn..

"Rindu Abah"
Nurhani
Bandar Sri Putra