Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label My Journal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Journal. Papar semua catatan

Isnin, 21 Februari 2011

Diari : The King And I...

Assalam semua,

Sedari pagi lagi aku dah sibuk bagi arahan pada kakitangan untuk menyediakan folder bagi mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 2 petang. Awalnya, cuma aku, Puan Zurinah, pegawai di Bahagian aku, YAD Dato' Setia Pengerusi, Pengerusi dan CEO Zakat sahaja yang mengadap, tetapi setelah menerima panggilan telefon jam 8 pagi dari YAD Dato' Pengerusi, beliau meminta aku menghubungi YAD Dato' Setia Mufti untuk turut hadir.

"Nanti kalau Tuanku tanya pasal Hukum Syarak, takkan saya nak explain. Dato' Mufti jer yang layak untuk explain," kata Dato' Azib.

Aku bersetuju dengan kata-kata Dato' Azib, kerana menurut seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, bidangkuasa Majlis adalah untuk menasihati Tuanku dari sudut pentadbiran, manakala bidangkuasa Mufti adalah untuk menasihati Baginda dalam perkara Hukum Syarak.

Aku langsung menghubungi Dato' Mufti yang dalam perjalanan ke JAKIM untuk Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Alhamdulillah, walaupun last minute call, beliau sudi menghadirkan diri setelah aku maklumkan terdapat beberapa fatwa yang perlu mendapat perkenan Tuanku sebelum diwartakan.

Aku sempat berbincang dengan YAD Dato' Setia Pengerusi mengenai kertas-kertas mohon perkenan yang akan kami bawa. Semuanya berjumlah 14 kertas. 3 daripadanya adalah peraturan-peraturan yang telah digubal dan selebihnya fatwa yang perlu diwartakan. Sebelum ini, jika mengadap, aku jarang bersuara, tetapi kali ini, apabila Tuanku bertanya, siapa yang akan membentang, pantas saja Dato Azib menjawab,

"Cik Hani yang bentang."

Aku sebenarnya gugup jugak. Tak pernah bentang paper depan Tuanku. Tapi, aku terpaksa kontrol macho. Aku bentang la jugak.. Paper first, aku menggelabah jugak, then, bila dah bersoal-jawab dengan Tuanku untuk paper tu, lama-lama ok. Semua paper melibatkan peraturan, aku bentang. Paper fatwa, Dato' Mufti yang bentang. Aku menyampuk sikit-sikit ajer. 

Cuma, aku rasa, ada improvement pada diri aku kali ni, sebab aku lebih berprotokol, guna ganti nama diri, "patik", bukan "i" macam first time dulu..:P

Jam 2 pm till 4 pm, baru sesi perbincangan selesai. Alhamdulillah.. Selepas ni, Bahagian aku akan meneruskan dengan proses pewartaan perkara-perkara tersebut. Insyaallah, kalau berjaya, maka lengkaplah SKT Unit Gubalan Bahagian aku tahun ni iaitu sekurang-kurangnya 2 undang-undang dan 2 fatwa perlu diwartakan. :) Kena mintak bonus 3 bulan ni..:P

K lah guys. Aku tak leh memblog lama-lama. Nak semak paper, maklum balas dan minit mesyuarat MAIS esok. Lagipun, sekarang tak leh memblog lama-lama. Komitmen banyak. Doakan aku ek? :P
Aku dan Zurinah bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku Sultan Idris Shah selepas majlis mengadap.





"Pengalaman, guru terbaik"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 12 Januari 2011

Diari : Jom Hidupkan Usrah..:)


Assalam semua,

Pagi tadi, aku sempat buat Usrah dengan anak-anak usrah aku. Di MAIS, program usrah ini bermula secara rasminya sejak bulan Ramadhan tahun lepas. Disebabkan aku Naqibah untuk Grup 21, (naqibah tu maksudnya, ketua kumpulan) so, kenalah jalankan tanggungjawab untuk pimpin usrah tu. Walaupun sebenarnya aku tak layak pun untuk MEMIMPIN grup usrah tu, disebabkan tak CUKUP ILMU, dan TAK HEBAT langsung, namun aku TETAP menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Pada aku, tak semestinya kena pandai dalam bidang agama baru boleh pimpin usrah. Sebab tak semestinya dalam usrah tu nak cerita pasal topik agama aje kan? Yelah. Istilah 'usrah' sendiri bermaksud 'keluarga', so dalam keluarga, banyak perkara yang kita kongsikan dengan ahli keluarga yang lain. Barulah 'happening' kan dan seronok keluarga kita kan? :D. Tapi jangan lupa. Seronok, seronok tu, jangan lupa ALLAH.  So, adalah penting untuk memastikan setiap tindakan kita dan ahli keluarga kita tidak tersasar dari kehendak agama.

Dalam usrah aku, aku lebih suka bertindak sebagai penyelaras. Tetapkan waktu usrah, tentukan surah yang nak dibaca dan topik yang nak dibincangkan. Aku pastikan semua ahli usrah menyumbang buah fikiran masing-masing. Semua orang kena bercakap, dan beri ulasan. Baik pegawai, penolong pegawai atau kerani. Dan, setiap orang kena share at least 1 point daripada ayat / surah yang kami baca.

Contohnya, tadi, kami baca surah Al-Baqarah ayat 1 - 39 beserta tafsiran. Aku memang menekankan supaya tafsiran dibaca setiap kali kami bertadarus, sebab, kalau tak dibaca, tafsirannya macam mana kami nak faham isi al-Quran yang Allah turunkan. Lain la kalau kami ni memang arif dalam bahasa Arab. :P

Then, lebih kurang 5 minit, aku minta seorang ahli usrah untuk share berkenaan dengan konsep amanah dalam bekerja. Yang lain, dengar dan ulas.

Berikut adalah antara pengajaran ayat yang dapat kami kongsikan:-

1) Perbandingan orang yang bertaqwa dengan orang munafiq,dan orang fasiq.
2) Sifat-sifat orang yang berjaya
3) Quran itu petunjuk yang benar, selama-lamanya.
4) Janji Allah itu benar, mengenai balasan dan nikmat yang dijanjikan.
5) Isi syurga dan neraka.
6) Yang ingkar perintah perlu didenda.

Akhirnya, bila semua dah beri pandangan, aku buat rumusan dan kesimpulan. Bila aku buat macam ni, barulah aku tau, budak2 usrah aku memang suka BERCAKAP dan BAGI PANDANGAN.. Bila dah cakap susah nak berenti.. Hahaha.. Jangan marah korang.. But, frankly, aku enjoy the session. Barulah seronok berusrah. Korang tak caya, korang cubalah..:)

Bagi aku, USRAH ni, aktiviti yang bagus. Kalau ada masa, buatlah. Macam sharing session, santai tetapi lebih ilmiah, dan matlamatnya, untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan seusrah, sentiasa betulkan NIAT, dan berusaha untuk jadi HAMBA yang LEBIH BAIK. Amin.. muadah-mudahan ada manfaatnya.
"Ilmu Tiada Sempadan"
Nurhani
Shah Alam

Ahad, 10 Oktober 2010

Diari : 1 - 1

Salam semua,

Malam tadi, aku ke rumah Pamanku di Kg Delek Klang untuk dua tujuan. Pertama, menziarahi beliau dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahayamata beliau yang keenam. Alhamdulillah..:) Murah rezeki Paman..:)

"Orang dapur," jawab makcik saya sambil tersenyum dan mengangkat kening apabila aku tanyakan jantina anak mereka.

Tujuan kedua aku adalah menerima serahan kunci kereta Paman yang kami adik beradik kongsi beli untuk abah ku. Walaupun kereta 2nd hand, tapi kondisi dan prestasi kereta 2.0 VTEC itu memang terbaek!!. Maybe sebab Paman aku memang jaga kereta tu macam anak sendiri.. Aku sendiri teruja dan seronok memandunya. Alhamdulillah.. tercapai jugak hasrat nak belikan abah kereta tu. Lama dah beliau usha-usha, ngorat-ngorat, tekel-tekel, akhirnya dapat jugak.. hehee.. Thanx Paman!

Tapi, masa saya dan kakak nak gerak pergi bawak kereta tu, Paman macam sedih jerr nak lepaskan.. Mana taknya.. Banyak nostalgia beliau dengan kereta tu.. Aku masih ingat, Paman tengok keta tu, dengan penuh kasih sayang, masa aku reverse, dan melambai beliau dan keluarga, dari tingkap kereta.. Sedey pulak aku.. huhuhu..

Pagi tadi, dua mesej aku terima di telefon bimbitku. Satu dari sahabatku Pn Norraini dan satu lagi dari mantan Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, Tuan Hj Ahmad Shahir, mengenai pemergian anak lelaki Puan Hajah Adibah, Ketua Jabatan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor. Aku yang pada awalnya bercadang untuk menemani kakak saya ke Boot Sale di stadium Shah Alam, terus membatalkan hasrat itu.

Aku bersiap-siap dan terus ke rumah Kak Adib (panggilan mesra di kalangan teman-teman beliau dan kakitangan LZS) di seksyen 7 Shah Alam. Aku tak tau rumah dia kat mana, tapi aku redah ajer.. Bagi aku, jika kita berniat baik, insyaallah Allah beri petunjuk. Aku tergerak menghubungi En Mat Shahir yang meng guide aku ke rumah Kak Adib. Saat aku tiba di kawasan perumahan seksyen 7, aku nampak banyak kereta berhenti.

"Agaknya, ini kot rumahnya," kata hati aku.

Tengah aku tercari-cari, aku terserempak dengan seorang makcik. Aku memberi salam dan bertanya rumah Kak Dib.

"Inilah rumahnya, tapi jenazah dah bawa ke Surau At-Taqwa, nak sembahyang di sana," kata makcik itu.

Aku terus bergerak ke kereta. Tak sempat masuk kereta, aku ternampak Kak Adib. Aku terus menuju ke arah beliau. Subhanallah! Wajah beliau sungguh tenang. Tak setitik pun air matanya keluar. Aku betul-betul kagum dengan semangat wanita ini. Sangat tabah menghadapi pemergian anaknya. Semoga Allah terus merahmatinya dan memberikannya ketenangan jiwa padanya.

"Terima kasih datang yer Hani," katanya saat aku memeluknya.

"Takziah Kak, sabar yerr," itu aje aku mampu ucap, sebab aku tahu, kadang-kadang, sentuhan itu lebih baik dari kata-kata.

Alhamdulillah, aku sempat solat jenazah bersama dengan tetamu lain. Mujur aku dah siap-siap ambil wudhu' dari rumah, sebab nak parking di kawasan surau agak susah, kereta banyak. Jauh jugak aku berjalan. Eksesais..:) Sampai di surau, Tuan Imam bagi peluang pada ahli keluarga untuk mencium jenazah. Aku terus naik ke ruang solat wanita di tingkat atas surau. Sempat aku melihat jenazah Allahyarham Ahmad Yasin Al-Amin dari atas. Subhanallah... Sungguh tenang wajah Allahyarham.. Sungguh tenang, hingga mengocak jiwaku dan gugur air mata aku. Bukan kerana aku sedih, tetapi gementar membayangkan saat-saat kematianku.. Adakah aku akan setenang itu saat kembali padaNya?? Adakah bekalan amalanku cukup? Adakah amalan ku diterima? Di mana pengakhiranku? Syurga atau Neraka? Rabbighfirli.. Ampuni aku Ya Rabb..

Di dalam kereta, aku masih berfikir. Walau hebat macam mana pun kereta yang kita bawa dan miliki, kereta yang sama akan hantar kita ke tempat persemadian abadi. Walau pantas macam mana pun kereta yang kita naiki dan pandu, kereta yang sama akan hantar kita ke alam baru. Pembawanya, manusia yang masih hidup jasad dan rohnya, isinya, manusia yang telah mati jasadnya, dan rohnya memasuki alam barzakh. Saat itu, kalau tabung amal kita tak cukup, penyesalan sudah tak berguna.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kehidupan dan kematian. Itulah simbolik lambang 1-1 untuk entry saya kali ini. Ianya adalah proses yang pasti dirasai oleh setiap yang bernyawa.

Perkara ini juga ada disebut dalam Al-Quran:-

Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya, serta mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur. Dan mereka (yang kafir) berkata," Adakah apabila kami telah hilang lenyap di dalam tanah, kami akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru?" Bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): " Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)." Dan sungguh mengerikan azab yang bakal menimpa, sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu)," Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin."

As-Sajdah : 9 - 12

Aku tak tau bila masa 'mati' aku. Aku tak tau lama mana lagi Allah beri peluang untuk aku bernafas dan melangkah di muka bumi ini. Aku berdoa, bekalan aku cukup saat waktu itu tiba . Dan aku termasuk dalam golongan yang Allah redhai. Amin.

Kelahiran biasanya disambut dengan kegembiraan, tetapi kematian dan kehilangan, diiringi dengan perasaan sedih.

Welcome to the new world baby..:) Dunia di mana kamu akan diuji. Kita tak kekal di sini sayang..:) Penuhi masamu dengan amal ibadah, semoga saat kamu dihantar ke dunia lain, kamu sudah benar-benar bersedia..

Sempat snap gambar sebelum solat jenazah Allahyarham Ahmad Yasin.

Semoga rohnya mendapat rahmat. Al-fatihah.

Macam mana hebat dan pantas pun kenderaan yang kita naiki, kita tak dapat bawanya ke alam barzakh.. Ilmu yang diamal, doa anak yang soleh dan sedekah yang berkekalan, hanya itu yang boleh dibawa.

Kenderaan yang popular di kalangan manusia yang telah hilang nyawa. Kenderaan ini yang sanggup menumpangkan kita untuk sampai ke alam kubur, perhentian kita seterusnya.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Jumaat, 16 Julai 2010

Catatan Perjalanan - International Conference on Muslims in Multicultural Society

Salam semua,

Saat saya menulis entri ini, saya dan Ustazah Hafizah baru saja pulang dari membeli-belah di kawasan berhampiran Mustafa Center, gedung membeli-belah di Kota Singapura yang beroperasi selama 24 jam. Program yang sangat penuh, bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam menyebabkan kami tak sempat nak berjalan-jalan di sekitar Kota Singa. Esok jam 5.30 petang, kami akan berlepas dari Lapangan Terbang Changi. Jadi, selesai sahaja majlis makan malam bersama Tuan Hj Alami, Presiden MUIS, kami terus menahan teksi untuk ke kawasan membeli-belah utama di Singapura tersebut untuk membeli sedikit ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.

Insyaallah, esok jam 5.30 petang, kami berdua akan bertolak pulang ke Malaysia menaiki pesawat MAS. Tiga hari kami di sini, rasa terlalu cepat masa berlalu. Program persidangan antarabangsa kami disusun dengan sebegitu penuh oleh urusetia MUIS Academy. Namun demikian, walaupun kami letih kerana mendengar terlalu banyak, dan menerima banyak input-input baru, namun, manfaat yang kami perolehi lebih banyak lagi. Terutamanya perkongsian dengan pembentang kertas kerja yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Paling saya seronok, dapat bertemu dan beramah mesra dengan Prof Tariq Ramadhan, pensyarah terkemuka dari Oxford University. Memang tak sombong orang-orang hebat ni. Juga perkenalan dengan peserta-peserta beragama Islam dari negara luar, dan berkongsi pengalaman mereka di negara di mana mereka adalah rakyat minoriti di dalam negara mereka. Pertembungan dan pertelingkahan di kalangan penduduk Islam minoriti dan penduduk bukan islam majoriti di negara mereka adalah merupakan perkara yang paling mereka cuba untuk elakkan. Disebabkan itu, banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh golongan ini di negara masing-masing untuk mengelakkan pertelingkahan atau pertumpahan darah yang berterusan. waktu-waktu rehat, kami berdua akan bercampur dengan peserta-peserta yang hadir untuk berkongsi pengalaman. Paling seronok, apabila speakers yang dijemput semuanya berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan tak sombong. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan pengalaman yang saya kutip di sini sepanjang persidangan berlangsung dapat saya cadangkan untuk dipraktikkan di Malaysia.

Di sini, saya letak gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Bersama Aisyah, urusetia program yang banyak bersusah-payah membantu kami di Singapore.

Bersama Timbalan Mufti Singapore, Ustaz Fatris Bakaran.

Bersama Tuan Hj Alami Musa, Presiden MUIS dan Dr Albakri Ahmad, Dekan MUIS Academy.

Bersama peserta dari Singapura dan Brunei.

Bersama Amjad, Cordoba Institute, UK.

Bersama Eugene Tan, pensyarah di Singapore Management University, dan pembentang kertas kerja.

Bersama Imam Dr Feisal, Pengerusi, Cordoba Initiative, USA., salah seorang pembentang. Terkejut saya bila dengar Imam ni boleh bercakap Bahasa Melayu. "Saya 10 tahun di Kelantan, makan budu!" Hehehe..

Peserta-peserta lelaki dari Sri Lanka bergambar dengan Prof Tariq Ramadhan.

Seronok sangat dapat ambik gambar dengan Prof Tariq Ramadhan, daripada Universiti of Oxford, one of the most outstanding contemporary muslims scholars in a present day. Beliau banyak menulis mengenai Islam di zaman moden.

Saya bersama dua orang pembentang kertas kerja dari India, Dr Yoginder Sikand, India University dan Ms Nigal.

Ustazah hafizah bersama speakers Dr Yoginder dan Mrs Nigal dari India.

Bersama Imam Senaid Kobinica dari Norway, yang juga adalah salah seorang pembentang kertas kerja.

Imam Yahya Sergio Yahe Pallavanici, pembentang kertas kerja dari Itali.

Bersama Imam Yahya Pallavicini dari Itali dan Encik Ihsaan Gardee, dari Canada. Kedua-duanya adalah pembentang kertas kerja.

Sesi pembentangan pada sebelah petang hari kedua.

Bersama Prof Heidi, dari USA, salah seorang speaker, dan Encik David Khoo, seorang pengajar kitab Bible di Malaysia.

Sesi pembentangan pada hari kedua.

Bersama Ustazah Siti Rahmah peserta dari Singapura. Di sini, beliau medapat jolokan sebagai Dr Mashitah Singapura kerana kemantapan beliau menyampaikan ceramah agama.

Sesi pembentangan pertama pada hari kedua.

Bersama Prof Hj Bashir Kim Dae Yong, dan Hj Shafiq Abdullah, dari RISEAP, KL. Pertama kali berjumpa Hj Basyir semasa International Wakaf Conference di Singapura pada tahun 2008. Disebabkan itu, dia akan memperkenalkan saya kepada orang lain dengan kata-kata begini," She is my sister, please take care of her.." :)

Bersama Muhamad, seorang lagi peserta Sri Lanka, tetapi menetap di Melbourne, Australia.

Bersama Muhamad Zuhair peserta dari Sri Lanka mewakili Discover Islam Centre.

Bersama Mufti Hong Kong, Muhammad Arsyad.

Majlis perasmian oleh Senior Minister of Singapore, Mr Goh Chok Tong.

Happy nampak Ustazah!!

Bersama SS Mufti Singapura yang sangat peramah dan mesra. Banyak persoalan mengenai asnaf riqab yang kami kongsikan bersama dengan beliau.

Sesi pertama.

Bergambar kenangan bersama Ustazah Hafizah.

Kenangan bersama student-student Universiti di Singapura yang turut hadir.

Antara peserta yang hadir mewakili negara masing-masing.

Grand Hyatt, tempat program berlangsung.

Sesi kedua.

Orang JAKIM pun ada..:) Berbaju biru, Ustaz Razali, KPP Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Bergambar dengan Farah Bahagian Pendidikan (MUIS) dan Rosmawati (Bahagian Korporat MUIS).

Berbual dengan Prof Reuven Firestone, seorang professor berbangsa Yahudi dari Jewish Institute of Religion, USA.

Ustazah hafizah bersama Eugene Tan.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Royal Plaza on Scotts
Scotts Road, Singapore

Ahad, 27 Jun 2010

Diari - Pembentangan Kertas Kerja "“KESALAHAN KES AJARAN SALAH DI BAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI NEGERI SELANGOR”

Salam semua,

Semenjak kebelakangan ni, entah mengapa, saya kerap dijemput untuk memberi ceramah dan penerangan undang-undang, termasuk yang baru selesai tadi, saya diminta memberikan penjelasan mengenai kesalahan kes ajaran salah menurut undang-undang di Negeri Selangor kepada lebih kurang 32 orang pelajar universiti dan kolej, termasuk KUIS, MMU dan Telekom Malaysia.

Selesai ceramah tadi lebih kurang pada jam 4.30pm, Puan Rohaiza, urusetia program menjemput saya sekali untuk mengisi slot ceramah yang sama pada 20hb Julai 2010, tetapi saya terpaksa menolak, kerana clash dengan kursus gubalan yang saya perlu hadiri di ILKAP bermula 19-22 Julai 2010. Insyaallah, 5 Julai ini, saya diminta untuk memberikan ceramah berkenaan dengan pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Antara isi penting yang saya kupas tadi adalah mengenai peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan ajaran salah. Terdapat 4 undang-undang yang boleh dirujuk iaitu Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, fatwa ajaran-ajaran salah yang telah diwartakan (jika belum diwartakan, belum menjadi undang-undang, dan tidak mengikat umat Islam untuk mematuhinya), Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan & Perkembangan terhadap orang Islam) 1988, dan Kanun Kesiksaan.

Di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,terdapat beberapa seksyen yang memperuntukkan mengenai kesalahan ajaran sesat, termasuk memuja binatang atau manusia, membuat upacara salah yang bertentangan dengan Hukum Syarak, doktrin yang bertentangan dengan Hukum Syarak / fatwa, mengaku Nabi atau Rasul.

Terdapat juga ajaran-ajaran salah yang telah difatwakan dan diwartakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, di mana, sesiapa yang mengingkari fatwa tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12 (c) EJJS 1995.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan & Perkembangan terhadap orang Islam) 1988 dan Kanun Kesiksaan adalah undang-undang yang dikuatkuasakan terhadap orang Islam dan Bukan Islam. Jika terdapat orang bukan Islam yang menyebarkan agama bukan Islam terhadap orang Islam, ianya adalah satu kesalahan di bawah EUBI dan boleh didakwa di Mahkamah Majistret. Manakala Kanun Kesiksaan memeperuntukkkan kesalahan kepada pihak-pihak yang menyebabkan berlakunya perpecahan kaum disebabkan oleh agama.

Walaupun ceramah saya singkat sahaja iaitu selama dua jam, saya berharap semoga semua peserta yang hadir dapat memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan peruntukan ajaran salah menurut undang-undang.

Waktu balik, saya dan adik singgah sebentar di Bagan Nakhoda Omar (BNO) untuk makan nasi goreng udang dan mi udang. Sangat sedap yerr.. Tambahan pula kami berdua memang sangat lapar sebab tak sempat makan tengahari. Memang sedap! Boleh lah datang cuba.. :)

Diinterview oleh MC, Mimi, sebelum ceramah bermula.

Saya suka berjalan-jalan kalau beri ceramah, sambil tanya soalan. So peserta tak mengantuk sangat.

Tajuk ceramah kali ini, kesalahan kes ajaran salah menurut peruntukan undang-undang
di negeri Selangor.

Senarai nama peserta yang disalin oleh adik saya, Raihana, selaku fasilitator terjun.

Untuk memastikan adik-adik ni faham, saya bagi soalan untuk dijawab oleh adik-adik ini. Gambar semasa sesi pembentangan jawapan.

Yummy! Sedapnyerr!!

Makan sambil menikmati pemandangan pantai Sabak yang indah.

Biasa lah.. kalau makanan sedap, memang penuh lah kedainya.. sama jugak macam kat kedai BNO ni.. bolehlah datang cuba sendiri..:D

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam