Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Renung Sejenak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renung Sejenak. Papar semua catatan

Ahad, 19 Februari 2012

Renung Sejenak : Hidup Ini Singkat..

Assalam semua,

Rindu untuk menulis. Namun apakan daya, 24 jam yang Allah beri sehari semalam serasa terlalu singkat? Biasanya, aku bangun seawal jam 6 atau 5.30 pagi (sekiranya bersahur) kemudian solat Subuh. Kalau terlebih rajin, jam 6.30 pagi aku dah mengayuh basikal (dalam rumah) sambil menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don. Kemudian sambung dengan rancangan Reflections sambil buat senaman ringan dengan dumbell untuk tangan, kaki dan perut. Kemudian aku siap-siap buat sarapan simple untuk orang bujang (biasanya oats dan protein  campur susu). Kalau ada roti, aku bancuh kopi or nescafe dan makan dengan dua keping roti. Thensolat Dhuha 2 rakaat. Pastu barulah aku siap-siap untuk ke pejabat.

8.30 hingga 5.30. Di pejabat dengan urusan pejabat. Selesai urusan, aku balik rumah dan solat Asar, atau pun aku solat Asar dulu baru balik rumah. (Rumah 1km jer dari pejabat kot!) Then, kalau tak hujan, aku bersiap untuk sesi riadah (briskwalking dan jogging) kat tasik KUIS yang indah. Part ni memang aku suka sangat. Sebab panorama tasik KUIS ni memang MasyaAllah! Cantik sangat!!

Selesai aktiviti riadah biasanya time tu dah nak Maghrib or dah masuk Maghrib. Nak sejukkan badan sebelum mandi dan solat Maghrib pun ambik masa juga kan? After Maghrib tu lah betul-betul nak rehatkan badan. Biasa aku tengok berita. Then kalau rajin, bukak lappy untuk buat kerja, check emails, dan surfing. Then tengok lah citer apa-apa kat TV sambil gosok baju. Kalau terlebih rajin, dua tiga hari punya baju aku gosok. Kalau malas tahap gaban, aku gosok tudung jer. Baju, aku pakai yang tak payah gosok.:)

Biasanya mata aku boleh bertahan tengok TV til 11 malam or kadang-kadang lebih jam 12. Depends pada cerita dan stamina yang masih berbaki. Dah tua-tua ni, kurang rasa nak menonton kecuali cerita yang betul-betul best. Aku prefer surfing dari tengok TV. Sekarang ni favourite program aku 30 Minit Ustaz Don. Aku rasa program ni betul-betul interaktif. Cara Ustaz Don jelaskan sesuatu perkara memang menarik minat aku. Betul-betul clear. Paling aku suka bila dia ajar tajwid dan bacaan surah-surah Al-Quran. 30 minit rasa tak cukup. 

Pastu, kalau dah jam 11 malam, biasanya aku dah cari tilam dan bantal. Ngantuk dahhh.. That's why, aku really impress dengan sesiapa yang masih boleh membaca buku yang informatif (bukan komik or bacaan ringan ok?) melewati waktu jam 12 tengah malam atau tidur cuma 2 jam sahaja sehari? Pada aku, mereka benar-benar menggunakan waktu yang ada semaksima mungkin. Just imagine, kita biasanya tidur 5-6 jam sehari. Berbanding mereka yang tidur cuma 2 jam sehari, perbezaan waktu selama 4 jam, banyak yang boleh dibuat, rite?

Pagi tadi aku buat sarapan untuk emak. Emak suka sarapan nasi. Nasi putih semalam ada baki. Aku tumiskan ikan kembung belacan untuk emak. Pastu, aku mula buat aktiviti fizikal yang lain. Kemas rumah, cuci dapur, basuh dan jemur kain, layan FB sekejap. Then kol 11.30 aku dah start masak untuk lunch. Sup tulang dan cendawan tumis cili.  Sekarang dah jam 4.03 minit petang. Rasa sekejap saja, 1 hari dah habis. 24 jam Allah beri rasa singkat sangat. Cepat sangat.

Bila fikirkan waktu hidup yang singkat, aku insaf sendiri. Aku rasa banyak masa hidup di dunia yang aku tak gunakan dengan sebaiknya. Bukankah seharusnya masa hidup diguna untuk kumpul bekalan akhirat? Ibadah dan khidmat ummah. Berkhidmat juga satu ibadah untuk tambah tabung amalan. Untuk dapatkan redha Allah.

Hidup ini singkat. Seorang sahabat memberitahuku, dia akan gunakan pengalamannya bertalaqqi dengan syeikh-syeikh hebat di Makkah dan Madinah sebagai salah satu hujah semasa bertemu Allah. Terfikir aku. Hujah apa aku nak gunakan supaya Allah redha aku dan Nabi beri syafaatnya pada aku?

Kemudian aku teringat emak. Sejak Abah tak ada, aku seboleh-bolehnya cuba beri keutamaan pada emak. Khidmat untuk emak. Cuba seboleh mungkin nak bahagiakan emak. Tak sampai hati nak lukakan hati emak. Semoga emak redhai aku sebagai anaknya. Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa. Abah dah tak ada untuk aku bermanja. Hanya tinggal emak yang tak pernah berubah kasih-sayangnya pada aku sejak 3 dekad yang lalu.

Aku semakin rajin ke dapur walhal aku tak suka memasak? Aku lebih suka mengemas dari memasak. Sejak emak tak berapa sihat, kaki pun asyik sakit, aku mula memasak untuk emak. Dulu emak yang masak untuk aku dan adik-beradik yang lain. Sekarang turn aku untuk masak beri pada emak. Take over tugas memasak. Hopefully aku boleh gunakan ini sebagai hujah di akhirat bila jumpa Allah? Aku pun tak tahu...

Hidup ini singkat. Beramal selagi sempat. Kumpul dan tambah 'hujah' kita selagi berupaya. Berbuat baik pada ibu bapa. Kita tidak tahu bila Allah akan ambil nyawa kita. Berkhidmat sebanyak mungkin. Semoga Allah balas kita dengan ganjaran syurga di akhirat. Aminnn.. (Pesanan ini untuk aku dan kalian juga.)

Hikmah semasa mum warded @ KPJ Shah Alam.
Being a single, I berpeluang untuk bersama mum and jaga mum. TQ Allah.:)

Didik mereka supaya sayangi orang tua dan jaga orang tua bila sakit. (Bed pool @ KPJ  Selangor)

Saya, Hannah dan Faisal di KPJ.
Kanak-kanak umpama kain putih. Ayah ibunya yang mencorakkan mereka.  Kanak-kanak akan lihat dan contohi layanan ibu bapa mereka kepada datuk dan nenek mereka. 

Ajar kanak-kanak untuk sayangi binatang dan makhluk lain juga. Bukan sekadar emak, ayah, keluarga sahaja.

Beautiful and majestic Masjid Al-Azhar KUIS.
Ingat, utamakan kasih sayang kita pada Allah dan Islam. InsyaAllah, Allah  akan sayang pada kita. :)
"Mati Itu Pasti"
Nurhani
Kg Raja

Isnin, 4 Julai 2011

Renung Sejenak : Bersangka baik dengan Allah

Assalam,

Semalam, seawal jam 9 pagi, aku sudah sampai di Sg Ramal Dalam, menziarahi dua orang sahabat baik yang kematian anak lelaki tunggal mereka. Wajah almarhum aku tatap. Penuh ketenangan. Suci. Murni. Sebak dan terharu membayangkan gelora di hati sahabatku, si ibu yang belum pun bercerai susu dengan anaknya. Aku dikhabarkan almarhum baru sahaja menginjak usia 50 hari. Baru tiga minggu lepas aku dan temanku Shikin menziarahi almarhum buat pertama kali dan manghadiahkan almarhum sepasang baju yang comel. Semalam, aku menziarahinya buat kali pertama dan terakhir. Terdetik di hatiku, entah kan sempat almarhum memakai baju yang kami hadiahkan.

Teringat kiriman sms yang aku terima dari sahabatku lebih kurang jam 2.30 pagi,

"Tq An.. sedang rasa apa yang kau rasa..."

Sebak aku membaca sms berkenaan. Jiwaku diruntun pilu. Saat-saat kehilangan Abah mengimbau di fikiranku. Jujurnya, bukan mudah untuk menerima kenyataan kita hilang orang tersayang, tetapi kita perlu pasrah dan redha dengan ketentuan Allah. Hakikatnya, kita dan orang-orang yang kita sayang di sekeliling kita hanya dipinjamkan Allah buat seketika. Cuma ,kita tidak tahu berapa lama  tempoh peminjaman yang Allah izinkan.

"Bersangka baik dengan Allah dan hadapi ujian ini, sebagaimana orang yang beriman diuji,"

Begitu pesanan ayah kepada sahabatku, seorang ilmuwan ulung, yang jasadnya di rumah sakit, tetapi jiwanya, qalbunya, iktiqadnya, hanya pada Allah.

Terfikir pada diri sendiri. Aku di KUIS, dipinjamkan cuma 3 tahun. Itu yang tertera dalam persefahaman yang dimeterai di antara dua institusi. Ini cuma perancangan manusia. Perancangan Allah, tak siapa tahu. Aku sendiri tak tahu, berapa lama Allah pinjamkan aku ke dunia ini. Fikir. Zikir. Fikir. Zikir. 

Bersangka baik dengan Allah dan bersyukur. Banyak nikmat yang Allah beri dan tak terhitung dengan wang ringgit, namun kita masih lupa Allah. Syukur Allah masih panjangkan usia supaya kita berubah. Bersangka baik dengan Allah. Banyak dosa kita buat tetapi Allah masih beri peluang dan ruang masa untuk kita perbaiki diri. Syukur, Allah tak terbalikkan kita sepertimana kaum sebelum ini.  Alhamdulillah. Syukur. Bersangka baik dengan Allah. Allah kurniakan nikmat paling agung iaitu hidup dan mati dalam keadaan kita beriman pada Allah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur. Sujud.

Alfatihah untuk almarhum Muhammad Fadhil Amin. Syurga untukmu sudah pasti. Kami yang hidup ini masih banyak perlu diisi tabung amalan kami untuk bertemu Al-Khaliq. Takziah buat sahabatku Fadhlina dan Fadhli. Semoga rahmat Allah bersama kalian sekeluarga.

"Mati Itu Pasti"
Nurhani
Bandar Sri Putra
Kajang

Isnin, 23 Mei 2011

Renung Sejenak : Al-Fatihah untuk mangsa tragedi tanah runtuh di Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat

Assalam,

Aku sedih.. Sedih sangat.. Pilu.. Sayu.. Mengenangkan tragedi yang berlaku kepada anak-anak yatim Madrasah At-Taqwa. Tapi aku akur. Allah Maha Kuasa. Allah lebih sayangkan mereka. Al-Fatihah untuk semua mangsa dan keluarga masing-masing. Semoga semua anggota keluarga yang terlibat menerima musibah yang menimpa dengan hati yang terbuka.

Sebagai manusia, begitulah pengakhiran kita. Dengan kematian. Cuma caranya saja yang mungkin berbeza. Kejadian ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup. Ajal menjemput kita tanpa sebarang notis. Bersediakan kita menghadapinya?


Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Gambar sebelum kejadian. Di bawah khemah yang dibina. Sumber: Facebook saudara Amin Idris.







 

Sedih dan pilu menyelubungi.
Sumber : Berita Harian.

Isnin, 16 Mei 2011

Renung Sejenak : Takut itu bagus..

Assalam semua,

Kerja-kerja di KUIS semakin bertambah. Bermula dengan arahan untuk menyemak cadangan pindaan KUIS,  10 keping fail yang aku pesan dari Bursary dah pun habis digunakan untuk membuka fail bagi tugas-tugas baru. Sejak 3hb aku memulakan tugas di sini, 'rezeki' aku memang melimpah-ruah. Setiap hari akan ada panggilan mesyuarat dan memo meminta semakan dibuat terhadap perjanjian yang pelbagai. Phew! Rasa nak bernafas pun tak sempat. Walaupun semuanya kerja-kerja rutin, namun aku rasa aku sangat mengejar masa. Cepat sangat dah 2 minggu. Risau dan takut melanda jiwa. Risau dengan kepantasan masa. Takut tak dapat buat yang terbaik.

Betullah. When u work alone, cabarannya berbeza dengan kerja berjemaah. Semua kena buat sendiri. Tanggung sendiri. Tension sendiri. Bila buat secara berjemaah, tugasan dan beban kerja dikongsi bersama. Kurang rasa tension bekerja, malahan hasilnya lebih baik hasil perkongsian pendapat dan idea yang disatukan.

Anyway, bila aku suarakan ketakutan aku pada my boss, nasihatnya pada aku,

"Takut itu bagus. Bila kita ada rasa takut, kita ada tanggungjawab nak buat dan selesaikan amanah dengan baik. Kalau tidak takut, itu yang saya bimbang. Kerana tak ada rasa takut bila tugasan tak siap."

My workstation @ KUIS.
Alhamdulillah. Syukur dapat boss yang rajin bagi nasihat. Terus bersemangat nak buat kerja dan laksanakan tanggungjawab. Aku akan cuba buat yang terbaik. Itu janji aku, dan prinsip aku. Walaupun aku sangat rindu dengan suasana kerja berjemaah di BUU @ MAIS, aku akan cuba buat yang terbaik. :D

"I am not alone, Allah is with me"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Sabtu, 7 Mei 2011

Renung Sejenak : Cempedak Nan Sebatang...

,

Assalam,

Entah mengapa, murah sungguh rezeki pokok cempedak kami yang sebatang di halaman rumah kami. Ranum sangat buahnya. Memang menyebabkan sesiapa yang lalu tidak akan terlepas untuk memandangnya. Bergayutan di keliling dahan dan batang pokok yang hanya sebesar sepemeluk.

Masa aku balik hujung minggu lepas, alhamdulillah, ada rezeki aku dan lain-lain adik-beradik yang pulang sempena cuti Hari Buruh. Banyak buahnya yang masak. Memang sedap sangat rasanya. Sempurna!

Tadi, ada seorang pakcik datang meninjau-ninjau pokok cempedak kami. Mungkin teruja untuk melihat buahnya yang lebat, atau disebabkan baunya yang harum. Emak dan abah biasanya akan berikan dengan percuma sesiapa yang berhajat atau berkeinginan.

"Ambik ajer kalau nak. Tapi ambik sendiri, sebab aku tak larat nak kait," Begitu biasanya Mak dan Abah akan berkata, jika ada yang bertanya.

Tapi tadi, tiba-tiba aku rasa macam tak ikhlas nak kasi, bila ada yang meninjau-ninjau dan bertanya pasal pokok cempedak kami. Takut habis, kami semua tak dapat.

"Mak ni, asyik bagi orang jer.. Untuk kitorang ada ke tak?" kataku. Mak cuma tersenyum. "Tak apalah. Semalam dia dah ambil, sedap agaknya, hari ni dia datang lagi," kata emak. 

Usai solat Asar tadi, hati aku rasa bersalah sangat. Sebab ada sifat KIKIR dan BAKHIL dalam diri. Sebab buah cempedak aku jadi hamba SYAITAN. Ada rasa sombong dalam diri. Kedekut, sombong, sedangkan rezeki tu Allah yang beri. Kalau Allah tak izinkan pokok cempedak tu berbuah, kami semua tak dapat rasa walau sedikit pun. Astaghfirullahalazim... 

Aku cepat-cepat cari emak. 

"Emak. Bagi jer lah buah cempedak tu kat pakcik tadi. Kesian dia. Itu kan dah rezeki dia." kata aku pada emak.

"Tadi dia bukan nak ambik buah cempedak tu. Dia dah ambik semalam, 8 biji. Tapi dia tertinggal sebiji kat bawah pokok tu. Dia hantar bagi kat emak." kata emak.

Aku betul-betul malu... Ya Allah! Moga kau beri kebaikan kepada pakcik tu dan ampunkan aku..

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Rabu, 20 April 2011

Renung Sejenak : Lama & Baru..

Assalam,

Lupa nak share result badminton time Karnival Sukan hari tu. Kami dapat naib johan.. Alhamdulillah.. Last year team MAIS dapat tempat ketiga. Kiranya ada peningkatan lah..:P. Tapi yang tak bestnya, kalah masa final dengan team dari KUIS kot... Dushh!! :P
Last two years, pingat 'lama' aku kaler gold. Untuk sukan ping-pong dan bola tampar. This year, pingat 'baru' aku kaler silver. Sukan badminton. Huhu.. Prestasi menurun.. :P

Baru dan lama..
Citer pasal lama dan baru ni, aku nak bertanya soalan kepada pengunjung blog ini.:P.Tapi tak ada hadiah ok? :P

Well, soalannya, kalau anda seorang ketua, yang mana satu anda akan pilih, di antara dua orang pekerja yang mempunyai kelayakan yang sama, salah seorangnya adalah pekerja lama yang konfem boleh buat kerja, tetapi kurang pengalaman, dan seorang lagi adalah pekerja baru, yang lebih berpengalaman dan menjadi pilihan utama di dalam sesi temuduga yang dibuat. Dari sudut ilmu, kedua-duanya mempunyai kelayakan yang sama. Yang membezakan mereka adalah pengalaman masing-masing.

Bagi aku, rajin, setia, jujur dan paling penting memang boleh buat kerja merupakan perkara paling penting dalam pencarian 'pekerja sejati'. That's why, aku prefer yang nombor 1.:) Korang  pulak macam mana?
Tidur sambil senyum... Terbaek!
Psstt.. Pernah seseorang bagitau aku, pekerja yang sejati dan sepatutnya disimpan dan dijaga oleh majikan adalah pekerja yang bila kita beri amanah/tugas padanya, kita boleh tidur lena pada malam hari..:P. Kat department aku ada pekerja macam ni. Korang ada?:P


"Sajer"
Nurhani

Shah Alam

Khamis, 31 Mac 2011

Renung Sejenak : Tua Sebelum Waktunya..

Assalam,


Tadi aku dan geng-geng badminton ada friendly match dengan satu ladies group di Meru. Our coach yang arranged. Dunno why, tapi memang teruk giler aku main malam ni. iorang tu slim n shady, lawan kami yang montel-montel ni. Memang mengah la masing-masing nak kejar bola. Adusss!! Akibatnya, tiga-tiga beregu kami jadi lauk.

Yang tak bestnya, bila kalah teruk sangat, aku jadi down.. Walhal friendly match jer kott..

Sebab aku rasa tua sangat bila tak dapat ambik bola. Tak larat kejar.. Walhal saingan kami lebih kurang ajer umurnya, tapi skillful dan pantas. 

Terasa tua sebelum waktunya...:(

"Ntah hapa-hapa"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 22 Mac 2011

Renung Sejenak : Maaf, saya bukan emosi..

Assalam semua,

Dua hari berkampung di D Palma Hotel Ampang bersama pegawai-pegawai MAIS serta beberapa orang AJK Sumber Manusia MAIS untuk meneliti dan memperbaiki skim perkhidmatan di MAIS. 2 hari yang singkat namun aku sentiasa diasak dengan keputusan berhijrah ke KUIS.

"Keputusan yang dibuat dengan tergopoh-gapah dan emotional, biasanya tak bagus," pesan seseorang kepada aku.

Owh! Maaf. Aku bukan emosi. Cuma ianya tawaran yang sangat baik dan sukar dilepaskan. Tapi tak mengapa. Aku terima. Bagi aku, sekali lagi, ianya persepsi. Jangan lupa, doakan kejayaan aku yer? :D
By the way, elok jugak kalau aku kongsikan tips bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf. Aku dapat dalam emel hari ni.

1) Tak perlu hendak menang pada setiap masa.
2) Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.
3) Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.
4) Berdoa supaya disabarkan hati.
5) Bersangka baik.
6) Memikirkan kebaikan yang dibuat oleh sahabat kita
7) Sentiasa muhasabah diri

Sayyidina Umar r.a berpesan," Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan. Saat kamu membaca Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja. Saat anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat anda membacanya, syaitan resah gelisah. Saat anda memahaminya, ia kejang. Saat anda mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian, ia diserang stroke. Terus baca dan amalkan agar syaitan stroke total, sakit jantung, bahkan mati! ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan bilang," usah sebarkan.:)"

Jom sama-sama maafkan kesilapan orang lain..:)

 "My 20 Cents"
Nurhani
Shah Alam

Jumaat, 11 Mac 2011

My 20 Cents : Perspectives..

Assalam,

I received so many comments on my decision to resign from my good office, after serving for almost 7 years. (Phewww!! Its really a long time, rite?) Some seemed to be resistant, while some others were very supportive. Whenever I listened to them, I told myself;

"Hey! Don't bother what people say on you, for people are always having a different perspectives of what they see. Just follow your heart, and seek for Allah's blessing."

But, definitely when a girl cried, with tears falling down her cheeks, hugging me closely and said in a trembling voice,

"Why are you leaving my sister? Do u know that I love you sis?" 

for me, its not a perspective. Its the expression of  true feeling. The honesty and the real truth. Her action really touched my heart.  I hugged her back, tried to comfort her, with a tears in my eyes.. I could feel a sudden sorrow and pain in my soul. Its  hard to make this decision, but it is harder to leave all I love here.


O Allah! Gives me strength and determination, for what I do now and then, is only for You...

"New Journey"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 1 Mac 2011

My 20 Cents : The Future...

Assalam,


For almost 2 weeks, i keep on thinking about my future, where I've got 2 interesting offer which is soo irresistable and not easy to be rejected by me. I am not actually worried of my own future, but I realize for some reason, I feel I am getting tired of the things I've done now. The routine, the unfinished tasks, new incoming job, procedures, etc etc..

Well, yes of course, we are paid for the job that we are supposed to do. But sometimes, I do feel that it is not easy to adhere to all the requests plus when the volume of tasks given need your extra attention in finishing it in time, but no extra incentive given? Does anyone care about it? Does anyone ever notice that some of us are actually 'highly demanded' at the outside? Of course with extra - extra perks waiting for us? Does anyone really really find the difference if we accept the offer? 

I guess, me and several others here have been very loyal to this institution. We never think of quitting works, because we found, for the sake of Allah, the institution is entrusted with sooo many obligations and functions, and yet we are here to assist. I dunno why on earth I have to write this, but I really wanna tell this blessed institution that I guess its about time to look into the career enhancement matter seriously. If they don't, I am afraid that, in few years ahead, the institution will have to let go and wave goodbye to some of its staff who is resigning due to a better offer from outside.

I don't intend to write long. I just want to write down what is my stand and opinion over the matter, so that the relevant party may take action against it. Don't forget, happy employer comes from happy employee. A company may not be well developed without support from the employee. There must be a successful plan to be executed so that as time flies, the institution will become better and improved in the future as well as the employee. I have been in this institution for 7 years, and I am looking forward for this to happen.

Anyway, I do hope this message reached the right person who will take action on this immediately.If not, then, alternatively I hope I get a credit for writing in English as a learning process before I go further. :)

"Bukan Cakap Kosong"
Nurhani
Shah Alam

Ahad, 30 Januari 2011

Renung Sejenak : Aku dan Facebook


Assalam semua,


Walaupun jam dah hampir pukul 2 pagi, namun aku masih mau menulis. Puncanya, sebab seorang teman lama, Emi yang kini menemani suaminya di Chiba Japan, bertanya, bila aku mau update cerita baru? Untuk tidak menghampakan beliau yang membuat permohonan dari jauh, aku type juga entri ini, sekurang-kurang nya dia boleh baca sementara suaminya pi klass. :P

Aku dan Facebook, memang berkawan baik, sebab FB ni menghubungkan aku semula dengan teman-teman lama dari zaman sekolah rendah yang dah lost contact. Dapat jumpa member-member lama yang sama bersekolah di Felda Gedangsa, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Klang, Uitm, UIAM, dll. Baru-baru ni, jumpa balik kakak angkat aku masa zaman sekolah menengah yang dah hampir 18 tahun tak jumpa. Memang aku happy, sebab time dia kawen pun aku tak datang..:P

Tetapi,walaupun  FB ini dapat menghubungkan ikatan sesama manusia, FB jugak yang menjadi punca terlerainya ikatan dan persaudaraan antara manusia. Di London, sebuah firma guaman yang mengendalikan kes perceraian memaklumkan bahawa 1 daripada 5 tuntutan perceraian yang difailkan berpunca daripada FB. Ini kerana pengguna laman sosial FB bercerita mengenai seks dengan orang yang tak berkenaan.

Aku pun terkena juga. Ada sorang hamba ALlah ni, suka-suka ajer nak add aku dan remove aku as friend bila-bila dia suka. Walhal mula-mula dia dah add aku, then dia remove aku. Later, dia juga yang tergila-gila nak add aku semula. Bila aku tak layan, dia siap mesej kat  inbox aku, kenapa aku tak approve dia? 

So, disebabkan aku malassss nak panjangkan isu  FB ni, aku approve friend request dia. Then, baru tadi, aku nak ziarah wall beliau, tapi tekan-tekan tak jumpa. Bila aku aku check friend's list, dia dah remove aku semula. 

Perghhh..Aku betul-betul panasssss... Suka hati jer nak add or remove kita. Pada aku, kalau dalma FB, bila seseorang REMOVE kita, means dia tak nak berkawan dengan kita. Tak faham aku. Rasanya aku tak ada apa-apa masalah langsung dengan beliau.

Dan terbuktilah....memang FB boleh jadi punca pergaduhan, perceraian, pemisahan, dll. Kalau kita tersalah faham dengan maksud sebenar kawan kita, pun boleh jadi gaduh. Kat pejabat pun, orang bergaduh sebab FB. Mana taknya. Mengumpat pasal orang lain dalam FB, bila kawan lain baca, sampaikan pada orang yang diumpat.. Memang bencana besar!!

Tapi aku tak putuskan silaturrahim dengan dia. Tok Guru aku pesan, berdosa putuskan silaturrahim. Aku sentiasa welkam beliau jadi sahabat aku, walaupun dah 2 kali dia REMOVE aku, and tak nak jadi kawan aku. Its ok. Pilihan di tangan beliau. Thanx WR atas pesanan. Maybe aku pun bakal ikut jejak langkah beliau, mendelete FB aku, cuma tak tau bila.

"Renung Sejenak"
Nurhani
Shah ALam

Pengasas FB

FB Bekas suami Maya Karin


Jumaat, 28 Januari 2011

Renung Sejenak : Muhasabah Diri.


Assalam semua,

Semenjak dua menjak ni, aku rasa, suasana ofis aku kurang ceria. Mungkin sebab banyak gossip-gossip panas yang timbul. Walaupun sekadar gossip yang tak dapat dipastikan kesahihannya, namun ianya tetap meniti dari mulut ke mulut. 

Kalau tak ditamatkan, gossip itu akan berterusan, generasi demi generasi. Persoalannya, bila mau habis?? Yang menjadi mangsa gossip, mungkin semangat bekerjanya  semakin rendah, prestasinya makin menurun. Yang menyebar gossip, makin bersemangat bekerjasama dan berkongsi gossip. (Gossip atau lebih popular dengan istilah mengumpat adalah satu perbuatan yang mengundang dosa. Di dalam Al-Quran, Allah menggambarkan orang yang mengumpat ini seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Bayangkan kita makan daging sahabat sepejabat dengan kita. Jijik kan? Itulah gambaran al-Quran mengenai jenayah mengumpat. Dosa mengumpat hanya boleh diampunkan oleh mangsa yang ditohmah. Ini tafsiran aku sendiri.) 

Aku teringat dalam bengkel Pelan Transformasi ofis aku baru-baru ini, kami bercita-cita untuk mewujudkan persekitaran dan budaya kerja yang lebih baik, selesa dan kondusif. Well, menyebarkan gossip dan memfitnah adalah budaya yang LANGSUNG tak baik, diharamkan oleh Syarak, dan mendapat DOSA percuma. 

Then, ada cadangan supaya isu-isu sebegini diselesaikan, sebelum VIRUS tersebut merebak lebih jauh. Dosa tau! Kita kena buat begini, begitu, dengan ini, dengan itu... Macam-macam cadangan dilontarkan untuk menyelesaikan masalah, dengan impian supaya sikap dan kelakuan si pelaku salah, berubah. Kita mau mereka berubah, menjadi lebih baik, dan tidak mengulangi sikap buruk mereka. 

Ini lumrah manusia. Bila satu kejadian tak diingini berlaku, salah-menyalah akan berlaku. Masalah jadi makin besar, kerana tiada pihak mau mengaku kesalahan masing-masing. Then, pertikaian makin hebat. Akhirnya, masing-masing terus berbalah dan tiada penyelesaian. Aku yang betul, engkau yang salah. Aku yang baik, engkau yang jahat, aku benar, engkau tipu, hujah-hujah ini yang kita akan dengar. Masih tidak selesai kerana masing-masing rasa dirinya lebih hebat, rasa dirinya saja yang betul.

Dari pandangan mata aku, jalan penyelesaian yang terbaik adalah dengan meMuhasabah  diri dan memperbaiki diri sendiri. Tanya diri kita, apa silap kita, bukan tanya orang, apa silap orang. Masa untuk masing-masing memuhasabah diri dan menilai semula diri masing-masing.

Jom kawan-kawan, kita sama-sama merenung dan memuhasabah diri masing-masing. Tanyakan pada diri, apa yang sepatutnya aku buat, bukan apa yang sepatutnya orang lain buat. Apa yang sepatutnya aku bantu, bukan apa yang orang lain kena bantu. Let's change our attitude to be a betterman...

"Renung-renungkan"
Nurhani
Shah Alam  

Isnin, 24 Januari 2011

Renung Sejenak : Cerita Kontroversi..

 Assalam semua,

Hari ini Isnin bersamaan 24 Januari 2011. So? Apakah yang menarik mengenai tarikh ini? Nothing special. Sajerr.. buat-buat macam ada isu. Sebenarnya tak ada pun.

Semalam aku chat dengan sorang member lama dalam FB. Sembang punya sembang, dia kata, semalam dia ada jumpa sorang mamat kat opis lama dia. Then, ada pulak citer pasal aku timbul. Aku bengang jugak. Pe hal tetiba pasal aku pulak korang nak kena citer? Dah tak ada citer lain ker?? Pasal Fasha Sanda ke, pasal pilihanraya Tenang ke, pasal DUN Selangor ker...

Then, baru aku sedar. Cerita kontroversi pasal aku rupanya dah jadi buah mulut kawan-kawan, pekerja-pekerja, ex-pekerja-pekerja, saudara-mara, jiran-tetangga, anak-anak murid. Yang tak berkaitan pun tahu. Masyaallah... Aku ingatkan dah basi, sebab dah 8 purnama ianya berakhir. Tapi, biasa lah. Bila isu kontroversi, memang seronok dijaja, disebar, dikongsi. 7 generasi pun tak habis. Lagi-lagi melibatkan selebriti, macam aku..:P. Agaknya, kalau boleh difilemkan, sure meletup-letup cite tu kat panggung, kalah cerita Khurafat.

Citer kontroversi apa? Tak yah la aku citer. Buat jatuh reputasi saudara seIslam yang lain pulak, yang sanggup buat apa saja demi nak jaga reputasi, termasuk la buat cerita palsu, pasal aku, semata-mata nak jaga nama baik sendiri. Astaghfirullahalazim.. Moga Allah beri hidayah pada 'mereka' yang terus-terusan seronok menyebarkan cerita kontroversi pasal aku. Pelik juga, kerana tiada sebarang usaha untuk penyelesaian yang terbaik isu kontroversi ini, sebagaimana yang dituntut Syarak. Aku rasa 'mereka' lebih arif soal-soal hukum dan tuntutan agama. Dulu, pernah aku sarankan supaya kami semua 'bersemuka', supaya segalanya terungkai, semua persoalan terjawab, tidak ada lagi benci, tiada lagi umpat keji untuk seorang wanita bernama 'aku'. Tetapi, sungguh mengecewakan bila usul itu ditolak mentah-mentah dengan alasan yang sangat dangkal.

Hmmm.. Agaknya, kalau kereta B* **** beliau boleh jadi saksi, banyak yang dia boleh ceritakan. Tak apalah... Cukuplah Allah sahaja menjadi saksi bagiku..:)

"Ingat 5 Sebelum 5"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 11 Januari 2011

Renung Sejenak : Perang Siber kerana Ana Raffali


Assalam semua,

Nampaknya masih ramai yang tak berpuas hati sebab Ana Raffali menang AJL 2010. Aku pun.. Cuma aku  malasss nak komen, sebab...























BANYAK LAGI MENDA LAIN AKU RASA KITA PATUT FIKIRKAN. SITUASI YANG MELANDA UMMAH, DAKWAH TERHADAP GOLONGAN REMAJA, PELAPIS BARISAN KEPEMIMPINAN NEGARA... DAN, BANYAKKK LAGI AGENDA YANG LEBIH UTAMA daripada fikirkan pasal Ana Raffali.

Aku?? Asyik terfikir mengenai kelas Sabtu ini..:P. K lah. Dah 7.30 pagi. Nak gi kerja. Kalau lambat, nanti kena tolak markah LNPT, tak dapat BONUS. Huhu..

"Sajer-sajer"
Nurhani
Shah ALam

Rabu, 5 Januari 2011

Rileks Sebentar : Jadi paling gemuk dalam dunia kerana kecewa..

Assalam semua,

Haish!! Mintak-mintak aku tak la jadik macam ni. Kecewa bercinta punya pasal, 24 jam MAKAN ajer.. Ambil kalori yang berlebihan. Kalori yang tak digunakan akhirnya jadi LEMAK. Haish! Cukuplah lemak yang sedia ada. Ini pun dah terlebih-lebih. Mau kasik buang separuh dowh! Kalau boleh sedekah, dah lama aku buat. Hehehe..
Kucing pun kecewa bercinta..
 
For this simple reason, I am still proud with myself. Alhamdulillah.. Syukur kerana, walaupun aku pernah kecewa, aku tak giler mau rosakkan diri sendiri. Perjalanan hidup masih panjang (jika diizin Allah).  Impian masih ada yang belum terlaksanan. Falsafah aku bila ujian datang, hadapinya, dan andai kesudahannya mendukacitakan, well, this is not the end of the world. Peluang dan ruang lain masih ada. Cuma masanya belum pasti. Berusaha selagi kita mampu. Selebihnya serah pada ALlah. Jiwa lebih tenang, hati lebih tenteram.

Korang baca la sendiri kat sini. Lelaki, satu makhluk yang sinonim dengan keKUATan dan lagak MACHO, rupa-rupanya bila frust, TAK BOLEH KAWAL diri. Sian ek?

Jadi lelaki paling gemuk di dunia kerana kecewa


PAUL MASON menggunakan kerusi roda semasa dia keluar dari rumahnya di Ipwich baru-baru ini.


IPSWICH, Britain - Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason, 49, memberitahu dia menjadi terlalu gemuk selepas ditinggalkan kekasih yang lebih tua daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Mason, dia makan 24 jam sehari selepas kekasihnya yang berumur 39 tahun bertunang dengan lelaki lain. Bekas pekerja pos itu menyatakan, semasa bercinta dengan wanita itu, umurnya 21 tahun dan kekasihnya bertindak meninggalkannya ketika dia berusia 26 tahun pada 1986.

Sejak itu, dia makan 24 jam sehari dengan memakan sarapan pagi yang mengandungi 2,060 kalori, snek dengan jumlah kandungan 1,740 kalori dan makanan tengah hari mengandungi 2,200 kalori. Jumlah kalori itu menyebabkan berat badannya meningkat kepada 444.52 kilogram (kg).

"Saya beralih kepada makanan, Apa yang saya mahukan adalah untuk mendapatkan keselesaan."

"Saya makan tanpa henti selama 24 jam pada setiap hari. Saya tidak tidur pada waktu malam kerana saya makan dengan konsisten," kata Mason yang kini bergerak dengan menggunakan kerusi roda elektrik. Berat badannya kini 234.02kg berkurangan sebanyak 190.50kg dalam tempoh setahun selepas dia menjalani pembedahan gastrik yang dilakukan bagi mengelakkannya memakan terlalu banyak makanan. - Agensi

Tak ada ke yang nak offer jadi pasangan hidup lelaki ni, macam Sanah dan Zainab?

Sumber : Kosmo Online

Sian kan? Menyakitkan diri dan merosakkan diri sendiri kerana orang lain. Kan sia-sia? Bukan makwe dia kisah pun? Sia-sia menderita macam tu. Apa yang dia dapat? Makin gemuk, banyak penyakit, tak leh berjalan dengan baik. Mengapa perlu mensia-siakan amanah yang Allah beri (tubuh badan) kerana orang lain? 

Zaman sekarang, ramai orang yang buat tindakan gila termasuk bunuh diri kerana kecewa dalam hidup. Sebab-sebabnya, gagal bercinta, gagal periksa, dibuang keluarga, masalah kewangan, bebanan hutang, tak dapat kerja, STRESS, dll. Itulah pentingnya IMAN yang mengisi dan menyuburi JIWA, sebagai sumber KEKUATAN dan BENTENG untuk menghadapi pelbagai bentuk UJIAN Allah.Mudah-mudahan jiwa kita dilimpahi dengan kekuatan Iman untuk terus menghadapi ujian yang mendatang. Amin..


"Renung-renungkan"
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 1 Januari 2011

Diari : 1.1.11 di D' Curve Damansara

"Hahahahhahahhaa!! JUDI?? Hari-hari saya berjudi kak," kata budak lelaki berseluar skin (ketat) dan baju t-shirt ketika aku beri sekeping phamplet "JUDI HARAM" kepadanya,

Astaghfirullahalazim. Laung aku dalam hati. Aku cuma senyum dan berdoa, moga budak lelaki itu berubah kelak, sebelum terlambat.

"Haahahhaha!! Gejala sosial?? Bertaubat??" Itu respon yang aku terima waktu aku beri phamplet "GEJALA SOSIAL BERTAUBAT" kepada seorang budak perempuan belasan tahun, yang berpakaian ketat menampakkan seluruh lengkuk tubuhnya.

Kalau kau adik aku, dah lama aku lempang kau adik! BIADAP! Laung aku dalam hati. Astaghfirullah. Sukarnya menjaga hati dalam keadaan ini.

Aku hulurkan lagi phamplet. Kali ini JOM SOLAT dan BACA QURAN.

"Hari-hari saya baca Quran kak. Quran tu, sume saya hafal," kata seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 20-an. Seluar skin juga. Aku tergumam. Pakaian kamu, sikap kamu, kedatangan kamu ke sini dik, hilang 30 juzuk hafazan!!

MUZIK. BINGIT.. BISING...

Tak suka.. Rimas.. Panas.. 
Pandang kiri, budak-budak lelaki muda, melayu Islam, belasan tahun, berpakaian ketat dan ranggi, sibuk menyembur buih kepada semua pengunjung yang lalu lalang.

Pandang kanan, gadis-gadis Melayu belasan tahun berpakaian tak cukup kain, skirt paras atas paha (hot pants dan hot skirts), seluar ketat, sendat. Berjalan dengan gembira dan bebas. 
"Happy New Year Kak!" kata seorang budak lelaki, sambil menyembur buih kepada aku. Aku saman kau baru tau!! Berani betul!

MAKIN PANAS. MAKIN HANGAT. MUZIK MAKIN RANCAK. PEMUDA PEMUDI MAKIN LIGAT.

Aku teruskan langkah ke depan.. MASYAALLAH!! Ratusan manusia, barangkali ribuan, sedang terkinja-kinja meraikan TAHUN BARU 2011. Menari, menyanyi, goyang, gelek, minum, konsert.. 

Perempuan, lelaki, bercampur-campur. Pegang tangan dengan gembira. Menari, menyanyi.Tak ingat MATI. Tak ingat!! Nauzubillah.. Takut dan bimbang kalau Allah MURKA dan turunkan AZABnya saat itu.. Tak mau! Tak mau mati di tempat seperti ini. Walau niat aku untuk meninggalkan PESAN,ada yang LALAI.

Mereka sudah HILANG MALU. Hilang ADAB. Aku hampir tak dapat bezakan, yang mana Islam, yang mana bukan Islam. Pakaian kebanyakan SAMA. Ketat, sendat, lekat..

BENCI!!!!

Ada yang menjeling, TAK SUKA. Ada yang menyindir, BENCI. Ada yang memaki, ada yang membisu. Paling membencikan, ada yang mau BERSALAMAN dengan kami. Kalau perempuan tak mengapa. Ini LELAKI!! Sungguh KURANG HAJAR..

Menci! Menci! Tak suka!!

Aku mara ke depan lagi. Phamplet masih berbaki di tangan. Kumpulan manusia di hadapan aku masih bersorak-sorak. MAKIN MERIAH.
"Kak. Saya ingat akak jangan ke depan lagi kak. Bahaya." Seorang remaja lelaki memberi amaran kepada aku. 

Aku menghentikan langkah. Keselamatan perlu diutamakan. Aku bimbang perkara buruk berlaku pada aku dan teman-teman wanita lain. Bilangan kami terlalu  sikit dibandingkan dengan MEREKA. Aku edarkan phamplet yang masih berbaki. Lautan manusia di tengah masih rancak menari dan menyanyi. Lupa Allah. Lupa AKHIRAT. Lupa MATI. Lupa bahawasanya ALLAH boleh tarik nyawa kita BILA-BILA masa. Lupa ALlah boleh turunkan Azab bila-bila masa Dia kehendaki.

Allah.. Berilah hidayah pada mereka. Berilah aku dan teman-teman lain kekuatan untuk meneruskan dakwah lapangan seperti ini. Berilah kami pertolongan untuk kami teruskan usaha ini. Mencabar. Sungguh mencabar dakwah di zaman Generasi X ini. Inilah the real generasi x, generasi masa kini.

(Penemuan selepas operasi bersama JAIS pada malam Tahun Baru 2011 di D Curve, Damansara)

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Renung Sejenak : Faizal Yusup Meninggal Dunia

 Allahyarham Faizal Yusup, pelakon drama ADAMAYA.

Assalam semua,
Aku sebenarnya tak suka sangat tulis entri pasal artis,tapi bila dapat tau berita ni, aku rasa macam SATU PERINGATAN kat aku..

BEWARE OF HEART ATTACK, THE SILENT KILLER...
WASPADA DENGAN PENYAKIT JANTUNG, PEMBUNUH SENYAP..
Rabu lepas, sahabat seperjuangku, Devano Hasbi, kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung. Umur beliau baru 36 tahun. Then, Faizal Yusup, 33 tahun. Dua-dua masih muda lagi, tapi Allah lebih menyayangi mereka.Kebiasaannya, pesakit ni menyerang golongan TUA, namun nampaknya sekarang dah menular kepada golongan MUDA. Faktor utama kerana kurang bersenam, berlebihan berat badan,kolestrol tinggi, dll.

So, azam aku untuk tahun Hijrah 1432 ni, nak JAGA KESIHATAN. Nak SERIUS jaga kesihatan. SERIUS!! Nak amalkan GAYA HIDUP SIHAT. Bukan setakat GAYA aje kena jaga, BADAN dan KESIHATAN pun kena jaga. Tak semestinya kena KURUS, but of course FIT!

Kawan-kawan.. Especially NOWA dan SHIKIN. Sila bagi SOKONGAN yerr..:)
Boleh baca berita pasal Faizal kat sini. Al-Fatihah buat rohnya.
"Peringatan Bagi Yang Lalai"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Jumaat, 31 Disember 2010

Renung Sejenak : Pakaian terakhirku..

Assalam semua,

Pagi semalam aku, Nora, Rasyid dan Fahimi berada di Masjid Kuning, Kota Damansara untuk memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham Devano Hasbi. Sampai di sana, sudah ramai teman-teman dan saudara mara allahyarham tiba, termasuk beberapa orang teman-teman peguam yang aku kenali. Cuaca mendung dan rintik-rintik gerimis  menambahkan rasa kesayuan di hati masing-masing.

Aku dan Nora bersalaman dengan isteri allahyarham, Tini. Wajahnya cuba dimaniskan saat bersalaman dengan tetamu yang hadir, namun aku tahu, jiwanya berperang dengan EMOSI yang maha hebat. Suami yang dipinjamkan Allah buat seketika, akhirnya kembali semula ke pangkuan Penciptanya. Dia terpaksa merelakan. Suaminya, milik Allah, Tuannya. Tuannya hanya pinjamkan seketika, bukan selamanya.

Sewaktu kami tiba, jenazah sedang dimandikan. Untuk mengisi masa, aku mengajak Nora membacakan Yasin dan Tahlil ke atas jenazah. Aku turut sama solat jenazah untuk allahyarham. Semoga Allah merahmati rohnya.

Saat jenazah allahyarham diangkat untuk dibawa ke kubur, tiba-tiba, aku rasa sayu sangat. Aku terbayang saat kematianku. Macam mana agaknya. Dimandikan, dikafankan, dikuburkan. Aku beristighfar. Mudah-mudahan baik pengakhirannya untuk aku.

Zaman sekarang orang berlumba-lumba kereta siapa lebih hebat, rumah siapa lebih besar, pakaian siapa lebih cantik. Tapi semua tu tak berguna bila kita mati. Kereta kita semua sama. Van jenazah, cuma jenama ajer berbeza. Rumah kita pun sama, tujuh hasta ke dalam tanah, iaitu kubur tempat persinggahan sebelum penentuan syurga dan neraka. Yang berbeza mungkin lokasinya sahaja. Pakaian pun sama. Kain kapan, yang bersaiz sama, cuma kualiti mungkin berbeza.

 Saat dikafankan...
Aku pun suka kereta hebat, rumah besar dan pakaian cantik. Sapa tak suka kan?Islam tak larang kita untuk memiliki semua itu, asalkan kita mampu dan kita mendapatkannya dengan cara yang halal. Cuma, seandainya kita memiliki rumah yang besar, alangkah baiknya jika rumah itu dijadikan alat untuk kita masuk syurga. Buat perkara-perkara yang dituntut syarak di dalamnya. SOLAT BERJEMAAH, MAJLIS ILMU, BACAAN AL-QURAN, dll. Bila kita ada kereta hebat, kereta itu digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Kita bawa kereta kita ke tempat-tempat yang baik, seperti MASJID, surau, mendengar ceramah agama, menjalankan program-program dakwah. dll, bukan pergi DATING atau buat perkara tak senonoh dalam kereta. Pakaian yang cantik yang kita ada pula kegunaannya adalah untuk menutup aurat kita menurut landasan syarak. Bukan macam pakaian artis-artis semasa program-program anugerah zaman sekarang. Cantik, tapi, tak cukup kain, tak cukup benang. Sakit mata menengoknya..:( Semoga Allah beri hidayah kepada mereka untuk berubah.

Antara segelintir artis Malaysia yang cantik dan sopan. Cuma  kalau Dato' CT labuhkan sket tudung dan pakai dengan sempurna, tentu lebih cantik..:)

Sesungguhnya aku AMAT TAHU, alangkah cantiknya Islam itu, tetapi penganutnya yang menyebabkan Islam nampak hodoh dan tidak dipandang tinggi. Fikir-fikirkan. Tahun baru Islam dah berlalu, tahun baru Masihi menjelma. Adakah perubahan sudah dibuat? 

Mohon maaf kalau entry ni ada menyentuh hati mana-mana pihak. Aku hanya meninggalkan pesanan ini kerana itu PERINTAH ALLAH. Serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran. 

Malam ini, insyaallah, aku dan beberapa orang teman seagama akan bersama-sama dalam operasi bersama JAIS, ABIM Selangor dan beberapa NGO lain untuk membanteras aktiviti jenayah syariah dan maksiat di seluruh negeri Selangor. Menurut track record, tangkapan khalwat dan zina yang dibuat oleh penguatkuasa agama tinggi semasa PEAK SEASON, iaitu semasa sambutan TAHUN BARU dan VALENTINE's Day. Menurut seorang aktivis NGO Islam yang mengusahakan rumah perlindungan untuk gadis-gadis terlanjur, kebiasaannya pada bulan 8 -9 - 10 setiap tahun, beliau menerima terlalu banyak permohonan untuk masuk ke rumah perlindungan beliau oleh ibu-bapa gadis-gadis yang terlanjur. 

Dear all PARENTS, PLEASE.. JAGA ANAK ANDA dengan SEBAIKNYA. PASTIKAN ANDA TAHU DENGAN SIAPA DIA BERKAWAN dan KELUAR. Tengok pakaian mereka. Kalau terlalu SEKSI, tegur dan ubah. MEREKA ANUGERAH ALLAH yang diamanahkan kepada kita UNTUK KITA JAGA DAN LINDUNGI. Apa nak jawab pada ALlah nanti? JANGAN kelak kita MENYESAL KEMUDIAN HARI. 

"Katakan TIDAK kepada maksiat!"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 28 Disember 2010

Renung Sejenak : Kerajaan Selangor persoal pelantikan Mohd Khusrin

Assalam semua,



Aku harap, dan berdoa, cepat-cepatlah isu ni selesai. Aku tak nak nanti, dok asyik pertikai sapa layak jadi SUK Selangor, pentadbiran kerajaan Negeri Selangor pun affected. Sebagai rakyat Selangor jati, (mak abah aku Selangorean, lahir di Selangor, belajar di Selangor, duduk di Selangor, bekerja di Selangor), aku benar-benar berharap semoga isu ini diselesaikan dengan segera dan secara baik.

For me, of course reference must be made to the laws of the state and the understanding / consensus between the state government and federal government (rujukan perlu dibuat kepada undang-undang sedia ada dan perjanjian gunasama di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan), namun KEUTAMAAN harus diberikan kepada kemakmuran kerajaan Negeri Selangor.

I really hope this issue can be settled amicably. I rest my case..:P 
*Tetiba merapu cakap omputeh.. Amenda ntah!

"Just My 2 Cents Opinion"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 23 Disember 2010

Renung Sejenak : Tasbih

Bismillahirrahmanirrahim dan assalam semua,

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah. Tidak sesuatu pun melainkan bertasbih memuji-Nya. Tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka. Sesungguhnya Dialah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."

Surah Al-Isra : ayat 44

Biasanya, pagi-pagi sebelum mula kerja, aku akan baca Quran dulu. Satu muka surat pun cukup. Bagi feel nak kerja KERANA ALLAH. dan bagi TERANG HATI aku yang banyak titik-titik noda. Hari ni dapat baca dari ayat 26 - 45 surah Al-Isra'. Masa aku baca surah tu, aku jumpa ayat ni. Aku suka sangat ayat ni. Betul-betul menginsafkan aku. Sebab semua makhluk termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok, seisi alam, semuanya SENTIASA BERTASBIH memuji Allah, walhal makhluk lain tak kena hisab pun di akhirat kelak. Subhanallah!! Berbeza dengan aku yang nak dihisab ni, asyik leka dengan DUNIA. Apa ntah nak jadi. Astaghfirullahal azim..

Harap- harap, tahun Hijrah ni, tabung amal aku bertambah masyukkk.. Kalau lah kita tau berapa ganjaran atas ibadah dan kebaikan yang kita buat sepanjang tahun, mesti dah boleh set KPI kan?  Cuma Allah sengaja sembunyikan, untuk pastikan kita ikhlas dalam setiap perkara yang kita buat. Moga Allah hidayahkan aku dan semua saudara seIslam yang lain untuk sentiasa mengingati Allah, tak kira dalam keadaan senang atau susah. Amin.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam