Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah diri. Papar semua catatan

Selasa, 25 Januari 2011

Diari : Opocot!!

Berjogging bertiga..:)

Assalam semua,

Tadi aku solat Asar di ofis, sebab nak terus gi joging kat Tasik Shah Alam. Time aku takbir untuk rakaat kedua, tiba-tiba...




"TAP!!"


GELAP...

Gelap pandangan aku. Tak nampak apa-apa. Sejadah pun aku tak nampak. Gelap gelita. Bilik tempat aku solat tu, memang tak ada tingkap langsung. Dinding semata-mata. Mak aii!! Hampess betul sapa yang matikan lampu tu. Tapi tak pe. Aku maafkan orang tu, sebab maybe dia ingat dah tak ada orang kat ofis time tu. Lagipun dah habis ofis hour. Tinggal 2-3 orang kakitangan jer termasuk aku yang ada di pejabat.

Namun, aku manusia biasa. Memang tak khusyuk dah aku solat. Tapi aku tetap teruskan. Bacaan aku kuatkan, sebab kegelapan tu menyebabkan aku terfikir yang bukan-bukan. Nauzubillah...

Yang bagusnya, suasana demikian menyebabkan aku terasa seperti aku berada dalam kubur. Rasa sunyi sangat. Sepi sangat. Aku cuma dapat dengar suara aku jer...

Agaknya, macam ni lah dalam kubur nanti. Cuma bezanya, sama ada kubur kita diterangi dengan cahaya dan nyaman kesan daripada ibadah yang kita laksanakan, atau gelap-gelita dan dipenuhi dengan binatang berbisa yang menyiksa kita hingga hari kiamat dek kerana dosa yang kita lakukan. Nauzubillahiminzalik.. Mudah-mudahan Allah terima ibadah kita dan mengampunkan dosa-dosa kita sebelum kita disemadikan di rumah transit kita di alam kubur dan dibangkitkan semula.
Nyamannya berjoging di tasik.. Banyak pepohonan hijau melindungi kami dari terik matahari.

Usai solat Asar, aku terus ke Taman Tasik Shah Alam. At last, I am back on track..:P. Tak sempat habiskan satu round larian dan jalan cepat, aku bertembung dengan Nora dan Shikin yang dah keletihan berlari.

"Nanti jumpa kat tempat sit up sana tau," kata Nora dengan gaya jurulatihnya.

Aku bersetuju. Kami masing-masing membuat sit up 50 kali sebelum ke kawasan refleksiologi dan untuk menyiksa kaki masing-masing berjalan di atas batu-batu yang menyakitkan. Then, kami decide untuk pulang setelah wajah Nora bertukar menjadi hijau. (Mau muntah Badang..:P). Kami bertiga berjalan beriringan di bawah rimbunan pepohonan yang hijau merimbun menuju ke kereta aku yang aku park di Kedai Kopi. Kami baru saja melalui sepohon pokok yang rimbun apabila tiba-tiba....

Subhanallah...

"PRAAKKKKKK!!!"

Dahan pokok tersebut sebesar batang pokok pisang gugur ke bumi betul-betul di belakang kami. Mujur sangat-sangat ianya tak menimpa kami, tapi memang hampir sangat. SIPI sangat, orang kata. Kalau kami lambat sikit melintasi pokok tersebut, konfem kena kat kami. Alhamdulillah, syukur... Kalau kena kat kami, tak pasal-pasal jer 30 orang jejaka yang gagah perkasa lagi hensem plus beriman terpaksa angkat kami bertiga yang cedera parah ditimpa dahan pokok tersebut. Pastu, tak pasal-pasal kami bertiga terpaksa buat istikharah nak pilih yang mana satu untuk jadi calon suami, sebab selamatkan kami. (Haruskah?)

Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat-sangat. Syukur sebab kami semua selamat. Aku pesan pada Shikin dan Nora supaya buat sujud syukur, sebab terselamat dari malapetaka yang tak dijangka. 

Moral of the stories, Allah Maha Kuasa. Semua yang berlaku atas kehendak dan kuasa Dia. Klausa ini, kalau dalam agreement yang aku draf, ianya dipanggil, ACT OF GOD, atau, TAQDIR TUHAN. Allah Maha Kuasa, manusia tak ada kuasa. Kita sebagai makhluk tak mampu nak halang bila perkara yang di luar kawalan seumpama ini berlaku. Apa yang kita mampu buat adalah sentiasa berDOA supaya kita dijauhkan daripada bahaya dan bala' bencana tersebut. Aminn.

"Allah Maha Kuasa Manusia Tiada Kuasa"
Nurhani
Shah Alam

Ahad, 17 Oktober 2010

Diari : Aku nak jadi lebih baik...

Salam,

Prinsipnya mudah aje.. "Aku nak jadi lebih baik.." tapi nak buatnya susah.. Seyes!! Tak caya, cuba korang tengok ni..


Episod 1: @ home semasa azan Isyak dan Buletin Utama

Aku : Dah azan laa.. nak solat lah!

Syaitan : Rileks la Cik Hani. Baru jer azan.. Isyak kan panjang... Kol 10 nanti kau solatlah.... Apa barang solat awal-awal..

Aku : Solat di awal waktu lebih baik.. kang apa-apa jadi kang, tak sempat solat pulak!

Syaitan : Alah.. setakat dok umah jerr.. tak ada bala besar pun akan jadik kat kau.. Lagipun siang tadi kan kau dah solat 4 waktu dan bersedekah banyak.. rileks lah! Banyak dah pahala tu.. Dah kena tukar container dah.. Dacing pun dah berat sebelah.. Dah dah la.. gi men FB... Nanti sebelum tido, ko solatlah...

Aku : FB?? Menarik jugak tu..:P

Syaitan : Yes! Yes! Yes!


Episod 2 : @ bedroom, kol 3 pagi waktu Malaysia..

Aku : Huwargggghhh!! Ngantuknya nak qiyam...

Syaitan : Baru kol 3 pagi Cik Hani, tido la sekejap lagi... Nanti bangun balik..

Aku : Yerr lah.. tido lagi 10 minit, then bangun balik.. sekejap jerrr.. zzzzzz...

Syaitan : Yes! Yes! Yes!

Aku : zzzzz... (sampai Subuh..)


Episod 3 : @ Office

Aku : Argghhh!! Tension lah! Banyak kot nak kena settle??

Syaitan : Itulah.. Banyak sangat tu.. Rileks la dulu.. Bukan dapat bonus berganda pun kalau buat.. Buat penat-penat pun, orang lain dapat nama.. Ngko? Dapat kerja lagi ada.. Dah dah .. Stop stop.. Tak ada pekdahnya ngko buat.. Tak yah buat kerja tu Cik Hani.. biarkan jerr..

Aku : Hurmmm.. Malas la aku nak buat... Lantaklah situ.. Pi miting dulu.. Nanti ada masa, aku buat...

Syaitan : Yes! Yes!

Begitulah keadaan sebenar kita. Hari-hari kita digoda, dan ada masanya kita menang dan ada masanya kita tewas. Macam aku jugak. Hari-hari aku niat, nak jadi lebih baik dari semalam. Tapi bila aku dah pasang niat macam tu, lebih hebat syaitan goda aku..

Sebenarnya, pertarungan kita dengan syaitan memang takkan habis, sampai kiamat. Ini banyak Allah ceritakan di dalam kalamNya, al-Quran, di mana syaitan akan goda manusia habis-habisan untuk jadi teman mereka di dalam neraka semasa hari kiamat. Nauzubillah..

Harap Allah sentiasa guide aku dan kita semua, untuk jadi hamba Allah yang lebih baik... Ingat! Sebesar zarah pun kebaikan kita, Allah akan kira. Begitu jugak dengan kejahatan, sebesar zarah pun Allah akan catat dan rekod dalam buku amalan kita. So, meh la kita PERANGI SYAITAN MUSUH DURJANA bagi sekalian manusia. Merekalah yang menyebabkan rekod amalan kita teruk. Kalau ada rakan sepejabat yang menjadi penyebab kita dapat penilaian buruk, tentu kita akan membencinya dan menjauhinya. Begitu juga syaitan. Jadi, ayuh!! Bencikan syaitan dan jauhinya. Bagaimana menjauhi syaitan? Jauhi perkara-perkara maksiat yang membawa kita semakin dekat dengannya. Lakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmatNya. Usaha disusuli dengan doa yang berterusan. Insyaallah, Allah bersama kita. DEKATI ALLAH, JAUHI SYAITAN. SYAITAN MUSUH DURJANA!

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 9 Oktober 2010

Renung Sejenak : Cantiknya bila bersanggul..


Salam semua,

Korang suka bersanggul tak? Aku tak suka, sebab tak pandai.. Lagipun, aku kan pakai tudung.. Apa kes tetiba nak bersanggul.. pelik semacam.. hehehe.. Tapi aku suka tengok orang pakai kebaya, atau baju kurung dan bersanggul, pastu letak cucuk sanggul atau bunga atas kepala.. Cantik!! Nampak sungguh ayu dan sopan-santun. Terserlah orang Timurnya..Cuma yang tak bestnya, sebab terbuka auratnya. Biasanya, kat negara kita, cuma pengantin ajer yang nak pakai sanggul dan cucuk sanggul ni..

Tapi, aku tak suka sanggul Arab, yang jadi trend sekarang.. Pelik semacam jer bubuh sanggul macam tu, then pakai tudung. Toncit tinggi.. Heran aku, macam ner ada orang suka pakai sanggul Arab tu.. Ntah-ntah orang Arab sendiri pun tak sanggup nak pakai.. Tak pastilah aku.. Tengah dok surfing, aku jumpa pulak hadis nabi yang dengan jelas menegah pemakaian sanggul tinggi ni. Tak pasti dah ada fatwa ke belum terhadap isu ini. Aku ingat nak cadang pada Jawatankuasa Fatwa untuk buat fatwa pengharaman sanggul Arab ni, sebab trend bersanggul Arab ni dah menular di negara kita.

Ini hadisnya:-

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Rupa sanggul Arab sebelum dipakai. Sama macam rambut palsu.

Untuk mudahkan pemakaian, diorang letak ketip rambut dalam sanggul.

Ini selepas.

Finishing.

Cara-cara pemakaian sanggul Arab.

Perbezaan sebelum dan selepas memakai sanggul Arab.

So, sapa-sapa yang adik-beradik, sepupu-sepapat, saudara -mara, kawan-kawan yang dikenali yang memakai sanggul ni, nasihatkanlah diorang. Pelik lah! Macam zaman firaun pun ada. Lainlah kalau nak berhias depan suami kat dalam rumah, itu dibenarkan. Semoga kita semua terus diberi hidayah untuk berpakaian menurut tuntutan Syarak.

"Berpesan-pesan"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 11 Februari 2010

Diari - Mudah-mudahan Allah panjangkan usia...


Salam semua,

Sejak semalam, bermula jam 9 pagi, saya dan Ketua-Ketua Bahagian di MAIS terlibat di dalam Bengkel menggubal Peraturan bagi anak syarikat MAIS. Tujuan peraturan ini diwujudkan adalah untuk memastikan anak syarikat yang ditubuhkan oleh MAIS sentiasa mematuhi dasar-dasar pentadbiran dan polisi MAIS selaku pihak berkuasa utama di Selangor dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam selepas DYMM Sultan. Ini kerana, pihak MAIS adalah pihak yang berakauntabiliti dalam setiap persoalan berhubung dengan pentadbiran sosio ekonomi umat Islam di Selangor. Ini termasuklah perkara berkaitan pungutan dan agihan zakat, pendaftaran dan perkembangan wakaf, penyewaan tanah-dan premis Baitulmal, pengurusan pusaka tidak berwaris, pendaftaran, penjagaan dan pengajaran muallaf, penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah, pendaftaran nikah, pengurusan masjid-masjid, pembangunan harta umat Islam, dll. Justeru, adalah amat penting bagi setiap anak syarikat MAIS untuk bertindak dalam melaksanakan fungsinya selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh MAIS.

Lebih kurang jam 11.30 tengahari, saya meminta izin untuk menghadiri mesyuarat di Tingkat 9 MAIS bersama Tuan Fouzi, Penolong Penasihat Undang-undang Negeri dan Puan Nurul, seorang peguam dari fima guaman panel MAIS berkenaan dua isu perundangan MAIS. Lebih kurang jam 1.20 kami selesai berbincang. Tuan Fouzi meminta diri untuk pulang.

"Ada kerja lagi ni," katanya.

Saya mengajak Puan Nurul ke pejabat di Tingkat 10 MAIS untuk menyemak beberapa perjanjian dan dokumen perundangan. Saya solat Zohor sementara menantikan beliau menyemak perjanjian dan memberikan komen-komen beliau. Hanya pada jam 2.40 kami selesai berbincang dan perut terasa lapar dan berkeroncong. Disebabkan kantin di bawah tutup (proses pemindahan), kami ke restoran di luar pejabat. Setelah selesai menjamah hidangan, Puan Nurul menghantar saya ke pejabat. Saya menyambung tugasan harian di pejabat sebelum pulang ke rumah pada jam 6pm.

"Letihnya!" getus saya.

Akhirnya saya tertidur disebabkan terlalu letih. Hanya pada jam 7.15 pm, saya terbangun kerana telefon saya berbunyi. "Ya Allah! Dah nak maghrib rupanya," hati saya berkata. Saya bingkas bangun.

"Kak Hani, meh la makan roti tampal (roti canai yang ditampal telur mata kerbau) sama-sama," pelawa Nora yang baru saja tiba di rumah. Lebih kurang jam 9 malam, saya, Nora dan 6 orang kakitangan wanita MAIS bergegas ke Dewan MBSA di seksyen 7 untuk bermain badminton. Seronok rasanya bila dapat mengeluarkan peluh sambil membuat pukulan 'smash'. Lebih kurang jam 11 malam, kami berhenti.

Sampai di rumah, sementara menantikan peluh saya kering, saya membaca beberapa buah majalah yang saya beli semasa Karnival Karangkraf minggu lalu. Akhirnya, hanya pada jam 12.30 saya bangun, membersihkan diri dan solat. Jam menunjukkan pukul 1.30 semasa saya membaca doa untuk tidur beserta tiga 'qul'. Hajat di hati nak melayari web, tapi dah lewat sangat.

Rasanya macam baru jer pukul 9 pagi, dah pukul 1.30 pagi. Keterbatasan waktu yang begitu pantas berlalu, semacam menakutkan. Banyak amalan belum dibuat, banyak tanggungjawab belum selesai, banyak hutang belum dilunas. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita untuk membuat semua perkara itu. Amin..


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
MAIS.

Jumaat, 15 Januari 2010

Diari - Gerhana Matahari 15 Januari 2010


Salam semua,



Rasanya baru ajer 31 Disember lepas berlaku gerhana bulan cincin. Hari ni, 15 Januari 2010, berlaku pula gerhana matahari. Saya sebenarnya dah terlupa ada gerhana matahari hari ini. Namun, tengahari tadi, semasa waktu rehat yang panjang, saya sempat tidur kerana terlalu letih. Saya bermimpi mengenai gerhana matahari yang berlaku, tapi saya tidak mengambil kisah sangat, kerana ia sekadar mimpi.

Jam 3 petang tadi, saya menghadiri mesyuarat penyelarasan bagi pewartaan fatwa yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Ustaz Halem Hapiz, Timbalan Setiausaha MAIS. Turut hadir adalah ustaz Mat Jais Kamos, Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

"Banyak kali dah gerhana yer... Tahun lepas dah dua kali.. Tahun ini rasanya baru hari tu gerhana bulan, ini gerhana matahari pulak," kata Ustaz Halem.

"Eh! Gerhana ke Ustaz? Bila?" tanya saya.

"Ni, kejap lagi ni, pukul 3 lebih," jawabnya.

"Biasalah.. Tanda-tanda kiamat," ulas Ustaz Jais.

"Iyerr.. hmmm.. Nauzubillah.."
ucap saya.

"Kenapa nauzubillah pulak? Kiamat berlaku, memang pasti," tanya Ustaz Jais.

"Tak la Ustaz. Tak ready laa.. Amalan tak cukup," jawab saya tersipu-sipu.

"Apa pulak tak ready.. Kena la ready.." tegur Ustaz Jais, sinis tetapi penuh makna.

"Yer lah.. Tau.. Kena lah "ever ready" macam battery ever ready tu," saya membalas menyebabkan semua yang hadir tersenyum.

Manusia, sentiasa tak bersedia bila bercakap mengenai kiamat dan kematian. Termasuklah saya. Namun teguran Ustaz Jais mengingatkan saya, we must be ever ready, sebab kita tak tahu bila saat kematian kita tiba dan bilakah kiamat yang pasti itu tiba. Dan bila saat itu tiba, adakah cukup amalan baik kita?

Gerhana sentiasa mengingatkan saya pada hari kiamat yang pasti, dan mengingatkan saya pada amalan saya yang tak pasti Allah terima atau tidak. Saya mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat supaya sentiasa menambah amalan, sebab kita tak pasti amalan kita yang manakah yang Allah terima. Dunia hanya persinggahan, akhirat tempat yang hakiki. Mudah-mudahan amalan kita semua diterima sebagai bekalan di akhirat. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani

Shah Alam

**Fakta-fakta gerhana matahari 15hb Januari 2010 - Bermula 3.02pm, maksimum 4.20pm & tamat 5.38pm. Ulama telah bersepakat tentang hukum sunat muakkad bagi melaksanakan solat sunat gerhana. Hukum sunatnya adalah sama dengan hukum solat dua hari raya. Solat sunat gerhana pula hanya dilakukan di tempat berlakunya gerhana. Jika saudara kita di satu tempat seperti Afrika Utara mengetahui ramalan akan berlakunya gerhana matahari separuh pada 29 Safar 1428, tetapi gerhana tersebut tidak berlaku d Malaysia, maka umat Islam di Malaysia tidak disunatkan untuk melakukan solat gerhana.

Isnin, 31 Ogos 2009

Diari- Merdekakah kita?

Salam semua,

Hari ini, 31hb Ogos 2009 adalah Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 52. Alhamdulillah. Syukur kerana Allah Taala memberikan peluang untuk kita meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. 52.. bukannya satu waktu yang singkat. Kalau kita Pegawai Kerajaan, lagi 5 tahun nak pencen. Kalau dari sudut fizikal manusia, memang kita dah digelar 'orang tua' atau 'golongan veteran'. Ayat yang lebih sopan untuk mereka adalah 'warga emas'. Tapi memang tak pernah ada yang beranggapan bahawa di usia 52 tahun, kita masih tergolong dalam golongan muda atau remaja, melainkan orang yang mempunyai masalah mental. Maknanya, negara kita telah cukup 'tua' dan matang pemikirannya.

Namun, persoalannya, adakah negara kita benar-benar 'merdeka'? Merdeka dari perkara-perkara songsang, budaya songsang, ajaran songsang, ideologi songsang, akidah songsang.. Rasanya baru tadi saya membaca Sinar Harian online menulis berita mengenai seorang gadis berumur 15 tahun dicabul bapa saudaranya yang berumur 42 tahun. Minggu lalu, saya membaca blog Mazidul Akmal (Pengacara 360) yang menulis mengenai blog2 gay yang tanpa segan silu memaparkan biodata dan mengaku mereka gay. Sejak dua minggu yang lalu media -media cetak menulis mengenai kritikan dan komen negatif yang dilemparkan terhadap badan-badan islam mengenai hukuman ke atas Kartika Dewi yang mengaku meminum air kencing syaitan. Siaran TV masa kini (setelah 52 tahun merdeka) yang majoritinya memilih untuk menyiarkan hiburan berbentuk realiti TV, kerana mengaut keuntungan yang lumayan (menyebabkan saya sangat jarang menonton TV), kecuali program-program tertentu. Tak masuk dengan mata yang sakit melihat 'free show' 'punggung-punggung' anak-anak gadis kita yang pakaiannya ketat, singkat dan menjolok mata. Saya turut membaca dalam Harian Metro pagi ini kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam "Ops Masih Ada yang Sayang" yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini. Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Merdekakah kita kalau perkara-perkara itu masih membelenggu setiap jiwa manusia yang berfikir? Merdekakah kita? Wajarkah kita mengaku negara kita telah merdeka? Allah berkata:"Tidakkah kamu berfikir?"

Tahun ini, masjid di sebelah rumah saya mengadakan sambutan Merdeka di masjid. Disebabkan jarak yang terlalu hampir dengan masjid, saya dapat mendengar Tuan Imam membacakan doa. Walaupun suaranya tidak begitu jelas, namun, ramai yang mengaminkan doanya. Alhamdulillah, kemungkinan sudah tiba masanya kita membuat anjakan paradigma dengan membuat program-program 'cintakan negara' di masjid, bukan di dataran-dataran atau tempat yang mencampurkan lelaki dan perempuan tanpa sekatan, dengan countdown yang akhirnya menyebabkan ramai remaja kita 'down' di tangan nafsu sendiri.

Apapun, Selamat Hari Merdeka saya ucapkan kepada semua. Kita mungkin merdeka dari penjajah, tetapi belum merdeka dari jiwa penjajah yang penuh dengan budaya songsang dan ideologi songsang. Kita juga belum merdeka dari akidah-akidah songsang yang sering mengganggu umat Islam. Mudah-mudahan kita yang merdeka dapat membantu me'merdeka'kan yang lain, yang belum tahu nilai satu 'kemerdekaan' sebenar. Merdeka seorang hamba, apabila dibebaskan oleh Allah dari dosa-dosanya, dan diberi ganjaran syurga setimpal dengan amalannya. Semoga Ramadhan ini, memberi satu kemerdekaan bagi kita dan keluarga kita. Allahumma barikna fi Ramadhan... Ya Allah, berkatilah kami dalam Ramadhan ini yang penuh kebberkatan.. Amin..

"Mengharap Redha Ilahi"


Nurhani


Kampung Raja Musa

Kuala Selangor

Selasa, 25 Ogos 2009

Diari - Ramadhan yang mengujiku..


Salam semua,

Kebelakangan ini saya jarang mengupdate blog disebabkan komitmen kerja-kerja di pejabat. Tambahan pula, sekarang ini bulan Ramadhan, sebelah malam saya mempunyai komitmen di masjid.

Dalam entri saya lepas, saya berharap semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih bermakna. Betullah doa orang yang berpuasa makbul. Ramadhan tahun ini, beberapa peristiwa pahit dan manis terjadi pada saya, walhal baru empat hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah ini.

Bermula pada Jumaat lepas, kesabaran saya benar-benar diuji apabila seorang peguam dan seorang anak guamnya melemparkan kata-kata yang kurang sopan kepada saya, disebabkan pertikaian terhadap isu kecil. Masing-masing nak menang. Anak guamnya dengan selamba menghamburkan kata-kata yang menyiat kesabaran saya. Kebetulan pula, saya baru habis mesyuarat menyiapkan afidavit jawapan bagi kes yang berkaitan. Memang letih sangat, sebab seharian memerah otak untuk menyiapkan jawapan. Bila ter'provoke' dengan kata-kata anak guamnya, saya berkata kepada peguam tersebut (dengan nada agak tinggi sebab stress),'

"I think u should do the talking, not him, since he's already appointed you. " kata saya.
Peguam tersebut meminta anak guamnya berhenti bercakap, tetapi disebabkan anak guamnya tidak berpuas hati dengan saya, dia terus angkat punggung dan berkata kepada peguamnya dengan nada marah," Dah la. Kita dah dengar apa LA MAIS cakap. Tak payah nak cakap panjang2, kita balik aje. Tak guna cakap kalau jawapan macam ni yang kita dapat," katanya marah-marah.

"Takk. Tuan, sekarang ni, u all dah la datang lambat, lepas ofis hour, minta kita extend masa, dah tu put the blame on MAIS. Semua pun salah MAIS, sedangkan tuan-tuan yang lambat sampai. Notis kita dah bagi awal pagi tadi kat peguam tuan," kata saya cuba mengawal keadaan. Dalam hati Allah saja yang tahu, sebab letih campur kena provoke, memang la geram.

"Nanti, nanti," kata peguam itu sambil mengangkat tangannya. "Boleh selesai ni," katanya lagi.

Anak guam beliau yang panas hati bangun dan terus berkata," Awak kena dengar arahan saya. Saya ni anak guam awak, saya beri arahan untuk kita balik saja," katanya marah-marah sambil menarik tangan peguamnya. Walaupun nampak tak puas hati dengan tindakan anak guamnya, dia terpaksa akur dan bangun.

"Terpulang kat Tuan. Isnin nanti boleh datang semula. Kita sentiasa beri peluang," kata saya pendek tetapi tegas.

Saya terus pulang ke rumah untuk solat Asar dan bersiap-siap untuk solat maghrib dan tarawikh di masjid negeri. Selepas Solat Asar, saya termenung sendirian memikirkan kejadian yang baru berlaku. Terasa malu sebab kalah dengan nafsu ammarah tadi. Menyesal dengan tindakan yang saya buat. Sedih sungguh rasanya. Rasa nak je jumpa pakcik tu balik dan minta maaf. (Terfikir nak bagi kurma kat pakcik tu...) Air mata ringan jer mengalir... beratnya nak menjaga hati...

Sengaja saya hadir awal di masjid negeri, untuk mencari ketenangan hati. Awalnya, seorang sahabat yang mengajak untuk bertarawikh bersama, saya tolak dengan baik. "Gi lah tengok muka orang yang tenang, baru cool sket," katanya pada saya. "Hmmm... tak pelah. I need time to be alone," kata saya ringkas. Jemaah memang sedikit semasa saya sampai, sebab saya sampai dalam jam 7.45 pm. Nak parking pun senang. Alhamdulillah... Rasa lebih tenang bila sampai saya. Sempat mendengar ceramah dari Imam Besar mengenai fadhilat Ramadhan. Lepas tarawikh, sempat saya sambung semula kerja-kerja sebelum melelapkan mata.

Sepanjang Sabtu dan Ahad, saya menyiapkan tugasan yang sama, tapi sebab banyak, memang tak dapat nak dihabiskan. Niat asal, tak nak balik, tapi sebab tak leh tahan dengan godaan nak berbuka dengan keluarga di kampung, saya akur dengan kehendak hati, dan saranan sahabat saya, untuk lihat wajah-wajah yang tenang dan saya sayang. Teringat pada abah dan emak, hati meronta-ronta nak balik. "Tak kisahlah siap kerja ker tak, nak balik gak," getus hati saya. Tambahan pula, teman2 serumah saya semuanya pun pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga. Perjalanan ke kampung rasa mudah dan ceria, sebab jalan pun tak jem. 5 minit sebelum buka saya sampai. Semua adik-beradik lain ada, kecuali yang menuntut di UTM Johor. Terus hilang keserabutan dan kekusutan dalam kepala. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... :)

Pagi ini sekali lagi saya diuji. Seorang pakcik dan isterinya marah-marah kepada saya kerana satu isu yang berbangkit. Berbeza dengan pendekatan hujah balas, saya biarkan pakcik itu melepaskan rasa marahnya. Memang la rasa panas hati, tapi boleh bertahan. Mungkin sebab berpuasa dan pagi tadi bertadarus, rasa lembut sket hati kot. Hehehe..

Apapun, Ramadhan ini masih panjang. Banyak lagi ujian yang bakal saya lalui. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada saya untuk bersabar dan melalui ujian-ujian lain, untuk mendapatkan keampunan di akhir Ramadhan ini.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

Jumaat, 21 Ogos 2009

Diari - Semoga Ramadhan ini penuh makna..


Salam semua,

Sempena Ramadhan Al-Mubarak tahun ini yang akan bermula esok, saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada semua pengunjung blog, kemungkinan ada entry-entry saya yang menyentuh sensitiviti sesetengah pengunjung. Selain berpuasa, semoga Ramadhan ini kita penuhi dengan menunaikan ibadah-ibadah wajib dan sunat seperti bertadarus dan bersolat tarawih. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat menambah iman dan amal kita untuk bekalan di akhirat kelak. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan 1430H. Semoga puasa kita bukan sekadar mendapat lapar dan dahaga, tetapi diterima Allah. Semoga Ramadhan ini penuh makna.. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani Salwa Jamaluddin
Bangunan Sultan Idris Shah
Shah Alam Selangor

Sabtu, 8 Ogos 2009

Diari - Rumah ini, bukan rumah biasa..

Salam semua,

Semalam saya berkesempatan untuk menziarahi pesakit-pesakit HIV Muslim yang dipindahkan dari sebuah gereja di Rawang oleh Ustaz Amin ke penempatan baru mereka di Petaling Jaya. Sebelum ini, saya sempat berkunjung ke sana semasa penghantaran katil-katil dari Hospital Pakar KPJ Selangor (dahulunya SMC). Semasa pertama kali menziarahi rumah mereka, memang kosong, tak ada apa-apa. Katil tak ada, tilam tak ada, sejadah tak cukup, mesin basuh tak ada, meja kerusi pun tak ada. Saya dimaklumkan oleh Ustaz Amin, sebelum ni mereka tidur atas lantai simen. Sedih saya dengar. Mujurlah masih ada yang sayang dan prihatin, diberikan toto dan selimut untuk alas tidur.

Alhamdulillah. Malam tadi, terdapat banyak keperluan asas yang telah disumbangkan termasuk dari pihak MAIS, KPJ dan orang-orang perseorangan. Meja makan dan kerusi, katil, double decker, almari, cadar, tilam, bantal, mesin basuh dan peti sejuk sumbangan MAIS, telah sampai. Katil sumbangan KPJ juga telah disusun. Sejadah-sejadah bersusun dan terlipat kemas di ruang solat. Suasana lebih ceria berbanding pertama kali saya sampai. Ketika saya sampai, Mohamad Ali, salah seorang pesakit di sana, sedang belajar mengaji dengan Ustaz Yazid, yang ditugaskan untuk memberi bimbingan agama kepada penghuni-penghuni rumah tersebut. Jelas di telinga saya Mohamad Ali mengikut sebutan Ustaz Yazid.

"Alif, Ba, Ta..." sebutnya perlahan-lahan.

Mohamad Ali juga adalah saudara baru (muallaf) yang memeluk Islam pada tahun 2007 di Perkim. Di umur lewat 40-an, kesungguhan beliau untuk belajar mengaji menginsafkan saya.

"Alhamdulillah. Allah Maha Penyayang. Mereka masih mempunyai peluang, itupun jika diberi peluang,"bisik hati saya.

Sebelum pulang saya sempat menghadiahkan mereka kain-kain pelikat dan sejadah untuk solat.

"Rajin-rajin solat yer," kata saya pada Nasa, pesakit HIV yang rajin melayani tetamu. "Mestilah," jawabnya sambil tersenyum. Beliau sempat berkongsi cerita dengan saya semasa kunjungan saya kali pertama dulu. Teringat saya ceritanya.

"Dulu saya pernah balik sekali, nak jumpa anak-anak saya. Anak saya dua orang. Saya orang Pahang. Mak mertua saya halau saya. "KO JANGAN SENTUH CUCU AKU!!," marah emak mertuanya. "Diorang tak terima saya," katanya sedih.

"Kesiannyer," bisik hati saya. Jauh di sudut hati, saya berdoa, mudah-mudahan Allah bantu golongan seperti ini. Golongan ini telah melalui keperitan hidup yang mungkin kita sendiri tidak pernah lalui dan tidak dapat bayangkan. Keperitan, kesakitan, penderitaan mereka, hanya Allah sahaja yang tahu rahsia itu. Mereka perlu dibimbing dan dibantu. Mereka tidak dapat menguruskan diri mereka tanpa dibantu.

Subhanallah! Dan sesungguhnya saya sendiri melihat bantuan Allah itu didatangkan melalui hamba-hambanya yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu, saudara seagama. Disuntiknya keazaman dan kekuatan dalam diri hambaNya untuk membantu. Digerakkan mental dan fizikal hambaNya untuk membantu. Walau apa cabaran dan rintangan, hambaNya tetap meneruskan, kerana hambaNya percaya, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA .

Sekalung penghargaan kepada hamba-hamba Allah yang komited dalam membantu saudara seislam kita, mudah-mudahan Allah terus menetapkan hati-hati kamu untuk berbakti dan bekhidmat di jalanNya. Mudah-mudahan Allah melimpahruahkan rahmatNya atas kamu semua. Kepada hamba-hamba Allah yang lain, mari sama-sama membantu, walau sebesar zarah sekalipun, tetap Allah iktiraf. Rumah ini masih memerlukan sumbangan, termasuklah sebuah van untuk berulang-alik ke hospital. Insyaallah, pihak MAIS sedang dalam proses untuk mendapatkan sebuah van untuk kegunaan rumah ini. Buat sementara waktu ini, ada individu yang prihatin meminjamkan kereta peribadi mereka untuk menghantar pesakit.

Pesakit HIV ini, mereka mahu berubah, cuma mungkin tidak diberi peluang. Hanya cemuhan dan kejian diterima. Dibuang sahabat dan keluarga. Tidak ada siapa yang endah. Akhirnya 'dikutip' dan disayang oleh penganut lain. Pada sebahagian daripada kita, mereka ibarat bangkai bernyawa. Tidak ada nilainya pada kita. Tidak boleh dijadikan contoh pada yang hidup. Namun, sekurang-kurangnya, kita bantu mereka, memperbaiki diri dan meningkatkan amal, sebelum saat terakhir itu tiba. Sekurang-kurangnya, bila ditanya Malaikat pada hari kebangkitan;

"Nurhani, apa yang telah kamu lakukan apabila saudaramu terperangkap di dalam gereja?"

mungkinkah saya telah ada jawapannya?

"Masih ada yang sayang"

Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

Katil2 dari KPJ. Baju putih, Bro Mohamad Ali, baju hitam, Bro Nasa.

Tilam sumbangan KPJ.

Pandangan dari atas rumah.

Dapur basah. Banyak ruang kosong. Kalau dapur kita? Dah tak tahu nak letak barang di mana kan? Sebab dah penuh.

Toto dan bantal sumbangan hamba Allah yang baik hati sementara menunggu bantuan katil dan tilam. Mudah-mudahan Allah membalas satu kebaikan yang mereka buat dengan 10 kebaikan.

Mesin basuh sumbangan MAIS.



Almari pakaian sumbangan MAIS.

Peti ais sumbangan MAIS.

Katil sumbangan MAIS.

Berbaju biru, En Mohd Azis, wartawan dari Berita Minggu. Kata beliau," Kami tak dapat nak sumbang wang ringgit atau barang-barang. Apa kami buat, kami bagi publisiti, mudah-mudahan ramai umat Islam yang membuka mata untuk membantu." Alangkah bagusnya jika semua orang berfikiran seperti En Azis, membantu tak semestinya dengan wang ringgit. Kita boleh menggunakan kelebihan yang ada pada kita yang Allah kurniakan.

Jurugambar Berita Minggu mengambil foto Ustaz Amin bersama-sama sebahagian penghuni rumah HIV ini untuk dimuatkan di dalam Berita Minggu.

Saat saya bertolak balik, kebetulan baru masuk waktu Isyak. Ustaz Yazid mengalunkan azan. Tak perlu disuruh, masing-masing terus mengambil tempat di belakang Imam. Sebak hati saya kerana membayangkan keadaan mereka di gereja sebelum ini. Adakah situasi seperti ini terjadi? Adakah mereka dibimbing seperti ini? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sesungguhnya, rumah ini, bukan rumah yang biasa. Rumah ini didirikan atas dasar taqwa, atas dasar kasih sayang sesama saudara seislam, atas asas bahawa Islam itu satu jemaah, atas dasar kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu sesama Islam, tidak mengira pangkat dan keturunan. Rumah ini membuktikan Islam itu sememangnya seperti bangunan yang kukuh, disokong oleh penganut-penganutnya yang bertaqwa dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghidupkan bangunan itu menurut cara Islam yang sebenar. Allahummansurna wal muslimin. Ya Allah, bantulah kami dan (sekelian) orang-orang Islam. Amin.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Diari - Bila dah lama tak buat..

Salam semua,

Semalam saya berpuasa sempena meraikan Nisfu Syaaban 1430. Seawal jam 4.30 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan bersolat sunat. Memang kebiasaan saya, kalau bangun pagi-pagi, mesti layan kopi, nak tahan mengantuk. Untuk wanita yang 'rajin' macam saya, kopi yang biasa saya minum, mestilah 'kopi instant'! Hehehe... Jenama Manggoda. Sedap kopi ni, sebab ada campuran biji habbatussauda dan manggis. Efeknya, memang taktidur la lepas tu..

Sebelah pagi di pejabat, ok lagi.. bertahan, walaupun ada meeting bersama Ketua Bahagian di MAIS. Selepas Zohor, saya dan seorang pegawai MAIS bertolak ke Hospital PUSRAWI Kajang untuk menguruskan beberapa perkara. Saya memandu sendiri ke sana. Sebab dah lama tak drive, (in fact, saya memang tak suka drive time tengahari and waktu panas, sebab mengantuk) ditambah dengan puasa, memang laaaa mengantuk.. Sahabat saya sampai tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Kami berjumpa dengan Encik Omar, Pengurus Operasi di sana. Sempat juga beliau meng'update' kami (selaku pengarah ganti) mengenai kes-kes terkini yang berlaku di Hospital tersebut.

Sampai pejabat lebih kurang jam 5 petang. Saya ingat nak balik dah, tapi seorang kakitangan, Shakirah, memaklumkan beliau nak stay back, dan minta saya menemaninya.

"Kesian pulak budak ni." kata saya.

Saya terus solat Asar. Habis solat memang dah tahan dah ngantuknya, terus tertidur atas sejadah.. Sedar-sedar, Shakirah kejutkan saya, dah pukul 7.15pm. Saya terus siap2 untuk Solat Maghrib, berbuka dengan meneguk air mineral, dan terus mencari tempat nak buka posa. Sebab letih sangat, minta Shakirah yang memandu. Habis berbuka, dalam pukul 9, beliau menghantar saya pulang. Kat rumah, sempat bersembang-sembang sekejap dengan housemate, sebelum melelapkan mata semula pada jam 11 malam.

Punya la mengantuk dan letih, bila puasa. Rasanya sebelum-sebelum ni, ok jer... tapi agaknya sebab dah lama tak buat... Tu la pasal. Peringatan untuk diri sendiri. Kena merajinkan diri untuk berpuasa sunat, tak la teruk sangat. Harap-harapnya, Ramadhan ni, tak la macam ni.. :)

Jumaat, 31 Julai 2009

Renung Sejenak - Teman Sejati

Salam semua,

Lagu 'Teman Sejati' nyanyian kumpulan nasyeed Brothers asyik terngiang-ngiang dalam minda saya.Walau terlalu banyak yang terpendam dan ingin diluahkan, ini saja yang mampu untuk saya curahkan pada ketika ini. Kata-kata dari Imam Shafie yang agung, ingin saya kongsikan dengan semua yang bergelar sahabat, sama ada yang dekat dan yang jauh, lebih-lebih lagi sudi menerima saya sebagai sahabat atau temannya..

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Persahabatan turut ditakdirkan begitu. Bertemu, Berkenalan, Berpisah. Perjalanan masih panjang, perjuangan masih belum selesai. Yang menjadi Adat, yang patah tumbuh yang hilang berganti. Mudah-mudahan mendapat ganti teman yang lebih baik. Mudah-mudahan digantikan Allah sahabat yang lebih unggul. Kita hanya manusia, Allah jua yang berhak menentukan yang terbaik bagi kita. Tidak salah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Wallahua'lam.

Nurhani

Seksyen 3
Shah Alam

Selasa, 21 Julai 2009

Diari - Israk Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya Muhammad pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Isra' : Ayat 1

Salam semua,

Hari ini bersamaan 27 Rejab adalah salah satu daripada hari-hari kebesaran Islam, yang wajar diingati dan diraikan, kerana perjalanan Nabi Muhammad SAW, daripada Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin lebih kurang 1400 tahun yang lalu, sememangnya meninggalkan kesan yang begitu besar kepada kita umat akhir zaman. Saya memang menunggu-nunggu tibanya hari ini.

Namun, disebabkan terlalu asyik dengan kerja dan kesibukan dunia, saya terlupa bahawa hari yang saya tunggu2 itu jatuh pada hari ini. Saya cuma teringat bila seorang kakitangan memaklumkan bahawa beliau berpuasa. Mujurlah sahabat saya, Ustaz Amin mengajak ke ceramah Israk Mikraj selepas waktu pejabat di sebuah masjid di Kelana Jaya, dapatlah juga meraikan hari besar umat Islam ini.

Banyak pengisian yang saya perolehi melalui ceramah selama 1 jam yang disampaikan oleh Ustaz Amin sendiri. Ayat 1 Surah Al-Isra' berjaya dikupas dengan baik oleh beliau. Antaranya, surah Al-Isra' ini dimulakan dengan ayat tauhid, iaitu subhanallazi, dan diakhiri juga dengan ayat tauhid, iaitu yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui".

Ustaz Amin turut menyimpulkan, iktibar daripada Israk Mikraj adalah penghayatan rukun-rukun Iman yang enam, iaitu:-
1) Beriman kepada Allah (kerana dalam perjalanan ini Rasulullah SAW bertemu dengan Allah)
2)Beriman kepada Rasul (kerana Nabi Muhammad menemui rasul2 terdahulu semasa diisrakkan)
3) Beriman kepada malaikat (jumpa malaikat tak tahu berapa jumlahnya kerana terlalu ramai)
4) Beriman kepada kitab (jumpa rasul yang menerima kitab2 terdahulu)
5) Beriman kepada Qadha' dan Qadar (kerana beliau ditunjukkan dengan kesan/balasan untuk orang-orang beriman dan ingkar dengan suruhan Allah); dan
6) Beriman dengan Hari Qiamat (kerana Nabi ditunjukkan dengan syurga dan neraka)

Terdapat beberapa kesimpulan lain secara keseluruhan, bagaimanapun, Allah sengaja menjadikan peristiwa Isra' dan Mikraj ini supaya untuk mengukuhkan iman kita kepada Allah kerana mempercayai peristiwa ghaib ini. Banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat, tetapi buku catatan saya tertinggal di dalam kereta. Apapun, saya yakin Ustaz Amin akan menceritakan mengenai Israk dan Mikraj ini dengan lebih lanjut di dalam blog beliau. Semoga kita semua semakin dikukuhkan iman dan Islam kerana Allah.

Mengharap redha Ilahi,

Nurhani
Seksyen 24
Shah Alam.

Sabtu, 18 Julai 2009

Diari - Mengharap Keredhaan Allah

Salam semua,

Kadang-kadang, saya bertanya pada diri sendiri, "Kenapa aku yang perlu buat semua ini?" Soalan ini sering terlintas di benak saya, terutamanya saat-saat saya diberikan tugasan yang mencabar dan melampaui keupayaan diri sendiri. Sepanjang minggu ini, soalan itu kerap muncul, lebih2 lagi bila saya kerap diduga dengan ujian perasaan dan persahabatan. Ada sahabat yang mempertikaikan kapasiti saya untuk membantu kerja-kerja beliau. Sebaliknya, ada juga yang betul-betul memerlukan saya dalam tugasan mereka. Ada juga sahabat yang meminta pertolongan saya sekadar untuk mendengar luahan perasaan mereka. Ada juga yang rasa gembira bila bekerja bersama dengan saya, ada juga yang tidak gembira. Pada saya, itu semua asam garam kehidupan. Kadang-kadang kita diperlukan, kadang-kadang kita tidak diperlukan. Kadang-kadang kita diharap untuk sama-sama membantu, kadang-kadang tiada siapa yang mengharap pada kita. Apapun, pada saya, dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi, saya yakin dan redha, bahawa saya tidak boleh menaruh dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada manusia, untuk menyelesaikan sesuatu atau semua perkara. Saya yakin dan percaya bahawa, kalau niat kita baik dan untuk membantu agamaNya, yang penting adalah kita berusaha sebaik mungkin dan menyerahkan semuanya kepada Allah untuk ditentukan. Hanya Allah yang akan menentukan apa yang terbaik bagi kita, kerana kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi Allah yang layak menentukan hasil usaha kita.

Pada hari Selasa 14/7/2009, saya dimaklumkan bahawa beberapa orang pembeli pangsapuri di Seksyen 16 akan mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan SUK pada hari Rabu kerana kelewatan penyerahan kunci rumah kepada pembeli. Saya menyatakan kepada pegawai yang terlibat supaya bertenang, kerana kita telah usahakan sehabis baik untuk menangani isu tersebut. Malamnya, saya serahkan pada Allah untuk membantu MAIS. Alhamdulillah, saya dikhabarkan, tunjuk perasaan tidak dapat dijalankan pada hari tersebut, kerana dihalang oleh pengawal keselamatan SUK.

Pada hari Rabu 15/7/2009, saya bersama dua orang pegawai MAIS dan Ustaz Amin menemui Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Shah Alam untuk mendapatkan katil terpakai untuk digunakan bagi penempatan baru pesakit HIV Muslim di Rawang. Alhamdulillah, Allah membuka pintu hati Tuan Haji Mohd Johar bin Ismail untuk memberikan katil-katil hospital yang terpakai tetapi masih elok untuk digunakan.

Pada hari Khamis 16/7/2009, saya memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai misi 'menyelamat' saudara semuslim di gereja di Rawang. Mesyuarat tersebut pada awalnya hampir-hampir tidak dapat diadakan kerana kuasa saya memanggil mesyuarat tersebut dipertikaikan. Tetapi semuanya kuasa Allah. Dia yang menggerakkan hati Setiausaha MAIS yang juga Pengarah JAIS untuk meneruskan mesyuarat dan mempengerusikannya walhal mesyuarat tersebut awalnya saya minta dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha MAIS. Alhamdulillah, Allah jua yang menentukan supaya mesyuarat diakhiri dengan keputusan menubuhkan dua penempatan alternatif kepada pesakit2 HIV di sebuah kawasan di Subang dan Kuang, Selangor. Kedua-dua buah penempatan tersebut akan diuruskan oleh dua badan NGO Islam, iaitu Yayasan Al-Ijabah dan Yayasan Budi, dengan pembiayaan di pihak MAIS.

Pada hari Jumaat 17/7/2009, saya dilantik sebagai Ketua Urusetia Persembahan untuk Malam Amal Waqaf 2009 yang diadakan pada malam ini. MB akan turun untuk merasmikan program. Selepas solat Jumaat, saya menghadiri rehearsal bersama syarikat event management yang dilantik untuk membuat gimmick dan menyediakan artis untuk menjayakan program malam ini. Malam ini betul2 membuatkan saya dan sahabat2 MAIS yang lain sedar, bahawa sememangnya kita tidak boleh menyandarkan harapan dan keyakinan atas kepandaian dan kekuatan manusia semata2, kerana sesungguhnya Allah jua Yang Maha Kuasa. Gimmick yang dirancang oleh perunding yang berupa sebuah globe yang terbelah dan mengeluarkan Mesin ATM, sebagai simbol untuk berwakaf melalui ATM, tidak menjadi! Malunya kami, Allah saja yang tahu, sebab MB dah tekan dengan dua-dua tangan beliau, tapi nothing happened!! Sedangkan sepanjang petang kami dah cuba globe tu tiga kali, menjadi semuanya, tetiba time betul2, mesinnya meragam.. ada masalah teknikal katanya. ArrrgggHH!! Tapi memang kami semua malu betul, sebab MB dah poyo dah, memula tekan sebelah tangan, tapi tak jadi apa, tekan dua2 belah tangan, tak jadi jugak!! Sudahnya, malam tu jugak, kami bagi tazkirah percuma pada perunding, sebab tak sediakan alternatif langsung kalau globe tu tak berfungsi. Saya memang mengamuk, sebabnya, bacaan selawat yang dijanjikan tak ada, artis datang lambat, gimmick tak menjadi. Paling tensen bila kami diberitahun oleh salah seorang urusetia yang berjumpa dengan pengerusi MAIS, Dato' Azib ada berkata,"Program malam ni sedihnya"katanya. What a bad remark..

Petang tadi, lebih kurang jam 3 petang, saya menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Tilawah Saudara Baru di Kompleks Yayasan Restu. Sempat saya bersembang dengan Pengarah Program, Ustaz Helmi. "Ustaz tau tak malam tadi gimmick kami tak menjadi?" tanya saya. "Tau, malam tadi time yang sama saya dok tengah menggulung wayar kat sini," katanya. "Oh! Patutlah kami ada masalah wiring kat sana, rupanya sebab ustaz dah ambik wayar tu,"gurau saya. "Kes-kes macam ni, kadang2 puncanya dari hati,"Ustaz Helmi menyambung. "Saya teringat kata Dato' Khusrin (Pengarah JAIS), memang nampak kita dah buat dan usaha, tapi hati kita niat lain. Tu yang Allah nak tunjuk, jangan terlalu berserah dan harap pada manusia" katanya lagi. Terus terang saya setuju 100 peratus dengan kata-kata beliau dan menyesali tindakan malam tadi kerana percaya 100% kepada kebolehan dan keupayaan perunding, tanpa menyerahkan dan bertawakkal kepada Allah. "Astaghfirullah," hati saya berbisik. "Patutlah malam tadi tak menjadi, rupanya kami semua yakin sangat dengan perunding,"kata saya."Lagipun diorang perunding) macam ada riak sikit la, sebab diorang cakap program MAIS ini sap sap soi (lebih kurang 'senang' la maksudnya), coz diorang dah biasa buat program besar-besar,"kata saya. "Patut lah," ulas Ustaz Helmi, pendek. "Ada masalah dengan hati la tu," katanya lagi.

Jauh di sudut hati saya, saya amat-amat terkesan dengan perbualan singkat bersama Ustaz Helmi tadi. Teringat juga pesanan sahabat saya Ustaz Amin yang mengingatkan bahawa kita membantu orang lain kerana Allah, bukan kerana nama, atau kerana harta, atau kerana manusia. Sama juga, apabila kita melaksanakan tugas dan amanah, semuanya dibuat demi mendapat keredhaanNya juga, bukan untuk nama atau kemasyhuran. Sebagai Muslim, wajarlah semua perkara yang kita buat, kita buat dengan bersungguh-sungguh dan terbaik, dan wajiblah kita bertawakkal untuk mendapatkan redhaNya. Selepas itu, apa jua keputusan yang kita dapat, hendaklah kita meredhainya, kerana sesungguhnya kita telah usahakan yang terbaik, dan Allah telah menentukan yang terbaik. Mudah-mudahan apa yang kita semua usahakan diredhai oleh Allah. Amin.

Mengharap Redha Ilahi,

Nurhani
Kg Raja Musa
Kuala Selangor
18 Julai 2009

Ahad, 24 Mei 2009

Diari - Satu hari di hari Sabtu..

Salam,

Selama 5 hari berkursus, lima hari jugak tak balik ofis. Mengingatkan pejabat, tetiba rasa naik bulu roma, dan rasa seram sejuk.. memikirkan kerja-kerja di pejabat yang pastinya menggunung dan menanti ketibaan saya.. agaknya, sebab tulah saya dijangkiti selsema dan batuk.. risau jugak time2 virus H1N1 ni.. Alhamdulillah, berkat doa mak dan ayah, dan petua mak, bila batuk jer, perahkan limau dan bubuh kicap sket, then minum pati limau + kicap tu.. memang kurang batuk saya.. alhamdulillah...

Semalam, sebab duduk rumah, belajar lah jadi surirumah.. selalu jadi suri pejabat.. mak dan abah gi kenduri di Banting, tinggallah kat umah dengan adik2. Kena la main masak2, basuh baju, kemas umah.. pastu, dah siap semua, layan cerita korea.. huh! Syok betullah cerita tu... sampai tak makan tengahari, punya poyo tengok cite korea.. hehehe.. Bila perut rasa lapar, konon nak makan, tengok2 lauk dah habis!! Hehehe.. tak ada rezeki.. makan je bubur jagung yang adik iparku buat.. sedap!!

Hajat di hati nak teruskan sampai habis episod ke 16(melampau betoll cita2 tuh!!), tapi sebelah petangnya dan malam, ramai pulak saudara-mara datang, sebab ada kenduri. Kena la cover line sket.. hehehe.. Lagipun, time ni la nak ramah mesra dengan diorang sebab jarang jumpa..

Lepas diorang balik, tengok citer Melayu plak kat TV3. Tajuknya Sampai Syurga. Sedih juga, dan bagus pengajarannya. Kisahnya mengenai Saniah, (lakonan Elly Mazlien) yang bercita2 untuk menjadi penyanyi. Ayahnya pada awalnya tak izinkan, tapi sebab itu satu2 anak yang si ayah ada, akhirnya si ayah mengalah. Siap ayahnya yang hantar ke audition program realiti. Bila anaknya dah berjaya dan popular, si anak lupa daratan, sombong dan bongkak. Langsung tak dijengah ayahnya yang dah tua, ayahnya datang melawat dihalau macam kucing kurang., sebab malu ayahnya miskin dan buruk. Ayahnya sakit pun tak dijengahnya. Bila balik ke rumah, it's too late sebab ayahnya dah mati.. Selepas tu Saniah insaf, dan tak nak sambung menyanyi lagi..

Pengajarannya:-

1)Kena selalu ingat dan kenang pengorbanan ayah dan ibu. Harap2 tak berlaku pada kita semua perkara macam tu. Mak dan ayah kita, buruk macam mana pun, miskin macam mana pun, dari merekalah kita lahir.. Darah daging kita.. Tanpa mereka, tak mungkin kita ada..
2) Jangan sesekali setuju nak hantar anak2 kita masuk program realiti yang lebih banyak buruk dari baik, macam AF, One in a million, My Starz LG,.. banyak lagi.. Dalam Quran Allah dah kata.. jangan hampirkan dirimu ke dalam kebinasaan (Wala tulqu bi aidikum ilattahlukah).
3) kalau rasa ada buat salah pada mak dan ayah, cepat2 minta maaf.. Takut tak sempat.. Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa.
4) Tanamkan pada diri anak2 mengenai ketaatan dan kasih sayang pada ibu dan ayah. bagaimana? tentulah ibu bapa yang perlu memulakan dulu, supaya jadi contoh pada anak2.
Wallahua'lam. banyak lagi pengajarannya. Mudah2an kita sentiasa ingat dan mengingatkan sesama kita.

"Redha Ibu Bapa, Redha Allah, ,"

NSJ
Kampung Raja Musa
Kuala Selangor
24hb Mei 2009

Ahad, 26 April 2009

Cintai Islam - Awak sudi jadi isteri kedua saya?

Salam semua,

Seharian tadi saya menghabiskan masa dengan menziarahi kakak saya di seksyen 19. Sambil tu, saya surf internet dan ziarah blog kawan-kawan. Jumpa artikel ni. Best untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain. Tak percaya? Bacalah..

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fat
imah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah
beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kir
i kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" poton
g Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" su
ara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata de
ngan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandanganny
a terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.


Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seper
ti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


S
uatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gus
ar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa s
ahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh
Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak ke
rja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu me
ndirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih
menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kere
ta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah p
un bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yan
g banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah terseb
ut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fo
kusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusai
bah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.
SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!


JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!



JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN !! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR!




Psst!:Article ni saya ambil dr blog http://ibnuahmad149.blogspot.com/. Moga sama2 kita ambil manfaatnya. Mencintai perjuangan demi Allah & Rasulnya melebihi segala-galanya.. Agak2 lah, ada lagi tak lelaki macam dalam cerita ni? Dan ada tak agaknya wanita macam dalam cerita ni? Atau yang mencuba jadi seperti lelaki dan wanita di dalam cerita ini ? Alangkah indahnya dan kuatnya ISLAM kalau semua umatnya macam watak dalam cerita ini..Hmmm.. Kalau ada, lelaki macam ni, bolehlah masuk ranking 1st dalam senarai calon saya.. hehehe.. Kita pun tak macam Sayyidatina Fatimah, berangan jer nak teman seperjuangan yang macam Sayyidina Ali.. Tapi, tak kisahlah!! Yang penting kita cuba jadi sebaik Fatimah & Ummuhatul Mukminin yang lain. Berbalik pada soalan tadi.. Ada ke lelaki macam ni? Kalau ada, bagitau.. ;P


"Mencari Redha Ilahi"

Nurhani Salwa Jamaluddin

Seksyen 19, Shah Alam

26 April, 5.40pm