Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Kenangan lalu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan lalu. Papar semua catatan

Isnin, 1 November 2010

Kenangan Lalu : Aisyah Sinclair

Salam semua,

Aisyah Sinclair dan aku.

Korang kenal kan minah comel yang berfoto dengan aku tu? Aisyah Sinclair. Adik kepada Asyraff Sinclair yang kawen dengan minah Indon, Bunga Cinta Lestari. Dan of course, anak kepada Mr Sinclair. Gambar ni aku ambik masa dijemput untuk rancangan NTV 7, Venus. Sepatutnya seorang Ustaz daripada JAIS yang dijemput untuk beri penjelasan mengenai isu kes penceraian yang semakin meningkat kat Malaysia. Namun disebabkan Ustaz tu tak fasih berbahasa Inggeris, so, dia pass tanggungjawab tu kat aku, yang cakap English pun versi Jawa.. :P

So 28 April 2008, aku sampai kat stesen TV Tujuh kat Hicom Glenmarie. Time tunggu turn tu, aku dok sekali dengan si Aisyah ni, sebab dia ada program lain. Dia sangat ramah mesra ok? Walaupun aku tak ada la minat sangat dengan dia ni, tapi cara dia bersembang dengan kita, memang aku suspek, sebab memang mesraaaaaaaaa, macam dah kenal lama. Tak sombong.

Sebelum appear on screen, diorang kasik sarapan dulu, and touch up sket. Itulah first time aku appear on TV, and siaran langsung kot!! Aku digandingkan dengan seorang peguam wanita berbangsa India yang sangat berpengalaman mengendalikan kes-kes perceraian di kalangan orang bukan Islam. Nak bandingkan dengan aku yang banyak mengendalikan kes-kes hartanah, so, frankly, aku sangat GABRA kot!! Tapi aku buat-buat confident..ehehehe..:P

Kawan-kawan aku dan sedara-mara aku yang sempat tengok program tu komen "ok". Diorang kata berabuk-abuk aku speaking! Hahahaha.. Diorang sumer tertipu.. Sebenarnya, aku belasah jerr kot! Tapi aku rasa, penerbit program tu, tak berpuas hati sangat dengan aku. Sebab tu dia tak panggil dah... hehehe..

Anyway, pada aku, yang penting pengalaman yang aku dapat. Walaupun aku dah biasa berucap di hadapan ramai orang (paling ramai 500 orang kot masa Konvensyen Pengurusan Masjid Selangor 2008) but still, aku masih gugup di hadapan kamera. :P

"Pengalaman : Tak Ternilai Dengan Wang Ringgit"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 26 Oktober 2010

Rileks Sekejap: Sotong...

Salam semua,

Tadi, aku tengok Buletin Utama. Disahkan kematian Paul The Octopus, yang terkenal selepas berjaya 'meramal' keputusan Piala Dunia 2010, termasuk keputusan akhir, Spain kalahkan Belanda 1-0. Paul ditemui mati dalam akuariumnya.

Moral of the story, walaupun Paul berbakat meramal keputusan Piala Dunia, beliau still tak dapat ramal kematiannya. Kerana Allah sahaja yang tau. Jadi, kenapa nak percaya makhluk lain? Allah Maha Mengetahui.

Tapi, aku dengar, Paul dah ada pengganti. Sotong lain pulak! Maknanya, syaitan memang tak akan berhenti menggoda dan memujuk manusia supaya terus syirik kepada Allah. Tugas syaitan ini akan berterusan sehingga hari kiamat.

Anyway, sebagai memperingati pemergian Paul, aku mengisytiharkan hari ni aku tak makan sotong.. Paul, may u rest in peace..:P (hahaha.. tak ada kaitan kot!).

"Allah Maha Kuasa, Makhluk Tak Ada Kuasa"

Nurhani

Shah Alam

Isnin, 4 Oktober 2010

Diari - Open House

Salam semua,

Musim raya ni memang banyak open house. Walaupun dah nak habis raya, masih ada lagi orang buat open house. Jumaat lepas sempat, aku pergi IKIM punya open house. Banyak la artis-artis nasyid aku jumpa. Sempat bersembang dengan Ustaz Asri Ubaidullah, dari kumpulan Rabbani. Bila aku tanya, dah dapat pengganti Ustaz Asri, dia kata, tak ada kot. Bunyinya macam tak nak cari pengganti. Mungkin tak dapat lupakan lagi Allahyarham.. Hmmm.. Kan bagus kalau semua lelaki macam ni? Kalau isteri meninggal tak cari lain. Hehehe.. Sori.. Tetiba tercross pulak ke cerita lain.

Jumaat malam, dua rumah buat makan-makan. Kat rumah first (rumah Leha) sedap betul kuah kacangnya. Terbaek!! Kat rumah kedua (rumah Wa), aku makan sikit ajer, sebab dah kenyang makan kat umah Leha. Sikit pun, separuh pinggan jugak nasi goreng kerabu aku makan. Ehehehe... Sikit kah?

Sabtu lepas, dua rumah aku gi. Rumah first, rumah Mid. Beliau jamu kami dengan bihun sup dsn soto. Sedap dan hot!! Sebab sambal kicapnya memang extra hot. Pedas setahun!! Tapi sedap. Rumah kedua pulak (rumah Rohaida) ada nasi berlauk. macam-macam lauk ada. Daging salai, sambal udang petai, ayam goreng KFC, sayur campur, ulam... perghhh.. Makan lagi. Seb bek la si Zahin, anak si Aziah yang menumpang kami, tetiba meragam sakit kat leher, so agak cepat la kami balik. Kalau tak?? Takut aku nak membayangkan akibatnya.. Mau beround-round..

Apapun, terima kasih kepada yang menjemput dan menjamu kami makan. Mudah-mudahan Allah limpahkan rahmatNya dan membalas kebaikan dan keikhlasan hati kalian dengan rezeki yang berlipat kali ganda.

"Mencari Redha Ilahi"
Nurhani

Shah ALam


Suasana jamuan hari raya IKIM.

Muaz dan isteri pun ada. Kumpulan Hijjaz pun ada.

Aku dan Fiza bergambar kenangan dengan Zarita, DJ IKIM yang juga rakan ku semasa di UIAM.

Bersama orang nombor 2 IKIM, Prof Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Pengarah IKIM.

Antara artis nasyid yang hadir.

Makan-makan di rumah Leha.

Sori gambar tak clear. Kamera rosak.

Lagi..

Langsir baru aku...

Chanteq tak?? :D

Sabtu, 31 Julai 2010

Diari - Jogging n Dating??


Salam semua,

Dah lama saya tak menulis. Seminggu. Bagi blogger tegar seperti saya (perasan!!), seminggu adalah satu tempoh yang sangat lama untuk tidak menulis. Walhal, ke mana pergi pun, saya seboleh mungkin mengupdate blog saya. Sewajarnya alasan yang munasabah diberikan. Entah mengapa, saya sendiri pun tak pasti. Sehingga Raudah, kakitangan saya di pejabat bertanya saya,


"Kak Hani, kenapa lama tak update blog?"


Saya sendiri tak mampu menjawab. Akhirnya, saya berjanji pada Raudah, saya akan menulis dan mengupdate blog ini selepas tamat sesi riadah badminton kami pada hari Rabu. Tetapi, saya masih tak menulis juga. Adakah saya sudah kering idea? Eh! Mana mungkin!!!. Saya bukan baru berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Berbeza dengan adik angkat saya Samsul yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir, yang baru sahaja menceburkan diri dalam dunia blogger ( baru 3 hari usia blog beliau, samsulyusoff.blogspot.com). Sepanjang malam tadi saya membantu Samsul mengedit artikel kedua beliau untuk dipostkan ke dalam blognya.

Cuma ada seperkara yang saya nak kongsikan dengan pembaca. Semalam, saya berjoging di Tasik Shah Alam dengan Shikin, seorang kakitangan MAIS. Actually, dah lewat pun kami berdua berjoging. 6.30 petang baru sampai di tasik.


"Orang dah balik, kita baru nak mula," seloroh saya pada Shikin.

"Takper. Daripada kita duduk-duduk ajer, tak buat apa-apa, baik kita joging, walaupun dah lambat," kata Shikin.

Kami memulakan larian kami (sebenarnya lebih banyak briskwalking) dari parking lot bersebelahan dengan Kedai Kopi. Rasa macam sekejap aje, tapi lebih kurang 3km jugak la kami berjalan cepat dan berlari. Sepanjang perjalanan, sempat juga mata kami menangkap beberapa pasangan yang berdua-duaan di sekitar kawasan tasik. Namun kami berdua tidak begitu mempedulikan 'aktiviti' pasangan-pasangan tersebut, kerana kelihatannya mereka 'baik-baik aje' dan 'masih sopan', so kami tak mengindahkan mereka sangat.

Semasa kami menghabiskan 1km yang terakhir, tiba-tiba Shikin berkata (dengan suara yang agak perlahan dan termengah-mengah kerana berlari) ,

"Kak, Kak. Cuba kak tengok tu," katanya sambil menjuihkan bibirnya ke satu pasangan yang sedang duduk berduaan di tepi tasik.

Astaghfirullahalazim.. Geramnya saya melihat gelagat pasangan uda dan dara berdarah Melayu yang asyik masyuk bermesra tanpa menghiraukan pengunjung taman yang lalu-lalang di trek joging berhampiran mereka. Tangan si lelaki nampaknya begitu 'sibuk' merayap-rayap di wajah dan tubuh si perempuan. Mulutnya pula dengan rakus mencumbui wajah si gadis (kalau masih gadis laaaa...). Paling menyedihkan, si gadis memakai tudung litup dan kelihatannya sangat sopan, namun merelakan perbuatan pasangannya terhadap dirinya dan nampak seronok dengan perlakuan tersebut.

Hati saya mendidih. Geram! Geram dan meluat dengan anak bangsa sendiri yang tidak segan silu mencemar maruah agama dan budaya. Saya memperlahankan larian saya dan terus menukar haluan ke kiri, ke tempat duduk pasangan berkenaan, dan tidak mempedulikan Shikin yang berlari terus ke arah hadapan. Walaupun saya sudah berdiri betul-betul di belakang mereka, namun 'drama songsang' mereka masih diteruskan. Tak pasti sama ada mereka tak perasan, atau buat-buat tak perasan.


"Assalamualaikum," saya menyapa.


Tak berjawab. Adegan cumbu-cumbuan masih berlangsung.


"Assalamualaikum. Ini dah kawin ke belum ni?" saya menguatkan pitching suara saya.


Tersentak si lelaki dan serta-merta matanya tepat memandang ke arah saya. Tangannya yang dari tadi merayap, akhirnya terlerai dari tubuh si gadis.


"Ni dah kawin ke belum ni ?" saya mengulang soalan saya.


Perlahan beliau menjawab." Belum". Si gadis terus menundukkan kepalanya. Eleh!! Malu konon!!! Buat drama tadi tak malu!!!!


"Kenapa?" tanyanya pada saya, satu soalan yang pada saya sangat tak berpelajaran!!!


"Kalau belum, boleh tak bersopan sket?" kata saya. "Mintak tolong ye. Ini tempat awam."


"Ok." kata si lelaki.


"Terima kasih yer. Assalamualaikum." ucap saya sebelum saya bergerak pergi.


Astaghfirullahalazim.. Masyaallah.... Saya menarik nafas panjang. Zaman sekarang, orang kita sudah hilang malu. Mukadimah berzina perkara biasa. Mulanya cuma pegang tangan, bila dah biasa, nak pegang bahu, kemudian nak minta peluk, kemudian bila mula peluk, akhirnya minta seluruh badan! Bercumbuan di kawasan rekreasi dalam suasana terang benderang dan ramai orang, perkara biasa. Tak ada perasaan malu. Langsung!! Yang malu, bila 'hasil drama songsang' terhasil. Jadi, tak hairanlah banyak anak luar nikah dilahirkan. Tak hairan banyak bayi yang tak berdosa dibuang atau dibunuh untuk menutup malu.

Saya sering terfikir, kemungkinan Allah sengaja membiarkan perlakuan zina mereka berakhir dengan satu kelahiran, sebagai bukti penzinaan yang dilakukan. Walhal, banyak pasangan yang dah bertahun-tahun berumahtangga, sangat sukar mendapat zuriat. Hikmahnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui, namun saya, beranggapan, supaya akan terbit penyesalan dan perasaan malu untuk melakukan penzinaan, dan akhirnya mereka akan bertaubat.

Inilah sebesar-besar hikmah daripada hukuman had untuk pesalah zina, iaitu sebatan (bagi pasangan yang belum berkahwin) dan rejam (bagi pasangan yang telah berkahwin), yang syaratnya hendaklah dibuat di khalayak ramai, supaya dapat ditonton dan diteladani oleh semua, bahawa perlakuan zina ini, amat-amatlah dilarang, dan hukuman yang berat dikenakan.

Di saat media membangkitkan persoalan siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah ini, saya ingin mengusulkan kepada semua saudara seislam saya, supaya bersama bertanggungjawab mendepani penyelesaian kepada masalah ini dengan menghidupkan semula roh Islam ' berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran". Tegurlah kesalahan dan kesilapan saudara seislam kita. Jangan dibiarkan syaitan dan nafsu terus-terusan menguasai mereka. Jika belum yakin untuk menegur orang yang tak dikenali di luar, mulakan dengan orang yang rapat dengan kita dan keluarga sendiri.

Ini selaras dengan hadis Rasullullah SAW bermaksud;

"Jika kamu melihat perbuatan mungkar, hendaklah kamu memperbetulkan dengan tanganmu, jika tak mampu dengan mulutmu, dan jika tak mampu dengan hatimu (berdoa) dan itu adalah selemah-lemah iman"

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 4 Jun 2010

Diari - Hectic life, healthy life..

Salam semua,

Pagi ini, jam 8.30 pagi lagi saya dah berada di bilik Mesyuarat yang terletak di Tingkat 10 Bangunan MAIS. Bersungguh-sungguh saya nak booking tempat duduk paling depan, sebab nak duduk dekat dengan penceramah. Hari ini, Jumaat, 4hb Jun 2010, Kelab Sukan MAIS menganjurkan program ceramah agama dengan menjemput Ustaz Haslin, bekas Imam Kuala Selangor untuk menyampaikan ceramah bertajuk hak-hak muslim. Dah lama rasanya tak menghadiri ceramah agama disebabkan kesibukan bekerja dan komitmen lain. Banyak yang disampaikan oleh Ustaz Haslin, antaranya beliau mengingatkan tanggungjawab seorang Islam kepada Allah, orang lain dan diri sendiri. Antara pesanan beliau adalah supaya menjaga solat fardhu, kerana itu adalah hak Allah terhadap kita, dan perkara pertama yang akan dinilai di akhirat. Beliau mengupas sebuah hadis yang bermaksud,

"Dimuliakan seseorang mukmin itu disebabkan agamanya, ilmunya dan akhlaknya."

Menurut beliau, jika kita menjaga solat, akan terjagalah akhlak kita. Contohnya sebagai seorang wanita, batas-batas aurat akan terjaga sebagaimana kita menjaga aurat kita semasa solat. Beliau turut mengingatkan supaya kita menjaga hak kita dengan suami, isteri, keluarga dan masyarakat. Insyaallah, semoga pesanannya dapat saya ingati dan amalkan.

Sedang seronok mendengar ceramah, saya diminta untuk bertemu dengan YAD Dato' Pengerusi. Mujur sekejap saje, sebab tak nak terlepas bab-bab yang penting. Jam 10 pagi, mesyuarat saya dengan panel peguam untuk kes perbicaraan pada minggu hadapan di mana saya diminta untuk menjadi saksi di dalam kes tersebut. Pergghhh.. sangat lama mesyuaratnya, kerana melibatkan 4 orang saksi, termasuk saya. Satu demi satu saksi disoal oleh peguam kami untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Saksi-saksi lelaki dilepaskan pada jam 1 untuk solat Zohor. Sedang sibuk bersoal jawab, Pengarah JAIS menelefon saya.

"Kamu datang mesyuarat di KUIS yer petang ni," arahnya.


"Haaa?? Mesyuarat apa Dato? Kenapa baru bagitau?" tanya saya tak puas hati.


"Ada mesyuarat urgent di KUIS. Nak minta kamu hadir sama untuk beri pandangan," jawapnya ringkas.


"Hmmmm.. Kenapa la Dato baru bagitau," hati saya berbisik.


Hanya pada jam 1.30 barulah saya selesai berbincang dengan peguam. Saya sempat menemui beberapa sahabat yang hadir ke pejabat untuk bertemu saya dan menimbang berat badan terkini saya. ALhamdulillah.. turun 5.5kg.. :) Yessss!! Rasa sihat dan ceria bila tahu keputusan tu.. Hehehe.. sebelum menunaikan solat Zohor dan bergegas ke KUIS. Saya menumpang kereta sahabat saya, Puan Norraini. Di dalam kereta kami berbincang mengenai perkara yang akan ditimbulkan di dalam mesyuarat.

Jam 3.15 petang kami sampai. Sempat juga kami menjamah beberapa suap makanan yang disediakan sebelum isusyuarat bermula. Pergghhh... dalam keadaan kurang bersedia kerana baru dimaklumkan, saya terpaksa memberikan pandangan untuk isu-isu yang ditimbulkan. Memang agak menggelabah, tetapi alhamdulillah, kerana pernah ada pengalaman di dalam perkara yang ditimbulkan, saya dapat juga memberikan pandangan undang-undang saya. Semoga dapat membantu.

Paling kelakar, apabila saya diminta untuk mencatat minit.

"Aitt!! Dah la kena beri pandangan, kena catat minit pulak. "Hati saya menggumam tak puas hati. Astaghfirullahh... cepat-cepat saya beristighfar. Pantas betul syaitan menggoda.

Sesungguhnya memang agak sukar untuk mencatat minit, dan dalam masa yang sama kita perlu memberi pandangan. Jujurnya, saya banyak kami bertanya minit apakah yang hendak ditulis. Beberapa kali saya diperli oleh anggota mesyuarat kerana tak pandai ambil minit. Hahahahaha.. Tapi saya tak ambil hati. Sebab saya yakin saya dah berusaha yang terbaik walaupun di saat-saat akhir saya diminta membantu di dalam mesyuarat tersebut.

Ini mesyuarat saya yang pertama bersama Rektor KUIS yang baru, Prof Dr Aziudin. Pertama kali saya bertemu dengan beliau di dalam Mesyuarat MAIS yang lalu, tetapi tak berpeluang untuk berbincang dengan beliau. Rupanya, beliau seorang yang sangat humble dan low profile, sedangkan beliau merupakan seorang pakar dalam bidang fizik dan menjadi rujukan untuk beberapa institusi tersohor negara. Jam 5.30 mesyuarat tamat. Saya dan Puan Norraini solat Asar dahulu dan pada jam 6.30 saya bergerak pulang dari KUIS.


Allah.. I guess, my life is soo hectic, but I do hope I can maintain my healthy life..:)


"I love myself"

Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 22 Januari 2010

Kenangan Lalu - Assesment PTD


Salam semua,

Minggu lepas, semasa mengemaskan nota-nota pembelajaran semasa mengambil Diploma Lepasan Ijazah Syariah di UITM dan pengajian Sarjana LLM Undang-Undang di UIA, saya terjumpa sekeping fail INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara) yang saya perolehi semasa saya menghadiri assesment untuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 2007. Masa tu, memang saya betul-betul berminat nak jadi pegawai PTD, sebab mudah naik pangkat dan kerja pun dalam pelbagai bidang, jadi banyak yang saya dapat pelajari. Bagaimanapun, sudah ditakdirkan saya gagal melepasi assesment kedua tersebut. Rasanya sebab tak kuat lari kot semasa assesment untuk kecerdasan, iaitu berlari sejauh 2km! Bukan jauh mana pun, tapi sebab badan memang tak fit (but fat!), memang laa tak larat.. Hahaha...

Lepas tu, ada jugak catatan nama dan alamat kawan-kawan yang sama-sama training di sana. di atas kulit fail tersebut Tapi tak berhubung pun. Barangkali ramai yang dah dapat jadi PTD dan dah jadi pegawai kanan pun dalam kerajaan.

Anyway, saja saya nak kongsikan dan abadikan pengalaman di INTAN Terengganu ini di dalam blog ini. Dah tua-tua nanti bolehlah saya atau keluarga lain tengok, saya pernah juga nak kerja PTD. Selama lebih kurang 3/4 hari di INTAN, kami penuh dengan aktiviti LDK dan presentation yang mencabar. Bersemangat rasa nak kerja dengan kerajaan. Tapi akhirnya Allah takdirkan saya untuk berkhidmat di MAIS, membantu sebuah organisasi Islam, yang saya rasa lebih mulia dan agung. Paling penting, saya dapat membantu saudara seagama dan yang lebih penting, mempertahankan agama Islam. Insyaalllah...

"Mengharap Redha Ilahi"


Nurhani


Seksyen 5


Shah Alam