Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Cintai Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cintai Nabi. Papar semua catatan

Khamis, 25 Februari 2010

Diari - "Cintaku tidak bermusim.."

Salam semua,

Jom berselawat bersama-sama. Marilah berazam untuk memulakan amalan mulia ini dari saat ini, dan diteruskan sampai bila-bila, bukan mengikut musim. Mungkin Maulidurrasul 1431 hanyalah permulaan untuk lebih mengingati Nabi yang kita cintai. Cinta kita pada Baginda, tidak bermusim. Semoga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti. Amin.


"Cintai Allah, Cintai Nabi"

Nurhani

Shah Alam

Renung Sejenak - "Boleh ke sambut Maulidurrasul? Bukan bidaah ke?" Part 1

Salam semua,

Kurang daripada 48 jam sahaja lagi akan tiba satu lagi hari kebesaran Islam iaitu hari kelahiran Kekasih Allah yang tercinta, Rasulullah Muhammad s.a.w. Saya pernah ditempelak oleh seorang rakan apabila menyertai program perarakan sempena sambutan maulidurrasul peringkat negeri Selangor tahun lalu.

"Sia-sia ajer. Buat penat kaki. Tak ada dalil pun atas sambutan ni," tempelaknya.

"Boleh ke sambut Maulidurrasul ni? Bukan bidaah ke?" seorang sahabat lain bertanya.

Ini persoalan yang sering ditimbulkan bila hari kebesaran Islam disambut, tetapi tidak pula timbul persoalan bila New Year disambut, hari kemerdekaan disambut, dan ntah apa-apa hari lain..

Kebetulan semalam saya sempat membuka mesej di dalam Facebook saya, yang diterima dari seorang sahabat, melampirkan satu artikel bagi menjawab persoalan ini. Penulis asal artikel ini adalah Sheikh Muhammad Hisham Kabbani tetapi telah diterjemahkan. Semoga Allah SWT membalas jasa baik PENULIS dan PENTERJEMAH artikel yang sangat bermanfaat ini.

Artikel ini diedit dalam bentuk “e-Book” secara sukarela oleh seorang Muslim yang berharap agar manfaat artikel ini dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan yang berlaku. Semoga Allah SWT menerima usaha yang dhaif ini sebagai sebab untuk mencapai redha Allah dan Rasul-Nya. Kepada semua yang hendak menyalin dan menyebarkan, silakan. Cuma tolong masukkan nama penulis asal artikel ini (Sheikh Muhammad Hisham Kabbani).

Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf (perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka.

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Penulis : Sheikh Muhammad Hisham Kabbani (bersambung..)

"Mari Mencintai Nabi"
Nurhani
Shah Alam

Ahad, 20 Disember 2009

Diari - Perjalanan Hijrah 1431

Salam semua,

Sudah lama saya tidak menulis disebabkan tahap kesihatan yang kurang baik dan kesibukan menyiapkan kerja-kerja Bahagian sebelum berakhir tahun 2009. Setelah beberapa malam tidak dapat tidur yang berkualiti kerana terganggu dengan batuk dan selsema yang berpanjangan, akhirnya malam tadi saya dapat tidur lena. Itupun setelah menelan ubat-ubatan yang diberi oleh sebuah klinik di Shah Alam.

Perjalanan Hijrah I

Pada 13hb- 15hb yang lalu, saya dan beberapa kakitangan MAIS yang lain, bertolak ke Pulau Pinang untuk menghadiri program Bengkel Penafaran KPI MAIS yang dikendalikan oleh Yang Bhg Dato' Aidit bin Ghazali, perunding motivasi dari Akademi Aidit. Program kami sangat penuh di sana, sehinggakan apabila ada waktu terluang, saya lebih suka berehat di bilik sahaja. Sementelahan, badan pun rasa kurang sihat, kemungkinan disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan panjang dengan menaiki bas JAIS. Malamnya pula, saya tak henti-henti batuk, dan selsema pun semakin teruk, yang menambahkan lagi rasa kurang selesa. Bagaimana agaknya keadaan Rasulullah semasa hijrah beliau ke Madinah? Tentu lebih sukar dan lebih banyak cabarannya, tetapi dia tak pernah berkeluh-kesah.


Perjalanan Hijrah II

Pada hari Rabu dan Khamis, kami mengadakan Bengkel untuk menyemak dan membuat target/ sasaran kerja Bahagian Undang-Undang MAIS untuk tahun 2010, di samping memperbaiki Fail Meja masing-masing kerana pasukan Audit Dalaman ISO MAIS akan membuat auditan pada minggu hadapan, bermula 21hb hingga 23hb Disember 2009. Kami perlu bersedia berhijrah, daripada perkara yang lama kepada yang baru.


Perjalanan Hijrah III

Khamis malam, bertepatan dengan 1 Muharam 1431, saya dijemput untuk menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah bersama anak-anak yatim dan al-hafiz Yayasan Al-Ijabah di USJ 4. Saya mengajak tiga orang sahabat MAIS untuk bersama-sama membaca doa awal dan akhir tahun di sana. Selepas program selesai, saya dan dua orang adik saya pulang ke kampung dan kami sampai di kampung lebih kurang jam 1.30 pagi. Semoga semua pihak yang hadir dapat merasai pengalaman berhijrah bersama anak-anak yatim ini.

Jumaat pagi, satu mesej sampai di telefon saya;

"Hani. Mung tau dok, bila Dr Yusof mari ceramah di Masjid negeri?" Asmak.

Saya terus menghubungi PRO JAIS dan MAIS bertanyakan mengenai masa dan tempat ceramah al-fadhil Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Saya mengesahkan maklumat yang diterima daripada PRO MAIS dan JAIS bahawa program tersebut akan diadakan selepas solat maghrib di Masjid Negeri.


Perjalanan Hijrah IV

Semalam, saya sempat menghadiri dua majlis kenduri walimatul urus kakitangan MAIS di Batang Kali dan di Shah Alam. Meriah perkahwinan kedua-dua pasangan mempelai tersebut. Paling seronok, apabila melihat wajah pengantin perempuannya, yang tak putus-putus menguntum senyuman! Jelas kebahagiaan terpancar di wajah mereka. Saya mendoakan semoga kadua-dua pasangan ini beroleh kebahagiaan berpanjangan dan dapat menjadi isteri-isteri dan suami-suami yang solehah dan soleh, serta mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Mereka baru sahaja berhijrah daripada kehidupan keluarga yang lama dan membina keluarga yang baru. Semoga hijrah mereka bermanfaat kepada agama dan ummah.


Perjalanan Hijrah V

Pulang dari majlis perkahwinan, saya dan adik perempuan saya berehat sebentar di kediaman saya di Shah Alam sementara menanti waktu Maghrib, untuk solat di masjid negeri dan menghadiri program ceramah Dr Syeikh Yusof Al-Qardhawi. Kami sampai di perkarangan masjid lebih kurang jam 7.16. Keadaan penuh sesak dan menyukarkan kami untuk mencari parking. Setelah berpusing beberapa kali, saya mendapati jemaah-jemaah telah pun membuat double parking. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membuat double parking di sebelah sebuah kereta Mercedes Benz. Saya juga meninggalkan nombor telefon saya, takut2 kalau kereta di belakang saya menghadapai perkara emergency untuk keluar segera.

Masuk-masuk sahaja ke dewan solat, saya kagum dengan bilangan jemaah yang hadir yang luar biasa ramainya. Penuh dewan solat utama dengan jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Alhamdulillah! Bisik hati saya. Betullah Allah kata, Allah meninggikan darjat orang-orang yang berilmu. Majlis berlangsung dengan ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Selangor. Antara lain, Dr Yusof mengupas mengenai kepentingan berhijrah dan kesan-kesannya kepada kesatuan umat Islam. Beliau turut mengaitkan hijrah dengan konsep kesatuan ummah, iaitu bila mana suku Aus dan Khazraj bergabung untuk membantu Nabi Muhammad SAW, serta orang-orang Muhajirin dan Ansar. Dan inilah hijrah yang paling agung, yang tercatat dalam sejarah, iaitu hijrah seseorang hambaNya kerana Allah. Mudah-mudahan kita beroleh hijrah yang paling agung ini.

Insyaallah gambar-gambarnya, ada kelapangan nanti, saya upload.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Kampung Raja Musa

Kuala Selangor

Rabu, 16 September 2009

Diari - Sepandai-pandai tupai melompat...

Salam semua,

Gambar di atas ada kaitan dengan entri saya kali ini. Rasa sangat gembira membaca berita ini dan nak kongsi dengan semua:-

SHAH ALAM, 16 Sept (Bernama) — Selepas tiga tahun mengelak daripada dibicarakan, ketua ajaran sesat ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini , Rabu memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Abdul Kahar ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang.

Terdahulu, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa Jais, dan oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.

“Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin,” katanya.

Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.

Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.

“Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.

“Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan,” katanya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai “rasul orang Melayu di zaman ini” sedangkan pernyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar, dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan Mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.

Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: “Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan” dan “Buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi”.

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuat kuasa di Selangor.

Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.

– BERNAMA

Syabas kepada Penguatkuasa JAIS! Kalian mengulangi sejarah para sahabat Nabi yang berperang pada bulan Ramadhan, di samping berperang dengan lapar dan dahaga, kalian tetap komited. Betullah Ramadhan bulan yang penuh rahmat. Mudah2an Kahar mendapat hukuman setimpal dengan kesalahannya memesongkan akidah umat. Takbir! Allahuakbar!

* Atas tu, gambar Kahar..

"Menegakkan yang hak, membanteras yang salah"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam


Selasa, 21 Julai 2009

Diari - Israk Mikraj

Bismillahirrahmanirrahim

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya Muhammad pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Isra' : Ayat 1

Salam semua,

Hari ini bersamaan 27 Rejab adalah salah satu daripada hari-hari kebesaran Islam, yang wajar diingati dan diraikan, kerana perjalanan Nabi Muhammad SAW, daripada Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin lebih kurang 1400 tahun yang lalu, sememangnya meninggalkan kesan yang begitu besar kepada kita umat akhir zaman. Saya memang menunggu-nunggu tibanya hari ini.

Namun, disebabkan terlalu asyik dengan kerja dan kesibukan dunia, saya terlupa bahawa hari yang saya tunggu2 itu jatuh pada hari ini. Saya cuma teringat bila seorang kakitangan memaklumkan bahawa beliau berpuasa. Mujurlah sahabat saya, Ustaz Amin mengajak ke ceramah Israk Mikraj selepas waktu pejabat di sebuah masjid di Kelana Jaya, dapatlah juga meraikan hari besar umat Islam ini.

Banyak pengisian yang saya perolehi melalui ceramah selama 1 jam yang disampaikan oleh Ustaz Amin sendiri. Ayat 1 Surah Al-Isra' berjaya dikupas dengan baik oleh beliau. Antaranya, surah Al-Isra' ini dimulakan dengan ayat tauhid, iaitu subhanallazi, dan diakhiri juga dengan ayat tauhid, iaitu yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui".

Ustaz Amin turut menyimpulkan, iktibar daripada Israk Mikraj adalah penghayatan rukun-rukun Iman yang enam, iaitu:-
1) Beriman kepada Allah (kerana dalam perjalanan ini Rasulullah SAW bertemu dengan Allah)
2)Beriman kepada Rasul (kerana Nabi Muhammad menemui rasul2 terdahulu semasa diisrakkan)
3) Beriman kepada malaikat (jumpa malaikat tak tahu berapa jumlahnya kerana terlalu ramai)
4) Beriman kepada kitab (jumpa rasul yang menerima kitab2 terdahulu)
5) Beriman kepada Qadha' dan Qadar (kerana beliau ditunjukkan dengan kesan/balasan untuk orang-orang beriman dan ingkar dengan suruhan Allah); dan
6) Beriman dengan Hari Qiamat (kerana Nabi ditunjukkan dengan syurga dan neraka)

Terdapat beberapa kesimpulan lain secara keseluruhan, bagaimanapun, Allah sengaja menjadikan peristiwa Isra' dan Mikraj ini supaya untuk mengukuhkan iman kita kepada Allah kerana mempercayai peristiwa ghaib ini. Banyak lagi kesimpulan yang boleh dibuat, tetapi buku catatan saya tertinggal di dalam kereta. Apapun, saya yakin Ustaz Amin akan menceritakan mengenai Israk dan Mikraj ini dengan lebih lanjut di dalam blog beliau. Semoga kita semua semakin dikukuhkan iman dan Islam kerana Allah.

Mengharap redha Ilahi,

Nurhani
Seksyen 24
Shah Alam.

Ahad, 31 Mei 2009

Diari - Seminar Krisis Murtad

Salam semua,

Pagi tadi saya menghadiri Seminar Krisis Murtad yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Ulamak Malaysia, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Masjid Negeri Shah Alam dan Unit Dakwah Global MAIS. Bertempat di Masjid Negeri Shah Alam beberapa orang penceramah yang terkemuka turut diundang bagi menjelaskan mengenai isu-isu berkaitan murtad termasuklah Dr Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan Malaysia, Hj Muhamad Abdullah Sylvester (Hidayah Centre), Ustaz Mohd Fitri Abdullah (PERKIM Malaysia). Kesemua penceramah ini diundang untuk slot di sebelah pagi, yang tertumpu kepada penjelasan mengenai perbandingan agama Islam dengan agama-agama Buddha, Hindu dan Kristian. Slot di sebelah petang memfokus kepada isu-isu berkaitan isu-isu murtad dari sudut perundangan dan Perlembagaan Malaysia.

Saya hanya sempat menghadiri program tersebut di sebelah pagi kerana ibu dan adik-beradik saya singgah ke rumah saya di sebelah petang. Yang menariknya, banyak perkara yang dikongsikan oleh penceramah seperti Dr Ridhuan Tee yang dulunya Buddhist, Ustaz Muhamad Nicholas Abdullah yang dulunya Kristian dan Ustaz Fitri yang dulunya Hindu. Banyak perkara asas dalam agama-agama tersebut dikongsikan bersama peserta-peserta yang memenuhi dewan masjid.

Menurut Dr Ridhuan Tee, kita perlu menyelidik berkenaan isu murtad dan mencari penyelesaiannya. Menurut beliau lagi, dakwah kepada orang China adalah yang paling mudah, tetapi pendakwah Islam tidak mengambil peluang ini. Menurut beliau lagi, Buddha atau nama asalnya Gautama Buddha adalah seorang putera beragama Hindu. Beliau adalaha seorang yang berakhlak mulia dan mengharamkan orang lain menyembahnya. Di dalam buku Micheal Hart, yang menulis mengenai tokoh-tokoh agung, Buddha merupakan orang di tangga keempat. Kekasih kita, Junjungan Besar Rasulullah SAW di tempat pertama.

Saudara Nicholas Sylvester pula berkongsi mengenai asas-asas agama Kristian. Menurut beliau , terdapat 5 asas agama Kristian antaranya Dosa Warisan, Anak Tuhan, Ketuhanan Jesus, konsep trinity of god,( saya terlupa satu lagi.) Ustaz Fitri pula menceritakan mengenai agama Hindu yang percaya bahawa Tuhan itu Satu, dan tidak boleh dilihat. Bagaimanapun, penganut Hindu menggambarkan Tuhan dalam kepelbagaian bentuk dan imej dewa-dewi seperti patung dan gambar. Beliau memaklumkan terdapat sebanyak 300 juta dewa-dewi Hindu pada masa kini.

Pada pandangan saya, seminar seumpama ini wajar dibuat dengan lebih kerap khususnya bagi para pendakwah untuk mengetahui mengenai asas-asas agama lain supaya kita mengenali dan tidak menyentuh sensitiviti agama lain dalam mengembangkan dakwah Islam. Dalam Al Quran Allah swt berfirman : "Serulah ke jalan Tuhanmu (Allah ) dengan hikmah dan jalan yang baik". Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita semua dapat menjalankan usaha dakwah dengan berkesan. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

NSJ
Seksyen 3
Shah Alam
30hb Mei 2009
11.30 malam

Dari kiri, MC, Ustaz Fitri, Ustaz Muhamad Abdullah Nicholas Sylvester dan Dr Ridhuan Tee.


Peserta yang memenuhi ruang dewan. Seorang peserta sedang bertanya soalan.

Ustaz Fitri menjelaskan mengenai asas-asas agama Hindu dan perbandingan dengan agama Islam.

Khamis, 21 Mei 2009

Diari - Kursus Induksi (Part 3)

Salam semua,

Saat saya menulis entry ini, saya sedang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan individu yang diberikan oleh urusetia program untuk disiapkan. Ini first time saya join program ada home work. Selalunya, dalam bengkel kita hanya diberi tugasan.

Apapun, doakan mudah2an saya dapat siapkan tugasan ini pada masanya (sebelum majlis penutupan ). Aminnn..

K la. dah ngantuk dan nak siapkan sket lagi tugasan.. Jumpa lagi!!

"Mengharap Keredhaan Allah"

NSJ
ILDAS
12.50 mlam

Selasa, 19 Mei 2009

Diari - Kursus Induksi Part 2 (Pengajaran Dari Permainan Bola Jaring)

Salam semua,

Hari ini hari kedua saya berkursus di ILDAS, Sabak Bernam. Program hari ini dipenuhi dengan ceramah dan LDK yang dibuat oleh Akademi Aidit dan juga ceramah berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan. Alhamdulillah semua penceramah undangan sangat menepati masa dan tidak membuatkan kami tertunggu-tunggu.

Selepas tamat program bersama Akademi Aidit, pada sebelah petangnya kami masing-masing diminta turun ke padang untuk perlawanan bola jaring. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, 1 dan 2. Apa yang saya ingin kongsikan adalah di kalangan peserta tak semuanya boleh bermain bola jaring. Ada juga yang first time main bola jaring, macam saya. Tetapi, disebabkan KERJASAMA dan PERSEFAHAMAN serta TOLERANSI yang berterusan sepanjang perlawanan di kalangan semua ahli, serta strategi yang tersusun, akhirnya pasukan kami berjaya mengalahkan pasukan lawan. Alhamdulillah.. Berkat doa dan usaha dapat juga kami mengatasi pasukan lawan dengan pungutan mata 4-3. Saja nak kongsi, 3 gol tu, dari tangan saya, hasil lontaran sahabat2 lain yang bertungkus-lumus nak bawa bola ke petak D. Walhal tak pernah main sepanjang hidup, rasa macam tak percaya, tapi itulah realiti dan hasil KERJASAMA, PERSEFAHAMAN DAN TOLERANSI sesama ahli pasukan. Masing2 bersedia terima kritikan, bimbingan dan teguran orang lain, untuk kebaikan semua.

Dalam erti kata lain, dalam konteks sesebuah organisasi, KERJASAMA,TOLERANSI dan PERSEFAHAMAN yang kuat di kalangan ahli dan peserta adalah tunggak utama kecemerlangan sesebuah institusi. Jika kedua perkara ini tidak ada, maka akan pincanglah sesebuah organisasi, termasuklah MAIS sendiri. Wallahua'lam.

"Mencari Redha Ilahi"

NSJ
ILDAS
19 Mei 2009
12 tgah malam
Sebahagian peserta bengkel yang hadir.

Peserta Bengkel terbaik.. hehehe..

Slot bersama Akademi Aidit.

Yearrrrgh! Akhirnya! Congratulations to Team Group 2.. Korang memang superb!! 4-3 kitanyer score.. Siap pegang scoreboard lagi.. hehehe

Group 1, kawan yang menjadi lawan semasa permainan ini. Tapi lepas tu, kitorang geng balik.. Buktinya?? tengok bawah..

Gambar ramai2 lepas habis main.. yang kalah dan yang menang dua2 pun senyum jerrr... Majulah sukan untuk umat Islam!

Isnin, 18 Mei 2009

Diari- Kursus Induksi kakitangan MAIS [Part 1]

Salam semua,

Seperti yang dimaklumkan, saya bertolak ke ILDAS pagi ini. Seorang sahabat baik saya bermurah hati nak menumpangkan saya. Terima kasih la Kak Nomee. Mulanya nak bawa kereta sendiri, tapi last2 macam malas nak memandu jauh2 sorang-sorang.

Kami sampai ke ILDAS jam 11. Lepas check in dan daftar kehadiran, jam 11.30 program perasmian bermula. Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha MAIS. Banyak pesanan yang diberikan oleh beliau, antaranya mengenai tanggungjawab dan kewajipan MAIS terhadap sosio ekonomi umat Islam di negeri Selangor. Pada sebelah petangnya, selepas solat Zohor, slot pertama bermula iaitu penerangan mengenai kuasa-kuasa, tanggungjawab, peranan MAIS menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 oleh Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar, Penolong Penasihat Undang-Undang Syariah, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri. Walaupun ceramah beliau berkaitan dengan perundangan yang merupakan subjek yang agak 'dry', tetapi beliau menyampaikan dengan begitu baik dan memang kami tak mengantuk. kalau nak ikutkan, time 2-30 petang sampai 4-30 petang tu la prime time untuk melelapkan mata.

Pada sebelah petangnya, ada aktiviti riadah. Peserta lelaki dikehendaki bermain bola tampar, dan peserta wanita bermain bola jaring. Saya ditugaskan sebagai GS (Goal Shooter). Saya sejak dari dulu (sekolah rendah dan menengah) memang tak pernah bermain bola jaring. Tetapi tadi disebabkan seorang ahli pasukan kami memang mahir bermain bola jaring mengajar kami cara-cara bermain, saya dapat shoot dua gol!! Hehehe.. Okayla tuh!

Pada sebelah malamnya, slot yang kedua iaitu penerangan mengenai peraturan-peraturan tatatertib pegawai MAIS telah disampaikan oleh seorang pegawai dari JPA. Letih dan mengantuk semasa slot ini, tetapi kontrol. Alhamdulillah jam 10.10 malam kami selesai hari pertama di MAIS. Insyaallah. Esok kami akan meneruskan program hari kedua dan seterusnya sehingga kursus ini selesai. Insyaallah, mudah2an Allah memudahkan rezeki dan saya terus menulis. Aminnn :) Dah ngantuk nak tido, sebab sok kena bangun awal..


"Mengharap Redha Ilahi"

NSJ
ILDAS Sungai Air Tawar
Sabak Bernam
18 Mei 2009

Diari - Orphan's Day's Out

Salam semua,

Sepatutnya pagi tadi (Ahad) saya diajak menyertai satu program bersama anak-anak yatim Al-Ijabah di Putrajaya untuk menaiki bot laju. Disebabkan tak cukup kenderaan nak bawa anak yatim, saya ajak seorang lagi rakan saya, Nora untuk pandu kereta masing-masing. Sebelum jam 8pagi kami berdua sampai di rumah anak yatim Al-Ijabah. Sesampainya kami di rumah anak-anak yatim tersebut, saya menerima sms mengenai pembatalan program tersebut. Sebab dah sampai, saya langsung masuk dan memberi salam. Rupa-rupanya mereka semua dah siap berpakaian, tinggal nak bertolak ajer. Bekalan makanan pun dah disediakan oleh penjaga mereka Ustazah Asma. Saya dan Nora tak sampai hati pulak nak biarkan anak-anak tu, langsung kami diskas secara ringkas dan minta izin dari Ustazah Asma untuk bawa ke Taman Tasik Shah Alam. Berebut2 masing2 nak naik kereta kami. Bayangkanlah, lapan orang naik kereta saya, tujuh orang naik kereta Nora! Hehehe.. Nasib baik tak kena tahan JPJ. Budak-budak perempuan pulak naik satu van dan dua lagi kereta lain. Seronok tengok diorang main kat playground taman tasik tu.. lepas tu kami bawa pulak diorang jalan2 di Muzium Negeri. Sampai jam 11.30, masing2 pun dah penat round kat muzium tu, kami terus balik. Asalnya kanak-kanak ni nak ke Library, tapi tengok masing2 dah penat, (sebenarnya yang bawak yang penat!!hehe) kami balik terus. Dalam kereta, anak-anak tu berterima kasih kerana bawa mereka jalan, sebab kalau tak, kata mereka, boring duduk asrama..

Apapun, walaupun penat berjalan, rasa enjoy sangat dapat spent masa dengan anak-anak ni. (Semalam lepas main bowling, terasa kaki kiri sakit. Time solat pun sakit. Agaknya sebab tak menang. kalau menang tak sakit pulak. hehehe..).hajat di hati nak upload imej diorang, tapi kat sini line kurenggg, jadi lain kali ajer saya kongsikan aksi2 menarik mereka.

Bermula esok hingga 22hb Mei 2009, saya akan menghadiri kursus Induksi pegawai MAIS selama seminggu di ILDAS (Institut Latihan Dakwah Selangor) di Sabak Bernam. Harap2 adalah line broadband, kalau tak, alamat seminggu jugaklah bercuti menulis blog.

"Cinta Nabi Dalam Mencari Redha Ilahi"

NSJ
Kampung Raja Musa
1 am
17 Mei 2009

Ahad, 26 April 2009

Cintai Islam - Awak sudi jadi isteri kedua saya?

Salam semua,

Seharian tadi saya menghabiskan masa dengan menziarahi kakak saya di seksyen 19. Sambil tu, saya surf internet dan ziarah blog kawan-kawan. Jumpa artikel ni. Best untuk dikongsi dengan rakan-rakan lain. Tak percaya? Bacalah..

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fat
imah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah
beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kir
i kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" poton
g Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" su
ara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata de
ngan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandanganny
a terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan
jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.


Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seper
ti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


S
uatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gus
ar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa s
ahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh
Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak ke
rja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu me
ndirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih
menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kere
ta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah p
un bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yan
g banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah terseb
ut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fo
kusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusai
bah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.
SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!


JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!



JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN !! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR!




Psst!:Article ni saya ambil dr blog http://ibnuahmad149.blogspot.com/. Moga sama2 kita ambil manfaatnya. Mencintai perjuangan demi Allah & Rasulnya melebihi segala-galanya.. Agak2 lah, ada lagi tak lelaki macam dalam cerita ni? Dan ada tak agaknya wanita macam dalam cerita ni? Atau yang mencuba jadi seperti lelaki dan wanita di dalam cerita ini ? Alangkah indahnya dan kuatnya ISLAM kalau semua umatnya macam watak dalam cerita ini..Hmmm.. Kalau ada, lelaki macam ni, bolehlah masuk ranking 1st dalam senarai calon saya.. hehehe.. Kita pun tak macam Sayyidatina Fatimah, berangan jer nak teman seperjuangan yang macam Sayyidina Ali.. Tapi, tak kisahlah!! Yang penting kita cuba jadi sebaik Fatimah & Ummuhatul Mukminin yang lain. Berbalik pada soalan tadi.. Ada ke lelaki macam ni? Kalau ada, bagitau.. ;P


"Mencari Redha Ilahi"

Nurhani Salwa Jamaluddin

Seksyen 19, Shah Alam

26 April, 5.40pm


Sabtu, 25 April 2009

Diari - Hari yang seronok..

Salam semua,

Sebenarnya banyak benda nak saya ceritakan, tapi idea tak keluar. Jadi saya membuat keputusan untuk menulis mengenai aktiviti saya hari ini. Hari ini, entah kenapa, rasa seronok sangat buat kerja, sampaikan pukul 10 baru breakfast. Sebabnya saya sibuk menyiapkan satu notis arahan dan amaran daripada MAIS untuk ditandatangani oleh Setiausaha MAIS (yang juga Pengarah JAIS) terhadap seorang pemimpin ajaran Qadiani di Gombak. (Ada kesempatan nanti saya ceritakan mengenai ajaran Ahamdiyyah Qadiani yang telah difatwakan sebagai terkeluar dari Islam oleh Mufti seluruh dunia). Mujurlah pagi tadi sebelum ke pejabat sempat minum kopi MANGGODA (manggis + habbatussauda'), jadi kuranglah rasa lapar. Itupun malas nak pi breakfast, tapi kesian kat member yang dok tunggu dari jam 8.30pagi.

Lebih kurang setengah jam lepas tu, saya sambung lagi buat kerja. Alhamdulillah.. banyak tugasan yang dapat diselesaikan. Inilah seronoknya bila tak ada meeting, kerja dapat dibuat, hati pun senang. Tambahan pula, saya memang bernekad untuk menyiapkan semua kerja kerana minggu hadapan, selama 3 hari, saya akan berada di Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Sivil/Syarak peringkat kebangsaan anjuran JAKIM di Petaling Jaya. Sepanjang tempoh itu, saya akan menginap di sana, kerana program sampai malam.

Waktu rehat yang panjang saya dan sahabat membuat aktiviti yang paling disukai oleh golongan wanita iaitu 'melontar dan bersedekah kepada para peniaga" di Stadium Melawati Shah Alam sempena jualan gudang METROJAYA. Banyak juga RM yang saya sedekahkan tadi untuk membeli beberapa barangan termasuk hadiah-hadiah untuk kenduri kahwin dan sambutan hari lahir yang bakal saya hadiri. Memang murah.. Nasib bawa duit sikit ajer, kalau tak, lagi banyak saya dermakan.. hehehe.. Walau duit habis, banyak sedekah, tapi hati seronok, sebab dapat barang yang kita suka..

Sebelah petang tadi, bermula jam 3pm, saya menghadiri mesyuarat pemantauan projek yang dibuat sebulan sekali untuk memantau projek-projek pembangunan MAIS. Habis meeting jam 5.45pm. Sejurus selepas mesyuarat tamat, saya bergegas pulang. Sebelah malamnya, saya sempat menjenguk blog sahabat2 sebelum saya menulis entri ini. Sambil menonton TV, saya berjaya menyiapkan modul untuk bengkel yang bakal Bahagian saya anjurkan pada bulan 5 nanti. Memang seronok buat kerja, kat umah pun nak buat juga..

Lepas tu, saya minum kopi MANGGODA lagi..sebab tu tak tido2 lagi.. hehhee.. seronok betul!! Alhamdulillah.. Terima kasih Allah, atas keseronokan dan kenikmatan yang diberi.


"Mencari Redha Ilahi"

Nurhani Salwa
Shah Alam
24 April 2009
2.00am

Sabtu, 28 Februari 2009

Berpesan-pesan - Hari Lahir Kekasihku

Salam semua,

Insyaallah, pada tarikh 9hb Mac 2009 ini, bersamaan 12 Rabiul Awwal 1430 Hijrah, kita akan menyambut hari kelahiran kekasih kita, Muhammad bin Abdullah, junjungan besar Rasulullah s.a.w, nabi akhir zaman. Marilah kita banyakkan berselawat dan mengingatinya, mudah-mudahan kita beroleh syafaat beliau semasa dibangkitkan semula. Saya juga mencadangkan kepada sahabat-sahabat untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Maulidurrasul dengan aktiviti selawat dan mengingati Baginda, termasuk Majlis Maulid, ceramah mencintai Nabi dan melakukan Sunnahnya. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang menerima syafaat beliau pada hari kiamat kelak. Amin.

Lagu ini (saya tak ingat tajuknya), pernah dipopularkan oleh kumpulah Hijjaz @ Nada Murni. Sapa yang ingat bolehlah nyanyikan, atau sekurang-kurangnya menghayati maksud liriknya.

Rasulullah dalam mengenangmu

Kami susuri lembaran sirahmu

Pahit getir perjuanganmu


Membawa cahaya kebenaran



Engkau taburkan pengorbananmu

Untuk ummatmu yang tercinta


Biar terpaksa tempuh derita


Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya



c/o:


Tak terjangkau tinggi pekertimu

Tidak tergambar indahnya akhlakmu


Tidak terbalas segala jasamu


Sesungguhnya engkau Rasul Mulia


Tabahnya hatimu menempuh dugaan


Mengajar erti kesabaran


Menjulang panji kemenangan


Terukir namamu di dalam Al-Quran




Rasulullah kami umatmu


Walau tak pernah melihat wajahmu


Kami cuba mengingatimu


Dan kami cuba mengamal sunnahmu


Kami sanjung perjuanganmu

Walau kami dicaci dihina


Tapi kami tak pernah kecewa


Allah dan Rasul sebagai pembela...


Jom selawat bersama!!