Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Main Masak-Masak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Main Masak-Masak. Papar semua catatan

Isnin, 15 Ogos 2011

Main Masak-Masak : Iftar Ramadhan 1432H

Assalam,

Sebahagian bukti main masak-masak di bulan Ramadhan :) Simple dan gaya bujang, tapi tetap sedap ..:P.

Tomyam Campur
Meranti Goreng
Ikan Bilis Kicap Pedas
Telur Ceplok (Edisi Jawa) 
Sayur Campur
Ok. Cukup! Cukup! Nanti batal pose..:P. Sehingga ke Ramadhan ke 15, sekali pun aku tak ke pasar Ramadhan. Kalau balik kampung, makan masakan emak. kalau balik Shah Alam, makan masakan Nora dan Aziah. Air? Air teh panas jerr...Tapi kalau tuan rumah sediakan air sejuk, kadang-kadang minum jugak.  Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang ada. :)

"Sajer"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Ahad, 19 Disember 2010

Main Masak-masak : Keropok Lekor

Salam semua,

Masa aku balik dari misi jelajah 3 negeri, ada la aku beli keropok lekor sikit. Tapi sikit sangat, 6 batang jerr..  Saiz pun kecik ajer. Aku beli pun sajer buat syarat. Tak sah ke Pantai Timur tak beli keropok lekor. :D Lagipun, kat opis aku, kami boleh dapatkan stok keropok lekor dari drebar kami, Fadil. Keropoknya memang sedap.

Waktu kami sampai di Shah Alam,  kawan baik sepejabat aku Nomi nak menumpang lepak rumah sekejap sementara tunggu suami beliau ambik. Sorang lagi blogger Ana, nak tunggu bas balik ke Melaka jam 8.15 malam. Biasalah, sebab rumah aku kan dekat sangat dengan opis. 1.1km ajer. So, selalu jadi rumah transit bila ada program :) 

Masa diorang datang umah, aku decide nak goreng keropok yang aku beli tadi. Tetamu yang datang, kena layan baik-baik, sebab diorang bawak rezeki. Aku masuk ke dapur dan panaskan minyak dalam kuali. Sambil tunggu minyak panas, aku potong pendek-pendek keropok tu. Senang nak goreng. Bila minyak dah panas, aku masukkan keropok tu dalam kuali.

Minit pertama, ok ajer. Masuk minit kedua, tiba-tiba...

POP!

Keropok tu meletup! Terkejut jugak aku. Tapi aku rilek ajer, sebab letupan kecil ajer. Ini bukan first time aku goreng keropok lekor. Lagipun, ada tetamu kat umah, kena lah kontrol macho kan? Konon-konon terer kat dapur. Rupanya  keropok tu diam sekejap ajer. Pastu, letupan demi letupan berlaku, menyebabkan aku gabra sebab minyak memercik sampai ke siling!

POP! POP!

Alamak! Macam mana nih??

"Saya kalau keropok lekor bulat ni, saya selalu kelar-kelar dulu, sebab kalau kita potong biasa, memang boleh meletup. Tak ada lubang untuk angin. Cuba tutup dengan tutup periuk Cik Hani." cadang Ana, sempat memberi tips semasa letupan bertubi-tubi menyerang dapur aku.

Dengan berani-berani takut, aku tutup jugak keropok yang aku tengah goreng. Sekejap ajer keropok tu diam. Pastu..

POP! KEBABOOO!! Dengan tutup-tutup periuk tu meletup!! Apa lagi!! Aku mengelak dari terkena minyak sambil berlari ke depan. Berdentam-dentum bunyi letupan kat dapur menyebabkan seisi rumah gempar.

"Matikan api Hani." Kata Kak Nomi. 

Hah! Matikan?? Alamak! Takutnyer!! Bahaya dowh!! Oh no!! Tidakkk!!!

"Matikan. Kang terbakar dapur tu," aku tak pasti sapa cakap, sebab aku betul-betul cuak nak matikan api, dengan kuali dan minyak panas yang memercik-mercik sampai ke siling!!!

Sebab tak ada orang yang sanggup buat tugasan tu, aku terpaksa menguatkan semangat ke dapur. Perlahan-lahan aku menjengah ke dapur sambil menutup muka dengan surat khabar. Bahaya giler dowh! Boleh cedera muka dan badan!! Keropok masih meletup. Penutup periuk dah terangkat dari kuali. Minyak panas dah melimpah ke lantai dapur. Percikan minyak di sana sini. Horror and disaster.

Dengan lafaz bismillah, aku hulurkan tangan aku yang mulus ke suis dapur dan memulas tombolnya. Alhamdulillah. Berjaya! Dan aku tak cedera. Alhamdulillah, syukur. Aku terus trauma nak meneruskan gorengan kali kedua.

"Sedap la keropok ni," kata adikku dan Shikin.
Sedap la sebab bukan korang goreng!! Hampir mati aku dibuatnya TAHU?? Haish!!

Moral of the story, keropok lekor walaupun SANGAT SEDAP tetap SANGAT MERBAHAYA kerana boleh mencederakan kita.

"Main Masak-Masak"
Nurhani
Shah Alam

 Sebelum digoreng, rupanya macam ini. Nampak 'sangat baik' keropok ini kan?

 Lepas digoreng rupanya begini. Sedap, sesedap pengalaman menggorengnya..:P

Selasa, 7 Disember 2010

Main Masak-Masak : Sambal tumis ikan bilis

As-salam semua,

Semalam, selepas saja solat Subuh, aku dah masuk ke dapur teman mak masak. Perut aku berkeroncong minta diisi .Lapar dowh!! Mak aku sedang menggoreng keladi untuk sarapan.

"Keladi ni, nak makan dengan apa mak?" soalku pada emak.

"Makan macam tu aje lah. Nak makan dengan apa pulak?" balas emak, agak pelik dengan soalanku.

"Aisey. Biasakan ada sambal tumis, baru lah layan," aku pulak membalas. Kecur air liur mengingatkan sambal tumis emak.

"Kalau nak buat sambal, lama nak masak," kata emak.

"Takpe. Biar orang yang masak. Nak belajar," aku mengoffer diri sambil tersengih-sengih.

Dengan bantuan emak tersayang, aku menyediakan bahan-bahan untuk sambal tumis jawa iaitu:-

2 genggam ikan bilis yang sudah disiang dan dibersihkan.
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
Segenggam cili api
Sekeping asam keping
(Maaf kami menggunakan sukatan orang Kampung Raja..:P)

Kesemua bahan tadi dikisar dan digoreng sehingga masak. Pastikan ianya betul-betul masak ok? Then, bila dah betul-betul masak, barulah letak 3 sudu gula dan sedikit garam. Rasa dulu sebelum angkat. Bila dah konfem sedap, baru angkat. Siappp!!!

So, inilah hasilnya. Adik aku kata, sama macam mak masak..:P

 Mak kata, minyak kena banyak, untuk pastikan cili betul-betul masak. Jadi, sambal ni sangat TAK SESUAI untuk orang yang sedang berdiet..:P. Masak pun kena lama. Sambal ni memang sesuai makan dengan lempeng, ubi atau keladi rebus. Makan dengan nasi panas-panas lauk ulam dan telur goreng pun sedap.

Juadah tengahari anak dara tak reti masak..:P

"Main Masak-Masak"
Hani
Kg Raja
Kuala Selangor