Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Berjalan Melihat dan Mentafsir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berjalan Melihat dan Mentafsir. Papar semua catatan

Isnin, 27 Disember 2010

Diari : 5474

Assalam semua,

Petang tadi, aku bawak kakak, adik aku Mell, dan dua orang anak buah aku, Najah dan Iman, jalan-jalan tengok Karnival Upin & Ipin di Shah Alam Convention Centre. Masa kami sampai, memang dah ramai orang. Maklumlah.. Dah petang pun. Sebab tertarik dengan promosi dan hadiah percuma yang ditawarkan, kakak aku tetiba berminat nak daftarkan nama Najah masuk sebagai ahli Kelab Upin & Ipin. Yurannya murah ajer. Bayar pun sekali seumur hidup, RM15 sahaja. Selesai pendaftaran, kakak aku mendapat cenderahati sehelai T-Shirt Upin & Ipin.

"Mama. Besarnya saiz baju ni. XXL," kata Najah.

"Ntah. Mama macam nak belikan baju untuk Cik Ya ajer," sampuk adikku pula.

Mendengar kata-kata mereka, baru kakak aku perasan baju yang diberi percuma tersebut bersaiz DEWASA, bukan untuk KANAK-KANAK. Kakak aku mula rasa macam nak marah, sebabnya, kalau dimaklumkan lebih awal, tentu dia tak nak daftar, sebab niatnya nak beri anaknya yang pakai baju tu, bukan untuknya.

"Kenapa tak cakap awal? Tak best la macam ni. Akak nak bagi baju tu pada anak, bukan akak nak pakai. Kalau tau, akak tak daftar tadi. Boleh cancel tak?" tanya kakakku, kedengaran agak marah-marah sebab rasa tertipu.

"Tak boleh kakak. Mana boleh," jawab budak perempuan penjaga kaunter pendaftaran bermulut manis sambil tersenyum paling manis kononnya. Hek eleh!

"Lain kali, bagitau la dik. Baju saiz kecik dah habis. Buat apa kami dah tua-tua ni (ye ker??) nak pakai T-Shirt Upin & Ipin? Bagitau la kat orang lain. Kang diorang harap dapat T-shirt kecik, tapi dah habis,"aku selamba ajer sound tepat kat budak tu. Tapi budak tu tetap maintain senyum manis. Pleaseeee lah!! STOP IT! Sakit pulak hati kiter!!

"Nanti aku report kat Les Copaque. Bengang betul. Rasa tertipu," kata kakak aku.

Last-last, dengan hati yang bengang, kami beredar dari meja pendaftaran kelab. Sebelum kami beredar, kami diberi satu nombor untuk acara cabutan bertuah. 5474. Itulah nombor yang kami dapat. Walaupun rasa macam nak balik jer sebab panas hati, namun kami rasa rugi pulak kalau tak tunggu. Mana tau dapat kan? 

Memandangkan  acara tersebut berlangsung pada jam 6 petang, kami semua solat Asar dahulu di Tingkat 1 kompleks berkenaan. Bagi aku, walaupun sempoi, tapi karnival ini memang meriah. Selain gerai mempromosi barangan Upin & Ipin, ada juga gerai-gerai yang menjual barangan yang lain, termasuk pameran kereta dan motorbike mini. Selepas solat, rasa lebih selesa nak berjalan. Tak terkejar-kejar.

Semasa pengacara mengumumkan sesi kuiz untuk menang hadiah-hadiah percuma, aku dan adikku terus meluru ke depan stage dengan Najah dan Iman. Bersungguh betul nak jawab soalan, sebab nak pastikan anak-anak buah aku dapat hadiah percuma. Memang POYO! Mana tak nya.. Semua soalan pengacara tanya, asik kami jer yang angkat tangan nak jawab! Padahal, bukan tau jawapan pun! Hahaha.. 

Akhirnya, Najah dapat menjawab soalan mengenai nama kawan-kawan perempuan Upin & Ipin. Kanak-kanak lain yang memenuhi ruang hadapan pentas tak dapat nak mengingat semua nama mereka.

"Susanti, Devi dan Mei Mei," jawabnya yakin. Sumpah! Aku dan Mell memang tak tau jawapannya. Najah jer tau.

"Betull!!!" Laungan pengacaranya menyebabkan aku dan Mell menjerit. "Yeyyyy!!"  Satu hadiah untuk Najah!

Percubaan kami untuk mendapatkan hadiah percuma untuk Iman gagal, walaupun Iman banyak kali mencuba untuk menjawab. Akhirnya kami pasrah. Mujur Iman dah dapat hadiah percuma buku mewarna dari salah sebuah gerai yang menyertai karnival ini. Ok lah jugak.

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Acara cabutan bertuah. Beberapa kali aku dan Mell menjerit kecil kerana nombor yang disebut hampir kena dengan nombor kami.
"Untuk pemenang hadiah kedua, hadiahnya berupa sebuah motosikal mini berwarna biru dan beberapa hadiah lain. Dan nombornya adalah.... 5.. 4....7....4!!!" Laung si pengacara menyebabkan aku dan Mell sama-sama menjerit kegembiraan. 

 OMG!! Rasa tak percaya, namun itulah hakikatnya.. :D YeyyyyYY!! Yearghh!! Akhirnya!!! Macam tak percaya!! Motor tu milik kami!! Yes! Yes! Alhamdulillah! Thanx Allah!

Bergambar bersama hadiah kemenangan. Banyak kot! Modal cuma RM15 sahaja. ALhamdullillah... Beg Rapunzel tu Najah dapat sebab jawab soalan. :D
Dari kiri : Najah, Iman, Mell, aku dan kakak.

Moral of the story, kadang-kadang Allah uji kita dengan sedikit kesengsaraaan dan kepahitan, tapi jika kita redha, Allah akan balas kita dengan nikmat kebahagian yang tak terhingga. Kakak aku bagitau, memang dia awalnya bengang. Siap nak komplen kat website Les Copaque, syarikat yang menganjurkan Karnival Upin & Ipin. Tapi lepas solat Asar, dia rasa lebih tenang dan terus redha ajer dengan apa yang berlaku. Betullah kata orang, Allah bagi kita HUJAN, kita tertanya-tanya, kenapa Allah tak beri MATAHARI? Rupanya ,Allah nak beri kita PELANGI..:)

Oh ya! Sapa-sapa nak cuba nasib, boleh la pergi ke Karnival tu. Ada 2 hari lagi. 27hb - 28h Disember 2010.

BTW, tahniah pasukan Malaysia kerana  berjaya mengalahkan pasukan Indonesia bagi memenangi game bola sepak malam tadi untuk merebut Piala Suzuki. Congrats!!Lusa ni, menang lagi yerr??:D

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani
Seksyen 19
Shah ALam

Ahad, 19 Disember 2010

Diari : Journey to The East (Part 3)

Assalam,

Di Lakeview Resort, Pekan, Pahang, aku tidur pada jam 4.30 pagi, dan bangun balik pada jam 6.30 pagi, untuk solat Subuh dan bersiap-siap ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Memang tak cukup tidur, tapi kerana tugas, kenalah selesaikan.

"Rugi sangat. Booking bilik, tapi tidur 2-3 jam ajer," kata Rohana, PRO kami.semasa kami check in bilik. Betul lah tu. Tapi nak buat macam ne. Coaster tu tak boleh speed laju dahh...

Jam 9 pagi, kami tiba di perkarangan bangunan JAIP. Kami disambut dengan begitu meriah. Pegawai-pegawai JAIP diketuai oleh Dato' Hj Mohd Ghazali, Timbalan Pengarah JAIP.Macam kenduri kawin pun ada, sebab pegawai lelakinya lengkap berbaju Melayu dan bersampin. Owh! Patutlah. Hari ni kan hari Jumaat. Baru aku teringat. Tapi memang rasa lebih meriah.

Perbincangan kami dipengerusikan oleh Dato' Timbalan Pengarah JAIP. Perbincangan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai pengurusan masjid di Pahang yang disampaikan oleh seorang Pegawai JAIP. Di sini, semua masjid diurus sepenuhnya oleh pihak Jabatan Agama, tetapi ada seorang pegawai dilantik di Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk menyelaraskan hal ehwal masjid di peringkat majlis. Perbincangan kali ini lebih seronok kerana turut disertai oleh pegawai dari Bahagian lain, bukan Bahagian Pengurusan Masjid sahaja. Jadi banyak juga persoalan yang kami lontarkan berkenaan dengan isu lain. Semasa berehat untuk minum pagi, saya duduk berhampiran dengan Dato' Timbalan Pengarah dan KPP Bahagian Pengurusan Masjid. Banyak yang dikongsikan dengan mereka berdua termasuk isu sebatan Kartika yang hangat satu ketika dulu, perintah dan arahan DYMM Sultan Pahang menghalang orang Islam memasuki premis judi.

Jam 11.30 pagi, perbincangan dan perkongsian maklumat kami selesai. Walaupun tadi kami telah dijamu minum pagi, sekali lagi kami dijamu makan tengahari. Lepas makan, makan, lepas makan, makan. Inilah faktor aku tak berapa suka lawatan kerja, kerana diet aku memang hancusss!! kami bertolak pulang lebih kurang jam 12.30 tengahari.

Alhamdulillah..Syukur.. Akhirnya selesai juga misi kami ke 3 negeri di Pantai Timur Malaysia. Info yang diperlukan dah dapat. Contact person di setiap negeri pun dah ada untuk bertanya maklumat tambahan. Syukur alhamdulillah..

Dalam perjalanan pulang, aku tak tidur langsung, walaupun cuma 2 jam aku tidur semalam. Mungkin sebab terlalu excited nak balik ke negeri sendiri, dan sebab berjaya selesaikan misi menjelajah 3 negeri naik coaster. Di lebuhraya Karak, dua kali kami hampir-hampir terlibat dalam kemalangan. Kali pertama, apabila lori di hadapan kami tiba-tiba membrek  menyebabkan ia berpusing dan melintang di tengah-tengah jalan di laluan paling kanan. Mujur pemandu coaster kami dengan cekap terus menekan brek dan mengalih coaster ke laluan sebelah kiri jalan. Rupa-rupanya sebuah kereta Wira di hadapan lori tersebut yang mengalami kerosakan menekan brek secara tiba-tiba kerana bumper depan kereta mereka tercabut. Alhamdulillah.. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Kali kedua, apabila coaster kami bergesel dengan sebuah treler yang membawa sebuah jentera berat di atasnya. Kesan geseran tersebut boleh dilihat di cermin tingkap coaster kami. Perghh!! Sangat bahaya yerr.. Sipi kot!!

Tapi alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai di Shah Alam pada jam 6.30 petang. Alhamdulillah.. Syukur.. Perjalanan ini, sungguhpun memenatkan, namun pengalaman dan cerita yang ditempuh tentu sekali berbeza dengan pengembaraan yang lain. Tahniah pada PRO MAIS yang bertungkus lumus menyusun atur program. Tahniah juga pada semua peserta rombongan, yang sanggup bersengkang mata dan berlapar semata-mata nak penuhi jadual program yang padat. Betullah kata orang. Nak mencari sahabat sejati, ajaklah bermusafir. Tengok macam mana tahap kesabaran masing-masing.. :D

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Shah Alam

Diari : Journey to The East (Part 2)

Assalam semua,

Tidur lewat malam semalam tidak boleh dijadikan alasan untuk aku bangun lewat hari pada hari kedua lawatan kerja kami ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ini kerana, pada jam 9 pagi, kami semua perlu berada di Majlis Agama Islam Kelantan untuk program lawatan kerja ke sana. Tepat jam 9 pagi, kami dah berada di sana. Kami disambut oleh Ustaz Afifi, pegawai Hal Ehwal Islam MAIK yang menguruskan masjid. 

Melalui taklimat yang diberikan, di Kelantan, semua masjid di Kelantan diurus oleh pihak MAIK, berbeza dengan di Terengganu, semua masjid diurus oleh Jabatan Agama Terengganu dan mendapat peruntukan sepenuhnya dari kerajaan negeri Terengganu. Yang menarik di Kelantan, pembangunan masjid-masjid baru walaupun tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan negeri, namun ianya diperolehi menerusi sumbangan daripada ahli kariah dan umat Islam di Kelantan.

"Kami ingin menggalakkan supaya ahli kariah menyumbang untuk pembinaan masjid, mengambil contoh semasa Rasulullah SAW membina masjid, ussisa a'la attaqwa (dibina atas dasar taqwa) supaya mereka merasa kebersamaan untuk membangunkan masjid dan seronok untuk ke masjid."jelas pegawai MAIK.
 
Usai majlis taklimat dan penerangan mengenai pengurusan masjid di Kelantan, kami dibawa melawat ke dua buah masjid di Kelantan iaitu masjid Muhammadi, yang terletak berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah, dan masjid As-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian. Kami diberi taklimat ringkas berkenaan dengan pengurusan masjid-masjid oleh Tuan Imam masjid berkenaan.

Masjid As-Sultan Ismail Petra.

"Di sini, setiap anggota jawatankuasa tahfiz menyumbang sebanyak RM30 sebulan untuk membayar elaun guru tahfiz sebanyak RM600," kata Ustaz Sabri Abdullah, Imam Tua masjid As-Sultan Ismail Petra. (Di Kelantan, Imam dibahagikan kepada Imam Tua dan Imam Muda). Perghhh!! Hebat! Kalau kat tempat lain, JK Tahfiz yang dibayar elaun. Kat sini, diorang yang sponsor.

"Di sini kami banyak sukarelawan. Ada penceramah motivasi yang offer memberikan khidmat percuma kepada anak-anak muda di sini dengan mengadakan program-program di masjid. Penceramah tu pun hebat. Bukan yang biasa-biasa. Mereka nak KHIDMAT. Ada juga sukarelawan yang menawarkan diri untuk membersihkan tandas-tandas masjid," terang Imam Tua lagi.

"Kami negeri miskin, malu juga bila negeri maju macam Selangor sudi datang tengok kami. Ini saja yang terbaik yang kami boleh kongsi," kata Imam Tua, menyebabkan aku sebak, sebab walaupun mereka miskin HARTA, tapi mereka kaya ILMU dan berjaya menerapkan semangat untuk sentiasa BERAMAL kepada masyarakat sekeliling.

Imam Tua masjid As-Sultan Ismail Petra, Kelantan.

Sebelum ke masjid Muhammadi, kami dibawa ke Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK untuk jamuan makan tengahari. Maahad tahfiz ini awalnya adalah kelas pengajian Tafaqquh yang ditubuhkan oleh Kerajaan negeri Kelantan berpusat di masjid Muhammadi, tetapi dipindahkan ke bangunan sekarang, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, selepas pembinaannya siap pada tahun 2006. Kami turut diberi taklimat ringkas oleh Pengetua Maahad ini. Maahad ini turut menempatkan penghuni-penghuni Darul Aitam (Rumah Anak Yatim yang ditubuhkan oleh MAIK.)

Maahad Tahfiz Al-Quran, MAIK.

Selepas solat Zohor, kami dibawa ke masjid Muhammadi, sebuah masjid lama di tengah bandar Kota Bharu. Masjid ini dibina pada tahun 1867 semasa pemerintahan Sultan Muhamad II dengan menggunakan kayu. Bangunan kayu masjid ini telah diganti dengan konkrit semasa pemerintahan Sultan Muhamad IV. Masjid ini sangat penting dalam penyebaran Islam di Kelantan. Beberapa ulama masyhur di Kelantan turut mengajar di masjid ini termasuk Tok Kenali.

"Itu dulu rumah sewa saya. Dulu, 6 tahun saya belajar kat sini. Hari-hari saya ke masjid ini," kata Ustaz Halem Hapiz, TSU MAIS, yang mengetuai delegasi kami kali ini sambil menunjuk ke arah bumbung rumah sewa lamanya yang terletak di belakang sebuah kedai batik berhampiran masjid Muhammadi. 

"Ye ke Ustaz? Ntah-ntah, ustaz jumpa isteri Ustaz pun kat sini," balas saya, mengusik. Usikan saya disambut dengan deraian tawa kawan-kawan lain.

Paling best, dan tak sangka, bila Ustaz Halem jawab, " Ha ah." Hahahahaaa.. Pancing aku mengena..:D. Mudah-mudahan, berjumpa jodoh di tempat yang baik, insyaallah, pengakhirannya baik.:)

Lebih kurang jam 4 pm, lawatan kami berakhir. Kami sempat ke Pengkalan Kubur  untuk membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang. Lebih kurang jam 6 petang, kami bergerak ke destinasi seterusnya, Kuantan Pahang, untuk lawatan kerja esok ke Jabatan Agama Islam Pahang. Kami  tiba di Lakeview Resort , Pekan, Pahang pada jam 3.45 pagi.  Esok ada program lagi...


Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan. Masjid tua yang penuh sejarah.

Serasa nyaman semasa melalui lorong ini. Terbayang lorong yang sama dilalui oleh Tok Kenali, Tuan Guru Taba dan ulama terkemuka Kelantan.

 
Tetap unggul walaupun sudah berusia.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani  
Shah Alam

Khamis, 16 Disember 2010

Diari : Journey to The East (Part 1)

Salam semua,

Hari ini saya dan beberapa orang kakitangan jabatan telah berkumpul di pejabat sekitar jam 7.15 pagi untuk bertolak ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu. Jam 7.30 pagi, kami dah bertolak menaiki coaster Baitul Ehsan. Rombongan kami turut disertai oleh dua orang Penyelaras masjid dari daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Perjalanan hari ini teramatlah meletihkan. Pertemuan JHEAT yang ditetapkan pada jam 2.30  terpaksa ditangguhkan ke jam 4.00 petang, kerana kami lewat tiba. Walaupun kami dah mencuba untuk sampai lebih awal sehingga terpaksa berkorban untuk skip makan Jtengahari semata-mata nak kejar masa dan sampai tepat pada masanya, namun kami terpaksa pasrah dengan ketentuan Allah. 8 jam setengah kami mengambil masa untuk sampai di Terengganu. Kami hanya berhenti untuk sarapan pagi selama 15 minit, mengisi minyak sekali, dan 3 kali untuk ke tandas. Bayangkan perjalanan yang sangat lama, cuma berhenti lebih kurang 30-45 minit sahaja. Memang memenatkan! Sehinggakan ada peserta rombongan yang diserang gastrik kerana makan tak ikut waktu.

Perjalanan kami diselang selikan dengan mendengar CD ceramah agama Ustaz Kazim dan menonton video.Seronok mendengar ceramah ustaz Kazim bertajuk "CINTA" dan juga "alam roh". Banyak yang dapat diteladani daripada ceramah beliau.

Alhamdulillah, akhirnya kami selamat juga sampai ke destinasi yang dirancang, walaupun lewat 1 jam setengah daripada jadual asal. Rombongan kami disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Operasi JHEAT Tuan Hj Omar bin Musa. Kami terus dibawa ke bilik mesyuarat dan perbincangan berlangsung lebih kurang 1 jam setengah. Banyak yang sempat dikongsikan mengenai pengurusan masjid di Terengganu termasuklah peruntukan kewangan, pelantikan kakitangan dan jawatankuasa kariah, undang-undang dan kes-kes berkaitan masjid, wakaf, tanah kubur, dll. Berbeza dengan di Selangor, pelantikan Imam di sini dibuat oleh Tuanku, jawatan Bilal dilantik oleh Majlis, manakala Jawatankuasa Kariah dilantik oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama. Di Selangor, semua pelantikan pegawai masjid (imam, bilal, siak) dilantik oleh Majlis.

Jam 5.30 petang, perbincangan selesai. Kami solat jamak dahulu sebelum bertolak ke Kelantan. kerana esok kami akan membuat lawatan kerja ke Majlis Agama Islam Kelantan pula pada jam 9 pagi. Rasa sungguh tension kerana perut sebu (makan tak tentu) dan terlambung-lambung di dalam bas kerana keadaan jalan raya yang tidak rata. Hanya pada jam 9 malam kami singgah untuk makan malam (sebenarnya lunch!) sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan. Akhirnya kami sampai pada jam 10.15 malam di hotel.

Penat weh! Tapi penat-penat, sempat juga kami berjalan ke Wakaf Che Yeh. :D Insyaallah, esok pengembaraan kami akan bersambung di MAIK. Insyaallah, semoga pertemuan di antara dua jabatan dari negeri yang berbeza ini memberi manfaat kepada kedua pihak, terutamanya MAIS yang sedang menjalankan kajian terhadap keberkesanan pengurusan masjid negeri Selangor.

K la. Letih sungguh. Mau tidor. Sok kena bangun pagi. Kenapakah aku terlalu gigih sangat menahan mata kerana mau memblog juger? Aku pun tak faham dengan diriku...

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Crystal Lodge
Kota Bharu
Kelantan

Selasa, 14 Disember 2010

Diari : Terengganu, Kelantan, Pahang

Salam semua,

Insyaallah, esok saya dan beberapa orang pegawai dan kakitangan MAIS akan menjelajah ke 3 negeri  di utara Semenanjung, Kelantan Terengganu dan Pahang untuk lawatan kerja ke Majlis Agama dan Jabatan Agama Negeri-negeri tersebut selama 3 hari 2 malam. Kami akan bermalam di Kota Bharu, Kelantan pada malam pertama dan di Kuantan, Pahang pada malam kedua.Kami ke sana untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan masjid dan pengurusan ar-riqab di negeri-negeri tersebut di samping bertukar-tukar pandangan dan maklumat mengenai pentadbiran agama islam negeri-negeri.

Walaupun esok baru bergerak ke sana (kol 6.30 dah kena ada di parking bas!!) namun aku dah boleh rasa kesannya perjalanan menaiki bas ke 3 negeri tersebut. Phew!! Tentu sakit pinggang kan? Kan seronok naik flight.. Huhu.. Lagi syok kalau kompeni sponsor rawatan urutan di SPA? (Haish!!Berangan!!)

Lebih menakutkan lagi, boss aku mintak aku yang lead rombongan ke Jabatan Hal Ehwal Terengganu, sebab beliau terlibat dengan mesyuarat penting pada pagi Rabu. Oh no!! Terpaksa lah berlatih cakap slang Terengganu.

"Sudah makang?"
"Ikang haruang"
"Jom jom jom.. Ke laukkkkk!!!"

Erkk!!Serasa pinggang dah sakit. Ada tukang urut best tak?

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Shah Alam

 Bangunan MAIK.

 Kartika Sari Dewi Sukarno, yang hukuman sebatannya ke atasnya kerana kesalahan minum arak oleh pihak berkuasa agama negeri Pahang menimbulkan pertikaian seantero dunia.

Sabtu, 20 November 2010

Diari : Puteri (Part 2)

Salam semua,

Setelah penat memerah otak berbengkel selama 2 hari, malam tadi kami teringin nak keluar berjalan di Melaka. White Rose pernah mencadangkan supaya aku ke River Cruise. So, aku pun nak try lah.. Lebih kurang jam 10 malam kami sampai di River Cruise, sebab tunggu jejaka-jejaka kacak Bahagian aku bersiap. Pelik jugak. Selalu jejaka siap dulu, ini gugurl siap dulu. 
 
Bayaran masuk RM10. Menarik juga suasana dan pemandangan sepanjang cruising di atas bot, dengan lampu-lampu memenuhi sekeliling kawasan bandaraya Melaka. Tapi part 'bau longkang'nya tu, memang meloyakan, tapi kami terpaksa menahan nafas jer lahh..Dah la sesekali air longkang tu terpercik kat kami.. Perghhh!! Memang bau longkang lah kami.. hehehehe..

Pastu, kami ke Jonker Walk. Sajer jalan-jalan ...  Ini antara gambar-gambar yang sempat aku snap masa kat sana. Layan jerr..:)
 
 Gembira nyerr...:)

 Muka aku agak seyes sebab baru pas kena bayar servis keta... 






 Layannn..:)



 Kg Jawa yang terdapat di kawasan ini.

 Argggghh!! Faveret!!





"Berjalan, Melihat Mentafsir"
Nurhani
Puteri Resort
Melaka

Diari : Puteri (Part 1)

Salam semua,

Korang teruja tak bila tengok benda yang korang suka dan sangat menenangkan hati? Kalau aku, aku mesti sukaaaaa sangat..:P And of course aku akan rasa teruja. Rasa tenang, bahagia, seronok dan...







































tak sabar..:P

Hari tu, time kat PD, benda tu ada depan mata, tapi tak seronok, tak menenangkan.. Penuh, sesak, lemas...

Hari ni, aku jumpa lagi benda tu kat Puteri Resort.. Tapi kali ni, benda tu nampak sangat nyaman, tenang, lapang, damai.. Fuhhhh!! Memang tak sabar..:P

Eh! Tak ada orang? Biar betul???

Seyes tak sabar!! Tak leh tunggu dah!

Shakirah, Mid, Raudah, Zurinah, jom!!!!Ini arahan!!

1,2,3..Terjun!!! (Kecebush! Kecebush!)



Syok weh! Siap boleh pilih kolam yang mana..:P

"Berjalan, Melihat, Mentafsir"
Nurhani
Puteri Resort
Melaka

Selasa, 16 November 2010

Diari : Le Paris

Salam,

Cuti hujung minggu yang singkat pada 13 dan 14 November 2010 aku penuhi dengan menyertai Program Santai D Le Paris di Port Dickson yang dianjurkan oleh Bahagian MAL dan Audit Dalam MAIS. Sesekali bersantai bersama kawan-kawan sepejabat memang seronok. Selain dapat bertemu dalam suasana santai, bukan 'skema' seperti di pejabat, kita dapat lebih mengenali sahabat kita yang sebenar. Siapa ahli keluarga mereka, berapa orang anak, dan sama ada mereka boleh bersukan atau tidak... (Ahaks! Apakah kaitannya? Kena baca sampai habis:P)

Konvoi sebanyak 8 buah kereta memulakan perjalanan tepat jam 11 pagi. Aku memandu bersama Nora dan Shakirah. Alhamdulillah, perjalanan lancar, kecuali ada beberapa buah lori yang memandu secara berbahaya di lebuhraya. Lebih kurang jam 1 tengahari kami sampai ke Hotel Costa Rica Le Paris, PD. Memandangkan kami cuma boleh check in pada jam 2, kami lepak di bawah pokok di tepi pantai sambil menikmati makan tengahari yang kami bawa dari rumah.

Lapang rasa fikiran melihat pantai Port Dickson dan lautan luas saujana mata memandang. Riak ombak di lautan memberikan halwa muzik ketenangan dalam hati ini. Berjalan di persisiran pantai sememangnya mengujakan. Indah, nyaman, tenang, seronok. Itu yang aku rasa. Subhanallah! Indahnya ciptaan Allah. Maha Suci Allah Yang Maha Kuasa mencipta tiap-tiap sesuatu. Terima kasih kerana masih memberi peluang kepada hambaMu ini merasai nikmat kurniaanMu.

Selepas solat Zohor, kami memulakan acara pertama, iaitu sukaneka. Kami dibahagikan kepada 4 pasukan. Aku dalam pasukan Hijau, Nora pasukan Merah, Shakirah pasukan Oren, Kak Nomi pasukan Biru. Mulanya memang happy bersukan, tapi bila cuaca semakin panas, aku rasa tak sabar nak habiskan. Panas weh! Sun burn la aku. Dah la memang sepanjang masa aku ni sun burn. :P

Lepas game, aku dan Shakirah layan mandi laut. Pasangan suami isteri Ali dan Anis join kami. Anis yang tengah mengandung 4 bulan kata,

"Nak mandi, kena mandi sekarang. Nanti dah ada anak tak dapat nak mandi. Kena dok tepi jerr, tengok anak kita mandi."

Betul jugak kata Anis tu. Aku perasan jugak keadaan ni. Suami-suami mandi dalam kolam,isteri-isteri dok jer kat tepi. Tapi ramai jugak suami yang tengok anak diorang sampai anak diorang puas mandi, baru suami mandi. Bagus lah. Tapi, kalau aku kawin dan ada anak, aku nak mandi jugak. Haha. Tak aci la kita dok tengok ajer kat tepi, ingat best?? Untuk para suami pulak, kena la take turn jaga anak, kalau isteri teringin nak mandi laut atau kolam. Sian pulak kat isteri-isteri solehah ni. Kena jadi guard pulak.

Pastu kami ingat nak terjun ke kolam renang, tapi punyalah ramai orang. So, terpaksalah kami mengalah bagi laluan kat orang-orang lain yang lagi poyo nak mandi kolam. Esok paginya baru kami layan berenang kat kolam. (Berenang ker?:P)

Malamnye, lepas solat, kami buat barbeku kat tepi pantai. Seronok jugak barbeku tepi pantai ni, lagi seronok bila tengah-tengah mengipas, hujan turun..(tak seronok kott!!) Sib bek la kami dok bawah pokok, kira oklah sket, sebab tak terasa lebat sangat. Lagi syok bila ayam, udang dan ikan yang dibakar memang sedap!! Kredit buat Shakirah yang penat 'marinate' mangsa-mangsa kebakaran. Sedap sangat!!

Lebih kurang jam 9.30 malam, acara penyampaian hadiah pulak. Aku terpaksa akur dengan kekalahan pasukan aku kepada pasukan lain. Bukan apa, dah selalu menang, kasi chance orang len menang pulak, kan Nora?:P

Then, acara cabutan bertuah pulak. Semua orang bertuah, sebab sumer orang dapat Al-Quran terjemahan sumbangan LZS. Kredit tu Kak Nomi, hadiah lain korang nak simpan boleh, Quran tu, jangan simpan, BACA ok..:)

Malam tu, aku sempat tengok citer Melayu, Nabil berlakon, tapi rupanya Nabil lebih banyak tengok aku lagi, dari aku tengok dia, last-last aku bangun, amik sembahyang, terus tido sampai Subuh..

Ahadnya, lepas aku dan Shakirah eksesais kat pool, kami siap-siap balik semula ke Shah Alam. Very short vacation trip, tapi tetap seronok. Dah la murah..Kos makan (pagi dan bbq)(RM20), kediaman (RM52), petrol + tol (30 + RM26.20) , sorang lebih kurang RM92 jerr.. Murah kan? Tips nyer senang jerr.. Kena kongsi kereta dan tak makan hotel. Masak sendiri.:)

Ok la. Mak I dah panggil tu soh tolong masak.. Lain kali i buat entry lain. Gambar? Later I upload. Sok nak raya kan? Salam Eidul Adha buat semua. Semoga pengorbanan kita semua hanya untuk Allah dan diiktiraf olehnya. Amin..



"Salam Eidul Adha 1431H"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor


Le Paris.

Kolam.

Ahad, 7 November 2010

Diari : Bila Aku Tak Pakai Telekung Sendiri..

Salam semua,

Semalam aku dan Raudah 'berjalan-jalan' ke Serdang. Tak pernah aku berjalan-jalan ke area Serdang sebelum ni. Ini pun sebab dijemput untuk 'makan-makan' kat umah Shikin. Disebabkan pertama kali sampai sini, kami berdua tersesat jalan, walaupun Shakirah dah bagitau 'panduan ringkas' ke sana.

"Nak senang, cari Hospital Serdang, then cari signboard MAEPS, MAEPS, then follow ajer signboard MAEPS tu. Umah dia dekat dengan MAEPS," terang Shakirah dengan penuh ringkas seolah-olah aku selalu sangat ke Hospital Serdang.

Aku rasa, sekali jer kot aku pernah ke sana, semasa menziarahi Allahyarham Tuan Kadhi Daerah Kuala Langat. So, memang aku tak ingat sangat jalan ke sana.Namun, berbekalkan kepada keyakinan bahawa Allah akan permudahkan urusan kita jika kita ikhlas dan falsafah tersendiri aku "kalau sesat pun, aku masih di Malaysia":D, so, aku dan Raudah meneruskan perjalanan ke Serdang. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 30 -40 minit, memakan masa selama sejam setengah, kerana kami tersilap masuk ke exit Putrajaya dan terpaksa 'makan angin' dulu di Putrajaya sebelum masuk ke Kajang dan 'bersiar-siar' pula di lebuhraya menghala ke arah Kajang.

"Ihdinassirotol mustaqim (tunjukkanlah kami jalan yang benar)," kata aku pada Raudah, dengan nada berlawak, namun sesungguhnya aku benar-benar berdoa kami berjumpa jalan yang betul. Alhamdulillah, setelah puas berpusing-pusing selama lebih kurang 30 minit, kami sampai di lebuhraya yang menghubungkan kami dengan Hospital Serdang. Saya terus memandu mengikut panduan yang diberi oleh Shakirah. Alhamdulillah, akhirnya kami berdua sampai di lokasi majlis tersebut.

Memandangkan waktu Zohor dah masuk, aku mengajak Raudah solat di masjid yang terletak berhampiran dengan lokasi majlis dibuat. Memang menjadi kebiasaan aku untuk membawa kain telekung sendiri kalau ke mana-mana, kerana biasanya telekung 'free' yang ada di masjid atau surau-surau especially yang kat shopping kompleks, memang 'kurang menyelerakan'. Susah nak jumpa yang wangi dan bersih. So, aku prefer bawak telekung sendiri, kecuali aku nak keluar sekejap ajer, dan sempat solat di rumah. Falsafah tersendiri aku, kita pastikan baju kita bersih dan cantik bila bertemu manusia (contohnya bila di pejabat), tetapi bila bertemu Allah, kita guna telekung yang smelly dan tak bersih. Sedangkan sepatutnya, bila bertemu Allah, kita kenalah pakai the best dress (telekung) yang kita ada. Ini falsafah tersendiri aku, sebab tu aku suka sangat beli telekung atau dihadiahkan telekung. Dalam koleksi telekung aku, 3 helai Kak Normi bagi, selai staff Bahagian Undang-Undang bagi, 5 helai kawan-kawan bagi, 3 helai aku beli sendiri. Ini pun rasa nak beli lagi yang macam Nora punya. Hehehe..:)

Tapi, to my surprise, telekung kat masjid ni, memang bersih dan suci. Sangat bersih kott! Sehinggakan aku tak jadi pakai telekung sendiri, sebab memang bersih! Bukan maksudnya telekung aku tak bersih, tapi nak beri pahala pada orang yang mewakafkan telekung tu dan yang bersihkan telekung tu. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan Allah beri rahmat kepada pewakaf dan pembersih telekung kat masjid tu. Siap dibubuh nila kott!! Anyway, kredit to Shikin and family:P. Semoga anda sekeluarga beroleh ganjaran dari Allah swt.

Bagi aku, bila kita pakai telekung yang kurang bersih, boleh menyebabkan kurang khusyuk kita dalam solat, sebab menahan bau yang kurang menyenangkan. Solat pun nak cepat habis., sebab tak selesa. Kadang-kadang doa pun tidak, apatah lagi berzikir. Sebab itulah, Islam amat menekankan kebersihan diri dan tempat solat. Kerana itu kita perlu berwudhuk, memakai pakaian yang bersih dan tempat solat kita perlu bersih. Hikmahnya supaya kita lebih khusyuk semasa menunaikan solat.

Untuk makluman semua, keprihatinan terhadap tahap kebersihan telekung di surau-surau di shopping kompleks ini juga turut membawa kepada penganjuran PROTEK 2010 (Projek Telekung oleh HELWA ABIM) yang dimulakan pada 12 Jun 2010 di Kompleks Beli Belah Sogo. Projek ini masih lagi diteruskan oleh penganjur (yang merupakan teman-teman rapat saya), dan saya dimaklumkan, mereka masih memerlukan sukarelawan-sukarelawan untuk mendapatkan pihak-pihak yang sudi waqaf/sedekah/hadiah telekung untuk mengganti telekung-telekung di Surau-Surau pusat-pusat membeli belah lain di Lembah Kelang. Selain itu projek ini juga mencari sukarelawan yang sudi mengambil/membasuh/membayar kos dobi bagi telekung-telekung lama yang akan dikutip daripada surau-surau tersebut.

Terkini, program ini diteruskan di Denai Alam Recreational Centre di mana Helwa ABIM memerlukan sumbangan telekung (PROTEK), sejadah untuk surau, permainan lama (untuk anak2 yatim yg dtg berkunjung) serta buku2 terpakai untuk pembinaan perpustakaan mini di kelab tersebut. Projek ini akan bermula pada 4 Disember 2010. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah email kepada Huda di alamat email huda@agc.gov.my untuk maklumat lanjut. Email pada saya pun boleh.:)

"Kebersihan, asas keimanan"
Nurhani

Shah Alam

Model muslimah bangga menggayakan telekung masjid yang bersih.

Bersih kan? Bandingkan bahagian muka telekung ini dengan telekung di tempat lain yang selalunya bertahi lalat dan smell smell not good.

Susun atur masjid yang kemas dan bersih.

Bahagian belakang ruang solat wanita di masjid lama ini. Kemas dan bersih..:)

Kredit kepada AJK Masjid ini. Walaupun bangunan lama, namun, kebersihan kawasan luar dan dalam masjid masih dikekalkan.

Pandangan dari luar pagar.

Kubah masjid lama ini membuktikan keuzuran masjid ini, namun masih kekal bersih dan kemas. Konsep kebersihan menurut Islam tak semestinya yang baru, tetapi yang bersih.

Khamis, 4 November 2010

Renung Sejenak : Teman Setia Sepanjang Hayat



Salam semua,

Hari ini aku bercuti, sebab esok nak raya, nak baling kelapa... Ahahaha...:D. Semalam aku merempit tak hengat dari opis, sebab nak elak balik malam. Tapi Allah punya kuasa, aku sampai umah, malam jugak, lebih kurang jam 8.30. Oleh kerana aku kuar opis pun dah lewat, dalam pukul 6.50pm, then aku singgah solat Maghrib kat masjid Kg Puncak Alam, akhirnya, aku terpaksa jugak merentasi jalan Ijok - Berjuntai Bestari - Kg Raja - Tg Karang yang gelap pekat bersendirian. Walaupun baru jer lepas Maghrib, tapi suasana dah gelap gelita sebab tak ada lampu jalan. Mula-mula aku layan lagu-lagu rock kapak, then aku rasa 'kurang selamat' pulak dengar lagu macam tu, terus aku on CD Maher Zain aku... Huwa huwa... Penakut tahap Gaban kot!! Then, apalagi.. Aku speed la.. Naik keta enjin 2.0 VTEC, aku pun berdesup jerr...

"Mesti mak risau ni, sebab aku belum sampai." getus hati aku.

Tepat jangkaanku. 2 miskol mak kat hp aku. Aku terus kol mak. Mak bagitau, adik aku, Uda, yang dari Shah Alam pun dah sampai. Aku update lokasi kat mak dan teruskan perjalanan. Kali ini lebih laju, sebab suara mak bagi aku semangat untuk jadi lebih berani. Ahhahaaa.. boleh macam tu?

Masa aku lalu jalan paling gelap dalam dunia (dari Unisel ke arah Tg Karang), adik aku plak kol, tanya dah sampai mana. Dia kata 'hati-hati'. Hehehe.. Cam tau-tau jer aku seram-seram kuku lalu kat situ sensorang..:) Walhal dah berpuluh taun aku lalu jalan yang sama. Dah la kat kampung aku ada orang baru jer meninggal pagi tu... Hiii.. Seram!!

Tapi bila sampai umah, aku rasa semua perasaan seram, takut, cuak, nervous, etc etc tu, hilang serta-merta, bila lihat muka orang-orang yang aku sayang. Mak, Abah, kakak, abang, adik-adik.. Patutlah Allah anugerahkan Khadijah sebagai pelengkap kepada Rasulullah SAW. Untuk menemani dan menenangkan Baginda saat Baginda perlukan teman. Teringat aku saat-saat semasa Nabi bertemu Jibril dan menerima wahyu pertama Baginda. Baginda menggeletar, pucat lesi wajah Baginda dan menggigil tubuh Baginda. Langsung Baginda balik ke rumah, dan Nabi ditenangkan oleh Khadijah. Khadijah juga yang mula-mula beriman dengan Nabi dan menjadi teman untuk Nabi berkongsi kepayahan berdakwah kepada ummah. Walaupun Nabi berkahwin lain selepas kematian Khadijah, namun, Baginda masih tidak dapat melupakan jasa dan pengorbanan Khadijah membantunya di sepanjang 23 tahun tempoh dakwahnya.

Bagi aku, kita juga manusia biasa seperti Nabi. Sentiasa diuji Allah. Kadangkala kita mampu bertahan menghadapi ujian itu bersendirian. Kadangkala kita perlukan sokongan dan bantuan teman-teman dan keluarga. Acapkali kita berazam untuk melakukan sesuatu, dan acapkali juga pendirian kita berubah. Semuanya kerana motivasi diri yang sentiasa pasang surut. Kat ofis pun sama. Setiap hari sebelum pergi kerja, aku berazam nak jadi pekerja yang baik, tapi kat ofis banyak betul ujiannya. Ujian mental dan emosi. Ini budak ofis aku jer yang tau..hehe..:).

Tapi, kita perlu berhati-hati, kerana tak semua teman pembimbing membantu kita untuk jadi manusia lebih baik. Kes-kes lari dari rumah, penzinaan, buang bayi puncanya kerana teman pembimbing yang membimbing ke arah yang lebih buruk. Pengalaman sehari aku di Henry Gurney baru-baru ni, membuktikan bahawa remaja kita terdedah dengan segala macam maksiat dan jenayah disebabkan pengaruh kawan. Sorang pelatih yang duduk sebelah aku disabitkan atas 7 pendakwaan jenayah menyamun. Dia disabitkan melalui identification parade (kawat cam). 7 report polis, 7 orang yang buat report mengecam dan mengesahkan dia adalah orang yang menyamun. Bila aku tanya puncanya, dia bagitau dia ambil dadah sebab terpengaruh dengan kawan. Bila dah ketagih dan tak ada duit nak beli dadah, dia menyamun pulak. Yang sorang lagi pecah masuk sekolah. Sebab ikut kawan. Sorang lagi curi duit dalam mesin slot kat Genting Highlands. Jumlahnya RM22,000-00, tapi dia bukan dapat semua pun. Dia dapat RM2,000 jerr..Pastu kena meringkuk dalam Henry Gurney. Nasib baik tak masuk penjara sebab bawah 21 tahun. RM20,000-00 kawan dia dapat. Sebab percaya kawan, masa depan mereka musnah. Ada jugak yang mengaku, dah merogol 9 orang anak gadis sebelum tertangkap. Nauzubillah..

Menurut soal siasat yang aku buat, mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan 'pembimbing' daripada keluarga yang 'mencegah', itu tak boleh, ini tak boleh. Ada juga keluarga yang jenis 'melantak', maknanya, 'lantaklah ko nak buat apa pun'. Jadi jiwa budak-budak remaja yang nak bebas dan tidak suka disekat ni pun memberontak. Tambah teruk lagi bila tidak diisi dengan ilmu agama dan sandaran iman yang kukuh. Bila bersama kawan-kawan, mereka bebas buat apa saja. Tak ada orang nak ingatkan atau larang. Memang la best! Dunia ini, ana yang punya!!

So, kalau nak cari kawan, carilah yang boleh bimbing dan sokong kita menjadi lebih baik, lebih tenang, lebih maju, lebih berilmu, dan lebih berani menempuh ujian yang Allah beri. Bukan semakin jauh dari Allah, semakin sesat. Macam mana kalau tak ada orang nak berkawan dengan kita? Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dianugerahkan KalamNya yang mulia, Al-Quran yang mulia, mukjizat Nabi tercinta, untuk menemani kita saat-saat kita takut, sedih, luka, duka, pilu. Ianya teman terbaik dan paling setia menemani kita saat kita perlukan teman. Tak pernah sekalipun dia menolak bila kita memerlukannya, menyentuhnya, mendakapnya, mengucupnya dan cuba memahaminya. Tak pernah dia memaki, menista, memfitnah, bercakap buruk pasal kita, membuat cerita palsu mengenai kita. Sebaliknya dia beri kita satu ketenangan hati dan jiwa saat bibir kita melagukan bait-bait syair cinta yang Allah utuskan untuk kekasihNya Muhammad SAW. Aku menggelarkannya "Teman Setia Sepanjang Hayat" untuk semua orang. Ianya mengingatkan aku kepada Penciptaku, dan Kekasih Penciptaku. Ianya membuat aku menelusuri dan mengimbau sejarah Kekasih Allah Adam, Musa, Isa, Soleh, Lut, Hud, Yusuf, Ayyub a'laihimussalam yang diuji dengan 1001 macam ujian yang maha hebat, lebih hebat dari kita semua. Ianya membuatkan aku bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, dan membuat aku merasa kecil dan lemah di hadapan Penciptaku.

Moral of the story, setiap orang perlu ada teman setia untuk merasa lebih yakin diri dan menempuh kehidupan seharian. Tentu kita gembira dan suka kalau dapat meluangkan masa dengan teman setia yang sebegini bukan? Masa bersama teman seperti ini serasa sebentar, walhal dah berjam-jam kita meluangkan masa bersamanya. Lalu, adilkah kita kalau kita tak luangkan masa langsung untuk "Teman Setia Sepanjang Hayat" iaitu Al-Quran? Bukan lama, sekejap aja pun tak mengapa. 5 minit sehari? Mungkin baik untuk permulaan. :) Kata orang tua-tua ," Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

Jom spendkan masa bersama teman setia ini sekurang-kurangnya selembar sehari untuk merasa yakin diri dan semakin dekat dengan Allah. Lebih elok dibuat di awal pagi supaya kehidupan kita sentiasa dibimbing oleh Allah. Mudah-mudahan hidup kita diberkati. Amin.

"Al : Quran: Teman Setia Sepanjang Hayat"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Ahad, 24 Oktober 2010

Diari : Sedara??

Salam semua,

Petang tadi saya dan adik menemani emak ke majlis perkahwinan anak perempuan kepada sepupu abah, Pakcik Atan. Kami adik beradik tidaklah begitu mengenali Pakcik Atan. Mungkin disebabkan jarak usia, dan kami jarang bertemu.

Semasa adik saya Kamel bersembang dengan Cik Atan, saya ternampak kelibat seseorang yang saya kenali. Cuma macam tak percaya sebab menurut blog beliau, rasanya beliau berada di Medan, Indonesia. Tapi saya tetap nak mencuba. Saya terus mencapai telefon dan terus menaip sms,

"Salam Aliff. Awak ada kat Kompleks Warga Emas Shah Alam ke?"

Saya memerhatikan kelibatnya dari jauh. Dia mencari-cari seseorang. Sah itu dia! Saya melambaikan tangan ke arahnya. Aliff tersenyum.

"Eh! Kak Hani. Assalamualaikum," sapanya. Saya memperkenalkan adik dan emak padanya.

"Sapa ni An?" tanya emak.

"Ini Aliff, anak murid Ustaz Muhamad," jawab saya.

"Kak Hani, buat apa kat sini?" tanyanya ramah.

"Kenduri lah.. Temankan emak. Ayah pengantin tu, sedara abah," jawab saya.

"Laaa... Iyer ke? Pakcik Atan tu, bapak sedara saya. Adik beradik dengan emak," balas Aliff sedikit terperanjat.

"Owh.. maknanye, kita sedara ek?" spontan saja ayat-ayat tu keluar dari mulut saya.

"Haaa?? Sedara kak Hani?? Wakakkaka.." Aliff tergelak-gelak, seakan-akan tak percaya.

Namun, waktu adik saya bertanya, serapat mana kenal dengan saya, jawapan Aliff betul-betul terkesan di hati saya,

"Kak Hani ni, dah macam kakak sendiri."

Sebelum kami berpisah, Aliff memperkenalkan kami kepada ahli keluarganya. Paling best saat berita ini diberitahu kepada Pak Atan sendiri. Seronok sungguh beliau. Kecil sungguh dunia. Tak sangka kami bersaudara rupanya.:D

Moral of the story, jangan la buat jahat kat sapa-sapa. Mana tahu, satu hari nanti, orang tu rupanya bersaudara dengan kita. Jadi besan kita ke, ipar-duai kita ker, menantu kita ker. Kalau diorang tak ampun, kan susah mau cerita. Semua tu, Allah lebih mengetahui. Kalau ada yang bertikai, selesaikan dengan baik. Bukan buat cerita bohong and fitnah sana-sini, tambahkan lagi konflik yang belum selesai, semata-mata nak jaga nama baik masing-masing. Pleaselah.. No one is perfect. Semua orang pun buat salah, buat silap. Islam dah tunjukkan jalan penyelesaian terbaik. Buatlah ikut syariat, mudah-mudahan kita semua terselamat di dunia dan akhirat. Aminn..

Jejak kasih. Dari kiri: Saya, Alif, emak Aliff dan emak saya.


"Mari BerSilaturrahim"

Nurhani

Shah Alam

Khamis, 21 Oktober 2010

Diari : Buntu..

Salam,

Dah berbulan aku fikirkan, tapi masih belum jumpa penyelesaian. Susah jugak nak buat pilihan. Yang mana satu, di mana, bila, duit pulak mana mau carik. Ada ke orang nak tolong.. Huhuhu.... Last-last, satu hapa pun aku tak mula.. Buntu!!

Itulah kelemahan aku. Susah nak buat pilihan. Nak main game ping-pong atau badminton pun susah nak decide. Sebab, seboleh-bolehnya, aku nak cuba menjaga hati semua orang. Tapi, kali ni, aku men ping-pong kot, sebab aku dah janji dengan Ina dulu. Sori Nora! Jangan kecik hati ok?

Malam tadi, Nora dah sound-sound aku,

"Kak Hani tu yang tak fokus. Tak betul2 letak target. Cuba la firm," soundnya tepat sambil menjeling-jeling pada aku. (Eleh! Dia ingat aku takut!)

Malam tadi jugak,seorang senior aku di UIA, Kak Majdah memberi komen pada status FB ku :- "Which one is your choice?"

Beliau menulis di wall FB ku,

"I'll take both! Lama sangat mikir, terlepas kang semua tu.. Cari kerja lain and sambung belajar. U have GOOD BRAIN and YOU WERE ONCE A COUNSEL. So waste no more time!! SERIOUSLY Hani, U must PURSUE your dream.."

Kata-katanya membakar semangat aku. Yearghh.. I guess masanya dah tiba untuk aku teruskan dengan cita-cita aku. Nak pursue my PhD and nak dapatkan Doctorate. Lagipun, anak-anak buah aku kat BUU ni dah well trained, so, tak la risau sangat nak tinggalkan diorang..:)

Tapi, seyes! Sebenarnya, aku takut nak ambik special exam untuk study abroad. Takut tak pass!! Tapi kalau aku tak cuba, macam mana aku nak tau aku layak ke tak kan? So, nak tak nak, aku kena ambik jugak. Chayyok! Chayyok!

Anyway, aku harap, urusan aku dipermudahkan, dan moga doaku di hadapan Multazam pada tahun 2007 akan menjadi kenyataan. Amin..:) Agak-agak, MAIS nak sponsor tak?? :P

"Berjalan Melihat Mentafsir"
Hunny
Shah Alam

Ahad, 10 Oktober 2010

Diari : 1 - 1

Salam semua,

Malam tadi, aku ke rumah Pamanku di Kg Delek Klang untuk dua tujuan. Pertama, menziarahi beliau dan mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahayamata beliau yang keenam. Alhamdulillah..:) Murah rezeki Paman..:)

"Orang dapur," jawab makcik saya sambil tersenyum dan mengangkat kening apabila aku tanyakan jantina anak mereka.

Tujuan kedua aku adalah menerima serahan kunci kereta Paman yang kami adik beradik kongsi beli untuk abah ku. Walaupun kereta 2nd hand, tapi kondisi dan prestasi kereta 2.0 VTEC itu memang terbaek!!. Maybe sebab Paman aku memang jaga kereta tu macam anak sendiri.. Aku sendiri teruja dan seronok memandunya. Alhamdulillah.. tercapai jugak hasrat nak belikan abah kereta tu. Lama dah beliau usha-usha, ngorat-ngorat, tekel-tekel, akhirnya dapat jugak.. hehee.. Thanx Paman!

Tapi, masa saya dan kakak nak gerak pergi bawak kereta tu, Paman macam sedih jerr nak lepaskan.. Mana taknya.. Banyak nostalgia beliau dengan kereta tu.. Aku masih ingat, Paman tengok keta tu, dengan penuh kasih sayang, masa aku reverse, dan melambai beliau dan keluarga, dari tingkap kereta.. Sedey pulak aku.. huhuhu..

Pagi tadi, dua mesej aku terima di telefon bimbitku. Satu dari sahabatku Pn Norraini dan satu lagi dari mantan Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor, Tuan Hj Ahmad Shahir, mengenai pemergian anak lelaki Puan Hajah Adibah, Ketua Jabatan Dakwah, Lembaga Zakat Selangor. Aku yang pada awalnya bercadang untuk menemani kakak saya ke Boot Sale di stadium Shah Alam, terus membatalkan hasrat itu.

Aku bersiap-siap dan terus ke rumah Kak Adib (panggilan mesra di kalangan teman-teman beliau dan kakitangan LZS) di seksyen 7 Shah Alam. Aku tak tau rumah dia kat mana, tapi aku redah ajer.. Bagi aku, jika kita berniat baik, insyaallah Allah beri petunjuk. Aku tergerak menghubungi En Mat Shahir yang meng guide aku ke rumah Kak Adib. Saat aku tiba di kawasan perumahan seksyen 7, aku nampak banyak kereta berhenti.

"Agaknya, ini kot rumahnya," kata hati aku.

Tengah aku tercari-cari, aku terserempak dengan seorang makcik. Aku memberi salam dan bertanya rumah Kak Dib.

"Inilah rumahnya, tapi jenazah dah bawa ke Surau At-Taqwa, nak sembahyang di sana," kata makcik itu.

Aku terus bergerak ke kereta. Tak sempat masuk kereta, aku ternampak Kak Adib. Aku terus menuju ke arah beliau. Subhanallah! Wajah beliau sungguh tenang. Tak setitik pun air matanya keluar. Aku betul-betul kagum dengan semangat wanita ini. Sangat tabah menghadapi pemergian anaknya. Semoga Allah terus merahmatinya dan memberikannya ketenangan jiwa padanya.

"Terima kasih datang yer Hani," katanya saat aku memeluknya.

"Takziah Kak, sabar yerr," itu aje aku mampu ucap, sebab aku tahu, kadang-kadang, sentuhan itu lebih baik dari kata-kata.

Alhamdulillah, aku sempat solat jenazah bersama dengan tetamu lain. Mujur aku dah siap-siap ambil wudhu' dari rumah, sebab nak parking di kawasan surau agak susah, kereta banyak. Jauh jugak aku berjalan. Eksesais..:) Sampai di surau, Tuan Imam bagi peluang pada ahli keluarga untuk mencium jenazah. Aku terus naik ke ruang solat wanita di tingkat atas surau. Sempat aku melihat jenazah Allahyarham Ahmad Yasin Al-Amin dari atas. Subhanallah... Sungguh tenang wajah Allahyarham.. Sungguh tenang, hingga mengocak jiwaku dan gugur air mata aku. Bukan kerana aku sedih, tetapi gementar membayangkan saat-saat kematianku.. Adakah aku akan setenang itu saat kembali padaNya?? Adakah bekalan amalanku cukup? Adakah amalan ku diterima? Di mana pengakhiranku? Syurga atau Neraka? Rabbighfirli.. Ampuni aku Ya Rabb..

Di dalam kereta, aku masih berfikir. Walau hebat macam mana pun kereta yang kita bawa dan miliki, kereta yang sama akan hantar kita ke tempat persemadian abadi. Walau pantas macam mana pun kereta yang kita naiki dan pandu, kereta yang sama akan hantar kita ke alam baru. Pembawanya, manusia yang masih hidup jasad dan rohnya, isinya, manusia yang telah mati jasadnya, dan rohnya memasuki alam barzakh. Saat itu, kalau tabung amal kita tak cukup, penyesalan sudah tak berguna.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Kehidupan dan kematian. Itulah simbolik lambang 1-1 untuk entry saya kali ini. Ianya adalah proses yang pasti dirasai oleh setiap yang bernyawa.

Perkara ini juga ada disebut dalam Al-Quran:-

Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya, serta mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur. Dan mereka (yang kafir) berkata," Adakah apabila kami telah hilang lenyap di dalam tanah, kami akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru?" Bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): " Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)." Dan sungguh mengerikan azab yang bakal menimpa, sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (sambil merayu)," Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin."

As-Sajdah : 9 - 12

Aku tak tau bila masa 'mati' aku. Aku tak tau lama mana lagi Allah beri peluang untuk aku bernafas dan melangkah di muka bumi ini. Aku berdoa, bekalan aku cukup saat waktu itu tiba . Dan aku termasuk dalam golongan yang Allah redhai. Amin.

Kelahiran biasanya disambut dengan kegembiraan, tetapi kematian dan kehilangan, diiringi dengan perasaan sedih.

Welcome to the new world baby..:) Dunia di mana kamu akan diuji. Kita tak kekal di sini sayang..:) Penuhi masamu dengan amal ibadah, semoga saat kamu dihantar ke dunia lain, kamu sudah benar-benar bersedia..

Sempat snap gambar sebelum solat jenazah Allahyarham Ahmad Yasin.

Semoga rohnya mendapat rahmat. Al-fatihah.

Macam mana hebat dan pantas pun kenderaan yang kita naiki, kita tak dapat bawanya ke alam barzakh.. Ilmu yang diamal, doa anak yang soleh dan sedekah yang berkekalan, hanya itu yang boleh dibawa.

Kenderaan yang popular di kalangan manusia yang telah hilang nyawa. Kenderaan ini yang sanggup menumpangkan kita untuk sampai ke alam kubur, perhentian kita seterusnya.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 29 September 2010

Diari - Beraya di Kelantan Dan Terengganu (Part III)

My 20 cent..:P
Salam semua,

27hb September 2010, jam 9 pagi kami sudah memulakan perjalanan ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu. Semasa saya sampai di bilik mesyuarat, saya terpandang Ustaz Mohd Ropi, seorang sahabat yang saya kenali sewaktu saya melawat pelajar Selangor di Mesir pada tahun 2007. Saya ada juga berjumpa beliau dua tiga kali selepas pulang dari Mesir.

"Eh! Ustaz!" sapa saya.

"Uh! Awok lagi,"katanya dalam loghat Terengganu. Saya berbual sebentar bersama Ustaz Ropi sebelum diajak masuk ke Bilik Gerakan untuk sesi perbincangan dan suai kenal. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu, Dato' Hj Ismail. Saya mengenali Dato' Ismail semasa beliau membuat lawatan ke Baitul Ehsan sekitar tahun 2008. Saya ada menulis mengenai lawatan mereka di dalam entry saya sebelum ini. Banyak isu yang dikongsikan bersama di antara ahli rombongan. Isu poligami, isu kahwin luar kawasan, isu penguatkuasaan hukuman, dll.

Saat saya ingin bertanya soalan, tiba-tiba Dato' Ismail menyampuk,

"Eh! Dia ni.. Ada?? Tak perasan saya," katanya, seolah-olah terperanjat melihat kehadiran saya.

"Memang saya ada Dato'. Dato aje yang tak perasan. Sampai hati Dato'," saya melawak. Yang lain tergelak-gelak.

"Betullah saya tak perasan. Minta maaflah. Ini Penasihat Undang-Undang MAIS," katanya mengenalkan saya pada pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu tanpa diminta.

"Ermm.. ke, sebab saya kecik sangat Dato?" saya bertanya lagi. Masing-masing tergelak kerana memang maklum saiz badan saya yang tak berapa kecik nak dibandingkan dengan yang lain.

"Tak perasan saya," ulangnya lagi.

"Itulah. Takkan saya nak tersengih-sengih pulak," saya membalas disambut dengan gelak ketawa yang lain.

Gelak, gelak juga, serius, tetap serius juga. Selain dari perkongsian perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa, bon jamin, waran tangkap, dll perkara yang melibatkan pendakwaan dan penguatkuasaan kes-kes jenayah syariah, lawatan ini menemukan saya semula dengan 2 orang kenalan lama, Ustaz Ropi dan YAA Dato' Ismail. Ustaz Ropi dulu berkhidmat sebagai pegawai di Rumah Pelajar Mesir, Pahang. Kemudian sekembalinya ke tanah air, beliau dilantik sebagai Pegawai Penyelidik kepada YAA Ketua Hakim Terengganu sehingga sekarang. Dato' Ismail pula memang terkenal sebagai salah seorang Ketua Hakim yang berani bersuara dan memberikan pandangan. Beliau banyak memuji kemajuan institusi Islam di Selangor berbanding di Terengganu.

Mudah-mudahan pertemuan antara dua jabatan berlainan negeri ini tidak berakhir di sini. Banyak persoalan yang masih belum terurai, dan tanggungjawab yang belum dilaksanakan. Pencarian ilmu dan pengalaman ini tak mungkin terhenti di sini. Walaupun jajahan takluk dan bidang kuasa berbeza, namun objektifnya tetap satu. Untuk Islam dan umat Islam.

"Berjalan, Melihat Mentafsir"

Nurhani

Shah Alam

Bangunan yang menempatkan JKS Negeri Terengganu.

Tuan Shukor Abd Hamid, Ketua Pendakwa Syarie Selangor, selaku ketua rombongan.

YAA Dato' Ismail, Ketua Hakim Syarie Terengganu.

Sebahagian ahli rombongan Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor.

Sebahagian yang lain.

Berhenti rehat sebelum sesi soal-jawab bermula.

Wakil JKS Terengganu. Dari kiri : Ustaz Mohd Ropi, Hakim Syarie (tak ingat nama) dan Hakim Syarie (tak ingat nama).

Tekun mendengar pengalaman YAA yang telahpun bertahun-tahun terlibat di dalam bidang syariah.

Menandatangani guest book yang disediakan.