Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Aktifkan Duniaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktifkan Duniaku. Papar semua catatan

Ahad, 27 Jun 2010

Diari - Pembentangan Kertas Kerja "“KESALAHAN KES AJARAN SALAH DI BAWAH PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI NEGERI SELANGOR”

Salam semua,

Semenjak kebelakangan ni, entah mengapa, saya kerap dijemput untuk memberi ceramah dan penerangan undang-undang, termasuk yang baru selesai tadi, saya diminta memberikan penjelasan mengenai kesalahan kes ajaran salah menurut undang-undang di Negeri Selangor kepada lebih kurang 32 orang pelajar universiti dan kolej, termasuk KUIS, MMU dan Telekom Malaysia.

Selesai ceramah tadi lebih kurang pada jam 4.30pm, Puan Rohaiza, urusetia program menjemput saya sekali untuk mengisi slot ceramah yang sama pada 20hb Julai 2010, tetapi saya terpaksa menolak, kerana clash dengan kursus gubalan yang saya perlu hadiri di ILKAP bermula 19-22 Julai 2010. Insyaallah, 5 Julai ini, saya diminta untuk memberikan ceramah berkenaan dengan pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Antara isi penting yang saya kupas tadi adalah mengenai peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan ajaran salah. Terdapat 4 undang-undang yang boleh dirujuk iaitu Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, fatwa ajaran-ajaran salah yang telah diwartakan (jika belum diwartakan, belum menjadi undang-undang, dan tidak mengikat umat Islam untuk mematuhinya), Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan & Perkembangan terhadap orang Islam) 1988, dan Kanun Kesiksaan.

Di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,terdapat beberapa seksyen yang memperuntukkan mengenai kesalahan ajaran sesat, termasuk memuja binatang atau manusia, membuat upacara salah yang bertentangan dengan Hukum Syarak, doktrin yang bertentangan dengan Hukum Syarak / fatwa, mengaku Nabi atau Rasul.

Terdapat juga ajaran-ajaran salah yang telah difatwakan dan diwartakan sebagai sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, di mana, sesiapa yang mengingkari fatwa tersebut adalah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12 (c) EJJS 1995.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan & Perkembangan terhadap orang Islam) 1988 dan Kanun Kesiksaan adalah undang-undang yang dikuatkuasakan terhadap orang Islam dan Bukan Islam. Jika terdapat orang bukan Islam yang menyebarkan agama bukan Islam terhadap orang Islam, ianya adalah satu kesalahan di bawah EUBI dan boleh didakwa di Mahkamah Majistret. Manakala Kanun Kesiksaan memeperuntukkkan kesalahan kepada pihak-pihak yang menyebabkan berlakunya perpecahan kaum disebabkan oleh agama.

Walaupun ceramah saya singkat sahaja iaitu selama dua jam, saya berharap semoga semua peserta yang hadir dapat memahami sedikit sebanyak berkenaan dengan peruntukan ajaran salah menurut undang-undang.

Waktu balik, saya dan adik singgah sebentar di Bagan Nakhoda Omar (BNO) untuk makan nasi goreng udang dan mi udang. Sangat sedap yerr.. Tambahan pula kami berdua memang sangat lapar sebab tak sempat makan tengahari. Memang sedap! Boleh lah datang cuba.. :)

Diinterview oleh MC, Mimi, sebelum ceramah bermula.

Saya suka berjalan-jalan kalau beri ceramah, sambil tanya soalan. So peserta tak mengantuk sangat.

Tajuk ceramah kali ini, kesalahan kes ajaran salah menurut peruntukan undang-undang
di negeri Selangor.

Senarai nama peserta yang disalin oleh adik saya, Raihana, selaku fasilitator terjun.

Untuk memastikan adik-adik ni faham, saya bagi soalan untuk dijawab oleh adik-adik ini. Gambar semasa sesi pembentangan jawapan.

Yummy! Sedapnyerr!!

Makan sambil menikmati pemandangan pantai Sabak yang indah.

Biasa lah.. kalau makanan sedap, memang penuh lah kedainya.. sama jugak macam kat kedai BNO ni.. bolehlah datang cuba sendiri..:D

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 22 Jun 2010

Diari - Langkah pertama..


Salam semua,

Hari ni, aku posa. Sunat Isnin dan sunat Rejab. Adik aku Mell pun posa. Tapi sungguh miracle, aku bangun jam 4.30 pagi untuk sahur, dan tak tidur lepas tu, but aku tak mengantuk langsung kat opis. Best! Yang lagi best, balik dari ofis, aku dan adik aku Mell terus ke Taman Tasik Shah Alam. Lebih kurang 40 minit jugak kami spent dengan berjalan kaki dan berlari-lari anak. Berpeluh jugak. Kami sampai umah jam 7.05 minit.

"Wahhhh! Hausnyerr!! Lama lagi kot nak buka?" adikku bertanya.

"Mestilah haus. Kita kan berjoging," jawab saya.

"U all ni, dah la posa, berjoging, nanti tak larat," kata Nora, yang turut sama berpuasa.

"Insyaallah, kitorang tahan." jawabku.

"Kak Hani, saya dah cuba tukarkan lampu bilik air tu dengan starternya sekali, tapi saya tak sampai nak adjust. Kak Hani kan lagi tinggi dari saya. Boleh tak Kak Hani tolong adjust?" tanya Nora.

"Alaaa.. Kak Hani tak berani laa.. Takut jatuh jerr.. Kak Hani gayat," jawabku, risau memikirkan jika aku terjatuh dari kerusi di dalam bilik air.. Tentu luka parah kaki aku yang memang dah parah.

"Alaaa.. Boleh punya. Nora dah buat, tapi tak cukup tinggi," Nora membalas.

"Napa tak panggil technician jer? Kan senang?" tanya saya, seboleh-bolehnya mengelak daripada memanjat dan membetulkan lampu bilik air kami.

"Takkan la benda mudah nak panggil technician kak," kata Nora lagi.

Atas desakan Nora, akhirnya, aku memberanikan diri untuk memanjat kerusi dan membetulkan lampu bilik air. Nora dan Mell memberi panduan kepadaku cara-cara memasang lampu dan membetulkan starter lampu.

"I tak pernah buat kerja ni ok. Tak ada dalam skop kerja Kak Hani. Tak ada silibus ni masa i study kott!!," kataku, tak puas hati sebab kena buat jugak. Tapi nak buat macam mana, sebab aku yang paling tinggi di kalangan kami.

"Wah! Berpeluh hebatnya!!! Bagus betul ni. Lagi berpeluh dari berjoging," Mell mengusik, setelah melihat aku berpeluh-peluh membetulkan lampu.

Dengan bantuan Nora, mula-mula aku pasang lampu, then starter.

"Ok Kak, starter tu, akak cuba masukkan, then adjust ke kiri atau kanan, sampai tak boleh cabut," Nora memberi panduan.

Tap! Berjaya!!!

Alhamdulillah.. Akhirnya terang semula bilik air kami yang dah 3 hari bergelap sebab lampu terbakar.

Satu pengajaran yang saya perolehi dari peristiwa ini, kita tak mungkin tahu bagaimana untuk mengendalikan semua urusan/ perkara di dalam dunia ini. Tetapi sebenarnya, kita harus ingat, apa jua perkara, ianya perlu bermula dengan langkah pertama pada kali pertama. Kalau kita ragu-ragu, kita perlukan guru untuk mengajar. Mungkin kita akan membuat kesilapan pada langkah yang pertama, tetapi itu lumrah. Kesilapan tersebut akan mengajar kita untuk lebih berhati-hati pada kali kedua dan seterusnya, sehinggalah kita menjadi mahir dan bersedia dengan segala cabaran dan kemungkinan. Sistem pengajaran dan pembelajaran ini akan berterusan sampai bila-bila. Setiap masa akan berlaku langkah pertama kali pertama. Semoga kita semua terus berani memulakan langkah pertama buat kali pertama untuk perkara-perkara baik dan baru yang kita terokai supaya menjadikan diri kita lebih baik dan lebih mendekatkan diri kita pada Allah.

"To be a betterman"
Nurhani

Shah Alam

Sabtu, 22 Mei 2010

Diari - New Life..



Salam semua,

Hari ini aku dan adikku ke Tasik Shah Alam. Biasalah. Aktiviti wajib hujung minggu..:) Berkumpul dengan rakan-rakan 'seperjuangan' di tepi Kedai Kopi.. Tapi bukan untuk makan.. but beriadah.. Dah lama dah aku tak makan kat Kedai Kopi tu..

Hari ini aku sampai lambat sket, tunggu adik aku yang bersiap lambat, bak puteri Jawa Kraton terakhir.. Sampai-sampai jer, teman-teman lain dah melompat-lompat ikut step lagu.. Aku dan adikku terus masuk line dan mengikut gerakan teman-teman yang dah berpeluh-peluh..

Aunty Sherry, 44 tahun, (tapi umur metabolisme beliau, 30 tahun pulak!) makin rancak menghayun langkah kaki ke kanan dan ke kiri..

"To the left, double, to the right, double," terdengar suaranya memberi arahan kepada yang lain.

Masing-masing cuba nak follow gerakan Auntie Sherry.. Perghhh.. Penat jugak weii.. Baru beberapa minit dah berpeluh-peluh.. Miss Syafinaz, di depan aku nampak maintain jer.. hehehe.. Akhirnya, kami diminta berlari... Arrrrrgggh!! Part paling aku tak suka, tapi demi kesihatan, aku lari juga.. Lari.. lari... Hnnss.. Hnsss.. tak larat weh! Then? Jalan cepat.. lari balik.. jalan cepat.. Tak larat weh!! Berpeluh-peluh.. Sweating.. Really.. Sampai kat tempat mula-mula, poco-poco pulak.. sebab aku tau, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dah haramkan poco-poco, aku dan adik aku tak join la.. Kitorang ikut rentak lagu, buat aksi sendiri ajer.. janji kuar peluh beb!

Letih gak, but I really like it! Rasa semakin sihat dan ceria.. Saat aku berpeluh-peluh kerana lemakku terbakar dalam proses ketosis, hormon gembira aku pun bertambah.. Hilang rasa tension, duka, lara, sedih...Time posa pun boleh naik tangga 18 tingkat.. hehehe.. Kalau dulu, naik dari tingkat 9 ke tingkat 10 pun naik lif.. My life totally change now..

Aku yakin, kalau aku terus berlari dan berlari.. Melangkah dan terus melangkah... Ia akan jadikan aku lebih gembira dan ceria.. Kalau ia boleh jadikan aku lebih gembira, tentu ia boleh jadikan aku terus berjaya.. So? What are you waiting for? Just run my dear, run! Run for your life!!

Demi Allah! Aku seolah-olah dapat nafas baru.. Kehidupan baru, yang lebih sihat dan ceria.. Alhamdulillah.. Thanks Allah, for keep on giving me chances to enjoy this life.. I am enjoying it.. My new life..:)


"Healthy minds comes from healthy body"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Selasa, 27 April 2010

Diari - Jom menderma..:)

Salam semua,

Hari ini, pada sebelah pagi saya menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PUSRAWI SMC Sdn Bhd di Wisma Kosas, Kelana Jaya. Mesyuarat bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Dato' Aini mempengerusikan mesyuarat. En Johar, CEO Hospital KPJ SMC (dulu GM Hospital SMC Shah Alam) turut hadir bersama Encik Amirudin, dari KPJ. Saya dan Puan Norraini hadir sebagai pengarah ganti bagi MAIS. Saya dan Puan Norraini telah dilantik sebagai Pengarah Ganti di dalam Lembaga Pengarah Hospital ini sejak tahun 2005 lagi. Alhamdulillah, walaupun saya tidak begitu berpengalaman menguruskan perkhidmatan hospital dan bidang kesihatan, namun sedikit sebanyak, apabila menjadi pengarah ganti, saya telah didedahkan dengan cara-cara pengurusan hospital dan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan. Walaupun peranan saya di dalam pengurusan hospital PUSRAWI ini nampak kecil, namun pengalaman di dalamnya menjadikan ianya terlalu berharga pada diri saya.

Usai mesyuarat, saya dan Puan Norraini terus pulang ke pejabat. Semasa datang ke sini, kami meminta pemandu menghantar kami. Semasa pulang kami menumpang kereta En Johar. Kerana agak lama juga kami tak berjumpa dengan En Johar, jadi sepanjang perjalanan, banyak yang kami bualkan. Lebih kurang jam 12.15, kami sampai ke pejabat. Sedang kami menjenguk-jenguk di Bilik BPK di tingkat G Bangunan JAIS, Kak Nomi berkata,

"Eh Hani! Ada derma darah la.. Jom kita derma!" ajaknya.

"Ermm.. bagus jugak..bolehla kak," jawab saya tanpa berlengah-lengah.

Kami terus masuk ke dalam, mengisi borang dan menimbang berat badan. Kemudian darah saya diambil.

"Blood Type : A"

Kemudian, saya diminta berjumpa dengan doktor.

"Ada asma? Batuk? Demam? Ambil aspirin?" tanya doktor tu.

"Ermm.. sumer tak ada. Alhamdulillah. Saya memang betul-betul sihat doktor," kata saya kepada doktor perempuan berbangsa India. Saat itu, saya betul-betul bersyukur kepada Allah, kerana saya diberi nikmat kesihatan olehNya. Kemudian, doktor India tersebut memeriksa tekanan darah saya.

"Ok ke Doktor blood pressure saya? " tanya saya ingin tahu.

"Ok," jawabnya sambil tersenyum.

Kemudian saya diminta menandatangani pengesahan untuk menderma, sebelum diberi perakuan derma darah. Akhirnya, saya diminta duduk di kerusi. Sebelum itu, saya nampak Nora dan Shikin, dua-duanya kakitangan MAIS, datang untuk menderma darah.

"Ermm.. boleh tak saya nak derma darah tangan kiri? Sebab saya driving," kata saya selepas mendapati kerusi yang saya duduki mempunyai lengan di sebelah kanan.

"Boleh," kata petugas yang mengendalikan proses derma darah saya. Saya terlupa namanya. Cuma yang saya ingat, beliau memang cekap mengendalikan tugasan yang diberi. Langsung tak terasa sakit lengan saya dicucuk. Macam kena gigit semut jer..

"Terrorlah u buat dik. Tak sakit pun," puji saya.

"Mestilah. Dah berapa lama dia buat kerja tu. Mestilah cekap," kata seorang atendan hospital lelaki.

Sambil menunggu paket darah saya penuh, saya bersembang dengan beberapa kakitangan JAIS yang turut menderma darah. Kebanyakannya wanita. Sempat saya bersembang dengan seorang staff wanita JAIS. Katanya, orang lelaki memang takut nak derma darah, sebab dia tak pernah rasa sakit bersalin. Berbeza dengan wanita, sebab pernah bersalin, derma darah ni tak rasa apa pun.. katanya. Mungkin sebab tu ramai penderma darah dari kalangan wanita.

"Betul ke derma darah ni boleh naikkan berat badan kita encik?" tanya saya pada pegawai hospital yang bertugas.

"Tak adalah. Itu mitos ajer," jawabnya.

Selepas beberapa ketika, paket darah saya telah penuh. Saya diminta berehat dan minum MILO dahulu. Habis saja proses derma darah, jam dah pukul 1. Rehat. saya dan Kak Nomi menghabiskan waktu rehat dengan bersiar-siar di sekitar Shah Alam.

Jam 2 petang, saya dah berada di pejabat menyiapkan beberapa perkara. Seorang pegawai MAIS, Atikah bertanya saya,

"Kak, kalau kita derma darah, kira dapat pahala ke?"

"Kalau kita memberi dengan ikhlas, apa-apa pun, tanpa mengharap balasan, itukan satu kebaikan. Allah dah janji, setiap satu kebaikan yang kita buat, Allah akan balas dengan 10 kebaikan. Derma darah pun kebaikan, tentu ada ganjarannya," jawab saya sambil tersenyum.

"Ha ah yer," jawab Atikah.

"Yang penting, kita ikhlas," sambung saya.

Kira-kira jam 3 petang, saya bergerak ke De Palma Shah Alam untuk sesi bengkel Garis Panduan Pengurusan Rumah Kebajikan MAIS. Saya membawa kereta sendiri, kerana Bengkel habis pada jam 5 petang. Saya sepatutnya menjadi moderator untuk bengkel ini, tetapi kerana menghadiri mesyuarat di sebelah pagi, saya terpaksa menolak. Banyak perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam bengkel ini. Seperti dijangkakan, jam 5 petang, bengkel ditangguhkan ke esok hari.

Apapun, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memberi, daripada menerima. Hari ini saya menderma darah saya, kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk memberi. Mana tahu, satu hari nanti, saya pulak yang terpaksa menerima bantuan daripada orang lain., kerana Allah takdirkan saya untuk menerima. Apapun, pada saya, tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Berilah bila diberi peluang untuk memberi. Berilah setakat termampu. Mungkin waktu ini kita berada di atas. Tak mustahil satu hari nanti kita berada di bawah. Mudah-mudahan Allah memberikan kita ruang waktu yang cukup untuk membuat sebanyak-banyak kebajikan di dunia, sebagai bekalan di akhirat. Amin.

"Berlumba-lumbalah dalam membuat kebajikan"
Nurhani

Shah Alam



Nurse ni memang expert wat tugasan ni. Tak rasa sakit langsung. Dan tak bengkak. Tahniah pada dia. Hidup staff HTAR!

Nora yang dah 10 kali derma darah.. Cayalah!

Shikin, 1st time derma darah, memang tak nak tengok jarum tu cucuk kat lengan dia.. hehehe.. Apapun, bravo Ikin, sebab berani mencuba!!

Abang ni, satu-satunya peserta lelaki yang sudi nak derma darah. Mamat baju hitam kat belakang tu, dia tak derma. Alasannya, tak cukup 5 jam tidur.. ehehehe..

Staff JAIS baju biru ni, berat dia 48kg jerr.. tapi bersungguh2 nak menderma. Dan ok ajer.. Dia kata, orang laki memang susah nak derma, sebab diorang tak pernah rasa sakit bersalin. Ye ke?

Sabtu, 17 April 2010

Diari - 4-1!

Salam semua,

Sesungguhnya hari ini benar-benar meletihkan. Semalam, jam 7 petang baru kami sampai dari Bukit Gambang. Hari ini, seawal pagi lagi saya dah berada di pejabat menyiapkan kertas pandangan undang-undang untuk disembahtaklimat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai kuasa Baginda untuk memberikan pengampunan dalam kes-kes jenayah syariah. Ini susulan daripada pengampunan yang diberikan oleh DYMM Sultan Pahang ke atas Kartika Sari Dewa yang dijatuhi hukuman 6 sebatan syarie atas kesalahan minum arak. Akhirnya, Sultan Pahang memberi pengampunan kepada Kartika tanpa perlu disebat, tetapi sebaliknya diperintah membuat kerja-kerja kebajikan. Saya turut berbincang dengan PRO MAIS, Puan Rohana yang diminta oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS untuk menyediakan kertas ringkasan eksekutif.

"Assalamualaikum Cik Hani. Dato' dah sampai. Dia nak jumpa," Dila, PA Dato' Azib menghubungi saya.
"OK. Bagi saya 10 minit ye. Nak print ni," pinta saya pada Dila.

Kerana menunggu lama sangat, saya akhirnya men'save' kerja saya di dalam pen drive dan meminta Puan Rohana mencetaknya menggunakan printer beliau. Siap saja kami terus bertemu dengan Dato' Azib. Setelah berbincang seketika, Dato' meminta saya membuat sedikit pindaan dan mencetak di atas kertas berwarna kuning untuk dipersembah kepada Tuanku.

"Pukul berapa Dato' nak?" tanya saya.

"Pukul 11. Saya nak mengadap dia petang ni," jawab Dato'.

Saya mengerling jam di tangan yang menunjukkan pukul 10.15.

"Ok Dato', saya cuba siapkan," janji saya.

Alhamdulillah, jam 11 pagi, dengan bantuan Puan Rohana, saya dapat menyiapkan kertas pandangan undang-undang tersebut. Saya terus menyerahkannya kepada Dato' Azib.

"Ok. Terima kasih," kata Dato' Azib.

"Sama-sama Dato'," balas saya.

Saya bergegas semula ke pejabat. Baru perasan fail yang bertimbun setelah 3 hari di Bukit Gambang. Satu demi satu fail saya semak, tapi tak habis-habis juga sebab terlalu banyak. Hehehehe..

Malam tadi, saya diajak oleh kakitangan wanita di bahagian saya untuk menonton perlawanan bola sepak Selangor menentang Perak. Dah lama saya tak ke stadium menonton bola. Seingat saya kali terakhir semasa saya di UIA, sekitar tahun 1998, saya menonton perlawanan bola sepak negeri Selangor menentang pasukan lain dengan adik-beradik saya di stadium Shah Alam.

Sepanjang permainan berlangsung, penyokong kedua-dua pasukan tak putus-putus memberi semangat kepada pemain-pemain. Penyokong Selangor lebih ramai yang datang. Maklumlah.. Perlawanan di Selangor. Pada awalnya, permainan kedua pihak amat hambar, hanya setelah Perak menyumbat gol pertama barulah pemain Selangor bangkit dan menerobos gelanggang lawan. 4 -1! Best dan puas hati dengan keputusan malam ni..Tak sia-sia datang.. hehehe... Adat lah tu... ada menang ada kalah.

Ada kalanya kehidupan pun, tanpa kita sedari macam perlawanan bola sepak juga.. banyak perlawanan yang berlangsung.. yang paling biasa dan sentiasa ada adalah perlawanan menentang hawa nafsu sendiri dari melakukan perkara yang mungkar.. kalau kita berjaya melawan pujukan syaitan, kitalah pemenangnya... perlawanan ini, pengadilnya Allah, yang sentiasa memerhatikan kita pada setiap masa.. kalau kita menang, bersyukurlah, tetapi andai kita kalah, kita perlu memuhasabah kembali diri kita, dan terus memperbaiki diri. Insyaallah, mudah-mudahan Allah membantu dan mempermudah urusan kita. Dalam perlawanan juga, tentu ada yang tercedera. Yang tercedera dan terluka perlu dibantu dan dirawat. Pernah seorang sahabat berpesan : yang penting bukan di mana kita bermula, tetapi di mana kita berakhir.. teruskan menentang pujukan hawa nafsu sendiri, dan menggunakan akal dalam setiap tindakan.. Insyaallah, Allah mengetahui dan mempermudah urusan kita.. Amin..

"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani
Shah Alam



Gelagat penyokong Selangor sewaktu gol dijaringkan oleh pemain Selangor.

Pemain Perak tengah warm up.

Ada yang cedera hendaklah dibantu.

Adik ni penuh bersemangat mengibarkan bendera Selangor.

Burger ntah hapa-hapa.. dah la RM2, tapi roti keras...

Interesting game.. sebab menang.. hehehe.. Thumbs up!

Raudah dan Rosma, kakitangan BUU dan peminta fanatik bolasepak Selangor.

Gambar menarik.

Topi Selangor yang chantek dan unik.. :D

Budak bola yang keletihan walaupun tak main.. hehehe.

Khamis, 15 April 2010

Diari - Gambar Program Bengkel SPK Bukit Gambang

Salam semua,

Sekitar program bengkel SPK MS ISO 9001 : 2008 di Bukit Gambang, Kuantan.

Baru sampai.. jam 8 malam. 5 jam dalam bas.. penatnyerr..

Sebahagian peserta yang hadir terdiri dari ketua-ketua bahagian di MAIS dan penolong pegawai.

Fuhh... Poyo nampaknya Nora dan Izzati memikirkan yang terbaik untuk ISO bahagian.

Cikgu Zarina, guru pembimbing kami, memberikan penerangan untuk memperbaiki ISO bahagian masing-masing dan skop auditan SIRIM akan datang.

Saya dan Rasyid, berbincang untuk prosedur kualiti bahagian undang-undang MAIS. kami terpaksa gugurkan kedua-duanya.. hehehe..

Dari kiri Encik Farid, Ketua Sektor Audit MS ISO 9001 : 2008 yang juga akauntan MAIS, Nora dan saya.

Cikgu Zarina, tak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Berjalan-jalan di sekitar resort Bukit Gambang.. Di sini ada permainan seperti di Genting, tapi kami tak naik pun.. buat pening kepala ajerr..

Nice view.. macam apartment atas air kan?

Kasut yang banyak berjasa kepadaku.. dengan kasut ini, aku cycling 3.9km dan berski 1km.. penat weh!

Bergambar kenangan dengan Cikgu Zarina di lobi hotel sementara tunggu bas sampai.

Santai.. masa menunggu bas digunakan dengan bermanfaat.. ada yang membaca, melayari internet dan menghubungi yang tersayang. :)

Bas yang bawa kami pergi dan balik.. Alhamdulillah... selamat pergi dan balik..

Panorama langit semasa perjalanan balik.. subhanallah.. chantek!

Alhamdulillah.. dah sampai.. :)

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani

Shah Alam

Selangor

Diari - Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 2008 -Day 3

Salam semua,

Hari ini hari terakhir kami di Bukit Gambang untuk Bengkel SPK MS ISO 9001: 2008. Alhamdulillah, semua bahagian yang terlibat dengan pemurniaan SPK telah menyelesaikan tugasan dan memperbaiki Prosedur Kualiti Bahagian masing-masing. Insyaallah, jam 2 petang ini, kami akan bertolak pulang ke Selangor. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat dan dipermudahkan. Amin.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani
Bukit Gambang Resort City
Kuantan
Pahang

Diari - Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 2008 -Day 2

Salam semua,

Hari ini seawal jam8.30 pagi, semua peserta yang terlibat dengan bengkel telah pun berada di dalam bilik bengkel. masing-masing komited dan bersungguh-sungguh nak menyiapkan tugasan dan prosedur kualiti bahagian masing-masing.Di Bahagian Undang-Undang,kami mempunyai dua prosedur kualiti, iaitu sokongan kepada prosedur kualiti Bahagian Pengurusan Hartanah MAIS, iaitu prosedur untuk penyewaan dan pengurusan tuntutan tunggakan sewa. Setelah berbincang dengan Nora dan Izzati yang mewakili bahagian Pengurusan hartanah, saya dan Rasyid yang mewakili Bahagian undang-undang, terpaksa menggugurkan kedua-dua prosedur kualiti kami bagi memudahkan perjalanan operasi bahagian yang terlibat. Sehingga jam 2, baru kami berhenti rehat untuk makan tengahari dan berehat sebelum menyambung semula pada jam 2.30petang.

Semasa waktu rehat, saya, Nora dan Izzati mengambil keputusan untuk melepak di lobi hotel untuk melayari internet. Semalam tak dapat line, sebab ada problem, kata petugasnya.Tapi hari ini petugasnya meminta kami duduk betul-betul kat depan lobi. Akhirnya, yessss!! Dapat line! Yang kelakarnya, cuaca kat lobi tu memang panas, mengadap matahari petang, tapi sebab nak update facebook dan update blog, masing-masing sanggup.. ehehehe..sampai merah-merah muka masing-masing. Macam udang kena bakar pun sanggup! Hahaha..Itulah kalau dah minat dan addicted, apapun sanggup buat. Macam bercinta jugak.. time bercinta, semua sanggup, semua indah.. Bila dah clash? Tanya la orang yang pernah bercinta.. hehehe..

Kami menyambung semula bengkel kami pada jam 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. saya,Nora dan Izzati awalnya berhasrat untuk ke Water Park Bukit Gambang, tetapi sebab dah lewat, dan tak ada kenderaan untuk ke sana,kami membatalkan hasrat.kami cuma berjalan-jalan di sekitar kawasan resort Bukit Gambang dan mengambil gambar. Kemudian kami terus ke gym dan beriadah selama 40 minit. Seronoknya sebab dapat kayuh basikal sejauh 3.9km dan berski sejauh 1km. Hilang sebentar rasa letih berbengkel. betul-betul rasa rileks.. :) Alhamdulillah..

Kami menyambung semula bengkel pada jam 9 malam hingga jam sebelas malam. Saya melepak dengan Nora, Izzati dan Zunaidah sampai jam 12.30 malam, sebelum kembali semula ke bilik dan berehat. Sempat main PC game dan bersembang dulu dengan Kak Nomi sebelum saya switch off komputer dan melelapkan mata. Sebelum tidur, saya bersyahadah dan berdoa, semoga Allah mengampunkan dosa saya, ibu bapa saya, keluarga dan semua sahabat-sahabat saya. Sesungguhnya daripadaNya kami datang, dan kepadaNya kami kembali..

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"

Nurhani
Bukit Gambang Resort City
Kuantan Pahang

Rabu, 14 April 2010

Diari - Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001 2008

Salam semua,

Selepas pulang dari Surabaya pada Ahad lalu,saya mengambil cuti rehat tambahan pada hari Isnin. Masuk sahaja ke pejabat pada hari Selasa, memang banyak yang perlu diurus dan disemak. Itu baru dua hari cuti.Tapi alhamdulillah, sebab assistant ada, rasa urusan lebih mudah. Pada hari yang sama, saya perlu berangkat ke Bukit Gambang, Kuantan selama tiga hari untuk Bengkel Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) untuk tujuan MS ISO 9001 2008. Kami dijadualkan bertolak pada jam 2 petang. Alhamdulillah, dapat juga saya meninggalkan pejabat dalam keadaan tray surat-menyurat yang kosong dan telah saya semak.Sempat juga mengagih-agihkan ole-ole yang saya beli di Surabaya kepada kakitangan dan teman-teman sepejabat.

Kami menaiki bas JAIS ke sana. Disebabkan menunggu beberapa orang pegawai yang tiba lewat,bas kami hanya bertolak pada jam lebih kurang 3 petang. Perjalanan agak meletihkan,tambahan pula saya dan teman saya Norraini yang baru saja tiba dari Surabaya. Sepanjang perjalanan, beberapa kali kami singgah termasuk untuk solat. Alhamdulillah,jam 8 malam,kami sampai di Bukit Gambang Resort City,Kuantan Pahang.

Sepatutnya program bermula malam ini juga,tetapi ditangguhkan kerana semua orang dah keletihan. Cantik juga tempatnya. Turun saja dari bas dan mengangkat beg,saya ke kaunter pendaftaran,

"Sini boleh akses internet tak?"tanya saya.

Boleh kak,tapi kat lobby jer.." jawab petugas di kaunter.

So, selesai makan malam dan check in, saya dan Nora ke lobby hotel untuk melayari internet. Itulah kalau dah minat,apa jua sanggup dibuat,walaupun kat lobi tu,sangat panas.. ehehhee.. Tapi, rezeki kami kurang baik,sebab line tak berapa ok. Jadi kami balik saja ke bilik dan berehat.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Lobby
Bukit Gantang Resort City
Kuantan
Pahang

Jumaat, 9 April 2010

Diari - Izinkan ku pergi..

Masjid Al-Akbar Surabaya
Salam semua,

Insyaallah, hari ini saya akan berangkat ke Surabaya, Indonesia bersama teman baik saya, Puan Norraini dan beberapa orang ahli keluarga beliau. Doakan kami semua selamat pergi dan pulang. Mudah-mudahan Allah melindungi kami semua. Amin...

Hani
Shah Alam

Jumaat, 2 April 2010

Diari - Doa perpisahan

Salam semua,

4 hari tak menulis disebabkan tak ada mood nak menulis.Selama dua hari bermula semalam, kami di MAIS menjalani pre audit SIRIM MS ISO. Pada sebelah petang, giliran saya pula diaudit. Agak cemas juga , tapi alhamdulillah.. dapat juga jawab, cuma perlu penambahbaikan.

Saya sempat bersalaman dengan Faizah, kakitangan MAIS di Bahagian Pembangunan Hartanah yang akan meninggalkan kami kerana mendapat tawaran bekerja di JPA. Hari ini merupakan hari terakhir beliau di MAIS. Saya menyerahkankan satu kotak hadiah kepada Faizah dan sempat merakam gambar kenangan kami berdoa.

Lebih kurang jam 11 malam tadi, satu mesej sampai ke telefon saya.

"Salam . Time kasih kak atas kain yang akak bagi.. terharu sangat-sangat. Faizah BPH.

"Sama-sama. Moga terus cemerlang.. :)" Saya menjawab mesej Faizah.

"Amin. Insyaallah. Akak pun sama. Luv u!" balas Faizah lagi.

Seorang lagi kakitangan MAIS yang bertugas di Bahagian Pembangunan Hartanah, Aishah, juga turut berpindah ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat, cuma tak sempat nak berikan hadiah padanya.Kepada Faizah dan Aishah, saya ucapkan selamat jalan dan mendoakan semoga mereka terus berjaya dan cemerlang di mana-mana pun mereka berkhidmat.

Semasa mesyuarat exit conference untuk pre audit, adik lelaki saya, Nizam, menghubungi saya mengajak makan di Kedai Kopi di tepi Tasik Shah Alam. Selepas habis mesyuarat dalam pukul 5.15 pm, saya cuba menghubunginya, tetapi gagal. Saya meneruskan perbincangan mengenai kes muallaf MAIS dengan Pegawai Syariah MAIS. tak lama kemudian, telefon saya berbunyi. Rupanya adik ipar saya (isteri Nizam) menghubungi saya.

"Hello Cik An. Ni kakak laa.. Napa Cik An tak datang? Penat Aina tunggu Cik An.." suara anak saudara saya, Aina, anak sulung Nizam yang berumur 5 tahun kedengaran begitu petah.

"Laaa.. yer ker? Cik An tipon papa kakak tadi, tak dapat. Cik An mesej, pun Papa tak jawab," terang saya padanya.

"Talipon Papa habis bateri.." terang Aina.

"Owh.. Yer ker? Emmm.. bagi Cik An cakap dengan Papa jap," minta saya pada Aina.

"Hello Kak An. Sorilah telefon pulak kong." adik saya Nizam meminta maaf.

"Takperlah. No problem. Tak ada rezekilah tu," jawab saya. Saya meminta adik saya menunggu saya untuk menyerahkan keropok lekor yang saya beli pagi tadi.

"Ok Kak," jawab Nizam.

Saya menamatkan perbincangan dan bersolat Asar dahulu. Selesai solat, saya mendapati ada missed call di telefon. Rupanya adik saya menghubungi saya memaklumkan beliau ada di lobby pejabat di bawah kerana singgah menunaikan solat Asar. Sampai di sana, anak-anak saudara saya menjerit-jerit seronok dapat bertemu dengan saya.

"Cik An! Cik An!"

Terasa glamer sekejap, padahal 3 orang jer pun yang berteriak. Heheheh.. Masing-masing turun dari kereta dan masuk ke kereta saya.

"Abang nak ikut Cik An,"kata Akid, anak Nizam yang kedua.

"Kakak pun," Aina menyampuk.

Akhirnya, untuk tak mengecewakan anak-anak itu, sebab masing-masing dah masuk kereta, saya bersetuju membawa mereka ke rumah kakak di Seksyen 19. Adik saya akan mengambil mereka malam ni di rumah kakak. Tu dia.. Jadilah saya bibik separuh masa... Huwa huwa.. :)

Lebih kurang jam 9 malam, adik saya sampai di rumah kakak. Kami berbual-bual seketika. Lebih kurang jam 10.30 malam, mereka minta izin untuk pulang. Akid menangis-nangis tak mahu pulang, tapi sebab Papanya nak tinggalkan dia, dia terpaksa akur.

Itulah lumrah kehidupan. Setiap hari kita bertemu dan berpisah. Mungkin ada rezeki, dapat berjumpa lagi. Mungkin juga tidak. Berdoalah semoga kita diberi umur yang panjang untuk diberi peluang bertemu dan berpisah keranNya. Kerana yang kita cari adalah pertemuan yang terjadi kerana Allah dan perpisahan yang terjadi keranaNya. Kerana itu, juga setiap dari kita perlu bersedia untuk perpisahan terakhir yang pasti terjadi, sebagai bekalan untuk di sana. Mudah-mudahan kita semua bersedia untuk perpisahan yang terakhir itu.. Amin..


Gambar-gambar di sekitar farewell party untuk Faizah dan Aishah di Restoran Munawwarah seksyen 9 Shah Alam.

Kakitangan lelaki yang hadir.

Apa yang best sangat tu Encik Shah? Dari kiri: Azim dan Encik Shah Ruddin, jurutera MAIS. Mereka menyambut ulang tahun kelahiran mereka, tapi dengarnya kek kena sponsor sendiri.. kesian.. :)

Sebahagian kakitangan wanita yang hadir. Dari kiri, Zura, Aishah, saya, abang Chef, Shakirah.

Cheeseeeee..

Masih berposing..

Udah-udah la kome bergambar... bila nak makannyer?

Bye Faizah! All the best!

Hadiah untuk Aishah disampaikan oleh PSU BPH, Puan Rohaidah.

Hadiah untuk Faizah. Yang kotak kecil untuk Aishah, tapi tak sempat bagi.

Kenangan bersama Faizah.

Anak-anak buahku. Belakang : Aina. Depan: Akid. Penat jugak jadi bibik korang satu malam.. Hehehehe..

3 beradik yang nakal. Dari kiri: Aina, Amani dan Akid. Amani terselit di tengah-tengah.

Nurhani

Seksyen 19

Shah Alam