Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label My Legal Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label My Legal Life. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Julai 2010

Diari - Poligami lebih mudah? Resolusi Muzakarah Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Salam semua,

Mesti ramai suami yang tersenyum lebar bila membaca entri saya kali ini. Namun, ramai pula isteri akan jadi kelam -kabut. Mana taknya, permohonan berpoligami mungkin akan jadi lebih mudah di Selangor!

Selama dua hari bermula 22hb Julai hingga 23 hb Julai 2010, saya dijemput untuk menyertai Muzakarah Pindaan Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Saya juga diminta untuk membentangkan kertas kerja di dalam Muzakarah tersebut bertajuk "Poligami menurut Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Kertas cadangan saya mengupas dua peruntukan berkaitan dengan poligami iaitu seksyen 23 dan seksyen 124 EUUKIS 2003. Seorang lagi pembentang, Puan Norlaili, Peguam Syarie dari Unit Guaman Syaries JAIS, membentangkan kertas kerja bertajuk Poligami Tanpa Kebenaran : Isu dan Masalah.

Muzakarah ini diadakan untuk mengupas isu dan masalah serta membentangkan penyelesaian kepada masalah poligami tanpa kebenaran Mahkamah di negeri Selangor. Antara panel-panel yang dijemput termasuklah SS Dato' Mufti, wakil-wakil dari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, wakil pendaftar Mahkamah Syariah, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (Kadhi), dan ketua-ketua jabatan di JAIS.

Setelah dua hari bermuzakarah, alhamdulillah, beberapa resolusi muzakarah berjaya dicapai yang diharap dapat menyelesaikan peningkatan kes poligami tanpa kebenaran. Persepakatan dan penyelarasan tindakan antara jabatan-jabatan yang terlibat juga dilihat sebagai satu kaedah bagi mengatasi masalah tersebut. Nampaknya, selepas ini, suami tak perlu bersusah payah membawa bakal isteri masing-masing ke sempadan untuk bernikah, kerana urusan untuk perikahan poligami, walaupun masih perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah, nyata telah dipermudah.



Kertas kerja saya untuk Muzakarah ini.

Ironinya, dua-dua pembentang adalah wanita..:)

Dato' Pengarah JAIS mempengerusikan Muzakarah.

Diskusi selepas sesi pembentangan selesai.

Saya dan Hamidah dua orang wakil MAIS yang hadir.

Sebahagian lagi PTA yang hadir.

Peguam Syarie dan Pegawai JAIS yang turut serta. Dari kiri : Puan Hazura, Puan Norlaili (pembentang pertama) dan Ustazah Siti Khadijah

Muka letih sebab kol 4 pagi baru tidur siapkan paper work.

Sebab paper work baru siapkan jam 4 pagi, jadi kelam kabut staff-staff wanita di Bahagian saya membantu sejak awal pagi untuk membuat salinan untuk diberi kepada semua peserta Muzakarah. Tapi tak leh nak cepat sebab mesin fotostatnyer lembap!!

Antara Tuan-Tuan Kadhi daerah yang hadir.

Tuan Fouzi membentangkan resolusi kumpulan kami.

Perasmian Penutupan Muzakarah.

Ustaz Alwi Parman, KPP Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS memberikan ucapan alu-aluan.

Ucapan Penutupan Muzakarah oleh SS Dato' Pengarah JAIS.

Syabas kepada semua urusetia yang komited.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"
Nurhani
De Palma Hotel

Shah Alam

Selasa, 20 Julai 2010

Diari - Kursus Gubalan Undang-Undang (Asas) Pelbagai Jabatan

Salam semua,

Setelah lama tidak berkursus, bermula 19hb hingga 22hb Julai 2010 saya dan dua orang kakitangan di Bahagian Undang-Undang MAIS, Rasyid dan Shakirah. Ini kali pertama kami bertiga attend kursus ini. Sebelum ini banyak kali kami merayu untuk masuk, tapi tak dapat. Ini pertama kali berkursus, walhal dah banyak undang-undang dan peraturan yang kami gubal.

Alhamdulillah, pada hari pertama sebelah paginya, kami diberikan penjelasan oleh penceramah jemputan, Encik Afizi mengenai jenis undang-undang yang melalui proses penggubalan. Semasa beliau menyampaikan ceramahnya beliau ada menyebut, beliau dulu belajar di UIA.

"Padanlah macam kenal aje rupanya ex-UIA," bisik hati saya.

Usai pembentangan beliau, saya bertemu Encik Afizi, dan bertanya, beliau graduate tahun bila.

"2001." jawabnya.

"Lerr patutlah macam kenal, satu batch rupanya," kata saya.

"Iye? Sori saya tak perasan. Macam ne boleh tak kenal ni ek?Ini mesti sebab ada perubahan nii," ujarnya tergelak-gelak. (Haish!! Mengata aku la tu!!)

"Hahahaa.. Size does matter," jawab saya.

"U geng budak baik-baik kan? Saya geng budak-budak nakal, memang la tak ngam masa kat UIA," sambung saya disambut ketawa besar Encik Afizi.

Pada sebelah tengahari, penceramah seterusnya, Puan Juanita, juga ex-UIA, tapi my super senior dari Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara menerangkan kepada kami mengenai 6 prinsip penggubalan, yang diringkaskan menjadi 6C; antaranya setiap undang-undagn yang digubal mestilah comprehensive, consice, clear, (lagi 3 tak ingat!)

Pada sebelah petangnya, Puan Juanita membuat latih amal untuk semua peserta. Kami dibahagikan kepada 4 grup dan perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan. Saya termasuk dalam Kumpulan 4. Masa nak present, ahli kumpulan saya meminta saya yang present. Alhamdulillah, sebab dah biasa present paper dan bagi ceramah di ILDAS, tak ada masalah bagi saya. Betullah, practice makes perfect. Dulu masa belajar punya la kecut perut bila time nak present.. menggigil kepala lutut.. :D

Insyaallah, walaupun gubalan undang-undang ini its a very dry subject, namun saya berharap 4 hari di sini kami yang hadir dapat menambah ilmu untuk memperbaiki teknik gubalan undang-undang di Bahagian Undang-Undang MAIS, untuk menggubal undang-undang yang adil untuk dikuatkuasakan di Selangor.


Bergambar kenangan dengan kawan lama, Encik Afizi, satu batch 2001 di UIAM, yang juga penceramah sesi pagi,

Lawanyerr.. ngeeee..:D

Puan Juanita, penceramah sesi tengahari dan petang.

Bergambar kenangan bersama Puan Juanita.

Sesi pembentangan.

:)

"Menuntut Ilmu Sampai dari Buaian hingga ke Liang Lahat"
Nurhani
ILKAP

Rabu, 23 Jun 2010

Diari - Pembentangan Kertas Kerja Peguam Syarie Bukan Islam

Salam semua,

Semalam aku rasakan 8 jam di pejabat tak cukup. Sepatutnya jam 9 pagi aku dah kena attend satu mesyuarat anjuran Bahagian Pentadbiran MAIS mengenai maklumbalas Munaqasyah Pemerkasaan MAIS yang dipengerusikan oleh Dato' Pengarah JAIS. Namun, sebab report untuk mesyuarat tak siap lagi, aku menyiapkannya terlebih dahulu. Aku berbincang dengan Rasyid untuk maklumbalas terkini tindakan yang diambil oleh Bahagian kami. Hanya pada jam 10.20 pagi, baru aku sampai di bilik mesyuarat. Aku meminta kebenaran Dato' untuk memaklumkan status terkini aktiviti yang telah dibuat dan bakal dibuat oleh Bahagianku terlebih dahulu kerana aku perlu mempengerusikan mesyuarat bersama peguam MAIS pada jam 10.30 pagi.

Jam 11 pagi, aku dah memulakan mesyuarat kedua di Tingkat 9 yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian hartanah, Baitulmal dan Penyelenggaraan dan Projek. Banyak isu yang dibincangkan untuk mendapatkan kata putus daripada semua ahli mesyuarat yang hadir. Pada jam 1.40 tengahari, kami berhenti untuk makan dan rehat. Jam 2.20petang, kami bersurai. masuk aje ke pejabat aku di Tingkat 10, aku dihubungi oleh Ustaz Jais Kamus, Pegawai di Jabatan Mufti Selangor supaya dapat turun ke tingkat 7 untuk membentang kertas kerja memohon pandangan Jawatankuasa Fatwa mengenai isu peguam Syarie bukan Islam. Dengan aku tak membawa salinan kertas kerja tersebut (kerana kertas tersebut disediakan oleh Ustaz Fahimi, aku semak dan pinda sahaja), aku terus turun ke tingkat 7.

Mak ai! Tak sempat prepare kot!

Aku hanya menenangkan hati dengan tak putus-putus membaca surah Al-fatihah.

"Assalamualaikum," ucapan pertamaku saat pintu Bilik Mesyuarat di Tingkat 7 Jabatan Mufti ku tolak.

"Waalaikumsalamwarahmatullah," balas ahli JK Fatwa yang hadir.

Aku sempat mengerling ke sekeliling bilik. Pengerusi JK Fatwa, Dato Mufti, Dato' Zauyah (LA Negeri), Dato' Saleh Ahmad (UIA), Dato Abdul Majid Omar (Timb. Mufti), Tuan Hj Sianid, Tuan Hj Alwi, dan ada seorang lagi ahli yang aku terlupa namanya.

"Alhamdulilah, kita alu-alukan kehadiran Cik Nurhani Salwa, Penasihat Undang-Undang MAIS, untuk membentangkan kertas kerjanya untuk memohon pandangan mengenai peguam syarie bukan Islam. Untuk makluman Cik Hani, hari ini ada satu paper aje untuk dibentang, iaitu paper Cik Hani," ucapan Dato Mufti menyebabkan hati aku tiba-tiba berdebar.

Patutlah urusetia mintak turun cepat, rupanya tak ada paper lain... getus hati saya.

Ermmm.. Tapi.. Alamak! Masak!! Mesti banyak diorang nak tanya, sebab aku jer yang bentang hari ni?!! Haishhh!!

Sebelum aku membentang, sempat aku meminta sesalinan kertas kerja daripada Ustaz Jais. Dato' Zauyah menghulurkan kepada aku sesalinan kertas kerja tersebut.

"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt. YAD Dato' Setia Pengerusi dan ahli mesyuarat..." aku memulakan bicara pembentangan aku dengan yakin.

Tepat sekali tekaanku, selesai pembentangan, memang banyak soalan dan pandangan yang diajukan kepada aku. Mujurlah di pertengahan pembentangan dan sesi soal jawab, Dato' Paduka Zaleha, Timbalan Pengarah IKIM datang dan merancakkan perbincangan kami. Alhamdulillah, pembentangan saya berjalan lancar dan akhirnya pada jam 4 petang, saya dilepaskan. Terus saya ke pejabat dan menghadiri satu lagi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Akauntan MAIS di Tingkat 9. Jam 6 petang aku dan Mell ke Taman Tasik untuk berjoging. Pulang dari tasik, aku dan Mell ke rumah pakcikku di seksyen 7 Shah Alam untuk menghantar hadiah hari lahir kepada sepupuku, Yani. Jam 9 kami beransur pulang. Sebelum sampai di rumah, kami berdua makan tomyam di kedai Abe, seksyen 7. Tomyam kat kedai Abe ni memang sedap, sebab tu kami kalau teringin nak makan tomyam, kami ke sana. Kemudian baru kami pulang ke rumah.

Penat sangat, tapi puas hati, sebab masa aku terisi. Tak payah susah hati nak fikir benda lain. 8 jam kat ofis pun tak cukup... Sekarang aku dah sangat penat dan dah ngantuk sangat. Nak tido.. :) Nak rehat pulak....

Anggota-anggota JK Fatwa Kebangsaan bersama DYTM Tuanku Mizan.

"Sajer-sajer
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 8 Jun 2010

Diari - Dari Mahkamah Sivil ke Mahkamah Syariah

Salam semua,

Semalam, pada sebelah pagi, saya menghadiri Mahkamah Tinggi Sivil Track 1, di Plaza MRCB Shah Alam untuk perbicaraan kes permohonan gantirugi oleh waris si mati, Muhamad Rayappan bin Abdullah yang bukan beragama Islam. MAIS diwakili oleh peguam yang memang senior dan cukup dikenali Tuan Hj Sulaiman Abdullah, yang merupakan peguam yang bertindak menentang peguam Lina Joy di Mahkamah Persekutuan. Kehadiran saya adalah sebagai saksi dan wakil bagi MAIS.

Lama sungguh saya tak menjejakkan kaki ke Mahkamah Sivil sejak bekerja di MAIS. Ini kerana, kebanyakan kes di MAIS adalah kes-kes syariah. Saya hadir bersama 3 orang pegawai yang menjadi saksi bagi pihak MAIS dan 5 orang pegawai MAIS yang turut sama hadir untuk menyaksikan prosiding kes yang difailkan. Kesemuanya lelaki kecuali saya seorang sahaja kakitangan wanita yang hadir.

Perbicaraan berlangsung lebih kurang 4 jam (terus menerus) dengan keterangan saksi pertama Plaintif. Seronok saya menyaksikan kemahiran peguambela di kedua-dua belah pihak dalam berhujah.

"Best jugak ni. Lama tak buat," bisik hati saya.

Lebih kurang jam 1.15 tengahari, kami selesai. Mahkamah menangguhkan perbicaraan kes tersebut pada hari ini untuk saksi kedua Plaintif memberi keterangan. Banyak juga keterangan saksi kedua yang boleh dicabar dengan keterangan dokumentar yang kami ada.

Selesai perbicaraan, saya mengajak kesemua pegawai yang hadir dan saksi-saksi untuk makan tengahari. Semalam Ustaz Anuar, PSU Bahagian Riqob belanja, hari ini saya yang belanja. Kami makan di Restoran Al-Munawwarah Seksyen 9, di belakang Concorde Hotel Shah Alam. Kami memang mengenali empunya restoran tersebut, Ustaz Mohd Yusof Ong yang dulu pernah berkhidmat di MAIS dan JAIS selama beberapa tahun. Agak lama juga saya tak makan di sini, lebih kurang 2 bulan.

Ustaz Latif, seorang mualaf berbangsa India yang turut menjadi saksi berkata,"

"Nanti semua orang kena ingat makanan masing2 yerr.. jangan terambil orang lain punya. nama Kam Heong la, Fuyong la, ntah apa-apa ong lagi. Jangan bergaduh pulak,"pesannya.

Rupa-rupanya, pesanan beliau memang tepat, kerana bila makanan sampai, kami masing2 tak tahu mana satu makanan kami, kerana namanya semua dalam bahasa Cina. Hahahaha..

Lebih kurang jam 1.45 tengahari, kami selesai menjamu selera dan pulang ke pejabat. Sampai di pejabat, saya bergegas untuk solat kerana ada Mesyuarat Pengurusan pada jam 2.30 petang. Sebelum masuk ke bilik mesyuarat, saya sempat berbincang mengenai satu perjanjian dengan kakitangan saya. Hanya pada jam 3pm baru saya masuk ke bilik mesyuarat. Mesyuarat telah bermula dan dipengerusikan oleh SS Dato' Pengarah JAIS.

Jam 3.30 saya terpaksa meminta diri kerana perlu menghadiri kunjung hormat YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS dan SS Dato ' Setia Mufti Diraja ke pejabat YAA Ketua Hakim Syarie Selangor yang baru, YAA Tuan Mahyudin bin Ibrahim. Kami disambut oleh Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Tuan Zainol Rashid. Sementara menunggu ketibaan YAD Dato' Pengerusi MAIS, SS Dato' Mufti berkata,"

"Cik Hani, jangan lama-lama sangat yer. Saya ada appointment pukul 5.15," katanya.

"Wah! Belum mula lagi dah nak tamatkan Dato?" saya bergurau.

"Insyaalllah, sebelum jam 5 kita selesai," saya memberi jaminan.

Tepat jam 4.00 pm, kami sudah berada di pejabat beliau. Turut serta adalah Timbalan Pengarah JAIS, Ustaz Ali Mohamad dan Kadi Daerah, Ustaz Rahim. Dato' Pengerusi mengalu-alukan kehadiran YAA Ketua Hakim Syarie yang baru. Perbincangan kami berkisar mengenai imej Mahkamah Syariah khususnya mengenai penyelesaian kes-kes di Mahkamah Syariah yang sering dipertikaikan. Turut dibincangkan adalah mengenai isu Peguam Syarie bukan Islam yang sedang hangat diperkatakan. Lebih kurang jam 4.45, perbincangan kami selesai. Alhamdulillah, selesai pada masa yang diminta oleh SS Dato' Mufti. Kalau tak, menjawab jugak! Hehehe..

Sampai di pejabat, saya meneruskan semakan terhadap dokumen-dokumen yang ada sebelum solat Asar dan pulang pada jam 6.30pm. Perggghh... Really exhausted, but still happy, sebab saya merasakan masa saya betul-betul terisi dengan perkara yang bermanfaat. Semoga Allah memberi saya dan rakan-rakan seperjuangan kekuatan untuk terus membantu dengan kudrat dan ilmu yang Allah kurniakan untuk memartabatkan undang-undang Islam di Selangor. Amin.


"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Shah Alam

Isnin, 5 April 2010

Diari - "Di mana jenazahnya?"

Salam semua,

Hari ni saya agak keletihan. Mungkin juga sebab tidur lewat malam tadi (jam 2.30 pagi) kerana menyiapkan tugasan untuk presentation Bahagian kepada kakitangan baru lantikan MAIS sempena kursus induksi MAIS yang bermula minggu lepas. Bangun pun agak awal iaitu jam 5 pagi untuk bersahur. Itu pun mujur Nora, teman serumah mengejutkan saya. Kalau tidak, konfem terlajak sahur.

Sepatutnya saya perlu menghadiri perhimpunan bulanan warga MAIS di SUK bersama YAB MB Selangor seawal jam 7.30 pagi, tetapi saya minta dikecualikan, kerana masa pembentangan oleh Bahagian Undang-Undang kepada peserta kursus adalah sama dengan masa perhimpunan berlangsung.

Menjadi tabiat saya untuk menyediakan beberapa jenis hadiah untuk diberi kepada peserta kursus sekiranya mereka dapat menjawab soalan yang saya kemukakan. Untuk hari ini, saya menyediakan 7 bungkusan hadiah yang saya balut sendiri.

Cantek kan?:)

Semasa saya sedang menunggu turn untuk membentang, telefon saya berbunyi;

"Assalamualaikum. Cik Hani," seorang lelaki menghubungi saya.

"Waalaikumsalam. Siapa ni?" tanya saya, tak dapat mengecam suara yang memanggil.

"Saya Anwarul Haq, dari BPI (Bahagian Pembangunan Insan). Cik Hani dah makan?" tanya Ustaz Anwar.

"Oh. Maaflah. Tak cam suara. Saya belum makan. Insyaallah saya puasa hari ini," jawab saya.

"Oh, maaf. Cuma nak maklumkan. Saya baru dimaklumkan ada satu jenazah orang Islam yang baru meninggal dunia, telah diambil oleh waris si mati yang bukan Islam untuk diurus. Dia meninggal di PPUM. Maybe kena bakar ikut ugama Hindu. Apa pandangan Cik yer?" terangnya pantas.

"Yer ker? Ada dalam Daftar Muallaf tak? Kalau ada , konfem dia Islam. Hmmm.. kena cepat bertindak ni Ustaz. Ustaz cuba hubungi waris, maklumkan bahawa si mati orang Islam, dan perlu diurus secara Islam. Kalau tak berjaya, kena dapatkan perintah mahkamah nampaknya. Kita selesaikan secara rundingan dulu. Macam kes sebelum ni," nasihat saya pada Ustaz Anwar.

"Saya dah check dalam Daftar Muallaf. Memang ada nama si mati. Dia masuk Islam 2008. Kami dapat makluman, jenazahnya dah dibawa ke Penang. Saya ada kol anak perempuan dia tadi. Macam mana tu?" tanyanya lagi.

"Ada bukti? Sapa yang bagitau? Kalau tak dapat trace di Penang, saya cadang, Ustaz minta pegawai di daerah pergi di alamat terakhir di PJ. Kita tinjau keadaan di sana. Ada tak jenazah si mati di sana. Kalau tak ada, buat polis report untuk cover tindakan yang bakal diambil. Report kena buat. Apa-apa nanti, Ustaz hubungi saya semula yer," panjang lebar pesanan saya pada Ustaz Anwar.

"Ok. Terima kasih Cik Hani," katanya sebelum meletak gagang.

Saya menyambung kerja-kerja di pejabat. Dari semasa ke semasa Ustaz Anwar menghubungi saya dan memaklumkan perkembangan kes tersebut. "Di mana jenazahnya?" kami semua tertanya-tanya. Tiada sebarang petunjuk mengenai jenazah si mati, menyebabkan saya berpandangan supaya satu perintah Mahkamah diperolehi untuk menghalang mana-mana orang daripada menguruskan jenazah si mati sehinggalah status agamanya diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Whatever it is, sesiapa yang memperolehi maklumat mengenai jenazah Allahyarham BALAVENTHERAN A/L A THAMBIRAJA (K/P : 560912-10-5653) bolehlah menghubungi Bahagian Pembangunan Insan MAIS di talian 03-5514 6535 atau Bahagian Undang-Undang MAIS di talian 03-5514 3764/ 5514 3400 ext 2198. Kerjasama yang dihulurkan amat-amat dihargai dan semoga Allah dapat membalas dengan ganjaran yang berkekalan.


"Cinta Allah, Cintai Islam"


Nurhani

Shah Alam

Selasa, 2 Mac 2010

Peguam Menulis - Muzakarah Pakar IKIM " Memperkasakan Undang-Undang Berkaitan Islam : Peranan Majlis Agama Islam Negeri"


Salam semua,

Pada sebelah pagi tadi saya bersama Timbalan Setiausaha MAIS, Tuan Hj Abdul Halem Hapiz Salihin menghadiri Muzakarah Pakar di IKIM yang bertajuk "Memperkasakan Undang-Undang Berkaitan Islam : Peranan Majlis Agama Islam Negeri". Sebelum bertolak, saya sempat menyelesaikan beberapa perkara mengenai mesyuarat pada sebelah petang di MAIS yang akan dipengerusikan oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS.

Kerana jalan sesak, kami sampai tepat-tepat pada jam 9 pagi, iaitu waktu program bermula. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang Ustaz dari IKIM. Timbalan Pengarah IKIM, Prof Datin Paduka Dr Zaleha Kamaruddin mempengerusikan muzakarah dan bertindak selaku moderator. Antara pembentang kertas kerja adalah Tuan Hj Mahamad Naser Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) dan Peguam Kanan Persekutuan, Dato' Hj Faiza Thamby Chik, Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan Tan Sri Syeikh Ghazali, Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara. Peserta yang hadir kebanyakkannya wakil-wakil jabatan agama, majlis agama, jabatan mufti, jabatan kehakiman syariah, pengamal undang-undang dan ahli akademik dari pusat-pusat pengajian tinggi.

Kertas-kertas kerja yang dibentangkan menyentuh pelbagai isu perundangan, termasuk takat bidang kuasa persekutuan, had bidang kuasa Negeri dalam menggubal undang-undang berkaitan Islam menurut Perlembagaan Persekutuan, bidang kuasa dan peranan Majlis Agama Islam Negeri sebagai penasihat agama dan pihak berkuasa utama dalam semua hal ehwal pentadbiran agama Islam dalam negeri masing-masing selepas DYMM Sultan. Turut ditimbulkan adalah konflik perundangan yang sering berlaku di antara negeri dan persekutuan dan pengalaman Majlis Agama Islam Selangor dalam memperkasa undang-undang berkaitan Islam.

Usai pembentangan, sesi soal-jawab diadakan. Terdapat banyak persoalan dan cadangan yang ditimbulkan. Namun menurut pemerhatian saya terdapat sebilangan wakil-wakil jabatan yang hadir sebagai peserta masih kurang memahami bidang kuasa majlis agama sebagai pihak berkuasa agama utama dalam negeri. Masih banyak persoalan mengenai kekaburan undang-undang yang ditimbulkan mengenai kuasa-kuasa Majlis. Persoalan-persoalan sedemikian menyebabkan saya terfikir, "bagaimana mahu menasihati Sultan dan mentadbir hal ehwal islam, jika penasihat dan pentadbir serta pelaksananya tidak TAHU takat kuasa dan ilmu mengenai pentadbiran undang-undang Islam?" Pada saya, kefahaman dan ilmu perlu dipasak di dalam setiap penasihat dan pentadbir di setiap majlis agama. Tanpa ilmu dan kefahaman, bagaimana mahu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Saya turut berkongsi pandangan saya bersama peserta yang hadir. Terdapat 7 cadangan yang saya kemukakan supaya setiap Majlis Agama Islam Negeri (MAINS) memainkan peranan masing-masing untuk memperkasa undang-undang berkaitan Islam.

1) (knowledge) ilmu - setiap anggota Majlis dan pentadbir Majlis hendaklah diberi kefahaman dan ilmu yang mencukupi mengenai bidang kuasa, takat kuasa, tanggungjawab dan fungsi MAINS sebagai penasihat dan pentadbir hal ehwal agama negeri secara berterusan. Ini dapat dilaksanakan melalui program penerangan/ perbincangan yang berterusan,contohnya seperti yang dibuat oleh MAIS. Setiap anggota MAIS yang baru dilantik diberi pendedahan mengenai bidang kuasa MAIS dan peranan MAIS di dalam Munaqasyah Pemerkasaan MAIS yang dibuat pada awal tahun lepas. Failure to know the laws and jurisdictions of MAINS, no action can be expedite/taken.

2)MAINS hendaklah lebih responsif (bertindakbalas ) dalam setiap isu-isu sensasi dan terkini. Saya memberikan contoh artikel menghina Islam yang dibuat oleh P Gunasegaram yang dipertikai dan dibuat laporan polis oleh MAIS, tetapi tidak ada sebarang kenyataan atau tindakan yang dibuat oleh MAINS yang lain. Bila sudah ada ilmu, tentu kita akan lebih responsif.

3) Kordinator. Di setiap MAINS perlu ada badan penyelaras (koordinator) yang boleh memantau semua undang-undang berkaitan Islam yang perlu dikaji, dipinda, disemak atau jika ada pencabulan terhadap undang-undang tersebut. Di Selangor, diwujudkan Bahagian Undang-Undang MAIS untuk menyelaras semua aktiviti perundangan MAIS. Hanya ada 4 negeri sahaja yang mempunyai bahagian undang-undang. Dicadangkan semua MAINS negeri mewujudkan Bahagian Undang-Undang nya sendiri.

4) Speedy Action - hendaklah dilaksanakan oleh Setiausaha MAINS atau Pengarah JAINS. Tindakan mesti cepat dan segera. Saya memberikan contoh isu artikel menghina Islam oleh P. Guna. 23/2/2010 kertas kerja dibentang dalam Mesyuarat MAIS, 24/2/2010, kertas sembah taklimat kepada DYMM Tuanku, 25/2/2010, report polis dibuat terhadap Guna oleh Dato' Setiausaha MAIS, 26/2/2010, majlis mengadap DYMM Tuanku untuk medapat perkenan.

5) Networking (jaringan kerja) - MAINS hendaklah mempunyai jaringan kerja yang baik dengan semua pihak, baik di peringkat persekutuan dan negeri. MAIS mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan DYMM Sultan Selangor. At anytime pun, Tuanku panggil MAIS untuk mendapatkan nasihat MAIS. Contohnya, isu seorang ADUN yang nak wujudkan jawatankuasa khas mengkaji undang-undang Islam di Selangor. Tuanku panggil ahli MAIS mengadap. Tuanku tak berkenan dan minta MAIS maklumkan kepada DUN berkenaan. Contoh yang lain, MAIS telah memasuki banyak MOU dengan badan2 lain untuk kerjasama, Untuk isu-isu perundangan yang perlu diselesaikan segera, MAIS turut memanggil pihak-pihak termasuk NGO-NGO untuk berbincang, seperti Seksyen Syariah Jabatan Peguam Negara, PGSM dan PPM.

6) Penyeragaman Undang-Undang di seluruh negeri untuk memudahkan tindakan (tindakan bersepadu). Contohnya, isu kematian saudara baru di Selangor, yang tidak boleh diuruskan oleh Wilayah Persekutuan, kerana tidak ada peruntukan mengenai perintah bersaling (reciprocal action).

7) Peranan Conference of Rulers (Majlis Raja-Raja hendaklah diperkasa dan dipergiat, kerana keputusan mengenai perkara-perkara berkenaan dengan agama Islam boleh diputuskan di dalam persidangan tersebut dan bersifat mengikat (binding) ke atas semua negeri-negeri.

Selesai program, saya sempat bertukar-tukar kad nama dengan Dr Wan Azhar Wan Ahmad, Fellow Kanan / Pengarah Pusat Syariah, Undang-Undang & sains Politik IKIM, dan Che Rosmah, seorang peguam dari firma guaman Rosmah & Co. di Kelantan. Saya terus ke sesi jamuan, dan duduk semeja dengan Puan Syam, seorang Pegawai Penyelidik di IKIM. Saya memang mengenalinya kerana sering terlibat dengan program di IKIM.

"Hani, akak tengok, MAIN Selangor dah banyak maju daripada negeri lain. Apa pandangan Hani kalau akak jemput Hani untuk menulis pengalaman MAIS dalam Jurnal IKIM?" tanya Kak Syam.

"Ok gak tu Kak Syam. Saya pun suka jugak dapat menulis ni," jawab saya jujur.

"Ok lah kalau macam tu. Nanti akak propose cadangan pada TKP IKIM. Rasanya dia setuju," terang Kak Syam pada saya.

Selesai sahaja program di IKIM, kami bergegas pulang ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat pada sebelah petang. Mesyuarat membincangkan bagaimana cara untuk menasionalkan isu-isu penghinaan terhadap Islam supaya penguatkuasaan dan pencegahan dilakukan di peringkat negara, bukan setakat di negeri-negeri. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAD Dato' Setia Azib. Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Y Bhg Dato' Aidit mengenai tahap kesedaran MAINS dalam menangani isu-isu seumpama itu. Beliau mengetengahkan prinsip AIDA (Awareness, Interest, Desire dan Action). Persoalannya, apakah tahap MAINS ketika ini? Adakah sudah ada kesedaran, atau telah ada minat, atau telah ada kesungguhan/ keghairahan, atau telah bertindak?

Melalui pemerhatian saya di dalam Muzakarah Pakar di IKIM, jujurnya saya berpandangan, MAIS sudah jauh ke depan berbanding MAINS lain. MAIS sudah di peringkat ke 4, iaitu ACTION. Ini menjawab kepada persoalan saya sebelum ini, mengapa hanya MAIS yang sentiasa mendepani isu-isu agama di negeri, tetapi tidak MAINS lain. Mungkin juga ada, tetapi kurang lantang. Justeru, saya meletakkan pemahaman undang-undang dan ilmu berkaitan undang-undang Islam di tempat yang pertama. Mesyuarat akhirnya bersetuju dengan resolusi untuk mengadakan program perkongsian dengan semua MAINS dan menjalin hubungan dengan Menteri Agama untuk meneruskan kefahaman undang-undang Islam di peringkat persekutuan.

Saya berharap semoga sedikit usaha yang MAIS jalankan untuk bersesama berganding bahu dengan semua pihak khususnya MAINS yang lain disambut baik dan dipermudahkan Allah. Amin.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani
Shah Alam


Suasana semasa muzakarah berlangsung. Seperti biasa, kaum Adam lebih ramai dari kaum Hawa, dan saya satu-satunya peserta wanita yang bersuara menyatakan pandangan.

Saya duduk bersebelahan pensyarah undang-undang UITM, Puan Roslinda. Dulu beliau menjadi koordinator untuk program DLSA (Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan) pada tahun 2007. Sengaja saya tanya pada beliau, ada tak orang dapat 4.00 dan beat result saya? Beliau menjawab,"setakat ni, belum ada lagi.." (Mmmm.. I am stil d best!)

Apa agaknya yang menggelikan hati mereka berdua yer? Sebelah kiri, YAA Dato' Zohdi, Ketua Hakim Syarie Selangor dan Tuan Hj Abdul Halem Hapiz Salihin Timb Setiausaha MAIS.

Pembincang pertama, Tuan Hj Mahamad Naser Bin Disa, Timb Ketua Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara yang membincangkan mengenai takat kuasa negeri dan persekutuan dalam perkara berkaitan agama Islam.

Pembentang kedua, Y Bhg Dato' Faiza Thamby Chik, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia yang membentangkan mengenai konflik perundangan yang biasa berlaku di antara negeri dan persekutuan.

Pembentang ketiga, Tuan Mohamed Fouzi Bin Mokhtar, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri (Syariah) Negeri Selangor yang membincangkan mengenai pengalaman MAIS memperkasa undang-undang Islam.

Pembentang keempat, Tan Sri Syeikh Ghazali, Penasihat Syariah JPN yang membincangkan mengenai peranan JK Teknikal Undang-Undang dan Hukum Syarak.

Antara yang hadir, Dato' Ismail, Ketua Hakim Syarie Terengganu (berbaju hitam baris depan), dan Tuan Walid, Peguam Kanan Persekutuan (belakang kiri)

Khusyuk sungguh Ustaz Halem mendengar perbincangan. Sebelah beliau, YAA Ketua Hakim Syarie Johor.

Isnin, 22 Februari 2010

Diari - "Berjuang, Berkorban demi cinta.."


Salam semua,

Hari ini, jam 8.15 malam, saya baru dapat pulang dari pejabat. Semuanya gara-gara pertemuan saya dengan Pengerusi MAIS tengahari tadi.

"Salam Dato'. Saya dan Rohana cuma nak maklumkan, Jumaat lepas ada satu artikel ditulis oleh P Gunasegaram dalam akhbar The Star yang mempertikaikan mengenai hukuman sebatan ke atas 3 wanita atas kesalahan melakukan hubungan seks haram," saya menjelaskan kepada Pengerusi MAIS, Dato' Azib semasa pertemuan siang tadi di pejabatnya. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Puan Rohana, PRO MAIS. "Saya tak sempat baca pun," jelasnya yang baru pulang daripada Maghribi kerana mengiringi rombongan MB ke negara tersebut.

" Apa cerita?" tanyanya lagi.

"Penulisnya berbangsa India, dan bukan Islam, dia editor di The Star. Dia tak tahu pun pasal undang-undang Islam, tapi boleh komen pasal undang-undang Islam. Pandangan saya, komen-komennya agak melampau," saya menerangkan satu persatu.

"Apa tindakan yang boleh diambil?" tanyanya.

"Saya cadangkan esok di Mesyuarat MAIS, kita bincangkan perkara ini. Kalau menurut undang-undang, apa-apa kenyataan yang bersifat menghasut boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 4 Akta Hasutan atau seksyen 298A Kanun kesiksaan kerana menimbulkan suasana ketidakharmonian dan ketegangan disebabkan alasan agama," jelas saya panjang lebar.

"Kalau macam tu, buatkan pandangan undang-undang dan sediakan paper," arah Dato' Azib.

"Err.. Dato', saya rasa lebih baik masuk dalam hal-hal lain ajer, tak payah buat paper," usul saya cuba mengelak dari menyediakan kertas kerja kerana masa sudah terlalu singkat. Tambahan pula, ini merupakan kertas kerja ketiga yang perlu dibentang oleh saya esok, setelah dua lagi kertas kerja diserahkan pada minggu lepas.

"Mana boleh. Habis tu macam mana nak bincang esok. Kena la ada paper. Lepas tu minta pandangan Dato' Saleh dan Datin LA," arahnya lagi.

Nampaknya, strategi saya supaya tak payah bentang paper tak berkesan. Mujur juga Rohana dan Rasyid, kakitangan di Bahagian saya sudi membantu membuat salinan dokumen-dokumen yang diperlukan. Pada waktu rehat, sempat juga saya dan Rohana serta Puan Norraini, Ketua Audit Dalam MAIS menziarahi seorang kakitangan MAIS yang dimasukkan ke Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana demam denggi. Hanya pada jam 3.30 saya baru mula mendraf. Dua mesyuarat di sebelah petang saya mewakilkan penolong pegawai saya untuk hadir. Pengalaman menyedia dan membentang kertas kerja sebelum ini menyebabkan saya agak 'rileks' walhal masa penyediaan sangat singkat. Agaknya dah terbiasa dan telah tahu apa perkara penting yang nak dimasukkan. Untuk kesekian kalinya, saya bersyukur kerana Allah memudahkan urusan saya. Jam 8 malam, saya akhirnya menyerahkan salinan dokumen dan kertas kerja kepada urusetia yang masih 'setia' di pejabat.

Alhamdulillah... Terima kasih Allah, kerana memberiku ilham dan mempermudah urusan ku. Walaupun perut terasa lapar dan berkeroncong, namun berkat rahmat dan kasih sayangmu, dapat juga aku siapkan kertas kerja itu. Sesungguhnya aku berjuang demi cintaku padaMu dan pada agamaMu.. Saat rakan-rakan lain sudah pulang, aku masih di pejabat.. Thanx Allah...:) Moga terus dipermudah urusan dunia dan akhiratku dan teman-teman seperjuangku.. Amin.. :)


"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

Isnin, 8 Februari 2010

Diari - Bengkel Pemurniaan Draf Pindaan Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Negeri Selangor)

Salam semua,

Sepanjang 3 hari 2 malam yang lalu, saya dijemput sebagai panel untuk menyemak dan memurnikan draf Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Masjid (Negeri Selangor). Peraturan ini dibuat bagi mengurus pelantikan Pegawai Masjid (Nazir, Imam, Bilal dan Siak) dan juga anggota jawatankuasa masjid yang terdiri daripada Timbalan Nazir, Setiausaha, Bendahari, Wakil Pemuda, Wakil Wanita, dan beberapa jawatan lain lagi di dalam pengurusan sesuatu masjid. Peraturan tersebut turut memperuntukkan tanggungjawab Majlis Agama Islam Selangor sebagai pemegang amanah tunggal semua masjid di dalam negeri Selangor, tanggungjawab dan bidang tugas Pegawai masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah setiap masjid. Turut hadir bersama dalam perbincangan adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Tuan Hj Basori, selaku Pengerusi Bengkel, Penolong Pegawai Undang-Undang Negeri (Seksyen Syariah), Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar, kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS, Pegawai Tadbir Agama Daerah (Kadhi Daerah), Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah-daerah. Peraturan-peraturan ini juga turut terpakai kepada surau-surau di seluruh negeri Selangor.

Sebenarnya, telah beberapa kali sesi bengkel diadakan untuk mendraf peraturan ini, dan banyak pihak yang terlibat. Saya berharap, ini sesi pemurnian yang terakhir. Diharapkan semoga peraturan ini kelak dapat membantu memperkemas sistem pengurusan dan tadbir urus masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri Selangor. Mudah-mudahan sedikit usaha kami ini diberkati dan dipermudah oleh Allah s.w.t.


Masing-masing cuba memberikan idea dan pandangan untuk memperbaiki undang-undang sedia ada.

Rasyid dan Ustaz Atras, santai seketika sambil menunggu pintu dibuka.

Memikirkan yang terbaik untuk masjid dan surau di Selangor.

Dari kiri hadapan: Ustaz Atras, Tuan Hj Basori, Ustaz Duraibi, saya. Belakang berdiri dari kiri : Ustaz Nazri, Ustaz , Shakirah.

Situasi biasa yang saya lalui dalam majoriti perbincangan di MAIS atau JAIS yang ahli perbincangan majoritinya lelaki. Mula-mula malu jugak, tapi lama-lama macam dah terbiasa.


"Memperkasa Undang-Undang Syariah"


Nurhani

Seksyen 3

Shah Alam

Isnin, 2 November 2009

Diari - Alahai Dr Asri..

Dr Asri semasa ditahan oleh penguatkuasa JAIS pada 1 Nov 2009 di Taman Sri Ukay, Ampang.


"JEMPUTAN MEDIA. Penjelasan isu Dr Asri ditangkap JAIS JAM 3.30 pm di Tingkat 6, Menara Selatan, JAIS".

Begitu kandungan sms yang saya terima daripada PRO JAIS mengenai sidang akhbar yang dibuat oleh JAIS susulan daripada penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin oleh penguatkuasa JAIS malam tadi 1 NOvember 2009 di sebuah rumah di Sri Ukay, selepas memberi ceramah terhadap lebih kurang 100 lebih pengikut beliau yang hadir.

Nampaknya penahanan beliau menimbulkan pertikaian di kalangan pemimpin-pemimpin terkemuka negara dan termasuk beberapa pertubuhan NGO yang membantah tindakan JAIS tersebut. Headlines di suratkhabar utama negara turut membuktikan perkara ini. Maklumlah, orang glamour sebab selalu masuk suratkhabar dan media massa.

Saya turut hadir dalam sidang akhbar tersebut di mana Dato' Setiausaha MAIS telah menjelaskan kepada wartawan yang hadir mengenai tindakan yang diambil oleh JAIS adalah menurut kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di negeri Selangor. Dato' Mufti turut hadir sama dalam sidang akhbar tersebut.

Menurut peruntukan seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, seksyen tersebut memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah peraturan-peraturan tauliah (Negeri Selangor) 2008 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, subseksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana orang yang dikecualikan oleh Majlis atau mana-mana orang yang mengajar tentang agama Islam atau perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Banyak persoalan yang dikemukakan oleh wartawan yang hadir, termasuklah mengenai kaitan tangkapan JAIS dengan memorandum oleh PGSM, persoalan mengenai mengapakah orang lain tidak ditangkap, tetapi Dr Asri ditangkap, persoalan mengapa tidak dibuat teruspertuduhan sedangkan telah ditangkap, persoalan bahawa pegawai JAIS lewat tiba di Mahkamah, mengapa Dr Asri yang mempunyai PHD perlu ada tauliah, dan macam2 soalan lain. Justeru, walaupun pelbagai persoalan dikemukakan, punca utama beliau ditahan adalah disebabkan beliau TIDAK mempunyai tauliah mengajar dan memberi ceramah agama, dan ini mengingkari peruntukan seksyen 119 tersebut.

Apapun, pandangan saya, penguatkuasa JAIS telah membuat tindakan tersebut secara sah menurut peruntukan tersebut. It's a clear cut case. In Selangor, No Tauliah, No Teaching, except dikecualikan. Takkan lah disebabkan Dr Asri is a public figure, dan berpelajaran tinggi, dia dikecualikan daripada peruntukan undang-undang tersebut. Tambahan pula beliau tidak pernah memohon daripada JAIS untuk mendapatkan tauliah. Dan kalau Dr Asri tidak salah, dia tidak perlu takut, sehingga perlu membuat macam-macam kenyataan di media. Diapun bukan orang biasa-biasa. Dia orang bijak pandai.

Bagi pihak berkuasa agama, undang-undang tauliah perlu, untuk memastikan ajaran agama yang dibawa tidak menyeleweng. Still, its a valid law, since banyak ajaran-ajaran yang salah, keperluan untuk memberi tauliah kepada pengajar-pengajar agama sangat penting. For me, law is made to be obeyed, not to be broken. Jika undang-undang tidak dikuatkuasakan, sia-sialah undang-undang itu digubal. Just my straight forward opinion to share with.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"


Nurhani

Bangunan Sultan Idris Shah

Shah Alam

Rabu, 28 Oktober 2009

Diari - BZ to buzzzzzzzz to zzzzz....


Salam,

Terjemahan kepada entry hari ni adalah, apabila kita bz sangat, kita jadi letih sangat, jadi rasa nak burst kat orang lain sebab tak cukup zzzzzzz, cuma tak boleh nak zzzzz lagi sebab keje belum selesai.. jadi, harap maklum.


"Argggghhh!!"

Hunny Bee Stuck in the Office

Shah Alam

Selasa, 13 Oktober 2009

Peguam Menulis- Prosiding pendakwaan kes percubaan melakukan persetubuhan luar nikah

Salam semua,

Hari ini saya menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebagai wakil MAIS untuk mendapatkan tarikh sebutan baru daripada Mahkamah untuk melantik peguam.

Selepas sebutan di hadapan Hakim Dewan 2 selesai, saya ke Dewan 3 kerana ada satu lagi kes MAIS di hadapan Mahkamah tersebut. Sewaktu saya tiba di sana, jelas kedengaran di telinga saya kata-kata yang diucapkan oleh seorang peguam syarie yang sedang berhujah di sebelah kiri Hakim di hadapan Mahkamah.

"Untuk makluman Yang Arif, semasa OKT ditangkap, beberapa bahan bukti telah diperolehi oleh pihak Penguatkuasa. Ini termasuk seluar dalam wanita, baju dalam wanita dan seluar dalam lelaki. Mohon untuk ditandakan sebagai IP Yang Arif," kata Peguam Syarie tersebut sambil mengemukakan ekhsibit-ekhsibit tersebut ke hadapan Hakim.

"Eh!Peliknya Dewan ni..Masuk-masuk terus citer pasal seluar dalam wanita," kata hati saya sambil mengerling ke ruang hadapan Hakim.

"Oh! Pendakwa Syarie JAIS rupanya," bisik saya dalam hati yang pada awalnya menyangkakan bahawa yang sedang berhujah adalah seorang Peguam Syarie.

"Berdasarkan kepada bukti-bukti dan keterangan tertuduh serta pengakuan bersalah tertuduh, pihak kami percaya tertuduh sewajarnya dikenakan hukuman di bawah seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah iaitu sama ada denda tidak melebihi lima ribu ringgit, penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam kali sebatan,"hujah Pendakwa Syarie JAIS.

"Kamu dah dengar tadi apa yang dinyatakan oleh Pendakwa?" tanya Tuan Hakim kepada pihak tertuduh.

"Dengar Yang Arif," jawab seorang pemuda yang terus berdiri bila ditanya Tuan Hakim.

"Kamu nak teruskan dengan bicara atau nak merayu?" tanya Hakim lagi.

"Saya nak teruskan dengan rayuan,"jawab pemuda tersebut.

"Betul ni? Banyak saksi dalam Dewan ni. Kamu nak teruskan ker nak merayu. Kalau tidak, hukuman sebat boleh dikuatkuasakan," kata Hakim lagi.

"Saya nak teruskan dengan rayuan,"kata pemuda itu tersekat-sekat.

"Ok. Silakan. Apa rayuan kamu?" tanya Hakim.

Di sebelah kanan Hakim, saya melihat seorang lelaki dan pasangannya. Walaupun tidak dapat melihat wajah mereka, saya yakin mereka masih muda remaja. Yang lelaki fizikalnya lebih rendah dan lebih kecil daripada pasangannya. Pasangannya senyap dan sentiasa menundukkan muka. Malu agaknya kerana bila dah dibicarakan, benda yang rahsia semua keluar.

"Nampak jer kecik, tapi hebat jugak," gurau sahabat saya yang merupakan seorang Peguam Syarie.

"Hek eleh kau. Sabar jerlah.." jawab saya sambil mengawal ketawa kerana berada dalam Mahkamah.

Seterusnya, Hakim meminta pasangan tersebut untuk membacakan rayuan beliau. Antara lain pemuda tersebut menyatakan bahawa beliau telah insaf dan sebagai bukti, beliau telah pun mengahwini pasangannya. Beliau turut menyatakan bahawa beliau dan pasangannya tidak mampu membayar jumlah denda yang dikenakan kerana telah pun diberhentikan kerja kerana kes tersebut, dan kini beliau menampung kehidupan harian dengan membantu sahabat beliau berniaga burger dengan pendapatan RM25 sehari.

Dalam hati saya membayangkan hati dan perasaan tertuduh yang kesnya dibicarakan di hadapan orang ramai, terutamanya wanita. Betullah kalau Allah nak sesorang itu dimuliakan, Dia akan beri. Kalau Allah nak seseorang itu dihina, Dia akan beri. Malunya tak terkira. Perkara yang rahsia pun tak rahsia lagi. Semua dibongkar di muka pengadilan. Orang Melayu dan Nusantara yang diasuh dengan perasaan malu dan sopan santun yang tinggi, perasaan malu memang paling sukar nak dikikis. Hukuman penjara, denda dan sebatan mungkin sudah jadi nombor dua. Malu dengan masyarakat jadi nombor satu.

Kemungkinan, andainya semasa pemuda dan pemudi tersebut membuat maksiat, kalau ada perasaan malu pada Allah, maksiat itu tak akan terjadi. Kerana sifat malu kepada Allah telah terkikis, makanya mereka tidak malu membuat maksiat tersebut. Kerana tiada sifat malu pada Allah, tetapi malu pada masyarakat, mereka sanggup ke tempat-tempat yang tersorok untuk melampiaskan nafsu serakah masing-masing kerana tidak mahu masyarakat mengetahui perbuatan maksiat mereka. Tetapi mereka tidak malu dengan Allah.

Kerana itulah, antara lain, hikmah kepada hukuman sebatan yang digariskan oleh Syariah, yang bersifat untuk mendidik, bukan menghukum. Kerana apabila hilang malu di hati manusia, makanya maksiat bermaharajalela. Hukuman sebatan syariah sewajarnya dilaksanakan supaya perasaan malu oleh pesalah menerbitkan penyesalan abadi, dan sebagai pengajaran dan peringatan kepada yang melihat hukuman sebatan dibuat.

Wahai orang-orang beriman! Ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang kita lakukan dan niatkan, walau sebesar zarah pun! Jauhilah laranganNya dan patuhilah suruhanNya, semoga kita mendapat redhaNya! Sekadar peringatan buat semua yang lupa dan mereka yang lalai...

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam
Selangor

Selasa, 1 September 2009

Diari - Malam 12 Ramadhan

Salam semua,

Malam ini adalah malam ke-12 Ramadhan. Sekejap sangat rasanya dah 12 hari umat Islam berpuasa. Malam ke 12 Ramadhan tahun ini, saat orang lain bertarawikh, saya dan tiga orang kakitangan saya masih di pejabat menyiapkan folder untuk Muzakarah Undang-Undang MAIS yang akan diadakan pada 3 September ini.

Sepanjang pagi tadi saya bermesyuarat dengan beberapa ahli Majlis membincangkan mengenai cadangan untuk mengadakan garis panduan untuk mengawal kenyataan berhubung agama Islam dikeluarkan oleh orang yang tidak diberi kuasa. Ini untuk mengelakkan sesuatu kenyataan berhubung agama disensasikan dan dipolitikkan oleh parti-parti tertentu, yang menyebabkan rakyat keliru, kerana kenyataan yang berbeza-beza. Pada sebelah petangnya, saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Undang-Undang yang terakhir sebelum program tersebut pada 3 September ini di Grand Blue Wave Hotel.

Saat saya masuk ke pejabat semula, saya baru terperasan seorang kerani telah pun bertukar ke Bahagian lain. "Bila Zura tukar ke bahagian tu Midah?" tanya saya pada Hamidah, Penolong Pegawai Syariah saya. "Dah seminggu dah kak, tak perasan ker.." kata Hamidah. "Mak ai! Dah seminggu rupanya.. Hmmm.. tak perasan la.." kata saya. Rupa-rupanya kerana terlalu fokus dengan kerja menyebabkan saya terlupa untuk mengamati persekitaran tempat kerja saya. Seperti juga pada pagi tadi, seorang pegawai di bahagian lain menghubungi dan bertanya pada saya," Cik Hani, bila kita cuti raya?"soalnya ramah. Saya pada waktu itu, kerana terlalu sibuk menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat pagi tadi, menjawab," Maaf lah yer.. saya tak sempat nak fikir bila cuti raya. Pagi ni saya ada meeting urgent. Minta tanya orang lain lah yer," kata saya. Telefon pula tak berhenti-henti berdering kerana ramai peserta yang menghubungi pejabat kami untuk pengesahan kehadiran. "Aduss!! Boleh pecah kepala macam ni".. kata hati saya.

Mesyuarat pagi tadi menghasilkan satu resolusi supaya satu garis panduan diwujudkan yang akhirnya dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Undang-Undang untuk menyiapkannya pada hujung minggu ini. "Betul-betul murah rezeki bulan Ramadhan ni," kata saya. Walaupun dah mengantuk, mudah-mudahan Allah beri saya dan sahabat-sahabat saya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 7

Isnin, 17 Ogos 2009

Peguam Menulis - Cabaran Baru di Pentas Kehakiman

Salam semua,

Dah lama tak menulis disebabkan kesibukan dengan kerja-kerja di pejabat dan aktiviti-aktiviti sosial di luar pejabat. Tambahan pula, sejak Pegawai Syariah MAIS meletak jawatan bermula 1hb Ogos 2009 yang lalu, tak menang tangan dibuatnya. Pagi saya di Mahkamah, petang bergelumang dengan fail-fail dan tugasan di pejabat. Yang tak berapa bagusnya, memang letih laaa, sebab turun naik Mahkamah Syariah. Yang bagusnya, saya amalkan ilmu-ilmu yang saya pelajari di UITM dan UIA, setelah sekian lama tidak beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara. Banyak perkara-perkara basic yang saya dah lupa. Rasa pelik semacam jer bila berbicara di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sedangkan lima tahun yang lalu, ini amalan biasa saya bila di Mahkamah.

Apapun, saya yakin dan percaya, Allahlah yang telah menetapkan bahawa pada tanggal 12hb Ogos 2009, saya akan mewakili MAIS sebagai Peguam Syarie di hadapan Mahkamah. Walaupun saya mungkin tidak bersedia, hanyasanya Allah jualah yang mengetahui dan meredhai bahawa saya benar-benar telah bersedia untuk cabaran yang baru, di pentas kehakiman.

Apapun, saya berdoa, mudah-mudahan cabaran baru ini dapat saya lalui dengan mudah dan dipermudahkan. Dan semoga redha Allah sentiasa bersama saya. Amin.


"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

Rabu, 5 Ogos 2009

Diari - Mesyuarat Komuniti Syariah MAIS

Salam semua,

Semalam Bahagian saya menganjurkan Mesyuarat Komuniti Syariah MAIS untukmembincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pindaan terhadap beberapa undang-undang Persekutuan iaitu, Akta Memperbaharui Undang-Undang, Akta Undang-Undang Keluarga Islam dan Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS. Mesyuarat turut disertai oleh wakil-wakil dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Persatuan Peguam Pembela Islam, Jabatan Mufti Selangor, panel-panel peguam MAIS dan beberapa orang ahli MAIS. Terdapat beberapa isu yang ditimbulkan khususnya terhadap cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang, yang hanya terpakai terhadap perkahwinan orang bukan Islam.

Antara cadangan yang dikemukakan cuba untuk menyelesaikan isu apabila salah satu pasangan memeluk Islam. Sebelum ini, apabila satu pasangan memeluk Islam, pihak yang memeluk Islam tidak mempunyai hak untuk membatalkan perkahwinan tersebut di Mahkamah Sivil. Hanya yang masih di dalam agama asal boleh memfailkan perceraian di bawah Akta tersebut. Ini memberi kesan kepada pihak yang memeluk Islam kerana dari aspek perundangan sivil, perkahwinan mereka masih lagi berkuatkuasa. Walaupun, kemungkinan ada orang akan berkata;

"Alah, tak kisahlah bicara kat mana pun, janji kes selesai,"

Sebenarnya, mengapa umat Islam, yang mempunyai undang-undang Islam sendiri, perlu memohon di Mahkamah Sivil, sedangkan semua tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Syariah? Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, Islam adalah agama Persekutuan. Sepatutnya Islam dan undang-undang Islamlah yang layak diangkat dan dirujuk, bukan undang-undang sivil. Saya turut dimaklumkan oleh panel peguam yang hadir, bahawa Akta Memperbaharui Undang-Undang itu sebenarnya diilhamkan daripada Undang-undang Kristian. Bagaimana umat Islam harus 'abide' and follow the law, sedangkan ianya bertentangan dengan Islam?

Cadangan pindaan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara memberi ruang kepada pasangan yang Islam untuk memfailkan perceraian di Mahkamah Sivil, dan berhak membuat tuntutan untuk nafkah, hadhanah, harta sepencarian, etc., sedangkan sebagai seorang Muslim, sepatutnya perkara-perkara tersebut diputuskan di Mahkamah Syariah. Tambahan pula, apabila dibicarakan di Mahkamah Sivil, tidak dapat dipastikan sama ada hakim yang bersidang adalah seorang yang Muslim atau tidak.

Terdapat juga beberapa cadangan pindaan yang bercanggah dengan Hukum Syarak. Pada saya, cadangan pindaan ini perlu diteliti dengan merujuk kepada pakar-pakar dan mufti-mufti sebelum sebarang pindaan diluluskan oleh negeri-negeri. Ini kerana, sesuatu undang-undang akan berkuat kuasa untuk tempoh masa yang lama, bukan sehari dua. Generasi kita dan generasi akan datang akan menggunakannya. Mudah-mudahan, umat Islam akan membuka mata dan menyedari, bahawa kita bukan sahaja di attack dari sudut ekonomi, tetapi termasuk juga sudut undang-undang. Insyaallah, saya dan rakan-rakan peguam akan cuba pertahankan, selama mampu. Moga dipermudahkan dan diredhai Allah.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 27 Jun 2009

Diari - Undang-undang Pentadbiran Masjid di Negeri Selangor

Salam semua,

Petang tadi saya membentangkan kertas kerja bertajuk Pentadbiran Masjid di dalam Negeri Selangor Menurut Undang-Undang di hadapan seramai lebih kurang 500-1000 orang Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid yang dilantik oleh pihak MAIS bagi tempoh 2009 hingga 2011.

Di Selangor, terdapat 3 undang-undang yang menjadi rujukan utama dalam pentadbiran masjid-masjid di seluruh Selangor, iaitu:-

1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003,
2) Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid (Negeri Selangor) 1995 Pin. 2001
3) Garis panduan/Arahan/Amaran yang dikeluarkan oleh pihak MAIS dari semasa ke semasa.

Alhamdulillah, walaupun awalnya nervous,tapi mungkin disebabkan pengalaman2 lalu berceramah mengenai undang-undang yang sama, program berjalan lancar dan saya tak rasa gemuruh pun. Ini satu pengalaman baru bagi saya untuk membentang kertas kerja di hadapan jumlah peserta yang ramai.

Lepas ceramah, terus berdesup balik umah sebab nak hantar my sister ke UTM Skudai.

Align Center
Sebelum masuk ke Dewan, sempat berbual dengan urusetia program.

Peserta mengambil tempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor.

Semasa sesi ceramah. The best shot yang my sista dapat.

Sebahagian peserta yang hadir.
Align Center

Bergambar kenangan selepas selesai ceramah. Tapi sensorang aje, sebab orang lain dengar ceramah kedua pulak.

Kaylah.Nak tido dah. Sok nak bangun pagi.

Yang letih menaip,

Hunny
Hotel Goodhope Skudai
Johor
27hb Jun 2009