Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Diari : APC MAIS 2010

Assalam,

Really do not know what to say. But the best kalimah is Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Syukur.. Though I knew I was'nt able to get the same, without the hardwork, teamwork, support and assistance from my beloved staffs as well as the trust given by my superiors. Thanks to Allah for the rizq He grants, thanks to all my families and friends for their continuous love and support, and greatest thanks to my staffs for this achievement. For me, this is not an individual achievement. This is our team (BUU) achievement, though the recipient was only me. May Allah bless us always with His mercy. May our team be strengthened with the spirit to assist the others. Ameenn..

Not to forget, congratulations to all the award receivers. Hope the achievement will improve our  commitment towards our works and duties. Its not the award that is important, because it is based on human's valuation  and judgment which are not perfect and sometimes controversial. The greatest award  is when  we meet Allah with the good heart (qalbu salim) on the Day of the Judgement and Allah grants us Jannah for us to stay forever. Easy to say it, but it is hard to get it. Don't waste your precious time to think what  other people got in this world and what we did'nt, but think and prepare for where we will be and what we will get in the hereafter. May Allah bless us always.

Menerima plak daripada boss lama, YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Bin Hj Isa, Pengerusi MAIS. Maybe sebab aku orang pertama dipanggil untuk menerima anugerah, jadi aku mengambil masa untuk naik ke pentas. Sampai di atas pentas, beliau bertanya aku," Dah tau ke belum tak nak dapat anugerah ni?" Ngeeeeeee.. Sori Dato'! Hari ni, baju saya memaksa saya untuk jadi lebih bersopan santun!!:)
Bergambar kenangan bersama Tn Hj Marzuki Hussien, Pengarah JAIS.
Bergambar bersama boss baru, Prof Dato' Dr Aziuddin Ahmad, Rektor KUIS.
Penerima anugerah bergambar beramai-ramai bersama VIP yang hadir.
"Alhamdulillah Syukur"

Nurhani
Shah Alam

Khamis, 14 April 2011

Diari : Khabar Gembira,Hari Ceria..

Assalam,

Aku malas nak menulis beberapa hari ni. Kering idea nak menulis. Maybe sebab terlalu memberi penumpuan kepada kerjaya. Ya kah?? :P

Last Saturday, was my last class with my student. DLSA UiTM. Happy sebab berjaya completekan coursework this semester, walaupun busy dengan komitmen kerja. Tapi sedih jugak sebab kena berpisah dengan my students. 
Lakonan semula..:)
Last Class
Hari ni, birthday my BFF, Sis Nomi. Aku wat surprise party untuk dia. Happy birthday kak! Moga terus dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki. Hopefully, dia dapat hadiah best untuk birthday kali ni..:)
SURPRISE!!! Happy Birthday Sis!:)
Penganjur dan penaja..:)
Antara tetamu yang hadir.
(Sambutlah hari lahir dengan penuh kesyukuran kerana sesungguhnya Allah memberi peluang kepada kita untuk dipanjangkan umur dan menikmati kehidupan di dunia untuk persiapan bekalan ke akhirat.)

"Alhamdulillah"
Nurhani

Shah Alam

Sabtu, 9 April 2011

Diari : Piala baru..

Assalam semua,

Malas nak type banyak-banyak. Cuma nak kongsikan, tadi aku dapat tambah koleksi piala kemenangan aku. Alhamdulillah, rezeki dapat jadi JOHAN pertandingan bowling antara MAIS dan anak syarikat untuk kumpulan pengurusan (VIP). Kira ok la tu kan? Dari tak dapat apa-apa.

K lah. Itu ajer. Betul-betul malas nak menaip. Aku bz sket sekarang. Nanti aku lapang aku ziarah rumah korang. Doakan aku yer? :P Bye... Assalam..:)

"Sejarah"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 21 Februari 2011

Diari : The King And I...

Assalam semua,

Sedari pagi lagi aku dah sibuk bagi arahan pada kakitangan untuk menyediakan folder bagi mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 2 petang. Awalnya, cuma aku, Puan Zurinah, pegawai di Bahagian aku, YAD Dato' Setia Pengerusi, Pengerusi dan CEO Zakat sahaja yang mengadap, tetapi setelah menerima panggilan telefon jam 8 pagi dari YAD Dato' Pengerusi, beliau meminta aku menghubungi YAD Dato' Setia Mufti untuk turut hadir.

"Nanti kalau Tuanku tanya pasal Hukum Syarak, takkan saya nak explain. Dato' Mufti jer yang layak untuk explain," kata Dato' Azib.

Aku bersetuju dengan kata-kata Dato' Azib, kerana menurut seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, bidangkuasa Majlis adalah untuk menasihati Tuanku dari sudut pentadbiran, manakala bidangkuasa Mufti adalah untuk menasihati Baginda dalam perkara Hukum Syarak.

Aku langsung menghubungi Dato' Mufti yang dalam perjalanan ke JAKIM untuk Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Alhamdulillah, walaupun last minute call, beliau sudi menghadirkan diri setelah aku maklumkan terdapat beberapa fatwa yang perlu mendapat perkenan Tuanku sebelum diwartakan.

Aku sempat berbincang dengan YAD Dato' Setia Pengerusi mengenai kertas-kertas mohon perkenan yang akan kami bawa. Semuanya berjumlah 14 kertas. 3 daripadanya adalah peraturan-peraturan yang telah digubal dan selebihnya fatwa yang perlu diwartakan. Sebelum ini, jika mengadap, aku jarang bersuara, tetapi kali ini, apabila Tuanku bertanya, siapa yang akan membentang, pantas saja Dato Azib menjawab,

"Cik Hani yang bentang."

Aku sebenarnya gugup jugak. Tak pernah bentang paper depan Tuanku. Tapi, aku terpaksa kontrol macho. Aku bentang la jugak.. Paper first, aku menggelabah jugak, then, bila dah bersoal-jawab dengan Tuanku untuk paper tu, lama-lama ok. Semua paper melibatkan peraturan, aku bentang. Paper fatwa, Dato' Mufti yang bentang. Aku menyampuk sikit-sikit ajer. 

Cuma, aku rasa, ada improvement pada diri aku kali ni, sebab aku lebih berprotokol, guna ganti nama diri, "patik", bukan "i" macam first time dulu..:P

Jam 2 pm till 4 pm, baru sesi perbincangan selesai. Alhamdulillah.. Selepas ni, Bahagian aku akan meneruskan dengan proses pewartaan perkara-perkara tersebut. Insyaallah, kalau berjaya, maka lengkaplah SKT Unit Gubalan Bahagian aku tahun ni iaitu sekurang-kurangnya 2 undang-undang dan 2 fatwa perlu diwartakan. :) Kena mintak bonus 3 bulan ni..:P

K lah guys. Aku tak leh memblog lama-lama. Nak semak paper, maklum balas dan minit mesyuarat MAIS esok. Lagipun, sekarang tak leh memblog lama-lama. Komitmen banyak. Doakan aku ek? :P
Aku dan Zurinah bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku Sultan Idris Shah selepas majlis mengadap.





"Pengalaman, guru terbaik"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 7 Julai 2010

Diari - Suatu kepulangan..


Salam semua,

Sepagi tadi saya menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh Unit Sewaan, Bahagian Pembangunan Hartanah MAIS untuk membincangkan mengenai sewaan hartanah MAIS. Selesai mesyuarat, sepatutnya saya ke D Palma Inn Shah Alam untuk bengkel garis panduan rumah kebajikan ar-riqab MAIS. Namun hasrat saya terbatal apabila membaca satu mesej yang sampai di telefon bimbit saya;

"Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Ustaz Amin, PTA Daerah Kuala Langat sekarang di wad kecemasan di Hospital Serdang. Doakan semoga beliau selamat dan sembuh. Sila sebarkan". Suhaimi BPI.

Serta-merta saya terbayang wajah Ustaz Amin. Beliau adalah Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau kadhi yang termuda di JAIS. Berusia 38 tahun. Jujurnya saya terperanjat menerima berita tersebut. Saya mengenali beliau setelah beberapa kali bertemu dalam Bengkel Peraturan-Peraturan Masjid dan Jawatankuasa Kariah yang dianjurkan oleh Bahagian saya atau Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Ustaz Amin seorang yang aktif, peramah, suka memberi pandangan dan ceria.

"Innalillah," bisik saya.

Saya mengajak teman-teman yang berada di dalam mesyuarat untuk menziarahi Ustaz Amin, tetapi masing-masing mempunyai komitmen mesyuarat pada sebelah petang. Entah mengapa, hati saya merasa berat untuk pergi menziarahinya. Panggilan telefon daripada Ustaz Raman Siva, pegawai muallaf daerah sepang menguatkan hasrat saya untuk pergi.

"Salam Cik Hani. Ni nak maklumkan, Ustaz Amin sekarang dalam keadaan 50-50, di hospital Serdang, masih koma, urat saraf dia pecah, dan ada pendarahan di otak. Minta tolong sampaikan kepada yang lain, Dato' Pengarah dan Dato' Azib." bait-bait ayat Ustaz Raman memecah gegendang telinga saya.

"Masyaallah. Yer ker Ustaz? Macam mana keadaan dia sekarang?" tanya saya.

"Saya dimaklumkan, doktor tak boleh nak buat operation, memang peluang tipis. Doktor benarkan sahabat-sahabat dan keluarga ziarah untuk penghormatan terakhir," jawab Ustaz Raman, dengan nada tersekat-sekat.

"Ok Ustaz. Terima kasih maklumkan. Insyaallah, saya cuba datang." kata saya.

Saya terus menghubungi Bahagian Pentadbiran MAIS untuk mendapatkan kenderaan. Namun di waktu tengahari, lebih-lebih lagi waktu rehat, agak sukar untuk mendapatkan kenderaan, kerana pemandu dan kenderaan kebiasaannya telah keluar bertugas di awal pagi. Alhamdulillah, Puan Zaini, yang in charge untuk kenderaan berjanji untuk membantu saya mendapatkan kenderaan ke sana.

Jam 1.15 tengahari, satu mesej sampai ke telefon saya,

"Cik Hani. Gerak jam 1.30. Tunggu di lobby. Dengan Ustaz Halem," Nizam Driver.

Alhamdulillah. Ada kenderaan. Saya menghubungi Nizam dan mengesahkan saya akan pergi. Saya menunaikan solat Zohor sebelum turun ke lobby. Lebih kurang 1.40, Ustaz Halem sampai.

"Macam mana yer? Saya ada 3 miting ni. Kol 2.30, kol 3.30, kol 4. Sempat ke?" tanyanya pada kami.

"Insyaallah Ustaz. Ustaz minta tangguh yang 2.30 ke 3.30, dan seterusnya," cadang saya.

"Ermmm.. Tak per lah. Yang 2.30, saya minta Ustaz Khairie jalan dulu. Saya datang yang 3.30," katanya setelah berfikir beberapa ketika.

Kami meneruskan perjalanan ke Hospital Serdang. Sepanjang perjalanan, saya berpeluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman saya dengan Ustaz Halem mengenai kemajuan organisasi MAIS dan tanggungjawab MAIS kepada masyarakat.

Tepat jam 2.30 petang, kami sampai di sana. Hujan turun dengan lebat. Kami dapati, terdapat beberapa orang pegawai JAIS dan MAIS yang berada di perkarangan lobi hospital. Masing-masing bersalaman dengan Ustaz Halem.

"Tak boleh masuk la Ustaz. Dia sampai pukul 2 aje. Nanti pukul 4.30 baru boleh masuk balik," kata seorang pegawai.

"Laaa.. yer ker? takkan tak boleh.. kita datang jauh-jauh ni. Meeting pun kami potpone. Cuba tanya kat kaunter." saya mengusulkan.

"Dah tanya, tapi tak boleh. Ada guard yang jaga lif," balasnya.

Saya tak puas hati. Mesti ada cara. Larangan dan sekatan, manusia yang tentukan. Kalau Allah kata boleh, mesti boleh, walaupun manusia halang. Saya terus ke kaunter pertanyaan. Ada seorang pegawai penyelaras masjid yang berdiri di kaunter.

"Kalau boleh bercakap dengan Pengarah Hospital ni kan bagus," cadang saya padanya.

"Puan cubalah, kalau boleh," jawabnya, seolah memerli saya.

Walaupun saya agak terasa, tapi saya tidak ambil pusing. Saya bertanya kepada petugas di kaunter, yang nampak marah-marah, mungkin sebab letih melayan kerenah pelawat-pelawat yang masih mahu melawat, walaupun waktu melawat sudah habis.

"Assalamualaikum, saya ni nak ziarah sahabat saya di wad 7, tapi tak boleh nak masuk sebab waktu dah tamat. Ada tak cara macam mana saya dan kawan-kawan saya boleh masuk? Kami ramai ni," tanya saya sesopan mungkin (berlakon kot!), kerana mahu menjaga hatinya. Muda betul petugas itu, dalam lingkungan belasan tahun sahaja.

"Kena tanya doktor lah. Kami tak boleh beri kebenaran. Kalau ramai lagi susah nak masuk. Kena telefon doktor,"jawabnya acuh tak acuh, dengan wajah yang agak tension.

"Oh ok. Macam mana nak hubungi doktor tu?" tanya saya lagi.

"Itu haaa nombornya.." katanya sambil menunjuk kepada kain rentang yang tertera di belakang kaunter.

"Ok. Sapa yang saya nak hubungi? Sapa doctor in charge?" tanya saya lagi

"Saya tak tau la. Kena kol aje nombor tu. Cakap nak sambung ke wad," jawabnya acuh tak acuh.

"Haa.. teleponlah!' tiba-tiba pegawai penyelaras masjid menyampuk.

Lorrr.. macam tu kerr.. Saya terus mendail nombor yang tertera. Panggilan saya disambut dan saya minta disambungkan ke wad 7.

Lama panggilan saya tidak bersambut. "Ya Allah. Aku dan saudara-saudaraku hadir untuk menziarahi saudaraku, permudahkanlah Ya Allah," doaku dalam hati. Sejurus kemudian, panggilan saya dijawab.

"Hello. Assalamualaikum. Nak bercakap dengan siapa?" tanya pegawai di sana ramah.

"Waalaikum salam. Saya Nurhani, Pegawai Undang-Undang dari MAIS. Saya dan pegawai-pegawai MAIS dan JAIS ada di bawah ni, kami nak ziarah Ustaz Amin, ada tak nama patient tu kat sini?" saya memperkenalkan diri.

"Sekejap yer Puan, saya semak." "Ada puan, katil nombor 17," jawabnya beberapa ketika kemudian.

"Ok. Sekarang ni kami ramai di bawah, boleh ke kami nak ziarah dia?" tanya saya lagi.

"Oh! Boleh. Berapa orang tu?" tanyanya lagi.

"Ermmm.. dalam 10 orang," jawab saya, sambil mengira bilangan pegawai yang ada di ruang legar hospital.

"Oh ramai tu... Ermm.. Boleh masuk, tapi 5 orang 5 orang. Kena bergilir yer?" katanya lagi.

"Alhamdulillah.. tak ada masalah. Macam mana saya nak bagitau kat kaunter Puan benarkan saya masuk? boleh tak saya pass hp saya pada petugas kaunter, dan puan maklumkan pada dia, saya dapat kebenaran?" tanya saya lagi.

"Ok, boleh," jawabnya.

Saya terus menyerahkan telefon saya kepada petugas kaunter yang sedang sibuk bersembang dengan rakan beliau. Saya melihat beliau mengangguk-nganggukkan kepalanya sambil berkata "ok". Beliau menulis sesuatu di atas sekeping kertas dan menyerahkannya kepada saya.

"Ok. Ini bagi kat pengawal. Boleh masuk, sekali masuk 5 orang," katanya. Dalam hati saya tak putus-putus mengucapkan alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas tersebut dan terus mengajak Ustaz Halem dan yang lain menuju ke lif untuk naik ke tingkat 7.

"Jom!" ajak saya.

"Eh! Boleh masuk ke?" tanya Ustaz Duraibi.

"Boleh insyaallah," jawab saya tersenyum. "Tapi 5 orang sekali masuk," terang saya.

"Ini yang best jalan dengan LA ni, terus dapat masuk," kata Ustaz Duraibi, yang menyebabkan saya rasa nak tergelak. Semua kuasa Allah, kata hati saya. Di pintu lif, seorang pegawai hospital menyapa Ustaz Halem.

"Hani, ini dulu praktikal kat Klang masa saya jadi kadi, sekarang kerja di sini," Ustaz Halem memperkenalkan pegawai tersebut kepada saya.

"Oh ye ke? Napa tak bagitau, senang nak naik tadi, "balas saya sambil tersenyum. Saya berjalan beriringan dengan beliau. Tanpa disuruh, pegawai berkenaan terus membawa kami menuju ke wad 7C katil nombor 17. Saya berselisih dengan beberapa orang wanita yang keluar dari wad tersebut.

"Itu isteri Ustaz Amin," terang pegawai berkenaan. Saya terus bersalaman dan memeluk erat isterinya.

"Assalamualaikum kak.. Insyaallah, kita sama-sama doakan dia yer," ucap saya. Sedu-sedangnya masih kedengaran semasa saya memeluknya. Ya Allah. Tabahkanlah hatinya.. doa saya.

Kami meneruskan perjalanan ke katil No.17. Sayu saya melihat sekujur tubuh Ustaz Amin yang dipenuhi dengan peralatan hospital. Terdapat beberapa kakitangan JAIS yang telah tiba. Saya membacakan fatihah beberapa kali dan mensedekahkan kepadanya. Saya meminta ustaz-Halem untuk membacakan doa selamat untuknya. Kami semua menadah tangan dan mengaminkan doa ustaz Halem. Suasana sepi dan hening seketika.

"Ya Allah, Kau ampunkanlah dia, Kau peliharalah dia, Kau lindungilah dia,"
doaku dalam hati. Saya turut membacakan selawat syifa' kepadanya, dengan harapan, mudah-mudahan dia segera sembuh. Saya turut berdoa semoga 'kepulangan' saya kelak saya akan bersama dengan orang-orang yang saya sayangi. Saya perasan beberapa orang lain yang baru sampai semasa kami mengaminkan doa.

"Aminnnn.." saya mengusap wajah dengan tangan saya.

Saya berpaling ke sebelah kiri saya. Baru saya perasan, Dato' Khusrin telah tiba bersama pegawai-pegawai kanan JAIS. Saya memberi ruang kepada pelawat yang baru sampai untuk berdiri berhampiran dengan katil Ustaz Amin.

Saya sempat berbual dengan seorang staff nurse untuk bertanya mengenai keadaan ustaz Amin. Menurutnya, harapan untuk Ustaz Amin sembuh memang sangat tipis, kerana telah berlaku pendarahan di otak. Hanya sekiranya Ustaz Amin bersemangat kuat, kemungkinan beliau dapat menahan kesakitan yang dialami.

Sebak saya mendengarkannya, namun apakan daya, ajal, maut di tangan Allah. Jika Allah dah taqdirkan, kun fa takun.. Jadi, maka jadilah! Pulang dari Hospital, saya menyebarkan berita mengenai Ustaz Amin kepada teman-teman sepejabat, minta didoakan supaya segera sembuh.

Lebih kurang jam 9 malam, satu mesej dari Ustaz Raman Siva sampai ke telefon saya memaklumkan mengenai kematian Ustaz Amin. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.... Perasaan sebak menyelubungi saya, apatah lagi bila mendapat makluman bahawa isterinya sedang berbadan dua. Anak kembar pulak tu. Allah Akbar! Saya menghadiahkan surah al-fatihah sebanyak-banyaknya pada beliau. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Semoga kepulangannya diredhai. Al-Fatihah.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani

Shah Alam

Sabtu, 26 Jun 2010

Diari - The day I was born..


Salam semua,

Semenjak malam tadi, tak putus-putus ucapan selamat hari lahir saya terima. Bermula dengan Pak Ngah yang meng hantar email kepada saya di FB pada hari Khamis, 24hb Jun, kemudian malam tadi selepas berakhir Malam Amal Wakaf MAIS 2010, kemudian kakitangan di pejabat, then beberapa orang urusetia yang masih ada di SACC Mall beramai-ramai menyanyikan lagu selamat Hari Jadi kepada saya. (Thanks to Shakirah yang mengetuai koir tersebut.. haha.. :D)

Malam tadi dan sepanjang pagi ini, ucapan-ucapan selamat hari lahir masih berkodi-kodi di laman FB saya, beserta doa-doa mereka semoga saya panjang umur, murah rezeki dan dipermudah urusan. AMinnnn..

Malam tadi, semasa bersiap ke SACC, sekeping kad telah terletak di atas meja saya, dan sebuah kotak kecil. Saya membuka sampul tersebut. Dari Nora, housemate saya, dengan hadiah comelnya yang cukup saya suka, sebentuk cincin bling bling. Thanx banyak2 Nora! Adik saya Mell, yang pandai menyanyi, turut menyanyikan saya lagu birthday dengan penuh lunak merdu. (Dia paksa saya tambah entri ini...huhuu..)

Pagi ini juga, semasa beriadah di Tasik, Wani (my coach) menghadiahkan saya cup cakes yang dibuatnya sendiri malam tadi, untuk dihadiahkan kepada saya. Sangat terharu, kerana dia mengingati hari lahir saya, sedangkan saya baru saja mengenalinya lebih kurang 3 bulan. Thanx Wani!:D

Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur ya Allah.. Di pertengahan tahun 2010 ini, Kau masih memberiku peluang untuk menghirup udaraMu, menikmati nikmat kurniaanMu, beribadah dan bersujud tanda syukur padamu, berkasih sayang dengan keluarga dan teman-temanku... Paling aku bersyukur, betapa rahmat Allah itu besar, walau hilang seorang dua teman, Dia gantikan aku dengan nikmat persaudaraan Islam yang tiada batasan. Terima kasih Allah, terima kasih..:) Semoga aku jadi lebih baik.. Amin... :)


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
26hb Jun 2010
Shah ALam


Khamis, 29 April 2010

Diari - Old School..



Salam semua,

Hari ini, DYMM Sultan Selangor berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin Jalan Kota Raja, Klang. Dulu, saya pernah belajar di sekolah ini. Pada waktu itu, sekolah ini terletak di Kg Jawa Klang, tetapi dipindahkan ke Jalan Kota Raja sekitar tahun 2002. Pernah saya menulis satu entri berkenaan sekolah lama saya ini, sewaktu saya menyertai bengkel peraturan yang dibuat di sekolah ini pada tahun 2009. Alhamdulillah, hari ini, terpahat sejarah baru untuk sekolah ini, apabila dirasmikan pembukaan nama barunya oleh Tuanku Sultan sendiri. Dulu, namanya Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamudin, Kg Jawa Klang. Setelah berpindah, namanya bertukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamudin,Jalan Kota Raja Klang sahaja. Kini, nama yang dirasmikan adalah Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamudin, Jalan Kota Raja, Klang. Antara lain, titah DYMM Tuanku semasa perasmian adalah seperti berikut:-

Beta amat gembira kerana pada pagi yang berbahagia ini Beta berpeluang merasmikan sebuah Sekolah Menengah Agama Tinggi yang telah menzahirkan hasrat dan menjunjung cita-cita nenda Beta iaitu Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Suleiman Shah, Sultan Selangor yang ke tujuh, yang mahukan pendidikan agama Islam diperkembangkan dan institusi pengajian tinggi Islam ditubuhkan bagi keperluan pendidikan masyarakat Islam di negara ini. Beta percaya sekolah ini akan mengeluarkan pelajar-pelajar aliran agama Islam yang berdedikasi dan berhemah tinggi bagi memartabatkan lagi agama Islam dan Beta juga percaya pelajar-pelajar lepasan sekolah ini kelak akan memenuhi permintaan Institusi Pengajian Tinggi Islam yang terdapat di negara ini.


Beta percaya, melalui pendidikan Islam yang kukuh, ianya akan mampu melahirkan generasi Islam yang teguh aqidahnya, benar ibadahnya dan sejahtera akhlaknya. Mereka inilah nanti yang akan memimpin dan membentuk sebuah masyarakat yang beridentitikan Islam. Masyarakat sebeginilah yang akan dapat memajukan Negeri Selangor, bukan sekadar maju pada nilai materialnya tetapi juga maju dari segi rohani dan jasmani serta nilai kemanusiaannya.


Sekolah merupakan institusi terbaik bagi melahirkan modal insan yang berakhlak. Oleh hal yang demikian sekolah perlu menjadi pusat bagi menghasilkan insan yang terbaik untuk dimanfaatkan oleh ummah. Golongan guru disekolah-sekolah perlu menyumbang ilmu dan pengalaman mereka untuk mengajar, mendidik dan membimbing murid-murid menjadi Muslim yang berakhlak mulia. Dengan menguasai Al Quran dan memahami Solat, ianya akan menjadi benteng yang paling kukuh dalam mengharungi cabaran hidup remaja. Beta berpandangan bahawa untuk menjadi masyarakat Islam yang maju, seseorang itu hendaklah menguasai ilmu duniawi dan ilmu akhirat secara seimbang.

Akhirnya, Beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada JAIS yang terus menjayakan usaha meningkatkan kualiti Pendidikan Islam di Negeri Selangor. Beta akan terus menyokong segala usaha menjadikan Selangor sebagai model pelaksanaan Pendidikan Islam di Malaysia. Sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini, Beta mengharapkan agar Agama Islam dipelihara dan dipertingkatkan dari segi dasar dan pelaksanaan. Beta berkenan untuk melihat Islam menjadi amalan bagi masyarakat Islam di negeri ini. Ini sesuai dengan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Beta percaya ianya bermula dengan pendidikan yang dilaksanakan di semua sekolah di bawah seliaan JAIS.


Beliau turut bertitah mengenai penyalahgunaan masjid-masjid sebagai gelanggang politik dan mengharapkan masjid tidak disalahgunakan.


Alhamdulillah.. walaupun saya tiada bersama sewaktu perasmian tersebut ( saya ada menerima kad jemputan, tetapi tak dapat hadir) namun, jauh di sudut hati, saya tetap berbangga menjadi sebahagian daripada pelajar sekolah tersebut. Banyak kenangan indah yang saya lakar sewaktu menuntut ilmu di sana. Belajar dan mendapatkan ilmu daripada ustaz dan ustazah yang kebanyakannya lepasan Al-Azhar, (SRP, SRA dan SPM) berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan, mempelajari banyak benda baru untuk pertama kalinya dalam hidup (belajar main pingpong, join kadet bomba, belajar berkawad, kawad senyap, persembahan pentas, nasyid, dikir barat, lakonan, pentomin, main kompang, etc. Hish ! Banyak sangat kenangan tu!)


Insyaallah, ilmu yang saya dapat, saya akan cuba amalkan hingga ke akhir hayat saya.Terima kasih pada guru-guru yang mengajarkan saya ilmu dengan ikhlas, hingga saya boleh berada di tempat saya sekarang, untuk berkhidmat semula kepada cucunda DYMM Sultan Hisamuddin yang mengasaskan sekolah ini.

Lencana my old school..


"Kenangan Terindah"

Nurhani

Shah ALam