Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label Idea Mencurah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idea Mencurah. Papar semua catatan

Sabtu, 6 Ogos 2011

Renung Sejenak : "Ramadhan, I love you.."

Assalam semua,

Wah! Sangat cepat Ramadhan berlalu. Dah hari keenam. Aku rasa, Ramadhan kali ni paling best, sebab hari-hari aku sangat sibuk hingga tiada masa nak mengumpat!! Hahahahahha..!! (Sorry kalau sapa-sapa terasa ek??:P) Ampun!!!


Mana taknya..Kalau hari-hari bekerja, aku akan bangun sahur jam 5 (*atau lebih awal sebab nak memasak or panaskan makanan), mandi dan solat Subuh, tadarus Al-Quran, masuk pejabat sebelum jam 8 pagi, balik selepas jam 5 petang (biasanya 6 petang), masak makanan berbuka puasa dengan Rini dan Anom.. Then, ada beberapa minit lagi nak berbuka, duduk lepak-lepak jap, or else, mandi, then terus berbuka. Lepas berbuka, solat Maghrib, then tadarus lagi, then jam 8.40 aku siap-siap nak ke masjid untuk solat Isyak dan tarawih berjemaah. Balik rumah, aku boleh ambil kerja-kerja yang aku bawak dari pejabat, lepak depan TV sambil buat kerja. Pukul 12 barulah aku tidur. Penuh kan?


(*Macam tak percaya aku boleh bangun awal untuk masak nasi goreng untuk sahur..:P)

Cuma, aku rasa lebih seronok sebab maybe aku masak sendiri masakan untuk berbuka time aku di Kajang. Serasa hilang stress aku bekerja seharian kat pejabat. Tak pernah aku buat kerja tu sebelum ni. Memang buang tebiat.. Hahahhha.. Tak caya tanya Nora.. hehehehhe.. Padanlah Ana suka memasak, sebab feel selepas memasak memang best..:) Walaupun melekat bau bawang, minyak, cili kat baju. Paling rasa feel memasak tu, bila nampak asap dapur berkepul-kepul kat ruang tamu umah macam citer I Dream of Jeannie. Tapi tak ada jin yang keluar. Aku dan Rini yang kena keluar sebab terbatuk-batuk sedut asap tu. Hahahahha... Tak bley blah!

Anyway, ada 24 hari lagi untuk kita puasa. Cepat sangat Ramadhan ni. Aku suka sangat Ramadhan. Sebab apa yang orang berpuasa buat, semua Allah gandakan pahalanya. Bayangkan bermula dari kita bangkit bersahur, sehingga kita tidur, dan semua amalan kita digandakan pahalanya, kemudian diterima sepenuhnya oleh Allah kerana tiada kecacatan disebabkan sifat-sifat mazmumah (buruk) yang kita buat. Tentu cepat penuh tabung amalan kita bukan? Sifat mazmumah paling biasa kita buat, mengumpat. Itu memang paling senang dan paling best dibuat secara berjemaah, especially di pejabat. So, elakkan lah. Rugi beb! Penat tahan tak makan, tak minum, tak korek hidung, tapi pensyariatan sebenar Ramadhan sebenarnya adalah supaya kita menjadi insan yang bertaqwa seperti maksud ayat:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Artinya:
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaiman telah diwajibkan kepada umat sebelummu agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah : 183)

Bagaimana puasa menjadikan kita bertaqwa? Memang tak mudah untuk mencapai darjat mukmin bertaqwa, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. Antaranya adalah dengan menahan diri dari semua perkara yang membatalkan puasa dan juga sifat-sifat mazmumah, terutamanya qaul azzur (kata-kata keji). Lebih baik kita baca al-quran banyak-banyak, daripada kita mengumpat banyak-banyak yang kesannya mengalirkan pahala kita pada orang yang diumpat.

 Allah berfirman yang bermaksud: 
"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Satu lagi, kenapa aku suka Ramadhan. Sebab, dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan ada bonus yang ditawarkan. Iaitu malam lailatulqadar. Bonus 1000 bulan. Tak ada walau satu syarikat konglomerat yang terkaya dalam dunia pernah offer bonus macam ni. Hanya Allah sahaja yang berani offer, bukan untuk kemewahan dunia, tetapi kemewahan akhirat. Itu yang sepatutnya kita rebut, bukan bonus sebulan dua yang kita peroleh dalam dunia.

So, jomlah kita sama-sama rebut bonus dan ganjaran yang Allah janjikan dalam bulan ini. Bukan berebut bercakap pasal keburukan orang lain, supaya kita mendapat rahmat, maghfirah dan kebebasan dari api neraka. Itulah kejayaan sebenar yang dicari, bebas dari neraka jahannam dan beroleh keampunan dan rahmat dari Allah.

 
Panjang sangat tazkirah aku hari ni.. hehehe.. Pesanan untuk diri sendiri dan kaum kerabat serta teman-teman. Cintai Ramadhan untuk kita lebih mencintai Allah. Isikan dengan ibadah dan keikhlasan yang berterusan. Ada 24 hari lagi untuk kita limpahkan tabung amalan kita dengan ganjaran yang Allahh janjikan. Mudah-mudahan kita berjaya. Amin..

"I love Ramadhan"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 21 Disember 2010

Rileks Sekejap : Hantu Kak Limah Balik Rumah

 
 Assalam,

Korang dah tengok citer Hantu Mak Limah Balik Rumah? Aku sebenarnya tak suka sangat tengok citer Melayu. Aku lebih suka tengok citer omputih.(Sebab tu hidung aku mancung sangat dan kulit aku putih  melepak! :P). Tapi, sebab ramai kawan-kawan aku kata citer tu best, sampai ada yang bagi 5.1 bintang daripada 5, (melampau kot!), so, semalam aku luangkan masa sekejap menonton filem tu dengan kawan-kawan.

Waktu kami sampai, tayangan dah bermula. Kami sampai lewat 10 minit kerana hujan lebat menyebabkan aku lebih berhati-hati ketika memandu (Owh! Ya kah??). Lagipun, aku perlu memikirkan keselamatan dan masa depan kami berempat yang masih BUJANG. Seboleh-bolehnya, kami TAK NAK terlibat dengan kemalangan. Kami berikrar mau BERSANDING dengan wajah kami yang cantik dan ASLI!! Haish!! Apa kaitan?
 Serammmm...
 
 Part yang kelakar dalam filem ni.
Boleh tahan jugak filem ni. Kelakar seram. Boleh la mereleasekan mental yang tension. Aku bagi 3.5 bintang ajer daripada 5. Aku rasa,Ngangkung dan Rapunzel lagi best, that's why aku bagi 5. Korang macam mana? :D

"Sajer"
Nurhani
Shah ALam

Khamis, 4 November 2010

Renung Sejenak : Teman Setia Sepanjang Hayat



Salam semua,

Hari ini aku bercuti, sebab esok nak raya, nak baling kelapa... Ahahaha...:D. Semalam aku merempit tak hengat dari opis, sebab nak elak balik malam. Tapi Allah punya kuasa, aku sampai umah, malam jugak, lebih kurang jam 8.30. Oleh kerana aku kuar opis pun dah lewat, dalam pukul 6.50pm, then aku singgah solat Maghrib kat masjid Kg Puncak Alam, akhirnya, aku terpaksa jugak merentasi jalan Ijok - Berjuntai Bestari - Kg Raja - Tg Karang yang gelap pekat bersendirian. Walaupun baru jer lepas Maghrib, tapi suasana dah gelap gelita sebab tak ada lampu jalan. Mula-mula aku layan lagu-lagu rock kapak, then aku rasa 'kurang selamat' pulak dengar lagu macam tu, terus aku on CD Maher Zain aku... Huwa huwa... Penakut tahap Gaban kot!! Then, apalagi.. Aku speed la.. Naik keta enjin 2.0 VTEC, aku pun berdesup jerr...

"Mesti mak risau ni, sebab aku belum sampai." getus hati aku.

Tepat jangkaanku. 2 miskol mak kat hp aku. Aku terus kol mak. Mak bagitau, adik aku, Uda, yang dari Shah Alam pun dah sampai. Aku update lokasi kat mak dan teruskan perjalanan. Kali ini lebih laju, sebab suara mak bagi aku semangat untuk jadi lebih berani. Ahhahaaa.. boleh macam tu?

Masa aku lalu jalan paling gelap dalam dunia (dari Unisel ke arah Tg Karang), adik aku plak kol, tanya dah sampai mana. Dia kata 'hati-hati'. Hehehe.. Cam tau-tau jer aku seram-seram kuku lalu kat situ sensorang..:) Walhal dah berpuluh taun aku lalu jalan yang sama. Dah la kat kampung aku ada orang baru jer meninggal pagi tu... Hiii.. Seram!!

Tapi bila sampai umah, aku rasa semua perasaan seram, takut, cuak, nervous, etc etc tu, hilang serta-merta, bila lihat muka orang-orang yang aku sayang. Mak, Abah, kakak, abang, adik-adik.. Patutlah Allah anugerahkan Khadijah sebagai pelengkap kepada Rasulullah SAW. Untuk menemani dan menenangkan Baginda saat Baginda perlukan teman. Teringat aku saat-saat semasa Nabi bertemu Jibril dan menerima wahyu pertama Baginda. Baginda menggeletar, pucat lesi wajah Baginda dan menggigil tubuh Baginda. Langsung Baginda balik ke rumah, dan Nabi ditenangkan oleh Khadijah. Khadijah juga yang mula-mula beriman dengan Nabi dan menjadi teman untuk Nabi berkongsi kepayahan berdakwah kepada ummah. Walaupun Nabi berkahwin lain selepas kematian Khadijah, namun, Baginda masih tidak dapat melupakan jasa dan pengorbanan Khadijah membantunya di sepanjang 23 tahun tempoh dakwahnya.

Bagi aku, kita juga manusia biasa seperti Nabi. Sentiasa diuji Allah. Kadangkala kita mampu bertahan menghadapi ujian itu bersendirian. Kadangkala kita perlukan sokongan dan bantuan teman-teman dan keluarga. Acapkali kita berazam untuk melakukan sesuatu, dan acapkali juga pendirian kita berubah. Semuanya kerana motivasi diri yang sentiasa pasang surut. Kat ofis pun sama. Setiap hari sebelum pergi kerja, aku berazam nak jadi pekerja yang baik, tapi kat ofis banyak betul ujiannya. Ujian mental dan emosi. Ini budak ofis aku jer yang tau..hehe..:).

Tapi, kita perlu berhati-hati, kerana tak semua teman pembimbing membantu kita untuk jadi manusia lebih baik. Kes-kes lari dari rumah, penzinaan, buang bayi puncanya kerana teman pembimbing yang membimbing ke arah yang lebih buruk. Pengalaman sehari aku di Henry Gurney baru-baru ni, membuktikan bahawa remaja kita terdedah dengan segala macam maksiat dan jenayah disebabkan pengaruh kawan. Sorang pelatih yang duduk sebelah aku disabitkan atas 7 pendakwaan jenayah menyamun. Dia disabitkan melalui identification parade (kawat cam). 7 report polis, 7 orang yang buat report mengecam dan mengesahkan dia adalah orang yang menyamun. Bila aku tanya puncanya, dia bagitau dia ambil dadah sebab terpengaruh dengan kawan. Bila dah ketagih dan tak ada duit nak beli dadah, dia menyamun pulak. Yang sorang lagi pecah masuk sekolah. Sebab ikut kawan. Sorang lagi curi duit dalam mesin slot kat Genting Highlands. Jumlahnya RM22,000-00, tapi dia bukan dapat semua pun. Dia dapat RM2,000 jerr..Pastu kena meringkuk dalam Henry Gurney. Nasib baik tak masuk penjara sebab bawah 21 tahun. RM20,000-00 kawan dia dapat. Sebab percaya kawan, masa depan mereka musnah. Ada jugak yang mengaku, dah merogol 9 orang anak gadis sebelum tertangkap. Nauzubillah..

Menurut soal siasat yang aku buat, mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan 'pembimbing' daripada keluarga yang 'mencegah', itu tak boleh, ini tak boleh. Ada juga keluarga yang jenis 'melantak', maknanya, 'lantaklah ko nak buat apa pun'. Jadi jiwa budak-budak remaja yang nak bebas dan tidak suka disekat ni pun memberontak. Tambah teruk lagi bila tidak diisi dengan ilmu agama dan sandaran iman yang kukuh. Bila bersama kawan-kawan, mereka bebas buat apa saja. Tak ada orang nak ingatkan atau larang. Memang la best! Dunia ini, ana yang punya!!

So, kalau nak cari kawan, carilah yang boleh bimbing dan sokong kita menjadi lebih baik, lebih tenang, lebih maju, lebih berilmu, dan lebih berani menempuh ujian yang Allah beri. Bukan semakin jauh dari Allah, semakin sesat. Macam mana kalau tak ada orang nak berkawan dengan kita? Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dianugerahkan KalamNya yang mulia, Al-Quran yang mulia, mukjizat Nabi tercinta, untuk menemani kita saat-saat kita takut, sedih, luka, duka, pilu. Ianya teman terbaik dan paling setia menemani kita saat kita perlukan teman. Tak pernah sekalipun dia menolak bila kita memerlukannya, menyentuhnya, mendakapnya, mengucupnya dan cuba memahaminya. Tak pernah dia memaki, menista, memfitnah, bercakap buruk pasal kita, membuat cerita palsu mengenai kita. Sebaliknya dia beri kita satu ketenangan hati dan jiwa saat bibir kita melagukan bait-bait syair cinta yang Allah utuskan untuk kekasihNya Muhammad SAW. Aku menggelarkannya "Teman Setia Sepanjang Hayat" untuk semua orang. Ianya mengingatkan aku kepada Penciptaku, dan Kekasih Penciptaku. Ianya membuat aku menelusuri dan mengimbau sejarah Kekasih Allah Adam, Musa, Isa, Soleh, Lut, Hud, Yusuf, Ayyub a'laihimussalam yang diuji dengan 1001 macam ujian yang maha hebat, lebih hebat dari kita semua. Ianya membuatkan aku bersyukur dengan nikmat yang Allah beri, dan membuat aku merasa kecil dan lemah di hadapan Penciptaku.

Moral of the story, setiap orang perlu ada teman setia untuk merasa lebih yakin diri dan menempuh kehidupan seharian. Tentu kita gembira dan suka kalau dapat meluangkan masa dengan teman setia yang sebegini bukan? Masa bersama teman seperti ini serasa sebentar, walhal dah berjam-jam kita meluangkan masa bersamanya. Lalu, adilkah kita kalau kita tak luangkan masa langsung untuk "Teman Setia Sepanjang Hayat" iaitu Al-Quran? Bukan lama, sekejap aja pun tak mengapa. 5 minit sehari? Mungkin baik untuk permulaan. :) Kata orang tua-tua ," Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

Jom spendkan masa bersama teman setia ini sekurang-kurangnya selembar sehari untuk merasa yakin diri dan semakin dekat dengan Allah. Lebih elok dibuat di awal pagi supaya kehidupan kita sentiasa dibimbing oleh Allah. Mudah-mudahan hidup kita diberkati. Amin.

"Al : Quran: Teman Setia Sepanjang Hayat"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Selasa, 2 November 2010

Diari :Grrr..Grrr..

Salam,

Tadi aku gi joging dengan Shikin, then sampai umah kami wat sit up 30 kali.. Sebab aku tak puas hati, masa aku gi gathering kat Tasik Shah Alam last wik, ada sorang budak pompuan turun berat badan 3.2kg dalam masa seminggu! Aku punyalah kontrol makan (yer ker?? :D) baru turun 8kg. Rahsianya? Pagi dan malam dia minum shake, tengahari makan bihun sup, or apa-apa yang berasaskan sup. Petang eksesais selama 40 minit. Then beliau minum air bergelen-gelen. Perghh!!! Padan la turun cepat!! Aku pun cuba kaedah tersebut. Pagi shake, tengahari makan bakso, malam shake.

Sekarang dah hampir kol 12 malam, tapi aku lom tido lagi.. Tunggu pompuan Jepun aku habis cuci baju aku. Lambat pulak rasanya.. Sok nak balik kampung, so bakul baju wajib kosong..:P. Balik Raya.. Deepa raya, aku pun mau balik jugak!!

"Grrrr.." "Grrr.."

Uiks! Bunyi apa tu?? Takkan Shikin kot? Dia dah tidur.. Nora balik kampung.. Habis?? Seram jugak aku dok sorang-sorang kat depan ni. Dah la ada insiden ngeri berlaku kat aku 3 hari lepas yang membuatkan aku susah nak tidur malam.

"Grrrr.." "Grrrr.."

Makin kuat pulak bunyinyerr.. Seram pulak aku. Aku beranikan diri. Jenguk ke dapur. Tak ada apa-apa. Dalam peti ais? Zero.. Bilik mandi?? Tak ada jugak! Mana momok tu?

"Grrrr.." "Grrrr.."

Ek eleh!! Perut aku rupanya!!!:P

*Moral of the story, jangan tido lewat sangat, nanti lapar. Nasib baik kat umah ni, memang tak ada menda nak dikudap. Kalau tak, selamat!!!

Jangan usik emosi aku Bro!

Aku ingat aku jer lapar, rupanya ada sekampung Imam yang lapar..:P

"Sajer"
Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 29 Oktober 2010

Renung Sejenak : Aku Dah Kahwin Sekarang..

Salam,

Aku tak tau nak tulis apa. Laptop aku masuk bengkel. 3 hari baru dapat balik. Jadi, aku terpaksa pinjam Nowa punya. So, tak leh pikir lama-lama. Jadi, aku decided, aku share lah dengan korang, cerita ni, yang aku dapat dalam FB... Hayatinya..

Aku Dah Kawin Sekarang..

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..

Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.

Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..

Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.

Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!

Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..

Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!

So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!

Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??

Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.

Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!

Aku buntu..

Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..

Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!


1 Julai 2007,

Buat suami yang baru kupunya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ku juga benar-benar cinta padamu,

Dan kumenangis bila dirimu melamarku,


Buat suamiku yang baru kupunya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru kupunya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..

Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang? 4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.

Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”

Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.. Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..

Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..

"Hargai Pasangan Anda"

Nurhani

Shah Alam

Selasa, 26 Oktober 2010

Rileks Sekejap: Sotong...

Salam semua,

Tadi, aku tengok Buletin Utama. Disahkan kematian Paul The Octopus, yang terkenal selepas berjaya 'meramal' keputusan Piala Dunia 2010, termasuk keputusan akhir, Spain kalahkan Belanda 1-0. Paul ditemui mati dalam akuariumnya.

Moral of the story, walaupun Paul berbakat meramal keputusan Piala Dunia, beliau still tak dapat ramal kematiannya. Kerana Allah sahaja yang tau. Jadi, kenapa nak percaya makhluk lain? Allah Maha Mengetahui.

Tapi, aku dengar, Paul dah ada pengganti. Sotong lain pulak! Maknanya, syaitan memang tak akan berhenti menggoda dan memujuk manusia supaya terus syirik kepada Allah. Tugas syaitan ini akan berterusan sehingga hari kiamat.

Anyway, sebagai memperingati pemergian Paul, aku mengisytiharkan hari ni aku tak makan sotong.. Paul, may u rest in peace..:P (hahaha.. tak ada kaitan kot!).

"Allah Maha Kuasa, Makhluk Tak Ada Kuasa"

Nurhani

Shah Alam

Selasa, 27 April 2010

Diari - Nak murah rezeki?


Salam semua,

Tadi, sewaktu di surau untuk solat Zohor, seorang kakitangan sepejabat bertanya dengan saya,

"Kak, apa yer nak buat untuk murah rezeki?"

"Hehehhe.. Nampak Kak hani macam murah rezeki ke? Hahah.. Ermmm.. macam-macam boleh buat.." jawab saya. "Buat baik lah! Yang penting ikhlas," jawab saya ringkas.

"Ok tak kalau saya cuma buat solat hajat dan solat dhuha aje?" tanyanya lagi.

"Ok la tu. Tapi banyak juga cara lain," jawab saya.

"Kak Hani buat apa biasanya? Tak ada ke ayat-ayat nak amal?" tanyanya lagi.

"Selalu orang kata, ayat 1000 dinar tu, ayat murah rezeki. Elok juga awak amalkan.." jawab saya.

"Ha ah yerr.. Betul jugak. Selain tu kak?" tanyanya lagi.

"Hmmm.. ntahla..pada Kak Hani, kalau kita buat 1 kebajikan, Allah akan balas 10 kali ganda. Contohnya baru ni, Kak Hani ada belanja kawan-kawan makan, lebih kurang 25 ringgit jer. Esoknya gi ofis, ada pulang orang bayar hutang RM250. Dulu pun pernah Kak Hani bagi sumbangan kat satu rumah kebajikan. After that, MAIS bagi bonus 2 bulan. Dapat 10 kali ganda dari derma yang Kak Hani bagi. Tak sangka pun. Itu ada dalam hadis. U boleh test la, dapat tak 10 kali kebaikan tu," jelas saya.

"Owh! Kena kira macam tu ke? Memang konfem ke dapat 10 kebajikan tu akak? Macam mana nak kira kebaikan tu?"tanyanya lagi.

"Kebaikan yang kita dapat tu, tak semestinya dalam bentuk wang tunai. Mungkin dalam bentuk nikmat kesihatan, kelapangan, dipermudah urusan, ketenangan hati, dll," jawab saya.

"Owhhh.. Selain tu kak?" tanyanya lagi.

"Kalau Kak Hani, biasanya, lepas solat, Kak Hani akan sujud syukur. Terima kasih kat Allah. Tak terbalas nikmatnya kat Kak Hani. Sebab time sujud lah kita paling dekat dengan Dia. Kalau ada kekuatan, biasakan bangun malam, buat solat hajat, lebih baik," jawab saya.

"Pastu, Kak Hani suka amal baca surah Fatihah banyak-banyak. Tak kisah la kat mana pun. Contohnya kalau naik tangga dari Basement ke Tingkat 10, Kak Hani sambil zikir atau baca fatihah banyak-banyak. Masa naik lif kat umah dan pejabat. Minta Allah hidayahkan jalan yang diredhai. Itu la Kak Hani amal. baru-baru ni pun, sebenarnya Kak Hani mengalami satu ujian 'kejatuhan' yang teramat lah hebat. Bukan senang nak overcome rasa sakit jatuh tu. Jadi Kak Hani sentiasa baca Fatihah. Sekali tu, kawan Kak Hani hilang kat airport, sepanjang ke KLIA kak hani baca surah tu, dan sedekahkan pada dia. Bayangkan mana nak cari dia kat KLIA yang luas tu. Tapi, Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, Kak Hani dapat jumpa dia, walau orang lain cari tak jumpa. Time tu, memang rasa Allah tu ada dalam ni (hati). Sejak tu, Kak Hani lebih mengamal surah tu, sebab nak rasa Allah tu sentiasa ada kat hati ni, walau masa susah, walau masa senang. Bukan masa senang aje ingat Allah. Dalam Quran pun ada kata, orang-orang beriman itu, adalah yang mengingati Allah semasa susah dan senang," jelas saya panjang lebar.

"Zikir apa akak amal?" tanyanya lagi.

"Apa-apa jer dik. Yang mudah-mudah aje. Subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, allahu akbar pun ok. Yang penting kita ingat dia. Satu lagi, amalkan baca surah al-waqiah, al-mulk dan as-sajadah. Itu ayah kak Hani selalu pesan, suruh hafal surah-surah ni." Jelas saya lagi.

"Selalu la akak baca surah-surah tu?" tanyanya berminat.

"Akak biasakan baca time start enjin kereta, nak panaskan enjin, baca la Quran sambil-sambil tu. Tak la buang masa," jawab saya.

"Yang penting, kita ada niat nak buat kebajikan dan memperbaiki diri. Insyaallah, Allah akan bantu dan mempermudah urusan kita. Dan satu lagi, buatlah dengan ikhlas," jawab saya mengakhiri perbualan ringkas tersebut.

Pada saya, selagi kita berusaha dan berdoa, Allah mengetahui, tetapi kita tidak tahu bila doa kita akan dimakbulkan. Selagi kita ikhlas membantu agama Allah, Allah akan mempermudah urusan kita. Selagi kita ikhlas berbuat ibadah untuk mendapat keredhaanNya, Allah akan merahmati kita. Selagi kita ikhlas memohon belas dariNya dan redha dengan ujianNya, Allah pasti menyayangi kita dan sentiasa memenuhi permintaan kita. Yang penting, buatlah sebanyak mana kebaikan dan kebajikan selagi termampu. Usaha yang disusuli dengan doa dan tawakal kepadaNya, insyaallah, jika kita benar-benar ikhlas, tentu Allah tidak akan menolak permintaan kita. Semoga kita sentiasa ikhlas dalam urusan kehidupan kita.

Kesimpulan daripada semuanya, teruskan berdoa. Teruska membuat kebajikan, dan jangan lupa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Allah berfirman, barangsiapa bersyukur atas nikmatKu, akan aku tambahkan nikmatnya, dan barangsiapa kufur dengan nikmatKu, sesungguhnya azabku amat-amat pedih... Oleh itu, ayuh jadikan doa sebagai amalan kita. Doa, anugerah yang Allah beri pada kita. Mohonlah kepadaNya semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan rezeki yang halal. Aminnn..


"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Shah ALam

Isnin, 8 Mac 2010

Diari - ".Masuk Islam?"


Salam semua,

Seharian saya menghadiri perbincangan demi perbincangan di pejabat. Pada sebelah pagi, saya dihadiri oleh seorang pegawai kanan di JAKIM untuk berbincang mengenai isu pemelukan Islam salah seorang daripada pasangan suami isteri yang bukan beragama Islam. Antara lain, pihak JAKIM mencadangkan supaya MAIS dapat memberikan bantuan dan panduan yang terbaik kepada saudara baru yang memeluk Islam. Ini untuk memastikan mereka selesa dan suka kepada sekaligus menguatkan kepercayaan mereka dan akidah mereka. Pada jam lebih kurang 12 tengahari, perbincangan selesai. Sebelum waktu rehat, sempat juga saya mengeluarkan satu notis untuk mengusir penceroboh yang menceroboh tanah MAIS. Saya memberi masa 24 jam untuk 'penceroboh' berkenaan keluar dari tanah MAIS, atau tindakan undang-undang akan diambil.

Petang tadi saya mengadakan perbincangan dengan YAD Dato' Adzib untuk meng'update' keputusan mesyuarat yang saya hadiri bagi pihak MAIS pada hari Jumaat minggu lepas. Selesai perbincangan dengan YAD Dato', lebih kurang jam 4.40 pm, saya dan Shakirah bergegas ke bilik Ketua Akauntan MAIS, Puan Norzaihan, untuk membincangkan mengenai draf Peraturan-Peraturan Zakat Fitrah (Negeri Selangor) 2010 yang hampir selesai, hanya beberapa peruntukan yang perlu diperhalusi, sebelum Peraturan tersebut diwartakan. Sempat juga saya membuat follow up jumlah peserta yang bakal hadir untuk Program Ceramah Multi Media yang disampaikan oleh sahabat saya Ustaz Amin pada hari Khamis, 11 Mac 2010 bermula jam 9 pagi - 11.30 pagi. Semua pengunjung blog ini turut dijemput hadir dan sila hebahkan pada yang lain.. :)

Disebabkan kebanyakan Ketua-Ketua Bahagian di MAIS masing-masing sibuk dengan tugasan, masa untuk bersembang sangat terhad. Bila ada peluang bersembang, memang macam-macam cerita yang dikongsi. Lagipun, jam dah menunjukkan pukul 6 pm. Dah lepas waktu pejabat pun. Usai perbincangan dengan Ketua Akauntan MAIS, saya bersembang dengan beliau:-

"Semasa saya kerja di bank **** dulu, saya selalu terfikir, saya ni nanti, masuk syurga ker, neraka.. Sebab dah terang-terang duit gaji saya ada duit riba.. Betul Hani.. Saya rasa serba salah.. Dah la tak bayar zakat.. Rasa tak senang hati ni," luah Puan Zaihan pada saya.

"Yer ker Puan? Habis tu Puan buat apa?" tanya saya.

"Sekali tu, ada meeting, saya duduk sebelah senior manager saya, saya pun cakap dengan dia, "saya ni encik, kalau saya mati nanti, tak tau la masuk syurga ker neraka, sebab makan duit riba, dan tak bayar zakat,"ceritanya pada saya.

"Habis tu, apa jawabnya?" tanya saya ingin tahu.

"Dia boleh tanya saya balik, "kita ni, kena bayar zakat ker?" Terkejut saya Hani bila dia tanya macam tu.. sebab kawan saya kerja di Public Bank, owner dia bukan Islam, bila kawan saya suggest untuk bayar zakat, owner tu jawab," do whatever you should do," tak ada pulak dia tanya kenapa kena bayar zakat atau tidak," panjang jawapan Puan Zaihan.

"Hmmm.. tu yang Puan kerja kat MAIS tu?" saya mengagak.

"Antaranya, tapi sebelum saya tinggalkan bank tu untuk terima tawaran MAIS, saya rasa puas hati sangat sebab saya dapat betulkan balik sistem perbankan kat bank tu, betul-betul follow islamic banking, bukan konvensional," tambahnya lagi.

"Macam mana Puan buat?" saya bertanya lagi.

"Saya contact kawan-kawan saya tanya, last-last ada sorang member ni kata, ada sorang budak junior kitorang (budak UIA) nama Zaki, dari Hong Leong Bank boleh bantu.. Hong Leong ok, bank bukan Islam juga, tapi sistem perbankannya dah 'masuk Islam' daripada bank **** tu," terang Puan Zaihan.

"Senang jer.. dia (Zaki) ajak saya bincangkan macam mana nak buat, dan siap offer untuk bagi taklimat kat board dan managerial staffs untuk adopt Islamic banking system dalam bank tu.. Free of Charge jer Hani.. (semoga Allah merahmatinya).. Alhamdulilah, board terima, dan saya sendiri minta disetkan KPI (Key Performance Indicator) ke atas saya untuk saya selesaikan task tu sebelum saya pergi. Memang susah Hani. Siap tidur kat bank lagi nak siapkan. Tapi, alhamdulillah Hani, akhirnya saya berjaya jugak. Buat test run, sampai boleh guna. Bank tu pun dah bayar zakat sekarang," ujarnya.

"Alhamdulilah.. Baguslah macam tu Puan.. sepatutnya kita semua kena macam tu.. Semua kerja kita kena selaras dengan Islam. Mengaplikasikan Islam dalam kehidupan. Semuanya kena mengikut Islam. Semua pegawai MAIS pun kena ada spirit yang sama, tak kisah department apa. Undang-undang, dakwah, pembangunan hartanah, perancang ekonomi,, audit, baitulmal, wakaf, zakat, faraid, audit dalam, pengurusan, latihan dll, semuanya kena la ikut cara dan dasar Islam, barulah betul," kata saya.

Bayangkan, contohnya, undang-undang, semua kena ikut syariat, tak mengenepikan hukum. Pembangunan hartanah pun sepatutnya mengambil kira dasar pembangunan Islam. Jual kat orang Islam sahaja. Tambahkan umat Islam di certain-certain area yang nilaian hartanya tinggi. Pembangunan ekonomi pun sepatutnya ikut dasar ekonomi Islam, bukan western, atau eastern. Penambahan dana Baitulmal juga wajar menggunakan dasar ekonomi Islam. Pinjaman qardh patut dianjurkan, yang telahpun dimulakan oleh MAIS. Pengurusan pun, mestilah pengurusan Islam, strategik dan berintegriti. Dakwah, secara Islam dan berhikmah. Sekiranya semua aspek disandarkan kepada Islam sebagai cara hidup, jujurnya saya percaya, satu institusi Islam yang perkasa berjaya dibangunkan. Kakitangannya berdisiplin dan telus, tidak ada pecah amanah, kerana kesan iman dan islam yang kukuh di jiwa masing-masing. Islam sebagai cara hidup, menjadi amalan seharian umat Islam di Malaysia, Islam bukan sekadar dipraktikkan sebagai agama 'ritual dan ceremonies" sahaja, bukan untuk istiadat sahaja, tetapi Islamlah cara hidup yang syumul dan sempurna. Manusia bukan sekadar dilahirkan sebagai Islam, atau 'masuk Islam', tetapi hendaklah menghayati Islam. Ini yang Allah SWT maksudkan sebagai 'masuk Islam secara keseluruhannya" di dalam Al-Quran. Saya membayangkan kalau semua orang Islam khususnya kakitangan MAIS mempunyai spirit yang sama dengan Puan Zaihan.. Alangkah seronoknya bekerja!

"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani

Shah Alam

Khamis, 4 Mac 2010

Kelakar - Debat tambah bini



Salam semua,

Saja nak kongsikan dengan semua.

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga ? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, satu is one , dua is two , tiga Isteri (is three ). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang singular dan plural.
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu Singular dua atau lebih Plural.
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular , two cars sebagai plural . Apa bezanya?
Suami : Ohhh tambah huruf s untuk yang plural.
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang.
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU , jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS , tambah s je, kan ?

Hahaha.. Kelakar.. :) Jangan ada yang terasa pulak bila membacanya, sekadar gurauan.. :) Apapun, penemuan di bawah tentu menyebabkan ramai lelaki nak berpoligami:)



"Sajer-sajer"

Hunny

Shah Alam

Khamis, 11 Februari 2010

Diari - Mudah-mudahan Allah panjangkan usia...


Salam semua,

Sejak semalam, bermula jam 9 pagi, saya dan Ketua-Ketua Bahagian di MAIS terlibat di dalam Bengkel menggubal Peraturan bagi anak syarikat MAIS. Tujuan peraturan ini diwujudkan adalah untuk memastikan anak syarikat yang ditubuhkan oleh MAIS sentiasa mematuhi dasar-dasar pentadbiran dan polisi MAIS selaku pihak berkuasa utama di Selangor dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam selepas DYMM Sultan. Ini kerana, pihak MAIS adalah pihak yang berakauntabiliti dalam setiap persoalan berhubung dengan pentadbiran sosio ekonomi umat Islam di Selangor. Ini termasuklah perkara berkaitan pungutan dan agihan zakat, pendaftaran dan perkembangan wakaf, penyewaan tanah-dan premis Baitulmal, pengurusan pusaka tidak berwaris, pendaftaran, penjagaan dan pengajaran muallaf, penguatkuasaan undang-undang jenayah Syariah, pendaftaran nikah, pengurusan masjid-masjid, pembangunan harta umat Islam, dll. Justeru, adalah amat penting bagi setiap anak syarikat MAIS untuk bertindak dalam melaksanakan fungsinya selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh MAIS.

Lebih kurang jam 11.30 tengahari, saya meminta izin untuk menghadiri mesyuarat di Tingkat 9 MAIS bersama Tuan Fouzi, Penolong Penasihat Undang-undang Negeri dan Puan Nurul, seorang peguam dari fima guaman panel MAIS berkenaan dua isu perundangan MAIS. Lebih kurang jam 1.20 kami selesai berbincang. Tuan Fouzi meminta diri untuk pulang.

"Ada kerja lagi ni," katanya.

Saya mengajak Puan Nurul ke pejabat di Tingkat 10 MAIS untuk menyemak beberapa perjanjian dan dokumen perundangan. Saya solat Zohor sementara menantikan beliau menyemak perjanjian dan memberikan komen-komen beliau. Hanya pada jam 2.40 kami selesai berbincang dan perut terasa lapar dan berkeroncong. Disebabkan kantin di bawah tutup (proses pemindahan), kami ke restoran di luar pejabat. Setelah selesai menjamah hidangan, Puan Nurul menghantar saya ke pejabat. Saya menyambung tugasan harian di pejabat sebelum pulang ke rumah pada jam 6pm.

"Letihnya!" getus saya.

Akhirnya saya tertidur disebabkan terlalu letih. Hanya pada jam 7.15 pm, saya terbangun kerana telefon saya berbunyi. "Ya Allah! Dah nak maghrib rupanya," hati saya berkata. Saya bingkas bangun.

"Kak Hani, meh la makan roti tampal (roti canai yang ditampal telur mata kerbau) sama-sama," pelawa Nora yang baru saja tiba di rumah. Lebih kurang jam 9 malam, saya, Nora dan 6 orang kakitangan wanita MAIS bergegas ke Dewan MBSA di seksyen 7 untuk bermain badminton. Seronok rasanya bila dapat mengeluarkan peluh sambil membuat pukulan 'smash'. Lebih kurang jam 11 malam, kami berhenti.

Sampai di rumah, sementara menantikan peluh saya kering, saya membaca beberapa buah majalah yang saya beli semasa Karnival Karangkraf minggu lalu. Akhirnya, hanya pada jam 12.30 saya bangun, membersihkan diri dan solat. Jam menunjukkan pukul 1.30 semasa saya membaca doa untuk tidur beserta tiga 'qul'. Hajat di hati nak melayari web, tapi dah lewat sangat.

Rasanya macam baru jer pukul 9 pagi, dah pukul 1.30 pagi. Keterbatasan waktu yang begitu pantas berlalu, semacam menakutkan. Banyak amalan belum dibuat, banyak tanggungjawab belum selesai, banyak hutang belum dilunas. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita untuk membuat semua perkara itu. Amin..


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
MAIS.

Selasa, 9 Februari 2010

Diari - Wanita Hebat


Salam semua,

Malam semalam saya tidur lewat, lebih kurang jam 1.30 pagi. Walhal, seharian berjalan dengan seorang teman dan kakak dengan anak-anaknya di Jusco Bukit Raja. Malam tadi pun sama. Susah nak melelapkan mata. Seharian hari saya dipenuhi dengan kerja-kerja rutin di pejabat. Pagi saya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf Negeri Selangor sehingga jam 1.30 tengahari. Sebelah petangnya, saya sibuk dengan rutin biasa, perbincangan dengan kakitangan Bahagian dan menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Jam 7 malam, barulah saya bergerak pulang, selepas membuka semua emel-emel Jabatan berkenaan dengan tarikh mesyuarat, pindaan perjanjian-perjanjian dan maklumbalas mesyuarat.

Semasa memandu, perut saya terasa lapar sangat, sampai terasa agak pedih. "Adus!! Laparnya!!!" getus hati saya. Teringat saya pada kupon percuma McDonalds yang saya perolehi semasa Karnival Karangkraf minggu lepas. Saya singgah di McDonalds drive through di Seksyen 3 untuk menukarkan kupon tersebut dengan Filet - O Fish percuma. Alhamdulillah...

Selepas solat Maghrib dan mandi, saya menonton Buletin Utama. Selepas itu, bagai mendapat semangat baru, saya menyelesaikan satu demi satu kerja yang saya bawa pulang. Saya menswitch channel ASTRO kepada channel 851 Sinar. Tak lah boring sangat menyiapkan kerja sambil mendengar radio. Sebelum mula 'bertugas over time' saya memasukkan baju-baju di dalam mesin basuh automatik. "Nanti kalau dah boring membaca, bolehlah menjemur pulak," hati saya berkata.

Lebih kurang jam 10, berhenti seketika untuk solat Isyak. Memang menjadi tabiat saya, kebiasaannya, kalau saya mentelaah, saya akan berehat sebentar lebih kurang 5-10 minit selepas 1 jam membaca untuk melapangkan fikiran. Kemudian saya akan menyambung semula mentelaah dan akan berehat sebentar untuk menjemur kain dan melipat baju. "Nasib baik dah seterika baju semalam, kalau tak mesti lagi letih," hati saya berbicara.

Akhirnya, lebih kurang jam 12 malam, saya selesai menyemak 1 Perjanjian Jual Beli, 2 Perjanjian Kebenaran Menduduki, 1 Peraturan Jawatankuasa Tetap MAIS yang bakal diwartakan dan 1 prosedur kutipan khairat Negeri Selangor. Phew! Memang rasa letih, tapi syukur sebab akhirnya dapat juga ku semak.. Alhamdulillah...

Dan untuk kesekian kalinya, saya memang 'salute' dan tabik hormat kepada para ibu yang berkejaya. Mereka bekerja di sebelah siang, mengasuh anak dan menjaga suami di sebelah malam, nak memasak, mendobi, menggosok baju, mengulangkaji dengan anak-anak, bersembang dengan suami... etc etc... rasanya, 24 jam pun tak mencukupi... Patutlah kata orang, tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia... Ibu-ibu ini, yang dikurniakan sifat kasih sayang dan kesabaran yang tinggi dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, jika betul didikan yang diberi, pastinya anak yang lahir bisa menjadi contoh dan pemimpin yang bagus dalam masyarakat. Betullah juga kata orang, di sisi seorang lelaki yang hebat, ada seorang wanita yang hebat di sisinya... Seorang pemimpin lelaki yang hebat, pasti ditemani seorang wanita yang hebat. Lelaki yang soleh, temannya wanita solehah. Ini kerana, hanya wanita-wanita yang hebat dan solehah berusaha memahami kesibukan suami sebagai ketua keluarga, kewajipan mencari nafkah dan mencurahkan khidmat kepada masyarakat, suami yang terpaksa mengorbankan masa untuk keluarga tercinta demi agama.

Contohnya seorang Menteri. Katalah sehari masa 24 jam, 8 pagi dah kena bergerak ke persidangan. 11 pagi perasmian program. 12.lunch dengan duta. petang. terbang ke tempat lain pulak. malam. dinner bersama menteri. tengah malam. baru nak tengok surat-surat... bila agaknya nak spend masa bersama keluarga?

Hmmm... Saya nanti, bagaimana agaknya? Adakah saya wanita hebat? Waktunya belum sampai.. Hanya saya berdoa semoga mudah-mudahan Allah golongkan saya dalam golongan itu. Aminn...

By the way, tahniah saya ucapkan pada Ustaz Amin atas kelahiran cahayamata yang keempat. Semoga jadi anak soleh :)

"Aku wanita"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 4 Februari 2010

Renung Sejenak - Isu Nama Allah : Persoalan Aqidah, bukan perebutan nama.


Salam semua,

Saya masih merasakan keperluan untuk terus menyebarkan maklumat mengenai keperluan mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh Herald. Saya menemui penulisan ini yang diemelkan oleh seorang rakan di Facebook saya. Suka untuk saya kongsikan bersama semua yang mengunjungi blog ini.


Isu Nama Allah: Persoalan Aqidah Bukan Perebutan Nama
Isu Herald Tribune telah mengundang reaksi pelbagai pihak sejak awal tahun ini. Setelah Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan nama Allah oleh surat khabar tersebut, Dewan Ulama Pas (Harakah, 1 Januari 2008) menyatakan Islam tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimat Allah bagi Tuhan mereka. Sebagai reaksi saya juga telah membahas isu ini dalam artikel yang diterbitkan dalam laman web khairaummah.com pada 20 Januari 2008 dengan harapan ia dapat membantu umat Islam di negara ini memahami persoalan yang sebenar. Namun isu ini ternyata menjadi hangat kembali apabila Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin, menulis dalam Mingguan Malaysia pada 27 April 2008 bahawa Umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Qur’an pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah. Mufti juga menegaskan bahawa yang menjadi permasalahan adalah bukan nama Tuhan tetapi kesyirikan penganutnya. Saya terpanggil untuk memberi tanggapan kerana hal ini akan mengundang kekeliruan jika tidak diperjelaskan dengan tuntas.

Yang paling penting kita perlu jelas bahawa nama Allah telah menjadi nama khas bagi Tuhan umat Islam. Perlu dibezakan antara kalimat Allah dari sudut bahasa yang telah wujud sejak zaman Jahiliyyah dengan kalimat Allah yang telah diIslamkan setelah menjadi istilah atau nama khas. Jika kita perhatikan kalimat tawhid: la ilaha illa Allah. Ia tidak bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan, tetapi tiada tuhan melainkan Allah. Kerana jika ia bermakna tiada tuhan melainkan Tuhan maka tidak ada maknanya seseorang mengucapkan kalimat tawhid itu. Oleh kerana itu sarjana-sarjana Islam tidak bersetuju untuk menggantikan Allah dengan God dalam bahasa Inggeris. Pengislaman nama Allah ini juga jelas apabila kita lihat surah al-Ikhlas, antara surah terpenting dalam al-Qur’an, yang menjelaskan siapakah Allah dan apakah sifat-sifatnya: “Katakanlah: “Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".”(al-Ikhlas: 1-4). Berdasarkan Surah dia atas, sebagai orang Islam kita mesti yakin bahawa yang bernama Allah adalah yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Dalam erti kata lain kita tidak mengakui bahawa yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut juga adalah Allah.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Asri memang masyarakat Jahiliyyah menggunakan nama Allah, tetapi nama Allah di situ digunakan dari sudut bahasa sahaja dan sebelum perkataan itu diIslamisasikan. Ia kemudian menjadi nama khusus yang merujuk kepada sifat-sifat di atas. Kata-kata solat, contohnya, dari segi bahasa adalah doa dan telah digunakan oleh orang Arab sejak pra-Islam lagi, ia kemudian menjadi istilah yang merujuk khusus kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu kita tidak boleh mengatakan orang Katolik juga melakukan solat hanya kerana mereka berdoa di gereja.

Umat Islam perlu melihat apa yang berlaku di sebalik persoalan nama Allah ini. Jika kita lihat dengan teliti isu ini dengan isu-isu yang sebelumnya kita akan dapat melihat hubungannya. Contohnya isu pluralisme agama yang giat dipromosikan oleh orang bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri iaitu Islam Liberal. Para pendukung pluralisme agama ini berusaha untuk mendangkalkan makna-makna atau kata kunci dalam agama. Mereka mengatakan bahawa Tuhan dalam agama manapun pada peringkat tertinggi (transcendental) adalah sama. Bagi umat Islam, konsep Tuhan kita jauh berbeza dengan konsep Tuhan dalam agama mana pun. Pendukung pluralisme agama juga menekankan wujudnya persamaan antara agama-agama dan perbezaan perlu diketepikan untuk kebaikan bersama. Padahal bagi kita perbezaan fundamental antara Islam dengan agama lain walaupun sedikit adalah sangat penting dan tidak boleh dipinggirkan. Sebahagian orang bukan Islam bahkan mengaku telah Islam tanpa perlu masuk Islam. Kerana mereka merasa telah ‘berserah diri’ kepada Tuhan. Di sini mereka merujuk perkataan Islam dari sudut bahasa ialah berserah diri. Jika Allah hanya bermakna Tuhan maka kini mereka akan mendakwa bahawa mereka juga telah beriman kepada Allah. Padahal mereka hanya percaya pada Tuhan.

Contohnya lagi kita tidak boleh menggunakan kata ‘liberal’ untuk makna terbuka kerana ia memberi konotasi yang dalam. Kita pun tidak akan mengatakan bahawa mereka telah memonopoli perkataan liberal. Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah sarjana Islam yang paling tegas dalam hal pemberian nama atau istilah ini. Bagi beliau banyak kekeliruan berpunca daripada penamaan. Contohnya pelajaran berbeza dengan pendidikan dan ta’dib. Istilah moden dan klasik dalam pembahagian sejarah bagi beliau tidak relevan dengan sejarah Islam dan lain-lain lagi.

Sebenarnya tidak ada nas sorih dan qat’i dalam persoalan ini. Nas dan dalil yang dikemukakan oleh Dr. Asri hanya menunjukkan bahawa masyarakat Jahiliyyah telah menggunakan kalimat Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka. Kita perlu melihat ayat-ayat dan hadis-hadis seumpamanya dalam konteks penggunaannya dari sudut bahasa. Dari sudut bahasa Allah bermakna Tuhan. Ayat-ayat tersebut turun ketika Islam mula diperkenalkan sebagai proses berdialog dengan kaum musyrikin. Setelah konsep-konsep penting dalam Islam jelas dan worldview Islam terbentuk maka di sini proses Islamisasi berlaku baik terhadap bahasa, budaya dan pemikiran masyarakat Arab. Oleh kerana itu dengan mendangkalkan makna Allah maka kita telah menafikan proses Islamisasi tersebut dan kembali seolah-olah Islam belum bertapak. Memang kita boleh membuat kesimpulan tidak menjadi masalah orang bukan Islam menggunakan nama Allah kerana hal tersebut “tampak” secara literalnya wujud dalam al-Qur’an. Namun, dalam berijtihad seseorang ilmuwan tidak boleh hanya bersandarkan kepada makna literal teks atau nas tetapi perlu juga melihat kepada maqasid dan falsafah yang mendasarinya sebagaimana telah ditegaskan oleh al-Shatibi.

Link Sumber: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.776.2
*Penulis adalah Felo Penyelidik ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), UKM.

"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani
Shah Alam Bandar Anggerik

Jumaat, 8 Januari 2010

Diari - Life is full of surprises...

Salam semua,

Pada 6hb Januari yang lalu, saya ke Jusco Bandar Baru Klang untuk membeli sebuah pengisar (blender). Saya pergi bersama Shakirah. Setelah mempertimbangkan beberapa pilihan, akhirnya saya berkenan untuk membeli sebuah mesin pengisar jenama Pensonic yang berharga RM158.00 yang mempunyai multi function.

Sepulangnya dari Jusco, saya dan teman serumah saya, Nora, poyo mencuba menggunakan pengisar tersebut untuk mengisar buah. Kononnya nak minum jus. Walaupun pada mulanya susah nak kisar, disebabkan mesin tersebut tidak ada button untuk ditekan, tetapi hanya perlu menekannya sedikit ke bahagian motornya, dan memusing jagnya ke kanan. Percubaan kami berjaya. Namun, setelah dua tiga kali mengisar, tiba-tiba mesin tersebut jammed, dan tidak mahu berfungsi, walaupun kami mencuba banyak kali. Saya dan Nora mencari-cari punca kenapa ia tidak mahu berfungsi. Akhirnya, kami berdua mendapati bahawa terdapat komponen utama di dalam mesin pengisar tersebut yang longgar. Kami mencuba beberapa kali, tapi masih tak berjaya.

"Tak apalah Nora. Rasanya memang dah rosak ni. Longgar. Memang tak leh guna. Besok Kak Hani bawak balik ke Jusco. Ganti yang lain. Lagipun yang ini susah nak guna. Ada warranti pun, setahun untuk parts, 5 tahun untuk motor," saya mencadangkan.

"Tu lah. Kena tukar lain jer Kak. Cari yang mudah sket nak guna, " usul Nora.

Walaupun saya merasa agak terkilan juga kerana baru menggunakannya untuk kali pertama tetapi sudah rosak, saya tetap menerimanya dengan hati yang terbuka dan saya percaya saya akan mendapat ganti mesin pengisar yang baru.

Semalam, saya pulang lewat dari pejabat (jam 8.30 malam). Saya terus ke kedai kek di seksyen 9 membeli kek harijadi untuk kakak saya yang jatuh pada 7 Januari. Saya merancang dengan adik-adik lelaki saya untuk membuat kejutan kepada kakak. Alhamdulillah, menjadi jugak surprise kami untuk birthday kakak kali ini, walaupun hanya sebiji kek. Jadi, saya tidak sempat untuk pergi ke Jusco. Hanya hari ini semasa waktu rehat yang panjang (12.15 2.45) saya berkesempatan ke sana.

Saya membawa mesin pengisar yang rosak dan terus bertemu dengan petugas di testing counter dan menceritakan masalah saya. Petugas tersebut terus mencuba mesin tersebut tetapi masih gagal.

"Ini memang rosak la kak. Akak ambik lah yang lain," katanya kepada saya.

"Boleh tak kalau saya tak nak ambil brand ini, saya nak ambik yang lain. Yang ini macam susah sket nak guna,"tanya saya pada petugas kaunter.

"Boleh, boleh. Akak nak tukar nilaian tu dengan baju pun boleh. Tapi kami tak boleh pulangkan duit," katanya.

"Kalau barang yang akak ambik harganya lebih?"tanya saya menduga.

"Owh. Akak kena la tambah dan bayar perbezaan harganya,"jawab petugas tersebut.

"Habis, kalau kurang, korang pulangkan beza?"tanya saya lagi.

"Kalau kurang, kami tetap tak pulangkan duit,"jawabnya.

"Ok," jawab saya.

"Nanti akak deal dengan kawan saya yer. Perempuan. Nanti saya bagitau dia. Saya nak solat Jumaat," ucapnya ramah.

"Ok. No problem," jawab saya.

Saya terus mencari mesin pengisar yang baru. Setelah beberapa ketika, dan atas pandangan beberapa orang sahabat yang ikut sama, saya memilih mesin pengisar berjenama Philips. berharga RM138.00 Saya terus membawa mesin pengisar tersebut ke testing counter. Pada masa yang sama, saya turut membeli beberapa barangan lain yang berharga lebih kurang RM60.00.

"Akak. Hari tu, masa akak beli mesin Pensonic ni, harganya RM158.00, tapi hari ni harganya RM149.00 Tapi takper, saya maintain harga akak beli. Yang Philips ni pulak, hari ni harganya RM99.00. Jadi akak ada lebih kurang RM60.00 beza harganya. Akak bolehlah tambah apa-apa barang lain," ucap petugas wanita di kaunter tersebut.

"Wah! Yer ker? Syoknyerrr... :)

Dalam hati saya menyatakan, Alhamdulillah.. murah rezeki ku. Patutlah ditakdirkan mesin yang pertama rosak, rupanya Allah nak saya dapat mesin yang lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah dan mudah digunakan. Sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Allah. Semalam saya surprisekan kakak, hari ni saya yang tersurprise.Kemungkinan sebab saya redha mesin baru tu rosak, jadi Allah beri ganti yang lebih baik. Alhamdulillah. Terima kasih Allah! Memanglah, life is full of surprises!!

"Mengharap Keredhaan Allah "

Hunny

Wisma MAIS

Shah Alam.

Rabu, 2 Disember 2009

Idea Mencurah - Beauty Without Brain..

Solange Magnano, bekas Ratu Argentina

Salam semua,

Kepada wanita-wanita yang terlalu mendambakan kecantikan dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah, baca dan hayatilah cerita ini yang saya petik dari Berita Harian 2 Dis 2009:-

BUENOS AIRES: Bekas ratu cantik Argentina, Solange Magnano, 38, mati akibat mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan plastik di bahagian punggungnya.

"Wanita cantik ini sebenarnya sudah memiliki segala-galanya, tetapi mati kerana beliau mahu memiliki punggung yang lebih menarik," kata Roberto Piazza, seorang pereka fesyen dan juga teman rapat Magnano yang pernah muncul sebagai model dalam satu pertunjukan fesyen rekaan beliau.

Magnano, Ratu Argentina 1994 sudah berkahwin dan memiliki anak kembar berusia lapan tahun, menjalani pembedahan Khamis lalu di sebuah pusat pembedahan plastik di ibu negara Beunos Aires. Dia mati setelah 3 hari dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi.

Di dalam Islam, Allah swt telah melarang sebarang bentuk perubahan atau pengubahsuaian terhadap tubuh badan kita melainkan disebabkan kecacatan yang apabila dibiarkan, ianya memberi kemudharatan / keaiban kepada kita. justeru, segala pembedahan kosmetik untuk kecantikan adalah dilarang sama sekali untuk tujuan kecantikan dan berhias-hias. Cubalah untuk bersyukur dan menerima anugerah Allah seadanya. Cantik itu terlalu subjektif. Bagi saya, seseorang wanita itu cantik apabila ada pada dirinya kombinasi kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman adalah apabila kita cantik dengan iman, islam, ilmu dan adab.

So, all the girls out there.. Harapnya kita semua kalau nak cantik pun, biarlah berakal! Dan all the guys, pilihlah pasangan anda among those beauties with brains..:D Tak rugi pun.. :D


"Bersyukur Dengan Anugerah Ilahi"

Hunny

Empress Hotel

Sepang

Selasa, 1 Disember 2009

Diari - Terharu sangat...

Salam semua,
Terharu sangat bila tengok bas ni.... Tak sangka, dalam banyak2 nama, nama aku jugak yang diabadikan... Huwaaaa... Tahniah la kepada syarikat bas ni.. Mesti bisnes korang untung gilerr, berkat guna nama tuh.. hehehe..
"Serupa tapi tak sama"
Hani
Shah Alam

Jumaat, 6 November 2009

Diari - Its Friday aka Fry - Day!

Salam semua,

Petang tadi, saya menyertai sesi training untuk aplikasi sistem CTOS di MAIS. Seronok, kerana presentornya, Derrick, pemuda China yang sangat kiut dan ceria. Selesai sesi penerangan, kami menjemput beliau minum petang bersama.

Saya bertanya Derrick;

"Kat office you ada KPI (Key Performance Indicator)?"

"Ada. Kena jumpa 12 orang client dalam masa sebulan. Kalau tak achieve, kena goreng maaa," jawabnya.

"Wah! Kena goreng ya!" balas saya sambil ketawa. "First time dengar kena goreng ni," sambung saya.

Rasyid, pegawai di Bahagian saya menyampuk;

" Sebab itulah ada hari namanya Friday, iaitu hari kena goreng (FRY-DAY),"

Hahhahaha.. Betul jugak!

Apapun, walau hari ni hari kena goreng, yang penting esok cuti. Yearghhh!! Moga dapat bersantai dan merehatkan fikiran, setelah pecah otak selama seminggu, memikirkan persoalan-persoalan masyarakat Islam 1 Malaysia.




"Syoknya cuti"

Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 23 Oktober 2009

Rileks sekejap - Cinta sambal belacan

Salam semua,

Pagi ini, semasa memandu ke pejabat, saya memasang radio. Memang menjadi kebiasaan saya, saya akan mendengar lagu-lagu rancak untuk memberikan rasa bersemangat ke pejabat. Kebetulan semasa memilih lagu, ada satu lagu rancak yang cukup menarik hati saya apabila mendengar liriknya. Disebabkan tak pernah dengar, jadi saya tak berapa ingat liriknya. Cuma yang saya betul2 ingat, bila penyanyinya menyatakan,

"cinta itu macam sambal belacan, pedas dimakan, tetapi tetap mau dimakan, jangan jadikan cinta seperti pisang goreng, sedap dimakan semasa panas,bila dah sejuk sudah tak mau".

Hehehehe.. kelakar, tapi betul jugak.. Tak pasti apa tajuk lagu tu, tapi menurut DJ bertugas, lagu itu dinyanyikan oleh kumpulan Alleycats dalam album mereka "Kucing". Bila dengar, memang rasa terhibur sekejap.

"Layakkah aku mencintaiNya"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam