Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...
Memaparkan catatan dengan label I Luv My family... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label I Luv My family... Papar semua catatan

Rabu, 7 September 2011

Renung Sejenak : Berdakwah Sampai Akhir Hayat..


Assalam,

Raya kali ini aku sengaja berkunjung ke rumah teman-teman rapat Abah. Namun disebabkan kesibukan melayan tetamu yang berkunjung ke rumah, aku hanya sempat menziarahi Wak Nasib, Siak masjid di kampungku dan Cikgu Yahya, rakan tabligh Abah dan juga bekas Nazir masjid kampungku.

"Abah saya tak ada pesan apa-apa ke Wak?" aku memberanikan diri bertanya kepada Wak Nasib.

"Tak ada pun. Tapi lepas dia imamkan solat Asar tu, Wak ada rasa pelik sikit, sebab dia salam Wak lama sangat, dan senyumnya panjang," Wak Nasib membuka cerita.

"Waknye ada cerita kat wak lepas balik sembahyang Asar. Dia kata, Cikgu Jamal tu, senyumnya lain macam hari ni," isteri Wak Nasib menambah.

"Lain-lain tak ada Wak?" tanya aku lagi, cuba mencungkil rahsia yang terpendam.

"Tak ada apa. Sebab lepas tu, dia bagi taklim, dia balik, sebab ada GAS (grup tabligh yang datang dari rumah ke rumah) dengan grup tabligh dia. Itulah last Wak jumpa dia," kata Wak Nasib. Suaranya kedengaran pilu.

"Terkejut Wak, sebab Wak tak tau Abahnya dah meninggal malam tu. Wak tau pun bila Awi (pakcik kami) bagitau Wak, masa Wak nak pergi sembahyang Subuh kat masjid. Dia kata, "Imamnya dah tinggal satu. Sorang dah tak ada." Wak terkejut, pastu Wak kata," Siapa? Imamnya dua-dua sihat kok". Pastu Awi kata, Cikgu Jamal dah tak ada. Terkejut Wak. Patutlah ramai sedara-sedaranya kat masjid." cerita Wak Nasib dalam nada sayu.

"Wak ni paling rapat dengan Abahnya kat masjid, tapi Wak tak tau dia dah meninggal malam tu. Terkilan jugak Wak. Kalau Wak tau, malam tu Wak mesti dah ziarah dia. Masa kat masjid tu, Wak tak boleh bangun lepas qamat, sebab terkejut sangat," terangnya lagi. 

Aku pandang Ucu, Oin, Ajak dan Mel. Ada air yang tertahan di kelopak mata masing-masing. Aku jadi sayu. Sesungguhnya, bukan kami saja yang menangisi pemergian Abah. Teman-teman rapat Abah seperti Wak Nasib turut merasainya. Suaranya tertahan-tahan menceritakan kisah terakhir beliau bersama Abah.

Itulah Abah. Istimewa sungguh Abah di hati kami dan mereka.

Malam raya ke-3, aku, kakak dan Mel berkunjung ke rumah Cikgu Yahya. Cikgu Yahya merupakan bekas guru besar di sekolah rendah di kampungku semasa aku bersekolah di sana. Dia juga merupakan rakan sejemaah Abah dalam tabligh.

"Abah ada cerita apa-apa cikgu?" tanyaku agak malu-malu. Maklumlah, bekas guru aku lah katakan, mestilah segan.

"Tak ada apa pun. Lepas imamkan solat Asar, abahnya bagi taklim (tazkirah ilmu). Lepas tu ada mesyuarat. Lepas mesyuarat dia pergi gas. Lepas tu, tak tau la apa berlaku, sebab dah tak sama dia." kata Cikgu Yahya.


"Patut dia pergi gas dengan anak acik, Nuar, tapi dia tak datang. Nuar masa balik dari gas dalam pukul 9.30 cakap dengan wak. "Emak emak. Nuar rasa Cikgu Jamal dah meninggal," sambung Wak Tija, isteri kepada Cikgu Yahya.

"Ye ke Wak?" tanyaku hampir tak percaya, sebab Abah meninggal dalam pukul 11 malam, tapi Nuar dah dapat rasa Abah meninggal lebih awal.

"Yer.. Wak cerita ni pun meremang bulu roma Wak. Wak kata kat Nuar, "Eh kau ni. Ntah-ntah orang tu sihat ajer, apa pasal pulak ko kata dia meninggal? Nuar jawab, sebab kat masjid tadi, Cikgu Jamal asyik pegang kepalanya ajer. Bila Nuar tanya, dia kata dia pening. Tau-tau, malam tu, Wak Jayus ketuk pintu cakap dengan Nuar, Cikgu Jamal dah meninggal." sambung Wak Tijah.

Allah Akbar !Sungguh besar kuasa Allah. Allah beri sixth sense pada Nuar untuk merasai lebih awal detik kematian Abah, yang mana aku sendiri tidak dapat merasainya.

"Kat umah ada La dengan Peical dengan emak. Kitorang pun tak sure masa tu Abah dah tak ada, sebab Abah tak nampak dalam keadaan nazak pun. Tak nampak pun dia lepaskan nafas terakhir. Tiba-tiba ajer." kata Mel.

"Itulah cara orang yang baik-baik mati. Mudah ajer. Tak susahkan orang. Tak susahkan anak isteri. Tak ada sakit-sakit. Mudah sangat. Tak sakit apa.Kadang-kadang manusia ni tak tentu. Nak jaga orang tua pun berkira." kata Cikgu Yahya.

"Kalau kami kena jaga Abah pun, tak kisah Cikgu. Abah besarkan kitorang sampai jadi besar sangat kot!"kata Mel.

"Saya tak kata kamu. Kamu mungkin ok. Kita ni manusia. Mula-mula mungkin ok nak kena jaga orang tua yang sakit. Tapi kita pun ada keluarga sendiri. Mulanya mungkin ikhlas, tapi lama-lama jadi berkira, kenapa asyik kita ajer jaga. Kenapa orang lain tak jaga? Lama-lama, dalam hati terdetik jugak. Manusia. Macam tulah."kata Cikgu Yahya lagi.

"Abahnya lepas imamkan solat Asar, buat taklim, pastu mesyuarat, sempat dia form jemaah untuk gas petang tu, tapi dia tak datang. Inilah namanya berdakwah sampai akhir hayat," tambah Cikgu Yahya, menyebabkan aku betul-betul terharu. Bangga. Bangga jadi anak Abah, yang hanya orang biasa-biasa, tetapi bersungguh-sungguh melakukan dakwah menurut kemampuanya. Hingga akhir hayatnya pun, Abah masih mau berdakwah.

Raya terakhir bersama Abah, 2010.
Ya Allah! Kau ampunilah dosa ayahku ya Allah. Jauhkannya dari siksa kubur ya Allah dan jauhkannya dari azab nerakaMu ya Allah. Sesungguhnya kami menyaksikan Abah berjuang dan berdakwah untuk agamamu ya Allah, hingga akhir hayatnya ya Allah.  Allahummaghfirlahu war hamhu, wa a'fihi wa' fu a'nhu.. Aminnn..

Selamat Hari Raya Abah. Ampuni dosa anakmu ini. Halalkan makan minum dan segala ilmu yang Abah beri.   Aku mungkin tak bisa jadi sebaikmu, namun aku berikrar untuk menurut jejak langkahmu Abah. Berdakwah hingga ke akhir hayat. Aminn. Moga roh Abah tenang di sana. Aminn..

"Rindu Abah"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Sabtu, 25 Jun 2011

Diari : Nasi Lemak Buah Bidara..

Assalam,

Pagi tadi, disebabkan tiada sesiapa yang boleh diharap, aku menawarkan diri untuk menghantar nasi lemak yang emak masak kepada sekumpulan jemaah tabligh di masjid bersebelahan rumah. Biasanya, tugas itu dibuat oleh Abah, yang akan turut sama menyertai kumpulan jemaah berkenaan. 'Khidmat' dan 'ikram muslimin' (menghormati sesama Muslim) itulah prinsip Abah. Abah memang suka beri makan pada jemaah tabligh yang berkunjung ke masjid kami.

Disebabkan aku rasa agak malu juga nak menyerahkan bekalan yang dibawa, aku mengajak kakakku, adik perempuan dan 6 orang anak-anak buahku sebagai 'escort'. 

"Jom! Jom! Sapa nak ikut Cik An pergi kubur Atuk?" aku mengumpan mereka supaya mengikut aku ke masjid.

"Nak! Nak! Nak ikut Cik An!!" masing-masing bingkas bangun meninggalkan laptop masing-masing. Dari Najah yang berusia 10 tahun hingga yang termuda, Amani, 3 tahun, masing-masing teruja dengan ajakan aku untuk menziarahi kubur Atuk mereka.

Selepas bekalan nasi lemak dengan telur goreng dan sambal tumis diserahkan kepada para jemaah tabligh, kami terus ke kubur Abah. Aku membimbing anak-anak buahku untuk membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lazim untuk disedekahkan kepada Atuk mereka. Seterusnya, aku membacakan doa untuk almarhum dalam Bahasa Melayu supaya mudah difahami oleh anak-anak buahku untuk mereka aminkan. Selebihnya, kami mengalunkan zikir beramai-ramai.

"Atuk tidur ke Cik An?" tanya Akid, 5 tahun dengan petahnya.

"Ha ah. Atuk tidur." Jawabku pendek. Terkedu dengan soalan Akid. Tak tahu nak jawab macam mana. Penat menahan air mata dari tumpah. Takungan air mata kakak dan adik tak usah cakap. Terus melimpah setibanya kami di kubur Abah. Tersedu-sedu menangis di tepi pusara Abah.

Aku menahan sebak. Aku sesungguhnya mengerti, yang pergi, tak akan kembali. Yang hidup, perlu teruskan hidup, jangan disia-siakan. Isikan dengan iman dan amal supaya kelak kami tersenyum tatkala dipanggil pulang.

Doa, doa, dan terus doa untuk Abah. Supaya pusara Abah terang dengan limpahan doa dan zikir kami. Supaya Abah dipelihara Allah dengan doa kami.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'nhu.. Ya Allah.. Ampunilah dosa Abahku dan Kau rahmatilah dia dan ampuni dosanya. Terima amalannya, jauhkan azab siksa kubur dan neraka. Sesungguhnya aku menyaksikan Abah menghambakan dirinya padaMu..

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih kulurutkan
Hilang Abah hanya sementara
Kerana Allah kami ditinggalkan

"Rindu Abah"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Selasa, 21 Jun 2011

Diari : Senyuman Terakhir Abah..

Assalam semua,

Masuk hari ini, dah 7 hari Abah tinggalkan kami. Perasaan sedih masih berbaki. Buat kerja pun tak fokus sebab asyik terkenang-kenang pada almarhum. Aku rasakan seolah-olah separuh jiwaku pergi dengan pemergian Abah.  Mujur masih ada iman dan aqal yang rasional, membuatkan aku akhirnya redha dan pasrah menerima kehilangan Abah.

Namun, aku akui, hidup perlu diteruskan. Life must go on. Walau aku sayang sangat pada Abah, tapi Allah lebih sayang dia. Allah dah pinjamkan Abah pada kami dan orang-orang lain yang sayang pada Abah selama 70 tahun. Aku patut bersyukur dengan nikmat Allah yang tak ternilai ini. 70 tahun itu, tempoh yang amat lama Al-Khaliq pinjamkan Abah pada kami berbanding dengan ramai kanak-kanak yang menjadi yatim piatu di usia muda. Alhamdulillah.. Syukur ya Allah... Tak terhitung nikmatMu ini apabila kami dianugerahkan seorang Abah yang sangat baik. Syukur..

Semalam dan hari ini, aku masih menerima ucapan takziah dari teman-teman yang tak berkesempatan menziarahi jenazah almarhum. Terima kasih pada semua teman yang mendoakan Abah dan datang berziarah.  Ucapan takziah dan doa kepada almarhum turut aku terima melalui SMS, blog ini dan Facebook. Terima kasih banyak-banyak. Moga Allah anugerahkan ganjaran pada yang mendoakan almarhum Abah. Aku teringat kata-kata adikku,

"Kawan-kawan Cik An memang true friends. Cik An susah diorang datang ziarah. Bagus sangat,"

Kata-katanya menyentuh hati aku. Akhirnya aku menyedari sesuatu yang membuatkan aku benar-benar terharu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia ambil cuma seorang Abah dan seorang insan yang paling aku sayang dari aku, tetapi Dia anugerahkan ramai orang di sekeliling aku untuk menyayangi aku. Ibu, adik-beradik, saudara-mara, dan teman-teman. Alhamdulillah.. Syukur..


Menurut cerita adik bongsuku yang berada dengan Abah di saat-saat akhir hayat Abah, Abah melemparkan senyuman pada adik. Mulanya adikku menyangka Abah cuma berjenaka dengannya. Abah menggelengkan kepala waktu adikku bertanya sama ada Abah rasa sakit. Apa yang adikku lihat hanyalah senyuman Abah. Adikku langsung tak menyangka itu senyuman terakhir Abah sebelum meninggalkan kami selama-lamanya. Aku doa, Abah terus tenang dan tersenyum walau Abah kini berada di alam lain. Abah tersenyum di akhir hayatnya, setelah 70 tahun menghabisi usianya dengan menyampaikan ilmu dan dakwah kepada umat Islam, mengamalkan sunnah-sunnah Nabi, dan paling utama dan paling Abah titikberatkan, adalah menjaga solat fardhu dan sunat. Aku doa supaya aku turut tersenyum, macam Abah, di akhir hayatku. 

Paling aku syukur, aku sempat bagitau Abah, aku sayang kat Abah. Aku doakan roh Abah tenang di sana. Al-fatihah.


"Say what you want to say when you have the time, tomorrow maybe one day late.
Our deepest regrets are words unsaid and things undone."

"Rindu Abah"
Nurhani
Shah Alam

Ahad, 21 November 2010

Diari : Miss Him So Much..

Aku rindu la kat dia.. Rindu sangat! Tetiba hari ni rasa rindu sangat kat dia... Aku doakan dia selamat  dan sentiasa dilindungi Allah... Huwaaa!!! Menyesal tak jumpa dia sebelum dia pergi!! Huwaaa!!! Lama kot dia pergi.. 40 hari...  Isk! Isk!:(

Sebelum pegi, dia pesan soh jaga solat, jangan lupa mengaji dan buat majlis ta'alim. Memang la calon lelaki soleh...

Rindu!!

Aku rindu betul nak jumpa dia.. Sob! Sob!

Kalau aku jumpa dia, aku akan buat benda yang aku tak kan buat dengan lelaki bukan mahram aku yang lain. Aku akan pegang tangan dia, dan....





















































Peluk dia! Pastu aku cium tangan dia dan cium pipi dia..
Dia wangi! Haish!! Rindu bau dia punya parfum..:(


































































Ya Allah! Rindunya kat Abah!

Abah dan Jojo, kucing kesayangannya.

"I Love My Family"
Hunny
Shah Alam

Ahad, 24 Oktober 2010

Diari : Sedara??

Salam semua,

Petang tadi saya dan adik menemani emak ke majlis perkahwinan anak perempuan kepada sepupu abah, Pakcik Atan. Kami adik beradik tidaklah begitu mengenali Pakcik Atan. Mungkin disebabkan jarak usia, dan kami jarang bertemu.

Semasa adik saya Kamel bersembang dengan Cik Atan, saya ternampak kelibat seseorang yang saya kenali. Cuma macam tak percaya sebab menurut blog beliau, rasanya beliau berada di Medan, Indonesia. Tapi saya tetap nak mencuba. Saya terus mencapai telefon dan terus menaip sms,

"Salam Aliff. Awak ada kat Kompleks Warga Emas Shah Alam ke?"

Saya memerhatikan kelibatnya dari jauh. Dia mencari-cari seseorang. Sah itu dia! Saya melambaikan tangan ke arahnya. Aliff tersenyum.

"Eh! Kak Hani. Assalamualaikum," sapanya. Saya memperkenalkan adik dan emak padanya.

"Sapa ni An?" tanya emak.

"Ini Aliff, anak murid Ustaz Muhamad," jawab saya.

"Kak Hani, buat apa kat sini?" tanyanya ramah.

"Kenduri lah.. Temankan emak. Ayah pengantin tu, sedara abah," jawab saya.

"Laaa... Iyer ke? Pakcik Atan tu, bapak sedara saya. Adik beradik dengan emak," balas Aliff sedikit terperanjat.

"Owh.. maknanye, kita sedara ek?" spontan saja ayat-ayat tu keluar dari mulut saya.

"Haaa?? Sedara kak Hani?? Wakakkaka.." Aliff tergelak-gelak, seakan-akan tak percaya.

Namun, waktu adik saya bertanya, serapat mana kenal dengan saya, jawapan Aliff betul-betul terkesan di hati saya,

"Kak Hani ni, dah macam kakak sendiri."

Sebelum kami berpisah, Aliff memperkenalkan kami kepada ahli keluarganya. Paling best saat berita ini diberitahu kepada Pak Atan sendiri. Seronok sungguh beliau. Kecil sungguh dunia. Tak sangka kami bersaudara rupanya.:D

Moral of the story, jangan la buat jahat kat sapa-sapa. Mana tahu, satu hari nanti, orang tu rupanya bersaudara dengan kita. Jadi besan kita ke, ipar-duai kita ker, menantu kita ker. Kalau diorang tak ampun, kan susah mau cerita. Semua tu, Allah lebih mengetahui. Kalau ada yang bertikai, selesaikan dengan baik. Bukan buat cerita bohong and fitnah sana-sini, tambahkan lagi konflik yang belum selesai, semata-mata nak jaga nama baik masing-masing. Pleaselah.. No one is perfect. Semua orang pun buat salah, buat silap. Islam dah tunjukkan jalan penyelesaian terbaik. Buatlah ikut syariat, mudah-mudahan kita semua terselamat di dunia dan akhirat. Aminn..

Jejak kasih. Dari kiri: Saya, Alif, emak Aliff dan emak saya.


"Mari BerSilaturrahim"

Nurhani

Shah Alam

Diari : Bila Abah suruh balik..

Salam semua,

Hari Jumaat petang, Abah tipon, soh aku balik. Aku tanya kenapa? Ada rombongan nak datang ke? (Hahaha!!)

Adik-adik aku Mel & Ucu yang tengah belajar tak habes2 tu, sibuk tanya aku macam2, kenapa Abah soh aku balik. Siap suspek aku macam-macam. Macam aku buat jahat pulak sampai Abah arahkan aku balik.

Pebenda ntah diorang tu. Orang hantar soh belajar rerajin, blaja je lah.. Fokus dengan study tu. Ada pulak masa nak suspek-suspek orang.

Abah kata dia nak kuar 3 hari, pas tu dia 'malu' nak bawak keta baru dia. So dia soh aku balik nak tukar keta. Itu ajer.. Yang korang nak suspek aku tu apehal?

Ikut badan yang letih ni, berchenta jugak nak balik. Dah la hari Sabtu pagi Boss aku pulak arah minta assist beliau untuk bentangkan mengenai kedudukan dan sistem pentadbiran agama di Selangor dalam Muzakarah dengan badan Perhubungan PAS Selangor kat Dewan Belia Seksyen 7. Kol 8.30 pagi. Maknanya, aku balik kampung Jumaat malam, sampai umah kol 12 malam, then pepagi buta dah kena bertolak balik ke Shah Alam. Semata-mata nak tukar kereta. Huwa huwa...

Tapi, itulah aku. Susah nak hampakan orang, lagi2 kalau aku sayang orang tu.. Memang aku sanggup buat, walaupun letih, penat dan mengantuk. So, sebab aku sayang Abah, sebab tu aku buat, walaupun sebenarnya Abah boleh jer soh adik-beradik aku yang lain, tukar keta dengan diorang, dan lagipun, tak ada la beza sangat keta aku dengan keta baru Abah tuuu..:P Means, Abah pun sayang aku jugak, sebab dia nak kasik pahala free kat aku, kalau aku buat..:D.

So, kawan-kawan, kalau ada sedara- mara/ sahabat / pelanggan / orang datang minta tolong, tolonglah semampunya, kerana di sana, pasti ada ganjaran untuk kita kalau kita ikhlas. Rugi, sebab peluang untuk tambah pahala dah ada depan mata. Tinggal nak terima atau tolak. Sekian dan semoga bermanfaat.

Abah n Mak.. So happy together..:)

"Janji Allah itu Benar"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Sabtu, 28 Ogos 2010

Diari- HAYSHAH FAMILY IFTOR 2010

Salam semua,

Semalam diadakan Majlis Berbuka Puasa keluarga HAYSHAH (Keluarga Allahyarham Hayroni dan Allahyarhamah Siti Aishah iaitu Datuk dan Nenda tercinta kami-alfatihah untuk mereka) untuk tahun 2010 yang diadakan di kediaman kami di Kuala Selangor. Memang menjadi kebiasaan setiap tahun keluarga besar Hayshah akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama.

Biasa lah bila berkumpul sesama keluarga BESAR kami memang seronok. Menu utama berbuka, tak lain dan tak bukan, NASI AMBENG!!! Selalu mak saya yang akan buat nasi ambeng TERBAEK beliau..memang terbaek, sebab beliau memang pandai masak, SERUNDING beliau memang MANTOPP!!!! Tambahan pula, beliau dibantu pulak oleh anak-anak beliau yang HEBAT-HEBAT belaka, (ehehehee..) tetapi kali ni, kami order jerr, tak mampu nak buat sendiri. Sebab nak kena sediakan lebih kurang 180 bungkus nasi ambeng tambahan untuk diagihkan ke setiap rumah di kampung kami. Angkat tangan teruss!!! Tak larat weh!!

Time buka, saya makan sebiji anggur (itu yang paling dekat nak capai) dan segelas air mangga sejuk (alhamdulillah.. nikmat sungguh!) Pastu, time orang lain sibuk bukak posa, saya sibuk ambik gambar sedara-mara makan. Jiwa meronta-ronta nak makan NaSik AmBeng, tetapi berjaya kontrol emosi diri sendiri.. Sembahyang Maghrib dulu beb!

Pastu, korang tau-tau je lah kan, bila aku dah dapat makan NasiK Ambeng tu.. Burp!! Ehehehe..Best!!




Tuan Rumah berbuka dengan tetamu. Tamar dan air teh tarik jerr.. pastu ke masjid..

Alhamdulillah.. Syukur dapat berbuka bersama..:) Berserban adalah Farid (seorang muallaf) anak angkat pakcik saya.

Abang dan pakcik-pakcik yang datang dari Shah Alam dan Klang.

Crowded sikit section ni.. hehehe.. Ni pun separuh jer dapat masuk gambar..

Kurma yang belum dipack.

Menu utama : Nasi ambeng.. Nyum nyum!

Nasi ambeng dan kurma yang sedia dipackkan untuk diagih di setiap rumah di kampung. Alhamdulillah..:) Thanx pada pakcik dan makcik yang sponsor..:)

Signature kitchen mak ku.. Getuk keladi cicah sambal tumis ikan bilis.. pergghhh... kecur air liur! Tepung pelita Iin pun ada.. tepung pelita ni sangat popular di Shah Alam. Sanggup adik aku Uda gi ke sana untuk beli tepung pelita ni aje.. Dahsyat penangan tepung pelita ni..

Tuan rumah sibuk layan tetamu semasa sesi moreh selepas solat terawih.

Time berkumpul beginilah masa untuk beramah mesra sesama keluarga dan saudara mara yang jarang jumpa sebab masing-masing bz..

Peace No War..:D

Bertolak pulang selepas majlis selesai.

Hati-hati yer!! Biar lambat asal selamat..:)

Tuan Rumah melambai kepada tetamu yang pulang. Bye!!! Insyaallah, jumpa lagi raya kedua nanti!!

"I Love My Family"
Hunny

Kuala Selangor

Selasa, 29 Jun 2010

Diari - Aku yang semakin matang..

Salam semua,

Minggu lepas hari Sabtu, 26hb Jun 2010, selepas riadah di taman tasik, aku ke rumah Farah seorang kakitangan MAIS yang melangsungkan pernikahannya pada tarih tersebut. Rumah Farah terletak di Banting. Sepatutnya kendurinya hari Ahad, namun sebab kena bentang paper di ILDAS, jadi aku memutuskan untuk datang pada hari Sabtu setelah meminta izin pengantin perempuan.

Sepanjang perjalanan, aku banyak bersembang dengan adik aku Mell. Cuaca yang panas menyebabkan air cond dalam kereta ku seolah-olah tak berfungsi. Sebenarnya cuaca begini yang aku paling tak suka bila memandu, dan kalau boleh aku memang mengelak untuk memandu kereta di waktu cuaca panas sebegitu, sebab banyak kali aku tiba-tiba ajer dah terlelap.. Sangat bahaya yerr..

Lebih kurang jam 3 kami sampai di rumah Farah. Seronok jugak datang time pengantin tak bz dan orang tak ramai,. Hanya ada tiga orang pakcik yang sedang makan, dan beberapa orang makcik yang sedang rewang. So, pengantin perempuan lah yang layan kami berdua. Hehehehe.. Special guest tu.. Masa tu, sempat jugak interview Farah, macam mana kenal suami dia. Rupanya sebab tersilap nombor telefon. Kalau dah jodoh tersurat, tersilap nombor pun boleh sampai ke jinjang pelamin. Kalau tak ada jodoh, bercinta bagai nak rak pun, tak ke mana. Biasanya hanya meninggalkan kesan luka yang dalam dan lama untuk dirawat..:(
Anyway, tak ada ke orang nak tersilap nombor telefon aku plak? Hahahaha..

Lebih kurang jam 4 petang, aku dan Mell bergerak pulang ke kampung. Perjalanan kami lancar, walaupun aku memang sangat mengantuk sebab cuaca panas. Mujur ada Mell menemankan aku. Kalau tak, dah tentu aku akan berhenti untuk take a nap sekejap.

Sampai jer kat umah, kakak aku dan adik aku nyanyikan lagu birthday untuk aku. Hiiii.. dah semakin matang aku ni.. (sebab tak nak admit dah makin tua, bahasa lembutnya, 'matang') hahaha.. Then, aku melayan anak buah baru aku Najla, yang semakin bulat dan tembun. Chomey!!! Hilang sekejap rasa penat naik keta sport adik aku dari Banting.

Malam tu, aku rasa penat sangat. Sebab travel kot. So, pas Isyak jer aku terus mati syahid. Tak sedar diri. Sampai adik aku kejut soh bangun.

"Cik An. Bangun la.. Kita nak tido ni.." kata adik aku Ina. Percubaannya beberapa kali gagal. Aku masih tak bergerak.

"Cik Annnnn!!!! Bangunnn!!! Jangan himpit Najla boleh tak?" selaku seorang cikgu sains, suaranya yang memang berpitching tinggi menyebabkan aku tersentak.

"Tengok! Najla yang bangun. Teruk betul tido. Tido mati," bebelnya lagi.

Aku bangun terpisat-pisat sambil menggosok-gosok mata.

"Kol berapa Cik In?" tanyaku.

"Lagi 10 minit kol 12,"jawabnya acuh tak acuh.

Aku bangun turun dari dari katil dan menuju ke bilik air. Aku dapat dengar suara abah, emak, dan adik-adikku sedang bersembang. Namun, suasana di ruang keluarga aku dah gelap...

"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Cik Annnnnnn, happy birthday to you," Surprise!!!!!

Ahahahahaa... Itu dia. Birthday gurlz paling busuk dalam dunia. Baru bangun tido kot! Ahahaha... Tapi, walaupun aku busuk, tapi aku selalu berdoa, hati aku wangi, jiwa aku murni. And, walau aku busuk, keluarga aku tetap sayang kat aku. tak pernah buang aku, walau banyak sangat kelemahan yang aku ada. Kasih sayang diorang memang ikhlas, tak ada hidden agenda,suci, tulus, kudus.. Tak macam sesetengah orang, berpura-pura sayang kat aku sedangkan sebenarnya dia tak ikhlas, tak jujur..

Special thanks to Ucu sebab sponsor kek untuk Cik An.:D. Cik Ya kata, sayang betul Ucu kat Cik An, sebab tak ada sapa soh beli kek tu, Ucu yang nak beli.. heheheh..

Terima kasih Allah, atas rahmat dan kasih sayangMu, atas anugerah dan nikmatMu, kami dapat beribadah dan menyembahMu, dan berkasih sayang sesama kami, dan bersyukur atas nikmat kurniaanMu.

"Ya Allah! Rahmatilah ibu bapaku, dan seisi keluarga aku. Semoga kasih sayang antara kami kekal selamanya. Semoga tautan ukhuwah antara kami menguatkan cinta kami dan iman kami padaMu... Aminnnn.."


"I Love my family"

Hunny

Shah ALam

Isnin, 21 Jun 2010

Sajer - Hati Emas...

Salam semua,

Lama betul aku tak update blog ni. 3 hari di PD untuk kursus kaunselor AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam), then hujung minggu lepak umah kakak aku, dan konon-konon penuh dengan akitiviti beriadah, layan anak-anak buah aku yang chomel dan nakal-nakal (tapi hati rasa senang hati layan diorang), berjalan-jalan kat tasik Shah Alam, naik bot dan paling tak best, kena buat kerja opis jugak!:(

Paling syok, naik bot kat Tasik Shah Alam. Sepanjang 6 tahun duduk di Shah Alam, ini pertama kali aku naik bot kat sini. Hahahaha,,kelakar pun ada, sebab naik bot kat tengah-tengah bandaraya. Biasa orang naik bot kat sungai or laut yang semulajadi indah. Gara-gara anak buah demand nak naik bot punya pasal, aku pun terjerumus! Hehehe.. Tapi best jugak. Sempat jugak aku dan adik aku snap gambar pemandangan indah sekitar tasik guna kamera aku yang tak berapa canggih tu.. Subhanallah.. Chantek sungguh! Rasa damai dan tenang. Kalau korang tak caya, cubalah sendiri. Harga tiket RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun hingga 4 tahun. Bawah umur 4 tahun free jerr.. Kayak dan sampan pun ada. RM10 sejam. Next time aku nak layan kayak pulak. Biar otot tangan aku padat sket.. hehe..

Aku dan adik aku, Mell nak balik kampung nak makan kerepek pisang paling sedap dalam dunia yang emak buat, tapi kat kampung tak ada sapa-sapa pulak. Ada Abang Ajib, Jiji, Jojo dan si Kecik yang baru deliver babies. Abah outstation 3 hari dengan Ucu, emak pulak kat rumah adik aku di Manjung. Rindu betul kat diorang, especially kat Najla, anak buah paling terkini. Huwaaa!!! Bila la nak jumpa dia lagi. Dah pindah Manjung pulak.. Huhu..

Anyway, adik aku Mell bagitau, abah gembira sangat sekarang, sejak pakai keta baru. Dia asik nak jenjalan jer naik keta tu kata adik aku.. Alhamdulillah.. Happy sangat aku bila dengar berita tu. Walaupun aku sayang sangat kat dia, tapi sebab aku lagi sayang kat Abah, aku lepaskan dia pergi. Harap abah terus doakan aku yang baik-baik..:) Tak salah berkorban untuk orang yang kita sayang. Semoga pengorbanan itu, jadikan aku orang yang lebih baik..

Anyway, masa kursus kaunselor tu, banyak ujian personaliti diorang bagi untuk lebih mengenali diri kita. Kalau ikut warna, aku kategori EMAS, orang yang berperaturan dan terancang. Haha.. betul-betul ikut undang-undang. Anyway, aku tak kisah sangat aku warna apa, sebab pada aku, paling penting aku punya hati EMAS. Teringat lagu M Nasir yang aku suka, Hati Emas...

Kembara
Sudah puas ku mengembara

Mencari

Hati Emas bukannya mudah...


Gambar diambil oleh adikku Mell, dari dalam bot, jam lebih kurang pukul 6.50pm.

Chomell tak?..:)

Lepak sat makan ice cream..

Chantek tak? Ni aku yang ambik. Kat jeti di Antan Batura.

So happy together!!!:D
Dari kiri :Iman, Najah, Aku dan Mell.

"Mencari Hati Emas"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 3 Mei 2010

Diari - Kelahiran





Salam semua,

Sempena Cuti Hari Buruh pada 1 Mei 2010, saya pulang ke kampung dengan perasaan tak sabar. Tak sabar nak melihat anak saudara baru yang lahir pada 24.4.2010 yang lalu. Sampai di kampung, tak puas rasanya menatap wajah anak saudara saya, Najla Iffah Shahzani yang baru berusia 8 hari. Comelnya!! Seronok dan rasa tenang jiwa melihat raut wajah tenangnya. Hilang rasa tension. Lapang aje rasa hati. Allah Akbar! Hebat sungguh ciptaanMu Allah.. melihatnya bisa membuat jiwa ini rasa tenang..:)

Tahniah pada pasangan Cik In dan Ajak, semoga Najla membesar menjadi anak yang solehah, dan cemerlang di dunia dan akhirat.. Amin..:)

Pada hari yang sama juga, kami menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung abang saya, Zulaika, yang berumur 8 tahun. Dah lama tak berkumpul, jadi bila kumpul ramai-ramai, memang best. Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih diberi masa dan ruang untuk menikmati saat-saat indah bersama keluarga.

Begitulah realiti kehidupan ini. Masa beredar tak menunggu kita. Sehingga ke saat-saat terakhir kita pun, masa tetap tak akan menunggu kita.

"Masa hidupmu, di mana kau habisi? Bagaimana kau isi?"

Justeru, sebagai hambaNya yang telah akil baligh, dan bakal dipersoalkan ke mana masa hidup kita dihabiskan, kita perlu bersiap sedia dengan jawapannya. Masa yang diberi kepada kita hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan mematuhi apa yang diperintahkan oleh agama. Mudah-mudahan soalan yang ditanya mampu dijawab dengan baik. Beri masa kepada Allah, diri sendiri dan keluarga, insyaallah kita akan lebih bahagia. Masa untuk Allah, sepanjang masa, insyaallah segala urusan dipermudahkan.. :)

Ala tomey tomey.. :)

Sapa kacau gua tido ni?

I am happy.. :)

Najla dikerumuni sepupu-sepupu lain.

Sangat tenang menatap wajahnya.. really touches my heart lah!

Kek Ika. Beli di Borak-Borak Cafe, Blue Wave Shah Alam. Ada pengesahan halal dari JAIS.

Berbaju hitam, birthday gurl, Ika. Last year, keknya roboh dilanggar sepupu-sepupunya yang berkerumun kat meja. This year, Ika tanya maknya:"Mama, ada kek tak?" Maknya jawab : "Ntahla.. Tengok la Cik An beli ke tak.. ". Ika : "Harap-harap tak roboh lagi.." hehehe..

Makan time!

"Cintai Allah, Cintai Keluarga"

Nurhani

Kg Raja

Kuala Selangor

Isnin, 19 April 2010

Diari - Emak dan Kampung..

Salam semua,

Pulang dari Bengkel di Hotel Quality, tiba-tiba rasa hati meronta-ronta nak balik kampung. Mana taknya, dah tiga minggu saya tak pulang ke kampung. Kebiasaannya, tiap-tiap minggu saya akan pulang. Saya mengemas kain baju yang perlu termasuk hadiah-hadiah dari Surabaya untuk mak, abah dan adik-beradik yang lain. Sempat juga saya mengupdate status di dalam facebook saya sementara menunggu adik lelaki saya memulangkan kereta saya yang dipinjam untuk mengambil adik perempuan saya yang tamat semester pengajian di UTM Johor.

Sebelum pulang, saya dikunjungi oleh Liza, teman baik semasa mengambil pengajian Master LLM di UIA. Semenjak semalam beliau menghubungi saya untuk bertemu, tetapi disebabkan saya sibuk dengan program penyelidikan, saya tak sempat bertemu beliau. Oleh kerana Liza belum makan tengahari, saya menemani Liza ke medan selera di Seksyen 2 Shah Alam. Medan selera ini terkenal dengan ABC Coklatnya yang sedap. Macam ABC biasa jugak, cuma ditambah coklat dan ice cream. Rasanya? Memang sedap! Harganya RM3. Saya memesan 5 bungkus ABC dari kedai ABC Fradoo. Hari ini orang agak ramai. Budak ABC tu pun Nampak struggle nak sediakan tempahan ABC yang banyak. Sebab minat sangat dengan ABC Fradoo ni, saya meminta nombor handphone owner kedai tersebut supaya lebih mudah nak berurusan. Biasanya, saya akan menghubunginya dulu, dan datang kemudian untuk mengambil dan membayar. Tetapi hari ni, tak plan pun nak beli, jadi terpaksalah tunggu order siap.

Saya tak makan, sebab dah makan di Hotel sebelum check out. Selesai makan, saya menghantar Liza ke Kompleks PKNS dan meneruskan perjalanan pulang. Sebelum itu, sempat saya memaklumkan kepada pegawai di Bahagian saya,saya akan bercuti esok. Sepanjang perjalanan pulang, saya memasang radio. Terasa semakin tension bila kebanyakan lagu yang saya dengar semuanya mengenai kekecewaan dalam percintaan. Akhirnya saya mematikan radio, membaca surah al-fatihah sebanyak-banyaknya dan menyedekahkan bacaan saya kepada orang-orang yang saya kenang. Doa saya, semoga Allah menghidayahkan saya dan semua yang saya sayangi jalan yang lurus dan diredhai.

Saya membawa kereta agak laju, sebab nak mengelakkan ABC yang saya bawa cair. Tapi, kalau tak bawak ABC pun, memang saya suka bawak keta laju. Rasa lebih tenang dan konfiden semacam. Hilang sekejap problem sebab bila kita bawak kenderaan dengan laju, kita perlu lebih berhati-hati dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pemanduan kita. Nasib baik kereta saya tak selaju mana pun. Cuma 1.5cc ajer.. jadi tak ada lah laju sangat..

Tiba-tiba handphone saya berdering;

“MAK”.

Saya mengangkat telefon. “Assalamualaikum mak,”ucap saya.

“Waalaikum salam. Dah sampai mana?” Tanya emak.

“Dah sampai Berjuntai Bestari mak,” jawab saya. “Kenapa mak? Ada nak kirim apa-apa ker?” Tanya saya lagi.

Tak lah. Ngko dah makan ker? Nasik tak tau la ada ke tak.. “ jawab mak.

“Tak apa mak. Tadi dah makan.Kenyang lagi. Nanti jumpa kat umah yerr. Assalamualaikum,” kata saya.

Saya mematikan panggilan dan meneruskan pemanduan. Mengingatkan emak, tiba-tiba hati saya terasa sayu. Emak sentiasa ingat pada anak-anak, dan sentiasa pastikan anak-anaknya dapat makan. Kalau kami masih kecil lagi, ok juga. Ni kami dah besar-besar ni pun, masih juga ditanya dah makan ke belum. Saya rasa betul-betul bersyukur dapat emak macam mak. Mak pernah kata “belum rezeki saya untuk bertemu jodoh”. Betul-betul bertambah kesyukuran yang saya panjatkan. Emak tak pernah nak pressure saya suruh kawin cepat, walau dia pernah juga bertanya sama ada saya dah ada teman istimewa ke belum. Kalau emak orang lain agaknya dah pening kepala sebab anak daranya usia makin meningkat, tapi belum bertemu jodoh. Malah emak menggalakkan saya belajar hingga ke peringkat PhD.

Sering emak bertanya bila saya nak sambung pengajian PhD saya. Insyaallah mak. Akan ku pastikan cita-citaku dan hasratmu tercapai. Doakan yang terbaik untuk anakmu ini. Mungkin jodohku belum pasti, tetapi ajalku sudah pasti. Dan sebelum ajalku tiba,aku ingin belajar dan terus menimba ilmu Allah, selagi diizin Allah. Untuk apa? Untuk ku manfaatkan dan kongsikan agar dapat menjadi bekalku di akhirat. Kenapa? Kerana aku yakin dengan kata-kata Kekasihmu Muhammad SAW, tiga perkara akan dibawa sebagai bekal ke akhirat iaitu,ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakan dan sedekah jariah yang berkekalan. Harta? Aku tak punya harta yang banyak untuk ku sedekahkan. Hanya doa dan kasih sayang yang tak ternilai untuk semua orang yang mengasihi aku. Cuma, alhamdulillah.. aku sangat -sangat bersyukur, walaupun tak berharta, aku tak meminta-minta, dan sedikit harta yang ku perolehi, insyaallah, ada bahagiannya untuk wakaf dan zakat. Anak? Bagaimana mau punya anak, sedangkan ayahnya belum ku jumpa? Hehehe.. jadi, bagaimana mau ku peroleh doa anak yang soleh untukku, bila ajalku tiba nanti?

Lalu, apa yang aku mampu tambah sebagai bekalan akhiratku adalah ilmu yang aku pelajari dan manfaatkan. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan pencarian ilmuku. Doa emak dan abah sentiasa mengiringiku.. Mudah-mudahan aku berjaya.. :) Amin..

Emak dan cucu-cucunya.. Tak ternilai jasa emak pada aku dan kami semua.. Semoga Allah mengampuni emak dan membalas jasa mak dan kasih sayangnya pada kami yang tak mengharap balasan.. Amin..

“I luv my family”

Nurhani

Shah Alam

Isnin, 29 Mac 2010

Diari - "Abah.."


Salam semua,

Sepulangnya saya dari ILDAS, saya singgah di kampung untuk ambil kereta. Saya minta Puan Norraini men'jatuh'kan saya (to drop me) di stesen BP, Pasir Penambang, Kuala Selangor. Adik saya akan mengambil saya untuk pulang ke kampung. Puan Norraini masih perlu meneruskan perjalanan hingga ke Sijangkang. Jauh tuu..

Saya sampai di kampung lebih kurang jam 5.30 pm. Rupa-rupanya mak dan abah saya nak ikut ke Shah Alam, untuk ke rumah abang sulung saya, Nazri, yang baru saja berpindah rumah. Setelah bersiap apa yang patut, lebih kurang jam 6.30 petang, kami bertolak ke Shah Alam. Agak padat juga kereta saya kerana dua orang anak saudara saya Aina dan Akid yang merengek-rengek nak mengikut saya, dan adik perempuan saya yang masih belajar di UTM Skudai pun ikut sama, sebab saya perlu menghantarnya menaiki bas ekspress di seksyen 17 Shah Alam. Jadi, semua sekali, 6 orang satu kereta.. Boleh bayangkanlahh padatnya..

Kami memulakan perjalanan dengan membaca 6 bismillah, 5 surah (4 qul dan al-nasr) dan doa menaiki kenderaan serta sepotong ayat al-Quran (saya tak pasti surah apa). Amalan bacaan doa dan surah-surah ini Abah yang ajar kami.

"Ayat ni, dikira sebagai ayat insurans," teringat Abah pernah berkata pada saya.

"Ayat insurans?"tanya saya tak faham.

"Ha ah. Ayat insurans untuk menjamin daripada kemalangan," kata Abah lagi.

"Owh. Maknanya, kalau kita baca, tak kemalangan la yer Bah?" tanya saya lagi.

"Insyaallah..Maknanya, kalau kita eksiden juga lepas baca ayat ni, kita boleh claim pada Allah, sebab Allah dah janji bagi keselamatan pada kita. Tapi kita kena berusaha juga untuk elak kemalangan." jawab Abah.


Sepanjang jalan, abah tak putus-putus berzikir dan mengingatkan kami semua supaya berzikir.

"Mah. Dah zikir?" tanya abah pada mak.

Saya yang sedang memandu terus mengalunkan zikir-zikir mudah yang biasa dilagukan di radio dan televisyen. Teringat saya masa kecil-kecil dulu. Memang sejak saya kecil lagi, Abah memang tak beri kami dengar radio. TV pun tak ada kat rumah. Semua kena banned. Kalau nak tengok, kena gi umah nenek. Kalau dalam kereta pulak, aktiviti kami, selain berzikir, dia mesti akan tasmi' bacaan surah-surah lazim kami. Kalau tak pun, kami tidur jelah. Heheheh.. Bila difikirkan, amalan yang Abah ajar ini yang menjadikan kami mudah nak menghafal dan mengingat. Amalan ini juga menyebabkan saya selalu jadi yang pertama hafal surah lazim masa kat sekoalh rendah. dan dapat wakil sekolah dalam ihtifal sekolah-sekolah untuk hafazan. Jadi pandai? Tak juga. Semuanya bergantung kepada usaha masing-masing.

Dua minggu lepas, saya bawa Abah ke UITM Sri Iskandar, melihat adik bongsu saya yang masih belajar di Tahun 2 dalam bidang lanskap di sana. Dalam perjalanan pulang, Abah membaca dua surah yang memang biasa dia akan baca selepas solat Isyak. Tiba-tiba Abah bertanya,

"An (panggilan keluarga) tau surah apa Abah baca tadi?" tanyanya pada saya.

"Tau," jawab saya.

"Apa?" tanyanya menduga.

"Mmm.. Alif Lam Mim Sajadah dan Al-Mulk (Tabarakallazi ).." jawab saya yakin.

"Alhamdulillah.. betullah tu.. hafal tak?" tanyanya pada saya.

"Heeee.. yang tu belum la Bah. Tapi Al-Waqiah bolehlah.." jawab saya.

"Cuba, Abah nak dengar," kata Abah.

"Ok. tapi kat hujung-hujung tu, gagal sket la Bah," kata saya.

"Tak pe.. baca ajer," kata Abah lagi.

Saya terus membaca surah berkenaan. Ada juga yang Abah betulkan di hujung-hujung surah itu. Habis saja bacaan saya, Abah berkata,

"Ahsanti, ahsanti (bagusnya kamu, bagusnya kamu)".

Malunya bila Abah puji, walhal baru satu surah ajer saya hafaz.. nak bandingkan dengan Abah yang rajin hafal surah lain. Memang bukan senang untuk orang macam Abah boleh hafal Quran. Abah bukannya dapat pendidikan agama pun sejak kecil, tapi hatinya sentiasa di masjid. Dia belajar di High School Klang. Tapi setiap kali waktu solat, dia mesti akan minta izin keluar kelas untuk solat. Setiap waktu solatnya di masjid, dan dia pasti akan dapatkan takbiratul ula (takbir yang pertama). Susah nak lihat dia solat di rumah kecuali demam. Itulah Abah. Saya yakin sangat, sebab Abah sangat-sangat menjaga solatnya, Allah permudahkan urusan hidupnya. Nak ikutkan, berapa sangatlah pendapatan Abah sebagai guru untuk sara anak seramai 11 orang. Semuanya sihat dan diberi pendidikan yang cukup. Tapi Alhamdulillah Allah cukupkan keperluan Abah. Abah tak meminta-minta pun supaya dibantu.

Kalau tak kerana didikan, bimbingan dan tunjuk ajar Abah, mungkin saya tak berada di mana saya berada sekarang. Teringat saya kena rotan dengan Abah sebab tinggal solat. Jadi, lepas tu, saya tak tinggal solat lagi. Teringat saya seawal darjah 1 dah kena pakai tudung ke sekolah. Jadi kalau tak pakai tudung masa keluar rumah, rasa macam tak lengkap berpakaian ajer.. Abah sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami supaya mencontohi cara hidup Rasulullah SAW tercinta. Dia ajar kami adab makan, adab tidur, adab masuk ke tandas, adab menaiki kenderaan, adab masuk ke masjid, dan lain-lain ikut sunnah. Setiap malam, Abah bacakan kami hadis-hadis mengenai Rasulullah, fadilat-fadilat solat, puasa, sedekah, kisah-kisah para sahabat Nabi untuk kami hayati dan amalkan. Walaupun mungkin ada yang kami terlupa, tapi Abah tak putus-putuskan ingatkan kami supaya jaga solat, dan amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Semua tu sebab Abah. Allah berikan kekuatan pada Abah untuk sampaikan ilmu tu pada kami. Alhamdulillah...

Abah pun penyayang dan suka sangat dengan kucing.

"Seorang sahabat Nabi SAW namanya Abu Hurairah r.a.. Dinamakan begitu sebab dia suka sangat kucing. Banyak kucing dibela," teringat Abah pernah berkata demikian bila saya bertanya, kenapa Abah suka dengan kucing.

Banyak sangat nak cerita pasal Abah, tapi cukuplah dulu.. Terlalu banyak kebaikan Abah yang terbalas oleh kami. Thanx Abah. Thanks sangat-sangat. Tak terbalas jasa Abah pada saya. Saya selalu berdoa semoga Allah memaafkan kesalahan Abah, dan membalas jasa Abah membela saya dan adik-beradik lain. Kesabaran Abah mendidik kami, kami sendiri pun tak terbalas. Cuma mungkin kerana kasih sayang saya pada Abah, saya terpaksa berkorban dan memilih untuk berpisah dengan buah hati kesayangan saya, demi cinta saya pada Abah. Semoga Abah dirahmati Allah, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan untuk terus beribadah di muka bumi ini. Amin.

Kepada semua pembaca yang masih mempunyai ayah, hargailah ayah semasa masih diizin Ilahi. Pengorbanannya memang tak terbalas. Luangkan masa bersamanya semasa masih sempat. Hubunginya selalu. Jika ayah kita sudah tiada, mari sama-sama mendoakan semoga arwah ayah kita sentiasa di dalam rahmat dan diberi keampunan oleh Allah SWT.

Insan-insan teristimewa dalam hidupku. Dari kiri : Abah, saya, emak semasa pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor tahun 2009.


"I love my daddy!"

Nurhani

Shah Alam

Selasa, 16 Februari 2010

Diari - Majlis Maulid Sempena Hari Lahir Emak yang ke 64

Salam semua,

Alhamdulillah, sempena hari lahir emak saya yang ke-64 pada 14 Februari 2010 yang lalu, kami sekeluarga telah mengadakan majlis bacaan maulid yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin. Turut hadir bersama beliau adalah beberapa orang anak yatim Rumah Ijabah Anak Yatim dan Hafiz yang tidak pulang ke kampung semasa cuti Tahun Baru China. Kaum keluarga dan sanak saudara terdekat kami juga turut hadir memeriahkan majlis. Memang seronok bermaulid beramai-ramai. Terasa kemeriahan sambutan maulidurrasul yang semakin hampir. Saya turut menerima response yang baik daripada sanak-saudara yang turut berminat untuk menganjurkan majlis maulid di kediaman mereka.

"Best lah Ustaz tu kak," komen Anne, sepupu saya yang duduk di Sri Andalas Klang.

"Nanti boleh lah Cik Djah ajak dia buat program di Ulu Yam. Boleh ajak anak-anak yatim dia sekali," makcik saya yang mempunyai chalet di Ulu Yam mengemukakan cadangan kepada saya.

"Agak-agak berapa kena yer kalau nak jemput Ustaz tu? Biasa kalau ustaz-ustaz glamer ni, mahal nak booking dia," pakcik saya yang duduk di Pekan Kapar bertanya.

"Eh! Tak ada bayaran la.. sepanjang yang saya kenal, Ustaz ni tak ambil bayaran pun.." jawab saya.

"Boleh call terus dia atau PA dia. Atau pun, gi kat website dia, Ustazamin.com. Ada nombor untuk dihubungi," jelas saya.

"Kalau tak pun, call saya jer.. nanti saya tanyakan, boleh jugak," saya mengesyorkan.

"Kira pengurus la ni," makcik saya yang duduk di Shah Alam bergurau.

"Isk. Tak adalah Cik. Orang nak buat benda baik, apa salahnya saya tolong," balas saya.

Mungkin pada pandangan sebilangan besar orang kita, kalau orang dah glamer, agak sukar untuk didekati, dan kos untuk menjemput golongan ini biasanya tinggi. Saya pernah mendengar cerita mengenai beberapa orang penceramah terkenal yang menetapkan bayaran untuk setiap sesi ceramah yang dijemput. Beberapa orang penceramah yang lain pula melantik pengurus peribadi untuk menguruskan jadual-jadual ceramah mereka, kerana mereka terlalu sibuk dengan tugasan harian dan persediaan untuk memberi ceramah, tetapi ada pula pengurus peribadi yang mengambil peluang menetapkan kadar-kadar tertentu yang perlu dibayar, sedangkan tuan penceramah tidak tahu menahu. Akibatnya, nama baik penceramah dan ustaz-ustaz yang tercemar. Ini berbeza dengan Ustaz Amin. Bukan saya ingin memuji, cuma cukuplah saya mendoakan semoga Allah terus merahmatinya dan memberikannya keberkatan serta mempermudah semua urusannya.

Berbalik kepada majlis maulid, yang tak berapa seronoknya ialah, disebabkan terlalu sibuk menguruskan persiapan untuk majlis (makanan dan minuman), saya tak sempat mengambil gambar semasa majlis berlangsung. Saya terlupa berpesan kepada adik saya Faisal untuk mengambil gambar. Hanya ada beberapa keping yang sempat diambil oleh sepupu saya Nina, untuk saya kongsikan di dalam blog ini. Itupun sebab dia malu-malu nak ke depan, jadi, gambar yang diambil pun terhad.

Anyway, yang lebih penting adalah kami dapat berhimpun seisi keluarga untuk sama-sama mengingati Nabi Muhamad SAW dan berselawat beramai-ramai.

Allah berfirman;

"Dan jagalah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka."

Mudah-mudahan ibadah yang sedikit ini Allah terima. Dan mudah-mudahan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan, demi mendapat syafaat Nabi kita di akhirat kelak, untuk membantu kita dari dihumban ke neraka. Amin...

Majlis Maulid bermula.

Gambar diambil dari angle yang sama, sebab camera woman malu nak keluar.. Hehehe..

Nora dan keluarga pun ada.

Biasakan kanak-kanak dengan selawat supaya hati mereka lembut dan mudah dibentuk. Nak tidurkan kanak-kanak pun mudah.. hehehe..

Antara anak- anak ijabah yang hadir. Dari hadapan kanan : Shafawi (baju hitam), Azim ( baju biru) dan Samsul Firdaus (baju purple).

Sebahagian lagi warga Ijabah yang hadir.

Terima kasih Ustaz. Lain kali boleh kami jemput lagi.. :)

The buzzday girl!!

Keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa. Bahagiakan mereka, carilah redha mereka sementara masih diberi kesempatan.

Cupcakes special untuk mak tersayang. Adik saya Faisal dan Raihana bersusah payah mendapatkannya di Bandar Tasik Selatan, demi untuk mak tercinta.

Family potrait. Mak bergambar bersama adik-adiknya. Dari kiri : Cik Sarah, Wak Awi, Wak Din, mak, abah, Cik Rahmah, Cik Djah, Cik Uda dan Paman Idol.

Bergambar kenangan bersama keluarga pakcik (adik abah) yang datang dari Maran, Pahang dan Along dari Kapar, Klang. Dari kiri: Along, saya, abah, mak, Ajim(belakang), Mak Usu, Safrah, Ain, Nurul, Wana, Pak Ucu.


" I luv my family"
Hunny

Kg Raja
Kuala Selangor

Sabtu, 28 November 2009

Diari - Ijtimak JamRah

Salam semua,

Jika jemaah haji berhimpun di Arafah semalam, untuk berwukuf, pada tarikh yang sama tahun ini, kami adik-beradik dapat berhimpun bersama-sama. Semua adik-beradik saya seramai 11 orang semua berkumpul di kampung kami di Kg Raja, Kuala Selangor. Walaupun abah tak ada, kerana terpilih bertugas di Pulau Sumbowo, berhampiran dengan Lombok, Indonesia, alhamdulillah raya haji kali ini kami semua dapat berkumpul bersama-sama dengan sambutan yang sangat sederhana. Masakan pun sederhana, nasi impit dan ayam masak kicap serta sayur kobis ditumis. Walaupun masakannya simple, tapi sebelah petang, kami terpaksa masak lagi, kerana lauk dah licin! Baru separuh hari, tapi semua makanan dah habis.. Agaknya masing2 berselera bila makan ramai-ramai.. Tapi, begitulah keadaannya bila kami semua balik kampung.. Dapur kami memang sentiasa 'hidup' dan macam convenience store, 24 jam beroperasi.. kalau meniaga, memang untung..

Dan kebiasaannya, bila berhimpun, the most favorite activity kami adalah menyanyi beramai-ramai dengan petikan gitar. Kalau tak abang kedua kami, adik bongsu kami, Faisal yang akan memetik gitar. Dulu, masa kami kecik-kecik, abah mesti nasihatkan dan suruh kami berzikir atau mengaji. Lebih bermanfaat dan dapat pahala katanya. Tapi sekarang, abah dah tak halang. Maybe sebab kami masing-masing dah dewasa, atau sebab dia tau, kami takkan larat melalak lama-lama, dan bila time-time tertentu especially solat, kami mesti berenti punya. Atau pun, dia dah maleh nak membebel.. :P Atau, mungkin dia akhirnya sedar, bahawa darah seni yang mengalir dalam diri kami, tak boleh dipisahkan dari kami.. Apapun, kami sentiasa ingat pesanan abah supaya sentiasa mengingati Allah, dan ianya sentiasa tersemat di hati dan minda kami.

Apapun, Ijtimak Jamrah (Perhimpunan anak-anak Jamaluddin dan Rahmah) ini, memang best!

"Syoknya cuti!"

Hunny

Kg Raja

Kuala Selangor

Ahad, 11 Oktober 2009

Diari - LLM Graduation 2009

Salam semua,

Alhamdulillah.. Majlis Konvokesyen UIAM yang ke 25 semalam berlangsung dengan meriah dan sempurna. Saya ditemani emak dan adik lelaki saya Kamil. Sepatutnya abah ikut sama, tapi dia demam, jadi dia berehat saja di rumah kakak di Shah Alam. Jumpa balik kawan-kawan pengajian LLM (Administration of Islamic Law) yang dah lama tak jumpa, rasa seronok sangat. Teringat kenangan masa belajar.

Anyway, tahniah buat semua! Alhamdulillah :)

"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Nurhani
Seksyen 19
Shah Alam


Berkongsi detik manis dengan Abah yang tak dapat pegi sebab demam.

Semasa beratur nak masuk ke dewan dengan kawan-kawan lain. Mortar board pun tak sempat pakai lagi.

Smile!!!

Bersama classmate paling senior, Tuan Haji Bahari dan isterinya. Rezeki emak, pasangan ini dapat VIP seat, dok depan stage. Tuan Bahari minta emak temankan isterinya. Dapatlah emakku duduk depan.. Terima kasih Tuan!

Wah! Mesra nampak? Itulah keistimewaan emakku, Rahmah, yang penuh dengan kasih sayang, cepat mesra walaupun baru berkenalan. :)


Bunga hadiah adikku. Chomey kan? Thanx Amil!


Papan tanda ni sangat sesuai kalau letak kat taman-taman rekreasi dan pusat membeli belah.