Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 13 April 2009

Diari - Dua hari di Hari Mesra Pelanggan MAIS

Salam semua,

Sepanjang Sabtu dan Ahad lepas, selama dua hari ini, saya terlibat dalam program Karnival Mesra MAIS menguruskan Klinik Guaman Syarie. Selain dari pertemuan dengan pak Ngah, rakan blogger saya, banyak aktiviti menarik yang disediakan oleh penganjur sepanjang dua hari program berlangsung. Di sini saya attachkan gambar2 menarik untuk tatapan pengunjung blog ini.

Timbalan Setiausaha MAIS memberi ucapan alu-aluan semasa Majlis Perasmian Program hari Mesra MAIS 2009.

YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS memberikan ucapan perasmian program.

Sebahagian kakitangan MAIS dan pengunjung yang hadir semasa program perasmian.

Wakil NGO Muslim Care, berkongsi pengalaman detik-detik mereka menghantar bantuan ke Gaza. Menurut beliau Muslim Care adalah NGO pertama yang berjaya menghantar terus bantuan ke Gaza dan menemui pemimpin HAMAS. Mereka turut mendedahkan mengenai adanya NGO bukan Islam yang menggunakan nama Islam untuk mengaburi penderma.

Taklimat bahagian-bahagian di dalam MAIS. Tak sampai 5 minit saya sampai di lokasi program, saya diminta memberi taklimat mengenai Bahagian Undang-Undang MAIS dan perkhidmatan yang dianjurkan. Kalau diberi tahu lebih awal, boleh la prepare dengan power point ker.. jadi disebabkan tak ada apa2 accesories, saya goreng jer lah..

Ustaz Juraish sedang melayan soalan daripada Pak Ngah, blogger yang hadir di Klinik Guaman Syarie kami.

Kaunter Lembaga Zakat Selangor.

Kaunter Lembaga Zakat Selangor yang mempamerkan barangan kraftangan asnaf MAIS.

Antara NGO yang turut mengambil bahagian, persatuan tahfiz dan MACMA.

Booth milik Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menawarkan pengajian tinggi dalam pelbagai bidang.

Booth paling ceria, dengan muslimah-muslimah jelita yang menjual barangan terpakai dengan harga murah. Sumbangan daripada hasil jualan akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim MAIS.
Booth milik Kumpulan MAIS Corporation yang merupakan anak syarikat MAIS.

Berjalan sambil menderma. Tak dapat derma duit, derma darah pun boleh. Jururawat dari Hospital Banting diimport untuk menguruskan kempen derma darah.

Mari!Mari! Mari! Murah giler! 3 majalah cuma seringgit! Mari!Mari! Sementara stok masih ada.

Jualan unit-unit rumah di USJ 17, salah satu projek perumahan MAIS. Kelihatan kakitangan MAIS sedang memberi penerangan kepada pelanggan yang singgah.

Cik abang kita ni mencuba bakat menulis kaligrafi Cina. Ada bakat menconteng la bang!! Haha.. Faham ker apa yang ditulis?

Cantik!Produk-produk hasil tangan asnaf-asnaf fakir miskin yang menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor.

Saudara Daniel Hakim Boey, dari MACMA, yang memberi penerangan semasa demonstrasi membuat mi oleh seorang Imam dari China.

Tetamu VIP dan pengunjung program sedang tekun menyaksikan mi buatan sendiri yang dihasilkan oleh seorang Imam dari negara China yang kini sedang menjalani latihan sebagai kader dakwah di MACMA. Seronok saya tengok.. macam kungfu pun ada. tak payah guna mesin, tapi mi yang dihasilkan sangatt lembut..

Pembuat mi meminta tetamu yang hadir merasa kelembutan mi yang dihasilkan. Memang lembut sangat. menurut saudara Daniel Hakim, mi yang dihasilkan ini lebih cepat dimasak, kerana lebih lembut dari mi maggi.

Sesi kuis kenali MAIS bersama penonton.

Persembahan nasyid daripada murid-murid Sekolah Menengah Agama Hishamuddin Kg Jawa Kelang.
Pandai adik-adik ni berbongo dan main percussion nasyid. Teringat zaman muda-muda i dulu... Suka masuk pertandingan nasyid.. dah tua-tua ni pun, masih suka lagi.. huhu..

Pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Menengah Sungai Bertih, Klang, juara pertandingan nasyid antara sekolah peringkat negeri. harapnya kekallah u alls melagukan nasyid2 da lagu2 keagamaan.. jangan bila dah besar, sebab ada bakat nyanyi, masuk AF plak..

Disebabkan tak ada orang nak sampaikan hadiah, saya jadi bidan terjun untuk beri hadiah dan pernghargaan kepada penasyid-penasyid muda kita.

Bergambar kenangan bersama ahli persatuan MACMA (Malaysian Chinese Muslim Association) dengan adik saya serta isteri dan anak-anak.

Ini adalah kali pertama pihak MAIS mengadakan program Hari Mesra MAIS bersama anak syarikat, dan besar kemungkinan akan diadakan program susulan selepas ini, dengan penyertaan yang lebih ramai. Insyaallah. Mudah-mudahan hasrat kami terlaksana. Amin.


"Kebajikan - bekalan menuju akhirat"

Nurhani Salwa
Shah Alam
13 April 2009
10.30 pm

Ahad, 12 April 2009

Peguam Menulis - Thank you very much..

Salam semua,

Pada Jumaat malam, lebih kurang jam 10.30 malam, sewaktu saya menyiapkan entry mengenai kunjungan Ketua Hakim Syarie Terengganu ke Pusat Perlindungan Wanita MAIS, saya dihubungi oleh seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai F. F memaklumkan mengenai kematian seorang muallaf berbangsa India yang memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya (untuk tujuan penceritaan ini, saya menamakan si mati sebagai Raj). Beliau memperolehi nombor saya dari seorang rakan saya yang bertugas di Biro Bantuan Guaman. Beliau meminta pandangan dan nasihat saya untuk menyelesaikan isu Raj, yang telah memeluk Islam di PERKIM tiga tahun lalu, yang mati di sebuah Hospital di Selangor, dan keluarganya yang bukan Islam mahu menuntut jenazah si mati. Menurut F, beliau adalah saksi pengislaman Raj di PERKIM, dan meminta bantuan menyelesaikan isu tersebut. Beliau bertanya, sama ada dia perlu memaklumkan pengislaman Raj kepada keluarga Raj. Saya kata, perlu, kerana sebagai seorang Islam, kita perlu memberi penyaksian perkara yang benar. Saya meminta F mendapatkan maklumat berkenaan Raj untuk memastikan sama ada pengislaman Raj telah didaftarkan di MAIS atau di MAWIP.

Sementara menunggu maklumat daripada F berkenaan si mati, saya terus menghubungi pegawai di Bahagian Pembangunan Islam untuk 'standby' sekiranya terdapat pertikaian berhubung dengan status agama si mati. Saya turut menghantar sms kepada ketua Jabatan saya memaklumkan mengenai perkara tersebut. Selepas mendapat maklumat daripada F, pegawai Hal Ehwal Islam di BPI, terus membuat siasatan dan mendapati si mati adalah mualaf yang berdaftar di MAIS dan menerima bantuan bulanan dari pihak MAIS. Setelah berbincang dengan Pendaftar Mualaf, kami bersetuju untuk menyelesaikan isu melalui perbincangan bersama ahli keluarga Raj pada keesokan harinya. Tambahan pula, pihak kami mempunyai sedikit masa tambahan, kerana jenazah Raj masih lagi dibedah siasat di Hospital tersebut.

Pada hari Sabtu, semasa saya menghadiri Karnival Mesra MAIS, saya dihubungi oleh seorang yang mengenalkan dirinya sebagai Ir. Az dan memaklumkan bahawa F menelefon saya menggunakan hp beliau. Saya memaklumkan kepada beliau mengenai tindakan yang akan dibuat oleh MAIS dan bersedia membantu menyelesaikan perkara ini. Pada sebelah petangnya, saya dihubungi oleh seorang pegawai daripada Bahagian BPI MAIS, yang berbangsa India, memaklumkan bahawa keluarga si mati menerima berita pengislaman si mati dengan hati yang terbuka. Alhamdulillah! Bisik hati saya, kerana tidak perlu bertikai sehingga melibatkan isu perkauman demi mempertahankan hak seorang muslim yang telah mati, seperti kes pendaki Everest, Abdullah Moorthy dan beberapa kes lain. Ada beberapa kes yang mana pihak MAIS telah disaman oleh keluarga si mati kerana menuntut jenazah si mati sedangkan agama si mati adalah agama bukan Islam.

Apa yang saya nak kongsikan adalah, penyampaian maklumat, tindakan, dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang mendesak dan memerlukan penyelesaian segera. Dalam kes ini penyampaian maklumat adalah ADUAN ke pihak berwajib supaya tindakan dibuat. ADUAN dibuat oleh F dan disokong oleh Ir.A. Tindakan dijalankan oleh MAIS, dengan kerjasama di antara Bahagian Undang-Undang dan Bahagian Pembangunan Insan MAIS. Kemudian, dengan kerjasama pihak polis dan hospital, jenazah tersebut dapat disemadikan di Tanah perkuburan Islam dengan selamat.

Sehari sebelum jenazah dikebumikan, saya menerima sms daripada Ir. A yang berbunyi :-

Assalamualaikum wbt. terima kasih di atas komitmen/bantuan & kerjasama cik/pihak MAIS dalam kes Allahyarham Raj. Insyaallah esok, kami akan sama-sama jalankan fardhu kifayah ke atas jenazah.

Tengahari tadi, lebih kurang jam 1.30 tengahari, saya dihubungi oleh Pegawai Muallaf MAIS di daerah berkenaan mengucapkan terima kasih atas bantuan tak seberapa saya. Paling mengharukan apabila pegawai berkenaan memaklumkan mengenai ucapan terima kasih daripada keluarga si mati kepada MAIS kerana menguruskan jenazah anak mereka dengan selamat dan penuh hormat seebagai seorang Muslim. Beliau turut memaklumkan kepada saya bahawa semasa solat jenazah, lebih daripada 50 orang Islam yang berada di dalam komuniti tersebut hadir menyembahyangkan jenazah si mati. Perasaan saya begitu gembira menerima ucapan terima kasih tersebut, kerana ia datang dari orang bukan Islam., yang seolah-olahnya melihat Islam itu begitu indah... Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah yang memberi petunjuk dan kemudahan kepada kami untuk menyelesaikan kes ini.

Kepada sesiapa yang mempunyai aduan mengenai mana-mana muallaf yang terabai/ tidak mendapat bimbingan Islam sewajarnya, sila hubungi Bahagian Pembangunan Insan MAIS di talian 03 5514 3400, (samb. Bhgn pembangunan Insan MAIS) untuk mendapatkan nasihat/bantuan. Adalah lebih baik menyelamatkan aqidah semasa masih hidup daripada dipertikaikan setelah dia mati. Wallahua'lam.

'Memartabat Syariah, Undang-undang Allah'

Nurhani Salwa
Shah Alam
13 April 2009
1 a.m.

Sabtu, 11 April 2009

Diari - Pertemuan & Perpisahan

Salam semua,

Hari ini, terdapat dua kejutan berlaku kepada saya sempena meraikan Karnival Mesra MAIS, hari bertemu pelanggan di Kompleks PKNS Shah Alam. Keduanya saya terima dengan emosi dan penerimaan berbeza.. Pertamanya, Pak Ngah, rakan blogger saya di alamat blog http://www.leewantam.com/ atau kehidupan bersih, yang saya kenali di alam maya, telah hadir di karnival tersebut dan berjumpa dengan saya dan ustaz Juraish di booth klinik guaman syarie yang kami anjurkan. Terkejut juga bila pak Ngah kata dia mengenali kami berdua di alam maya. Saya teka sekali jer, tepat jawapan saya.. Pak Ngah rupanya.. Terima kasih Pak Ngah! Thanx atas sokongan. Tadi tak sempat belanja.. lain kali yer pak Ngah!! Andainya saya tahu lebih awal, tentu saya boleh datang awal sket dan belanja pak Ngah makan@ minum..

Pak Ngah dan Ustaz Juraish di gerai Klinik Guaman Syarie.

Bergambar kenangan bersama Pak Ngah di hadapan pentas utama karnival Mesra MAIS.

Kedua, selepas program selesai, lebih kurang jam 6.30 petang, saya menikmati minum petang di Restoran The Scene yang terletak betul2 di hadapan tapak gerai karnival bersama beberapa orang rakan dan adik saya dan suaminya. Saya menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat yang memaklumkan mengenai kematian seorang sahabat saya akibat denggi. Terkejut saya dengan berita tersebut, kerana kali terakhir saya berjumpa dengan arwah adalah semasa karnival Sukan MAIS minggu lepas, selepas team kami mengalahkan team beliau (LZS). Sedih saya kerana tidak menyangka di usia semuda itu (32 tahun) beliau telah meninggalkan dunia ini.. Andainya saya tahu, tentu saya spend lebih banyak masa bersama beliau semasa pertemuan terakhir kami, dan tentunya saya awal2 minta maaf kalau ada salah silap..

Saya terus mengajak dua orang sahabat saya menziarahi rumah allahyarhamah di Pulau Indah. Saya hanya pernah sekali ke rumah beliau semasa majlis perkahwinannya pada penghujung tahun 2006, tetapi alhamdulillah, tidak susah untuk mencari rumah arwah. Ayah arwah, pakcik Abdul Aziz yang menjemput kami masuk ke bahagian dapur. Alhamdulillah, keluarga beliau menerima berita kematian dengan tenang kecuali kakak arwah yang duduk bersebelahan dengan saya tak berhenti2 menangis sambil berzikir dan beristighfar tak henti2. Anak lelaki beliau yang berumur lebih kurang darjah 4, sibuk mengelap air mata ibunya. Lebih kurang 10 minit selepas kami tiba di sana, jenazah Allahyarhamah tiba. Kakak arwah yang duduk bersebelahan dengan saya terus menangis dan mengatakan bahawa, patutlah arwah beriya-iya minta si kakak menjaganya semasa arwah sakit (demam yang berpanjangan), rupa-rupanya nak tinggalkan kakaknya.. Sedih saya mendengar rintihan si kakak, tapi saya cuba bersikap tenang dan kontrol airmata yang nak gugur. Adik perempuan arwah yang memang mengenali saya, terus datang dan memeluk saya.. Terharu saya dibuatnya.. Sambil saya memujuk dan meminta diredhai pemergian arwah, saya membayangkan, bagaimana agaknya keadaan bila saya mati kelak? Adakah saya mati dalam keadaan yang sempurna? Adakah akan ditangisi, atau dicaci? Yang penting, adakah saya BERSEDIA? Adakah amal saya cukup? Solat saya, adakah diterima? Amalan saya, adakah diterima?taubat saya, adakah diterima? Dosa saya adakah terampun?

Lumrah alam.. mulanya pertemuan akhirnya perpisahan.. Mudah-mudahan Allah pisahkan saya dengan alam nyata apabila saya sudah betul2 bersedia.. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa saya, dan terima amalan saya.. Aminn..

Nasyid ini (yang saya dendangkan semasa pertandingan nasyid semasa Tingkatan 4) terngiang-ngiang di dalam otak saya:-

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil

Sekujur badan nan kedinginan


Life is too short. We never know when we are going to die.. Just be prepared.. Do the best u can do in this life.. Do as many as good deeds.. Do what Allah wants us to do. Avoid the things He prohibits. Wallahua'lam.


'Mencari Redha Ilahi'
Nurhani Salwa Jamaluddin
Shah Alam
11 April 2009

PROMOSI - KARNIVAL MESRA MAIS

JANGAN LUPA, KARNIVAL MESRA MAIS AKAN DIADAKAN PADA 11 DAN 12HB APRIL INI DI RUANG LEGAR, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM. DATANG BERAMAI-RAMAI! ADA KHIDMAT GUAMAN SYARIE PERCUMA, JUMBO SALE, KLINIK AL-QURAN, PROGRAM DERMA DARAH, KARAOKE ISLAM, FORUM DAN CERAMAH AGAMA, KAUNTER-KAUNTER PERKHIDMATAN MAIS DAN ANAK-ANAK SYARIKAT MAIS IAITU LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, KUMPULAN MAIS CORPORATION DAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR, PERSEMBAHAN NASYID, DLL. DATANG RAMAI2!! MASUK PERCUMA!! DATANG, JANGAN TAK DATANG!! SEE YOU THERE!!

Jumaat, 10 April 2009

Diari - Dari Seksyen 5 ke Pusat Perlindungan Wanita

Salam semua,

Hari ini saya berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja yang gagal untuk saya siapkan kerana setiap hari kena attend meeting yang penting di samping memberi nasihat guaman. Meeting dengan peguam yang sepatutnya dibuat jam 10 terpaksa ditangguhkan kerana peguam masih di Mahkamah (sampai 11.30am saya tunggu..) sementara menunggu saya isikan dengan perbincangan bersama seorang peguam sivil yang bertanyakan mengenai beberapa isu syariah berkaitan dengan taklik dan lafaz cerai. Sebelum jam 12 tengahari, saya dan dua lagi pegawai MAIS (Pegawai PRO dan Pegawai Syariah) bergegas ke Baitul Ehsan (Pusat Perlindungan Wanita) yang telah diwartakan sejak tahun 2001, kerana menerima kunjungan dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu. Rombongan beliau turut disertai oleh Ketua Hakim Syarie Selangor, Dato' Mohd Zohdi, dan pegawai-pegawai Syariah dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan input dan maklumat mengenai penubuhan dan prosedur serta undang-undang yang digunapakai oleh Pusat Perlindungan Wanita MAIS, untuk dibawa pulang ke Terengganu bagi mewujudkan satu pusat pemulihan yang sama di Terengganu. Alhamdulillah, sesi yang berlangsung lebih kurang satu jam lebih (3pm-4.30pm) diisi dengan taklimat dan penerangan oleh Penguasa atau Ketua Pusat Pemulihan Wanita MAIS, Ustaz Mohd Khairi Solehan. Banyak cerita-cerita dan pengalaman yang dikongsikan oleh Ustaz Khairi dengan tetamu yang hadir. Antaranya, terdapat 3 kategori pelatih yang diterimamasuk oleh Pusat ini, melalui perintah Mahkamah, atas kesalahan jenayah syariah seperti khalwat dan persetubuhan luar nikah, sumbang mahram, etc) atau secara sukarela, atau yang meminta perlindungan.

Apa yang paling menarik untuk saya kongsikan adalah, modul-modul yang digunakan di dalam Pusat ini, yang banyak membantu kepada pemulihan gadis-gadis remaja yang terlanjur atau liar. Contohnya, modul utama dan wajib adalah setiap pelatih dilatih dan diberi bimbingan solat dan mengaji (iqra' 1-iqra' 6),wajib dicompletekan. Ini penting sebagai asas untuk pengisian jiwa mereka. Teringat saya seorang penceramah (sahabat karib saya) sering mengingatkan kepentingan solat 5 waktu, kerana adanya satu doa yang bila tidak dibaca, tidak sah solat kita. Doa itu adalah surah Al-Fatihah, di mana ayat kelimanya merupakan doa untuk diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Insyaallah, jika solat 5 waktu itu dijaga, pastinya hidayah dan petunjuk Allah akan tiba juga. Banyak lagi modul lain yang menarik. Paling penting adalah modul kaunseling keluarga, di mana setiap keluarga diminta untuk hadir dan berbincang dengan pelatih2 di sini, untuk mengingatkan tanggungjawab keluarga terhadap anak-anak gadis supaya memastikan anak-anak gadis mereka tidak terabai selepas proses pemulihan selesai.

Alhamdulillah, walaupun pertemuan ini sangat singkat, yang pastinya, satu jalinan telah terikat. Perjalanan dari Seksyen 5 ke Sabak Bernam ini, mungkin tidak akan terhenti setakat ini. Perjuangan dan perjalanan memartabat undang-undang Syariah masih jauh lagi. Bukan setakat MAIS dan JAKESS, atau SELANGOR dan TERENGGANU. Jalinan ukhuwah dan jaringan kerja antara semua jabatan berkaitan, negeri dan negara serta sokongan semua umat Islam amat penting untuk merealisasikan tujuan murni ini. Insyaallah, mudah-mudahan tujuan murni ini mendapat petunjuk dan rahmat Allah.

Di sini juga, ingin saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak gadis atau melindungi wanita @ anak-anak gadis mereka , atau ada sesiapa yang berminat untuk sama-sama menjalani aktiviti di Pusat ini, boleh hubungi Penguasa Pusat ini di talian atau layari www.mais.gov.

"Mengharap Keredhaan Allah"
Nurhani Salwa
Shah Alam
10 April, 9-30pm

Delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan JAKESS Selangor. Dari kiri, Ustaz Mohd Ropi, (Pegawai Penyelidik kepada Hakim Mahkamah Tinggi Terengganu), Ustaz Rosdi (Pegawai Penyelidik kepada Ketua Hakim Syarie), Dato' Ismail Yahya (Ketua Hakim Syarie Terengganu), YAA Dato' Hj Zohdi Toha,( Ketua Hakim Syarie Selangor), Ustaz Khairie (Penguasa PPW), Ustaz Juraish (Pegawai Syariah MAIS), Tuan Wan Zakri (Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu), Tuan Zainul Rashid (Ketua Pendaftar JAKESS) dan Ustaz Rizuan (Pegawai Sulh JAKESS)

Saya dan Pegawai PRO MAIS, Puan Rohana yang turut serta dalam majlis pertemuan ringkas ini.

Penguasa Baitul Ehsan (Pusat Perlindungan Wanita) sedang memberikan taklimat berkenaan pusat berkenaan kepada tetamu yang hadir.


Suasana dalam bilik mesyuarat.

Masing-masing tekun mendengar taklimat yang disampaikan.

Saling bertukar cenderemata, sebagai simbolik pertemuan dan jalinan ukhuwah.


Kenangan dari JKSM Terengganu. Mengimbau Batu Bersurat Terengganu, yang membuktikan Islam adalah undang-undang sebelum penjajah Portugis menakluki Melaka, selain dari manuskrip Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang 99 Perak. Tarikh yang dinyatakan di Batu Bersurat tersebut adalah 1303M atau 702 Hijrah, sedangkan Portugis menakluki Melaka adalah pada tahun 1511. Islam telah bertapak lebih awal di Tanah Melayu. Zaman kegemilangan Islam ini tidak dinyatakan di mana-mana? Pelikkan? Semalam, sahabat saya yang baru pulang dari Moscow menyatakan, beliau menemui manuskrip undang-undang bertulis Melayu di Moscow State University. Ada 13 lagi manuskrip Melayu yang berada sebahagiannya di Belanda, Sepanyol dan tidak ada di tempat lain. Satu penemuan yang menunjukkan bahawa adanya konspirasi untuk menyembunyikan fakta sejarah Melayu dari orang Melayu sendiri..

Sesi lawatan ke sekitar Baitul Ehsan.


Bengkel jahitan, antara kemudahan yang disediakan di sini. Menurut Ustaz Khairi, pelatih-pelatih di sini diminta untuk menjahit pakaian mereka sendiri.

Antara kemahiran lain yang diajar di sini adalah memasak. Roti goreng yang dibuat sendiri oleh gadis-gadis ini. Sedap!Sempat pau satu!! Hehe..

Merakamkan detik-detik bersama adik-adik di Pusat ini. Mudah-mudahan mereka dapat dipulihkan dan dapat menjalani hidup seperti biasa. Seharusnya kita memberi peluang kedua kepada mereka.

Menurut ustaz Khairi, ada di kalangan pelatih yang berjaya menjadi guru Iqra',ada yang menjadi engineer, dan mengusahakan perniagaan restoran. Ini yang Islam mahu, ini yang kita usahakan. Beri peluang mereka menebus kesalahan, beri bimbingan, bina kemahiran, tanamkan keimanan, akhirannya, tawakkal atas usaha yang dibuat. Setiap manusia fitrahnya mahukan yang baik. Bimbingan dan pesanan yang berterusan perlu dibuat. Insyaallah, bila kita membantu manusia, ke arah mencintai Allah, Allah akan membantu kita.

Beramah mesra bersama tetamu yang hadir. Gembira nampak ustaz Rizuan dari JAKESS..


Bergambar bersama member lama Ustaz Mohd Ropi. Dulu jumpa di Mesir tahun 2007. Masa tu beliau sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat HEP Terengganu. Dia tegur saya dan tanya saya kenal dia tak? Saya kata tak pasti.. Bila dia mention pasal Mesir, baru saya teringat dan termalu, sebab betul2 tak ingat. Masa mula2 nampak, memang saya perasan macam pernah jumpa, cuma tak ingat di mana. Bila dia tegur baru ingat. Sorilah ustaz! Masa kat Mesir anta tak pakai blazer., tak pakai songkok. Bila pakai blazer, dengan songkok, betul2 macam ustaz, ana segan nak tegur, walhal kat Mesir, dia yang jadi tour guide saya dan sorang member berjalan kat pasar sayyidina Ali. Hehehe..
Bergambar kenangan beramai-ramai bersama tetamu dari JAKESS dan JKSM Terengganu. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, jangan serik datang lagi.

Bye!! Selamat Jalan! Jumpa lagi!!

Cuba teka bangunan apa ni?

Selasa, 7 April 2009

Diari - Hari Ini Dalam Sejarah

Salam semua,

Sepatutnya dari jam 6 tadi saya dah post entry ni.. Tapi ntah apa pasal, asyik2 terdelete ajer entry asal. Check dalam draft dah tak ada.. Naik bengang nak menaip balik semula cerita.. Anyway, cuma nak kongsikan detik2 bersejarah semasa ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Negeri Selangor pagi tadi di Dewan 3, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Pesanan Hakim Syarie, Yang Arif Tuan Muhammad Khalid Bin Shaii, mengenai tanggungjawab Peguam Syarie untuk membantu mahkamah dalam membuat keputusan yang adil dalam semua kes-kes syariah masih terngiang-ngiang di kepala. Peguam Syarie perlu jujur dan sentiasa adil serta amanah dalam beramal. Beliau turut mengingatkan mengenai rezeki yang diperolehi dengan berkat.

Insyaallah, saya akan memulakan amalan guaman syarie saya dengan menyertai Klinik Guaman Syarie anjuran MAIS yang diadakan sempena Bulan Kualiti MAIS 2009. Klinik ini diadakan bertujuan untuk memberi nasihat guaman syarie percuma kepada masyarakat Islam seluruh negeri Selangor. Program Klinik Guaman syarie ini akan berlangsung selama dua hari , iaitu pada 11 dan 12 April 2009, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu dan bermula jam 10pagi hingga 5 petang pada hari ahad. Program tersebut akan diadakan di Ruang Legar, Kompleks PKNS Shah Alam. Semua dijemput hadir. Datang ramai2 ek!! Banyak acara menarik diadakan. Ada jumbo sale, ceramah motivasi, dll. Masuk free ajer.. Datang yerr..


My name.. case number 12th on the list..

Suasana dalam Mahkamah sebelum majlis bermula..

Bersama mover yang bercakap bagi pihak saya di dalam mahkamah, Puan Fadhlina. Yang Arif Hakim menegur beliau kerana bercakap terlalu laju. Sambil berseloroh, Yang Arif berkata, "sesak nafas saya nak menulis, boleh kiok macam ni.." Hehehe..

Mengabadikan kenangan bersama orang-orang tersayang yang turut hadir sama. My mom, my dad and my uncle, Dato' Samsudin. Terima kasih atas doa dan sokongan kalian semua.

Antara rakan-rakan setia yang turut hadir sama memeriahkan Majlis. Thanks gurls! I really appreciate your presence!! Tapi kalau ada present, lagi best!! Hahaha..

Bergambar bersama kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS dan seorang sahabat yang turut sama ditauliah sebagai Peguam Syarie Selangor, Ustaz Muhamad Abdullah.

Khamis, 2 April 2009

Diari - We are the champion!!

Salam semua,

Bermula Jumaat 3hb April 2009 sehingga semalam, Karnival Sukan MAIS dan anak syarikat MAIS telahpun dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah, program tersebut berjalan lancar, walaupun musim hujan,tapi sepanjang program, alhamdulillah, tak hujan, kecuali semasa penyampaian hadiah. Itupun tak menjadi masalah kerana acara penyampaian hadiah dibuat di dalam dewan.

Ini merupakan kali pertama karnival sukan ini diadakan bersempena dengan Bulan Quality MAIS Tahun 2009 bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah di antara pihak MAIS dan anak syarikat yang bernaung di bawah MAIS iaitu Lembaga Zajat Selangor, KUIS dan Kumpulan MAIS Corporation. Alhamdulillah, kontijen MAIS berjaya mengumpul mata terbanyak di antara 4 pasukan yang bertanding, dan melayakkan kami merangkul kejuaraan untuk Piala Pusingan Dato Setia Pengerusi MAIS. Cayalah!! Tahniah kepada peserta-peserta yang menang (termasuklah saya, hehe), yang tak menang cuba lagi tahun depan. Dua2 game yang saya masuk dapat emas.. Rasa berbaloi berpanas2 sampai tan kulit masing2 untuk training bola tampar di masjid negeri.. Akhirnya team kami dapat emas!! Ping-pong pun sama, alhamdulillah dapat emas juga..

Tahniah juga kepada penganjur, penaja-penaja dan pihak urusetia yang bersusah-payah dan stress sepanjang pengendalian program. Syabas atas usaha kalian. Usaha mengukuhkan silaturrahmah di antara sesama Muslim ini perlu diteruskan. Soalan kepada urusetia, boleh tak demand cuti sebab menang? Ataupun pakej rawatan spa percuma untuk facial dan urut badan, sebab sakit badan den menampar.. Hehe..

Di sini juga saya kongsikan detik2 yang sempat saya rakamkan semasa program berlangsung..

Time pendaftaran.. Letih urusetia nak layan kerenah peserta-peserta yang masing2 'aktif' mulutnya.. Hehehe

Bola jaring, permainan terawal yang dipertandingkan.. Tengok lah aksi kakak kita ni.. macam wushu dan karate pun ada..

Cewah! Bukan main maniss lagi senyum masing2.. Almaklumlah, menangg.. cuba kalau kalah.. hehehe.. Mesti muncung boleh sangkut hanger..

Majlis perasmian dimulakan dengan doa selamat.. Moga2 program berjalan lancar dan menepati objektifnya.. Aminnn..

Perasmian oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS, Dato' Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa.

Gimik perasmian adalah pertandingan badminton antara YAD Dato Azib dengan CEO Kumpulan MAIS Corporation. Smash Dato!!

Antara kontijen lain yang turut mengambil bahagian. Berbaju biru daripada Kumpulan MAIS Corp, berbaju merah kontijen dari Kolej Universiti Islam Selangor.

Acara senamrobik beramai2.. lenguh jugak..

Gaya seorang peserta volleyball MAIS.. Cayalah Puan!! Serve Puan terbaikk!!!

Team volleyball bergambar selepas menewaskan KUIS semasa final. Puas hati den.. Tak sia2 terbakar kulit muka..

Anggota PBSM yang komited menjalankan tugas semasa program berlangsung.

Kamera gurl dari KUIS cuba untuk mendapatkan angle yang menarik.

Upacara penyampaian hadiah..

Peserta2 MAIS berkongsi kegembiraan di pentas setelah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan MAIS. Cayalah u alls!! Hidup MAIS!!

Peserta wanita bergambar kenangan dengan piala pusingan.

My own collection, dua emas, bola tampar dan bola jaring. Alhamdulillah.. :)