Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 16 Julai 2010

Catatan Perjalanan - International Conference on Muslims in Multicultural Society

Salam semua,

Saat saya menulis entri ini, saya dan Ustazah Hafizah baru saja pulang dari membeli-belah di kawasan berhampiran Mustafa Center, gedung membeli-belah di Kota Singapura yang beroperasi selama 24 jam. Program yang sangat penuh, bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam menyebabkan kami tak sempat nak berjalan-jalan di sekitar Kota Singa. Esok jam 5.30 petang, kami akan berlepas dari Lapangan Terbang Changi. Jadi, selesai sahaja majlis makan malam bersama Tuan Hj Alami, Presiden MUIS, kami terus menahan teksi untuk ke kawasan membeli-belah utama di Singapura tersebut untuk membeli sedikit ole-ole untuk kawan-kawan di Malaysia.

Insyaallah, esok jam 5.30 petang, kami berdua akan bertolak pulang ke Malaysia menaiki pesawat MAS. Tiga hari kami di sini, rasa terlalu cepat masa berlalu. Program persidangan antarabangsa kami disusun dengan sebegitu penuh oleh urusetia MUIS Academy. Namun demikian, walaupun kami letih kerana mendengar terlalu banyak, dan menerima banyak input-input baru, namun, manfaat yang kami perolehi lebih banyak lagi. Terutamanya perkongsian dengan pembentang kertas kerja yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Paling saya seronok, dapat bertemu dan beramah mesra dengan Prof Tariq Ramadhan, pensyarah terkemuka dari Oxford University. Memang tak sombong orang-orang hebat ni. Juga perkenalan dengan peserta-peserta beragama Islam dari negara luar, dan berkongsi pengalaman mereka di negara di mana mereka adalah rakyat minoriti di dalam negara mereka. Pertembungan dan pertelingkahan di kalangan penduduk Islam minoriti dan penduduk bukan islam majoriti di negara mereka adalah merupakan perkara yang paling mereka cuba untuk elakkan. Disebabkan itu, banyak usaha-usaha yang telah dibuat oleh golongan ini di negara masing-masing untuk mengelakkan pertelingkahan atau pertumpahan darah yang berterusan. waktu-waktu rehat, kami berdua akan bercampur dengan peserta-peserta yang hadir untuk berkongsi pengalaman. Paling seronok, apabila speakers yang dijemput semuanya berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan tak sombong. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan pengalaman yang saya kutip di sini sepanjang persidangan berlangsung dapat saya cadangkan untuk dipraktikkan di Malaysia.

Di sini, saya letak gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Bersama Aisyah, urusetia program yang banyak bersusah-payah membantu kami di Singapore.

Bersama Timbalan Mufti Singapore, Ustaz Fatris Bakaran.

Bersama Tuan Hj Alami Musa, Presiden MUIS dan Dr Albakri Ahmad, Dekan MUIS Academy.

Bersama peserta dari Singapura dan Brunei.

Bersama Amjad, Cordoba Institute, UK.

Bersama Eugene Tan, pensyarah di Singapore Management University, dan pembentang kertas kerja.

Bersama Imam Dr Feisal, Pengerusi, Cordoba Initiative, USA., salah seorang pembentang. Terkejut saya bila dengar Imam ni boleh bercakap Bahasa Melayu. "Saya 10 tahun di Kelantan, makan budu!" Hehehe..

Peserta-peserta lelaki dari Sri Lanka bergambar dengan Prof Tariq Ramadhan.

Seronok sangat dapat ambik gambar dengan Prof Tariq Ramadhan, daripada Universiti of Oxford, one of the most outstanding contemporary muslims scholars in a present day. Beliau banyak menulis mengenai Islam di zaman moden.

Saya bersama dua orang pembentang kertas kerja dari India, Dr Yoginder Sikand, India University dan Ms Nigal.

Ustazah hafizah bersama speakers Dr Yoginder dan Mrs Nigal dari India.

Bersama Imam Senaid Kobinica dari Norway, yang juga adalah salah seorang pembentang kertas kerja.

Imam Yahya Sergio Yahe Pallavanici, pembentang kertas kerja dari Itali.

Bersama Imam Yahya Pallavicini dari Itali dan Encik Ihsaan Gardee, dari Canada. Kedua-duanya adalah pembentang kertas kerja.

Sesi pembentangan pada sebelah petang hari kedua.

Bersama Prof Heidi, dari USA, salah seorang speaker, dan Encik David Khoo, seorang pengajar kitab Bible di Malaysia.

Sesi pembentangan pada hari kedua.

Bersama Ustazah Siti Rahmah peserta dari Singapura. Di sini, beliau medapat jolokan sebagai Dr Mashitah Singapura kerana kemantapan beliau menyampaikan ceramah agama.

Sesi pembentangan pertama pada hari kedua.

Bersama Prof Hj Bashir Kim Dae Yong, dan Hj Shafiq Abdullah, dari RISEAP, KL. Pertama kali berjumpa Hj Basyir semasa International Wakaf Conference di Singapura pada tahun 2008. Disebabkan itu, dia akan memperkenalkan saya kepada orang lain dengan kata-kata begini," She is my sister, please take care of her.." :)

Bersama Muhamad, seorang lagi peserta Sri Lanka, tetapi menetap di Melbourne, Australia.

Bersama Muhamad Zuhair peserta dari Sri Lanka mewakili Discover Islam Centre.

Bersama Mufti Hong Kong, Muhammad Arsyad.

Majlis perasmian oleh Senior Minister of Singapore, Mr Goh Chok Tong.

Happy nampak Ustazah!!

Bersama SS Mufti Singapura yang sangat peramah dan mesra. Banyak persoalan mengenai asnaf riqab yang kami kongsikan bersama dengan beliau.

Sesi pertama.

Bergambar kenangan bersama Ustazah Hafizah.

Kenangan bersama student-student Universiti di Singapura yang turut hadir.

Antara peserta yang hadir mewakili negara masing-masing.

Grand Hyatt, tempat program berlangsung.

Sesi kedua.

Orang JAKIM pun ada..:) Berbaju biru, Ustaz Razali, KPP Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Bergambar dengan Farah Bahagian Pendidikan (MUIS) dan Rosmawati (Bahagian Korporat MUIS).

Berbual dengan Prof Reuven Firestone, seorang professor berbangsa Yahudi dari Jewish Institute of Religion, USA.

Ustazah hafizah bersama Eugene Tan.

"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Royal Plaza on Scotts
Scotts Road, Singapore

Selasa, 13 Julai 2010

Catatan Perjalanan - Kota Singa..

Pemandangan Kota Singa di waktu malam.
Salam semua,

Insyaallah, petang ini jam 7.30 petang saya dan pegawai Unit Ar-riqab MAIS, Ustazah Hafizah akan bertolak ke Kota Singa untuk menghadiri program International Conference on Muslims in Multicultural Socieyies di Grand Hyatt, Singapore. kami akan berada di sana sehingga hari Jumaat 16 Julai 2010. Doakan keselamatan kami berdua dan semoga perjalanan kami dipermudahkan. Amin..

"Mencari Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 12 Julai 2010

Diari - 10 dan 11 Julai 2010

Salam semua,

Semalam pada sebelah pagi, saya dan semua Ketua Jabatan di MAIS menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Organisasi di Carlton Holiday untuk membentangkan hasil bengkel yang dibuat pada awal bulan Jun untuk mendapatkan model pengurusan terbaik untuk MAIS. Semua Ketua Jabatan MAIS dibahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu kod Etika MAIS, model pemantauan organisasi MAIS, Tadbir Urus Baik, dan model transformasi MAIS.Kumpulan saya yang diketuai oleh Encik Anuar dari Institut Integriti Malaysia diamanahkan untuk menyediakan model tadbir urus terbaik untuk MAIS. Kumpulan kami telah pun mengadakan perbincangan sebanyak 2 kali sebelum pembentangan. Seawal jam 8 pagi saya dan Puan Norraini sudah tiba di sana untuk berbincang dengan Ketua kumpulan kami, Encik Anuar dan Prof Dato' Dr Aziudin, Rektor KUIS.

Alhamdulillah, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato' Aidit Ghazali, ahli MAIS berjalan dengan lancar, dan alhamdulillah, nampaknya beliau agak berpuas hati dengan hasil pembentangan setiap kumpulan. Pada akhir mesyuarat, beliau meminta 5 orang kakitangan untuk membantu menyusun dan memurnikan hasil pembentangan setiap kumpulan. Jam 1 tengahari, mesyuarat kami selesai.

Pada sebelah petangnya, saya berkesempatan menjengah ke Karnival Mesra MAIS di Kompleks PKNS Shah Alam. Karnival selama dua hari bermula 10 hingga 11 Julai memberi ruang kepada MAIS untuk memperkenalkan produk-produk MAIS seperti penyaluran wang syubhah, khidmat nasihat untuk pemelukan Islam, rumah perlindungan wanita, rumah pemulihan akidah, sumbangan saham wakaf, wasiat Islam, penjualan aset-aset MAIS, dll.

Saya turut berhasrat untuk menderma darah, kerana MAIS turut menjemput Hospital TAR Klang untuk bersama-sama menyertai Karnival MAIS, namun tak dapat nak menderma, kerana didapati saya kurang darah.. Tak ada rezeki.. Akhirnya, saya duduk di kerusi hadapan sekali mendengar tazkirah petang bertajuk, "Ayat-ayat cinta". Panel yang dijemput, Ustaz Hanafiah dari Rumah Kebajikan SIDIM dan Ustazah Hazlina, dari Rumah Kebajikan Mawar. Seronok mendengar pengisian yang disampaikan oleh kedua - dua orang panel ini yang sememangnya telah lama terlibat dalam memberi bimbingan dan penempatan kepada remaja dan orang Islam yang bermasalah.

Menurut Ustazah Hazlina, banyak permohonan untuk masuk ke rumah perlindungan beliau adalah daripada remaja yang mengandung akibat terlanjur bercinta, dan terpesona dengan ayat-ayat cinta oleh si lelaki. Setiap hari menurut beliau, sekurang-kurang nya, 8 permohonan beliau terima untuk masuk ke rumah perlindungan beliau bagi kes mengandung luar nikah. (Statistik yang sangat merbahaya..)

Menurut Ustaz Hanafiah pula, di rumah perlindungan beliau, terdapat remaja perempuan berumur 12 tahun sudah tidur dengan 20 orang lelaki! Ini amat memeranjatkan, dan beliau membayangkan apa akan jadi pada 10 tahun akan datang. Cuba bayangkan 10 tahun lagi. Tentu lebih teruk lagi jika masalah penzinaan tidak dibendung dari sekarang.

Kedua-dua panel turut menayangkan slaid-slaid yang menunjukkan gambar-gambar pembuangan bayi dan pengguguran bayi oleh remaja-remaja yang mengandung anak luar nikah. Selepas slot tazkirah selesai, saya menemani Ustazah Hazlina untuk minum petang. Kami berdua berbincang mengenai masalah sosial yang semakin teruk berlaku. Menurut Ustazah, beliau terpaksa membuat selection untuk permohonan masuk ke rumah beliau sekarang kerana terlalu banyak permohonan, terutamanya yang berkaitan dengan masalah seks, sumbang mahram, mengandung luar nikah. Saya beristighfar panjang mengingatkan ceritanya. Semuanya kesan daripada arus kemodenan dan globalisasi. Video lucah, artikel lucah yang boleh diperolehi dengan mudah sekarang. Hanya klik sahaja, semua benda-benda lucah kita boleh dapat. Satu sahaja yang dapat menghalang kita daripada semua perkara tersebut, iaitu iman yang sempurna.

Malamnya, walaupun terasa agak letih, tapi sebab dah berjanji dengan Raudah, saya menemaninya menonton perlawanan bola sepak Piala Malaysia Selangor vs Kelantan. Yang bestnya, perlawanan agak sengit dan menarik, sebab kedua-dua pasukan kelihatannya sama hebat. Penonton pasukan kelantan malam ini memang ramai sangat, melimpah ruah yang hadir memenuhi Stadium Shah Alam. Laungan sorakan dan semangat kedua-dua penonton bergema memenuhi ruang udara stadium. Walaupun hujan turun, penonton kedua-dua pasukan berduyun-duyun hadir. Cuma yang tak berapa best, Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan Kelantan, walaupun bermain di gelanggang sendiri. Pasukan Selangor banyak mengasak pada separuh masa pertama dan mendahului dengan gol tunggal pada separuh masa kedua. Agaknya pasukan Kelantan tak mau peminat mereka yang datang dari jauh pulang dengan tangan kosong dan hati yang hampa, menghadiahkan penyokong mereka gol tunggal untuk pasukan Kelantan. Satu perkara lagi yang tak berapa best, perlawanan malam tadi dicemari dengan insiden pergaduhan di antara penyokong Kelantan dengan penyokong Selangor, sehingga terpaksa dileraikan oleh pasukan FRU. Ada jugak yang ambil kesempatan untuk melontar mercun sehingga suasana agak kelam kabut.

Anyway, tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana sekurang-kurangnya, penyokong setia anda yang sanggup meredah hujan, berpuas hati dengan keputusan seri tersebut. Tambahan pula, penonton kedua-dua pasukan terpaksa menempuh traffic jam selama lebih kurang 1 jam untuk balik ke rumah di seksyen 3 yang sebenarnya hanya dalam lingkungan 5km sahaja dari stadium.. Huhuhu..

Petang tadi, berlangsung upacara perasmian penutup karnival mesra MAIS 2010 yang disempurnakan oleh YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Pengerusi MAIS. Alhamdulillah, akhirnya program Karnival Mesra MAIS 2010 tamat dengan jayanya. Tahniah kepada urusetia yang bertungkus-lumus menjayakan program, semoga penat lelah kalian berhasil membantu mempromosikan MAIS dan menambah dana untuk tabung anak yatim MAIS, sebagai salah satu kewajipan MAIS. Mudah-mudahan Allah membalas kebaikan yang kalian buat dengan kebaikan. Amin..

Antara perkhidmatan yang disediakan, menderma darah.

Perkhidmatan kaunter Zakat pun ada.

Gerai KUIS yang menawarkan kursus-kursus menarik dan bahan-bahan bacaan ilmiah.

YAD Dato' Setia Azib melawat dan bermesra dengan petugas-petugas di gerai KUIS.

Nora yang sangat suka menderma darah..:). kali ni, kecewa sebab tak dapat menderma..

Tazkirah menarik, "Ayat-ayat Cinta"

Gerai paling mendapat sambutan, gerai Jualan Amal MAIS.

Hasil jualan akan disalurkan ke Tabung Anak Yatim MAIS.

Perasmian penutup oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS.

VIP yang hadir. Dari kiri : PM Dr Halim Tamuri (Ahli MAIS), Dato' Sarip Hamid, (ahli MAIS) Akhtar (PRO LZS), En Ezam (CEO LZS) dan En Shah Ruddin (PSU BPH MAIS)

Persembahan nasyeed oleh Kumpulan Areef.

Penyerahan cek kepada rumah-rumah kebajikan yang bernaung di bawah asnaf ar-riqab MAIS.

Penyerahan sumbangan wakaf sebanyak lebih kurang RM33,000 daripada YAD Dato' Setia Halim Rauf, Pengerusi JK Wakaf Selangor untuk Tabung wakaf MAIS.

Puan Norraini mewakili Bahagian Audit Dalam MAIS menerima hadiah Bahagian tercantik daripada YAD Pengerusi MAIS. Tahniah Bahagian Audit Dalam MAIS!! Jangan lupa open table ek? Hehee..

Jamuan di Tingkat 4. Makanannya memang harus dipuji. Marvellous!!

Bergambar kenangan bersama Ustazah Hajah Hazlina dan Ustazah Aisyah, pegawai faraid MAIS selepas slot tazkirah ayat-ayat cinta.

Penyokong pasukan kelantan. Ramai weh!

Sebahagian penyokong Selangor.

Malam ni,kami duduk sebelah bendera besar Selangor. 1st time dok kat sini, sebab situ ajer seat yang tak basah kena hujan...

Raudah seronok dapat tengok team Selangor main dan dapat kibar bendera!!!

Nurhani

Shah Alam

Sabtu, 10 Julai 2010

Puisi - Jatuh cinta sekali lagi..


JATUH CINTA SEKALI LAGI?

Ntah kenapa
Hati rasa bahagia
Bila mendengar suaranya
Walau ramai lagi

Yang lain

Yang punya suara

Lebih mersik

Lebih merdu...


Ntah kenapa
Jiwa rasa tenang

Saat menatap wajahnya

Walau ramai lagi

Yang lebih kacak

Yang lebih gagah...


Dia
Temanku

Saat-saat aku perlukan teman

Mengisi kesepian

Membakar semangat

Jiwaku yang hancur-lebur

Kerana cintaku pada manusia

Yang tak kesampaian...


Dia membawaku
Mengenali

Cinta yang abadi

Yang takkan mati

Selama-lamanya

Cinta pada
Sang Pencipta

Yang Maha Agung

Cintakan kekasihNya

Muhammad Rasulullah...


Alhamdulillah
All praises to Allah

Terima kasih Allah

Menemukan aku dengannya
Membuatkan aku
Jatuh cinta sekali lagi..:)
Menyuburkan rasa

Cintaku padaMu..

Memadam gundah gulana
Di hatiku


Demi cintaku padaMu Allah
For the rest of my life
I'll be there for you

Till the end of my time

I'll be loving You

Forever...


Nurhani
Shah Alam

Rabu, 7 Julai 2010

Diari - Suatu kepulangan..


Salam semua,

Sepagi tadi saya menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh Unit Sewaan, Bahagian Pembangunan Hartanah MAIS untuk membincangkan mengenai sewaan hartanah MAIS. Selesai mesyuarat, sepatutnya saya ke D Palma Inn Shah Alam untuk bengkel garis panduan rumah kebajikan ar-riqab MAIS. Namun hasrat saya terbatal apabila membaca satu mesej yang sampai di telefon bimbit saya;

"Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Ustaz Amin, PTA Daerah Kuala Langat sekarang di wad kecemasan di Hospital Serdang. Doakan semoga beliau selamat dan sembuh. Sila sebarkan". Suhaimi BPI.

Serta-merta saya terbayang wajah Ustaz Amin. Beliau adalah Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau kadhi yang termuda di JAIS. Berusia 38 tahun. Jujurnya saya terperanjat menerima berita tersebut. Saya mengenali beliau setelah beberapa kali bertemu dalam Bengkel Peraturan-Peraturan Masjid dan Jawatankuasa Kariah yang dianjurkan oleh Bahagian saya atau Bahagian Pengurusan Masjid JAIS. Ustaz Amin seorang yang aktif, peramah, suka memberi pandangan dan ceria.

"Innalillah," bisik saya.

Saya mengajak teman-teman yang berada di dalam mesyuarat untuk menziarahi Ustaz Amin, tetapi masing-masing mempunyai komitmen mesyuarat pada sebelah petang. Entah mengapa, hati saya merasa berat untuk pergi menziarahinya. Panggilan telefon daripada Ustaz Raman Siva, pegawai muallaf daerah sepang menguatkan hasrat saya untuk pergi.

"Salam Cik Hani. Ni nak maklumkan, Ustaz Amin sekarang dalam keadaan 50-50, di hospital Serdang, masih koma, urat saraf dia pecah, dan ada pendarahan di otak. Minta tolong sampaikan kepada yang lain, Dato' Pengarah dan Dato' Azib." bait-bait ayat Ustaz Raman memecah gegendang telinga saya.

"Masyaallah. Yer ker Ustaz? Macam mana keadaan dia sekarang?" tanya saya.

"Saya dimaklumkan, doktor tak boleh nak buat operation, memang peluang tipis. Doktor benarkan sahabat-sahabat dan keluarga ziarah untuk penghormatan terakhir," jawab Ustaz Raman, dengan nada tersekat-sekat.

"Ok Ustaz. Terima kasih maklumkan. Insyaallah, saya cuba datang." kata saya.

Saya terus menghubungi Bahagian Pentadbiran MAIS untuk mendapatkan kenderaan. Namun di waktu tengahari, lebih-lebih lagi waktu rehat, agak sukar untuk mendapatkan kenderaan, kerana pemandu dan kenderaan kebiasaannya telah keluar bertugas di awal pagi. Alhamdulillah, Puan Zaini, yang in charge untuk kenderaan berjanji untuk membantu saya mendapatkan kenderaan ke sana.

Jam 1.15 tengahari, satu mesej sampai ke telefon saya,

"Cik Hani. Gerak jam 1.30. Tunggu di lobby. Dengan Ustaz Halem," Nizam Driver.

Alhamdulillah. Ada kenderaan. Saya menghubungi Nizam dan mengesahkan saya akan pergi. Saya menunaikan solat Zohor sebelum turun ke lobby. Lebih kurang 1.40, Ustaz Halem sampai.

"Macam mana yer? Saya ada 3 miting ni. Kol 2.30, kol 3.30, kol 4. Sempat ke?" tanyanya pada kami.

"Insyaallah Ustaz. Ustaz minta tangguh yang 2.30 ke 3.30, dan seterusnya," cadang saya.

"Ermmm.. Tak per lah. Yang 2.30, saya minta Ustaz Khairie jalan dulu. Saya datang yang 3.30," katanya setelah berfikir beberapa ketika.

Kami meneruskan perjalanan ke Hospital Serdang. Sepanjang perjalanan, saya berpeluang untuk berkongsi pandangan dan pengalaman saya dengan Ustaz Halem mengenai kemajuan organisasi MAIS dan tanggungjawab MAIS kepada masyarakat.

Tepat jam 2.30 petang, kami sampai di sana. Hujan turun dengan lebat. Kami dapati, terdapat beberapa orang pegawai JAIS dan MAIS yang berada di perkarangan lobi hospital. Masing-masing bersalaman dengan Ustaz Halem.

"Tak boleh masuk la Ustaz. Dia sampai pukul 2 aje. Nanti pukul 4.30 baru boleh masuk balik," kata seorang pegawai.

"Laaa.. yer ker? takkan tak boleh.. kita datang jauh-jauh ni. Meeting pun kami potpone. Cuba tanya kat kaunter." saya mengusulkan.

"Dah tanya, tapi tak boleh. Ada guard yang jaga lif," balasnya.

Saya tak puas hati. Mesti ada cara. Larangan dan sekatan, manusia yang tentukan. Kalau Allah kata boleh, mesti boleh, walaupun manusia halang. Saya terus ke kaunter pertanyaan. Ada seorang pegawai penyelaras masjid yang berdiri di kaunter.

"Kalau boleh bercakap dengan Pengarah Hospital ni kan bagus," cadang saya padanya.

"Puan cubalah, kalau boleh," jawabnya, seolah memerli saya.

Walaupun saya agak terasa, tapi saya tidak ambil pusing. Saya bertanya kepada petugas di kaunter, yang nampak marah-marah, mungkin sebab letih melayan kerenah pelawat-pelawat yang masih mahu melawat, walaupun waktu melawat sudah habis.

"Assalamualaikum, saya ni nak ziarah sahabat saya di wad 7, tapi tak boleh nak masuk sebab waktu dah tamat. Ada tak cara macam mana saya dan kawan-kawan saya boleh masuk? Kami ramai ni," tanya saya sesopan mungkin (berlakon kot!), kerana mahu menjaga hatinya. Muda betul petugas itu, dalam lingkungan belasan tahun sahaja.

"Kena tanya doktor lah. Kami tak boleh beri kebenaran. Kalau ramai lagi susah nak masuk. Kena telefon doktor,"jawabnya acuh tak acuh, dengan wajah yang agak tension.

"Oh ok. Macam mana nak hubungi doktor tu?" tanya saya lagi.

"Itu haaa nombornya.." katanya sambil menunjuk kepada kain rentang yang tertera di belakang kaunter.

"Ok. Sapa yang saya nak hubungi? Sapa doctor in charge?" tanya saya lagi

"Saya tak tau la. Kena kol aje nombor tu. Cakap nak sambung ke wad," jawabnya acuh tak acuh.

"Haa.. teleponlah!' tiba-tiba pegawai penyelaras masjid menyampuk.

Lorrr.. macam tu kerr.. Saya terus mendail nombor yang tertera. Panggilan saya disambut dan saya minta disambungkan ke wad 7.

Lama panggilan saya tidak bersambut. "Ya Allah. Aku dan saudara-saudaraku hadir untuk menziarahi saudaraku, permudahkanlah Ya Allah," doaku dalam hati. Sejurus kemudian, panggilan saya dijawab.

"Hello. Assalamualaikum. Nak bercakap dengan siapa?" tanya pegawai di sana ramah.

"Waalaikum salam. Saya Nurhani, Pegawai Undang-Undang dari MAIS. Saya dan pegawai-pegawai MAIS dan JAIS ada di bawah ni, kami nak ziarah Ustaz Amin, ada tak nama patient tu kat sini?" saya memperkenalkan diri.

"Sekejap yer Puan, saya semak." "Ada puan, katil nombor 17," jawabnya beberapa ketika kemudian.

"Ok. Sekarang ni kami ramai di bawah, boleh ke kami nak ziarah dia?" tanya saya lagi.

"Oh! Boleh. Berapa orang tu?" tanyanya lagi.

"Ermmm.. dalam 10 orang," jawab saya, sambil mengira bilangan pegawai yang ada di ruang legar hospital.

"Oh ramai tu... Ermm.. Boleh masuk, tapi 5 orang 5 orang. Kena bergilir yer?" katanya lagi.

"Alhamdulillah.. tak ada masalah. Macam mana saya nak bagitau kat kaunter Puan benarkan saya masuk? boleh tak saya pass hp saya pada petugas kaunter, dan puan maklumkan pada dia, saya dapat kebenaran?" tanya saya lagi.

"Ok, boleh," jawabnya.

Saya terus menyerahkan telefon saya kepada petugas kaunter yang sedang sibuk bersembang dengan rakan beliau. Saya melihat beliau mengangguk-nganggukkan kepalanya sambil berkata "ok". Beliau menulis sesuatu di atas sekeping kertas dan menyerahkannya kepada saya.

"Ok. Ini bagi kat pengawal. Boleh masuk, sekali masuk 5 orang," katanya. Dalam hati saya tak putus-putus mengucapkan alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas tersebut dan terus mengajak Ustaz Halem dan yang lain menuju ke lif untuk naik ke tingkat 7.

"Jom!" ajak saya.

"Eh! Boleh masuk ke?" tanya Ustaz Duraibi.

"Boleh insyaallah," jawab saya tersenyum. "Tapi 5 orang sekali masuk," terang saya.

"Ini yang best jalan dengan LA ni, terus dapat masuk," kata Ustaz Duraibi, yang menyebabkan saya rasa nak tergelak. Semua kuasa Allah, kata hati saya. Di pintu lif, seorang pegawai hospital menyapa Ustaz Halem.

"Hani, ini dulu praktikal kat Klang masa saya jadi kadi, sekarang kerja di sini," Ustaz Halem memperkenalkan pegawai tersebut kepada saya.

"Oh ye ke? Napa tak bagitau, senang nak naik tadi, "balas saya sambil tersenyum. Saya berjalan beriringan dengan beliau. Tanpa disuruh, pegawai berkenaan terus membawa kami menuju ke wad 7C katil nombor 17. Saya berselisih dengan beberapa orang wanita yang keluar dari wad tersebut.

"Itu isteri Ustaz Amin," terang pegawai berkenaan. Saya terus bersalaman dan memeluk erat isterinya.

"Assalamualaikum kak.. Insyaallah, kita sama-sama doakan dia yer," ucap saya. Sedu-sedangnya masih kedengaran semasa saya memeluknya. Ya Allah. Tabahkanlah hatinya.. doa saya.

Kami meneruskan perjalanan ke katil No.17. Sayu saya melihat sekujur tubuh Ustaz Amin yang dipenuhi dengan peralatan hospital. Terdapat beberapa kakitangan JAIS yang telah tiba. Saya membacakan fatihah beberapa kali dan mensedekahkan kepadanya. Saya meminta ustaz-Halem untuk membacakan doa selamat untuknya. Kami semua menadah tangan dan mengaminkan doa ustaz Halem. Suasana sepi dan hening seketika.

"Ya Allah, Kau ampunkanlah dia, Kau peliharalah dia, Kau lindungilah dia,"
doaku dalam hati. Saya turut membacakan selawat syifa' kepadanya, dengan harapan, mudah-mudahan dia segera sembuh. Saya turut berdoa semoga 'kepulangan' saya kelak saya akan bersama dengan orang-orang yang saya sayangi. Saya perasan beberapa orang lain yang baru sampai semasa kami mengaminkan doa.

"Aminnnn.." saya mengusap wajah dengan tangan saya.

Saya berpaling ke sebelah kiri saya. Baru saya perasan, Dato' Khusrin telah tiba bersama pegawai-pegawai kanan JAIS. Saya memberi ruang kepada pelawat yang baru sampai untuk berdiri berhampiran dengan katil Ustaz Amin.

Saya sempat berbual dengan seorang staff nurse untuk bertanya mengenai keadaan ustaz Amin. Menurutnya, harapan untuk Ustaz Amin sembuh memang sangat tipis, kerana telah berlaku pendarahan di otak. Hanya sekiranya Ustaz Amin bersemangat kuat, kemungkinan beliau dapat menahan kesakitan yang dialami.

Sebak saya mendengarkannya, namun apakan daya, ajal, maut di tangan Allah. Jika Allah dah taqdirkan, kun fa takun.. Jadi, maka jadilah! Pulang dari Hospital, saya menyebarkan berita mengenai Ustaz Amin kepada teman-teman sepejabat, minta didoakan supaya segera sembuh.

Lebih kurang jam 9 malam, satu mesej dari Ustaz Raman Siva sampai ke telefon saya memaklumkan mengenai kematian Ustaz Amin. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.... Perasaan sebak menyelubungi saya, apatah lagi bila mendapat makluman bahawa isterinya sedang berbadan dua. Anak kembar pulak tu. Allah Akbar! Saya menghadiahkan surah al-fatihah sebanyak-banyaknya pada beliau. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Semoga kepulangannya diredhai. Al-Fatihah.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani

Shah Alam

Isnin, 5 Julai 2010

Diari - Bengkel Pembugaran Isu Semasa Wanita dan Islam

Salam semua,

Semenjak petang semalam, saya berada di PNB Darby Park yang berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur untuk menghadiri Mesyuarat Panel Isu Semasa Wanita dan Islam dan Bengkel Pembugaran Isu Semasa Wanita dan Islam selama dua hari anjuran IKIM dan JAKIM. Mesyuarat dan Bengkel dipengerusikan oleh YB Prof Dato' Dr Zaleha Binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah IKIM. Panel-panel termasuk PM Dr Datin Siti Zalikha, Dr Uthman El Muhammady, Dr Raihanah Abdullah, Dr Najibah Md Zin, Hj Zainul Rijal, Haji Mahamad Naser Disa, selaku panel yang dilantik, turut hadir. Saya juga dilantik sebagai salah seorang panel mewakili Majlis Agama Islam Negeri, manakala sahabat baik saya Fadhlina Siddiq dilantik sebagai wakil bagi NGO Islam.

Mesyuarat membincangkan mengenai hala tuju dan skop bidang kuasa PISWI untuk menasihati badan-badan yang bertanggungjawab terhadap wanita dengan mengenal pasti isu dan mencadangkan mekanisme penyelesaian. Banyak isu mengenai wanita yang dibincangkan dan dicadangkan penyelesaiannya termasuklah memberikan penjelasan mengenai hak-hak dan kewajipan wanita Islam menurut undang-undang.

Isu buang bayi, penzinaan, sebatan syariah, masalah wanita Islam Malaysia berkahwin dengan orang Syiah dan berkahwin secara mutaah, turut sama dibincangkan. Mesyuarat membuat beberapa resolusi dan cadangan tindakan untuk memulakan gerak kerja PISWI, melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Mesyuarat kali ini juga turut mengesahkan pelantikan anggota mesyuarat dan cadangan untuk mengadakan seminar/ konvensyen pada mada akan datang, Apapun, saya berbesar hati kerana dapat sama-sama membantu memberikan pandangan dan idea-idea untuk PISWI . Semoga PISWI dapat dijadikan sebagai 'frontliner' untuk rujukan badan-badan kebajikan yang lain. Insyaallah.

Bilik suite yang sangat selesa untuk saya sorang..:P

Tak sabarnya nak landing..:D

View dari balkoni suite yang saya diami. Kelihatan Bangunan LUTH yang terletak betul-betul di hadapan PNB Darby Park.

Sebahagian panel yang dilantik : Dari kiri : Tuan Mahamad Naser Disa (JPN), Tuan Zainul Rijal (Peguambela Peguamcara), PM Datin Dr Siti Zalikha (UKM), Tuan Hj Razali (JAKIM) selaku Setiausaha Mesyuarat.

Prof Dr Datin Zaleha sedang mempengerusikan mesyuarat. Ustaz Dr Uthman El Muhammady dan Dr Najibah pun turut serta.

Bergambar beramai-ramai dengan Pengerusi dan ahli panel yang lain.

Duduk di hadapan dari kiri : PM Datin Dr Siti Zalikha (UKM), Dr Uthman El Muhammady (ISTAC), Prof Dato' Dr Zaleha Kamaruddin (TP IKIM), Tn Hj Razali (TP R & D JAKIM ), PM Dr Raihanah Abdullah (UM). Baris belakang dari kiri : Wakil Bhgn Dakwah JAKIM, urusetia, Encik Idris (wakil mahasiswa Universiti), Tuan Naser Disa (JPN), Tuan Zainul (Peguam), Dr Najibah (UIAM), saya, Fadhlina (NGO), Fuziani (SENADA), Ustazah Fatimah (KPP R & D JAKIM), Taqwa (JAKIM), urusetia, urusetia.


"Mengharap Redha Allah"

Nurhani

Shah Alam

Ahad, 4 Julai 2010

Diari - Iktibar Piala Dunia 2010

Salam semua,

Sebenarnya malam semalam saya telah merancang untuk melayari internet bagi mencari universiti untuk menyambung pengajian saya di peringkat PhD. Teringat pulak malam ini adalah malam perlawanan bola sepak Piala Dunia antara Argentina dan German. Argentina adalah pasukan faveret saya pada Piala Dunia tahun ini, sebab suka sangat kat penyerangnya yang comel, Messi. Namun, rancangan saya tak kesampaian, sebab saya memilih untuk menonton perlawanan tersebut! Ngeee... :)

Saya mengharapkan pasukan Argentina akan membelasah hebat pasukan Jerman, namun sangat mengejutkan bila German dapat mengalahkan Argentina 4-0 pada kali ini. Betul-betul Argentina jadi pasukan belasahan pemain Jerman.. Walaupun saya tak minat sangat Jerman, tetapi saya sangat-sangat memuji corak permainan pemain German yang tersusun dan penuh yakin. Semangat berpasukan jelas terpancar daripada corak dan strategi permainan mereka. Best sangat menonton perlawanan mereka, sehingga rasa nak buang air kecil pun sanggup tahan, tak nak miss part yang best-best!! Hahahha..

Namun, daripada apa yang saya lihat, pemain German sentiasa bekerjasama untuk mendapatkan gol bagi pasukan mereka, sedangkan sikap kerjasama di kalangan pemain Argentina agak kurang 'serasi'.

"Macam tak ada jiwa ajer depa main," komen saya pada adik saya Ajim, semasa sesi 'mengulas' perlawanan tersebut. Masing-masing membuat ulasan tersendiri.

"Maradona maybe pemain hebat, tapi bukan coach yang hebat. Tak ada strategi dan tak tactical," ulas adik saya.

Sebenarnya, ini adalah kali pertama saya dapat menonton perlawanan penuh bola sepak WC 2010. Sebelum ini, saya sempat menonton perlawanan antara Brazil dan Portugal, dan malam kelmarin, 2nd half sahaja perlawanan antara Belanda vs Brazil. Itupun kejutan jugak sebab Brazil kalah.

Saya dapati, Piala Dunia kali ini, banyak pasukan gergasi seperti England, Brazil dan Argentina kecundang kepada lawan mereka, walaupun mereka membariskan pemain-pemain kelab yang hebat dan terkenal.

Saya bukannya nak komen sangat pasal permainan pemain-pemain pasukan dalam Piala Dunia ini. Sebab, saya bukannya peminat fanatik bola sepak. Minat sikit-sikit adalah. Cuma kadang-kadang bila ada kelapangan dan diajak oleh teman-teman yang minat bola sepak, saya join mereka menonton bola sepak dan menyokong pasukan Selangor. Sebenarnya, saya lebih tertarik untuk berkongsi satu pengajaran atau iktibar yang saya dapat simpulkan especially selepas menonton perlawanan antara German dan Argentina.

Dalam perlawanan bola sepak, 'teamwork' atau kerja berpasukan adalah perkara yang sangat penting dan menjadi faktor kejayaan sesuatu pasukan bola sepak. Gandingan tiga serangkai antara penyerang-penyerang Argentina seperti Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Mesut Ozil di hadapan gawang gol berjaya menewaskan penjaga gol Argentina Sergio Romero dan memberi peluang kepada pasukan German untuk menambah mata demi mata. Pemain pertahanan German juga saya lihat bersungguh-sungguh mempertahankan gawang gol mereka daripada diterjah dan dibolosi oleh pemain Argentina. Paling menarik, penguasaan penjaga gol German yang sangat baik, dengan dibantu oleh pemain-pemain pertahanan German yang lain, membantu kepada kejayaan pasukan German menempah tiket ke separuh akhir. Berbeza dengan pasukan Argentina yang seolah-olah kehilangan rentak apabila dihujani serangan-serangan "hitler' pasukan German walaupun dilengkapi dengan Messi, bintang utama mereka dan Tevez, namun Argentina gagal mempamer aksi menyerlah. Messi sentiasa dikawal rapi oleh 3-4 orang pemain lawan, menyebabkan beliau sukar untuk memberi hantaran-hantaran cantik kepada pemain German yang lain. Benteng pertahanan mereka juga terlalu mudah dibolosi, dan berkali-kali pemain German menyerang dari sebelah kiri pintu gol Argentina. Nampaknya, pemain-pemain German telah mengetahui di mana kelemahan pemain Argentina. Dan ini adalah kesan daripada latihan dan bimbingan jurulatih pasukan German. Kredit dan pujian wajar diberi kepada beliau kerana memberikan bimbingan yang baik kepada pemain-pemain German.

Perkara ini yang sepatutnya diterapkan oleh semua organisasi, baik badan kerajaan atau NGO. Bekerjalah sebagai satu pasukan, bukan bersendirian, kerana berpasukan dan bekerjasama itulah yang lebih mudah membawa kejayaan kepada sesuatu organisasi. Walau bagaimana hebat pasukan lawan, walau bagaimana hebat ujian yang diberi, apabila kita bekerja secara berpasukan, ujian dan dugaan yang dihadapi dirasakan mudah untuk diselesaikan. Kejayaan yang diraih juga terasa lebih manis, kerana dikongsi bersama, apatah lagi jika setelah diduga dan diuji, organisasi tersebut tetap berjaya bahkan semakin cemrelang. Sesuatu organisasi akan pincang dan menampakkan kelemahan yang ketara sekiranya nilai semangat berpasukan ini tidak wujud di dalam organisasi tersebut. Justeru, ketua jabatan dan ketua sesuatu organisasi bertanggungjawab untuk menyemai semangat bekerja sebagai satu pasukan di dalam sesuatu organisasi.

Ketua sesebuah organisasi juga perlu bijak memimpin sesebuah organisasi. Ini kerana, kakitangan di dalam sesebuah organisasi masing-masing mempunyai sikap dan pemikiran tersendiri. Sama juga di dalam sesebuah pasukan bola sepak Piala Dunia, pemain-pemain yang mewakili negara dipilih dari kelab-kelab ternama dan berbeza, dan dihimpunkan di dalam satu pasukan. Jurulatih perlu bijak mengenalpasti posisi yang sesuai untuk seseorang pemain. Sama juga dengan organisasi, ketua organisasi perlulah memastikan kedudukan seseorang pegawai. adalah bersesuaian dengan kemahiran dan kelayakannya.

Implikasi daripada semangat berpasukan ini, apabila sesuatu organisasi diuji dengan kegagalan, masing-masing akan terasa kesannya, apabila perasaan kecewa dan sedih itu dapat dikongsi bersama, sudah tentu kekecewaan itu dapat dikurangkan. Sama juga apabila sesuatu organisasi itu mencapai kegemilangan, semua orang berhak untuk berkongsi kegembiraan dan ganjarannya. Kesannya, pertahanan lebih ampuh, serangan lebih berhasil dan penuh strategi dan taktikal mampu menghancurkan lawan dan pesaing yang lebih hebat! Saya tak nampak apa yang buruk hasil dari kesatuan dan team work ini, melainkan yang kesan yang positif sahaja.

Jadi, mari lah kita berkerja secara berpasukan, insyaallah, kita mudah mencapai kejayaan yang gilang- gemilang!

Tahniah kepada pasukan German yang melayakkan diri ke separuh akhir setelah menewakan Argentina, antara pasukan pilihan 4-0.

Nampaknya, teruk Maradona kena jawab mengenai prestasi pasukannya bila sampai Buenos Aires...

Messi, sebelum ini adalah pemain terbaik dunia, namun gagal mempamerkan permainan yang mantap semasa menentang German.


"Ukhuwah itu indah"
Hani

Shah Alam


Sabtu, 3 Julai 2010

Diari - Satu perjalanan..

Salam semua,

Malam Jumaat lalu sepatutnya saya menyiapkan Kertas Kerja untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat JKSM pada Isnin depan, tetapi disebabkan sakit kepala, jadi selepas berbuka puasa bersama Shakira di Restoran Abe di Seksyen 7, saya terus mengajak Shakira pulang. Tomyam Abe yang selalunya habis licin saya hirup, masih bersisa separuh mangkuk.Nasi separuh pun masih ada separuh lagi. Tekak saya payah nak menghabiskannya. Ntah kenapa. Agaknya sebab dah balun 3 ketul kuih masa buka posa di rumah. Ditambah dengan kepala sakit, mungkin sebab kena hujan.

Sampai ajer di rumah, saya terus merebahkan badan di katil, dan terus dooze off.. Memang tak sedar diri, sebab sakit kepala sangat. Mujur dapat bangun balik malam tu, untuk solat Isyak, dan solat sunat. Niat saya nak menyambung tugas di pejabat pada sebelah pagi, tapi rupanya ada ceramah yang dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan MAIS. Saya memang suka dok depan bila dengar ceramah, jadi saya nak pastikan dapat tempat duduk depan, saya masuk awal. Heheheh.. Kertas kerja entah ke mana.. :P.

Penceramah jemputannya Ustaz Nazmi yang menerangkan mengenai hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj. Seronok dan terhibur dengan ceramah beliau. Ustaz Nazmi yang kelakar dan suka bergurau memang pandai mengupas sejarah Rasulullah SAW dan mengaitkannya dengan suasana sekarang. Alhamdulillah, antara lain, intipati daripada ceramah tersebut, berdakwah adalah satu perjuangan dan sememangnya berisiko. Jadi kalau takut dengan risiko, tak perlulah teruskan perjuangan berdakwah. Beliau turut mengatakan betapa susah payahnya Rasulullah SAW nak berdakwah kepada umat jahiliyyah. Bila dakwah dan seruannya kepada penduduk Mekah gagal, dia ke Taif. Ke Taif, Nabi yang mulia, berjalan sejauh 12batu dengan anak angkatnya Zaid.. masyaallah.. jauh nyerrr.. Dulu bukan ada kereta. Kena naik unta atau jalan kaki, Di sana, bukan Nabi disambut atau diraikan, tapi dimaki cerca dan dia dibaling batu.. sampai berdarah-darah kakinya.... Sedey tol dengar citer ni..

Nak kata betapa Allah sayang kat Nabi kekasihnya, setelah Allah melihat kesungguhan dan susah payah kekasihnya menyampaikan ajaran dan melaksanakan amanahnya sebagai Nabi, Allah bagi ganjaran paling besar, iaitu Israk Mikraj, yang mana Nabi kita dapat jumpa ALlah... Allahuakbar!

Kesimpulannya, Ustaz Nazim kata, kalau anak buah / sapa-sapa yang kita minta bantuan, dah berusaha gigih, dan kita tahu dia dah berusaha sebaik mungkin, tapi mungkin penghujungnya, dia menemui kegagalan / kejayaan, sewajarnyalah kita beri dia ganjaran, sebagai penguat semangat untuknya berusaha dengan lebih kuat lagi. Bukannya kita caci maki dia, atau turunkan semangat juangnya, malahan kena beri semangat pada dia..

Macam yang berlaku kat aku itu hari.. Perghhh... Tensen weh! Tapi sabar ajelah. But then, I realised satu perkara. Maybe ALlah nak uji aku sekarang, so aku boleh tahan ujian lagi besar akan datang.. Insyaallah.. Perjalanan aku masih jauh lagi..:)

Ustaz Nazmi yang kelakar dan petah, tetapi ceramahnya penuh pengisian dan memberi kesan mendalam. Tahniah Ustaz, dan keep it up! :)

Time ceramah dengan ustaz Nazmi, mesti konfem penuh!! Best!

Sebahagian lagi yang hadir. Punya penuh sampai berdiri-diri.. Bagus!!


Salam berjemaah sambil berselawat selepas tamat tazkirah. Semoga saya dan semua yang hadir dapat manfaat daripada tazkirah tersebut.

"Mengharap Redha Ilahi"

Hunny
Shah Alam