Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 17 Ogos 2010

Diari - Mesyuarat Penempatan Pegawai Ar-riqab di Hospital

Salam semua,

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri Mesyuarat Penempatan Pegawai Ar-Riqab di Hospital yang dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha MAIS. Turut hadir adalah wakil-wakil Pengarah Hospital di seluruh negeri Selangor. Saya diminta turut serta untuk memberi ulasan dan membantu dalam penyediaan Memorandum Persefahaman yang bakal ditandatangani di antara pihak hospital dan MAIS.

Program penempatan pegawai-pegawai MAIS di hospital-hospital seluruh negeri Selangor bermula dengan projek perintis pada tahun 2005, di mana MAIS menghantar seorang pegawai agama (Ustaz Helmi Nuri - S41) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang atas permintaan Pengarah HTAR pada waktu itu, Dr Yahya Baba. Tujuan penempatan pegawai agama tersebut adalah sebagai satu cara membantu umat Islam yang sakit di hospital dari sudut agama dan spiritual. Antara tugas utama pegawai agama Islam yang dihantar adalah memberi bimbingan dan penjelasan mengenai ibadah yang dilaksanakan semasa sakit, persoalan hukum-hakam agama dan akidah, ceramah dan aktiviti agama Islam kepada kakitangan beragama Islam HTAR, pengurusan jenazah yang tidak dituntut, mengadakan kelas-kelas pengajian agama dan menyediakan dan menyebarkan risalah-risalah mengenai Islam kepada pesakit dan kakitangan HTAR.

Alhamdulillah.. Kesemua wakil Pengarah Hospital yang hadir,(Selayang, Serdang, Klang, Sungai Buluh) rata-rata memberikan komen yang sangat positif di atas penempatan pegawai agama Islam di hospital-hospital. Masing-masing mengharapkan supaya pihak MAIS mengekalkan penempatan pegawai MAIS di hospital kerana memang ada keperluan dan kehendak untuk memberi penjelasan mengenai Islam dan bantuan kepada orang-orang Islam yang sedang menjalani rawatan di Hospital.

Paling saya tak dapat lupakan adalah kata-kata dari wakil Pengarah Hospital Selayang yang sangat menyentuh hati saya,

"Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam (HEI) MAIS di hospital-hospital sama penting seperti tugas seorang doktor. Bezanya, doktor merawat fizikal pesakit, tetapi Pegawai HEI MAIS ini merawat spiritual pesakit, iaitu penyakit Iman yang letaknya di hati... Jika rosak IMANnya, maka rosaklah keseluruhan anggota pesakit itu.."

Sungguh! Saya benar-benar terharu dan tersentuh mendengar kata-katanya. Pengiktirafan yang sangat tinggi, untuk pegawai-pegawai Ar-Riqab MAIS, sebuah unit di bawah MAIS yang baru bertatih. Tahniah saya ucapkan kepada pegawai-pegawai HEI Ar-riqab MAIS di hospital yang dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan penuh dedikasi, sehingga mendapat pengiktirafan daripada pengarah-pengarah hospital. Juga kepada kakitangan MAIS yang lain, tingkatkan prestasi dan usaha, kemudian bertawakkal atas usaha kita. Semoga kecemerlangan dan komitmen masing-masing dikekalkan dan dipertingkatkan. Semoga Allah bersama kita..:)

PSU Bahagian Ar-Riqab MAIS, Ustaz Anuar Hamzah tohar, menyampaikan hamper sumbangan MAIS kepada pesakit di HTAR.

Bahagian Pengurusan Ar-Riqab MAIS bersama kakitangan HTAR.


"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 16 Ogos 2010

Diari - "Bacalah.."


"Cik An.. nak Quran,"

Anak buahku, Ika dan Najah (9 tahun) meminta Quran dari aku, usai kami bersolat subuh berjemaah bersama-sama 5 Ramadhan 1431. Tadi kedua-dua mereka bersolat berimamkan aku. Selepas bersahur dan bersolat, aku terus membaca al-Quran. Nak capai KPI diri sendiri tahun ni, nak habiskan 30 juzuk dalam bulan Ramadhan sahaja. Bulan-bulan lain sekali lagi khatam. Maknanya, setahun dua kali.

"Sekurang-kurangnya setahun 2 kali," Abah memberitahu kami semasa sesi taklim dalam bab fadhilat Quran semasa aku bertanya beliau berapa kali kita perlu khatam al-quran setahun.

Tahun-tahun yang lalu, sama juga KPI aku, tapi tak berjaya. Agaknya sebab usaha aku masih kurang. Pada aku kesibukan bekerja bukan penghalang. Sekarang, bila-bila masa kita boleh membaca Al-Quran. Semuanya di hujung jari. Banyak software al-quran yang dijual di pasaran atau secara online. Hanya dengan satu click saja, kita dah boleh download macam-macam versi bacaan al-quran.

Tetapi saya masih suka cara lama. Membacanya dalam bentuk fizikal. Ambil wudhuk, tutup aurat dan aku bacanya, dengan menjaga tajwid dan lenggok bacaan aku yang tersendiri. Itu yang anak-anak buahku nampak. Dan itu juga yang mereka tiru. Mereka nak buat apa yang aku buat walaupun aku tak ajak pun mereka sama-sama baca al-Quran. Alhamdulillah, Allah bukakan hati mereka dan hidayahkan mereka untuk sama-sama membaca al-quran apabila mereka nampak aku baca.

"Cik An. Kita nak Quran jugak," giliran Fawwaz dan Ikram (7 dan 9 tahun) meminta Al-Quran dari aku.

"Ok. Gi ngaji kat atas yer," kata aku sewaktu menghulurkan masing-masing senaskah al-quran yang aku ambil dari almari di ruang tamu.

Aku menyambung kembali bacaanku. Beberapa minit kemudian, aku mendengar riuh suara anak-anak buahku, masing-masing membaca Al-Quran. Aku tersenyum. Dalam hatiku, aku berdoa, semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada anak-anak ini. Mereka darah dagingku, yang akan menyambung perjuangan generasi kami kelak. Pada ketika mereka dewasa, ujian dan dugaan mereka tentu lebih hebat lagi. Semoga Allah mengisi jiwa-jiwa mereka dengan Kalam Nya yang penuh mukjizat dan ilmu agama yang mantap sebagai petunjuk dan pendinding diri mereka dari maksiat dan tipu daya syaitan.

Tinggal 1 mukasurat lagi aku nak menghabiskan satu juzuk bacaan aku, tiba-tiba,"

"Cik An. Kita pun nak Quran," Iman (7 tahun), meminta Quran dari aku.

"Iman dan pandai baca Quran ke?" tanya aku, menduga.

"Dahh.. kita cari kat atas tak jumpa," katanya.

"Kejap. Cik An dah nak habis ni. Nanti Iman guna Quran Cik An yer?" kataku.

Iman menganggukkan kepalanya. Aku meneruskan bacaan terakhirku dengan tartil. Aku tersenyum. Dalam hati aku berbunga riang!

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani

Shah Alam

Sabtu, 14 Ogos 2010

Diari -Jom Sama-Sama Hayati Ramadhan.. :)

Salam semua,

Seronok sungguh puasa ni..:) Rasa tenang dan nyaman sangat. Program tak banyak, so tak terkejar-kejar nak miting. Banyak urusan dan kerja-kerja dapat selesai. Paling best, bila Ustaz Hasal Ketua Biro Kerohanian, KSK MAIS, menjemput penceramah-penceramah agama sepanjang Ramadhan ini. Setiap hari Jumaat, jam 8.30 pagi hingga jam 10 pagi, ada slot ceramah agama di pejabat. Semalam, giliran Ustaz Azman, seorang pendakwah bebas untuk memberi ceramah bertajuk "Penghayatan Ramadhan".

Ini 1st time saya dengar ceramah dia. Memang best sangat ceramah beliau dan meninggalkan kesan yang sangat dalam. Sebab, berdas-das kami terkena tembakan laser kata-kata nasihat dan pesanan beliau yang sangat menusuk kalbu. Memandangkan beliau adalah bekas pegawai di Pejabat Agama, jadi boleh dikatakan beliau sangat memahami cara bekerja pegawai-pegawai di pejabat agama. Banyak teguran yang beliau beri kepada kami. Bermula dengan menjaga aurat, rokok, tangkapan penceramah tanpa tauliah, senyuman dan layanan mesra kepada tetamu. Part paling 'bisa' bila dia kata, kami kakitangan wanita di MAIS berpakaian 'bungkus' bukan 'tutup'. Kalau 'bungkus' nampak bentuk badan, tapi kalau 'tutup' tak nampak.. Waduh!! Mujur pakai jubah time tu, tapi still terasa, so, terkena sedas!!

"Jabatan agama tak jabatan agama, MAIS tak MAIS, aku nak tutuh (taruh) aku tutuh ajer. Pas ni korang tak nak jemput aku, aku tak kisah," katanya disambut dengan gelak ketawa kami yang mendengar.

Seronok, menghiburkan dan sangat terkesan pada saya. Walaupun beliau agak lantang, tetapi penuh dengan mesej dan nasihat. Itulah kesimpulan yang saya dapat buat selepas mendengar ceramah beliau. Orang lain, saya tak pasti. Pas ni, boleh Ustaz Hasal jemput lagi..:)

Pesannya, nak mendapatkan 'taqwa' selepas berakhir Ramadhan, perlulah memahami tujuan puasa. Puasa tujuannya adalah untuk mengekang nafsu, termasuklah nafsu untuk makan berlebih-lebihan. Namun menurut beliau, apa yang kita lihat, sewaktu berbuka puasa, orang kita makan tak beringat. Lepas tu, sebab makan banyak, sembahyang pun lewat. Nak dekat Isyak baru solat Maghrib. Sepatutnya berbukalah dengan kurma dan air kosong, kemudian solat maghrib dahulu, kemudian barulah sambung dengan memakan makanan berat.

Menurut beliau, Ramadhan sepatutnya diisi dengan ibadah-ibadah untuk mencapai tujuan berpuasa iaitu mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa. Antaranya :- 1) menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa 2) bangun malam untuk qiyamullail 3) bertadarus dan memahami bacaan Al-Quran yang dibaca (disertakan dengan terjemahan) supaya kita dapat mengambil iktibar dari bacaan Al Quran tersebut, 4) melakukan perkara-perkara sunat contohnya solat terawih) dan 5) memperbanyakkan berzikir , berdoa dan bersedekah.

Ustaz Azman.

Tazkirahnya padat dengan nasihat dan terkesan di hati.

Sebelah petangnya, aku dan adikku Kamil bergegas pulang ke kampung. Pukul 6.30 bertolak dari Shah Alam. Hujan turun renyai-renyai di Shah Alam, tetapi semakin lebat apabila kami melalui kawasan Puncak Alam. Disebabkan Kamil memandu, saya mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran. Alhamdulillah.. sempat khatamkan 1 juzuk. Sewaktu azan Maghrib bergema di corong radio kereta, kami baru sampai di Ijok. Kami berbuka dengan kurma dan air kosong sejuk yang saya bawa dari rumah.

"Kita Maghrib kat Petronas Ijok dulu. Tak la terkejar-kejar nak balik," cadang saya pada Kamil, walaupun sebenarnya jarak perjalanan kami tinggal lebih kurang 20 minit untuk sampai ke rumah.
Kamil bersetuju. "Ok," jawabnya.

Sampai di rumah, jam menunjukkan pukul 8 malam. Kami berdua terus ke dapur dan berbuka pula dengan juadah yang disediakan emak. Alhamdulillah.. 1st class betul masakan emak..:) Malamnya, seperti biasa, saya berjemaah dengan emak untuk solat Isyak dan terawih. Saya jadi imam, emak makmum. Jam 10.30, mata saya dah mengantuk. Langsung saya ambil wudhuk, buat adab tidur dan berdoa moga Allah beri saya kekuatan dan mempermudahkan saya untuk dapat bangun malam. Amin.. :)

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani

Kg Raja

Kuala Selangor

Khamis, 12 Ogos 2010

Diari - Syukur ada Abe...:)

Salam semua,

Hari ini, time nak balik dari ofis, aku diuji. Kad parking aku rosak, jadi kereta sport Initial D aku tak boleh nak keluar dari basement. Hajat di hati nak berbaris untuk dapatkan bubur lambuk masjid negeri yang sedap tersadai bersama kereta aku di basement. Mujur Nora belum balik, jadi aku menumpang Nora. Hampir-hampir sahaja aku terlupa yang Shikin menumpang aku pagi tadi. Nasib baik dia sempat menghubungi aku sebelum aku balik. Kalau tak, tak pasal-pasal dia terpaksa bukak posa kat pejabat sorang-sorang.. Ahahaha.. Sori Ceceng!! Jangan marah yerr..:)

On the way balik, kami berbincang mengenai juadah untuk berbuka. Aku teringin nak meninjau makanan semurah RM2 yang dijual di Restoran Malaysia Negaraku di seksyen 7, jadi aku mencadangkan supaya kami membeli juadah berbuka di sana.

Nora :"Kak Hani, ada orang kata, makanan tu untuk orang susah laaa.. kita ni bukannya susah sangat.."
Aku : "Yer ker? Takkan tak boleh.. Kita gi jer lah.."

Shikin : Student boleh jer.. Kiter dah bawak mykad."

(Sangat jujur yerrr jawapan Shikin itu, walaupun aku rasa, semua orang memang bawak Mykad ke mana-mana.. ahahahaha..)

Nora mencadangkan kami ke Bazaar Ramadhan Seksyen 7. Aku dan Shikin kurang bersetuju dengan cadangan tersebut sebab membayangkan keadaan bazaar yang penuh sesak dan susah mau parking. Akhirnya aku mencadangkan supaya kami ke Restoren Abe di seksyen 7 kerana teringatkan tomyamnya yang memang marvellous.

Aroma tomyam Abe menusuk-nusuk ke hidung kami bertiga. Namun kami hanya dapat makan tomyam tersebut semasa berbuka. Suapan pertama.. Subhanallah!! Sedap giler... walaupun berpuasa, tetapi Abe masih mampu menyediakan tempahan kami dengan cepat dan rasanya tetap hebat dan mantopp!!! Bersyukur sangat-sangat sebab Allah beri kami rezeki untuk menikmati kelazatan tomyam campur Abe di hari kedua Ramadhan 1431H/ 2010. Kami turut menempah sayur kailan ikan masin dan ayam masak pedas. Alhamdulillah.. semua makannya memang menepati cita rasa kami dan sangat lazat. Kuantitinya pun saya rasa lebih banyak dari biasa. Harganya masih mengekalkan harga asal. Memang sedap!!! Tak percaya, cubalah sendiri..:) Syukur ada Abe..:)


"Jalan-Jalan Cari Makan"
Nurhani
Shah Alam

Rileks Sekejap - Restoran RM2...


Salam semua,

Baru malam tadi saya postkan entry berkenan harga makanan yang melambung-lambung di bazaar Ramadhan seksyen 3 Shah Alam. Tup tup, hari ni dalam Sinar Harian, muka depan, disiarkan kisah mengenai Restoran Malaysia Negaraku yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah, iaitu RM2 untuk nasi putih, 3 jenis lauk dan air minuman sekali.

Boleh view di sini : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8054183.asp

Alhamdulillah... Di waktu orang berlumba-lumba menaikkan harga barang dan makanan disebabkan harga gula yang semakin mahal, masih ada umat Islam yang tidak memikirkan keuntungan dunia yang sementara. Tahniah buat pemilik restoran berkenaan, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang turut mempunyai 7 restoran bertaraf 7 bintang di luar negara. Walaupun beliau menjual makanan dengan harga yang murah tetapi beliau masih mengekalkan kualiti makanan yang dijual. Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang beliau buat dan semoga Allah membukakan hati peniaga-peniaga makanan yang lain untuk mencontohi beliau.

Nora and Shikin, dah tau nak bukak posa kat mana hari ni..:)

"Dunia, Jalan Menuju Akhirat"
Hani

Shah Alam

Rabu, 11 Ogos 2010

Diari - Ikan Bakar, Karipap Sardin, Nasi Goreng dan Pecal...

Salam semua,

Petang tadi, balik aje dari pejabat, aku mengajak Shikin berbuka puasa bersamaku pada hari ini. Nora ada kelas di UiTM. Lepas solat Asar, aku dan Shikin ke bazaar Ramadhan yang berada di bawah rumahku. Awalnya aku malas nak beli apa-apa, tapi bila dah tengok macam-macam benda, akhirnya aku 'terbeli' jugak ikan bakar, nasi goreng dan pecal. Karipap sardin pun aku sambar jugak.

Shikin : Kita suka beli kat tempat yang orang tak beli.
Aku : Kenapa?
Shikin : Kita kesian. Kita niat nak sedekah ajerr.. Macam mak kiterr...
Aku : Kalau macam tu, banyak la kedai kita kena sedekah. Sebab kesiann...

Sebab niat nak bersedekah tu jugak, nasi goreng harga RM3.50 aku beli. Sebab? Stall yang jual nasi goreng tu tak ada sorang pun beli nasi goreng atau mihun goreng dia. Kalau dinilai kuantiti nasi goreng tu, memang tak berbaloi harganya RM3.50. Sikit sangat. Then, sebab niat nak sedekah jugak, aku beli ikan bakar, harga RM3 seekor, beli 3 dapat free 1 pecal harga RM2.50. Ikannya kecik sangat, dua jari tangan jer kot! Paling tak tahan, pecalnya, dah la rasanya tak berapa sedap, tapi kuantitinya sikit sangat.. kalau kat kampung aku, agaknya lima ploh sen jerr...

Aku bukan nak mempertikaikan rezeki yang aku dapat hari ni. Alhamdulillah.. Aku bersyukur dapat jugak makan ikan bakar dan karipap sardin di saat-saat saudara seislamku di Pakistan yang sedang bertarung dengan banjir yang tak surut-surut lagi. Tak tau la diorang bukak posa macam mana. Ntah ada makanan ntah tidak. (Moga Allah permudahkan urusan mereka di sana dan memberi mereka ketabahan mengharungi ujian tersebut.) Tapi aku kecewa sangat dengan sikap peniaga-peniaga beragama Islam, yang suka mengambil kesempatan di bulan Ramadhan untuk mengaut untung lebih dengan menaikkan harga makanan. Kalau kualiti makanan yang dijual terbaik, tak mengapa lah. Ini tidak. Sudahlah harganya mahal, rasanya pulak tak seberapa. Sepatutnya di bulan Ramadhan inilah peniaga-peniaga kita berebut-rebut untuk memberikan kualiti makanan terbaik untuk dijual kepada pembeli-pembeli. Sudah tentu keuntungan berlipat ganda diperolehi, keuntungan dunia dan akhirat.

Anyway, masih belum terlewat untuk peniaga-peniaga ini menghayati rahmat yang Allah beri di sepanjang bulan ini. Betapa setiap amalan kita di bulan yang mulia ini digandakan pahalanya. Alangkah baiknya kalau mereka semua berlumba-lumba membuat kebaikan di bulan ini. Marilah kita sama-sama mendoakan supaya peniaga-peniaga kita ini diberikan petunjuk dan hidayah Allah untuk menjadi peniaga yang jujur dan menjaga kualiti makanan dan barang yang dijual.

Karipap sardin..

Psstt..

Time bukak pose, aku cuma mampu makan separuh ajer dari juadah yang aku beli. Selebihnya aku simpan untuk Nora. Karipap sardinnya terlebih garam kot! Agaknya sebab tukang masaknya berpuasa. Itu pun nasib baik tak beli air kaler-kaler. Kalau ada, tak tau nak sumbat mana. Aku lebih suka minum teh aloe vera aku dan air kosong ajer. Itulah.. lain kali dengar cakap mak, beli satu ajer!


"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani

Shah Alam

Tag - Menjawab Tag dari Ana

Salam semua,

Sementara nak tunggu solat Subuh ni, aku nak menjawab tag daripada rakan blogger, Ana.

Soalan2nya:-

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..?
Jawapan 1: Mestilah! Hot, OMG and Top... hahaha.. boleh kah?:D

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?
Jawapan 2: Tak ada wallpaper...

Soalan 3: Cerita pasal gambar nih..?
Jawapan 3:No wallpaper maaaa...

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?
Jawapan 4: Bulan lepas dengan my officemate, Puan Nomi, masa habiskan duit kat Jusco Bukit Raja

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?
Jawapan 5: lagu Barakallah Maher Zain..:)

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?
Jawapan 6: Minum air kosong banyak-banyak sementara tunggu waktu Imsak..

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawapan 7: Cik An, anak buah panggil..:)

Soalan 8: Tag lagi 5 orang...
Jawapan 8: ok... 1. Nora 2. Pak Ngah (kehidupan bersih) 3. Aliff (Yang Berkelana) 4. Cik Ya (Kilauan Mellankolia) 5. Samsul (Aku Menulis dari jauh)

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Jawapan 9: Opismate aka housemate aku.

Soalan 10: Katekan sesuatu pada orang no. 5...?
Jawapan 10: Raya ni balik tak?

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Jawapan 11: hubungan dengan anak muridnya...

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?
Jawapan 12: Sangat budiman dan prihatin serta penuh dengan nasihat..:)

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Jawapan 13: I love you Cik Ya!!!

Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag
Jawapan 14: sorang satu fakta la yer...
1. Nowa: Sedang bercinta??? Ahahahhaha..
2. Pak Ngah : Sekejap di Shah Alam, sekejap di Kluang..
3. Aliff: seorang Ustaz Muda
4. Cik Ya: chengeng!!
5. Samsul: anak yatim yang berjiwa besar.. baru belajar menulis..:)

Ok Ana. I dah jawab. Tapi mana awardnya? :D


"Suka-suka"
Hunny
Shah Alam

Selasa, 10 Ogos 2010

Diari - Malam 1 Ramadhan 1431H

Salam semua,

Selepas pengumuman tarikh permulaan puasa pada tahun ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, saya dan Nora bergegas ke Masjid Negeri Shah Alam untuk bersama-sama menyambut malam pertama Ramadhan dengan bersolat jemaah di masjid dan bertarawih. Disebabkan kami bertolak agak lewat (lebih kurang jam 8.30 malam), dan ini adalah malam pertama Ramadhan, keadaan jalan menuju ke Masjid Negeri memang luar biasa sesaknya. Orang ramai berpusu-pusu untuk bersolat berjemaah di masjid. Kereta dan motosikal memenuhi persekitaran masjid negeri yang bercahaya dengan kerlipan lampu-lampu. Kami terpaksa parking agak jauh dari biasa.

"Kita parking kat Yayasan Restu la ye kak," cadang Nora setelah mendengar suara Imam Masjid Negeri melalui pembesar suara di sekeliling masjid sudah pun mengangkat takbiratul ula untuk solat Isyak. Kerana bimbang kami tak sempat berjemaah Isyak, saya terus bersetuju.

Disebabkan kami parking agak jauh, kami hanya sampai di ruang solat wanita pada rakaat yang ketiga. Nak ikat kain telekung lagi, nak susun saf lagi, akhirnya kami masbuk pada rakaat yang keempat. Selepas solat isyak, saya memerhatikan persekitaran ruang solat di masjid yang dipenuhi oleh jemaah.

"Alhamdulillah.. kalau tiap-tiap waktu macam ini kan bagus, especially waktu Subuh," getus saya dalam hati.

Teringat saya kata-kata Puan Hasyimah, seorang ahli lembaga pengarah AMAN Palestin sewaktu dijemput memberikan penerangan di MAIS mengenai AMAN PAlestin. Beliau berkata, seorang rabai Yahudi dengan angkuhnya mengatakan, orang Islam TIDAK AKAN MAMPU mengalahkan orang kafir atau Yahudi sekiranya bilangan orang Islam yang solat Subuh tidak seperti bilangan orang Islam yang solat Jumaat. Betapa beraninya rabai tersebut berkata demikian, kerana sangat pasti dengan iman orang Islam sekarang yang tersangatlah nipis bak kulit bawang, dan sangat mudah meninggalkan solat, sedangkan solatlah punca kepada kekuatan umat Islam, kerana di dalam solat ada doa yang diminta oleh setiap umat Islam kepada Allah, iaitu diberi hidayah dan petunjuk. (Boleh rujuk entri saya terdahulu di: http://nurhanisalwa.blogspot.com/2010/06/diari-aman.html. )

Walaupun saya dan Nora duduk di saf yang terakhir, kerana datang lewat, saya tetap bersyukur dan seronok melihat umat Islam berpusu-pusu ke masjid untuk solat berjemaah. Terasa seperti di Masjidil Haram pun ada. Sementelah sahabat saya, Ustaz Mat, baru kembali dari Tanah Suci. Semoga keadaan seperti ini kekal berterusan. Semoga saya akan ketemu selalu dengan keadaan dan suasana seperti ini di Malaysia, bukan hanya semasa Ramadhan atau hari Jumaat, tetapi pada setiap masa.

Bulatan Masjid Negeri yang penuh sesak dengan kenderaan.

Jemaah yang memenuhi segenap ruang solat masjid.

Alhamdulillah..:)

Alhamdulillah..:)

Subhanallah..:) Rumah Allah yang sungguh cantik..:)

"Mencari Lailatul Qadar"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 9 Ogos 2010

Diari - Semoga Selamat Pulang..

Salam semua,

Dua minggu lepas, sahabat saya, Ustaz Haji Muhammad Abdullah Zamhari dijemput untuk menjadi tetamu Allah bersama nenda, ayahanda dan pakcik beliau. Saya dan Puan Norraini sempat menziarahi mereka sewaktu mereka berangkat ke KLIA. Tadi ,saya dimaklumkan oleh teman serumahnya, Dell, esok insyaallah mereka akan sampai ke tanah air pada jam 3pm. Semoga mereka semua dapat pulang ke tanahair dengan selamat. Amin.

Azan dilaungkan sebelum bertolak.

Nenda.

Bergambar kenangan sebelum bertolak ke KLIA.

Semoga dipermudahkan ibadah umrah, mendapat umrah yang mabrur dan selamat pulang ke Malaysia.

"Rindu Makkah, Rindu Kaabah"
Nurhani
Shah Alam

Diari - Salam Ramadhan 1431H / 2010




Salam,

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman blogger dan pengunjung blog NURHANISALWA.COM. Semoga kita semua tidak mensia-siakan bulan Ramadhan yang penuh barakah, rahmah wal maghfiroh ini (keberkatan, kerahmatan dan keampunan) dengan mengisi hari-hari kita dengan amal ibadah, zikir dan bersedekah . Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan mata, telinga, mulut, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Saya juga menyusun jari memohon maaf kepada semua teman-teman blogger dan pembaca-pembaca atas segala salah silap saya., berkemungkinan ada penulisan saya yang menyentuh hati mana-mana pihak. Sesungguhnya saya bukan manusia sempurna bahkan dhoif dan serba kekurangan. Semoga kita dapat melalui Ramadhan ini dengan sempurna dan semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik. Amin..

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

Ahad, 8 Ogos 2010

Diari - Menang lagi!!!


Salam semua,

Seawal jam 8 pagi, saya dan beberapa orang sahabat dari MAIS sudah berada di Dewan SUK untuk perlawanan badminton yang dianjurkan oleh BAKAJASA, JAIS. Perlawanan pada kali ini hanya untuk permainan beregu sahaja. MAIS menghantar 6 beregu lelaki dan 3 beregu wanita. Saya berpasangan dengan teman serumah saya, Nora. Alhamdulillah, walaupun training tak cukup dan tak konsisten, tetapi kami berdua dapat melayakkan diri ke peringkat akhir menentang pasukan dari ILDAS. Keputusan akhir menyebelahi pihak ILDAS, namun saya masih berpuas hati kerana saya percaya saya dan Nora telah melakukan yang terbaik. Kami tewas dalam rubber game 21-16, 17-21, 21-17.

Bermain dalam suasana yang bising dan penuh dengan tekanan, sememangnya sukar. Konsentrasi kita mudah untuk dipengaruhi dengan persekitaran. Rasa kurang yakin dan gentar dengan pihak lawan menambah tekanan sedia ada. Kadang-kadang kita di hadapan, kadang-kadang pihak lawan mendahului kita. Semasa permainan, kita perlu bijak mengatur dan merancang strategi permainan untuk menumpaskan pihak lawan. Salah satunya dengan menyerang pasangan beregu lawan yang lebih lemah dan kurang cekap dalam permainan. Sokongan padu dan kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat amat perlu apabila kita seakan hilang semangat semasa perlawanan berlangsung.

Paling penting, sebelum perlawanan, latihan yang konsisten sebelum perlawanan sangat perlu. Kita perlu berlatih, untuk memahirkan diri dengan perlawanan. Kita perlu bersedia dari sudut fizikal dan mental, supaya kita beroleh kejayaan.

Hidup ini pun macam bermain badminton juga. Kadang-kadang kita di puncak kebahagiaan , kadang-kadang kita dirundung kesedihan dan kelukaan. Kita akan di'smash' dan dihujani dengan shuttlecock yang bertubi-tubi dari pelbagai arah. Tekanan demi tekanan kita lalui sepanjang proses mematangkan diri dengan mehnah dan tribulasi kehidupan. Perasaan kurang yakin dan gentar menghadapi ujian yang mendatang adalah perkara biasa dalam hidup. Apapun kita perlu bersedia dan berusaha, sedaya yang mampu untuk mengatasi cabaran dalam kehidupan, bukan hanya berserah kepada takdir. Pertahanan diri perlu kukuh dan kuat. Hati perlu kebal, jiwa perlu kental. Iman perlu jitu dan padu. Allah sentiasa dalam hati, di kala susah dan senang. Sokongan dan dorongan daripada insan-insan lain seperti keluarga dan teman-teman amat dipelukan di saat semangat kita hampir hilang. Akhirnya, setelah segala daya kita curahkan untuk mendepani segala ujian, kita sandarkan segala usaha dan penat lelah kita hanyasanya kepada Allah SWT. Dan, redhalah dengan apa jua keputusan yang kita perolehi, hasil usaha, doa dan tawakkal kita padaNya. Insyaallah, kita akan berjaya dan menang..:D

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani

Kg Raja
Kuala Selangor

Sabtu, 31 Julai 2010

Diari - Jogging n Dating??


Salam semua,

Dah lama saya tak menulis. Seminggu. Bagi blogger tegar seperti saya (perasan!!), seminggu adalah satu tempoh yang sangat lama untuk tidak menulis. Walhal, ke mana pergi pun, saya seboleh mungkin mengupdate blog saya. Sewajarnya alasan yang munasabah diberikan. Entah mengapa, saya sendiri pun tak pasti. Sehingga Raudah, kakitangan saya di pejabat bertanya saya,


"Kak Hani, kenapa lama tak update blog?"


Saya sendiri tak mampu menjawab. Akhirnya, saya berjanji pada Raudah, saya akan menulis dan mengupdate blog ini selepas tamat sesi riadah badminton kami pada hari Rabu. Tetapi, saya masih tak menulis juga. Adakah saya sudah kering idea? Eh! Mana mungkin!!!. Saya bukan baru berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Berbeza dengan adik angkat saya Samsul yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir, yang baru sahaja menceburkan diri dalam dunia blogger ( baru 3 hari usia blog beliau, samsulyusoff.blogspot.com). Sepanjang malam tadi saya membantu Samsul mengedit artikel kedua beliau untuk dipostkan ke dalam blognya.

Cuma ada seperkara yang saya nak kongsikan dengan pembaca. Semalam, saya berjoging di Tasik Shah Alam dengan Shikin, seorang kakitangan MAIS. Actually, dah lewat pun kami berdua berjoging. 6.30 petang baru sampai di tasik.


"Orang dah balik, kita baru nak mula," seloroh saya pada Shikin.

"Takper. Daripada kita duduk-duduk ajer, tak buat apa-apa, baik kita joging, walaupun dah lambat," kata Shikin.

Kami memulakan larian kami (sebenarnya lebih banyak briskwalking) dari parking lot bersebelahan dengan Kedai Kopi. Rasa macam sekejap aje, tapi lebih kurang 3km jugak la kami berjalan cepat dan berlari. Sepanjang perjalanan, sempat juga mata kami menangkap beberapa pasangan yang berdua-duaan di sekitar kawasan tasik. Namun kami berdua tidak begitu mempedulikan 'aktiviti' pasangan-pasangan tersebut, kerana kelihatannya mereka 'baik-baik aje' dan 'masih sopan', so kami tak mengindahkan mereka sangat.

Semasa kami menghabiskan 1km yang terakhir, tiba-tiba Shikin berkata (dengan suara yang agak perlahan dan termengah-mengah kerana berlari) ,

"Kak, Kak. Cuba kak tengok tu," katanya sambil menjuihkan bibirnya ke satu pasangan yang sedang duduk berduaan di tepi tasik.

Astaghfirullahalazim.. Geramnya saya melihat gelagat pasangan uda dan dara berdarah Melayu yang asyik masyuk bermesra tanpa menghiraukan pengunjung taman yang lalu-lalang di trek joging berhampiran mereka. Tangan si lelaki nampaknya begitu 'sibuk' merayap-rayap di wajah dan tubuh si perempuan. Mulutnya pula dengan rakus mencumbui wajah si gadis (kalau masih gadis laaaa...). Paling menyedihkan, si gadis memakai tudung litup dan kelihatannya sangat sopan, namun merelakan perbuatan pasangannya terhadap dirinya dan nampak seronok dengan perlakuan tersebut.

Hati saya mendidih. Geram! Geram dan meluat dengan anak bangsa sendiri yang tidak segan silu mencemar maruah agama dan budaya. Saya memperlahankan larian saya dan terus menukar haluan ke kiri, ke tempat duduk pasangan berkenaan, dan tidak mempedulikan Shikin yang berlari terus ke arah hadapan. Walaupun saya sudah berdiri betul-betul di belakang mereka, namun 'drama songsang' mereka masih diteruskan. Tak pasti sama ada mereka tak perasan, atau buat-buat tak perasan.


"Assalamualaikum," saya menyapa.


Tak berjawab. Adegan cumbu-cumbuan masih berlangsung.


"Assalamualaikum. Ini dah kawin ke belum ni?" saya menguatkan pitching suara saya.


Tersentak si lelaki dan serta-merta matanya tepat memandang ke arah saya. Tangannya yang dari tadi merayap, akhirnya terlerai dari tubuh si gadis.


"Ni dah kawin ke belum ni ?" saya mengulang soalan saya.


Perlahan beliau menjawab." Belum". Si gadis terus menundukkan kepalanya. Eleh!! Malu konon!!! Buat drama tadi tak malu!!!!


"Kenapa?" tanyanya pada saya, satu soalan yang pada saya sangat tak berpelajaran!!!


"Kalau belum, boleh tak bersopan sket?" kata saya. "Mintak tolong ye. Ini tempat awam."


"Ok." kata si lelaki.


"Terima kasih yer. Assalamualaikum." ucap saya sebelum saya bergerak pergi.


Astaghfirullahalazim.. Masyaallah.... Saya menarik nafas panjang. Zaman sekarang, orang kita sudah hilang malu. Mukadimah berzina perkara biasa. Mulanya cuma pegang tangan, bila dah biasa, nak pegang bahu, kemudian nak minta peluk, kemudian bila mula peluk, akhirnya minta seluruh badan! Bercumbuan di kawasan rekreasi dalam suasana terang benderang dan ramai orang, perkara biasa. Tak ada perasaan malu. Langsung!! Yang malu, bila 'hasil drama songsang' terhasil. Jadi, tak hairanlah banyak anak luar nikah dilahirkan. Tak hairan banyak bayi yang tak berdosa dibuang atau dibunuh untuk menutup malu.

Saya sering terfikir, kemungkinan Allah sengaja membiarkan perlakuan zina mereka berakhir dengan satu kelahiran, sebagai bukti penzinaan yang dilakukan. Walhal, banyak pasangan yang dah bertahun-tahun berumahtangga, sangat sukar mendapat zuriat. Hikmahnya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui, namun saya, beranggapan, supaya akan terbit penyesalan dan perasaan malu untuk melakukan penzinaan, dan akhirnya mereka akan bertaubat.

Inilah sebesar-besar hikmah daripada hukuman had untuk pesalah zina, iaitu sebatan (bagi pasangan yang belum berkahwin) dan rejam (bagi pasangan yang telah berkahwin), yang syaratnya hendaklah dibuat di khalayak ramai, supaya dapat ditonton dan diteladani oleh semua, bahawa perlakuan zina ini, amat-amatlah dilarang, dan hukuman yang berat dikenakan.

Di saat media membangkitkan persoalan siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam menangani masalah ini, saya ingin mengusulkan kepada semua saudara seislam saya, supaya bersama bertanggungjawab mendepani penyelesaian kepada masalah ini dengan menghidupkan semula roh Islam ' berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran". Tegurlah kesalahan dan kesilapan saudara seislam kita. Jangan dibiarkan syaitan dan nafsu terus-terusan menguasai mereka. Jika belum yakin untuk menegur orang yang tak dikenali di luar, mulakan dengan orang yang rapat dengan kita dan keluarga sendiri.

Ini selaras dengan hadis Rasullullah SAW bermaksud;

"Jika kamu melihat perbuatan mungkar, hendaklah kamu memperbetulkan dengan tanganmu, jika tak mampu dengan mulutmu, dan jika tak mampu dengan hatimu (berdoa) dan itu adalah selemah-lemah iman"

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Shah Alam

Jumaat, 23 Julai 2010

Diari - Poligami lebih mudah? Resolusi Muzakarah Pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003

Salam semua,

Mesti ramai suami yang tersenyum lebar bila membaca entri saya kali ini. Namun, ramai pula isteri akan jadi kelam -kabut. Mana taknya, permohonan berpoligami mungkin akan jadi lebih mudah di Selangor!

Selama dua hari bermula 22hb Julai hingga 23 hb Julai 2010, saya dijemput untuk menyertai Muzakarah Pindaan Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Saya juga diminta untuk membentangkan kertas kerja di dalam Muzakarah tersebut bertajuk "Poligami menurut Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Kertas cadangan saya mengupas dua peruntukan berkaitan dengan poligami iaitu seksyen 23 dan seksyen 124 EUUKIS 2003. Seorang lagi pembentang, Puan Norlaili, Peguam Syarie dari Unit Guaman Syaries JAIS, membentangkan kertas kerja bertajuk Poligami Tanpa Kebenaran : Isu dan Masalah.

Muzakarah ini diadakan untuk mengupas isu dan masalah serta membentangkan penyelesaian kepada masalah poligami tanpa kebenaran Mahkamah di negeri Selangor. Antara panel-panel yang dijemput termasuklah SS Dato' Mufti, wakil-wakil dari Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, wakil pendaftar Mahkamah Syariah, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah (Kadhi), dan ketua-ketua jabatan di JAIS.

Setelah dua hari bermuzakarah, alhamdulillah, beberapa resolusi muzakarah berjaya dicapai yang diharap dapat menyelesaikan peningkatan kes poligami tanpa kebenaran. Persepakatan dan penyelarasan tindakan antara jabatan-jabatan yang terlibat juga dilihat sebagai satu kaedah bagi mengatasi masalah tersebut. Nampaknya, selepas ini, suami tak perlu bersusah payah membawa bakal isteri masing-masing ke sempadan untuk bernikah, kerana urusan untuk perikahan poligami, walaupun masih perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah, nyata telah dipermudah.



Kertas kerja saya untuk Muzakarah ini.

Ironinya, dua-dua pembentang adalah wanita..:)

Dato' Pengarah JAIS mempengerusikan Muzakarah.

Diskusi selepas sesi pembentangan selesai.

Saya dan Hamidah dua orang wakil MAIS yang hadir.

Sebahagian lagi PTA yang hadir.

Peguam Syarie dan Pegawai JAIS yang turut serta. Dari kiri : Puan Hazura, Puan Norlaili (pembentang pertama) dan Ustazah Siti Khadijah

Muka letih sebab kol 4 pagi baru tidur siapkan paper work.

Sebab paper work baru siapkan jam 4 pagi, jadi kelam kabut staff-staff wanita di Bahagian saya membantu sejak awal pagi untuk membuat salinan untuk diberi kepada semua peserta Muzakarah. Tapi tak leh nak cepat sebab mesin fotostatnyer lembap!!

Antara Tuan-Tuan Kadhi daerah yang hadir.

Tuan Fouzi membentangkan resolusi kumpulan kami.

Perasmian Penutupan Muzakarah.

Ustaz Alwi Parman, KPP Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS memberikan ucapan alu-aluan.

Ucapan Penutupan Muzakarah oleh SS Dato' Pengarah JAIS.

Syabas kepada semua urusetia yang komited.

"Memartabat Undang-Undang Syariah"
Nurhani
De Palma Hotel

Shah Alam

Selasa, 20 Julai 2010

Diari - Kursus Gubalan Undang-Undang (Asas) Pelbagai Jabatan

Salam semua,

Setelah lama tidak berkursus, bermula 19hb hingga 22hb Julai 2010 saya dan dua orang kakitangan di Bahagian Undang-Undang MAIS, Rasyid dan Shakirah. Ini kali pertama kami bertiga attend kursus ini. Sebelum ini banyak kali kami merayu untuk masuk, tapi tak dapat. Ini pertama kali berkursus, walhal dah banyak undang-undang dan peraturan yang kami gubal.

Alhamdulillah, pada hari pertama sebelah paginya, kami diberikan penjelasan oleh penceramah jemputan, Encik Afizi mengenai jenis undang-undang yang melalui proses penggubalan. Semasa beliau menyampaikan ceramahnya beliau ada menyebut, beliau dulu belajar di UIA.

"Padanlah macam kenal aje rupanya ex-UIA," bisik hati saya.

Usai pembentangan beliau, saya bertemu Encik Afizi, dan bertanya, beliau graduate tahun bila.

"2001." jawabnya.

"Lerr patutlah macam kenal, satu batch rupanya," kata saya.

"Iye? Sori saya tak perasan. Macam ne boleh tak kenal ni ek?Ini mesti sebab ada perubahan nii," ujarnya tergelak-gelak. (Haish!! Mengata aku la tu!!)

"Hahahaa.. Size does matter," jawab saya.

"U geng budak baik-baik kan? Saya geng budak-budak nakal, memang la tak ngam masa kat UIA," sambung saya disambut ketawa besar Encik Afizi.

Pada sebelah tengahari, penceramah seterusnya, Puan Juanita, juga ex-UIA, tapi my super senior dari Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara menerangkan kepada kami mengenai 6 prinsip penggubalan, yang diringkaskan menjadi 6C; antaranya setiap undang-undagn yang digubal mestilah comprehensive, consice, clear, (lagi 3 tak ingat!)

Pada sebelah petangnya, Puan Juanita membuat latih amal untuk semua peserta. Kami dibahagikan kepada 4 grup dan perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan. Saya termasuk dalam Kumpulan 4. Masa nak present, ahli kumpulan saya meminta saya yang present. Alhamdulillah, sebab dah biasa present paper dan bagi ceramah di ILDAS, tak ada masalah bagi saya. Betullah, practice makes perfect. Dulu masa belajar punya la kecut perut bila time nak present.. menggigil kepala lutut.. :D

Insyaallah, walaupun gubalan undang-undang ini its a very dry subject, namun saya berharap 4 hari di sini kami yang hadir dapat menambah ilmu untuk memperbaiki teknik gubalan undang-undang di Bahagian Undang-Undang MAIS, untuk menggubal undang-undang yang adil untuk dikuatkuasakan di Selangor.


Bergambar kenangan dengan kawan lama, Encik Afizi, satu batch 2001 di UIAM, yang juga penceramah sesi pagi,

Lawanyerr.. ngeeee..:D

Puan Juanita, penceramah sesi tengahari dan petang.

Bergambar kenangan bersama Puan Juanita.

Sesi pembentangan.

:)

"Menuntut Ilmu Sampai dari Buaian hingga ke Liang Lahat"
Nurhani
ILKAP